Followers

Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Cobaan 1 2 3 | Paella Viva de Es Seberang Jaya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya, berkesempatan juga untuk saya berkongsi apa yang saya dah buat ni. SubhanALLAH, lama sangat dah dia tersemat di sana, semenjak lepas EURO lagi. Ha untuk pengetahuan masakan ni saya buat pagi kemenangan Spain tu. Ehhe, tak ada kaitan pun dengan kemenangan Spain sebab malam itu saya Mama dan adik perempuan tengok cerita masakan 5 Rencah 5 Rasa, jadinya terpanggil nak mencuba masakan ni. Since dia saya buat di Tanah Air, saya namakan dia Paella Viva de Es Seberang Jaya. Nasi tradisi Sepanyol tapi diubahsuai jadi lauk Mesia.

p/s : kata Mama, Ayah n Adik, rasanya ala-ala Nasi beriani. ;)

 "Paella Viva de Es Seberang Jaya "

Bahan-Bahan
Beras Perang. (saya beli yang 1kg, dan guna separuh dari nya)
Sosej ayam
Ayam
Sotong
Udang
Cili Merah (Kalau ikut resepi asal dia guna capsicum, tapi Mama cakap tamau guna)
Paprika
Bawang Merah
Bawang Putih
Kiub ayam

Cara-Caranya
1. Basuh beras sampai bersih seperti biasa.
2. Gorengkan ayam dengan separuh masak. Bersama dengan sosej ayam. Kemudian angkat.
3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dipotong tadi hingga naik bau dalam periuk sama dan minyak yang sama (boleh tambahkan minyak sedikit jika rasa tak cukup). Kemudian masukkan ayam yang digoreng setengah masak tadi bersama dengan sosej ayam. 
4. Kemudian, masukkan kiub ayam dan paprika. .
5. Masukkan beras perang tadi bersama air yang dah sukat. (kalau silap ikut 5 rencah 5 rasa dia guna 6 cawan air untuk 1 kg beras)
6. Tutupkan periuk selama 15-20 min. (saya sekejap-sekejap saya check sebab saya tak biasa guna dapur gas masak nasi)
7. Bila nasi dah masak, letakkan sotong dan udang diatas nasi bersama dengan cili tadi. kemudian tutupkan periuk untuk lagi 5-7 minit. (Untuk lagi seri, kita leh la gaulkan ceciap udang dan sotong tu selepas dia masak, sebab nak bagi dia harmoni dengan nasi)
8. Siap sudah.

Selamat mencuba. ;)

Tuesday, 1 May 2012

Cobaan 1 2 3 | Lauk Bertemakan SOS

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada pada yang membaca. 

Apa cerita readers hari ni? Buat apa? Nadh lepak rumah ja la hari ni. Konon ada kawan ajak pergi tengok Avengers, tapi cam tak rajin pula, jauh tu nak keluar. Lepas tu settlekan hantar TV rosak ke kedai dan fasa 2 pindah. Ntah berapa fasa lagi pun Nadh tak sure. Banyak bebenor barangnya dalam bilik tu. Tapi tak apalah, bak kata abg Mie, pelan-pelan la. Sikit-sikit buat, nanti selesai la tu. 

Dah pindah, nak online line plak macam dengan apa tak tahu, malasnya lah. Geram betul. Lappy ni pun agak sawan semenjak tukaQ XP ni. Dia jadi tak boleh macam mana nak cerita tatau. Sakit ati juga. Tapi nak buat macam mana kan? Kerana kerja, ku turutkan. ehhe .Since line meksis yang semakin hari semakin mengecewakan gagal bertindak mengikut kemahuan diri, Nadh pilih untuk tidur ja. 

Bangun-bangun, rasa lapo plak. Abg Mie suruh pergi kedai beli lauk. Tapi Nadh ada plan sendiri. Plan terkejut tergempar. (Boleh plak la mimpi nak buat menda ni. Telur goreng Sos) . Plan mudah sebab nak cepat siap nak cepat makan. Rasanya kalau readers malas cam Nadh , leh la buat. Senang sangat-sangat-sangat.

" Telur Goreng Bersos "

Bahan-Bahan
Telur
Sos cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Bawang merah
Bawang putih
Cili giling

Cara-Cara
1. Mula sekali goreng telur tu sebiji demi sebiji.
2. Kemudian, tumiskan bawang. Letakkan sos bertiga tu. Dan kacau sesuka suki. 
Habis tu masukkan telur dan kacau sampai rasa dah masak. Okeh. ciap. 

Lauk kedua petang ni. 
 " Ayam Black Pepper bersama Kentang "

Bahan-Bahan
Ayam
Kentang
Sos Black Pepper
Sayur campur (kacang + carrot + jagung tu)
Sos tiram
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit kicap (saja tambah sambil ganti garam + kasi kaler)

Pre prepare : Kentang tu, potongkan kecil-kecil  macam kita dok tengok Cheesy Wedges KFC tu, lepas tu panaskan minyak dan masak kentang tu. Ikut cita rasa la. Nadh tak suka garing sangat. Tak caya cuba wat, makan saja pun sedap. (opss mmg jadi macam tu pun, belum masak dah tinggal 3/4 )

Cara-Cara
1. Mula sekali tumiskan bawang sampai naik bau.. Letakkan sos tiram selepas tu.
2. Kemudian masukkan ayam tu. Masak dia sikit sampai agak kecut lepas tu masukkan sayur campur. Lepas tu masukkan sos black pepper.
3. Dah nampak agak masak, masukkan pula kentang kita. 
4. Biarkan dia masak. kalau nak berkuah, tambah la air sikit ye. Letak garam secukup rasa. dan sedikit serbuk lada hitam. 
5. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba ye. 


Jadi dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa : Menu petang a.k.a tengah hari merangkap makan malam rumah Nadh hari ini bertemakan SOS.

Monday, 30 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Rendang Udang Macik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Berjumpa lagi ye? Hari terakhir dalam bulan April ni. Juga mungkin entry terakhir untuk bulan ni. Syukur ke hadrat ALLAH atas kurniaannya kepada kita. Meh Nadh nak update pasal menu idaman Nadh minggu ni. Asalnya tak rasa sangat, tapi bila ada yang dok mengomen, sedap la, apa la, ciap ada yang call tanya macam mana nak buat, terasa ada sesuatu yang sempoi juga la pada lauk tu. Kena pula Nadh dah lama tingat nak pergi pasar segar tu kan, alang-alang jalan sekali la ye.

Dan last sekali bila dah siap, dah tayang untuk paparan umum, ciap ada orang ajak pergi rumah dia lagi minggu depan, pergi pasar, dia belikan, pastu masak dekat rumah dia. Hihi. Gle best aa. :P
(p/s : jgn gtau macik ye, nanti dia kembang )

Ni ha,
 "Rendang Udang Macik "

Bahan-Bahan :
Udang (ikut suka la nak saiz apa, Nadh pilih superduperbesar + sederhana je)
Santan (Nadh guna sebiji)
Cili giling (ikut suka la nak pedas macam mana, Nadh saja letak lebih, bagi ada kaler :P )
Daun Kunyit (Hiris nipis-nipis)
Asam Keping

Bahan Kisar / Blend
Serai (2 batang)
Kunyit hidup
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Lengkuas

Cara-Cara :
1.      1.  Mula sekali, letak kuali atas dapur. Masukkan bahan-bahan kisar tu kemudian masukkan udang, asam keping, cili giling, daun kunyit dan gaul semuanya.
2.     2.  Lepas tu, letak santan (bagi hapus udang tu), gaul lagi sekali.
3.     3.  Buka api, kacau dan masak, sampai udang masak. Ikut suka la nak macam mana, tapi dah nama rendang kan, kasi la sampai kering, baru masyuk.
4.     4.  Bila rasa dah puas hati, tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba ye.

P/s : Lauk ni ada 2 nama. Biar kami berdua je la yang tahu apa nama kedua lauk ni kan? Ahahha :P

Sunday, 29 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Asam Pedas Ikan Biji Nangka + Lala Goreng Pedas

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya. Kalau readers ingat lagi, Nadh penah sebut kan pasal pasar Penampang dekat entry ni? Nak dijadikan cerita, akhirnya tercapai juga cita-cita Nadh nak ke sana. Padahal kan, dah hampir seminggu Nadh kat area Kuala Selangor tu, tapi akhirnya sabtu juga baru Nadh sampai ke sana. Pergh memang manthop la pasar tu, makanan laut dia, memang leh wat Nadh kena histeria la. (hihi, bukan apa, banyak sgt, tergoda nak beli itu dan ini). 

Target Nadh ke sana cuma nak cari udang besor ja sebenarnya, nak cuba Rendang Udang macik tu, ramai cakap sempoi sangat, tak kan kita taknak cuba kan? Misi terlaksana, udang dah berjaya beli, tapi tak ketinggalan, cari sekali Siput lala (Ya ka ni Lala? Abg Mie kata kepah), Apa pun layan ja la. Janji ada. leh masak. :)

 "Asam Pedas Ikan Biji Nangka n Lala Goreng Pedas "

Apa lagi, jum la tengok camne nak buat. :P 

Asam Pedas Ikan Biji Nangka (resepi asal Tok Guru kat SINI)

Bahan-Bahan :
Ikan Biji Nangka 
Bendi
Daun Kesom
Sedikit serbuk lada hitam
Cili giling 
Bawang merah, 
Bawang putih 
Jus asam jawa (secawan)
Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
Bawang putih , bawang merah, halia , lengkuas, belacan , kunyit hidup

Cara-Cara
1. Mula skali kita panaskan minyak , lepas tu bwang merah dan bawang putih yang dah dihiris tadi, bila dah wangi, masukkan bahan-bahan kisar,
2. Kemudian, tambah skali cili kisar dan masak sampai cili tu masak dan pecah minyak.
3. Masukkan air, ikan, bendi dan daun kesum. Bila dah mendidih, masukkan jus asam jawa tu, garam dan lada hitam. Biarkan seketika.
4. Agak semua dah masak, masukkan tomato dalam tu. Biar kejap lepas tu boleh tutup api. Dan sedia untuk dihidang. 

Lala Goreng Pedas (resepi asal Tok Guru kat SINI.)

Bahan-Bahan
Siput / Lala
Serai (2 batang diketuk)
Bawang Putih (diketuk)
Bawang Merah (hiris halus)
5 Cili kering (potong mengiring) 
Cabai melaka (4 biji)
Sos tiram
Halia (diketuk)
Sedikit air

Cara-Cara
1. Mula sekali tumiskan cili kering . Bila dah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih serai dan halia yang diketuk tadi. 
2, Masukkan sos tiram lepas tu masukkan cili. Lepas tu masukkan air.
3. Tutup periuk dengan penutup periuk, dan biarkan dia masak dengan api kuat. 
4. Letakkan sedikita garam , lepas tu nampak dia dah masak, Nak tau masak ka dak, nanti terbuka lah cengkerang lala tu. 
5. Hidang dan santap la. apa lagi. ehhe 

Ini aja untuk hari ni. 
Selamat mencuba ye? :) 

Thursday, 19 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Ikan Kerisi Sweet Sour

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry terakhir kot malam ni. Macam Nadh share tadi, diri terlepas dari resah bila kita menerima bulat-bulat ujian sebagai apa yang ALLAH dah takdirkan buat kita. Bila kita terima bermakna kita lepaskan apa yang dok bermain dalam fikiran selalu tu. Umm malam ni masuk dapur balik. Sungguh lama rasanya tak masuk dapur. macam pelik kat diri sendiri plak sebab asyik makan dekat kedai je, padahal diri memang la sangat-sangat tak suka makan dekat kedai.

Since kemarin abg Mie tunjuk ikan yang dia bawa balik dari kampung, malam ni Nadh pun beraksi kembali. Nak tau dak, lama tak masak, baru potong bawang se-round da pedih biji mata ni. ehhe. Lauk dapur bujang malam ni adalah :

 "Ikan Kerisi Sweet Sour "

Bahan-Bahan
Ikan Kerisi
Bawang besar (potong bulat-bulat)
Bawang putih
Halia (potong memanjang)
Sayur campur (yang dalam pek ada kacang + jagung + carrot tu)
Sos tiram
Sos Tomato
Sos Cili

Cara-Caranya :
1. Mula sekali kita gaulkan ikan tu dengan serbuk kunyit dengan garam sikit. Gorengkan. Nak best goreng sampai dia masak betul, rangup-rangup gitu.
2. Tumiskan bawang putih bawang besar dengan halia tu. Masukkan sos tiram, lepas tu lemparkan sekali sayur campur tu. 
3. Agak dah nampak masak kan sayur tu, letakkan sos secukup rasa. Sos tomato dengan cili tau. Since dia ada rasa sweet dan sour, so pepandai la nak imbangkan kedua sos tu ya.
4. Masukkan ikan dan gaulkan semuanya.  Lepas tu letak garam dan gula sedikit. 
5. Masak sudah. Sedia untuk dihidang. 

Selamat Mencuba ya. 

P/s : Housemate kata tadi dah rasa macam dekat kedai. *kembang sekejap :P

Monday, 19 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Ayam Kismis Berempah Versi GIGIH

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Owhh malam ni kita sembang sal makanan boleh tak? Ini apa yang Nadh hasilkan semalm sebenarnya. tapi tak sempat nak wat entry, so malam ni kita kongsi la ye?

Ayam Kismis Berempah versi GIGIH

Resepi asal tok guru versi DAGING kat SINI.

Bahan-Bahan :
Ayam
Kentang
Kulit kayu manis
Bunga lawang
2 camca cili kisar

1 1/2 camca besar kicap pekat
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam

Bahan Blend secukup rasa - Nadh GIGIH jadi Nadh tumbuk dengan penuh perasaan
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam kismis kuning
2 batang serai, hiris halus
1 camca besar bawang goreng
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar


PRE : Mula sekali kita potong la kentang tu , lepas tu rendam then goreng sampai dia kuning. Tutup api dan letak tepi.

Cara-Caranya.:
1. Guna minyak kentang tadi, Tumis kayu manis, bunga lawang sampai naik bau. Lepas tu  masukkan cabai giling tu. Biar seketika sampai cabai tu masak.
2. Bila tengok cili masak, masukkan bahan kisar halus tu. kacau-kacau sampai nampak pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sampai ayam tu kecut, lepas tu tambah kicap pekat, air dan asam gelugor tu. Biarkan sampai ayam masak dan kuah sedikit pekat.
4. Dah nampak ayam masak tu, letakkan kentang yang dah digoreng tadi. Letakkan la garam sikit secukup rasa.
5. Dah ok. leh tutup api dan hidang.

Selamat mencuba.


P/s : Sebab nama dia GIGIH, Nadh da jahanamkan blender, lepas tu terpaksa rela la menumbuk sampai abeh suma bahan kisar tu, banyak tau. PENAT !

Thursday, 15 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Cheese Tart Blueberry

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Okeh, akhirnya, Nadh update juga pasal resepi ni. Dah ada yang bertanye cam mana nak buat. Nadh pun hari tu kebetulan je macik Nadh buat untuk engagement kezen Nadh. n Nadh ada kat tempat kejadian. So dapat la merasa + ilmu-ilmu berkaitan memasak dari Ibu. Ibu encourage Nadh belajar memasak kat sini. Katanya dah alang-alang duduk sini, belajar la. Fikir balik betul juga. bukan untuk menjamu Mama, Ayah n Adik-adik, leh juga jamu perut sendiri kan? agagagag. :P 

Cheese Tart Blueberry

Bahan-Bahannya : 
(Kerak dia)
250gm butter
100 gm gula castor
1 biji telur
vanilla air
450 gm tepung gandum

(Isi dia)
250 gm cream cheese
1 biji telur
50 gm butter
60 gm gula halus
Blueberry 

Cara-caranya : (Kerak dia)
1. Mula sekali, kita sediakan kerak dia tu dengan memasukkan butter, gula castor dan vanilla air. Pukul semua ni, lepas tu masukkan telur. terus pukul dia sambil letak tepung sedikit demi sedikit. Teruskan sampai doh jadi lembut.
2. Lepas doh dah lembut, kita letak kan dia dalam acuan . Buat untuk bahagian kerak dia. Lepas tu, cucuk dengan garpu kat tengah tu. Supaya dia cepat masak nanti. 
3. Masak dalam oven selama 30 min dengan suhu 140 degree celcius. 
4. Keluarkan kerak dia tu dan sejukkan. 

Cara-caranya : (Isi dia) 
1. Campurkan cheese, dan gula, telor n butter dalam tu, pukul je sampai dia nampak ptih gebu gitu. 
2. Masukkan isi dia dalam kerak tart tadi. Letak la sekali blueberry tadi sebagai isi kat tengah tu. Hias la macam mana rasa mau, kasi cantik kan. 
3. Masak dalam oven selama 15 minit. Kalau rasa tak masak lagi, tambah la lagi seminit 2. 

Note : Nadh guna piping bag masa nak letak cis tu. Senang dah mudah. wehuuuu~~

Selamat mencuba ye.

Wednesday, 14 March 2012

Cobaan 1 2 3 | Kerapu Masak Stim

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin sehari je Nadh duduk dekat rumah paginya. Malam sebelumnya pergi pasar malam, beli ikan. Pastu terjumpa plak ikan kerapu. Dah lama betul ngidam nak makan masak stim , so semalam Nadh gagahkan diri gak la buat kerapu masak stim ni.

Kerapu Masak Stim

Bahan-Bahan
Ikan kerapu (Nadh guna 3 ekor)
Halia (potong panjang kecik-kecik)
Serai (potong bulat-bulat)
Bawang putih (potong bulat-bulat)
Bawang besar (potong bulat-bulat)
Asam limau (beberapa biji, perahkan air limau untuk jus dia)
Tomato
Asam Boi
Daun Sup
Cabai melaka


Cara-caranya
1. Mula sekali panaskan periuk kukus. Lepas tu letak sikit air dalam talam kueh tu, pastu letak air sikit, masukkan halia, serai, bwang putih, bawang besar , cabai melaka yang dah dipotong tadi.
2. Tutup penutup periuk dan biarkan air tu masak sikit. Lepas tu masukkan ikan dalam tu.
3. Biarkan ikan terus masak. Sila kalih ikan ye, supaya kedua belah masak. pastu bila tengok air tu da mendidih kan, masukkan jus asam limau tadi, lepas tu tauk skali asam boi tu. Biarkan seketika. Then masukkan tomato yang dah dipotong tadi.
4. Agak da ok, tutup api dan siap untuk dihidang.


Untuk lagi feel sediakan :

Cabai melaka 10 bijik
1-2 ulas bawang putih
Kicap
--> tumbuk cabai dengan bawang putih, letak kicap. Cicah ja. Slurpppppp~~

Selamat mencobaa~~ 

Tuesday, 28 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Ayam Burma Senget

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari Selasa yang bahagia. Tak dak apa nak buat kan? Masuk dapur lepas tu jenguk-jenguk apa yang ada nak masak. Lepas tu teringat apa kakakecik buat semalam. Saja tau dia ni, dok goda-goda orang. Jadi hari ni, kita tujukan makan ni dekat dia. bleh kan? Bosan la asyik tuju lagu je. :P


Ayam Burma Senget

Resepi asal tok guru kat SINI.

Bahan-Bahan
Ayam
Sos tiram
Serbuk Kunyit
Serbuk kari daging / Ayam (Cap rumah kampung, Adabi la. :P )
Air
1 Kiub pati ayam
1 biji tomato
Gula sikit
Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang (Blend sekali)

*Pre-prepare
Perap ayam dengan sos tiram, dan serbuk kunyit (tok guru kata wat la dalam 20 minit.)

Cara-caranya
1. Mula sekali, kita tumiskan Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang yang dah diblend tadi. Campurkan dengan serbuk kari ayam dan daging, sampai naik baunya.
2. Lepas tu, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Gaulkan dia. biarkan seketika.
3. Selepas itu masukkan air, dan kacau semua. Biarkan sampai ayam masak.
4. Masukkan pati ayam tadi. (bagi hancur tau) lepas tu bubuh skali gula dan tomato tu.
5. Teruskan memasak sampai agak-agak dia kering.
6. Tutup api, hidang dan sedia untuk di makan. :D

Selamat mencuba.

p/s : Senget la sebab tak ada daun pudina macam Tok guru wat.

Saturday, 25 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Tomyam Pedas Masam Ayam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ini apa yang Nadh untuk makan tengah hari tadi. Dah tak tahu nak masak apa tadi, jadi cuba aja la yang ni. Lagipun kan tadi Abg Mie baru beli ayam sekor. Malas dah nak fikir nak buat apa, so hari ni kita tukar selera ke Siam plak la ye? :D

Tomyam Pedas Masam Ayam

Resepi asal tok guru kat SINI.

Bahan-Bahan
Ayam (potong ikut suka, nak kecil ke nak besar)
2 sudu pes tomyam
2 batang Serai (ketuk-ketuk)
Halia (hiris)
Lengkuas (ketuk-ketuk)
7 biji Cili padi
Daun limau purut
Bawang besar
1 Kiub Ayam
Sos Ikan
Sedikit gula
Limau kasturi (ambil jus saja, ikt la nak masam macam mana)
Serbuk Lada hitam
Air
Bunga kobis (potong ikut suka)
Carrot 
Jagung kecil
Tomato sebiji (potong 6)

Cara-Caranya
1. Mula sekali masukkan air, halia, lengkuas, serai , bawang besar dan pes tomyam dalam periuk. Panaskan sampai mendidih.
2. Lepas air mendidih,  masukkan ayam, cili padi dan daun limau purut
3. Agak ayam dah masak, masukkan kiub ayam , dan sayur-sayur yang kita dah sediakan (bunga kobis, carrot, jagung kecil)
4. Perlahankan api, Lepas tu letak serbuk lada hitam, sos ikan dan gula. Kemudian tuangkan jus limau kasturi dalam tu mengikut rasa yang kita nak la. kemudian masukkan tomato dalam tu.
5. Biarkan untuk beberapa minit. Tutup api. Sedia di hidang. :)

Note : Untuk lagi feel, gorenglah ikan kering tu. Sedap dimakan bersama ikan kering. nyum-nyum-nyum.

Sunday, 19 February 2012

Cobaan 1 2 3 | Nasi Carrot + Ayam Masak Merah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni tetiba ngidam nak cuba menda baru lagi. Jadi atas dorongan dari kak, Nadh pun cubalah nasi carrot ni, pastu da tatau nk wat apa, Nadh guna ayam ni sebagai penyeri nasi ni.

Konon nak cuba semalam kan? Tapi dah housemate masak kan? tak jadilah. :D 

Nasi Carrot Kak LydiaMiza + Ayam Masak Merah

Bahan-bahan (Nasi Carrot)
Carrot sebijik (diparut)
Planta / margerine
Bawang putih, bawang merah, halia (blend)
Bunga cengkih
Kayu manis
Buah pelaga
Beras

Bahan-bahan (Ayam Masak Merah)
Ayam
Bawang putih, bawang merah, halia (blend)
Serai
Cili giling
Tomato puree (Nadh guna cap duches, Mama guna kimball)
Santan
Gula / garam secukup rasa
Asam keping


Cara-caranya :
1. Panaskan margerine dalam rice cooker, tumis bahan blend tadi bersama bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
2. Agak dah garing, masukkan beras, air dan carrot dalam tu. Letak garam sikit. Kemudian biarlah dia masak dalam rice cooker.
(nak mudah, kita tumis dulu atas dapur gas, kemudian baru letak kat rice cooker periuk tu. )

Untuk ayam pula,
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang dah blend tadi.
2. Masukkan cili giling dan serai, biar hingga cili tu masak.
3. Kemudian, masukkan tomato dan gula sedikit bagi hilang rasa masam tomato tu.
4. Masukkan santan, ayam dan garam lepas tu. Letak sekali satu ke dua asam keping. Biarkan ia masak. (nak lagi masyuk, goreng dulu ayam tu, separuh masak ja tau)
5. Bila masak dah boleh hidang. Pastu makan. Ngeeee~~

Selamat mencuba.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA