Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Nadh baru sudah tengok cerita The Sniper dekat TV3 ni. Mengenai persaingan untuk menjadi Sharp-Shooter terhebat sezaman dalam cerita tu. Cerita yang menarik. Teringin pula nak jadi seorang Sharp-Shooter macam ketiga-tiga watak utama dalam cerita ni tadi. Hebat sangat !!
Tapi malam ni, Nadh nak cakap tentang sharp-shooter juga. Iaitu peranan kita sebagai Blogger yang juga adalah seorang sharp-shooter kepada readers kita. Sekiranya sharp-shooters dikira hebat dengan tembakan head-shot nya, kita sebagai Blogger juga adalah sharp shooter dan sasaran kita adalah HATI.
Sebab utama Nadh cakap macam tu adalah sebagai bloggers, yang punya readers tersendiri, kita berperanan untuk menyampaikan info, dan sebaiknya Nadh nak juruskan kepada Dakwah. Katakanlah, isi yang kita huraikan itu, dan sasaran kita itu kena tepat pada HATI, insyALLAH, kita akan berjaya menyentuh HATI dan seterusnya dengan izin ALLAH dan Nur yang ALLAH tiupkan kedalam HATI, kita dapat sedikit sebanyak menyumbang kepada satu perubahan.
Katakanlah, semua Blogger mengambil peranan nya, bayangkanlah yang akan terkesan dengan penulisan kita (juga dengan Izin ALLAH). Tak payah banyak, seorang Blogger satu sasaran, dengan bilangan bloggers yang ada di Malaysia ni, bayangkan tak betapa banyak golongan sasaran kita ini?
Dan sekiranya diizinkan, bayangkan besarnya PERUBAHAN YANG DIREVOLUSIKAN oleh tulisan kita ni. Hebat kan? Semoga diizinkan.
''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui ''(Al-Baqarah:30)"Blogging bukan sekadar blogging, Sekiranya Ilmu ALLAH digunakan dan tarian jari di atas keyboard itu ikhlas dan berhikmah, penyampaian pasti jadi HEBAT dan mendapat Rahmat ALLAH.. "
