Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Akan tiba masanya dia pergi Beberapa jam sahaja lagi Sesetengah berasa happy Sesetengah tak senang hati Persoalan yang tak berhenti Apa azam tahun baru nanti?
Akan tiba masanya dia pergi Sambil kita kesana sini Apa kata di check kembali Yang lama ada x ditepati? Yang diazam adakah dicapai Atau sekadar penyedap hati
Akan tiba masanya dia pergi Esok mulalah tahun baru Harap x mula dengan haru Jangan hanya berazam baru Tapi hampa macam dulu Harap sedap kat telinga kamu Tapi hampeh x jd pun cmtu
Moga kita jadi lebih baik. Sentiasa membaiki amal n menjauhi mungkar. Berani menegur, pegangan utuh, iman kekal teguh.
Diharapkan kita berdoa agar umat ALLAH akan bersatu. Kita kuat dengan ALLAH, satu y dikongsi sedunia, walau ada yang taknak ngaku, DIAlah yang satu, tak kira sekarang, nanti dan dulu.
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Semalam Nadh cakap pasal tunang, hari ni meh nak berseloka plak pasal ni. Buat yang dah OTW tu, selamat la ye. Pada yang dah tawen tu, tahniah juga. Moga-moga kekal ke taman-taman syurga.
Bila tunang Orang kata selangkah ke alam kahwin Dari single jadi double kan Dari sorang sudah berteman Dah tak boleh njoy kena menyimpan
Bila tunang Kata orang da selangkah milik Tapi bagai ditilik Masa depan bukan kita punya milik Tapi punya Dia Ya Khalik
Bila tunang Selangkah sudah, tapi belum sah lagi Bukan setangan memegang sana sini Memeluk sakan tak kira kanan n kiri Konon berpaksi wo ai ni Dosa tau x suma ni?
Bila tunang Ada pantang larang Bukan apa, belum milik tau abang Moto pun belum sain belum boleh pegang Apakan lagi nak menunggang
Bila tunang Diri kenalah berani Perbaiki diri Bukan sengaja gatai nak berbini Tapi mencari cinta hakiki Dia disini, Mudah mudahan kesana sekali
Pesanan buat semua. Baik jadikan pedoman. Salah sila betulkan saya ya? ;)
“Assalamualaikumm. . meh nak tolong,. “ kataku dan tangan terus laju memegang duit dan mengira wang dikaunter juruwang nya. Ni bukan tugasku sebagai staff di sini, aku Cuma seorang cashier biasa, tapi kerana rajinku, walau aku bukan supervisor, tapi aku dah biasa membantu kawan2 menutup kaunter awal. Aku selalunya akan diarahkan oleh supervisor untuk tutup kaunter awal dan bantu staff baru mengira wang. Tatau kenapa, tapi diriku begitu mendapat kepercayaan dari supervisor aku untuk tugas ni.
Mula dari situ, aku mulai rapat dengan nya, aku akui, dia tu comel, dan benar menjadi tumpuan aku. Aku teringat sangat, kisah mula waktu aku kenal dengan dia, ada seorang sahabat lelaki, bagitau sebaik aku masuk kerja, “weyh, ada budak baru masuk ramai. Comel2 tau.. “
Aku plak macam besa la.. “mana-mana?” terus laju ja kaki ni pergi pilih mana nak kenai dulu. macam tak kenai aku remah tak ingat, tak lama pun untuk aku ambil untuk kenai dengan mereka, dan rasanya suma tu sat ja aku uruskan. Suma dah kenai dengan aku, sebut saja Ayie, suma memang dah kenal. Dan agak rapat dengan aku. Aku ni sorang yang happy go lucky, agak bising dan tak reti nak cover, jadi orang cepat mesra dengan aku.
Tak lama selepas itu, sewaktu bersembang dengan nya, ntah macam mana, aku mintak number telefonnya, tapi tak diberikan, pusing-pusing disitu, --- dia yang meminta number telefon dari aku. Malam itu, aku dan dia mula ber-SMS. Aku layan dengan baik sekali. Tapi kali ini aku berbeza. Aku tatau kenapa jadi begitu gelojoh, aku terus katakan kepadanya yang aku sudah terpaut padanya, bayangkanlah, di hari pertama SMS, dan aku sudah berani untuk mengaku akan perasaan ku terhadap dia yang baru aku berjumpa tak lama mana. Dan dia sudah kita tahu, akan menolak juga apa kataku, terlalu awal rasaku. Tapi I lose nothing kan, tak salah mencuba, kalau mengena beruntungla, tidak jadi tidak mengapa, tiada apa rugi nya hamba. ;)
Kena pula dengan keadaan, dia dari keluarga bermasalah, aku menjadi tempat ngadunya dia, hari-hari aku akan meminjamkan telingaku untuk mendengar masalah keluarganya, aku akan jadi pemujuk paling sabar dalam dunia menenangkan hatinya yang tidak tenteram tiap kali pulang ke rumah dan dihentam kedua ibu bapanya. Bagiku, tak apalah, kuhulur telinga buat kamu, ku pinjam bahuku buat sandarmu, agar tahu akan kamu, ada aku hanya untukmu.
Tiba bulan ketiga hubungan kita, aku masih tak berhenti meminta untuk diterima kamu, saat itu, hati kau sudah mulai lembut, ada sekali tika itu, ditepi bangunan yang baru dalam pembinaan, kataku padamu,
“ingat macam nak naik atas bangunan tu la.. kalau kamu cakap tak mahu aku, aku nak terjun dari situ”.
“terjun la.. macam la kamu berani.. “ katamu.
Kami gelak bersama-sama. Kau langsung tak hairan padaku kan. Tapi aku belum mahu menyerah. Walau masa ni aku ada 3 pilihan selain kamu. Satu dari kisah silamku, yang kedua jugak mahu kepadaku, tapi aku lelaki, lelaki dipegang kepada janji, aku tekad mencuba lagi, harapan agar kau tunduk bersetuju. Dan akhirnya aku masih tak lupa waktu, pukul 12 beranjak ke 1, saat itu kau kata padaku, aku juga cinta padamu, tapi syg ni Cuma permulaan, kerna Cuma separuh dariku, separuh lagi akan ku kota bila masa kita berjumpa, dihari nanti, date pertama. Waktu ni. Rasa berbunga sekali, cinta sudah aku bertemu, mula setuju, menerima aku,. Bermula kisah aku dan kamu.
Bila cinta mula berbunga, hati rasa seronok sntiasa. Tak sabar rasanya mengota bakinya, mengesah cinta aku dan dia. tiba harinya 04 April, kali pertama kami berdate, secara rasminya selepas sebulan mengikat kasih. Dengan lafaz aku cinta kamu, maka setengah lagi pun sudah dilengkapkan. Maka secara langsungnya ter-declare lah hubungan kami yan lagi setengahnya.
Segalanya berlalu indah sekali, hubungan cita yang kami ikat. Katanya hidup bertambah indah, bila ada aku disisi, bukan peneman dikala duka, hati diluka aku ubatnya. Segalanya berjalan lancar. Satu lagi tarikh penting hidup kami, tersusun begitu cantik sekali, 05 Mei pula hadirnya, hari anugerah aku empunya, menjadi manusia bijaksana dihadapan para audience. Manis sekali kenangan ketika itu, ibu dan ayah juga disitu, menjadi saksi kejayaan aku. Alhamdulillah, berkat keberanian aku dan izin ayah, dia turut ada bersama dihari penyampaian anugerah itu.
Mula yang hadir itu kamu, kamu baik sangat. Terus terang cakap, kalau diikutkan, calon isteri soleh sememangnya kamu, aku pulun menjaga kamu, kerana tika itu, kamu sedang dalam keadaan yang memaksa aku berada diantara kamu untuk menutup ruang duka yang sedang kamu hadapi. Aku benar nekad ketika itu, aku lah yang mengganti, menjadi penghuni didalam hati, ruang kosong tidak berpenghuni.
Semua berlalu begitu indah dan bermakna, hingga tiba saatnya, aku tak sedar kenapa aku selalu pengsan.hasil pemeriksaan, rupanya sakitku sudah ada di peringkat akhir. Ikut kata doctor, sudah tak lama menanti hari, sakit ini membuatkan aku lemah. Seingat aku, minggu ini adalah minggu aku sepatutnya hadir kepada kamu, membawa kaum keluargaku, meminta izin dari penjagamu, melamar kamu tuk jadi permaisuri hatiku. Tapi aku mungkirinya, dah berbulan kita tak berjumpa, aku menolak tiap kali kamu mengajak bertemu, malah aku tekad membatalkan apa yang sepatutnya menjadi hari penting kita, 06 June tarikh yang kita pilih. Tapi aku begitu kejam membatalkan dan hilang tanpa khabar berita, aku tahu kau menangis meratap sedih, kerana aku yang disangka pengasih, sanggup tidak memilih kekasih, tapi kau di buang dan disisih.
Laporan yang aku dapat dari sahabatmu, amat menyedihkan, keadaan aku yang bertambah parah, ditambah pula kesedihan menyambut sakitmu, ditinggal aku yang tak kau tahu, menanggung rindu jka tahumu, tapi tekad tidak mengaku, kerana tak mahu kau sedih keranaku. Aku kuatkan tekadku, biar aku pergi dahulu, dan kamu tidak tahu, dari aku menjadi bebanmu, terpaksa menjaga setiap hari, sakit dan mati meniti hari.
07 Julai aku pegi, panggilan illahi sudah memanggil, aku pegi dalam tidurku, wahai sayang, .ni hanya yang kutinggal buatmu, buat kau tahu isi hatiku.
Seloka pagi. amek iktibar atas apa jadi malam tadi. ;)
hidup adalah sekali. mati pun sekali. tapi akhirat abadi. kalau takat nak lepak kat sini, duduk dalam golongan orang rugi, ...sapa yang pandai sekali, dia dok memperingati, saling nasihati, ramai2 tingkat amal untuk idup abadi, di sana nanti. ;)