Followers

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Doa. Apa yang kita paham mengenai doa? Adakah doa sekadar semata-mata meminta pada ALLAH? Nadh ada sesuatu yang nak Nadh sharekan dengan readers hari ni. Kisah mengenai Doa.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH… Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 

Kisah ni buat Nadh insaf. Dengan apa yang kita dah buat, dan kita rasa gembira pula bila doa kita dimakbulkan. Adakah itu doa kita yang dimakbulkan atau doa seseorang yang sebenarnya lebih ikhlas berdoa buat kita hinggakan doa itu dimakbulkan. 

Mari bersama kita para readers, muhasabah diri masing-masing. 


Credit to : Tukang Tulis Cerita

Saturday, 27 August 2011

Tolong doakan Jiran Belog Nadh - Iffah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dari belog Boss Sunah :
Dapat mesej dalam inbox. Ada voicemail. Satu miskol. No Iffah. Kol voicemail.

"Assalamualaikum. Ni ibu Iffah. Nak bagitau, Iffah accident. Sekarang dia kat Hospital Seremban. Kereta dia terbakar habis."

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Doakan Iffah. Moga semuanya selamat.
 
Readers, sama-sama kita doakan keselamatan Jiran Nadh tu ya.. Isau neh.. Baru call Boss jap tadi, dia belum ada pape berita lagi. T.T

Sunday, 5 June 2011

Kesan DOA pada Perkahwinan.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Memandangkan sekarang ni Musim Kawen Mawen kan, Nadh nak menegur rakan-rakan di luar sana, TENTANG DOA.

Lazimnya kan, bila ada kenduri kahwin kan, kita akan pergi dan akan bersalaman dengan pengantin (kalau kawan-kawan mesti ada hadiah kan? siap kad lagi. tak cukup, peluk-peluk ambil gambar, salam-salam kan? )
Dalam pada tu, semestinya kita akan berdoa buat kebahagiaan pengantin kan? 

Topik malam mengenai doa, kerana kebanyakan dari kita ada tersalah berdoa buat pengantin. Dalam kita tak sedar sebenarnya. 

1. Buat yang pernah mendoakan pengantin, "Kami doakan sampai ke anak cucu". Kita kena tukar sikit doa ni sebab, Kita mendoakan kebahagiaan mereka sampai ke anak cucu aja, lepas dah bercicit? camna ye? hihi. Tak bahagia dah ka? Jaga-jaga semua..

2. "Kami mendoakan bahagia sampai ke hujung nyawa ". Alhamdulillah, yang ni much better la, tapi bukan yang terbaik bagi Nadh. Kawan-kawan, kita tak kesian ka dekat pengantin? Hidup bukan sekadar didunia, tapi didalam syurga nanti, takkan kita tak harapkan sahabat, atau saudara mara kita ini, menjadi bidadari atau menjadi suami buat isterinya yang adalah ketua kepada bidadari di dalam syurga nanti? 

3. Yang dianjurkan, (pendapat Nadh la) doa macam ni, "Semoga berkekalan hingga ke taman-taman syurga" . Sebab, bagi Nadh sendiri, tiada yang lebih baik melainkan bersama hingga ke sana, baru la melambangkan percintaan sejati kan? hihihi

Note :: Berhati-hati juga dengan doa kita ya? kata orang sebut 44 kali jadi kan? (orang la kata) Tapi sebaiknya kita mendoakan yang lebih baik la buat mereka, dan sesiapa sahaja, kata-kata ibarat doa, mungkin masa kita berdoa tu, ALLAH buka hijab, dan makbulkan doa kita tu, kena plak kita doa yang kurang menge-BEST-kan dekat mereka, shian mereka kan? Jadi sentiasalah berdoa yang baik-baik.

Apa pun, buat sahabat Nadh yang baru lepas kahwin semalam n bertunang hari ni, ucapan tahniah buat mereka, moga berkekalan hendaknya.

P/s :: Pernah tengok cinta yang dikatakan kekal ke akhir hayat? Meh Nadh nak share,


Apa pun segalanya adalah ketentuan ALLAH kan? DIA Maha Tahu mana baik mana tidak buat kita kan? Berserah ajalah kepadaNYA.. Moga kita diberkati dan dirahmati beserta sntiasa dalam limpah kurnia dan perlindunganNYA. 

Monday, 14 March 2011

Doa Aku Buat Kamu

baru terbaca post seseorang dalam group.
katanya doakan abahnya yang akan masuk wad malam ni..
bila ditanya, katanya ayahnya dah beberapa tahun lumpuh sebelah badan dan akibat dari tu, banyak sistem badan yang rosak. goshh.. lagi katanya, cakap pun dah susah nak faham sekarang..

bagi aku yang membaca pn dah sentap, inikan pula si yang menerima,
yang menanggung hari2, yang terfikirkan hari-hari..
ya ALLAH, aku tadapat bayangkan la.. waktu aku menulis ni, rasa nya berkaca mata aku dengan air mengenangkan betapa azabnya kan bila hidup ditimpa dengan sakit, dan tak mampu nak wat apa-apa, itu dah satu, belum lagi kenangkan keadaan sahabat aku tu, paling tersentuh aku baca dia tulis, "rindu nak cakap tpom dengan abah macam zaman sekolah dulu"

bayangkan, tadapat bercakap dengan depa, pastu mengenangkan diri jauh di perantauan, camna nak hadapi tu? betapa kuatnya seorang anak menghadapinya, kalau aku sendiri, tatau la camna aku punya dalam hati ni dok berkocak, hari-hari berfikir, dan berazam nak lakukan sesuatu nak pulihkan keadaan.

bayangkan plak seorang isteri, camna menghadapi hidup dengan tu, camna bersungguh dia mengambil tempat si suami untuk hidup ni. bagaimana beratnya hidup dia, mengorak langkah dengan banyak yang menantinya.. betapa setianya dia berada disisi. aku kagum weyh.. aku sangat kagum mengenangkan mereka, dan aku sndiri terinspired dengan kegagahan mereka bertahan, aku arap, mereka akan terus kuat hadapi hidup ni dan hadapi dugaan ni. aku yakin, berkat sabar dan doa tak putus akan dijawap ALLAH satu hari nanti. Moga mereka berada dalam lindungan MU Ya ALLAH..

Ya ALLAH, kau sembuhkan la abah dia tu Ya ALLAH, kau lindungilah dia dari penyakit Ya ALLAH, kau gugurkanlah dosa nya sepanjang dia hidup sebagai kiffarah kepada dosa-dosa lalu.. Ya ALLAH, kurniakanlah anak-anak soleh juga solehah kepadanya, sebagai ganti kepada sakit yang kau beri kepadanya, moga dengan adanya mereka, dapat sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan dia ya ALLAH.
Amin Yarabbal Alamin 






Note :: Menulis dalam doa, agar dilindungi keluarga aku dari segala mala petaka dan sntiasa sehat iman dan tubuh badan agar dapat menghambakan diri secara optimum kepada ALLAH, janganlah mereka di uji dengan yang berat-berat Ya ALLAH, bagi kat aku takpa.. aku leh hadapi, tapi jgn beri mereka kesusahan. depa sangat penting buatku.. Amin Yarabbal Alamin

Buta+Pekak+Bisu=CINTA