Followers
Tuesday, 1 May 2012
Selamat Hari Pekerja
Sunday, 29 April 2012
Cobaan 1 2 3 | Asam Pedas Ikan Biji Nangka + Lala Goreng Pedas
Monday, 19 March 2012
Cobaan 1 2 3 | Ayam Kismis Berempah Versi GIGIH
Owhh malam ni kita sembang sal makanan boleh tak? Ini apa yang Nadh hasilkan semalm sebenarnya. tapi tak sempat nak wat entry, so malam ni kita kongsi la ye?
Bunga lawang
2 camca cili kisar
1 1/2 camca besar kicap pekat
1/2 cawan air
1 keping asam gelugor
Garam
Bahan Blend secukup rasa - Nadh GIGIH jadi Nadh tumbuk dengan penuh perasaan
Bawang besar
Bawang putih
1 genggam kismis kuning
2 batang serai, hiris halus
1 camca besar bawang goreng
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan halus
1 camca teh jintan kasar
PRE : Mula sekali kita potong la kentang tu , lepas tu rendam then goreng sampai dia kuning. Tutup api dan letak tepi.
Cara-Caranya.:
1. Guna minyak kentang tadi, Tumis kayu manis, bunga lawang sampai naik bau. Lepas tu masukkan cabai giling tu. Biar seketika sampai cabai tu masak.
2. Bila tengok cili masak, masukkan bahan kisar halus tu. kacau-kacau sampai nampak pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sampai ayam tu kecut, lepas tu tambah kicap pekat, air dan asam gelugor tu. Biarkan sampai ayam masak dan kuah sedikit pekat.
4. Dah nampak ayam masak tu, letakkan kentang yang dah digoreng tadi. Letakkan la garam sikit secukup rasa.
5. Dah ok. leh tutup api dan hidang.
Selamat mencuba.
P/s : Sebab nama dia GIGIH, Nadh da jahanamkan blender, lepas tu terpaksa rela la menumbuk sampai abeh suma bahan kisar tu, banyak tau. PENAT !
Thursday, 15 March 2012
Cobaan 1 2 3 | Cheese Tart Blueberry
Selamat mencuba ye.
Tuesday, 28 February 2012
Cobaan 1 2 3 | Ayam Burma Senget
Hari Selasa yang bahagia. Tak dak apa nak buat kan? Masuk dapur lepas tu jenguk-jenguk apa yang ada nak masak. Lepas tu teringat apa kakakecik buat semalam. Saja tau dia ni, dok goda-goda orang. Jadi hari ni, kita tujukan makan ni dekat dia. bleh kan? Bosan la asyik tuju lagu je. :P
Resepi asal tok guru kat SINI.
Bahan-Bahan
Ayam
Sos tiram
Serbuk Kunyit
Serbuk kari daging / Ayam (Cap rumah kampung, Adabi la. :P )
Air
1 Kiub pati ayam
1 biji tomato
Gula sikit
Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang (Blend sekali)
*Pre-prepare
Perap ayam dengan sos tiram, dan serbuk kunyit (tok guru kata wat la dalam 20 minit.)
Cara-caranya
1. Mula sekali, kita tumiskan Bawang besar, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka, serai sebatang yang dah diblend tadi. Campurkan dengan serbuk kari ayam dan daging, sampai naik baunya.
2. Lepas tu, masukkan ayam yang dah diperap tadi. Gaulkan dia. biarkan seketika.
3. Selepas itu masukkan air, dan kacau semua. Biarkan sampai ayam masak.
4. Masukkan pati ayam tadi. (bagi hancur tau) lepas tu bubuh skali gula dan tomato tu.
5. Teruskan memasak sampai agak-agak dia kering.
6. Tutup api, hidang dan sedia untuk di makan. :D
Selamat mencuba.
p/s : Senget la sebab tak ada daun pudina macam Tok guru wat.
Sunday, 12 February 2012
Cobaan 1 2 3 | Asam Pedas Ayam Nyonya Style
Bahan-Bahan.
Ayam
Serai
Asam jawa - campur dalam air ye.
Cili giling
Daun limau purut
Garam / gula secukup rasa.
Air
Bahan-Bahan (Kisar halus)
Bawang besar
bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
1 batang serai
Buah keras (1 biji setengah)
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak lepas tu tumiskan bahan kisar halus kat atas ni. Lempar sekali serai sebatang yang dah diketuk-ketuk.
2. Lepas tu masukkan cili giling. Tumis sampai garing lepas tu masukkan ayam. Teruskan menggaul.
3. Agak ayam tu dah nampak kecut sikit, tuangkan air dan air asam jawa dalam tu.
4. Teruskan masak sampai nampak ayam dah masak. Letakkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kacau sampai rasa ok. Lepas tu tutup api.
6. Hidangkan dan makan.
Selamat mencuba ye? ;)
Resepi asal dari belog tok guru kat SINI.
Sunday, 12 June 2011
Spaghetti - Hailam's Style
Thursday, 26 May 2011
Makanan dan Lelaki
Nadh kongsikan cara unik untuk anda mengetahui atau explore watak kekasih anda itu, sama ada dia adalah idaman atau sebaliknya. Mudah aja, perhatikan apa yang dipesannya setiap kali anda makan, kerana hidangan kesukaannya bisa menjadi isyarat peribadinya.
Berikut beberapa jenis makanan atau hidangan pencuci mulut yang dapat sedikit sebanyak mengungkap peribadi si dia. :
Kerepek dan makanan pedas
Dia mungkin sangat senang pada pengembaraan. Sebuah jejak pendapat terbaru dari Lawry terhadap 1.000 orang menemukan pencinta rasa pedas suka berjalan.
Roti keju dan burger
Dia adalah seorang yang berdikari, seorang pemikir dan selalu ingin tahu.
Double cheeseburger dengan kentang goreng
Dia seorang yang penuh kasih, dan suka tinggal di rumah. Biasanya, mereka adalah orang yang serius dan sangat senang menonton atau memasak bersama pasangan.
Pizza
Dia boleh menjadi seorang dramatis dan senang menjadi pusat perhatian. Topping tambahan dengan rasa unik atau aneh menandakan si dia seorang yang kompetitif dan dapat menjadi agresif.
Pai buah dan kuih manis
Dia memiliki keperibadian manis dan serius. Pencinta kuih manis senang bersosial dan lebih bahagia dengan pekerjaan, kewangan, dan keluarga yang ia miliki.
Brownies
Dia sangat senang menyantap sesuatu yang manis tanpa takut akan kalorinya. Orang jenis ini biasanya cenderung baik, sederhana, dan setia.
Ais krim vanilla
Merupakan seseorang yang tak suka terikat dengan paraturan ditetapkan, dan jauh dari kata membosankan. Meskipun pencuci mulutnya simple, pencinta Vanilla ini merupakan seorang yang berani mengambil risiko.
Sumber : email
Saturday, 21 May 2011
Mari kita pakat-pakat wat diam....
Tuesday, 5 April 2011
Makanan Vs Isteri solehah??
Tapi kan, persoalannya, betoi ka apa dia kata tu? hahahha.. ka wa kena beb jugak kali ni?? tetttttt~~
Tuesday, 29 March 2011
Cinta itu Makanan
CINTA ITU MAKANAN :: YES. betoi apa.. sebab dia hanya sedap bila dinikmati sebaiknya, diibaratkan makanan, kita makan kalut-kalut, pastu terus telan, mana nak dapat nikmatnya, tapi bila dikunyah perlahan-lahan, baru la terasa nikmatnya.. tiap inci makanan dan kunyahan tu ibarat tiap saat indah cinta dinikmati, dan akhir dengan telan, bila selesai sahaja menikmati nya. telan tu kira akhir sekali, iaitu indahnya kejadian akan terus tersemat dalam hati dan minda.. TAPI, kalau makan tak baca bismillah pun ta seronok jugak, macam kita makan la. orang kata, mula dengan Bismillah tu sebab kita wat kerana ALLAH, sama dengan Cinta jugak kan. Cinta Kerana ALLAH tu satu ibadah. rugi la tak buat.. ;))
CINTA ITU KUEH :: YES jugak la. tapi kenapa Kueh? sebab kueh, kita taleh simpan lama2.. sebab nt dia akan rosak. sama macam kueh. kita makan lepas kita dah buat, simpan lama akan rosak. ibaratkan Cinta, lama-lama simpan akan rosaklah dia, sebab akan ada unsur Syaitan dalam tu (bila tak jaga), pastu, kena angin, makin lama, makin dia rosak. tapi, jika beli dan makan. leh baca kat CINTA ITU MAKANAN la.. besh kan..? ;)
uikz.. ni pendapat ja.. tak setuju pun takpa.
tapi yang ni kena percaya, sebab ALLAH bagi Cinta tu sebagai Anugerah. semanis2 anugerah tu adalah Anugerah yang kita amek dan guna untuk capai jalan Redha, baru cantik hidup ni kan.. ;))
Sunday, 30 January 2011
Aku dan Makanan
Aku n mknn. Fasa mcari. Zaman ni seronok. Pantang tau kat mana ada makanan, yang sedap. Cari sokmo, atau tak pun, di mana ada makanan, di sana ada aku.. Zaman berkenyang2.. Besh betoi time ni, mana ada event, di sana jumpa aku.. Makan.. Makan.. Makan..
fasa kedua, fasa murah rezeki. Time ni kan.. Ada saja la yang dihidang tu.. Macam2 ada.. Jenuh nak pilih nak makan mana satu . Sedap semua.. Time ni memang seronok la.. Makanan banyak, pilih sahaja yang mana mau,.mana sedap, layan aa.. mana kureng sedap tu.. rasa sikit-sikit la.. pastu kalo da tabesh.. cari makanan lain la..zaman ni diibaratkan macam ni la. tingin nak makan megi, tapi kat dalam amari tu, ada megi slurpp, ada megi goreng, megi betul2 how-liaoo, pastu bihun fama, banyak sungguh la.. nak, amek tindakan, pastu da leh makan mana-mana saja.. pilih saja..
Fasa ketiga ni, zaman makanan favourite, zaman ni.. Berulang-ulang menelan menda sama, ta plak la rasa jemu, ta penah fikir tentang bosan, yang tau sedap.. Aku layan ja.. Smpai la tiba masa nya, makanan ni da tamat tempoh, rasa pun da ta macam dulu, sedap nya pun da tiada. TawaQ hebiaQ aihh, masin terok2.. Da taleh nak layan da mknn ni.. Teruk.. Jadi aku pun rentikan la dari memakannya..diibaratkan, hari2 makan nasi goreng udang kat restoran favourite, sedap sampai la time tukang masak da tukaQ, masakan sucks.. trus da ta p makan kat sana..
Kemudian tiba plak fasa tidak berminat untuk makan. time ni, makanan dihidang, dah didepan mata, tapi lidah tidak teringin makan, nak menyentuh pun tidak, Mai dah zaman memilih. Nampak dah sedap dah, tapi tak berkenan, ada saja la kekurangan pada makanan ni. Dari segi susun atur, turun ke rupa paras ny, ada saja la tak berkenan, last2 asal makanan jadi alasan. "i nak masakan utara ya, lain tanak la.. Kalau sedap,i Susah nak dapat nanti.. Jenuh nak mencari.. Jauh dan menyusahkan.."
di masa hadapan, tatau la. Ta berani nak kata.. Ingat2 macam ni la.. Mana dah terhidang.. Santap ja la.. Appearance tak menarik ka. Tak sedap ka.. Kemudian cerita la.. Cerita sekarang, set dalam palotak, nampak sedap, rasa pun sedap la.. Layann.. Zasss.. :p
Atas moto : Perjalanan UTM ke rumah : 15:02pm



















