Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Kisah ini adalah diantara dua insan, si Ayah yang menemani anaknya berada di atas beranda rumah, dan menghabiskan masa bersama.
Kapal Kertas by Fiza
"Ayah, boleh tak Ayah aja Yaya camne nak buat kapal kertas Ayah?". Dengan tangan menghulurkan sekeping kertas ke tangan ayahnya.
"Boleh sayang." Sambil tangan mengambil dan mengajari anaknya bagaimana membuat sekeping kapal perang kertas. Kemudian, selesai buat, si ayah membawa anaknya ke ruangan taman di bawah, dan meletakkan kapal anaknya didalam aliran air di kolam di halamannya.
Seraya itu, si ayah berbicara,
Wahai anakku, dapatkah kamu melihat, kapal yang ayah buat tadi, dan ayah lepaskan dia di aliran air di dalam kolam air ni. Selepas itu ayah tinggalkan dia dan dia bergerak menusuri jalan aliran air itu hingga tiba ke destinasi akhir air itu. Walau kapal ini tidak berengine, tapi dia masih bergerak, sangat perlahan, tapi akhirnya dia sampai juga.
Lantas si Ayah menambah,
Dalam kehidupan, sepertimana air yang membawa kapal yakni kehidupan untuk sampai ke pengakhiran akhirat yang kekal abadi, Agama itulah tunjang kehidupan. Ibarat air di batang sungai yang diletakkan kapal dan akhirnya bertemu juga lautau, walau selambat mana pun, pasti akan tiba juga. Seperti kapal tadi, walau ianya tiada berengine, dan diletakkan di permukaan air, dia pasti akan bergerak juga mengikut aliran air, dan akhirnya tiba ke destinasi.
Begitulah juga kita, dengan seperlahan manapun pergerakan kita mendekati ALLAH, tapi selagi mana kita berpegang kepada tunjang utamanya, dan mengikuti sahaja arus arah perjalanannya, selagi itu, kita tidak akan pernah tersasar dari jalan NYA.
Berbeza dengan kapal yang kita beli berjuta-juta, dan berengine, tapi dibiarkan kaku diatas tanah, pastinya ia takkan bergerak kan? Sebab? Air lah pentas perjalanannya...

19 comments:
ti dia..bila nadh beranalogi
x taw nape rase nak nangis plak bile bace ni
huhu
maseh nadh! :))
thanx for sharing this..
sangat2 bermakna.. :)
semoga air membawa yuyu ke jannah.. cewahh :P
seronoknye kalau pembelajaran kite mcm ni.lagi cepat faham. :)
Dulu salu buat kapal kertas dan tunggu time hujan lebat barulah lepaskan kat dalam parit.. hihi.. Sonoknyerrr...
moga tak terpesong arah kita ye dik..nice sharing.
amboi nadh,tinggi bahasa nya
Jiran, tersentuh hti bce
kgum sat
tanx 4 remind me abg nadh!!(^_^)
nice entry..syahdu nad bace nadh..thanks 4 sharing..
P/s : nk sekor?xley..hehe..
Nice sharing abang Nadh :)
dalam maksudnya..
wah........pandai nadh berfalsafah!
perhh.. dulu bila main bot kertas ni.. main semainnya..
tak pernah pikir pun analogi sampai cenggini sekali..huuuu~
ye.. slagi kita tdk terkandas drp landasan, biarpun menaiki kapal selam berharga jutaan ringgit yg tdk boleh menyelam pun kita akan tetap smpai ke destinasi.. heheh.. bleh camtu?
Air tu pun boleh buar kita tersasar dari landasan... Hati2...
Sori, off topik: dah lama nak tanya... kenapa tajuk Frame and Lenses?
Jiji :: ops.. :D
Mimie :: sebak? arap meninggalkan kesan. :D
Ieyla :: terima kasih kamu. maceh kerana membaca juga
Yuyu :: Amin. :D
Aleen :: kan? seronok juga tu. :D
Amir :: ehehe. sonok la masa tu kan? best ngejar dia gerak tu kan?
kak Lydia :: amin2.. :D
Wan :: ya ka? tade aa.. besa ja wan..
Iffah :: terima kasih jiran. :D suka bila jiran kumeng.. :D
Ika :: sesama dik. :D
Nad :: maceh nad. :D ehh leh aa.. leh aa.. :p
Raisya :: maceh dik. :D
Eera :: kan? arap2 paham la ye. :D
Fasihah :: opss. terima kasih kamu. :D
cik Pulau :: analogi upanya ni. *baru tau* ehehe
SZ :: pun bolehh.. ehehhe. :P
msred :: ;)
uncle :: nadh da jawap kat entry tu. :D
kak Ita :: moga2 la kak. :D moga ALLAH beri ilham lagi untuk entry macam ni. amin.
Post a Comment