Followers

Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

History | Mekdi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lama tak menaip kan? Hari ni kita kongsi sejarah nak? Tentang Mekdi. Nadh penah gak wat entry pasai Mekdi ni satu masa dulu, nak tengok leh la rujuk kat SINI.

Restoran McD pertama di dunia ialah di San Bernardino yang dibuka pada tahun 1940.


Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish




Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937.



Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoran barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California

Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.

Ini merupakan restoran McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.

Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.






Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoran McD diseluruh dunia!

Apa yang Nadh nak cakap adalah :
"Tanpa mimpi, kita tak mungkin mencapai langit, tanpa usaha tak mungkin akan punya jalannya. "

Usaha kan tangga kejayaan? :D

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra’ad : Ayat 11)

Kita usaha kita dapat la. Dan usaha dan kejayaan itu untuk disyukuri, bukan menjadi titik mula kisah dosa kita di muka bumi ini. INGAT TAU ! ! 

Tuesday, 12 July 2011

Bagaimana Sabak Bernam, Behrang mendapat nama?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Hari ni kita belajar sejarah, nak tak?

Meh Nadh nak share. 

Menurut Enchik Jijol, Behrang ni dulunya adalah tempat penghasilan Belerang. Masa tu ada banyak sangat Belerang. Kat sana la tempat mercun kebanyakannya dibuat. Tapi lepas sahaja kerajaan mengharamkan mercun, maka dengan itu ter-stoplah industri kecil, besar, sedang-sedang dekat sana. Lepas tu, kerajaan Thailand pun mengambil tempat dan menjadi pembuat mercun terbesar di Asia Tenggara. Cerita bermula semasa penduduk nak menyebut Belerang cepat-cepat. Masa sebut-sebut tu, ilang huruf "LE" . Maka sebab itu la jadi Behrang. Tak caya? Cuba la sebut laju-laju.. :P

Untuk Sabak Bernam plak. Sebenarnya kan, masa dulu, ada 6 orang sahabat dekat tempat yang tiada nama itu. Dua berasal dari Utara, dan bakinya adalah dari Negeri-negeri lain. Satu hari, berlaku sedikit pergeseran antara mereka, dari pergeseran itulah Sabak Bernam mendapat nama. Semua apabila si dari negeri lain ni bergesel, dan mereka tak puas hati. Si Mamat A dari Utara naik angin, dan seorang lagi cuba menyabarkan dia "SabaQ mat, SabaQ...". yang dari negeri lain pula terikut-ikut, tapi sayangnya mereka tak reti nak sebut sabaQ, tapi dah tukar jadi "SabaK" .. Mengingatkan sahabat yang lain ini cuba nak ajuk kata sahabat dari Utara ni, berlaku pergaduhan, ketua kampung yang datang menyabarkan mereka akhirnya mendapat idea nak beri nama SabaK Bernam, SabaK untuk perkataan SabaQ, dan Bernam untuk sahabat Berenam. 

Begitulah ceritanya, permulaan kedua nama tempat ni.

Note :: Ini idea merapu masa Nadh n Jijoi balik dari Ipoh hari Sabtu yang lepas. Semuanya kerana nak menghilangkan mengantuk Nadh waktu melalui signboard ke kedua tempat ini. Serious dah mengantuk sangat.. nak aja berhenti dan lena, tapi gagahkan juga, Alhamdulillah, dengan merapu sikit-sikit ni, terubat rasa mengantuk Nadh n Jijoi. hihihi

Tuesday, 5 July 2011

MENCIPTA SEJARAH BARU

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik pagi Nadh hari ni adalah SEJARAH. Ada sesiapa tak yang minat subjek ni masa dekat sekolah dulu? Setahu Nadh kan, subjek ni antara yang paling dibenci di kalangan student sebab kena hafal dan ingat fakta yang banyak tu. Subjek ni dikira sebagai subjek paling menyampah, dan selalunya nak naikkan semangat ada 1 ja, cikgu yang cantik atau cikgu emsemm yang mengajar. (hihi.. :P )

Aduii, Nadh da melalut dah ni. Okeh, sambung balik, mengenai SEJARAH. Apa yang anda paham tentang SEJARAH? Kisah lalu yang menunjukkan asal usul kita. Betul tak? Apa lagi? sila tambahkan. Tapi Nadh nak sebut tentang MENCIPTA SEJARAH BARU. (Note : INI ADALAH ENTRY CHENTA CINTUN)

Siapa tak ada sejarah silam kan? yang manis, yang terlebih manis macam ladang tebu, yang pahit, yang tak best, semua ada la. Sejarah ini baik, tapi tak kurang juga mendatangkan keburukan kepada kita. Contohnya, sejarah menghalang perjalanan kita. Selalunya sejarah tak baik akan menakutkan kita untuk kedepan, tak kurang juga sejarah baik yang akan menjadi titik perbandingan untuk kita kepada masa depan. 

Keburukan sejarah dan kebaikan sejarah lama ini sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan kita sebenarnya, Kenapa perlu dikenangkan sejarah lama? Bukankah sejarah tu telah tercipta. Sekarang sejarah tu dah berlaku, dah masuk dalam ARKIB HIDUP. Bermakna sekarang KITA PERLU CIPTA SEJARAH BARU.

Tips Mencipta Sejarah :

1. Keluarkan yang terbaik dalam diri kita. Mungkin satu masa dulu kita pernah jadi yang TERBAIK pada pandangan kita, Tapi, BUKANKAH PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA. Jadi itu merupakan BUKTI TERBAIK yang kita sebenarnya DAH JADI LEBIH BAIK DARI DULU. 

2. Sejarah baik dijadikan BENCHMARK kita. Cuba pastikan yang kita jadikan yang baik itu sebagai SEMANGAT UNTUK JADIKAN KEHIDUPAN SEKARANG BAIK DARI DULU.

3. Sejarah silam adalah hasil tapisan fikiran kita. Adalah baik sekiranya yang tak baik itu kita jadikan sempadan, agar ianya tidak berulang di masa depan. NOTE : PASTIKAN KITA TAK JADI BURUK MACAM SEJARAH KITA DENGAN MENGULANGINYA. 

4. Belajar melupakan. Terbukti, kita takkan dapat melupakan sejarah, sebab dia pernah jadi sebahagiaan dari hidup kita. TAPI melupakan yang Nadh maksudkan adalah, ANGGAP IANYA TELAH BERLALU. Ingat, "Kita tak hidup untuk masa lalu, tapi kita hidup untuk masa depan. "

5. Belajar memaafkan. Dalam tak sedar, tidak memaafkan ini merupakan salah satu penghenti kepada perjalanan kita. Belajar memaafkan, mungkin si dia bersalah tapi tak erti semuanya perlu dia tanggung, mungkin juga dari kita juga yang menyebabkan perkara berkenaan berlaku. 

6. Muhasabah diri. Kenal pasti kekurangan, silap kita sebelum menyalahkan orang lain. Selalu buat macam ni. "ALLAH tak hilangkan matahari saja-saja melainkan dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


NOTE :: Tinggal dengan mengimbau sejarah? sila lupakan.. Dalam hidup, nak mula baru itu yang susah, tapi sebaik bermula, ianya akan jadi menarik. Bermulalah sekarang, kalau tak mula sekarang, bila lagi kita nak bermula? All the best semua.

Monday, 31 January 2011

Mini Muzium - Stesen Ketapi lama

hari yang bizi dan excited buat aku hari ni..
pagi2 masuk opis.. da la masuk lambat.. pastu dok kalut ng report..
kata abg falah, kalau aku ta settlekan report hari ni.. dia tanak approve cuti aku..
so macam besa la.. dengan sepantas nya aku menyelesaikan report-report aku tu..
smpaikan suma aku buat la.. ATP tu aku y selesaikan.. Lynda aku suh wat menda-menda yang ta lambat, keja remeh2 kasi Lynda buat la. kalau tak memang ta balik la aku..
gelak abg razak, dia tau da aku ni.. kalo nak cepat, memang ta harap kat sapa dah, buat sendiri ja.. jadi aku pun buat la.. mula tu cepat la.. tapi kemudian tu agak lelambat cket.. mana tak nya.. dok buat tu, Mr Boss leh call plak.. dia nak beli pizza, kat Norin ng kat kami la. tapi dalam wallet dia tade duit cash plak da. dia mtk tolong aku p ata duit sat..
so aku pn p ja la.. then pas da abeh mengoder pa suma.. aku pun gerak la balik ke opis. smbung keja.. smpai ja smbung smpai selesai, kemudian ke Motorola plak..
da abeh tu, balik la opis, dan dia y ata aku ke stesen komuter shah alam. maceh la wahai enchik boss, terharu cheQ.. hihihi.. lega rasa walau cepat sgt smpai ke cni tadi..
bus kul 8:30, 6:30 da sampai, sangat excited kan aku..
kena perli a ng seseorang n ng mama, mama gelak, mama kata, abg nak buat apa tu 2 jam dok sana tu? mula tu aku agak pikir la apa la nak buat ni sambil dok menanti..
pastu jalan2 pusing-pusing stesen ni..
terjumpa sesuatu yang menarik la.. masa nak p toilet, jumpa ada mini muzium ketapi dalam ni.. hihi.. lama jugak pusing-pusing kat dalam tu.. ushar-ushar, amek gambaQ..
moh.. kita kongsi sket apa hasil aku dapat tadi kat dalam tu..


besaQ kan, nama menda ni tulang gajah, ada kisah disebalik tulang ni. dolu-dlu la.. mummy gajah langgaQ ketapi sebab ta puas ati kat ketapi, cita dia baby gajah eksiden ng ketapi n mati di tempat kejadian, satu hari mummy lalu-lalu, pastu dia balas dendam.. sedihh plak.. huu
(kejadian berlaku tahun 1894)


menda besaQ gedabak ni la mesin mencetak diket dulu-dulu.. whoaa.. besaQ ny..
(diguna dari tahun 1940 hingga lewat 1990)


masa tahun 1940 smpai 1980an, menda besaQ gedabak ni la digunakan sebagai alat pemotong besi.


alat peralatan Teknologi maklumat
(dari tahun 1980 hingga 2000)


nama dia "shunt signal". berfungsi macam lampu isyarat. Merah tanda berhenti, ijau tanda jalan. menariknya menda alah ni da ada sejak 1920an, dan masih digunakan hu


Plet Hydraulic Jack, yang digunakan semenjak 1950an smpai la ke 1980an.


ta tulih plak la menatang ni nama apa.. tapi aku pasti, guna dia nak ubah laluan landasan ketapi tuh.. yeshh.. :p


kotak pirate of the keretapian. kotak peralatan yang digunakan di bengkel ketapi di Sentul dalam tahun 1960an.


kalau nak tau, pakcik ni la orang Mesia pertama yang jadi pengurus stesen ketapi ni.. dolu2 kan, suma pakcik omputih ja.. ni pakcik melayu pertama n orang Mesia pertama.. bangga cheQ.. :p


ni kusi driver ketapi.. mula guna masa tahun 1995


ni Model Railcar yang dihadiahkan oleh pengilang sekitar tahun 1970.


Model gerabak klas 1 (satu) yang dibina pada tahun 1935. Gerabak jenis ini digunakan dari tahun 1934 hingga lewat 1970an.

huuu.. banyak sungguh la.. udah la tu kot.. sebenarnya ada banyak lagi la kat sana.. p la tengok.. syok jugak kan.. lawatan bersejarah.. ta rugi apa-apa, ilmu tu..
Lokasi :: Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


Buta+Pekak+Bisu=CINTA