Pagi yang hening kan? Sejuk sangat. Sebab hujan. Atas sebab tu, Nadh x boleh nk kua lagi. Sebab takut campak berparut. Nasib la enchik boss paham. So Nadh masih lagi disini menunggu ujan reda.
Sambil diri berFB pepagi ni, Nadh jumpa satu quote,
"kata itu lebih tajam dari mata pedang"
Pandangan Nadh, ada benarnya. Contoh termudah, pedang membawa ketakutan, yang mn sesiapa yang dipaksa dengan pedang akan wat apa yang disuruh demi menjaga nyawa. Dan lagi pedang bisa membunuh. Skali tikam kat tempat yang betul n dengan izin ALLAH kita dah lh ucap selamat tinggal.
Lain pula dengan kata. Sekali dah tersentuh boleh membawa kesan yang besar dalam hidup.
1. Kata fitnah tanpa bukti dan diambil tindakan oleh yang tidak menyiasat boleh sebabkan macam-macam kerosakan. Mgkin kehilangan nyawa.
2. Kata-kata tanpa tindakan menghilangkan kepercayaan pada diri. Ye lah kan, dok panas je cakap, last-apa pun xdak. Sapa tak marah kan? (ditujukan buat para manusia yang hanya tahu berjanji)
3. Kata yang benar, walau perit dan susah kena juga dituturkan.
"berkatalah kamu kebenaran, walau ianya pedih".
4. Kata bisa buat manusia berdendam. Ada manusia yang tak buat, tapi sesudah difitnah. Hati jadi marah, yang tak buat, akhirnya dibuat juga. "hampa kata kat aku sangat kan? Aku buat dah hampa kata aku buat."
5. Kata indah bak pujangga menginspirasikan diri untuk berubah. Jika setiap hari mendengar peringatan, mahunya hati tidak terasa mahu berubah. Ditambah cahaya yang ALLAH limpahkan dalam jiwa. Alhamdulilah bertemu juga dengan keinsafan.
Note :: kata itu sesuatu yang perlu dijaga, ditapis sebelum ditutur. "kurang kata maka kuranglah salahnya".
Published with Blogger-droid v1.7.4