Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.
Baru kejap tadi JIRAN ada keluarkan entry NI. Katanya dia kurang bersetuju dengan pilih pasangan yang berlatar belakang sama. Bagi Nadh, kemungkinan berlaku perkara ini ada beberapa perkara. Antaranya,
1. Kerja tempat sama, jadi untuk mencari yang ditempat lain itu susah, jumpa la plak dengan si Dia, jatuh hati dan berkenan, sebab itu bersama. :)
2. Frekuensi Otak Sama - Minat itu turut menyumbang, kerana, minat sama itu, buat kita terpikat kepada si Dia. Ini dibuktikan dengan kita lebih suka pada orang yang pada kita sama dengan kita dari yang akan membalas kata-kata kita dengan ketidak samaan sebab dari ini akan terhasilnya KESERASIAN.
3. Faham. Ini amat penting dalam sesuatu hubungan, siapa lebih memahami si doktor jika bukan doktor kan? :)
4. Senang nak ke mana-mana. Contoh cikgu, semestinya la keduanya akan cuti masa cuti sekolah kan? Jadi banyak masa dapat dihabiskan bersama. (owhh beshnya, i wish i was a teacher.. hihi <-- tak layak)
Kalau dikatakan YANG SAMA AKAN MEMBOSANKAN.. Kenapa tidak kita jadi seorang yang SWEEEEEEETT... Carilah kelainan dalam perhubungan. Ibarat ikan yang digoreng hari-hari , tetiba satu hari tukar menu buat sambal ikan, kan ke itu dah tukar jadi lain tu, lauk dah berubah. Makin tambah selera kan?
Nadh pernah bagi TIPS MENANG HATI.

7 comments:
Dr ? Dr love kah ? hihihi :p
erk nadh tula
keje tmpt sme
cm ayh ngn ibu
keje kat kelantan sme2
tp peribadi berbeza...jd tkdela sme sgt
tp ttp tak suke..
rase tak mencabar..
nk jd cikgu? kawen ngn cikgu la-P
pntg cri kelainan..biar ak bosan..tiap hari ade je benda br yg dilakukan bersama kan..
ade orang suke dekat..
ade orang suka jauh..
tapi kalau opah suke yang tak same tempat. biar tak cemburu kalau tengok dye borak ng orang lain ke ape..
eehehehe..
ape-ape pun masing2 ade taste masing3 :)
sekufu ?
lebih baik :)
yang penting keserasian =)
Adik :: yo lahh tu. :P
Miss Ran :: hihihi.. camna nak jadi cekgu ni? :P
Rahmad :: kalau jodoh, mana pn jumpa kan? :) ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat.. :)
KIC :: betul jugak kata kamu tu kan? :)
Opah :: hihi.. apa kata opah tu betoi juga. mrengkam jugak tgk menjeles nt.. hehe
Kak Es :: setuju dengan kak. :)
Kiera :: Nadh tatau.. kamu tau la jawapan dia. :P
Post a Comment