Followers

Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

Musim membela ke ?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.



Sekarang ni musim membela kot kan? Ye la, Boss ng Tinny nya, adk dgn siGemok, blogger Nad plak dengan kembar Amadani n Amajiro nya.

Kalaulah wujud binatang kuning ni, nak je ada satu. Comei kan dia? Comei kan dia?

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesiapa yang menyeksa sesuatu yang bernyawa, lalu tidak bertaubat, nescaya Allah menyeksanya pada Hari Kiamat”(Hadits riwayat Ahmad )

Haa, hadis kat atas ni menunjukkan Rasulullah pesan pada kita agar tidak menganiaya. Sebagaimana kita tak boleh aniaya orang, macam tu juga la haiwan ye. Dia pun hidup kan? Ada nyawa. Oleh itu, sayangilah mereka. Haiwan kan takde akal, kalau kita aniaya dia kita ni lagi teruk dari dia tau, ada akal tak reti nak guna. Bukan takat teruk tapi WORST!

“Orang-orang yang bersifat rahmat dan belas kasihan, mereka itu dirahmati oleh Tuhan ar-Rahman, maka hendaklah kamu bersifat rahmat kepada penduduk-penduduk bumi, nescaya kamu akan dirahmati oleh siapa yang berada di langit." (Hadis riwayat Abu Daud)

See? Tak salah kan berbelas kasihan?


#Eh readrs ada membela x? Cer kongsi cket. ;)

Note : klu ikt dunia nyata, Nadh nk bela anak rimau. (penangan anak thn rimau kot kan?) Aummmmm

P/s : mcik tu tkt kucen. :p
Published with Blogger-droid v1.6.9

Tuesday, 15 November 2011

Sepandai-pandai tupai melompat

 Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lambat ya hari ni Nadh update belog ni. Mungkin kerana sibuk dengan kerja + internet access buatkan tiada masa berkata-kata pada hari ni. Tapi Nadh still nak berkata-kata mengenai subjek pagi Nadh masa Nadh nak keluar kerja tadi.

Apa yang Nadh jumpa adalah. ni ha sahabat kat bawah ni :
Seronok sebenarnya tengok dia, sangat comel. Nadh tengok tadi kan, laju betul dia bergerak, sangat lincah, seperti jalan atas angin plak tengok nya. Seronok plak. Nak je mintak 'power' tu kan? ;P


Pastu terfikir, dek kerana lincah nya dia bergerak, melompat dari pokok ke pokok tu lah akhir skali orang kita buat satu peribahasa kan,
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"

Fikir punya fikir punya fikir, jumpa kat bawah-bawah ni, Harap-harap dapat memberi sedikit panduan kepada kita. 

Zaman, sekarang, semua nya berseronok, bergembira dengan HIBURAN, sepertinya tiada perkara lain yang lebih penting dalam hidup mereka, terlalu diberatkan, sampaikan waktu ibadat pun masa tu la nak kita berkumpul, (ini sangat banyak kita leh tengok masa konsert-konsert, Jom Heboh la paling mudah, semua berkumpul, kononnya nak dapat tempat depan, TAPI TAK INGAT PLAK YANG TEMPAT DEPAN SKALI KAT NERAKA NANTI PUN DAPAT JUGAK SEBAB NAK TUNGGU KONSERT KAN, SOLAT ENTAH DAH KE MANA?)

Masa asyik dengan concert, berlakulah pergaulan antara laki dan perempuan, (Nadh tak katakan semua) tapi amat jelas yang kita dpat tengok di sana tu, manusia lelaki dan perempuan bergaul dengan tanpa ada halangan, (well, konsert beb, takkan nak letak asing-asing kan,)

Masa ni kita dapat tengoklah yang ada terkinja-kinja tu, tersentuh sana, tersentuh sini,(nak marah camna kan, sebab dah rapat kedudukan masing-masing, SO BILA TERSENTUH TU DIKIRA KOSONG-KOSONG, OPSSS TAK SENGAJA LA DER)

Bila dah kenal macam tu, tercampur tak ketahuan, hati pun mulalah. C.H.E.N.T.A
(Yu, ai dah lama tengok yu, ai rasa, yu lah tulang rusuk ai yang kena hambek satu tu...)

 
Yang ada disebelah menyebelah  pula buat tak heran, 
(ehhh I'm enjoying the song la, bayaQ mahal, tak kose nak melayan depa tu aihhh)

Lama kelamaan, dari sentuh-sentuh di sana, membawa sentuhan di tempat lain. (ehh, standard bro, ai lap him la. n she lap me too la.)

Masa inilah, hero cuba menunjukkan dirinya, hebat, SUPERMAN. 
(saya akan bertanggungjawap, saya jaga awk, saya PASTI AKAN PERTAHANKAN ANDA KERANA CINTANYA SAYA PADA AWAK)

Last, bila dah sedap-sedap kan, akhirnya KANTOI. Si gadis pun MEMBOYOT
(Ucuk, ai pegnen, anak pertama kita, wehuuuuuu)

Dan masa ini, terserlah plak perangai sebenar si LELAKI. Dah tu, mulalah cari jalan-jalan nak larikan diri.
(ehhh, ai buat dengan you sekali je, takkan dah Pegnen? Yu mesti ada orang lain ni, yu tipu, mesti ni bukan anak ai).

Maka, terjadilah PERANG DUNIA KETIGA.
(Ai tak kira, yu dah janji yu nak tanggungjawap, sekarang ai da BOYOT yu nak lari plak)

Akhirnya, (kalau nasib baik la), Setelah puas berPERANG, dan keluarga ambil tanggungjawap atas apa yang terjadi. keduanya akan berkahwin, HERO tanggungjawap atas perbuatan dia (dengan sikap dia tadi, konpem-konpem, TERPAKSA)

Tapi cuba fikir ya, masa nak = SERONOK, dah dapat = SEDAP, dah kantoi = LARI. Orang macam tu ada rasa TANGGUNGJAWAP KA??

Akhirnya, terbuktilah yang : 
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"


PERINGATAN
Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (al-Israa’ : 32)


Dan Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Jadi mengapa takut untuk ke arah yang lebih baik, sedang ALLAH telah sebutkan di dalam ayat seperti di atas, malah di tambah lagi oleh Rasulullah SAW juga dalam sabdanya,

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami." (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Oleh itu, bersama-samalah bergerak selangkah ke hadapan, bagi menghadapi masa mendatang, JAUHILAH ZINA. TINGKATKAN USAHA, InsyALLAH beroleh mandat dan berjumpa jalan untuk REDHANYA.

Sekian. Semoga mendapat manfaat.

Tuesday, 14 June 2011

Photos : Animal Architecture.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Semalam Nadh ada baca kat dalam tb, dia gtau dekat Terengganu akan dibina Menara Berkembar 30 tingkat. Cam menarik ja kan? Terengganu pun akan ada mercu tanda selepas ini.

Tapi pagi ni, bukan la itu yang nak Nadh kongsikan, tapi nak kongsi kehebatan Binaan Makhluk ALLAH yang berkisarkan sumber-sumber sekeliling dia. 

1. Sarang Burung Penenun (The Weaver Bird) 


2. Sarang Semut


3. Sarang Beaver 


4. Sarang Lebah Madu

5. Sarang Anai-anai (Termites)


6. Katak Pohon

Note :: Itu binaan oleh haiwan tanpa akal yang ALLAH jadikan. Betapa hebatnya yang leh dapat tengok. Itu yang ALLAH beri kepada haiwan tanpa akal, betapa hebat kuasa DIA. Bayangkan plak kuasa ALLAH, dan betapa kerdilnya kita disisi ALLAH.. Moga kita mendapat keinsafan dan keindahan-keindahan ini buka hati kita untuk benar kembali ke jalan NYA.. :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA