Followers

Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Tuesday, 23 January 2018

Page 23, Chapter 1, 2018

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni hari Selasa. Hari kedua anak manja besar sekolah bagi minggu ni. Beruntung dia minggu ni sebab dia sekolah kurang sehari. ehehe. Hari Ahad hari tu kan cuti, maka minggu ni cuma sekolah 4 hari sahaja. Saya kata untung bukan apa, tadi dia dah hampir tak mahu ke sekolah dah, dah keluar "alaaaa...." sebab dia segan la tu. Asbab abi tak ada nak temankan dia kat luar sekolah hari hari.

Pagi ni, baby bangun awal sungguh. Dalam 640 macam tu jaganya. Masa tu saya baru nak solat. Kalih kalih tengok dah ada kat luar bilik. Jadinya kena pergi ambil dia. Dengan dok bergosok mata tu, jalan huyung hayang. Dah ambil tu, dia cari ummi. "ummi?" soalnya. Saya jawab Ummi tak ada, dah keluar. pergi kelas. Dia tanya lagi. Saya katakan, tak percaya sudah, pergi la cari. Dia bangun dari atas ribaan saya, menuju ke bilik saya. Lepas dia tengok dan cari tak jumpa, dia kembali. duduk balik atas riba saya. Saya nak bangun solat, tapi terpaksa bagi dia duduk kejap, ambil msa sikit bagi dia sedar. Tapi dalam dok duduk tu, saya dok tepuk tepuk, di bantainya pula lena atas riba. Adess baby.

Lepas tu saya bawa ke bilik. Elok naik katil, saya turunkan dia atas katil. Dah bangun pula. Saya ubah kedudukan, kot situ tak kena, kot sini tak kena. "Tak mau" kata nya. "Ndoiii.". Tiga empat kali dia cakap, ohh baru saya faham, rupanya dia nak tidur dalam buai, tak mahu saya tidurkan atas katil. Saya tunjuk buai kepada dia. "Nak masuk ndoi ka?" dia jawab, "ndoi..". Baru faham. hihihi. saya pun masukkan dia dalam buai. Lepas tu dia cakap "dudukk.." Saya pn duduk. Ehehe, kalau nak tahu budak ni memang pandai. Dia tahu dah kalau sekalu masuk buai tu akhirnya akan di pasang buai elektrik tu nak enjut dia. Dia bunyi sesiap suruh duduk. bermakna nak maklumkan abi suruh tunggu dia la. Memang tak tinggl pun anak aih. Sampailah awak tidur baru la abi akan switch to elektrik tu. :D 

Next tu barulah boleh solat. Mengaji dan selesai ja akhi dah jaga. Masa tu dah jam 730. Macam biasa, anak berdua ni, bangun bukan boleh paksa apa apa lagi. Kena bagi masa bertenang dulu. Masa ni la keluar dialog perenggan pertama tadi tu. Dia tanya tanya tu. Elok lepas saya pujuk pujuk, bangunlah dia, ke bilik air. Mandi. Selesai mandi, bagi susu, dia menyusu dekat jam 750 baru kejutkan baby ajak ke rumah mak. 

Cerita dia hari ni pun lambat lagi la ke sekolah anak seorang tu. nak salahkan baby pun tak juga, dia bangun awai, tapi kena suruh tidur balik. Salahkan akhi, dah biasa keadaan macam tu. Gamaknya salah abi la kot kan? Singgah plak kedai beli sarapan anak. Baru ke sekolah.

Depan sekolah, drama nak mula dah, "abi tunggu la akhi." 

Saya balas, mana boleh, "kan dah janji?" 

"hurmmm.. satgi abi mai amek awai tau.."

Saya hantar dia sampai depan pintu, dia bawa kasut ke rak kasut bawa beg. Sambil tangan 'tabik' tanda dah selesai. 

Steady akhi. :D

Monday, 22 January 2018

Semua Untukmu.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semua Untukmu.

Haaa. tertaip sudah entry ni. Sebenarnya tadi pagi. Ha pagi tadi la. ada perubahan sedikit. Oh ya terlupa nak cerita dari awal. 

Masuk minggu ni  minggu keempat la anak teruna besar saya masuk sekolah.

Al kisahnya macam ni la. Minggu lepas Ummi budak tu konplen dekat saya, dah masuk 3 minggu dah, kenapa masih layan budak tu, tunggu dia juga kat depan sekolah tu. Orang lain dah entah ke mana hala, saya juga dok layan lagi budak sorang tu. 

Sebenarnya budak tu bukan tak mahu kesekolah, tapi biasalah, manja kededek kata umminya. Dah hantar nak juga di tunggu nya dekat depan pagar sekolah tu. Makanya sebab malas nak bising bising saya layankan juga. tapi bukan sengaja layankan. Sebab saya memerhati hari ke hari, bila dia sampai macam mana karenahnya kat sekolah tu. 

Andai kata lepas hantar saya terus pergi, dia tak nampak lagi, dia akan menunggu di depan pagar sekolah tu. Tu belum kira dia pusing tak nampak saya terus dia lari nak mencari saya. Kan dah satu masalah dekat cekgu dia. 

Oh ya, untuk pengetahuan, saya bagi masa dekat dia. Minggu awal saya tunggu sampai habis. Sedikit demi sedikit saya pendekkan masa tu bila masuk minggu baru. betul la kata orang tak boleh bagi muka sangat, tapi saya pun kekadang confuse juga, kalau saya blah awal apa aja saya nak buat, seronok juga kekadang menunggu dia. Tengok dia beraktiviti kan. hihihi

Masuk minggu ketiga memang saya dah plan, akan jadi minggu terakhir menunggu lama ni. Sebab minggu lepas saya bagi dia 30 minit tunggu sampai dia duduk, kemudian saya pun pergi. Tapi sebelum tu saya dan dia buat perjanjian, minggu lepas adalah minggu terakhir saya menunggu dia, sebab saya kena masuk kerja awal. 

Pagi ni. adalah hari dituntutnya janji dia tu. 

Bangun ja tidur dia dah minta saya tunggu dia. Sekurangnya macam minggu lepas, sampai dia duduk. Tapi saya terangkan perlahan lahan dekat dia. Masa dah tamat, tak boleh lagi nak menunggu dia macam sebelum sebelum ni. Saya juga perlu meneruskan tugasan saya. Dia setuju. Alhamdulillah juga pagi ni ada Ummi menemankan. 

Masa sampai depan sekolah dia minta lagi, saya tahu dia takkan membantah kalau dipaksa pun sebab dia berjanji. Even ummi dia pun tahu, dia 'mencuba nasib' mana tahu abi dia mengalah dan dengar kata dia. Masa dia masuk ke kawasan sekolah. dia tunggu di depan pintu pagar. sambil memerhati kami berdua di luar. Muka sedih. Tapi masih melambai lambai kami yang sedang bergerak meninggalkan dia di sekolah.  

Alhamdulillah. Selesai satu bab. 

Okeh, ni baru la ending nya kepada apa berlaku tadi. yang menyebabkan entry ni saya tak taip, adalah sebab saya nak tengok apa berlaku masa ambil dia tadi.

Alhamdulillah. dia ok. Senyum masa saya ambil dia. dia kata "Abi kena pergi kerja awal kan. esok abi hantar depan pagar pastu dah babai akhi, abi boleh terus pergi kerja."

Saya senyum. Alhamdulillah. 

Semuanya untukmu sayang. apa saya buat hari ini, saat ini. semua untuk mereka. berdoa pada ALLAH terus diteguhkan hati ini. Dimudahkan urusan, perjalanan dan semua nya.

Semuanya untukmu......




Sunday, 23 February 2014

PJJ lagi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam saya ada update kata saya teramat sibuk kan? dari pagi sampai ke malam. di luar aja. sampai di rumah anak merap kata isteri. katanya dia tak mahu tidur. kerja nak merengek aja katanya. Tapi elok dengar suara saya, boleh pula bangun, kemudian senyum tengok saya. saya angkat dia. Lagi la nampak senyum tu. Tu belum lagi saya ajak dia main. Lagi la.

Aduh anak yang besar tu pun dah tahu nak cari Abi dia. macam mana lah keadaan orang yang lagi jauh dari kami ni kan? dengan anak yang sedang membesar, bagaimana pula lah keadaan nya bila ada kecemasan dan seseorang lagi tiada di sisi? teringat ada seorang kenalan yang saya kenal dalam kelas tu la. Last time ada juga kami jumpa di luar, semasa dia mintak saya ajarkan dia teknik kami guna sekarang ni.

Mula tu saya ada tanya dia. apa kerja abg? katanya kerja di pelantar minyak. perkara pertama yang keluar dari fikiran saya adalah, "WAHHH.. hebat kerja dia ni. Mesti banyak wang ni. " Tapi bila kami dok berbincang tu, ada panggilan dari anaknya, tanya bila abah nak balik saya terfikir balik. Apa lah sangat dengan wang jika dibandingkan dengan kasih sayang abah dan anak yang terpisah dek kerana tugas tu kan? Sebab itu dia pun memilih bidang ini sebagai kerjaya masa hadapan. Dan sekarang masih dalam proses membina tapak.

Saya mula terfikir. Mungkin benar bagus juga saya terkejarkan kerjaya masa hadapan idaman saya ni. Full Time Trader dengan pakej seorang UwaisSitter.

Buat masa sekarang, saya minta maaf sesiap pada Ummi dan anak. Bukan lah saya terlalu kejar sampai tidak cuba bertanggungjawab keatas keduanya. tapi saya cuba, dan cuba untuk beri semua ruang terbaik supaya masa depan lebih baik.

Masa untuk saya bila saya bermain Futsal. Ya saya juga perlukan ruang untuk diri saya. dan saya pilih futsal untuk merungkaikan keserabutan seminggu dengan tugasan dan perkara perkara lain. Yang sebenarnya sebab dah terlalu sibuk, saya dah mengabaikan badan sendiri. Nah kau, dah makin membelon ni. Habis la ~~

Kedua masa terbaik saya beri untuk isteri dan anak. Mungkin kekurangan minggu ni, tapi saya sentiasa cuba untuk perbaikinya.

Dan terakhir,  ruang untuk masa depan bila saya memilih ini sebagai kerjaya masa depan saya. Dengan terpaksa berkorban sedikit moment demi untuk membina kejayaan. Ya, ini terbaik buat kami mungkin. Bekerja dalam keselesaan rumah dan menjaga tuan putera dengan tangan sendiri.

Saya pasti saya dah pilih yang terbaik. Sekarang saya serahkan segalanya pada ALLAH. Dia Lebih Tahu. :)

Saturday, 15 February 2014

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, awal awal pagi isteri dah call saya. Tak silap jap 6:17am. Kejutkan saya sambil mengadu anak demam.  Katanya suhu badan Fateh Uwais masa tu 37.9. Saya pula yang dah terbangun terkejut macam tu terus tak lena.

Lepas sahaja saya advice dia apa nak buat saya bangun. Aduh. Jem. Sakit sangat rasa. Elok terjaga kejap ayah panggil, ada sahabat tunggu di bawah nak pinjam helmet. Saya turun dan diperhatikan ayah, tapi dia tak cakap apa apa, cuma pelik gamaknya tengok saya turun tangga. 

Lepas selesai tu, naik atas nak solat subuh. Lebih teruk. sakitnya. langsung tak boleh nak tunduk. Sempat satu rakaat saya buat, lepas tu batalkan solat tu sebab tak mampu tahan sakit lagi. Kemudian, solat berdiri. tak tahu nak fikir macma mana dah, nak tunduk sakit, nak duduk kan menunduk, sakitnya tak tahu nak kabo. Terpaksa rela saya solat juga, solat berdiri. Memang terpaksa. Selesai aja, bersiap apa semua, turun bawah. Mama tanya, dah saya cerita, terus Mama panggil datang dekat untuk Mama sapukan ubat dekat saya di belakang pinggang saya.   

Di pejabat, kerja banyak pagi ni. Ada aja yang kena buat. dengan nak kena tukar packaging di store sebab tak cukup orang nak buatkan, ya la, mana tak nya, ada production pun tak mahu support. dah la menda ni berkaitan dengan kesalahan depa juga yang melawan saya masa awal development dulu kan.. Aduih.. ini memang dugaan la. sebab banyak nak kena tukar. 680 pcs part nak hantar bersamaan dengan 17 bins yang berkuantiti 40 pcs per bin dari kotak yang berisi 52 pcs satu kotak. Bayangkan lah. tapi redha aja. buat sambil hati hati sebab takut makin sakit. 

Dalam masa sama Ummi SMS, katanya demam anak naik. panggil saya ke sana. Actually memang nak pergi, cumanya plan saya mungkin antara awal dan lambat sahaja, mana tak nya dengan keadaan kerja yang banyak ni. serabut weh.. Tapi mujur, mungkin dalam kesulitan ada kemudahan juga kan, sakit saya la kesulitan dalam kemudahan tu. Sakit tu sebab untuk saya ke klinik nak jumpa doktor, boleh juga nak dapatkan MC, tak perlu cuti nak pergi jemput buah hati saya yang tak sehat tu. 

Kul 12 saya balik juga. Mula sekali saya pergi klinik. selesai ke klinik. terus balik rumah. Siap dan mintak tolong ayah hantarkan ke stesen bus. Alhamdulillah la, sampai kt stesen bus terus ada bus nak ke sana. kul 2 lebih macam tu bus jalan, dalam 3 lebih saya sampai sana. Since keduanya belum sampai, saya baik tingkat atas cari surau untuk solat. Elok habis ja depa dah sampai.




Ni ha muka manja yang demam. senyum sikit ja dekat Abi dia ni. Kesiannya lah. dengan mata berairnya, dengan idung yang selesema tu. aduh. Tak sedar tergugat juga saya tengok anak macam ni. Sedihnya.. Saya angkat dia, senyum dia masa saya angkat. saya cium cium dia. lagi tambah senyum tu. Tapi nampak dia tak berapa sehat. Tak cergas macam selalu. Selepas itu saya tukar kedudukan dan memandu kereta tu. Lokasi pertama klinik. Nak bawa si kecil ni jumpa doktor dahulu. Tapi sebelum tu Ummi nak singgah beli barang dia. Saya kata pergilah, saya akan tinggal dalam kereta bersama anak. 


ni ha keseronokan si kecil ni bila saya bagi peluang jumpa dengan stering kereta. Tengoklah tu, nak aje di gigitnya stering tu. Tak bagi nak pegi, dah bagi dibuatnya stering tu macam cekelat pula. tu belum lagi di tekannya hon tu dengan perut dia.

Selepas ke klinik, kami pulang. Seperti saya cakap tadi la, dia tak meragam, tapi juga kurang aktif macam selalu (kurang aktif ja saya kata, aktifnya tu tak boleh kata, tak diam macam tu juga. hihi). Dalam kereta sepanjang highway tu Ummi kata, ni anak kita ni demam pasai rindu Abi kot. Saya senyum, mungkin juga kot kan. mata tak alih dari tengok saya masa memandu. pastu nak aja 'sentuh' saya. tak dengan tangan, kaki tu nak aje 'kena' juga kat abi ni. lepas Abi kalih ja, tu ha, bagi senyuman.  Ohh Uwais sayang.. Maafkan abi ya. kita belum mampu tinggal bersama lagi.. Moga sampai masa tu nanti. Amin. 


Satu yang saya rasa sangat istimewa budak ni. Senyuman tu. dalam tak sihat masih mampu tersenyum buat Abi dan Ummi. Terima kasih Yayang. Abi Ummi syg awak sampai bebila.
 

Friday, 24 February 2012

Anda anak paling PENYAYANG DALAM DUNIA.

Assalamualaikm. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Nadh dah dua hari terfikir pasal ni tau. Mengenai jawapan yang mungkin untuk anak-anak dara di luar sana. Bila mana ditanya pasai rambut dah aurat yang didedahkan mereka.

"kenapa kamu tidak menutup aurat? "

"Saya belum bersedia. "

"Bila baru kamu akan bersedia? "

"Yang kamu nak sibuk ni kenapa? Suka hati sayalah. Ibu dan Ayah tak pernah kata apa-apa tentang nya."

"Kamu mesti sayang sangat dekat ayah kamu kan?"

"Eh mesti la. Anak mana tak sayang ayah dia. "

"A'ah kan~~ pasal tu kamu intend nak share percent-percent kejayaan kamu kat dunia ni kan?"

"Eh mesti la. Anak-anak kan buah hati ayahanda dan bonda, aku mesti la nak dia dapat yang terbaik dalam dunia ni kan?"

"A'ah kan. Itu tanda kasih sayang kamu dekat dia la ni ye? "

"Eh kejap, apa maksud kamu ni?"
"Kamu tahu tak, purata rambut manusia atas kepala ni ada 100,000. Darab dengan 10 orang yang memerhatikan, kamu dapat 1,000,000 kejayaan, lepas tu katakanlah kamu berikan percent kejayaan pada ayahanda itu sebanyak 10% percent sahaja, dah dia dapat 100,000 kejayaan kamu, tapi sayangnya dia tak dapat 10% sebab , dosa anak dara bujang itu ditanggung oleh bapanya sehinggalah dia bersuami, jadi kiranya, kamu kongsi 100% kejayaan kamu dengan bapamu. "

"Heyyy.. "

"atau kerana sayangnya kamu hingga kamu tak sanggup berpisah dengannya hinggalah apabila kamu mendapat balasan sepertimana cerita Rasulullah dalam peristiwa israk mikrajnya ketika dia terjumpa wanita yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih kerana wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."
"Hurmmm.. "

"Kamu begitu memperjuangkan kasih sayang kepada ayahanda, tapi sebenarnya kamu itulah yang memberi berat di lengan kirinya setiap hari dengan berdegil untuk mengikuti apa yang ALLAH dah tetapkan, jangan lah terlalu fikirkan diri, tapi fikirkan mereka.

- BERAPA BANYAK MEREKA DAH BERSUSAH SEJAK DARI KAMU KECIL HINGGA DEWASA? - BERAPA BANYAK KEDERAT MEREKA DAH DIGUNAKAN HANYA UNTUK MENCARI SESUAP NASI UNTUKMU?
- BERAPA KALI MEREKA TERLUKA DENGAN TINGKAHMU YANG NAK ITU DAN INI TAPI TIDAK MAMPU MEREKA BERIKAN?
- BERAPA KALI MEREKA CEDERA, HANYA KERANA BUAT KERJA LEBIH BILA KAMU INGIN MEMBELI BUKU-BUKU BARU, MEMBAYAR YURAN-YURANMU? 

Fikirkanlah wahai anakanda sekalian. Mereka dah cukup bersusah hanya untuk melihat kejayaan kita, hanya demi melihat kita sihat sejahtera seperti sekarang. TAPI APA BALASAN KITA? Adakah DOSA itu satu balasan terbaik buat jasa dan titik jerit perih mereka? Air mata kesusahan mereka? 

Anda memang anak PALING PENYAYANG DALAM DUNIA.

Monday, 31 October 2011

Kisah Pengurus, Anak dan Seorang Ibu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya

"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.



Sumber : Facebook

Thursday, 11 August 2011

Tiga lawan Sembilan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni Nadh jumpa satu status kat FB seorang sahabat tau. Dia kata,

" Ternangis tengok iklan burung murai. Huu :'( "

Adui la, Iklan apa yang buat dia nak ngs tu? Ada sapa ingat lagi tak iklan raya tahun bila tatau, tentang seorang anak-dan seorang ayah,

"Burung apa tu nak?" "Burung Murai"

"Burung apa?" "Burung Murai"

"Burung apa?" "Burung Murai Abah"

"Burung apa?"
"Abah, abah ni tak dengar ka buat-buat tak dengar? apa lagi yang abah nak saya cakap ni? burung murai tu burung murai tu abah.."


Bagi Nadh kan, iklan tu memang ada makna yang sangat mendalam. Macam mana seorang anak dan seorang ayah bertindak melayan sesama sendiri. BEZA AYAH dan ANAK.Yang pasti perbezaan dia sangat jelas.

Anak - Masa dia kecil, Nadh kira ada la dalam 9x dia berbalas tanya "Burung apa?" dekat ayah dia. Tapi ayah menjawap sahaja.

Ayah - Baru tanya  "Burung apa?" 3x dah kena jerkah dengan anak.


Nak tengok ka? Kat bawah ni dah letak skali.



"Demi kasih sayang , Ayah menjawap tanpa rasa jemu "

Anda bagaimana?

Sedikit perkongsian pagi, 
Apabila seorang anak lebih baik dengan kawan-kawan, tapi berkasar dengan ayahnya

Maka adalah wajib bagi ALLAH menurunkan bala bencana, berupa :
1. Bala berbentuk cuaca panas
2. Bala berbentuk gempa bumi
3. Allah mengubah manusia jadi makhluk lain (tgk zaman sekarang, zina berleluasa, anak-anak dibuang, kan itu pangai da macam binatang) 


Note :: Tengok sekeliling, rujuk balik diri sendiri, renung-renung, tenung-tenung. Kita bagaimana? Ayah ka kawan?

Moga mendapat manfaat. ;)

Thursday, 28 July 2011

Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Andai wang menjadi ukuran, Belikan saya kasih dan sayang"

Nadh teringin benar nak bercerita kisah yang Nadh kongsikan dengan Mama kejap tadi.
Nadh tengok Mama agak sedih dengan cerita tu. 

Dia adalah antara Mama, Ayah dan Anak-anak mengasuh dia. Satu masa dahulu pernah jadi, orang tu tak hantar anak dia, lepas tu dengar-dengar dia dah ada bibik. Ni baru-baru ni dia buat lagi, kali ni dia dah hantar kat orang lain. Sebab konon sentap la dengan Mama yang dah taknak jaga anak dia. (Tapi bersebab, sebab ada perjanjian dengan Kak Azza, takkan Mama nak reject Kak Azza, tak adil plak untuk diia. )

Lepas tu hilanglah budak-budak tu dari pandangan Mama. Tapi bak kata orang, ikatan kasih sayang ni tak boleh nak diputuskan. Mesti akan ingat dekat budak-budak tu. 

Last week, Aqil demam, sampai muntah-muntah masuk hospital. Ayah pergi tengok anak dia tu. Mama kata Aqil sebaik nampak Ayah, peluk Ayah, tidur kat riba Ayah. Esok paginya, budak tu bangun, buka mata ja dah mencari Ayah dia. 

Seorang lagi Dina. Dia cakap dekat Mama, "Mama, Yaya dah datang ka Mama?". Mama cakap belum. Dia cakap dekat Mama, "Mama, nanti Yaya dah datang Mama Dina kena lah cari orang lain nak jaga kami kan Mama? Mama mana larat nak jaga kami ramai-ramai. ". (budak-budak pun faham, tapi mengapa Ibu anak ini tak mahu faham? atau sengaja buat tak faham? Mungkinkah bila seorang manusia tu dah ada $$$, tiada yang lain dia mahu, dan fikir melainkan kesenangan diri sendiri? ). Dina tambah lagi, "nanti Aqil n Isha hantar la dekat orang lain, Dina tak apa duduk dengan Mama. " (sempat lagi kan? Anak kecil ini begitu bersahaja dan tulus mengatakan niat di hatinya)


Yang ketiga, Permata hati baru Mama n Ayah. Tak reti dok diam, cakap pandai. Yaya datang ja, "Ayah, nak tidur dengan Ayah..". lepas kejap tidur dengan Ayah, dia cakap "dah takmau tidur dengan Ayah dah.". "Ayah pergi mandi cepat, Yaya nak pergi Tesco". 

Macam lawak ja cerita anak-anak baru nak meningkat naik ni kan? Tapi hakikat dalam cerita ni adalah. Duit tidak membeli kasih dan sayang, tetapi kasih dan sayang itu hadir dari ikhlas yang bertapak dalam hati dan jiwa kita, yang mana ianya dirasai hingga dalam lapisan terdalam hati. Sebab tu orang kata, sekali tersentuh hati tu, bukan mudah hendak diubah. 

Note : berhati-hatilah kita dalam berdunia. Ianya tidak mudah. Hati tidak seperti Simen di lantai. Pecah, kita beli simen baru dan tepek untuk melicinkan dia kembali. Seperti satu kisah yang Nadh pernah baca, "sekiranya kita tak ingin berasa sedih, elakkan dari buat hal yang boleh menyakitkan hati orang lain."

Thursday, 30 June 2011

Berapa gaji kita sejam?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca cerita ni dalam email. Nadh copy dan Nadh kongsikan didalam blog.
Harapan agar yang membaca dapat mengambil iktibar. Moga-moga. Nadh doakan.

***********************************************
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.


Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"


Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"


Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.


"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Note :: RM20 dan masa kita bersama yang tersayang. Mana lagi besar? Renungkanlah. ALLAH beri masa 24 jam untuk semua orang, tapi dia tak cakap setiap masa kena peruntukkan untuk KERJA, tapi dia beri sela masa untuk kita, waktu untuk solat, untuk rehat, dan untuk perkara-lain dalam hidup. Jangan kerana KERJA semata kita abaikan yang sepadannya menjadi tanggungjawap dan abaikan amanah kita iaitu KELUARGA YANG TAKKAN DAPAT DIGANTI SEKIRANYA KITA KEHILANGANNYA.

Renung-renungkanlah...

Thursday, 23 June 2011

Kisah Anak, Ibu, Pakcik kedai dan Gula-Gula


Assalamualaikum.. 

Satu hari, seorang budak kecik yang comei lagi cute, mengikut ibunya ke kedai.
Dikedai itu, tuan kedai yang melihat budak kecik yang comel itu dan menarik perhatiannya, diambilnya sebekas yang berisi gula-gula dan dihulurkan kepada budak itu.

Adik, ambillah gula-gula dalam ni.

Tapi adik itu tidak mengambilnya. Si tuan kedai hairan. Kenapa adik kecil itu tidak mengambil gula-gula yang diberikan olehnya. Selalunya budak kecil tak pernah pula menolak untuk mengambil gula-gula dari bekas yang dihulurkannya.

Sekali lagi si tuan kedai menghulurkan gula-gula kepada adik kecil berkenaan. Kali ini, si ibu pun mendengar apa yang dikata si tuan kedai, dan si ibu pun menyuruh si anak mengambil gula-gula berkenaan, tapi si anak masih berdegil dan dia tidak mengambilnya.

Mengenangkan si adik kecil tidak mengambil gula-gula berkenaan, si tuan kedai sendiri ambil gula-gula dan dihulurkan kepada si adik kecil berkenaan. Anak itu kelihatan begitu gembira menyambutnya dengan kedua belah tangannya.

Ibu dan si anak kecil pulang ke rumah. Setibanya di rumah, ibu bertanya kepada anaknya..
Sayang, kenapa tadi semasa pakcik itu berikan kamu gula-gula kenapa kamu tak ambil?

Tahu apa anak itu jawap?
Ibu, tangan cheQ ni kecil untuk mengambil gula-gula berkenaan, berapa sangatlah yang dapat CheQ ambil sendiri, tapi sekiranya Uncle itu yang hulurkan, cuba Ibu tengok, banyak kan yang CheQ dapat?

Moral :: Yang cuba kita dapatkan sendiri, hanya sedikit yang dapat kita gapai, tapi apabila ALLAH yang menghulurkan, cuba bayangkan berapa banyak yang kita dapat, semestinya diluar dugaan dan lebih dari apa yang dapat kita jangkau.. Sama juga dengan cita-cita besar menggapai dunia kita, besar dan hebat pada mata kita, tapi sebesar dan sehebat mana sangat ianya bila nak dibandingkan dengan Akhirat dan Taman-taman syurga yang sedang ternanti-nanti penduduknya??


ALLAH sayang kita.. dalam kita tak sedar dan masih berbuat dosa ni.. Insaf dan kembalilah kepangkal jalan. 
Wallahualam. 


Tuesday, 21 June 2011

Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi Nadh layan cerita Kungfu Hustle. Menarik jugak quote cerita ni. Reason kenapa enchik dan puan kungfu kuat tu tak lagi berkungfu sebab anak mereka mati dipukul depan mata.. 

"Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya.. "

Betul tak?

1. Ibu dan Bapa - Buat anak pandai. Tanggungjwap membesarkan anak pula sekarang. Sebab satu hari nanti akan ditanya di akhirat, apa yang diberi pada anak-anak, ajaran, adakah memikul tangungjawap dan amanah yang diberikan itu dengan sebaiknya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."


2. Suami dan Isteri - Sepertimana satu Firman ALLAH dalam Surah An-Nisa ayat 1, 
Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Keupayaan Suami menerima Isteri bermakna keupayaan besar menjaga dan memimpin Isteri. Isteri sebagai dipimpin, sepadannya mengikut Suami dan patuh pada nasihat suami melengkapi hidup sesamanya. 


3. Anak - Tidak kiralah sama ada anak sulung atau anak bongsu, tapi semuanya ada tanggungjawap tersendiri. Walaupun anak sulung lebih besar tanggungjawapnya, kerana perlu jadi contoh buat adik-adik, anak bongsu juga begitu, pendek kata, menjadi anak adalah DIPERTANGGUNGJAWAPKAN untuk jadi Soleh dan Solehah sebagai harta yang mendoakan Ibu dan Ayah dari sekarang hingga bila mereka sudah tidak ada nanti. 


4. Pemimpin - Hairan kan? ramai yang berebutkan jawatan pada zaman kita ni. Demi mendapatkan nama dan kedudukan, tapi mereka tak sedar, yang PEMIMPIN akan bertanggungjawap kepada anak buahnya. sampaikan tidak menegur kesilapan anak buah yang tidak solat pun akan ditanya nanti. Besar kan? Tapi ramai yang berlumba untuk jawatan dan tak takut pun akan kesan nya nanti. Yang patut dijaga diabaikan, yang tidak sepatutnya dibelai diusap tak berhenti.


Note :: Rasanya itu sahaja yang Nadh nak highlight, walaupun semua sememangnya punya tanggungjawap besar kerana dah dijadikan oleh ALLAH di muka bumi ini sebagai Khalifah. Berpesan-pesanlah dan beramal solehlah antara kamu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuurat : 13)

Semoga mendapat manfaat.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA