Followers

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Harimau Malaya menyatukan kita.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru lepas tengok TV3. Hari ni dokumentari tertua Malaysia tu berkongsi tentang Harimau Malaya. Sambil mata melihat, kepala otak Nadh berlegar-legar, tambah-tambah bila Nadh tengok kumpulan Ultras Malaya yang jadi penyokong sampai mati pasukan Harimau Malaya.


Nadh rasa kagum bila tengok semangat tu, malah Nadh terharu bila tengok satu Malaysia yang menyokong bola sepak, tambah-tambah lepas habis Sukan Sea minggu lepas tak silap Nadh. Masa tu, kalau sapa yang dok online FB, leh tengok la macam mana sokongan yang diberikan kepada pasukan kita. Seriously awesome. 

Baik, kembali kepada semangat tu. Semangat Harimau Malaya. Sebenarnya kan fikiran Nadh dok teringat sesuatu. Kalaulah semangat Harimau Malaya yang menyatukan semua rakyat tu menjadi semangat yang menyatukan semua Umat ISLAM di setiap seantero dunia. Hairan kan? Bola dapat satukan semua orang, tapi kenapa kita tak ambil Islam yang bertuhankan ALLAH, dengan penyampainya Rasulullah SAW dan petunjuk ikutan yang tersedia Al-Quran dan As-Sunnah?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Mari kita bermimpi sekejap dengan Nadh, (tapi sebelum tu, sila mula dengan kalimah "Bismillahhirrahmanirrahim..")

1. Masa semua orang tengah menghapdet "Malaysia dah score sebijik, thanks to Bad". Cer bayangkan ye, kita ramai-ramai hapdet, "WAKTU SOLAT ISYA DA MASUK, MEH JEMAAH". Lepas tu ada plak kat seberang sana jawap "JEMAAH JOM..", Seberang sini pun balas, "AZAN DAH PANGGIL,MARI-MARI, DAHULUKAN SOLAT JOM..". Nadh rasa boleh menitik air mata tau kalau jadi macam ni.

2. Harimau Malaya punya pasal, ada lagu macam kat atas tu. Cuba la bayang ye, "LAGU TU ADALAH ZIKRULLAH.." . Sini sana dok berzikir, seronok jerit, ALHAMDULILLAH, kalah terima dengan INNALILLAH, lepas tu REDHA, tak ada la nak marah-marah, maki hamun. Semua yang indah-indah ja yang keluar dari mulut tu. Yang keluar dari mulut adalah "SANGKA BAIK" yang senantiasa percaya janji-janji ALLAH dan senantiasa memuji ciptaan dan perjalanan hidup dari ILAHI.

  • Harimau Malaya menyatukan hati kita, tapi ISLAM mengajar kita. Kenapa perlu bermusuhan? Nadh hairan macam semalam Nadh tengok satu persidangan satu kumpulan tu, takkan la sampai nak kena chop Tuan Guru agama tu bawa ajaran sesat. Nadh sedih la. Macam mana Harimau Malaya satukan kita, kenapa tidak AGAMA ISLAM yang sebenarnya tunjang tu buat kita lebih kuat. Kalau mana BOLA SEPAK tu tak semua suka, tapi AGAMA ISLAM ni suma dah dilahirkan dengannya, tapi kenapa kena bermusuhan? 

  • Kalaulah Harimau Malaya bersama Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Nazmi Faiz tu adalah ikon kejayaan pasukan, kenapa tidak KEPIMPINAN, AKHLAK, TUNJUK AJAR RASULULLAH SAW, TEAM WORK PARA SAHABAT, itu yang dijadikan pegangan kita? Bagaimana mantapnya mereka bersatu satu ketika dahulu hinggakan kini ISLAM boleh dikenali diseluruh pelusuk dunia? Hairan dan sangat sedih bila Umat Islam kini sedang bercakaran, sedang para kafirun bergelak ketawa melihat kita berpecah belah.

  • Kalau lah JERSEY KUNING HITAM Harimau Malaya itu samakan kita di pandangan orang. Tapi kenapa tidak AL-QURAN bersama juga As Sunah yang dari ribuan tahun dulu ditinggalkan kepada kita, kenapa tidak ia jadi TRADE MARK kita sebagai UMAT ISLAM? Dah diceritakan didalamnya bagaimana kita HARUS hidup dan APA YANG PERLU DIKEJAR DALAM HIDUP, tapi masih juga nak tolak. Sedangkan kita tahu ianya merupakan KEKUATAN KITA bila ianya DIFAHAMI dan DIHAYATI. 


Note :: Nadh pernah kata kepada seorang sahabat, selagi mana manusia tak ikut ALLAH, selagi itulah dunia takkan aman. Sedih, tapi bersamalah kita mendoakan, agar ISLAM akan kembali bangkit dan MEGAH bersama UMAT YANG PATUH kepada ALLAH. Jika bangkit dengan 'nama' tanpa TAKWA, langsung tiada guna. Moga-moga ALLAH makbulkan doa Nadh ni. Amin.

Thursday, 28 July 2011

kalah pun kalah la. apa pun kamu tetap di hatiku.. ;)

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru ja selesai wisel ditiupkan oleh enchik pengadil jap tadi. Yang menandakan Malaysia tak kurang layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 setelah kalah kepada Singaponen kejap tadi. Malaysia kurang layak disebabkan seri 1-1 dan agregat 6-4 kepada Singaponen. 

Pada pendapat Nadh sepanjang game tadi, Malaysia banyak buat gerak, tapi mungkin dek kerana kurang pengalaman dan kehilangan antara tonggak paling kreatif atas padang, kapten Safiq Rahim yang kena kad merah pada perlawanan pertama Nadh tengok banyak pergerakan Malaysia yang tersekat. Ditambah pula dengan defender yang masih terus-terusan buat kesilapan mudah tadi, membuatkan Malaysia sedikit tertekan. Nasib baik la goalkeeper enchik Fahmi Che Mat yang banyak menyelamatkan percubaan merbahaya striker Singaponen tadi. 

Apa pun, percubaan yang baik dari Malaysia. Banyak yang masih boleh diperbetulkan. Tak apalah, rezeki di tangan ALLAH kan? Usaha kita dah usaha, teruskan dengan usaha dalam memartabatkan bola sepak di arena ini.

Kepada semua penyokong, tak mahu marah-marah dekat depa tau? They have do their best kan? Kalah menang kita tetap kena sokong depa tau. :) Depa tetap di hati !!

Dah-dah,.. jum layan lagu ni.. weee~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA