Followers

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Wednesday, 21 December 2011

Kapal Perang Kertas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah ini adalah diantara dua insan, si Ayah yang menemani anaknya berada di atas beranda rumah, dan menghabiskan masa bersama. 

Kapal Kertas by Fiza


"Ayah, boleh tak Ayah aja Yaya camne nak buat kapal kertas Ayah?". Dengan tangan menghulurkan sekeping kertas ke tangan ayahnya.

"Boleh sayang." Sambil tangan mengambil dan mengajari anaknya bagaimana membuat sekeping kapal perang kertas. Kemudian, selesai buat, si ayah membawa anaknya ke ruangan taman di bawah, dan meletakkan kapal anaknya didalam aliran air di kolam di halamannya. 

Seraya itu, si ayah berbicara,
Wahai anakku, dapatkah kamu melihat, kapal yang ayah buat tadi, dan ayah lepaskan dia di aliran air di dalam kolam air ni. Selepas itu ayah tinggalkan dia dan dia bergerak menusuri jalan aliran air itu hingga tiba ke destinasi akhir air itu. Walau kapal ini tidak berengine, tapi dia masih bergerak, sangat perlahan, tapi akhirnya dia sampai juga. 

Lantas si Ayah menambah,
Dalam kehidupan, sepertimana air yang membawa kapal yakni kehidupan untuk sampai ke pengakhiran akhirat yang kekal abadi, Agama itulah tunjang kehidupan. Ibarat air di batang sungai yang diletakkan kapal dan akhirnya bertemu juga lautau, walau selambat mana pun, pasti akan  tiba juga. Seperti kapal tadi, walau ianya tiada berengine, dan diletakkan di permukaan air, dia pasti akan bergerak juga mengikut aliran air, dan akhirnya tiba ke destinasi.

Begitulah juga kita, dengan seperlahan manapun pergerakan kita mendekati ALLAH, tapi selagi mana kita berpegang kepada tunjang utamanya, dan mengikuti sahaja arus arah perjalanannya, selagi itu, kita tidak akan pernah tersasar dari jalan NYA.

Berbeza dengan kapal yang kita beli berjuta-juta, dan berengine, tapi dibiarkan kaku diatas tanah, pastinya ia takkan bergerak kan? Sebab? Air lah pentas perjalanannya...

Wednesday, 23 November 2011

Meninggal dunia di MALAM PERTAMA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsikan kisah yang pada Nadh PATUT SANGAT kita jadikan perbandingan dalam kehidupan kita seharian sekarang, dan diharapkan akan membawa kita ke jalan yang lebih baik yang membawa Redha Yang Maha Kuasa kepada kita di muka bumi dia ni.



**Berdasarkan kisah benar yang diceritakan oleh Shaykh "Abdul Mohsen al Ahmad",berlaku di Abha (wilayah Asir di Arab Saudi)


********************************************** 

Selepas selesai bersolat Maghrib, Pengantin perempuan memakai make-up dan memakai pakaian putih pengantin untuk majlis resepsi perkahwinannya.
Kemudian dia mendengar azan 'Isyak. Dia menyedari yang sudah terbatalkan wuduknya sebentar tadi, jadi dia memberitahu ibunya,
"Ibu, sudah masuk waktu Isya', saya nak berwuduk dan bersolat Isya' dahulu"

Si Ibu yang terkejut dengan kata-kata anak nya pun bersuara,
"Kamu dah gila kah sayangku? Bukankah di bawah sana tetamu kita sudah menunggumu? "Dan bagaimana pula dengan make-up kamu itu, ianya akan tercuci apabila kamu mengambil wuduk nanti.".

Si Ibu menambah lagi. "Aku Ibumu dan aku perintahkan kamu  tidak bersolat dulu, dan aku akan marah sekiranya kamu berwuduk sekarang. !!

Anaknya si pengantin baru menjawap,
"Ibu, aku tidak akan turun ke bawah sehinggalah aku bersolat, Ibu. "

"Ibu mesti tahu bahawa,
" There is No Obedience To Any Creature in Disobedience To The Creator." !!

Ibunya berkata:
"Apa pula yang akan tetamu kita katakan nanti apabila melihatmu turun tanpa bermake-up? Mesti mereka akan mengata kamu kerana kamu tidak nampak cantik.Dan mereka pasti akan menggelakkanmu sayangku."

Anaknya tersenyum, lalu menjawap,
"Adakah ibu risaukan saya kerana saya tidak akan nampak cantik di mata yang di cipta? Bagaimana pula dengan Pencipta saya? Saya risau Ibu, sekiranya saya terlepas solat saya, saya tidak akan nampak cantik di pandangan NYA.". Dia pun pantas mengambil wuduk, malah tidak peduli akan make-up nya sebentar tadi yang akan di cuci ketika wuduk.

Dia pun mula solat Isya', ketika dia tunduk bersujud, dia tidak sedar yang ini akan menjadi sujudnya yang terakhir. DIA MENINGGAL KETIKA DIA SEDANG BERSUJUD.

Satu penamat yang sangat indah bagi seorang Muslimah yang berkeras untuk taat kepada perintah ALLAH.
Ramai yang mendengar kisah ini, berasa tersentuh, kerana dia MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI TEMPAT TERATAS DIDALAM HIDUPNYA. Dan dia mendapat penamat terbaik didalam hidup yang mana seorang Muslim sepatutnya mendapatnya.

" She Wanted To Be Closer To Him, So He Took Her Soul in The Place Where Muslim Are The Closest To Him ! "

SubhanaAllah !


Note : 
Dia tidak kisah sekiranya tidak cantik di mata makhluk, Jadi dia nampak cantik di mata Maha Pencipta, Bayangkan kita di tempat nya, apa yang akan kita lakukan? Yang mana satu yang akan kita pilih? Menyenangkan / Mengambil hati Makhluk atau Maha Pencipta?

Siapa yang dapat pastikan yang dia akan hidup lagi untuk minit berikutnya? Jam berikutnya? Atau Berbulan lagi? Tiada siapa yang tahu bila Maut akan tiba, bila kita akan pergi dan bertemu denganNYA, disoal oleh malaikat yang dihantar olehnya. Soalnya sekarang, BERSEDIAKAH KITA?



Sumber :: Email

Wednesday, 26 October 2011

Cahaya Petunjuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam petang kepada readers Nadh yang dikasihi.

Petang ni Nadh nak cerita mengenai Sesuatu yang Mahal, Yang Susah, tetapi bila dah dapat, dia sangat beruntung. Nak tahu apa dia? Ianya adalah Hidayah.


Hidayah membawa maksud, Cahaya Petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH kepada insan-insan yang dipilihnya. Contoh nya adalah Saidina Umar Al Khattab yang berubah tingkah lakunya dari kufur kepada beriman setelah mendapat hidayah. Itu mungkin hanya satu sahaja dari kisah yang disebutkan mengenai HIDAYAH kurniaan ALLAH kepada kaum manusia.


"Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara (mu)." (Al-An'am : 104)

Dari ayat di atas jelas yang ALLAH memberikan bukti kekuasaan nya melalui hidayah yang diberikan ke dalam hati kita, dan bermanfaat untuk diri sendiri (yakni yang mengambil manfaat dan berubah) dan yang tidak melihat (masih lalai) itu akan rugi sebab dia tidak mengambil tindakan untuk dirinya sendiri. 

Sebenarnya sekiranya kita mengerti, hidayah itu adalah kuasa ALLAH, pilihan ALLAH kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita boleh lihat yang kurang baik itu berubah, semuanya bukti yang ALLAH berikan hidayah kepada yang dikehendakinya.

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al-An'am : 125)

Oleh itu kita jangan hairan sekiranya kita jumpa kawan-kawan, mungkin sahabat atau orang-orang terdekat yang mengerti akan pentingnya solat itu berpesan-pesan malah lebih menjaga waktu solat kita itu, tapi untuk dia, tidak pula dia bangun dan menunaikannya bersama kita. Jangan tanya kenapa bila berdepan situasi ni, tapi bersyukurlah kerana ALLAH memberikan kita hidayah, anugerah besar yang tidak semua mendapatnya dan tanggungjawap kita adalah menjaganya, dan mendoakan sahabat-sahabat kita yang "belum bertemu" lagi dengannya.

Doakanlah mereka, kita, semua sekeliling kita bertemu dengan Hidayah . Kerana bersamanya terdapat kemudahan dalam mendapat redha ALLAH, dan terlindunglah kita semua dari berbuat perkara-perkara keji dan menjengkelkan, sepertimana apa yang menimpa kita sekarang ini.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan, Tunjukilah kami jalan yang lurus,(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah : 5-7)

Amin Yarabbal Alamin

Monday, 17 October 2011

Bida'ah perkahwinan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada terbaca sebenarnya bukan terbaca lah, tapi Nadh ada terdengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus mengenai Bida'ah Hari Perkahwinan yang semakin lama makin menular dalam masyarakat kita. Rasa dah banyak kali kot Nadh sebut mengenai hal ini, kali ni nak sebut lagi, dan harapannya ada yang mengambil kisah tentang perihal hal ini. Berikut Nadh kongsikan video tu.



Mungkin mudah kan, tapi bak kata Ustaz, kita tak ubah macam orang Negro Nigeria, sebab modified budaya lain-lain menjadi budaya kita.

1. Dari Melayu dah jadi India, sebab campur budaya Hindu dalam masyarakat kita. Owh ya, kita berani menayang-nayang dengan bersanding, bukan hanya kahwin, malah dah upgrade sekarang, tunang pun dah ada sekali bersanding manding ni.

Dari segi Islamnya, SUAMI pada ketika ini, dengan niat secara tak langsung sedang mengumpul dosa kering, sebab utama, TAYANG ISTERI untuk tatapan orang, sedangkan Islam dah pesan, aurat isteri, isteri berhias hanyalah untuk si suami.


2. Kita dah jadi omputih dah sekarang. Mana tidaknya, kalau orang putih dah kahwin, nak kiss-kiss, kita pun dah nak buat macam tu, kalau dulu setakat bercium tangan, tapi hari ni, dah mula dah, kiss depan-depan orang. Hello my dear, itu bukan cara kita ya.

Dari segi Islamnya, ketika ini, ia jatuh atas mengugurkan maruah. Begitu enak kita mengikut kan, konon MAJU dengan cara-cara asing tu, tapi pada hakikatnya kita sedang memalukan diri sendiri. 


Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu 'Umar. Lihat; Sunan Abi Daud, kitab al-Libas, bab Fi Lubsi as-Syuhrah, hadis no. 3512).

Tertanya-tanya, makin lama MELAYU memang makin LAYU, yang menakutkan bukan itu, tapi kerana layunya melayu, habis ISLAM dapat cop tu. Sedih la.

Monday, 10 October 2011

Apabila bulan muncul sekali lagi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Sekali lagi bulan berbicara. penanda aras kerinduan mungkin. tapi tahukah kita, yang kita mampu menjadi bulan dengan menjadi HAMBA yang baik.

Jika kita adalah diantara jejaka2 kacak dluar, 

- cantikkan akhlak kita, jadi lelaki pelindung, penegur juga pendakwah menegakkan agama ALLAH, kiranya didalam beramai yarng ada, kita berani menjadi ketua dalam membetulkan kemungkaran. Saat yang lain hanya melihat akan kemungkaran berlaku didepan mata. Seperti tiada apa berlaku.

- Kita berani melangkah ke depan, mengimami solat waktu. sedangkan yang lain bertolak-tolakan, konon atas alasan tidak bersedia, sedangkan tiada usaha diambil menjadi ketua yakni imam.  

- Kita adalah lain bila mana kita menunduk dari memandang sedang yang lain begitu bersemangat mengikuti liuk lentok gadis-gadis yang berlaluan dihadapan kita, kononnya mengikut kata Nabi, pandangan pertama itu adalah rezeki, jadi tiada langkah diambil menjauhkan atau menutup mata, konon kerana ianya rezeki, sedang tidak pula usaha diambil menjauhkan pandangan mata itu.

jika wanita cantik pula, 


- hiasi dengan keindahan ISLAM yakni dengan menutup aurat yakni malu kita, apa sahaja menjadi cantik, walau diantara yang lain kita rasa hilang seri. Bila mana yang sekeliling bergelak tawa kuat dengan hilaian yang mengalahkan pontianak harum sambal malam, kita masih berdiam, demi menjaga MALU yang menjadi salah satu dari cabang Iman. Kita berasa MALU untuk menunjukkan suara lunak kita, kerana takutkan akan berlaku fitnah, gerun untuk mendedahkan aurat kita.

- Kita tidak takut akan perubahan dalam mengejar cinta ALLAH, mungkin aneh bila mana insan lain melihat kita dengan perubahan, tudung yang labuh, kaki yang berbalut stokin, tangan yang dengan innernya. lain bagi yang ada, tetapi, itu bukan ketakutan, di kala insan lain seronok menayangkan rambut yang mengerbang, paha-paha gebu didedahkan, dada-dada montok ditonjolkan, kita satu dalam seribu, sedikit dalam berjuta yang BERANI menjadi lain kerana ALLAH.


Kita lain di mata yang lain, kita berbeza dengan langkah dan cara yang berhati-hati, TAPI di pandangan ALLAH, kita adalah ibarat bulan yang ditemani bintang, ALLAH sayang lebih !!


NOTE : CANTIK n KACAK ITU BUKAN PADA PARAS RUPA, TAPI AKHLAK KITA. IMAN kita  

Sunday, 9 October 2011

Ubah cakap, jadi memuji.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Dah lama rasanya Nadh tak berbicara dengan buah hati Nadh ni. Malam ni kita kongsi tentang mendekatkan lagi lidah kita dengan Yang Maha Pencipta, Tuhan Yang Maha Kuasa. 

Sesetengah orang mungkin beranggapan ianya perkara mudah, tetapi, ingat tak yang jika setiap masa kita mengingatiNYA, maka setiap perjalanan kita, tiap perlakuan kita ini membawa kepada satu ibadah yang bakal membawa hati semakin hari semakin mendekati Ya Khalik, Tuhan Seluruh Alam. 

Berikut serba sedikit Nadh kongsikan apa yang Nadh jumpa dalam laman sesawang, agar kita dapat sesama mengamalkannya.


Tak rugi pun sekiranya kita beramal dengannya. Bukan susah, hanya mengubah sedikit saja ucapan yang keluar dari bibir dari yang biasa kepada ucapan memuji NYA. Tak susah pun.

Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang senantiasa berada dalam payung rahmat ALLAH Yang Maha Kuasa.

Saturday, 1 October 2011

6 perkara Allah sembunyikan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Note :: Yang tersangat taatnya kepada ALLAH juga ALLAH tak berikan kelebihan sebesar kelebihan yang ALLAH telah berikan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW, menunjukkan betapa SAYANGNYA ALLAH kepada kita, tu pun kita masih tak sedar diri. Terpulanglah kan, syurga neraka atas diri yang memilih, andai kata punya kesedaran, tindakan akan diambil sekarang, bukan menanti dan memberi alasan konon, "nanti baru nak buat.. "

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Sumber : Email

Saturday, 27 August 2011

Kita + Lappy + Online = Hidup?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi ni Nadh nak cita pasal lappy. Sapa yang online pkai lappy, sila angkat kening kanan anda. hii..
Okeh, bagi yang guna lappy kan? Mesti kena macam Nadh kan?


Pikir balik kan, ketiga itu kan, bila kita relatekan dengan hidup kita kan, punya persamaan yang rasanya kalau kita amati, mungkin dapat kita nak bermuhasabah diri kita sikit-sikit.

1. Bila kita dok online, tetiba lappy jerit, (nak bagitau yang battery dia nak abeh).
- Bukankah dalam hidup, ALLAH senantiasa letakkan alarm (iaitu sama dengan UJIAN dan DUGAAN buat kita), sebagai pemberiitahu yang memberitakan, Iman anda perlu untuk dicharge lagi.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.” [Al-Anbiyaa’: 35]

ALLAH berpesan lagi.
"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya." (Ath-Thalaq : 4).

Lappy menjerit, sebab nak bagitau kita battery nak habis, tapi Ujian menjerit sebab nak memberitakan PANGGILAN KASIH SAYANG ALLAH.

."... kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar." (Huud : 11).


2. Bagi yang tak pakai battery (macam Nadh jugak), tetiba bleh plak la kawan TERsilap pergi OFF kat plug tu, habis la terpadam lappy kuh syg ni, dah kena ON balik.
- bagi yang masih hidup, seperti anda readers dan juga Nadh yang mencoret ketika ini, ketahuilah, yang Hidup kita InsyALLAH, tapi mati kita PASTI. tiap masa dan ketika merupakan masa kita beringat dan berpesan-pesan sesama kita. Sama macam lappy, kita confident ja kan, tak pakai battery, sebab dah cucuk dengan power, tapi tak tahu plak tetiba kawan OFF power tu, tu kawan, kalau kata tetiba BLACKOUT pn kita tak tahu kan?
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya)

Kita tak tahu bila kita akan TURNED OFF kan? Sama macam lappy yang tiada battery, kita manusia tanpa IMAN, bagaimana nak menghadapi MATI?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “(Barang siapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk syurga).” (Hadis Hasan)

Laa ilaaha illallah bukan skadar ucapan pada mulut, tapi mengiakan dalam hati dan IMAN dalam hati.


3. Nak online, tapi tak cukup power, sebab lappy tak charge battery. 
mari kita aplikasikan "power tak cukup" dengan kehidupan tanpa IMAN, dan "online" sebagai kehidupan selepas ini, iaitu dunia akhirat. syg, sedarkah anda yang HIDUP CUMALAH SEKADAR PERSINGGAHAN. Kita tidak hidup melainkan untuk HIDUP. Faham maksud quote tu? 

"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau & main-main. Dan akhirat itulah sebenar-benarnya kehidupan." (Al Ankabut : 64)

Dan ALLAH sudah berpesan sebenarnya dalam Surah Az-Zaariyat ayat 56,
Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku

Kemudian ALAH tanya lagi,
"Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat" (Surah At-Taubah : 38) 

Dan benarlah apa yang ALLAH katakan. Walau kita masih tak mengambil isi nya, tapi apa yang dah disediakan buat kita disana itulah yang akhirnya menjadi "santapan" diri hasil dari bekalan yang tersedia di sini. 


Note :: Sekadar mengaitkan apa didepan dengan perjalanan kita. Diambang terakhir Ramadhan ini, mari bersama kita muhasabah diri kita, amal kita. Adakah kita telah mengambil dan mempergunakan sebaiknya peluang kita pada tahun ini? 

Moga sama-sama mengambil peringatan. :')

Friday, 19 August 2011

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Di bulan Ramadhan ni semua pun asyik nak memberi kan? mengenangkan bulan ni diberikan nikmat yang banyak kepada kita dan juga keberkatan dan ganjaran pahala yang dilipatkaligandakan buat kita. 

Even Rasulullah sendiri amat kasihkan hambanya yang memberi, ataupun bersedekah, TAPI dia lebih sayangkan Hambanya yang susah yang memberikan sedekah.


Apa maksudnya di situ?
- Rasulullah nak bagitahu, memberi bukan bererti bila kita senang sahaja kita memberi, tetapi bila kita susah juga kita memberi yakni MEMBERI DENGAN KEMAMPUAN YANG ADA.
- Rasulullah nak kita sedar yang, BILA KITA SUSAH, SEBENARNYA ADA YANG LEBIH SUSAH DARI KITA.
- Rasulullah sedang bagitahu kita yang kita kena senantiasa sedar yang harta milik kita bukan semuanya milik kita, ianya punya bahagian untuk orang lain yang perlu kita kongsi dengan orang lain.
- Akhir sekali, tindakan kita sebagai kita selalu bersyukur dengan nikmat kurniaan yang ALLAH dah berikan kepada kita. 


Pernah dengar tak "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima"..?
Cubalah memberi dengan hati yang ikhlas, beri tanpa mengharapkan balasan. Dengan penuh rasa kesyukuran dengan nikmat pemberian yang ALLAH beri kepada kita. Baru tau nikmat dia macam mana. Sebab? Kita sedar tanggungjawap sosial kita yakni KITA MENYEDARI YANG HIDUP KITA LEBIH BAIK DARI HIDUP SI PENERIMA, itu tandanya kita syukur dengan nikmat. Sebab tu kita memberi.


Note :: Kita bukan sekadar memberi, TAPI MEMBERIKAN YANG TERBAIK sebenarnya, maksud di situ, andai kita nak beri seketul ayam Kepsi contohnya, bukan kita berikan sebahagian dari sedikit yang kita tak mahu makan, TAPI, KITA BERI BAHAGIAN YANG TERBAIK YANG KITA NAK MAKAN, bakinya baru untuk kita. Inilah yang dinamakan MEMBERIKAN YANG TERBAIK. 



Ingat ya semua. Anda buat, anda dapat. ;)

Monday, 8 August 2011

Al-Quran itu Ubatnya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsikan entry mengenai perubatan Islam. Nadh jumpa dalam email. Rasanya berguna untuk dikongsikan.

Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” 

Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. 

Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran. 

Bawah ni beberapa yang boleh kita amalkan. 
- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

Sebagaii tambahan, Nadh pernah dengar dalam ceramah Ustaz Kazim, dia kata Al-Fatihah itu juga merupakan ubat untuk melembutkan jiwa yang ketegaQ (Degil). 
Caranya, baca surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali dekat makanan orang yang kita berhajat nak ubat tu selama seminggu tak berhenti.

Cara : Ambil beras (air pun boleh), kita baca Al-Fatihah seperti contoh di atas tu, 70 kali sehari selama seminggu. (Jangan Miss) lepas tu dah selesai seminggu, bagilah dia makan, insyALLAH. (dengan Izin ALLAH) . 

Lagi, Surah Yaasin ayat 1-9. Surah ini, dari seorang sahabat cakap, untuk perlindungan. Selain dari 3 Surah 3 Qul.

Lagi, ketika kita baca surah Yaasin. Sila berdoa di 7 Mubin. Juga ada mujarabnya di sana. Dan juga selepas kalimah Salamun Qailam Mirrabbihim. (Ulang sebanyak 3/7 kali dan brmohonlah kepada ALLAH).


Note :: Di atas sekadar perkongsian. Kita berusaha. ALLAH yang Maha Mengetahui tiap apa susunannya buat kita, Perlu Diingat, jika tak jadi tu adalah sebab dan musababnya. Teruskan berusaha.

Saturday, 6 August 2011

Ikut satu, tapi tinggalkan satu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Di pagi Ramadhan yang ke-6 ni, meh kita sesama renung-tenungkan kisah yang Nadh kongsikan dari petikan entry INI.

Ali : Awak puasa?
Minah : Yela..
Ali : Kenapa awak puasa?
Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Ali : Kenapa tak tutup aurat?
Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2..
Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat

Selesai kongsi cerita.

********************************************

Sebenarnya Nadh nak kongsi mengenai cerita "Ikut satu, tapi tinggalkan satu".
Apa dia? Macam kisah di atas ini, BERPUASA, tapi MEMBUKA AURAT.
Sahabatnya diBODOHkan sebab bertanya, tapi bila disoal tentang AURAT, sahabatnya diTEMPELAK pula.

Sama juga kesnya dengan BERPUASA TETAPI TIDAK BERSOLAT. Kita BERPUASA demi menunaikan IBADAH YANG DIWAJIBKAN buat kita di Bulan Ramadhan, tapi kita lupa pula mengenai POINT KEDUA TERBESAR selepas LAFAZ SYAHADAH iaitu, SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM.

SEDANGKAN, Allah berfirman didalam Surah al-Muddatstsir, ayat 4 bermaksud:
"Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."

Juga disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya ;
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW. bersabda: "Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya." ( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Dari kedua di atas SANGAT JELAS yang KETENTUAN PERTAMA YANG HARUS DIBERATKAN ADALAH SOLAT, (bukan bererti yang lain ditinggalkan), Cuma persoalan sekarang, sekuat manakah sesuatu binaan itu, sekiranya TIANG BINAAN UTAMAnya tiada?

Renung-renungkan..


Terima kasih kerana membaca.


P/S : Meh ramaikan, rajin-rajinkan jari anda melawat

 
Bak kata Tuan Tanah
''Janganlah menjadi hamba kpd PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH SWT. Semoga kita terpilih mnjadi slh seorg hamba yg mendapat hidayah di bulan tarbiah yg penuh berkat & rahmat''

Wednesday, 3 August 2011

Si Pengukir Senyuman

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Wahai sayang,
Si pengukir senyuman
Kau pengisi jiwa,
Kau bagai ruang mengadu lara

Si pengukir senyuman,
Kau jambatan cinta,
Kau penghubung sayang
Melalui mu aku bertemu Tuanku
Melalui mu aku berjumpa Tuhanku

Si pengukir senyuman,
Kau kunci, kau tutupi
Jalan-jalan dosa bila kau ditepati 
Kau jagai , Kau warnai hidup dengan rasa bahagia
Tenang yang tiada terperi

Si pengukir senyuman,
Moga satu hari nanti,
Perjumpaan kita setiap hari
Dibalasi, 
Ditunjuki ruang-ruang redha
Sebagaimana kau menjadi pelengkap kepada tiap amal 
Sebagaimana kau menjadi tempat pertama dilihat sebelum yang lain

Moga ALLAH menjadikan aku dan kau kian rapat 
Saling sayang menyayangi, Saling rapat,
Sebagai ruang utama memohon, meminta, berharap redha Tuhanku.

Amin Yarabbal Alamin


Nadzri
05:02pm
03-Aug-2011


Note : ditaip dalam keadaan basah kuyup kena hujan.(di office mengambil lappy sebelum pulang)

Monday, 18 July 2011

1 dibalas 4.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Cuba anda tuding jari kepada seseorang tengok? Tak ada orang yang akan tudingkan semua jarinya kan? Tapi bila menuding, 1 jari akan diarahkan kepada subjek dan empat lagi semestinya akan pulang menunjukkan diri kita. Kenapa ? Sebab dah ALLAH jadikan tangan macam tu kan? dan semestinya la ini adab menunjukkan sesuatu kan?

Apa Nadh nak sampaikan disini adalah, bila terjadinya sesuatu, cuba mengelakkan diri anda dari menuduh atau menuding jari kepada pihak lain, SEBAIKNYA anda renungkan diri sendiri dahulu, adakah kesalahan berkenaan datang dari diri kita? Cuba sebaiknya menggunakan fikiran kita kearah BERMUHASABAH dahulu sebelum bertindak.

Kenapa empat?
1. Siapa? Contoh, dalam gagal belajar, jangan kita tuding kepada lecturer kerana salah mengajar, tapi salahkan diri sendiri dahulu sebab tidak Proactive mencari penyelesaian kepada tanda tanya dalam fikiran kita.

2. Mengapa? Sebab utama perkara ini boleh berlaku. Dalam perihal tanda tanya yang tiada jawapan. Bukankah kita dah besar untuk terlalu disuap?  

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd : 11)


3. Kenapa? Kenapa hendak dipersalahkan yang lain sedangkan yang memegang kunci kepada segala keputusan diri adalah diri sendiri? Kita MAMPU usaha untuk mencari penyelesaian (seperti contoh diatas tu), dalam contoh tu, kita mampu mencari lecturer berkenaan untuk bertanya, atau mungkin mencari lecturer lain untuk bertanya. Tapi kita tak buat. Salah sapa sekarang?

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi?)".  (Al-Balad: 10)


4. Di mana? Dari mana bermulanya kegagalan kita? Dimanakah langkah kita yang menyongsang itu? Cari dan renungkan, supaya kita mampu cari titik di mana kita hendak bermula kepada SATU PERUBAHAN. 


Hendak menyalahkan orang lagi ka? Banyak salah kita sebelum tiba salah orang kan? 4 LAWAN 1. Kalah teruk tu. Bukan bererti setiap masa kita salah kan? Tapi tengok salah diri sebelum tengok salah orang. Apa pun, BERSABARLAH. Seperti Firman ALLAH,
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Ma'aarij : 5)

MuhasabahKesabaran + Redha = Kesyukuran Yang berakhir dengan Kesayangan ALLAH. 
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(QS.An NAhl : 96).


Note :: Hidup ini mudah sekiranya kita benar-benar berserah kepada ALLAH. Bukan bererti kita menolak bulat-bulat dan berkata tidak kepada usaha. tapi kita serahkan segala dengan satu lafaz "dari nya aku datang dan kepadanya aku kembali". yakni sedar yang yakin yang tanggungjawap kita sebagai Khalifah adalah untuk mentadbir alam dengan baik. Maka dengan sedar, kita juga secara tak langsung tertakluk sepenuhnya kepada ketentuanNYA, juga sedar yang tiap kejadian itu terselit banyak hikmah yang bila satu hari nanti terdedah, kita mungkin menangis mengenangkan betapa ALLAH SAYANGKAN KITA!! Sebab itu DIA takdirkan perkara yang kita takut tu berlaku.

Tuesday, 21 June 2011

Ada aku heran? Berapa duit la sangat kan...

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim.

Nadh tak reti nak kata apa hari ni. Leh tak Nadh nak luahkan kesedihan Nadh ketika membaca entry dalam blog sorang sahabat tadi?

Nadh bukan sesapa nak mempersoalkan, tapi apabila terbaca itu dan satu lagi yang Nadh jumpa dalam email mengenai perkara yang sama Nadh plak rasa sedih.

Hukuman untuk bersekedudukan hanyalah DENDA + Penjara setahun. (mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 Seksyen 9(2) akta yang sama dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.)

. Apa pendapat anda? 

Dizaman DUIT-DUIT-DUIT ni, denda ni bukan lah apa sangat. Ada orang takut ka kalau duit berkoyan-koyan dalam akaun?? Tak ada duit, leh cari, leh pinjam, HANYA DEMI MENGELAKKAN DARI DIHUKUM. Lepas tu? Ada ka rasa TAKUT kalau SENANG-SENANG boleh SETEL HUKUMAN NI???

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Al-Israa : 30)

Sebab itulah Dalam Al-Israa ayat 41 ALLAH berfirman :
"Dan sesungguhnya dalam Al Qur'an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)."

DALAM SEDAR TAK SEDAR, KITA SEBENARNYA SEDANG MEMBELAKANGKAN HUKUM ALLAH, Ibarat Mesin yang direka cipta oleh Inventor, menjerit kepada Inventor, "Biarlah aku membaiki diriku.. aku lebih kenal diriku..."

Tak apalah, sekarang kita menunggu pula Janji yang bakal dikotakan..

Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata :
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” ( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Kita langsung tak sedar kan?


you screaming mu name by ~Amori-chan on deviantART


Rujukan : Jenayah zina dalam Islam dan keburukannya



Monday, 20 June 2011

Hidup dan TOTAL LOSS

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entah kenapa status Adik kat Fb memberi ilham untuk Nadh berbicara petang ni.  Sebelum bermula baik Nadh ceritakan tentang kerugian yang dihadapi ataupun dalam istilah eksiden keta orang sebut sebagai "Total Loss". Tak banyak yang boleh dibicarakan, tapi Nadh nak letak situasi yang kita kehilangan, dari sikap kita sendiri.

Kejadian : Accident , Kereta Hancur, (cemin pecah, remuk teruk-teruk) 
Status : Kereta TOTAL LOSS
Penyebab : Bawa kereta macam pelesit, tak ikut peraturan jalan raya, kerja nak speed ja, walau ditegah melakukannya. Sebab TAK SABAR nak CEPAT
Kesan : MATI, cedera seluruh badan. Koma, Cacat seumur hidup, Paling dasat hilang orang kesayangan
Peringatan : "Hai sekalian orang yang beriman, bersabarlah dan cukupkanlah kesabaran itu." (Al-lmran : 200)

Kejadian :  Cinta (Syaitan LEVEL)
Status : Belen (TOTAL LOSS)
Penyebab : Jatuh cinta tahap gaban, tak takut Mati, Tak takut balasan ALLAH
Kesan :  Kurela serahkan tubuhku buat tatapan dan kau merasa sedapnya
Peringatan : "Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."(Hadis Riwayat Baihaqi )

Kejadian : Makan Rasuah
Status : Kaya raya didunia, Balasan di akhirat menanti + penerima sampai ke bawah-bawah rasa (TOTAL LOSS)
Penyebab : Tak cukup segala yang dah diberi, Nak LAGI dan LAGI
Kesan : Pendapatan tak berkat, anak-anak isteri MAKAN DUIT HARAM.
Peringatan : "Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas." (Al-Imran : 112)

Kejadian : Menderhaka kepada Ibu dan Ayah
Status : Dilaknat ALLAH (TOTAL LOSS)
Penyebab : Hidup sengsara, Tiada Redha ALLAH
Kesan : Sengsara, andai kata tak sempat mohon maaf dari keduanya. hidup akan dihantui kesilapan ini
Peringatan : Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa

Kejadian : Meninggalkan solat
Status : Berat dihisab di Mahsyar nanti
Penyebab : Terlalu diberatkan dengan hal dunia, tak rasa solat itu penting,
Kesan : Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya, Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt., Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam, Hilang cahaya soleh dari wajahnya, Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala (TOTAL LOSS)
Peringatan : "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat.." (Al-Muddatstsir : 42-43)


Note :: TOTAL LOSS bila yang tahu tapi MASIH BUAT..

Moga mendapat manfaat.

Saturday, 18 June 2011

Nadh cakap pasal Israk Mikraj

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


Semoga mendapat manfaat. 


Friday, 17 June 2011

Israk Mikraj tu apa?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Malam ni rasa baloQ nak menaip la. boleh tak Nadh nak wat Vlog ja? umm sebenarnya kalau kamu tak bagi pn memang dah buat pn. Malam ni menghairankan, sekali rakam ja dah okeh kot rasanya.. hihi..
Tapi sebelum cerita tu keluar. Nadh kongsikan sesuatu boleh? 

Mengenai Israk Mikraj.
Peristiwa ini menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Berlaku selepas Tahun Kesedihan dimana Rasulullah kehilangan dua "orang kuatnya" iaitu Isteri tercinta Khadijah R.A dan Abu Talib.

Pada ketika ini juga, Nabi sedikit "moral down" disamping kerana berlaku di tengah-tengah tekanan dan hinaan yang kuat yang dialami oleh Rasulullah dan sahabat daripada kelompok Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Dipendekkan peristiwa ini merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ianya juga sesuatu yang istimewa kepada Rasulullah dan seluruh alam oleh kerana dengan perjalanan ini membawa semangat baru kepada Rasulullah dan seterusnya menguatkan perjuangan Rasulullah untuk menegakkan Agama ALLAH.

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Nak tau lagi cerita dia? leh share dekat SINI, SINI dan SINI

Sebenarnya; Berjanggut itu MAHAI..

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni tak dak apa nak cakap la. Tapi Nadh tegelak bila belek-belek wall KBU malam tadi. Ada 2 topik yang akan dijadikan entry sebentar lagi. Tapi sebelum tu, meh nak layan ni sat.. 

Semua ni pasai Adik dan entry dia yang NI la. Dia p PING kat wall KBU


Lepas tu apa lagi, Nadh pun post la Status ni. 

nak highlight jawapan GEGEH + PENUH KONTROVERSI

Suka plak tu jawap macam tu. tengok ni.

Selesai sudah untuk sesi malam.  Sebab Sesi petang pn ada jugak. tengok ni

Belum cerita pasai kes Nadh pergi potong rambut bulan lepas .
"adik, yang kat janggut tu you taknak potong ka? "

Maka dengan itu, dapat Nadh simpulkan dekat sini yang BERJANGGUT ITU MAHAII..
Diulangi MAHAIIII !!! 

Kerana yang sebenarnya; Mengikut SUNAH itu memang MAHAIII ..!! 

Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.

Maceh kerana membaca.
Rujukan : 


Monday, 13 June 2011

Baik-Baik Sayang

Assalamualaikum.
Dan salam Sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak ajak hayati Lagu + Puisi ni ..
Leh tak?

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir Entry ku
Kan menghapus lupamu sayang

Karna bagiku kau tanggungjawapku
Dengarkan dengar Pesanku

Wahai Mataku,
Baik-baik sayang..
Andai kau melihat yang terlarang,
Mata mula berpinau,
hati mula membayang.
Mengalihkanlah pandangmu dari yang tidak halal,
Dari melihat aurat yang terdedah

Wahai Telingaku, 
Baik-baik sayang,
Jangan kau dengar kata nista,
Jangan kau hirau hata-kata fitnah
Jangan kau dengari kata-kata makian dan cacian
Baik kau jauhinya demi menjaga hati dan jwa
Andai kau berada dalam golongan itu,
Tegurlah meraka,
Jika tidak menjadi, tegurlah lagi dan lagi,
Akhir pabila katamu bukan menjadi ikutan,
Jauhilah mereka, 
Kerana dengan itu dapat menjauhkan dirimu dari mendengar akan hal dosa.

Wahai Lidah,
Baik-baik sayang,
Hidarilah kata-kata yang tidak benar,
Jauhilah memfitnah dan mengumpat,
Ingatlah akan pepatah Melayu,
Kerana mulut, badan binasa, 
Jangan kerana buruknya lidahmu, 
Tubuh menjadi mangsa, Badan menjadi habuan neraka, 
Basahilah ianya dengan Zikrullah, 
Kerana itu sememangnya lebih baik bagimu.

Wahai Tangan,
Baik-baik sayang,
Elakkan membuat perkara berdosa,
Menyentuh tangan yang haram,
Memegang sesuatu yang bukan sah milikmu,
Melarikan yang bukan hakmu,
Tidakkah kau menyedari yang satu hari ianya akan berbicara menjawap 
Segala perbuatan dosamu?

Wahai kemaluan,
Baik-baik sayang,
Kau mengiakan saja kata nafsu, 
Mana satu suma kau mahu,
Yang belum milikmu,
Yang kau damba adalah kepuasan,
Tidakkah kau tahu,
Yang puasa itu pemati nafsu? 
Atau setidaknya mencari halal, 
Cari yang mahu, dan Nikahlah kamu. 
Ketika itu, kau dah lengkap separuh agama mu,
Dan bertakwalah kamu pada separuh nya lagi.

Wahai Hati, 
Baik-baik sayang,
Hati bila terdetik dosa,
Perlahan menjadi hitam
Dari setitik,
Lama menghitam semuanya, 
Ingat tak engkau akan pesan Rasulullah yang
"Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain"


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada peringatan untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang kerana Entry ku untukmu... 



Saturday, 11 June 2011

Terbiasa dah terubah

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Dipanjangkan dari entry sebelum ini " Yang Salah Diubah ". 
iaitu mengenai keterbiasaan kita menggunakan istilah yang tidak baik dalam pergaulan kita. Iaitu apabila kita berkata-kata dengan rakan sebaya atau dalam beberapa situasi yang kita hadapi.

TO BE HONEST, Nadh pernah ada dalam kedudukan ini. Apabila kekadang terguna perkataan yang tidak baik dalam berkata-kata, dalam perbualan. Hinggalah pada satu hari Nadh disedarkan. (Syukur pada ALLAH sebab memberi ilham dan hidayah pada hati mengenai perkara yang salah ini)

Dari saat itu, Nadh mulai berubah. 
Jika dahulu, apabila terlepas barang keluar "opocot" tapi hari ni dah berubah jadi, "ALLAHUAKBAR" .

Dari sana, Nadh wat kesimpulan, ianya bukan apa sangat, TAK SUSAH PN. tapi adalah BERGANTUNG pada diri kita sendiri, iaitu, apabila kita sedar yang ianya bukan menda yang baik, kita sendiri kena la ambil langkah untuk mengubah, bukan hanya statik di situ. 

Ibarat sebuah cawan diatas meja. Kita dahaga sangat, tapi kita tak ambil langkah nak minum, tak bangun dari duduk kita, tak pula mencapai cawan dan meneguk air, bila kita nak hilang dahaga kan? macam itu jugak hidup, perubahan itu adalah tertakluk pada diri untuk dilakukan. 

Pernah tengok wonderpet tak? ingat tak apa tagline dia?, "Apa yang penting? Kerjasama.." Kerjasama la, kerjasama dari diri yang nak berubah, mulut yang sudah tidak berkata-kata yang tak baik, hati yang membenci perlakuan buruk dan juga fikiran yang mengubah kata-kata kesat menjadi zikrullah.. 

ALLAH SAYANG KITA KAN?? Kita aja yang tak sedar.. 

Moga mendapat manfaat. :) 




Buta+Pekak+Bisu=CINTA