Followers

Showing posts with label Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Kaunseling. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

Kejayaan dengan redha

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Nadh pulang semalam dalam pukul 12 sampai rumah. Hampur 5 jam kami melepak di rumah boss Nadh. riuh rendah jadinya. Bila hampir semua ada. Semua plak 'geng mulut longkang' berkumpul, memang gamat jadinya suasana. Serious tak larat nak gelak, masing-masing berkongsi pendapat dalam pengertian diri memasing. Tapi satu yang membezakan antara Nadh , Boss n para Engineers berfikir adalah mengenai sesuatu yang mereka rasa kami ini terlalu mengikut, dan taknak melawan. Ada juga kawan-kawan dari field ni yang marah, sebab kata mereka kami ni penakut sebab tak melawan. 

Pendapat Nadh n boss Nadh sama, kami mungkin nampak penakut, tapi sebenarnya itu adalah untuk kebaikan semua. Kalau hari ni kami berkeras, sampai masa nanti, kita juga yang akan menerima padahnya, bila orang dah tahu yang kami juga penentang seperti yang lain masa itu, tiada lagi kelebihan kami. Kalau dulu, kami dipayung oleh para PM yang menjaga kami sebab kualiti n tapi sekarang yang ada hanyalah penakut yang tak reti nak lwan, dan hanya hangguk saja. Last jadi mangsa adalah kita yang mengeluarkan kos. 

Nadh pernah satu masa kena hentam dengan 2 PM sebab Nadh kedekut nak keluar kos. Reason dia satu ja, kita tak p sebab kita takkan buat benda bodoh berkali-kali, tapi akhirnya kena juga. Apa boleh buat kan. Kita limau dan depa tu durian.

Para Engineers tahu nak lawan ja, tak puas hati katanya, tapi depa tak tahu yang melawan tu akan bawa kesan besar pada kita. Orang pandang kita lemah, orang kata kita bacul, tapi tahukah depa yang bacul itu demi mendapatkan sesuatu nasi untuk semua yang bernaung dibawah kami? 

Itulah kehidupan sebenarnya. Kita akan diuji dan diuji sesedap rasa oleh orang yang pegang konsep "kita takkan berjaya selagi kita tak pijak kepala orang", tapi persoalannya, adakah kejayaan yang dicapai itu akan kekal lama? Nadh cakap tadi, kita perlukan kejayaan dengan redha. Mungkin simple, tapi sebenarnya dalam sangat apa yang Nadh cuba sampaikan tadi. 

Readers, bayangkan sesuatu yang mudah. Readers merupakan anak kesayangan kepada ibu bapa readers, sedangkan abang readers telah dihalau dari rumah. Semuanya disebabkan readers buat cerita yang buruk mengenai mereka. Masa ini readers adalah kesayangan keluarga, apa sahaya yang diinginkan diperolehi, tapi akhirnya, apa yang readers dapat? Kesayangan mungkin, tapi bila satu hari nanti hijab kejahatan dibuka? Kisah dusta dan nista dihidu dan didedahkan, apa akan jadi dengan readers? 

Itu hanyalah kisah pendek bersama keluarga, bila mana mengeluarkan kisah yang lebih besar bagai mana pula ya? Readers kaya, tapi kaya dek kerana MENIPU, apa akan jadi dengan masa depan readers? memakan harta haram lepas tu dialirkan pula kepada keluarga, ibu kepada anak-anak, ibunda tercinta, adik adik kesayangan, ayahanda yang penuh harapan memandang kejayaan readers? 

Ini prospek besar nak menjawap api neraka ni, ALLAH tak tanya kat semua tu, tapi terus tuju kepada readers, KUAT TAK KITA MASA TU? Masa tangan yang mengaku dia buat, kaki mengaku melangkah ke tempat itu, segalanya bercakap dan lidah terus kelu terdiam memangkah hujah yang lain, Agak-agak la, hebat tak readers nak lawan kuasa ALLAH? 

Ataupun, diberi nikmat, tapi  kita jadikan nikmat itu sesuatu yang semakin menjauhkan diri kita darinya. Contohnya, duit berjuta, tapi dilaburkan ke saham-saham dunia, untuk digandakan, tapi terlupa membantu si miskin yang hari-hari ikat perut tak makan. Rumah besar, tapi terlupa untuk menghargai kesenangan itu dengan menghantar Ibunda dan Ayahanda ke rumah orang tua, bukan itu sahaja, malah dilupakan terus dari kehidupan, atas alasan, "mereka orang miskin, bukan ayah n ibu aku".


ALLAH memberi, Tak penah terlupa membalas kejayaan yang dah kita laburkan sebab USAHA, namun,  adakah ada redha didalam kejayaan kita? Renungkan. 

Wednesday, 18 January 2012

Hantu- Alam Ghaib

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Aii readers. Beberapa hari dah kn xdak sesi perkongsian dari Nadh. Bukan xnk menulis, cuma bila badan letih ni kan, cmni aa, 'jiwa' pun x ada, jadinya beri masa buat diri sendiri berehat sebelum mula balik.

2hari lepas, masa Nadh berhenti di hentian sebelah Maran, dengan kawasan yang gelapnya n x ada rmai org mcm selama ini berhenti di lebuhraya utara selatan, rasa pelik juga, ngeri pun ada juga ye lah, kita ni penakut sikit bila tak ada orang ni sebab dah terlalu byk kes kan. Dalam ralit tu, fikiran menerawang ke arah satu subjek yang sedang hangat di paparan panggung wayang sejak sekian lama, iaitu "Hantu".

Subjek memualkan yang buat Nadh terkedu seketika. Entah di mana silapnya, ramai producer kerkejar-kejar nk menakutkn penonton.dengan menda merepek tu. Hingga sampai satu tahap Nadh tengok, orang lg takut dengan hantu dari takut dengan ALLAH, ngeri dengan kisah hantu, dari seram sejuk jiwa ni bila terdengar kisah BALASAN HARI AKHIRAT.

seperti sedang mengajak manusia mendekati alam ghaib dengan kisah bermacam yang tak berkesudahan, dari hantu bungkus, rasuk, sampai dah bermacam-macam subjek tu dikembangkan. Sedangkan topik alam ghaib sebenarnya yang perlu dihebahkn itu, yakni, hari akhirat, alam kubur, takut dengan balasannya, bukan hantu.

Nadh percaya, alam ghaib bila didalami, bakal bawa kita lebih takut pada ALLAH. Percaya x kalau kita bisa melihat malaikat menulis cereka nista kesongsangan kita didunia ni, pasti kita takut, kerana jelas dapat melihatnya. Nadh pernah dengar kisah benar mengenai seorang budak yang 'mendengar' orang menjerit kesakitan masa dia di kuburan , bayangkan kita yang dibuka hijab itu, masih adakah lagi keberanian kita untuk terus gagah meniti hidup penuh dosa?

Sebab itu ALLAH selit PERCAYA PADA MALAIKAT, PERCAYA PADA HARI KIAMAT dalam Rukun Iman. Bukankah keduanya ghaib? Malaikat yang sentiasa berlegar sekeliling kita, dan alam kuburan itu sebagai jalan mula berjumpa dengan kiamat.

Benarlah kata ALLAH, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 14 January 2012

Tips Menangani Kebiasaan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru pagi tadi, masa Nadh dok BW terjumpa satu readers belog ni, katanya bersedih atas sebab terputus di tengah jalan. Baru masuk sebulan tak silap kisah dia ni. Masih bersedih. Nadh dah pun tinggalkan pesanan kat dia, if dia perlukan tempat nak ngadu, dia boleh add ja facebook Nadh. Malah to all readers, if you need someone to share, u can find me, Nadh ni tak ada pape pn, tapi Nadh rasa, mungkin hari ni depa perlukan seseorang untuk cerita, tak salah kan, Nadh ada kat sana untuk membantu. 

Since dia sedang down , jadi Nadh rasa tak salah kan Nadh nak share beberapa 
" Tips Menangani Kebiasaan. "

Maksud Nadh dengan kebiasaan ni adalah, bila satu masa dulu, ada seseorang yang menemani kita, sekarang dah tiada, jadi sekarang masanya untuk kita belajar tips mudah yang Nadh aplikasikan sendiri. 
(Note : Perlu diingat ya, bukan bab cinta saja, tapi ianya untuk semua, mana tahu kamu kehilangan kucing kesayangan ka, sahabat ka kan? Apa sahaja..)

1. Jangan bersendiri. Ini yang selalu dibuat orang bersedih ni, dia gemar sekali bersendiri. Kononnya untuk mencari ketenangan, tapi tindakan dia ni sedikit silap, sebab bila bersendiri, kita akan lebih banyak mengingati orang tu sebab tiada teman. Biasakan diri kita bersama orang, at least ada tempat sembang kan? 

2. Isi masa terluang dengan aktiviti. Salah satunya yang buat kita sendirian adalah sebab kita tak ada aktiviti, apa kata kita isikan masa yang kosong itu dengan sesuatu yang bermakna. Jogging mungkin. Tak pun tolong Mama n Ayah berkebun ka, bukan sahaja badan sihat, minda akan sedikit sebanyak akan melupakan kesedihan seketika kita tu.

3. Semangat. Kuatkan semangat kita. Ada ketikanya kita rasa down, tapi cuba bayangkan yang lebih teruk dari down kita tu. Terbaik jika kita ambil semangat orang. Kumpul semangat tu dan jadikan pemangkin. Nadh suka nak sebut, kita tengok yang kurang bernasib baik dari kita, kemudian kita bandingkan dengan kita, maka dengan mendekati mereka, kita akan rasa diri lebih baik dari mereka. BTW, takkan kita nak tunjuk kita lemah depan orang yang lemah kan? Semangat dan kekuatan mereka bakal menjadi inspirasi kita. 

4. Fikir buruk. Maaf ya, bunyinya tak berapa baik kan, tapi lebih baik bila kita fikir buruk dari down sangat. Maksud Nadh adalah, waktu ada bersama dulu, fikirkan buruk yang dah kita buat bersama. Atau. dalam cinta, senang kita fikir buruk si dia, atau buruknya ketika bersama. Contoh : si dia yang melawan kita masa berkawan dulu. Untuk kekuatan diri, tanamkan dalam hati "sekarang pun dah melawan, nanti dah kahwin macam mana la kan?" . Mungkin tak baik la fikir macam tu, kaitkan dengan HIKMAH ALLAH pula, takkan la dia nak takdirkan dengan orang yang TAK SESWAI dengan kita?

5. Kesayangan. Nadh selalu sebut dalam belog ni. Ujian itu adalah tanda kesayangannya. Kita takkan rasa indahnya pelangi kalau kita belum bertemu mendung dan hujan kan? Hargailah segalanya itu. Kita sedang belajar sesuatu sebenarnya. 

Sebenarnya kesimpulan apa yang Nadh cerita kat atas tu adalah satu ja, iaitu MUHASABAH. Setiap satunya adalah pecahan dari perkataan itu. Semuanya berkait dengan itu. Kita akan sedar semua itu bila kita berfikir panjang. Hidup hanya sekali ja, takkan selamanya nak terikat dengan kenangan? Bangkitlah. Hanya satu garis sahaja di hati, hanya satu parut sahaja, mungkin ia takkan hilang, tapi bukankah parut tu yang ajar kita lebih berhati-hati dalam hidup selepas ini. 

Banyak lagi sebenarnya, tapi biarlah ini sahaja buat masa ini yang menjadi peneman readers. Nadh akan perincikan lagi mungkin satu hari nanti, atau, Nadh akan kongsikan apa lagi yang Nadh rasa selepas ini. Mungkin ada yang lebih baik dari tu, tapi percayalah, ALLAH Maha Tahu setiap apa yang jadi. Kita cuma berserah saja pada DIA, yakin pasti yang kejadian setiap satunya bersama HIKMAH yang entah bila akan dirungkaikan, tapi bila tiba masa satu persatu didedahkan, kita akan tahu betapa untungnya kita sebenarnya.

Friday, 13 January 2012

Tak apalah, kalau tak salah kita tak belajar kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh tergelak ni. Baru kejap tadi join group dan meng-comment sakan. Ada la cerita mengenai pil chi kit teck aun tu. Ala, pil sakit perut tu, yang kecik-kecik tu. Ni ha gambar kat bawah ni dia.
 
Cerita dia, Ada seorang adik ni mengaku, masa dia memula kenai dengan pil tu, dia makan sebiji ja, bukan nak jimat katanya, tapi dia tak tahu. Nak tergelak plak bila baca. tapi lepas tu Nadh cakap la dekat dia, "tak apalah, kalau tak salah kita tak belajar kan? "
Betul kan, dalam hidup, kita tak belajar kalau kita tak buat salah. Contoh macam adik tadi tu. Dan Nadh sendiri sebenarnya dapat pengajaran ni dari kisah Nadh masa memula hidup kat sini. Masa Nadh mula datang dulu kan, Nadh kena keluar, sebab masa tu kena buat delivery untuk materials team nak guna masa buat kerja pada malam harinya. To be honest la, Nadh rasa seksa sangat sebab kita ni dah la buat jalan, pastu kena keluar plak, cari jalan. Memang la pening.
Tak cukup dengan tu, Nadh bila ke klas hujung minggu pun macam tu, cari kelas punya la susah, tak jumpa-jumpa. ye lah kan, kita pestime guna kenderaan sendiri, sebelum ni LRT ja. Ada sekali tu, masa keluar dengan orang, Nadh terlepas satu simpang, dan menda tu sebabkan Nadh rugi hampir setengah jam, sebab tak boleh nak patah balik guna jalan tu, (masuk highway kan), padahal, kalau tak silap 5 minit dah jumpa federal highway. At last setengah jam lepas tu, baru jumpa jalan masuk federal highway. Dah la masa tu kejar nak Maghrib, memang pengajaran berguna buat Nadh la.

Sekarang ni, Alhamdulillah, syukurlah, walau tak banyak, Nadh belajar untuk tahu jalan kat sana, sampai ada la orang perli Nadh kata Nadh ni GPS. Tak apalah, betul juga kata abang yang mengajar Nadh dulu, "redah ja". Sekarang kita dah tahu kan. Bermaksud kat sini, belajar dari kesilapan ni, akhirnya kita akan tahu la mana salah mana betul.

Nadh nak tambah ni :
Tapi bab agama, bab hukum hakam, kalau salah kita takleh nak pusing-pusing ya. Kalau tadi kita belajar dari pengalaman, kesilapan, tapi lepas tu masih boleh buat silap, tapi dalam bab hukum hakam, bila kita dah tahu, secara automatiknya kita akan dipertanggungjawabkan. Paham maksud Nadh kan? Dipertanggungjawabkan !

Contoh terbaik, kita tahu ja tak pakai tudung itu salah, tapi stil nak buat. Malah kita bangga nak kata dekat orang "aku solat penuh la, lagi bagus dari budak pakai tudung tapi berzina". Soalnya sekarang, siapa kita nak persoalkan menda ni? Kita mungkin rasa kita baik dari dia, tapi dia TUTUP apa yang ALLAH mula-mula suruh TUTUP. 

Kedua, bila kita ada pelajaran, tapi kita tak tegur orang salah, MALAH MEMBENARKAN ORANG BUAT SILAP. Contohnya, orang berzina, kita tak nasihat dia, tak membetulkan dia, malah boleh plak membenarkan perlakuan dia tu. "A'ah kan, dah sedap kan, buat ja lahh, Muda lagi ni, nanti tua ko tobat aa". 

Lagi teruk bila KITA ADA ILMU, TAPI KITA BUAT JUGA MENDA TU. Senang cerita bab solat la, sapa yang tak tahu tinggalkan solat itu DOSA besar, tapi slumber badak ja bila datang waktu solat, kita dok ralit kat shopping mall, dedatingan, tengok tibi, apa sahajalah keadaannya yang buatkkan kita MENINGGALKAN SOLAT tu.

Nadh nak gtau ni, menurut Khatib masa Nadh pergi Solat Jumaat hari tu. 
"Orang yang ada ilmu, tapi tak beramal, akan dimasukkan dalam api neraka, akan disiksa dulu daripada orang KAFIR " 

Berat kan? Jadi nak tangguh lagi ke? Opsss~~~

Friday, 30 December 2011

Bersangka baik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Seseorang yang bersedih. Hari-hari kehilangan dirasakan sangat perit. Hidup sangat susah dirasakan terutamanya bila melihat ke kiri dan kenanan namun tiada yang diharapkan itu disisi. Sekarang, dalam waktu terdekat ini, yang menemankan diri hanyalah enchik bantal yang menjadi pusat pengumpulan air mata, enchik cermin yang menjadi tempat meluah juga enchik perut yang menjadi mangsa kembong angin sebab tidak diisi saban hari.

Lama kelamaan si yang bersedih sedar yang dia dah salah, puas dia mencari jawapan, tapi langsung tidak bertemu. Namun, ALLAH itu Maha Penyayang, lantas dikirimkan utusan kepada si bersedih, bukan hanya jawapan buat kesedihannya, malah jawapan muktamad pada semua kekusutan dalam dunia. Satu yang bila diaplikasikannya, bakal memadamkan segala sedih dalam dunia yang x pernah sunyi dari menyapa kehidupan.

SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH.

Mksud Nadh adalah macam ni, kita susah hati, sebab kita ada masalah peribadi, kucing kesayangan lari dari rumah, punya la susah hati kita ni, fikir macam-macam ni.
Dalam fikiran : mungkin ikut boyfie lari ke lombok kot kan? Ke kena culik? Jika ya, kenapa x ada nota ka panggilan tpom dr penculik? Atau kucing tu dah x suka kita sebagai tuan dia? Ke kita rebus ikan x sedap sbb x letak garam?

Kita terlalu beratkan fikiran sampai last sekali, kita seakan menyalahkn ALLAH atas apa y menimpa. Konon macam ALLAH x nk makbulkan doa kita untuk bersatu kmbali dengan kucing kita tu.

Bukankah lebih baik jika kita baca situasi sebagai ujian ALLAH kepada kita? Satu cara untuk kita tunduk bersujud kepangkuan tikar sejadah memohon doa agar dipertemukan?

Sambil tu bermuhasabah, kenapa ALLAH pisahkan kita dengan kucing kita? Mungkinkah bila kita ada dia, kita terlalu asyik sampaikan kita x bersolat kepada nya? Ye lah kan, asyik nk main ja? Atau mungkin ALLAH nk kita belajar rasa kehilangan pula, kata org, kucing ni kan, kalau dia nk mati dia akn ilg dr pndgn mata tuannya (xnk tuan dia sedih gamaknya kan?),

bila bersangka baik, bukankah ini satu kebaikan ALAH kirimkn kepada kita? Sebabnya ALLAH xnk kita sedih. ALLAH xnak kita lalai. ALLAH nk ajar kita erti hidup yang tidak pernah sunyi dari 'kehilangan'.

ALLAH sangat baik kan? Kita ja yang gegeh sangat nk fikir banyak.

"Cukuplah bagi kami ALLAH, DIAlah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 29 December 2011

Tidak susah, kita yang menyusahkannya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Selamat pagi readers. Pagi ini hari kedua Nadh OJT buat kerja dekat site. Semalam Nadh ckp dkt enchik trainer, hr ni aja Nadh, esok if ada site, let me do it, then u cn take 1 week holiday n i will take care of the rest.

Terus dia perli Nadh, "amboihh, confident betul engkau ye?". Nadh gelak ja.

Bila renung balik dalam hidup ni kan, Kekadang kita akan rasa down, motivated, confident, useless dan macam-macam. Perasaan itu yang kemudian akan terbawa-bawa dalam perbuatan kita lepas tu. Contohnya, mood gloomy akan secara tidak sengaja buat kita nmpak suram ja, macam kurang berminat nk bekerja mungkin? Manakala bila bersemangat, kita seakan bermula dengan penuh tenaga yang mana 'tenaga' itu dikongsi secara tidak sengaja oleh colleague kita.

Macam Nadh terbaca dalam pesbuk tadi, "ia tidak susah, tapi kita y myusahkannya". Nadh nk pnjm quote ni y asalnya untuk menda lain untuk digarap dlm entry ni.

Baik, Nadh nak panjangkan. Tidak susah, tapi kita yang menyusahkannya.
Contohnya : Mula kisah bila terfikir nak punya kenderaan sendiri. Dalam bank ada RM15000. Setelah difikir fikir renung renung last sekali belilah kenderaan tu.

Tak susah bila : beli wira second hand secara cash.
Menyusahkan bila : nak Honda Civic : harga 150k, HUTANG. Tapi lama kelamaan rasa terbeban. Ye lahh, setiap bulan kena tanggung dekat RM1500 untuk installment. Gaji pun tak tara mana sangat. Lepas tu, bila ekonomi meleset, mula la pening kepala.

Macam itu jugalah dalam hidup ni. Kita sebenarnya yang susahkan hidup sendiri, bukan orang. Kaedah termudah nak selesaikan masalah susah menyusahkn ni adalah dengan serahkan semuanya pada ALLAH.

Seperti Contoh yang Nadh bagi di atas ni, y Nadh mksudkn berserah adalah bila kita benar-benar mengikut susunan ALLAH tu la. Dia x semestinya bg kemahuan kita, tapi yang pasti Dia x pernah miss keperluan kita.

Bermaksud, apply hukum y Dia buat tu, kita juga carilah n dptkanlah keperluan, bukan terlalu asyik dengan kemahuan. Sebab bila yang perlu tu dah ada, hidup dah cukup senang, lain pula dengan kemahuan yang sentiasa meluap luap dan tidak pernah habis. Sebab tu x hairan bila tgk berita saban hari, pegawai, malah tahap menteri pun guna duit banyak dan menyeleweng. Padahal logiknya gaji depa pun dah cukup tinggi.


Note :: Sebenarnya banyak lagi bila babit tang tidak susah yang disusahkan ni, terlalu banyak. Tambh tambah bab adat, bab kait dengan orang ni. Nk orang suka, nak orang kagum, nak orang hormat, last skali? ALLAH entah ke mana.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 22 December 2011

Indahnya satu PENGHARGAAN! - Menangguk bahagia disebalik duka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada seorang sahabat ni. Selalunya kan, bila chat ka sembang dengan dia dalam FB dia selalu sebut "saya ingat jasa kalian" , "saya x pernah lupa kamu semua".

Buat Nadh rasa terharu plak. Betapa dia hargai apa yang pernah dihulurkan kepadanya satu masa dulu. Serius rasa terharu bila orang bersungguh keluarkn kenyataan macam tu dekat kita. In fact, dalam dunia ni, berapa ramai sangat yang macam tu? Berterima kasih atas apa yang diberikan kepadanya.

Bukan minta pun, pulun lagi la, tapi Apa yang Nadh nak cakap adalah, bila berbudi, tidak perlulah kita berharap akan sebarang penghargaan buat kita. Sama macam kes ni, x pernah terfikir dia akan ingat lagi. Padahal Nadh pun dah lupa apa Nadh buat dulu.

Tapi bila cmni, rs terharu lah, walhal Nadh ni suka jadi angin. Maksudnya sekadar berlalu. Dengan tetiba dinyamankn, dan tanpa sedar sudah pergi berlalu. Itulah ibaratnya, menyedapkn orang, dan ilang bila tiba ketika orang sudah tidak memerlukan. Terbaik bt Nadh sebab bg Nadh ini adalah kebahagiaan melihat senyuman terukir dari bibir yang bersedih.

Sebenarnya bagi Nadh ia adalah salah satu terapi diri, bila mana kita pandang masalah tu sebagai ubat merawat luka diri. Mksudnya. Masalah melanda orang sebagai batu pengukur untungnya kita dalam hidup. Dan perbandingan itu (dalam masa kita memotivasikan orang) , kita sedang membina tembok YAKIN dalam hati dan memperkasakan PERCAYA DIRI. Ya lahh, masalah orang bisa diselesaikan, apa lagi diri sendiri. Dan buat kita semakin tabah.

Akhir sekali, kita akn peroleh KEKUATAN dari sana. Bila menjadi 'si boleh harap' bagi yang perlukan khidmat kita. Membantu n dibantu. Dia dengan halnya, kita menangguk bahagia melihat penyelesaian. Itu diri Nadh. Gembira menepek disebalik duka hingga temu cahaya. Akhir hilang tanpa bicara. Ibarat angin berlalu, sejuknya rasa selesa nyamannya, pabila selesai mengorak bahagia, ilanglah ia tnpa berita.

Superman mana nak pegang kriptonite dan melemahkn kredibility sendiri kan. ?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 25 November 2011

Madu dibalas hempedu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtara pada yang membaca.

Seharian didalam bus. Perjalanan yang tidak disangka sangka bakal memakan masa selama ini. Kalau perjalanan malam dapat di agak masa tibanya, perjalanan siang langsung tidak dapat dibaca . Kalau last time Nadh naik ambil hampir 6 jam, rasanya kali ini bakal mengulang cerita yang sama.

Teman Nadh pula sebuah novel yang menjadi santapan rohani Nadh dipetang ini. Isi nya Nadh garap petang ini buat tatapan para readers belog kudus ni.

Topik petang Nadh hari ini mengenai "Madu di balas Hempedu."

Sepertimana bacaan Nadh petang ini, watak dalam kisah ini baru sahaja membantu sebuah keluarga berduka ini dari sihir durjana, tapi sebaik kembali ke halaman, pihak dari yang dibantunya datang kembali untuk mendapatkannya untuk ditangkap dan dibunuh oleh ketuanya. Setelah disiasat, rupanya si dia telah didedahkn oleh keluarga yang dibantu itu juga yang merupakan bapa mertua kepada suami yang isterinya disihir.

Dua kali madu dibalas hempedu yakni bantuan yang dibalas tangkap dan selamatkan anak tetapi bapa tidak berterima kasih, malah menyusahkan yang membantu.

Tapi bukan itu yang nak Nadh sebutkan, tetapi bagaimana watak ini berdepan dengan nya, dia bukan sahaja redha dengan ujian ini, malah terima dan senyum.waktu menghadapinya.

Hati terfikir, membawa sekali readers menjenguk iman dan jiwa kita, adakah kita seteguh itu, membalas keburukan dengan kebaikan tatkala kebaikan sendiri yang ibaratkan madu diblas hempedu?

Benar seperti mana air itu punya kuasa memadamkan api, yang panas itu disejukkan dengan mudah dengannya. Diaplikasikan dalam kehidupan, pasrah dengan ujian menutup rasa gundah, membantah lahirnya perasaan tidak baik didalam jiwa. Akhir sekali kesabaran yang kekal itu yang bakal menyedarkan insan berhati walang yang bersarang sifat tidak baik itu lantas menyedarkannya akan khilafnya yang berbuat durjana pada yang mulia. Semoga kita dijauhkan dari menjadi anjing menggigit insan baik menariknya dari lubang.

Mari kita bersama tetapkan dalam hati bahawa sesungguhnya ujian itu tiba bersama redha, didalam kesulitan itu terselit kemudahan (Al-Insyirah). Ajarlah hati kita supaya bersangka baik dengan tiap detik nafas kurniaNYA. Sebab tiada sia sia semuanya.

Sesungguhnya yang sabar itulah golongan yang beruntung.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Dilema hati : Banding-membanding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh teringin nak bercakap mengenai penerimaan petang ni. Selepas Nadh tertonton satu cerita pagi tadi yang mana terdapat sepasang suami dan isteri , yang mana si suami tidak dapat terima kehadiran isterinya (konon kononnya la, tapi anak dah nk masuk EMPAT).

Secara mudahnya dapat Nadh simpulkan. Kes ini sebenarnya adalah salah satu dari penyakit hati. Sebab , penerimaan itu adalah pada hati, jadi jika hati tidak.menerima bmakna hati yang salah, ini belum lagi diambil kira faktor luarannya.

Nadh rasa perkongsian di bawah dapat dijadikan panduan dalam kita menghadapi dilema ni.

1. Belajar untuk redha dengan ketentuan. Ini merupakan jalan utama sebelum kita masuk dalam fasa lain dalam penerimaan. Hujahnya mudah sahaja, perkara sudah pun terjadi, tiada baiknya jika kita mengeluh, tapi terima dan cuba hadapinya.

2. Hati yang redha akan buka rasa untuk menerima dan menghadapi. Mksudnya, jika dia bukan pilihan pun, diri masih perlu hadapi si dia. Mungkin sebagai suami, sebagai isteri dan sebahagian dari hidup kita kini. Dulu sendiri, kini tidak lagi, jadi perlu jadikan TANGGUNGJAWAP sebagai satu kunci penyelesaian.

3. Semasa belajar menerima, diri kena belajar MELUPAKAN KENANGAN yakni si dia yang pernah bertakhta dihati. Nadh kenal pasti ini sebagai satu sebab kenapa bila yang sudah berkahwin pun kantoi. Jika kita rujuk kes rumahtangga, ada kes membabitkan pasangan kembali kepada yang kekasih lama.

4. BERHENTI MEMBANDING. Satu yang perlu diingat, kalau ada pun 3 biji buah di atas satu tangkai yang sama, belum tentu ketiganya punya rasa yang sama, begitu juga dengan pasangan. Dalam menerima, kita tidak boleh expect yang mereka itu sama, kaedah terbaik hadapinya ialah berhenti membuat perbandingan.

5. Seterusnya kena belajar kenal perkataan BAGUS, BAIK, BEZA. sebabnya. Selepas tiada perbandingan, mindset itu juga perlu diubah. Jadinya, positive itu lebih baik dari sebaliknya. Iaitu dengan memandang perilaku si dia sebagai, BAGUS dan BAIK untuk kita. Apa pun yang dia buat, kena fikir BAIK.

6. Dan akhir sekali adalah, KERJASAMA. Ingat tak lagu WonderPets? Dia nyanyi, "apa yang penting? Kerjasama. Apa yang penting? Kerjasama." kenapa dia ulang 2 kali? Sebab kerjasama hanya terjadi bila kedua pihak mengambil peranan masing-masing. Dari kerjasama, wujud tolak ansur dan akhirnya bahagia.


Apa yang Nadh kongsikan diatas merupakan buah fikiran dari Nadh yang serba daif ini, mungkin dan mungkin tidak betul pendapat Nadh, tapi apa pun, mendekatkan diri pada ALLAH itulah yang terbaik bagi kita, sepertimana Firman ALLAH dalam surah Al-Ankabut ayat 45,
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Kerana selain dari hati yang bertakwa, terselit kelebihan didalam solat yakni, secara tidak langsung sehari kita telah mendapat 5 kali kesempatan berdoa dalam kesibukan juga memperbaiki kekhilafan diri.

"jika sekiranya akhirat yang kamu cari, maka dunia akan mengejar kamu, akan tetapi jika dunia mahumu, maka ia akan jadi milikmu jua, tapi akhirat bukan lagi untukmu..."

Wallahualam. Yang baik dari ALLAH n yang kurang itu dari silap Nadh sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 23 November 2011

Meninggal dunia di MALAM PERTAMA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsikan kisah yang pada Nadh PATUT SANGAT kita jadikan perbandingan dalam kehidupan kita seharian sekarang, dan diharapkan akan membawa kita ke jalan yang lebih baik yang membawa Redha Yang Maha Kuasa kepada kita di muka bumi dia ni.



**Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad",berlaku di Abha (wilayah Asir di Arab Saudi)


********************************************** 

Selepas selesai bersolat Maghrib, Pengantin perempuan memakai make-up dan memakai pakaian putih pengantin untuk majlis resepsi perkahwinannya.
Kemudian dia mendengar azan 'Isyak. Dia menyedari yang sudah terbatalkan wuduknya sebentar tadi, jadi dia memberitahu ibunya,
"Ibu, sudah masuk waktu Isya', saya nak berwuduk dan bersolat Isya' dahulu"

Si Ibu yang terkejut dengan kata-kata anak nya pun bersuara,
"Kamu dah gila kah sayangku? Bukankah di bawah sana tetamu kita sudah menunggumu? "Dan bagaimana pula dengan make-up kamu itu, ianya akan tercuci apabila kamu mengambil wuduk nanti.".

Si Ibu menambah lagi. "Aku Ibumu dan aku perintahkan kamu  tidak bersolat dulu, dan aku akan marah sekiranya kamu berwuduk sekarang. !!

Anaknya si pengantin baru menjawap,
"Ibu, aku tidak akan turun ke bawah sehinggalah aku bersolat, Ibu. "

"Ibu mesti tahu bahawa,
" There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Ibunya berkata:
"Apa pula yang akan tetamu kita katakan nanti apabila melihatmu turun tanpa bermake-up? Mesti mereka akan mengata kamu kerana kamu tidak nampak cantik.Dan mereka pasti akan menggelakkanmu sayangku."

Anaknya tersenyum, lalu menjawap,
"Adakah ibu risaukan saya kerana saya tidak akan nampak cantik di mata yang di cipta? Bagaimana pula dengan Pencipta saya? Saya risau Ibu, sekiranya saya terlepas solat saya, saya tidak akan nampak cantik di pandangan NYA.". Dia pun pantas mengambil wuduk, malah tidak peduli akan make-up nya sebentar tadi yang akan di cuci ketika wuduk.

Dia pun mula solat Isya', ketika dia tunduk bersujud, dia tidak sedar yang ini akan menjadi sujudnya yang terakhir. DIA MENINGGAL KETIKA DIA SEDANG BERSUJUD.

Satu penamat yang sangat indah bagi seorang Muslimah yang berkeras untuk taat kepada perintah ALLAH.
Ramai yang mendengar kisah ini, berasa tersentuh, kerana dia MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI TEMPAT TERATAS DIDALAM HIDUPNYA. Dan dia mendapat penamat terbaik didalam hidup yang mana seorang Muslim sepatutnya mendapatnya.

" She Wanted To Be Closer To Him, So He Took Her Soul in The Place Where Muslim Are The Closest To Him ! "

SubhanaAllah !


Note : 
Dia tidak kisah sekiranya tidak cantik di mata makhluk, Jadi dia nampak cantik di mata Maha Pencipta, Bayangkan kita di tempat nya, apa yang akan kita lakukan? Yang mana satu yang akan kita pilih? Menyenangkan / Mengambil hati Makhluk atau Maha Pencipta?

Siapa yang dapat pastikan yang dia akan hidup lagi untuk minit berikutnya? Jam berikutnya? Atau Berbulan lagi? Tiada siapa yang tahu bila Maut akan tiba, bila kita akan pergi dan bertemu denganNYA, disoal oleh malaikat yang dihantar olehnya. Soalnya sekarang, BERSEDIAKAH KITA?



Sumber :: Email

Thursday, 17 November 2011

Ucapan Good Luck

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Lamanya Nadh nak ingat apa yang Nadh ingat pagi tadi, yang nak Nadh share dengan reader belog serba serbi kurang Frame and Lenses ni.

Topik tengah hari ni adalah "Ucapan Good Luck"

Sebenarnya Nadh tertarik dengan topik ni lama dah. Jadi hari ini sekadar meluahkan rasa dan pendapat mengenai ucapan yang kita berikan kepada sahabat-sabahat kita, apabila mereka bakal menghadapi sesuatu, contohnya peperiksaan, interview dan sebagainya.

Good Luck kalau kita alihbahasa membawa maksud, nasib baik. Nadh selalu tak wish orang good luck sebab Nadh tak rasa patut kita doakan dia hanya untuk "bernasib baik" tapi Nadh suka cakap "ALL THE BEST" iaitu kalau kita tafsirkan kita mendoakan dia untuk mendapat semua yang terbaik. 

Cuba kita fikir ya, dalam dunia ni, contoh nya kita hendak menjalani peperiksaan, adakah kita hanya bergantung pada NASIB BAIK? Pada Nadh la, susah sangat kita nak dapat NASIB BAIK terutamanya dalam peperiksaan ni, kecuali la ada soalan bocor ka, atau ada mendapat soalan magic yang tiba-tiba sama dengan pembacaan atau ulangkaji yang kita buat sebelumnya. (itu pun kita dah baca kan? Tapi soalan sama macam kita baca, dan YA itu adalah NASIB BAIK Tapi masih juga bergantung pada USAHA )

Sebut tentang USAHA, dan NASIB BAIK ni, Nadh suka nak kaitkan sedikit dengan kisah pakcik yang berjaya dan kita saling bergantungan di mana tanpa USAHA, kita akan masih berada di takuk yang lama. Macam Pakcik, yang mana masih bertahan selama dia susah satu ketika dahulu dan sekarang muncul sebagai peniaga berjaya, macam tu juga kita, yang berusaha tanpa putus asa. Macam kata-kata melayu dahulu, Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, padan sangat dengan USAHA yang membawa maksud, walau sedikit, tapi bila kita usaha, tapi lama-lama jadi banyak (BERJAYA).

Apa yang nak Nadh simpulkan di sini adalah, perjalanan hidup kita, tidak bergantung kepada NASIB semata-mata, tapi LEBIH PADA USAHA kita sebenarnya.


" Smoothy " by SpexSphotography

Wednesday, 16 November 2011

Peranan Orang Ketiga

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh ada tengok satu cerita kat TV. Mengisahkan dua suami isteri yang bergaduh, lepas tu isteri dia mendapatkan nasihat dari seorang makcik tu. And makcik tu la yang nasihatkan perempuan tu tinggalkan suami dia, sebab suami dia suka marah-marah, then suami dia buat kerja haram, meragut apa suma. Masa tengok tu Nadh rasa sangatlah tak setuju dengan isteri tu sebab macam jadi 'Mak Hangguk' saja dengan apa yang makcik tu katakan. Pada Nadh kan, mungkin betul, tapi setengah nasihat tu bagi Nadh macam tak berguna diberikan la, macam nasihat suruh tinggalkan suami tu.

Rentetan dari cerita tu, Nadh nak share sesuatu pagi ni mengenai "Peranan Orang Ketiga".

Dari kisah di atas, dapat kita simpulkan yang sebenarnya peranan orang ketiga ini. Yang mana mungkin dianggap macam angin berlalu sahaja, tapi pihak ketiga yang negative ini sebenarnya sangat-sangat bahaya dalam kita tak sedar. 

1. Cuba bayangkan ya, macam kes atas tadi, si isteri meninggalkan si suami di rumah. Sebab, terpengaruh dengan "nasihat" (nasihat dalam bracket) yang diberikan oleh pihak ketiga. Sedangkan suami tidak izinkan. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seorang isteri keluar rumah, sedangkan suami membencinya (tidak mengizinkannya), dia akan dilaknat oleh semua malaikat di langit dan semua apa yang dilaluinya (di bumi) selain daripada jin dan manusia, sehinggalah dia kembali semula (kepada rumah suaminya).” (Hadis riwayat Thabari) 

2. Keduanya. Bila pihak ketiga itu negative, dan si peminta nasihat itu sedang buntu, tak mustahil dia akan lebih buntu. Dari segi psikologinya la, orang yang minta nasihat ini, dia nak dengar pendapat, tak kiralah dari segi apa sahaja. Tapi kalau negative sahaja yang didengarnya, tak mustahil dia AKAN LEBIH NEGATIVE. Dalam menasihat ni, kita kena pandai main peranan kita, mungkin perkara itu negative, tapi tak boleh kita nak negativekan dia sahaja, Kena pandai la, sebab kita taknak dia lagi 'MORAL DOWN'.
3. Yang penting sekali adalah. Yang kita semua pun tahu, si peminta nasihat itu sebenarnya perlukan telinga untuk mendengar curahan perasaan dia tu. Jadi, tak rugi pun kalau kita, berikan untuk dia. Agak kita tak rasa yakin dengan nasihat yang bakal kita beri itu baik atau tidak, just jadilah telinga yang mendengar. Itu sudah cukup nak tenangkan dia walau sekejap.

4. Bila kita rasa dia sedang negative. Positive kan dia balik. Basuh sikit minda dia tu. Ini tak senang, tapi tak adalah susah sangat. Ayat paling mudah, bandingkan keadaan dia dengan sekeliling yang lebih menyedihkan dari dia. Pasti dia sedar YANG DIA LEBIH BERUNTUNG. ;)

Peringatan, jangan kita jadi Orang ketiga yang merosakkan. Sebab buruk padahnya. Nasihat buruk yang kita berikan dan diikuti oleh dia, kesan buruk dari sana, turut sama membawa percent ke kantung buku amal kita. Renung-renungkan.

Tuesday, 1 November 2011

Did you still love your EX?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam semalam, ada orang postkan gambar bawah ni dekat wall KBU.


Lepas tu ada beberapa yang menjawapnya. kat bawah ni jawapannya.





Rasanya Nadh juga ada Ex. Meh Nadh nak kongsi Ex-Ex Nadh, lepas tu kita buat perbandingan sedikit, amacam? Ada bran? 
1. Kejatuhan Saya - Masa kecil-kecil ni. Mudah nak jumpa, tapi susah nak ingat, masa tu, saya nak belajar berjalan, tapi kaki belum cukup kuat, saya gagahkan juga memanjat di mana sahaja saya jumpa tempat berpaut, entah berapa kali saya jatuh, entah dah di mana-mana lebam di badan saya ni, berapa banyak kali saya meraung pun saya tak tahu, tapi saya tahu, akhir sekali, saya berjaya juga bangun, berjaya juga berjalan, dapat juga saya melangkahkan kaki saya waktu ni. 

2. Tangisan Saya - Waktu saya mula melihat dunia, masa ni saya menangis, kuat la kot sebab saya tak ingat pula masa ni macam mana, tapi saya tahu sesuatu, waktu saya lahir, saya seorang sahaja yang menangis, dan semua tergelak, berpesta sakan sebab gembira menerima saya sebagai ahli baru keluarga mereka, saya nak simpan dalam minda saya, bila satu hari nanti saya pergi, yang akan menangis adalah dunia, dan saya pula yang tersenyum gembira.

3. Kejayaan Saya - Saya ingat lagi, waktu saya di Universiti dahulu, saya suka sangat bila setiap kali bila saya mendapat kejayaan, semua datang kepada saya. Menghulur tangan mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang bergelak ketawa berkongsi kejayaan saya. Saya suka betul waktu tu, tapi saya tak ingat pula masa saya bertungkus lumus mendapatkan kejayaan saya ni sebab terlalu gembira dengan kejayaan saya. Hinggakan saya terlupa pada yang memandang sayu kejayaan saya itu. Saya sepatutnya gembirakan mereka juga, kongsi aura tu dengan mereka, dengan harapan mereka terpengaruh dan berusaha kuat selepas itu.

4. Persaingan Saya - Ada kawan cakap dengan ibu mereka, "Ibu, kalau nak tahu, dia itulah musuh ketat saya, selalu sahaja bila bab belajar, bersaing dengan dia. ". Oh dia beritahu ibunya mengenai saya, saya berasa gembira kerana kewujudan saya diperhatikan, tapi saya terlupa, sedang asyik saya bersaing ini, saya tidak ingat kepada persaingan yang sepatutnya saya utamakan, persaingan mendapatkan Redha Yang Esa, ALLAH SWT. 

5. Perbuatan-perbuatan saya - Kalau hendak saya hitungkan, terlalu banyak yang sudah saya lalui. Yang baik, yang tidak, yang nakal, yang membencikan, terlalu banyak sebenarnya, semuanya adalah pengalaman yang mengajar saya menjadi siapa saya sekarang. Yang teruk itu menyedarkan, yang baik tanpa beringat itu kekadang melalaikan, makin lama, semuanya mengajar, makin saya sedar yang semua merupakan susunan ALLAH buat saya supaya saya belajar mengenai kehidupan.

6. Pengorbanan - Ini sangat mendalam. Mungkin hati saya selembut tissue bila berbicara mengenainya. Atau juga mata selaju pili yang dibuka untuk jatuh berjurainya air dari muncungnya, Peringatan buat saya, bahawa Siapakah saya di hari ini jika tiada pengorbanan. Biarlah saya pilih dua insan terlalu istimewa dalam dunia ini kerana telah membesarkan saya, iaitu Mama dan Ayah saya.  Adakah saya hargai pengorbanan mereka? Adakah saya telah menjadi anak yang baik, anak soleh yang senantiasa mendoakan kebahagiaan mereka? Adakah saya ini mampu untuk berkorban sehebat pengorbanan mereka satu ketika dahulu? Ibu yang berperang dengan nyawa ketika hendak melahirkan saya? Ayah yang bersusah payah demi memberikan saya kehidupan terbaik? Disebalik Redha mereka itu lah ALLAH redhai kita, oleh itu, peringatan buat saya dan semua, hargailah mereka seperti mana mereka menyayangi kita satu masa dahulu. Semuanya di buat free of charge, tidak pula mereka menuntut semuanya dari kita, jadi biarlah kita jadi seorang pengenang jasa, yang berusaha memberikan mereka khidmat terbaik selagi mereka diizinkan bernafas di muka bumi ini.

Terlalu banyak Ex yang sekiranya diberikan peluang untuk saya berkata-kata, memang tidak berhentilah anda membacanya, cuma saya hendak ingatkan, Ex itu dari maksud perkongsian hari ni adalah kenangan, masa silam yang pernah berlalu dalam hidup kita. Ianya adalah perancangan ALLAH untuk kita, sama ada ianya dimanfaatkan atau tidak, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya ianya diambil untuk diingati , dan sebagai jalan pandu ke masa depan gemilang, atau sekadar ingatan untuk dikenang sahaja, biarlah diri kita yang menentukannya.

Pengalaman itu mematangkan. Pengalaman mengajar kita.


"Biarkan masa depan datang sendiri, telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya. Allah telah menyusun hidup kita dengan sempurna..."

Monday, 31 October 2011

Motivasi : Mengenai perbandingan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak kongsi mengenai "Disamakan". 

Tadi ada bersembang dengan seorang sahabat Nadh, Dia ada kongsikan dengan Nadh, dia takut dia akan disamakan dengan seseorang setelah dia dapat tahu banyak info mengenai masa lepas seseorang tu. 

Kekadang tak dapat nak dinafikan, kita akan berasa rendah diri bila kita dapat tahu sesuatu yang rasa kita, kita tak mampu untuk jadi begitu. Masa tu mulalah jiwa kacau sekejap, (ambil masa nak betulkan balik ni), tak dinafikan, moral down mungkin sekejap, sampai bila otak dah centre balik, baru kita rasa kembali tenang. Tapi masih lagi dengan tanda soal dalam hati dengan perasaan berbolak balik tentang info baru yang kita dapat tu. 

Since Nadh berdepan dengan kes ni, so Nadh nak kongsikan beberapa info dengan readers, mungkin sedikit sebanyak bila readers turut berada dalam situasi yang sama, readers akan dapat encounter masalah ni. 

1. Positivekan minda. Kenapa Nadh kata macam tu, sebab bila kita positif, kita akan berfikiran lebih waras berbanding dengan hati yang macam kapal kena ombak besar ni. 
2. Fikirkan kebaikan. Bila minda dah positif, kita cuba fikirkan kebaikan kita dapat tahu mengenai info tadi. Cuba bayangkan, apa yang kita dapat dengan info tu. Bukan untuk kita rasa rendah diri sebenarnya, tapi itu adalah "gift" yang mana kita sepatutnya berasa bahagia kerana gifted dengan info tadi. Ambil yang baiknya, kita dapat belajar sesuatu yang baru dalam perhubungan.

3. Belajar untuk jadi lebih baik. Sesudah dua di atas, kita kenalah fikir dan belajar cara untuk menjadi lebih baik. Kalau dari kisah yang kita tahu tu, adalah sesuatu yang best, kenapa tidak kita fikirkan sesuatu, atau buat sesuatu melangkaui apa yang kita tahu tu.

4. Cipta sejarah baru. Kalau kita rasa si dia pernah melalui hari-hari indah dulu, kita pun kenalah buat sesuatu. Cipta sejarah baru bersamanya. Jadikan detik-detik indah tu satu yang akan sentiasa dikenang hingga bila-bila. Kalau dulu si dia pernah bersama-sama kayak dengan yang tersayang, kenapa tidak kita plak ajak dia berenang bersama, mungkin bunyinya lawak, tapi kena ingat, kita kan sedang mencipta sejarah?

5. Kita istimewa. dan kita akan jadi yang lebih istimewa. Simpan ni dalam kepala otak kita. Maka dengan itu, kita akan mendapat keyakinan dan kita akan berjaya buat sesuatu. Ingat, penghalang kejayaan itu bukan dari luar tapi faktor dalaman itu yang sebenarnya menghentikan perjalanan kita. Moral yang tinggi dan bermotivasi itu akan jadi benteng kuat menolak serangan minda kita.

Atas mungkin sedikit sebanyak melegakan. Tapi percayalah, bila kita berjaya menjadi yang istimewa, memory-memory lalu itu hanya sekadar angin yang pernah berbisik alunannya di tepi telinga kita, ianya indah dan mengasyikkan, tapi sekarang yang lebih mengasyikkan tu sedang di hadapinya. Kenangan lalu itu terindah, tapi masa depan itu lebih indah bila diri sedang menjadikan nya yang lebih baik, yang lebih baik kerana perjalanan sekarang adalah perjalanan menuju jalan redha ALLAH Yang Maha Kuasa.

Sedikit peringatan, didalam perhubungan,bukan hanya persamaan yang kita cari tapi yang kurang pada kita dan kurang pada dia dengan kelebihan diri masing-masing tu yang menyatukan dan melengkapkan 2 hati, ingat tak orang kata, cinta adalah mengenai "melengkapi" satu sama lain?

Cinta Ilahi by Bicara Hati

P/s : Untuk semua, yang bercinta usahalah ke arah perkahwinan, yang dah tawen, indahkan lagi taman-taman dunia ini untuk beroleh taman di sana kelak. Selamat Berjaya.


Versi Akak VOGUE kat SINI

Tuesday, 25 October 2011

delete dan copy lepas tu paste

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, Nadh baca satu status FB, ada seorang tu kata, dia kalau mampu diulang dia mahu mengulang masa lalu, kalaulah memory otak seperti memory dalam komputer yang mampu di didelete, dia nak wat macam tu jugak.

Sesetengah kita berpendapat macam tu, nak mendelete memory yang ada bila kata apa yang diinginkan itu tak mencapai matlamat, apa yang di mahukan tidak dikecapi,  malah nak plak la mengulang masa lepas supaya tidak berlaku perkara ini di masa hadapan.

Meh Nadh nak share apa Nadh rasa tentang diri kita dan memory komputer, kenapa dia berbeza dan sampai bila-bila akan kekal berbeza. 

Memory komputer, seperti yang kita tau, ada simpanan, apa yang disave, akan ada didalam tu. Selagi mana kita tak delete, selagi tu memory tu ada dalam tu. Tapi sekarang dengar cita dah ada software yang leh recover balik file-file yang kita dah delete. (Nadh pun tak tahu tapi orang la bagitau Nadh. )

Memory kita, dah ada. Kenapa tak boleh nak delete ya? Ada la sebabnya ni. 
1. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datang nya istimewa kta ni sebagai Umat teristimewa manusia yang ALLAH perintahkan makhluk-makhluk lain tunduk kepada dia yang membawa kepada peristiwa derhakanya Syaitan satu msa dahulu.


2. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, dapat bayang tak? semua orang boleh mendapatkan memory-memory orang lain. Contohnya, kenangan Nadh, Nadh dapat share dengan para readers hanya dengan copy dan paste, lepas tu semua orang leh dapat apa yang Nadh pernah rasa. Tapi soalnya, PENGALAMAN TU SEMUA ORANG DAPAT KA?


3. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datangnya istimewa seseorang manusia. Sebab semua kita boleh SHARE. Malah dapat rasa yang sama. Rasanya yang banyak Pengalaman tu paling rugi, sebab semua nak copy- paste Pengalaman dia. Masa tu tak perlu Nadh nak g Pulau Sipadan lagi sebab nanti leh ambil memory tu dari Boss, then tak perlu la Nadh nak pergi Korea sebab yang tu leh ambil dari Jiran Nadh.


4. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, masa tu semua manusia akan jadi kaku. jadi ngeng, jadi ngok. Semua main copy dan paste, senang la nak program, cakap ja macam tu, jadilah dia. Rasanya tak ada yang kenal erti salah, sebab semua dah betul. (takkan kita nak ambil yang salah nak copy paste kan? )


5. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita tidak belajar apa-apa dari hidup. Sedangkan kehidupan itu sebenarnya satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan sekiranya kita tahu menghadapinya. Kalau dari satu masa kita belajar untuk makan, akan adalah pengalaman, tumpah makanan, minuman terpercik ke baju, nasi melekat di bibir, berbagai lagi yang satu hari bakal dikenang.

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim " (Al-Imran : 140)


6. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita bukan manusia NORMAL. kerana sebagai manusia kita belajar dari setiap kenangan, dari kenangan kita terkenang dan dari sana wujud kemanisan hidup. Kita ada kenangan, yang indah itu menjadi ingatan kekal, yang tidak juga sama, dari sana sebenarnya terbentuknya siapa kita di masa depan. Kain putih itu dicoret dari ibu dan ayah, tapi bila sebaik kita yang memegang pena dan warna nanti, kita mencorakkan siapa kita juga.

"Orang yang paling mengenal bahagia itu adalah yang pernah satu ketika belajar dari kesedihan, yang terlebih mengerti gembira adalah manusia dengan rasa derita dan duka satu masa dahulu, bila ditanya mengenai kejayaan, pastilah si dia yang pernah gagal faham lebih akan rasanya, mereka inilah yang paling mengerti, yang paling mengerti dan menghargai gembira, bahagia dan berjaya!! "

Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah s.w.t. perbuatan buruknya seta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Muttafaq alaih)

Oleh itu, bersyukurlah sebab kita bukan memory computer, kita adalah manusia, kita belajar dari pengalaman, kita belajar dari kegagalan, kita bangun dari kejatuhan. Satu persatu kesabaran dan kegigihan kita menghadapinya akan satu hari memanfaatkan kita semula.

Thursday, 20 October 2011

Rawatlah pernikahan Anda!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Rawat dan jagailah pernikahan itu sepertimana kita menjaga dan merawat taman bunga. kalau kata bunga-bunga di taman perlu dibajai, perlu disiram setiap hari, begitu jugalah cerita nya dengan perkahwinan, dari hari ianya bermula, ia bukan sekadar menunaikan tanggungjawap secara luaran, tetapi tanggungjawap jiwa itu sangatlah dituntut. Sebabnya, perkahwinan itu adalah penyatuan dua jiwa.

Ketika menjelang perkahwinan, biasanya keluarga nampak kecoh, heboh dengan hiruk pikuk dan kesibukan dalam menyiapkan pesta perkahwinan, semua terpukau dalam kemasyuran pesta namun segalanya menjadi tenggelan setelah semuanya berakhir. Dari kecoh , heboh dengan suara, dari kemesraan yang tidak dapat hendak dipisahkan menjadi sunyi, longlai dek kerana ianya tidak dijaga tidak dibajai sepertimana sayangnya kita kepada pokok-pokok ditaman, bunga-bunga di laman.

Bertahun berlalu, pernikahan yang tidak dirawat n dijaga dengan baik akhirnya mulai memudar cintanya, kasih sayang menjadi hilang, pernikahan menjadi hambar. Seorang suami yang diawal perkahwinannya sangat mencintai suaminya tetapi setelah menjalani 15 tahun pernikahan, suami lebih senang berada dalam kesibukan dari berdua bersama isteri. Si isteri pula, lebih mendahulukan anak-anak, hinggakan selalu "kehilangan" masa berharga bersama suami, keduanya ibarat dua makhluk penuh asing yang hidup dalam satu rumah.

Bila pernikahan tidak pernah terawat selama bertahun-tahun sehingga bukan hanya menjadi tidak indah lagi pernikahannya namun juga bisa saling melukai pasangan. Menurut Al-Quran surat Ar Rum ayat 21, 

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."

Merawat pernikahan itu adalah mawaddah dan rahmah, cinta dan kasih sayang. Idealnya jika antara suami dan isteri diikat oleh perasaan mawaddah dan rahmah sekaligus. Mawaddah mengandungi erti kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk. Jadi cinta mawaddah adalah perasaan yang mendalam, luas, dan bersih dari pikiran serta kehendak buruk. Sedangkan rahmah mengandung pengertian dorongan psikologis untuk melindungi orang yang tak berdaya.

Rumah tangga yang diikat oleh mawaddah dan rahmah adalah pasangan dimana masing-masing secara naluriah memiliki gelora cinta mendalam untuk memiliki, tapi juga memiliki perasaan sayang dimana masing-masing terpanggil untuk berkorban dan melindungi pasangannya dari segala hal yang tidak disukainya. Sesuatu yang ideal biasanya jarang terjadi. 

Bagaimana jika tidak? Bila mawaddahnya putus, perasaan cintanya tidak lagi bergelora, asal masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu masih terpelihara dengan baik. Betapa banyak suami isteri yang sebenarnya kurang dilandasi oleh cinta membara, tetapi karena masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu tetap berjalan baik dan melahirkan generasi yang terpuji. Rahmah yang terpelihara pada akhirnya memang benar-benar mendatangkan rahmat Allah berupa mawaddah.

Kata orang, yang bertahun tu makin mahal sebab nilainya naik, seperti teko kesukaan PCM menjadi antik dan istimewa sebab dah lama wujud, jadi masa ni menjadi buruan para pencinta macam PCM, tapi lain cerita nya dengan perkahwinan, makin lama jika tidak dijaga, ianya mungkin mendatangkan kebosanan. 

Oleh itu para suami, carilah satu masa untuk menghargai perkahwinan itu, bak kata Ustaz Kazim, carilah masa untuk bercuti bersama isteri tercinta, semarakkan kembali cinta ini, moga ianya berkekalan hingga ke Taman-Taman Syurga hendaknya. 


Note :: Sebagaimana api tak marah sekiranya tidak disimbah petrol, pohon tidak bergoyang sekiranya tiada angin, begitu jugalah cinta, tanpa usaha dari siapa-siapa dalam rumah tangga, bagaimana cinta nak bersemarak sebagaimana ianya bermula tika dua jiwa bertaut satu masa dahulu?



Edited from : M. Agus Syafii


Buta+Pekak+Bisu=CINTA