Followers

Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Cobaan 1 2 3 | Paella Viva de Es Seberang Jaya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya, berkesempatan juga untuk saya berkongsi apa yang saya dah buat ni. SubhanALLAH, lama sangat dah dia tersemat di sana, semenjak lepas EURO lagi. Ha untuk pengetahuan masakan ni saya buat pagi kemenangan Spain tu. Ehhe, tak ada kaitan pun dengan kemenangan Spain sebab malam itu saya Mama dan adik perempuan tengok cerita masakan 5 Rencah 5 Rasa, jadinya terpanggil nak mencuba masakan ni. Since dia saya buat di Tanah Air, saya namakan dia Paella Viva de Es Seberang Jaya. Nasi tradisi Sepanyol tapi diubahsuai jadi lauk Mesia.

p/s : kata Mama, Ayah n Adik, rasanya ala-ala Nasi beriani. ;)

 "Paella Viva de Es Seberang Jaya "

Bahan-Bahan
Beras Perang. (saya beli yang 1kg, dan guna separuh dari nya)
Sosej ayam
Ayam
Sotong
Udang
Cili Merah (Kalau ikut resepi asal dia guna capsicum, tapi Mama cakap tamau guna)
Paprika
Bawang Merah
Bawang Putih
Kiub ayam

Cara-Caranya
1. Basuh beras sampai bersih seperti biasa.
2. Gorengkan ayam dengan separuh masak. Bersama dengan sosej ayam. Kemudian angkat.
3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dipotong tadi hingga naik bau dalam periuk sama dan minyak yang sama (boleh tambahkan minyak sedikit jika rasa tak cukup). Kemudian masukkan ayam yang digoreng setengah masak tadi bersama dengan sosej ayam. 
4. Kemudian, masukkan kiub ayam dan paprika. .
5. Masukkan beras perang tadi bersama air yang dah sukat. (kalau silap ikut 5 rencah 5 rasa dia guna 6 cawan air untuk 1 kg beras)
6. Tutupkan periuk selama 15-20 min. (saya sekejap-sekejap saya check sebab saya tak biasa guna dapur gas masak nasi)
7. Bila nasi dah masak, letakkan sotong dan udang diatas nasi bersama dengan cili tadi. kemudian tutupkan periuk untuk lagi 5-7 minit. (Untuk lagi seri, kita leh la gaulkan ceciap udang dan sotong tu selepas dia masak, sebab nak bagi dia harmoni dengan nasi)
8. Siap sudah.

Selamat mencuba. ;)

Tuesday, 1 May 2012

Cobaan 1 2 3 | Lauk Bertemakan SOS

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada pada yang membaca. 

Apa cerita readers hari ni? Buat apa? Nadh lepak rumah ja la hari ni. Konon ada kawan ajak pergi tengok Avengers, tapi cam tak rajin pula, jauh tu nak keluar. Lepas tu settlekan hantar TV rosak ke kedai dan fasa 2 pindah. Ntah berapa fasa lagi pun Nadh tak sure. Banyak bebenor barangnya dalam bilik tu. Tapi tak apalah, bak kata abg Mie, pelan-pelan la. Sikit-sikit buat, nanti selesai la tu. 

Dah pindah, nak online line plak macam dengan apa tak tahu, malasnya lah. Geram betul. Lappy ni pun agak sawan semenjak tukaQ XP ni. Dia jadi tak boleh macam mana nak cerita tatau. Sakit ati juga. Tapi nak buat macam mana kan? Kerana kerja, ku turutkan. ehhe .Since line meksis yang semakin hari semakin mengecewakan gagal bertindak mengikut kemahuan diri, Nadh pilih untuk tidur ja. 

Bangun-bangun, rasa lapo plak. Abg Mie suruh pergi kedai beli lauk. Tapi Nadh ada plan sendiri. Plan terkejut tergempar. (Boleh plak la mimpi nak buat menda ni. Telur goreng Sos) . Plan mudah sebab nak cepat siap nak cepat makan. Rasanya kalau readers malas cam Nadh , leh la buat. Senang sangat-sangat-sangat.

" Telur Goreng Bersos "

Bahan-Bahan
Telur
Sos cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling

Cara-Cara
1. Mula sekali goreng telur tu sebiji demi sebiji.
2. Kemudian, tumiskan bawang. Letakkan sos bertiga tu. Dan kacau sesuka suki. 
Habis tu masukkan telur dan kacau sampai rasa dah masak. Okeh. ciap. 

Lauk kedua petang ni. 
 " Ayam Black Pepper bersama Kentang "

Bahan-Bahan
Ayam
Kentang
Sos Black Pepper
Sayur campur (kacang + carrot + jagung tu)
Sos tiram
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit kicap (saja tambah sambil ganti garam + kasi kaler)

Pre prepare : Kentang tu, potongkan kecil-kecil  macam kita dok tengok Cheesy Wedges KFC tu, lepas tu panaskan minyak dan masak kentang tu. Ikut cita rasa la. Nadh tak suka garing sangat. Tak caya cuba wat, makan saja pun sedap. (opss mmg jadi macam tu pun, belum masak dah tinggal 3/4 )

Cara-Cara
1. Mula sekali tumiskan bawang sampai naik bau.. Letakkan sos tiram selepas tu.
2. Kemudian masukkan ayam tu. Masak dia sikit sampai agak kecut lepas tu masukkan sayur campur. Lepas tu masukkan sos black pepper.
3. Dah nampak agak masak, masukkan pula kentang kita. 
4. Biarkan dia masak. kalau nak berkuah, tambah la air sikit ye. Letak garam secukup rasa. dan sedikit serbuk lada hitam. 
5. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba ye. 


Jadi dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa : Menu petang a.k.a tengah hari merangkap makan malam rumah Nadh hari ini bertemakan SOS.

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam selasa. Salam Hari cuti. Salam hari pekerja buat readers belog buruk Nadh ni.

Ehhe, bila cuti, apa yang paling menarik yang akan readers buat ? Keluar tengok wayang? Hang out dengan kwan kawan? Mencari ketenangan kat pantai? Atau keluar dengan keluarga? Banyak kan aktiviti yang leh kita buat dengan hari cuti ni kan?

Macam Nadh sendiri, Nadh rasa hari cuti ni antara hari paling best kalau Nadh dapat duduk rumah, berehat, lepas tu memasak dan makan dengan senang hatinya. Ehhe . Betoi la. Selain menulis, Nadh suka juga lepak dekat dapur tu. Sembang dengan periuk , kuali , sudip. Wahh seronok pula melayan depa. Lepas tu layan setiap knyahan berharga tu, sangat bermakna kan? Ahha. 

Macam pagi ni, housemate request nak makan Bihun Goreng. Nadh jaga ja pagi, masuk dapur, keluarkan apa yang patut. Tapi tengok-tengok, dia dah keluarkan pun udang tu, bihun tu dia dah rendam semalam. Jadinya, lepas selesai mandi, Nadh pun masuk, sediakan apa yang patut. Dan gorengkan untuk dia. 

menu pagi ni :  "Bihun Goreng Bujang"

Seronok juga dapat melayan selera orang ni kan. Sampaikan housemate sorang lagi kata, "Nadh, ko tu kalau dah suka masak, tak rasa seronok bekerja, ko buka la kedai makan. Mesti laku nya la nanti. " . Nadh leh gelak je. Kita ni picisan je. Masak untuk keseronokan sendiri juga. Walau ada sikit-sikit berhajat nak buka kedai makan tu, (ye lah, duduk KL ni kan, kedai makan mostly SUCKS la. makan untuk makan je. TAK SEDAP PUN. Nadh pn masak tak sedap. Cumanya, kalau kenai orang masak sedap, Nadh buka kedai. Mesti laku kan? Tak sedap pun penuh, dah sedap, tak payah cita la kan? )

Ehhe, bebel je tengah hari ni. Biasalah kan, bujang. Nak balik kampung sehari je. Tak buleh apa la. Layan diri la jadinya kan? Apa pn, maceh pada ALLAH, Sebab dia beri ketenangan, keseronokan, kemudahan dalam hidup. Syukur amat.

Monday, 30 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Rendang Udang Macik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Berjumpa lagi ye? Hari terakhir dalam bulan April ni. Juga mungkin entry terakhir untuk bulan ni. Syukur ke hadrat ALLAH atas kurniaannya kepada kita. Meh Nadh nak update pasal menu idaman Nadh minggu ni. Asalnya tak rasa sangat, tapi bila ada yang dok mengomen, sedap la, apa la, ciap ada yang call tanya macam mana nak buat, terasa ada sesuatu yang sempoi juga la pada lauk tu. Kena pula Nadh dah lama tingat nak pergi pasar segar tu kan, alang-alang jalan sekali la ye.

Dan last sekali bila dah siap, dah tayang untuk paparan umum, ciap ada orang ajak pergi rumah dia lagi minggu depan, pergi pasar, dia belikan, pastu masak dekat rumah dia. Hihi. Gle best aa. :P
(p/s : jgn gtau macik ye, nanti dia kembang )

Ni ha,
 "Rendang Udang Macik "

Bahan-Bahan :
Udang (ikut suka la nak saiz apa, Nadh pilih superduperbesar + sederhana je)
Santan (Nadh guna sebiji)
Cili giling (ikut suka la nak pedas macam mana, Nadh saja letak lebih, bagi ada kaler :P )
Daun Kunyit (Hiris nipis-nipis)
Asam Keping

Bahan Kisar / Blend
Serai (2 batang)
Kunyit hidup
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Lengkuas

Cara-Cara :
1.      1.  Mula sekali, letak kuali atas dapur. Masukkan bahan-bahan kisar tu kemudian masukkan udang, asam keping, cili giling, daun kunyit dan gaul semuanya.
2.     2.  Lepas tu, letak santan (bagi hapus udang tu), gaul lagi sekali.
3.     3.  Buka api, kacau dan masak, sampai udang masak. Ikut suka la nak macam mana, tapi dah nama rendang kan, kasi la sampai kering, baru masyuk.
4.     4.  Bila rasa dah puas hati, tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba ye.

P/s : Lauk ni ada 2 nama. Biar kami berdua je la yang tahu apa nama kedua lauk ni kan? Ahahha :P

Sunday, 29 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Asam Pedas Ikan Biji Nangka + Lala Goreng Pedas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya. Kalau readers ingat lagi, Nadh penah sebut kan pasal pasar Penampang dekat entry ni? Nak dijadikan cerita, akhirnya tercapai juga cita-cita Nadh nak ke sana. Padahal kan, dah hampir seminggu Nadh kat area Kuala Selangor tu, tapi akhirnya sabtu juga baru Nadh sampai ke sana. Pergh memang manthop la pasar tu, makanan laut dia, memang leh wat Nadh kena histeria la. (hihi, bukan apa, banyak sgt, tergoda nak beli itu dan ini). 

Target Nadh ke sana cuma nak cari udang besor ja sebenarnya, nak cuba Rendang Udang macik tu, ramai cakap sempoi sangat, tak kan kita taknak cuba kan? Misi terlaksana, udang dah berjaya beli, tapi tak ketinggalan, cari sekali Siput lala (Ya ka ni Lala? Abg Mie kata kepah), Apa pun layan ja la. Janji ada. leh masak. :)

 "Asam Pedas Ikan Biji Nangka n Lala Goreng Pedas "

Apa lagi, jum la tengok camne nak buat. :P 

Asam Pedas Ikan Biji Nangka (resepi asal Tok Guru kat SINI)

Bahan-Bahan :
Ikan Biji Nangka 
Bendi
Daun Kesom
Sedikit serbuk lada hitam
Cili giling 
Bawang merah, 
Bawang putih 
Jus asam jawa (secawan)
Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
Bawang putih , bawang merah, halia , lengkuas, belacan , kunyit hidup

Cara-Cara
1. Mula skali kita panaskan minyak , lepas tu bwang merah dan bawang putih yang dah dihiris tadi, bila dah wangi, masukkan bahan-bahan kisar,
2. Kemudian, tambah skali cili kisar dan masak sampai cili tu masak dan pecah minyak.
3. Masukkan air, ikan, bendi dan daun kesum. Bila dah mendidih, masukkan jus asam jawa tu, garam dan lada hitam. Biarkan seketika.
4. Agak semua dah masak, masukkan tomato dalam tu. Biar kejap lepas tu boleh tutup api. Dan sedia untuk dihidang. 

Lala Goreng Pedas (resepi asal Tok Guru kat SINI.)

Bahan-Bahan
Siput / Lala
Serai (2 batang diketuk)
Bawang Putih (diketuk)
Bawang Merah (hiris halus)
5 Cili kering (potong mengiring) 
Cabai melaka (4 biji)
Sos tiram
Halia (diketuk)
Sedikit air

Cara-Cara
1. Mula sekali tumiskan cili kering . Bila dah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih serai dan halia yang diketuk tadi. 
2, Masukkan sos tiram lepas tu masukkan cili. Lepas tu masukkan air.
3. Tutup periuk dengan penutup periuk, dan biarkan dia masak dengan api kuat. 
4. Letakkan sedikita garam , lepas tu nampak dia dah masak, Nak tau masak ka dak, nanti terbuka lah cengkerang lala tu. 
5. Hidang dan santap la. apa lagi. ehhe 

Ini aja untuk hari ni. 
Selamat mencuba ye? :) 

Thursday, 19 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Ikan Kerisi Sweet Sour

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry terakhir kot malam ni. Macam Nadh share tadi, diri terlepas dari resah bila kita menerima bulat-bulat ujian sebagai apa yang ALLAH dah takdirkan buat kita. Bila kita terima bermakna kita lepaskan apa yang dok bermain dalam fikiran selalu tu. Umm malam ni masuk dapur balik. Sungguh lama rasanya tak masuk dapur. macam pelik kat diri sendiri plak sebab asyik makan dekat kedai je, padahal diri memang la sangat-sangat tak suka makan dekat kedai.

Since kemarin abg Mie tunjuk ikan yang dia bawa balik dari kampung, malam ni Nadh pun beraksi kembali. Nak tau dak, lama tak masak, baru potong bawang se-round da pedih biji mata ni. ehhe. Lauk dapur bujang malam ni adalah :

 "Ikan Kerisi Sweet Sour "

Bahan-Bahan
Ikan Kerisi
Bawang besar (potong bulat-bulat)
Bawang putih
Halia (potong memanjang)
Sayur campur (yang dalam pek ada kacang + jagung + carrot tu)
Sos tiram
Sos Tomato
Sos Cili

Cara-Caranya :
1. Mula sekali kita gaulkan ikan tu dengan serbuk kunyit dengan garam sikit. Gorengkan. Nak best goreng sampai dia masak betul, rangup-rangup gitu.
2. Tumiskan bawang putih bawang besar dengan halia tu. Masukkan sos tiram, lepas tu lemparkan sekali sayur campur tu. 
3. Agak dah nampak masak kan sayur tu, letakkan sos secukup rasa. Sos tomato dengan cili tau. Since dia ada rasa sweet dan sour, so pepandai la nak imbangkan kedua sos tu ya.
4. Masukkan ikan dan gaulkan semuanya.  Lepas tu letak garam dan gula sedikit. 
5. Masak sudah. Sedia untuk dihidang. 

Selamat Mencuba ya. 

P/s : Housemate kata tadi dah rasa macam dekat kedai. *kembang sekejap :P

Monday, 19 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Ayam Kismis Berempah Versi GIGIH

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Owhh malam ni kita sembang sal makanan boleh tak? Ini apa yang Nadh hasilkan semalm sebenarnya. tapi tak sempat nak wat entry, so malam ni kita kongsi la ye?

Ayam Kismis Berempah versi GIGIH

Resepi asal tok guru versi DAGING kat SINI.

Bahan-Bahan :
Ayam
Kentang
Kulit kayu manis
Bunga lawang
2 camca cili kisar

1 1/2 camca besar kicap pekat
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam

Bahan Blend secukup rasa - Nadh GIGIH jadi Nadh tumbuk dengan penuh perasaan
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam kismis kuning
2 batang serai, hiris halus
1 camca besar bawang goreng
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar


PRE : Mula sekali kita potong la kentang tu , lepas tu rendam then goreng sampai dia kuning. Tutup api dan letak tepi.

Cara-Caranya.:
1. Guna minyak kentang tadi, Tumis kayu manis, bunga lawang sampai naik bau. Lepas tu  masukkan cabai giling tu. Biar seketika sampai cabai tu masak.
2. Bila tengok cili masak, masukkan bahan kisar halus tu. kacau-kacau sampai nampak pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sampai ayam tu kecut, lepas tu tambah kicap pekat, air dan asam gelugor tu. Biarkan sampai ayam masak dan kuah sedikit pekat.
4. Dah nampak ayam masak tu, letakkan kentang yang dah digoreng tadi. Letakkan la garam sikit secukup rasa.
5. Dah ok. leh tutup api dan hidang.

Selamat mencuba.


P/s : Sebab nama dia GIGIH, Nadh da jahanamkan blender, lepas tu terpaksa rela la menumbuk sampai abeh suma bahan kisar tu, banyak tau. PENAT !

Thursday, 15 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Cheese Tart Blueberry

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Okeh, akhirnya, Nadh update juga pasal resepi ni. Dah ada yang bertanye cam mana nak buat. Nadh pun hari tu kebetulan je macik Nadh buat untuk engagement kezen Nadh. n Nadh ada kat tempat kejadian. So dapat la merasa + ilmu-ilmu berkaitan memasak dari Ibu. Ibu encourage Nadh belajar memasak kat sini. Katanya dah alang-alang duduk sini, belajar la. Fikir balik betul juga. bukan untuk menjamu Mama, Ayah n Adik-adik, leh juga jamu perut sendiri kan? agagagag. :P 

Cheese Tart Blueberry

Bahan-Bahannya : 
(Kerak dia)
250gm butter
100 gm gula castor
1 biji telur
vanilla air
450 gm tepung gandum

(Isi dia)
250 gm cream cheese
1 biji telur
50 gm butter
60 gm gula halus
Blueberry 

Cara-caranya : (Kerak dia)
1. Mula sekali, kita sediakan kerak dia tu dengan memasukkan butter, gula castor dan vanilla air. Pukul semua ni, lepas tu masukkan telur. terus pukul dia sambil letak tepung sedikit demi sedikit. Teruskan sampai doh jadi lembut.
2. Lepas doh dah lembut, kita letak kan dia dalam acuan . Buat untuk bahagian kerak dia. Lepas tu, cucuk dengan garpu kat tengah tu. Supaya dia cepat masak nanti. 
3. Masak dalam oven selama 30 min dengan suhu 140 degree celcius. 
4. Keluarkan kerak dia tu dan sejukkan. 

Cara-caranya : (Isi dia) 
1. Campurkan cheese, dan gula, telor n butter dalam tu, pukul je sampai dia nampak ptih gebu gitu. 
2. Masukkan isi dia dalam kerak tart tadi. Letak la sekali blueberry tadi sebagai isi kat tengah tu. Hias la macam mana rasa mau, kasi cantik kan. 
3. Masak dalam oven selama 15 minit. Kalau rasa tak masak lagi, tambah la lagi seminit 2. 

Note : Nadh guna piping bag masa nak letak cis tu. Senang dah mudah. wehuuuu~~

Selamat mencuba ye.

Wednesday, 14 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Kerapu Masak Stim

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin sehari je Nadh duduk dekat rumah paginya. Malam sebelumnya pergi pasar malam, beli ikan. Pastu terjumpa plak ikan kerapu. Dah lama betul ngidam nak makan masak stim , so semalam Nadh gagahkan diri gak la buat kerapu masak stim ni.

Kerapu Masak Stim

Bahan-Bahan
Ikan kerapu (Nadh guna 3 ekor)
Halia (potong panjang kecik-kecik)
Serai (potong bulat-bulat)
Bawang putih (potong bulat-bulat)
Bawang besar (potong bulat-bulat)
Asam limau (beberapa biji, perahkan air limau untuk jus dia)
Tomato
Asam Boi
Daun Sup
Cabai melaka


Cara-caranya
1. Mula sekali panaskan periuk kukus. Lepas tu letak sikit air dalam talam kueh tu, pastu letak air sikit, masukkan halia, serai, bwang putih, bawang besar , cabai melaka yang dah dipotong tadi.
2. Tutup penutup periuk dan biarkan air tu masak sikit. Lepas tu masukkan ikan dalam tu.
3. Biarkan ikan terus masak. Sila kalih ikan ye, supaya kedua belah masak. pastu bila tengok air tu da mendidih kan, masukkan jus asam limau tadi, lepas tu tauk skali asam boi tu. Biarkan seketika. Then masukkan tomato yang dah dipotong tadi.
4. Agak da ok, tutup api dan siap untuk dihidang.


Untuk lagi feel sediakan :

Cabai melaka 10 bijik
1-2 ulas bawang putih
Kicap
--> tumbuk cabai dengan bawang putih, letak kicap. Cicah ja. Slurpppppp~~

Selamat mencobaa~~ 

Tuesday, 28 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Ayam Burma Senget

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari Selasa yang bahagia. Tak dak apa nak buat kan? Masuk dapur lepas tu jenguk-jenguk apa yang ada nak masak. Lepas tu teringat apa kakakecik buat semalam. Saja tau dia ni, dok goda-goda orang. Jadi hari ni, kita tujukan makan ni dekat dia. bleh kan? Bosan la asyik tuju lagu je. :P


Ayam Burma Senget

Resepi asal tok guru kat SINI.

Bahan-Bahan
Ayam
Sos tiram
Serbuk Kunyit
Serbuk kari daging / Ayam (Cap rumah kampung, Adabi la. :P )
Air
1 Kiub pati ayam
1 biji tomato
Gula sikit
Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang (Blend sekali)

*Pre-prepare
Perap ayam dengan sos tiram, dan serbuk kunyit (tok guru kata wat la dalam 20 minit.)

Cara-caranya
1. Mula sekali, kita tumiskan Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang yang dah diblend tadi. Campurkan dengan serbuk kari ayam dan daging, sampai naik baunya.
2. Lepas tu, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Gaulkan dia. biarkan seketika.
3. Selepas itu masukkan air, dan kacau semua. Biarkan sampai ayam masak.
4. Masukkan pati ayam tadi. (bagi hancur tau) lepas tu bubuh skali gula dan tomato tu.
5. Teruskan memasak sampai agak-agak dia kering.
6. Tutup api, hidang dan sedia untuk di makan. :D

Selamat mencuba.

p/s : Senget la sebab tak ada daun pudina macam Tok guru wat.

Saturday, 25 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Tomyam Pedas Masam Ayam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini apa yang Nadh untuk makan tengah hari tadi. Dah tak tahu nak masak apa tadi, jadi cuba aja la yang ni. Lagipun kan tadi Abg Mie baru beli ayam sekor. Malas dah nak fikir nak buat apa, so hari ni kita tukar selera ke Siam plak la ye? :D

Tomyam Pedas Masam Ayam

Resepi asal tok guru kat SINI.

Bahan-Bahan
Ayam (potong ikut suka, nak kecil ke nak besar)
2 sudu pes tomyam
2 batang Serai (ketuk-ketuk)
Halia (hiris)
Lengkuas (ketuk-ketuk)
7 biji Cili padi
Daun limau purut
Bawang besar
1 Kiub Ayam
Sos Ikan
Sedikit gula
Limau kasturi (ambil jus saja, ikt la nak masam macam mana)
Serbuk Lada hitam
Air
Bunga kobis (potong ikut suka)
Carrot 
Jagung kecil
Tomato sebiji (potong 6)

Cara-Caranya
1. Mula sekali masukkan air, halia, lengkuas, serai , bawang besar dan pes tomyam dalam periuk. Panaskan sampai mendidih.
2. Lepas air mendidih,  masukkan ayam, cili padi dan daun limau purut
3. Agak ayam dah masak, masukkan kiub ayam , dan sayur-sayur yang kita dah sediakan (bunga kobis, carrot, jagung kecil)
4. Perlahankan api, Lepas tu letak serbuk lada hitam, sos ikan dan gula. Kemudian tuangkan jus limau kasturi dalam tu mengikut rasa yang kita nak la. kemudian masukkan tomato dalam tu.
5. Biarkan untuk beberapa minit. Tutup api. Sedia di hidang. :)

Note : Untuk lagi feel, gorenglah ikan kering tu. Sedap dimakan bersama ikan kering. nyum-nyum-nyum.

Sunday, 12 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Asam Pedas Ayam Nyonya Style

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni cabaran sungguh aih rasa. Kisahnya Nadh nak memasak tapi tengok dalam peti tu macam tak banyak bahan je, jadi segan la nak memasak, sebabnya Nadh tak rajin nak pergi kedai mencari bahan-bahan nak memasak. Tapi lain yang jadinya, banyak plak yang menggoda Nadh dengan makanan pagi ni.

Mula sekali Enchik Mikro dengan Laksanya. Lepas tu kakakecik pun sama juga, tunjuk kek marble dia. Lepas tu Humaira a.k.a kawan baik Ummi pula cakap Ummi suruh hantarkan laksa dekat Nadh ( memang rugi la Nadh ada kat KL kan? tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki nak rasa kan?). Lepas tu akak sorang lagi plak dengan Puding Roti Nutella Berry dia. Mencabar sungguh pagi Ahad Nadh minggu ni. 

Tak ke sudah, lepas tingat enchik housemate sebut ada ayam dalam peti semalam, Nadh pun mula mengorak langkah. Tapi lepas beberapa ketika bertafakur mengingatkan apa ada dalam peti tu (punya la segan nak keluar p tengok sendiri apa ada kan? boleh plak la main ingat ja apa ada dalam peti tu) Nadh pun keluarlah mencari bahan-bahannya. Dan bawah ini hasilnya : 

" Asam Pedas Ayam Nyonya Style "


Bahan-Bahan. 
Ayam
Serai
Asam jawa - campur dalam air ye.
Cili giling
Daun limau purut
Garam / gula secukup rasa.
Air


Bahan-Bahan (Kisar halus)
Bawang besar
bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
1 batang serai
Buah keras (1 biji setengah)

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak lepas tu tumiskan bahan kisar halus kat atas ni. Lempar sekali serai sebatang yang dah diketuk-ketuk.
2. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis sampai garing lepas tu masukkan ayam. Teruskan menggaul.
3. Agak ayam tu dah nampak kecut sikit, tuangkan air dan air asam jawa dalam tu.
4. Teruskan masak sampai nampak ayam dah masak. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau sampai rasa ok. Lepas tu tutup api.
6. Hidangkan dan makan.

Selamat mencuba ye? ;)


Resepi asal dari belog tok guru kat SINI.

Friday, 27 January 2012

Cobaan 1 2 3 | Angel Hair + Fettuccine Goreng

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari Jumaat ni Nadh cam kurang feel nak berkarya la. Nadh pun tak pasti apa yang Nadh wat seharian ni. Tapi feel tu ALLAH hantarkan ke dapur. Jadi, siaplah Ayam Masak Lemak Cili Api. Petang nya plak, bila rasa lapar, ke dapur lagi. Fikir punya fikir, dapat dah idea nak buat apa. Rasa cam nak menggoreng Mee, tapi mee tak ada, jadi Nadh ubah suai la, guna AngelHair + Fettuccine .






Bahan-Bahan. 
Angel Hair
Fettuccine (saja nak letak sekali, nak bagi nampak cantik. :P )
Ayam seketul, potong kecil-kecil
Bawang Putih
Bawang Merah
Sayur - Nadh guna kobis tadi
Cabai giling
Kicap - Nadh guna kicap mee
Sos Tomato - supaya ada rasa masam-masam sikit


Keropok Keping - Saja nak menambah perasa. Goreng asing tau.

Cara-cara

1. Mula sekali tumiskan bawang merah n bawah putih yang dah dipotong tadi.
2. Lepas tu, masukkan cabai giling + sos tomato
3. Letakkan Ayam . (Nadh tadi men campak je sayur dulu, sebab kobis kan keras)
4. Agak-agak ayam dah masak tu, letak la sayur plak.
5. Kemudian, letakkan Fetuccine dan Angel Hair tadi.
6. Last baru Nadh letakkan kicap mee tu. Gaulkan semua.
7. Dah siap, hidang la ye?

Selamat mencuba. :)

Cobaan 1 2 3 | Masak Lemak Cili Padi Ayam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari Jumaat yang indah noh? Bangun-bangun pagi terfikir dah nak masak apa. Jadi sebaik keluar dari bilik, dah mandi apa suma,  Apa lagi, surfing la. Cari kat belog PCM. Jumpa la Ayam Masak Lemak Cili Padi.


Maka setelah memaksa housemate keluar mencari bahan, siaplah. (Ni pun masih tak macam SIFU buat sebab tak cukup barang, jadi Nadh dah modify abeh suma. :P )

Bahan-Bahan.
Ayam beberapa ketul
2 batang serai
Kentang
1 keping asam gelugor
Santan
Garam dan gula secukup rasa
Bawang besar, bawang putih, cili api, kunyit- tumbuk lumat.

Cara-caranya :
1. Mula sekali Nadh tumiskan bawang besar, bawang putih cili api yang ditumbuk tu dengan serai.
2. Bila agak dah naik baunya, masukkan ayam. Nadh letak air sikit sebab nak bagi ayam tu masak.
3. Masukkan santan. Dan biarkan ayam tu masak.Letak sekali asam gelugur dalam tu.
4. Bila tengok ayam da nak masak, tauk je kentang.
5. Agak kentang da lembut, letak la kunyit serbuk sikit, (nak bagi ada kaler. :P) Jangan lupa garam ye?
6. Dah masak. Hidang dan santap.

P/s : nak masak tadak menda memang susah kan? Tak sudah abeh resepi tok guru kena derhaka. Maafkan saye cekguu~~

Wednesday, 25 January 2012

Cobaan 1 2 3 | Triffle Berries-berries

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ni project baru Nadh kemarin dengan adik perempuan Nadh. Dia dok teringin sangat nak cuba, jadi kami sama-sama pergi kedai, lepas tu sama-sama buat menda ni. Asalnya nak buat Apam Polka-Kedot-Kedot, tapi bila dah pergi kedai tu, menda ni pun sama jadi target nak cuba.


[Note : Tatau menderhaka resepi sapa, cari dalam tenet tak jumpa plak dah hari ni. ]


Bahan-Bahan. (10-12 )
Kek gulung perasa Blueberry (Nadh cari kek tak jumpa semalam, beli swiss roll yang kecik-kecik 2 kotak)
1 tin buah-buahan campur
5-6 sudu besar tepung kastard
7-8 cawan air
Setengah cawan gula (Nadh guna gula icing Mama *nak habiskan* )
1 tin susu cair
1 paket agar-agar jeli kristal Nona
Perasa Strawberry


Cara-cara
1. Mula sekali, susunkan kek kita dalam bekas.
2. Lepas tu, basahkan kek tu dengan air dari dalam tin buah kita tu. (senang basahkan sebab nanti dia takmau lekat)
3. Bancuhkan tepung kastard dengan air. Nadh letak sedikit perasa strawberry dalam ni. Bagi ada rasa.
4. Panaskan susu cair dengan gula. Lepas tu bila dah nampak didih, masukkan tepung kastard yang dibancuh tadi. Masak sampai betul-betul pekat dan tutup api.
5. Tuangkan tepung kastard yang dimasak tadi dalam bekas berisi kek gulung tadi, sejukkan dia.
6. Bila nampak dah agak keras, susun buah atas permukaan tepung yang keras tadi, lepas tu tuangkan jeli yang dah disediakan tu.
7. Sedia untuk dihidang bila nampak suma dah keras elok.


P/s : Seronok kan bila ada geng nak cuba masak-masak makan-makan ni kan?

P/s lagi : Colleague Nadh penah cakap, "ang ni kalau nasib jatuh jadi anak menakan aku ka, adik aku ka, mesti bini aku suka, ada geng, nak cuba-cuba masak, dia tu macam ang la.. "

Sunday, 8 January 2012

Cobaan 1 2 3 | Sizzling Fettuchine

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah lama rasanya sejak kali terakhir Nadh duduk kat dapur tu. Ya ALLAH, serious rasa rindu nak menjerit meroyan kat dapur tu, buat ja apa nak buat, last sekali telan. (tak heran dok membelon, asyik nak makan sesedap ja kan? ahahahaha)

Hari ni, selepas hampir sebulan dapat resepi n berkali-kali adinda tersayang tanya, akhirnya Nadh cuba juga, tapi dengan sedikit pngubahsuaian sebab Nadh tak jumpa bahan nak ikut resepi asal dia ni. 

Sizzling Fettuchine 

Bahan-Bahan (Untuk 2-3 orang makan)
Fettuchine - (Resepi asal ni guna 2-3 sanggul Yee Mee)
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan Shitake (kering punya) - rendam sehingga lembut pastu potong la besaQ mana ampa mau
1 keping dada ayam - Potong kecik-kecik
3 biji ciling kering - potong 2. 
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia - hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam - secukup rasa
Minyak bijan
Tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Minyak masak - untuk menumis
Air - 2 cawan
Sedikit sayur - (Nadh guna sawi. )

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang putih, halia, cili kering sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang dipotong kecil tadi sehingga agak empuk. 
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Lepas tu masukkan serbuk lada hitam. Biarkan ianya mendidih seketika.
5. Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain. Tunggu 2-3 minit. 
6. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air tadi dan kacau.
7. Titiskan minyak bijan tu. beberapa titis ja cukup. 
8. Akhir sekali, masukkan Fettuchine tu dan biarkan sebentar. 
9. Hidang n makan.


Credit to : Kawan adinda tersayang yang bagi resepi ni kat Nadh masa pergi rumah dia.

Monday, 12 December 2011

Dapur | Ayam Kicap Berempah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tiga hari bersama Jiah n kawan-kawan dia. Hari ni kami ke Ikea. Okeh, Nadh dah rasa gila sebab tengok macam-macam susunan perabut dalam bilik tu. Ada ja plan nak buat bilik sendiri, tapi Jiah cakap tak boleh, sebab dia kata jangan wat kat rumah Subang, nak wat juga wat kat rumah sendiri iaitu kat Seberang Jaya tu.

Lepas tu apa yang Nadh beli, kuali satu. (Jejauh sampai ke Ikea tu, Kuali ja yang beli? Tergelak kawan-kawan Jiah tadi). Lepas tu Nadh cakap ng depa. Entah apa akan jadi lauk pertama nanti kan? Depa jawap, telur goreng. Tapi tak jadi pun, sebab bersemangat nak cuba resepi ni sebenarnya tadi. 

" Ayam Kicap Berempah "

Bahan-Bahan
Bawang putih, Bawang Merah, Halia (blend atau tumbuk)
Ayam (nak guna ikan atau daging pun bleh)
Cili giling
Serai 
Daun Pandan
Kicap
Sedikit rempah kari. (ikut tema la, ayam guna rempah ayam, ikan guna rempah ikan)

Pre-masak
1. Gorengkan ayam tu dulu. (nak goreng tu letak la kunyit + garam sikit okeh)

Cara-caranya
1. Mula sekali, tumiskan bawang putih bawang merah n halia yang dah di blend tadi.
2. Lepas tu masukkan serai yang ditumbuk n daun pandan tadi. (kalau guna daging n ayam kan, guna la kayu manis, bunga cengkih, dan bunga lawang skali na.)
3. Masukkan cili giling tadi, sampai agak dia dan naik bau,
4. Masukkan rempah tadi (sikit ja tau, nak ambil bau ja.) 
5. Masukkan air sikit. Lepas tengok da bercampur, tuang plak kicap dalam tu. (kalau guna daging, letak air lebih la ye? Sebab daging tu kena bagi empuk dulu, kang liat ampa jugak takmau makan)
6. Last sekali masukkan ayam. 
7. Masak sampai dia agak kering. (Nadh wat tadi berkuah banyak, kalau dia agak kering-kering sikit pun sedap)
8. Hidang dan telan. (Jangan lupa Bismillah na.)

Note : Nadh tak gna garam, tatau napa dia rasa dah okeh. Tak payah garam la ye.


P/s : Last time mama wat guna ikan bawal. Sedap. Tapi sebab tak ada bawal, ayam pun boleh la kot?

Friday, 2 December 2011

Cobaan 1 2 3 | Angel Hair versi BaloQ

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi Kakak baru Nadh ni suruh Nadh letak resepi dalam entry. So Nadh nak letak la ni. Mudah aja nak buat menda ni. Nama dia "Angel Hair versi BaloQ" .


 Bahan-Bahan
Angel Hair. (sebab ni ja yang ada tadi. Kalau nak guna mee kuning pn ok, tapi better guna spaghetti baru la western kan? :P )
Daging / Ayam direbus. Air dia simpan tau. (boleh pilih mana nak. Nadh guna Ayam n Daging tadi)
Sayur-sayur. Preferable Sawi / Taugeh. (Nadh pakai Kobis ja tadi. nak wat camna kan, tak ada.)
Sos Tomato
Cili Giling
Ubi keledek direbus n Dilenyek sampai lumat. (kalau tak ada leh guna ubi kentang ka, atau cam Nadh tadi guna tepung jagung ja bancuh dengan air sejuk . ini untuk bagi kuah pekat)

Bahan untuk hiasan
Sebijik cabai besaQ
Sebijik Taukua (orang KL panggil Taucu)
Daun sup Daun bawang sikit.

Cara nak buat :
1. Mula sekali, tumis bawang putih, bawang merah halia yang dipotong n ditumbuk halus.
2. Lepas tu masukkan cili giling. Agak cili giling tu dah pecah minyak, masukkan sos tomato.
3. Lepas tu, masukkan air ayam atau daging tadi. Bersama dengan ayam dan daging.
4. Agak-agak ayam n daging dah sebati dengan kuah tu, masukkan plak sayur-sayuran. (Amaran : Hijau itu baik untuk kesihatan)
5. Dan masukkan ayam n daging, masukkan pula ubi keledek tadi. Kacau dengan kuah.
6. Teruskan masak sampai rasa kuah dah sempoi, tutup api, hidang n makan.

Maceh kerana membaca.

Note :: Perbetulkan saya jika salah ya. Budak baru belajaQ. :)

Angel Hair Kuah versi BaloQ

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi tadi Nadh ada meeting. Balik ja meeting, konon nak masuk opis, lepas tu boss Nadh tanya,
"Weyh Nadzri, ang balik opis ang ada apa-apa nak buat ke?"

Nadh pun jawap la, "Umm tak ada apa sangat pun.."

Lepas tu Boss Nadh kata, "kalau macam tu ang tak payah masuk opis la, ang duduk rumahla. "

Jadi lepas itu dengan senang hatinya, balik rumah. Rehat, main game, nak tidur tak rasa plak ngantuk. Lepas tu, LapaQ.. Apa lagi, masuk la dapur, bawak keluar apa saja yang ada dalam peti tu, masa mula-mula tu, ingin nak buat Mee goreng. Lepas tu dah tukar jadi Mee Hailam. Lepas tu tengah-tengah fikir tu, boleh plak tertukar nak buat menda lain. Dan ini hasilnya.

"Angel Hair Kuah versi BaloQ"

Sebenarnya ada cerita kenapa dia jadi baloQ tu. Sebabnya, tak cukup bahan, tapi men hentam apa yang ada dalam peti tu. Untuk resepi, rasa tak payah la kot, segan nak cita kan. Tak sempoi pun. :D

Sekian memaklumkan. :P

Sunday, 16 October 2011

Nadh masuk dapur - Nasi Ayam Putih

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam petang ahad semua. Petang ni Nadh nak cerita cket pasal peel Nadh di dapur. 

Kalau semua orang kan, sebelum masuk dapur dan bercita-cita nak masak apa, Nadh ni punya 'peel' lain cket sebab Nadh hanya akan terfikir nak masak apa bila Nadh masuk dapur. 

Macam tadi tengah hari tadi, Nadh mulanya ingat nak buat ayam masak black pepper, tapi lepas dah keluarkan ayam, berubah sikit, nak wat Ayam black pepper + Nasi nak wat nasi ayam style, tapi lepas call Mama, semuanya mula berubah. 

Nadh :: Mama, Arie nak ingat nak wat nasi ayam la Mama. Macam mana ae? 
Mama :: Abang amek ayam tu, abang rebus ayam tu. Lepas tu, nanti abg tumiskan bawang putih, bawang merah n halia dengan margerine. Kalau ada daun pandan lagi best dia wangi. Abang jangan lupa plak nak letak bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis n buah pelaga dalam tu. kemudian masukkan air bila da naik bau dan biar sampai mendidih. (air tu adalah air yang abg rebus ayam tadi tau). Lepas tu baru masukkan beras.

Nadh :: untuk ayam plak Mama? 
Mama :: untuk ayam tu, Abang ambil ayam yang dah rebus tadi, lepas tu abg ambil bawang putih, bawang merah n halia yang telah ditumbuk tu, letak sekali sos tiram, serbuk cili (kalau tak ada gantikan dengan cili giling), letak kicap dan garam cket, lepas tu perap dia seketika. Nanti dah boleh goreng.

Mama :: cabai dia abg tau dak nak buat macam mana?
Nadh :: Mana la Arie reti mama, nak wat camna? 
Mama :: Abg ambil cabai hidup, abg tumbuk sekali dengan bawang putih, lepas tu abg letak la sos cili, letak gula sikit. 
Nadh :: bukan kena ada cuka ka Mama?
Mama :: tak payah letak la abg, nanti abg sakit perut. 
Nadh :: okeh2 Mama.

Mama :: Abang tau kan nak wat sup macam mana?
Nadh :: yup, tahu Mama, wat sup macam selalu kan? 
Mama :: ha. Nanti dah siap jangan lupa gtau Mama. 

Dan inilah hasilnya :


Lepas habis masak, Mama call, 
Mama :: Macam mana nasi abg? 
Nadh :: ok Mama, leh la nak makan, tapi nasi tawar la Mama, pastu nasi kurang kaler.
Mama :: abg letak garam cket tak tadi? 
Nadh :: tak pula Mama. 
Mama :: padan la pun, len kali letak la garam cket. 

Lepas tu Nadh MMS gambar kat Mama. 
Mama kata camni : Ok je nampak sedap. Kalau bubuh warna pn boleh jugak. Atau bubuh kunyit cket macam pulut kunyit tu. Apapun dan kenyang kan? Alhamdulillah len kali buat lagi.

Nadh reply,
Leh mama, len kali dah pandai, Arie masakkan kat mama ye? (doakan Nadh ye. :D )

Tu perangai n peel Nadh kat dapur. Saja ja nak share ng readers. Lagi satu bila masak tu, call men tanya ja nak pakai apa, nak letak banyak mana tu, ikut hati, lepas tu rasa la. 

Yang Nadh tahu, peraturan umah ni, sedap tak sedap hasil akhir sama dengan SEDAP. hihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA