Hati yang kosong,
Yang begitu leka dengan noda,
Gembira dengan dosa
Dan lokek dengan amal
Diibaratkan seperti,
Bumi yang kegersangan
Bersama Tanah yang mulai merkah
Dengan Air yang kekeringan
Ditambah lagi Daun-daun hijau yang mulai kekuningan
Demi memperbaiki semuanya,
Hanya Iman jawapannya,
Bersama amal yang menemani,
Tiap kata menjadi doa,
Tiap langkah dipenuhi makna,
Jika dulu,
Perbuatan ada bersama kemalasan
Hari ni dia hadir dengan keikhlasan,
Dari paksa kepada terbiasa
Istilah dtinggalkan susah menjengah,
Ibarat makan yang punya waktu nya,
Tiba waktu, berlakulah ia.
Inilah kehebatan Istiqamah,
Dari biasa menjadi terbiasa,
Perbuatan yang dimulai dengan niat kerana ALLAH,
Di ulang tiap hari, akan perlahan-lahan sebati dengan diri,
Ditinggalkan buat hati berasa duka,
Keterlupaan tak mungkin wujud dalam kamus jiwa,
Kerana ianya sudah "lekat" dalam hati kita.

9 comments:
biasakanlah diri dengan benda-benda yang baik.
nice entri ,nadh !
:D
waaa~ mendalam maksudnya...=) thanx nadh..
manisnya istiqamah bila da sebati dalam diri.. :)
hmmm
wahhhh!!!! :)
abg nadh dah bangun!!
bersemangat!!
Istiqamah.. sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil.
KSP :: betoi.. biasakan diri dan akan terbiasa dengannya. :D
Amalina :: sama2 kamu. .:D
Sunah :: sangat manis kan.. semoga kita suma dapat kekuatan tu.. merasai kemanisan tu.
Axie :: awat ng kamu? ada pape leh nadh bantu?
Dek Nazzs :: ya ka? hehe. alhamdulillah..
EDtv :: betul kata kamu. tak mustahil kan. :D
bila amal menjadi amalan...
Kiera :: tu terbaek kan? :D
Post a Comment