Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Okeh, akhirnya, Nadh update juga pasal resepi ni. Dah ada yang bertanye cam mana nak buat. Nadh pun hari tu kebetulan je macik Nadh buat untuk engagement kezen Nadh. n Nadh ada kat tempat kejadian. So dapat la merasa + ilmu-ilmu berkaitan memasak dari Ibu. Ibu encourage Nadh belajar memasak kat sini. Katanya dah alang-alang duduk sini, belajar la. Fikir balik betul juga. bukan untuk menjamu Mama, Ayah n Adik-adik, leh juga jamu perut sendiri kan? agagagag. :P
Cheese Tart Blueberry
Bahan-Bahannya :
(Kerak dia)
250gm butter
100 gm gula castor
1 biji telur
vanilla air
450 gm tepung gandum
(Isi dia)
250 gm cream cheese
1 biji telur
50 gm butter
60 gm gula halus
Blueberry
Cara-caranya : (Kerak dia)
1. Mula sekali, kita sediakan kerak dia tu dengan memasukkan butter, gula castor dan vanilla air. Pukul semua ni, lepas tu masukkan telur. terus pukul dia sambil letak tepung sedikit demi sedikit. Teruskan sampai doh jadi lembut.
2. Lepas doh dah lembut, kita letak kan dia dalam acuan . Buat untuk bahagian kerak dia. Lepas tu, cucuk dengan garpu kat tengah tu. Supaya dia cepat masak nanti.
3. Masak dalam oven selama 30 min dengan suhu 140 degree celcius.
4. Keluarkan kerak dia tu dan sejukkan.
Cara-caranya : (Isi dia)
1. Campurkan cheese, dan gula, telor n butter dalam tu, pukul je sampai dia nampak ptih gebu gitu.
2. Masukkan isi dia dalam kerak tart tadi. Letak la sekali blueberry tadi sebagai isi kat tengah tu. Hias la macam mana rasa mau, kasi cantik kan.
3. Masak dalam oven selama 15 minit. Kalau rasa tak masak lagi, tambah la lagi seminit 2.
Note : Nadh guna piping bag masa nak letak cis tu. Senang dah mudah. wehuuuu~~
Selamat mencuba ye.

9 comments:
wow sedapnya
leh la tempah
wah..favourite akak ni! bolehlah cuba buat lepas ni..
Rasa nak makan je.. nak buat malas! heee..
Tapi nak copy resepi! Next time tak pun next year, kalau berkelapangan bleh cuba jaya!..
super jeles! :)
nanti dkat raya pasti godek resepi kat sini :)
Wehuuu nanti blh rasa awk msak plak... Hahahahaha :-P
Wehuuu nanti blh rasa awk msak plak... Hahahahaha :-P
pas kawen bertambah gumuk la isteri nadh tu haha...
mana taknya dapat suami yg ska sgt memasak =P
nadh y luar tu panggil pastri
lawak je bace 'kerak'
tp ikotla nk kasi nme pe..sje nk gtaw jiran
Anum :: gulp~~ ehehe
kak Mas :: try la kak. jgn lp anto kat nadh cket. :P
Cik Sara :: sila2 wat. senang je. :D
Kak Mimie :: ehehe. dekat raya tak janji. eheh :D
Kiera :: tetiba tak reti masak. :P
GK :: ahaha. tak de la. besa2 ja. :D
Iffah :: ahaha, maceh gtau. mana la kami nak tau. #orgkampung
Post a Comment