Followers

Showing posts with label Melalut. Show all posts
Showing posts with label Melalut. Show all posts

Thursday, 25 August 2011

Anda sememangnya tidak paham kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry ringkas, mengenai kekecewaan. 

Kita berharap kat dia.

Mulanya kita kata, "tak payah la, proceed apa ada sekarang.."
dia kata, "tak boleh, depa ada, kenapa dia pun tak boleh ada..? "
Kita pun cakap, "okeh, tapi make sure, anda buat yang terbaik ya? "
"Ya, PASTI saya buat yang terbaek.. " (Penuh semangat ketika ini)

Tetapi, baru-baru ini......
"Saya dah tak ada semangat.."

Memang la saya hangin. Sebab dah diambang penamat. Sepatutnya ianya ditamatkan. Lepas tu anda buat la apa anda nak buat. Tetapi, anda masih dengan dunia anda. Melambat kan diri, tiada komitmen, langsung tidak komited, dan anda hairan kenapa orang bertindak "menentang" anda. Sedangkan anda tidak pula melihat dari sudut "semangat" anda untuk meneruskan juga menghabiskan apa yang sudah anda mulakan.

Bukan saya marah sebab apa, itu adalah masa depan anda. Come on la, atleast anda perlukan sesuatu sebagai jaminan untuk masa depan anda. Saya tidak kata perjalanan anda itu SALAH, cumanya, ANDA PERLU SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN. Dan selalunya orang BIJAK akan memilih UNTUK MEMBUNUH 2-3 EKOR BURUNG DENGAN SEBIJI BATU.

Anda sememangnya tidak paham kan?

Saya tak nak kata apa lagi, anda dah besar. Buatlah apa anda suka. Saya tiada kuasa nak pilih, sebab memilih kebaikan untuk anda pun anda menolak. Sekarang anda pegang sendiri keputusan hidup anda. 

Selamat berjaya anda. Anda sememangnya sudah kecewakan saya sangat-sangat-sangat.

Saturday, 13 August 2011

YANG BOLEH DIHARAP ITU ADALAH DIA. Kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Owh entry berkaitan JODOH lagi.

Tadi Nadh n sahabat sorang bersembang soal ini. Macam bersambung dari perbualan dari wall KBU malam semalam yang mana juga berkaitan dengan JODOH. 

Sahabat berkongsi, orang yang dahulu bersama dengan dia dah kahwin, tapi kahwin dengan orang lain. Entah di mana silapnya kan? Terputus, budak tu tunang, n kahwin dengan orang lain. (Nadh pasti itu yang dikatakan JODOH. Kawan 1000 tahun pun jika bukan untuk kita, pasti bukan untuk kita). Cuma, satu benda yang Nadh kesalkan, katanya sebelum budak tu kahwin, budak tu leh call dia mintak duit, nak pinjam duit nak kahwin. (Semestinya sahabat tak bagi lah kan, walau dia berkemampuan nak bagi). Tapi itulah, masa nak buang, macam sampah aja, tapi bila memerlukan, cari terus. Menangis-nangis minta bantuan. 

Same like what happen earlier, lebih kurang sama, still trying to be the best for them, (berkhidmat demi negara la KONON) , Tapi bukan sahaja dilayan MACAM SAMPAH, malah macam dihina pun ada jugak la. Last-last call jugak, (bila ada kepentingan la). Semestinya sekali lagi, YOU ARE PROHIBITED FROM ENTERING THIS AREA.

Segalanya berkaitan dengan JODOH kan? TAPI KENAPA MASIH MENCARI?? Anda sudah melayan macam sampah sebelum ini, tapi sekarang, anda datang meminta bantuan, (bukan taknak membantu, cuma HATI YANG DISAKITI, tidak mudah untuk diubatkan seperti itu sahaja), As simple as TOUCH 'N Go like what you did earlier. MAAF mungkin jawapan, tapi TOLONG LAH BEREDAR, luka kecil ini tidak dapat diubati semudah itu, ianya akan terus terluka bila anda hadir lagi.

Soalnya, anda tahu pun SEBENARNYA YANG BOLEH DIHARAP ITU ADALAH DIA. Kan? 

 No matter what it is, past is past, as for now, PLEASE BACK OFF !!!

Tuesday, 19 July 2011

Adakah Nadh salah?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sebelum Nadh tidur, Nadh nak kongsi pengalaman Nadh. Tentang kegagalan yang ketiga Nadh rasa ni. Umm.. Nadh tatau nak kata macam mana, cuma mungkin sedikit rasa bersalah pun ada juga kot pada boss Nadh, juga mungkin sedikit syukur kerana tidak berlaku. Entah lah, keliru sebenarnya.

Nadh sempat tazkirah engineer Nadh tadi. Kenapa kita nak senang? Kita nak kaya. Kita nak itu dan nak ini. Sedangkan kita masih lagi berada dalam kelompok manusia yang lalai. Kita berdoa pada ALLAH. Minta pada dia. Nadh cakap, Nadh dah berhenti sebab Nadh takut kita akan lagi lalai bila diberikan kesenangan. Dengan ujian ini pun masih slumber lagi. Dengan kejayaan, kesenangan? Agak-agak kita akan ingat dia tak? TIDAK!! 

Dia gtau, dia takut jika satu hari nanti, kita naik dan kita jatuh teruk-teruk. Nadh kongsikan dengan dia menda ni : "jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad : 7)

Moral of the story Nadh kata, selagi mana kita menjaga agama ALLAH, kejayaan itu kita tukarkan dengan mengingatinya, kita gunakan duit untuk jalannya, kita sedekahkan, kita bagi zakat, kita tolong orang, ALLAH akan tolong kita. Seperti juga ayat tadi kata Nadh. 
Ada satu kisah, satu company tu tak besar sangat, tapi dia berjaya kekal lama seperti company besar. Rahsia dia, mengingati ALLAH, menjaga solat, lepas tu ada duit lebih, hantarkan staff-staff menunaikan umrah. tu satu contoh ja, ALLAH menjaga depa, sebab depa menjaga hubungan dengan dia. 

Nadh tanya, nak ka. kita diberikan kesenangan sedangkan kesenangan itu adalah istidraj, sesuatu yang diberikan hanya untuk menyesatkan kita lagi? sampai satu masa, dia tarik on the spot, masa tu jatuh berguling-guling ke lantai. Ini masih beruntung lagi, sebab DIA tarik untuk menguji, sama ada kita akan kembali ke tidak kepada DIA. Jika Ya baguslah, jika tidak camna? 

Akhir kata Nadh kepada engineer Nadh,
" Aku lebih rela kita hidup susah macam sekarang dari hidup senang dan lalai dari mengingatinya.. "

Note : Cerita sebenarnya adalah, Boss Nadh dok cari funder baru. Dah 3x yang paling positive gagal. Nadh tatau nak kata, adakah Nadh perlu disalahkan sebab Nadh tak sama memohon meminta. Nadh sangat takut.. takut dengan ujian kesenangan pada kami.. T.T sebab tu Nadh hentikan meminta. Nadh tanak sahabat-sahabat Nadh dan Nadh juga makin leka. 

Ya ALLAH, kembalikanlah hati kami kepada hati yang mengingatiMU ya ALLAH, Tiupkan lah roh-roh keinsafan dan nur kedalam hati kami, agar kami tergolong dalam kalangan para solehinMU. Amin Yarabbal Alamin.

Wednesday, 13 July 2011

Kisah Nadh dengan Semut Yang Sombong

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Semalam kita belajar sejarah, pagi tadi tengok Kucen n Yaya. Tengah hari ni Nadh nak cita tentang
" Kisah Nadh dengan Semut Yang Sombong " pula la.

Ini tempat kejadian. 


Alkisahnya berlaku pada hari Jumaat lepas. Waktu Nadh dekat site. Waktu tu kan, tengah buat test call. Sambil Engineer Nadh wat test call tu, Nadh dok asyik memerhati tempat kejadian atas ni. Lepas tu, dah tak ada kerja kan, Nadh ambillah cebisan daun kelapa sawit dan Nadh cucuk masuk dalam lubang tu.

Lepas tu, Nadh tengok, adalah seekor Semut, sedang menarik satu benda warna hijau macam daun (Dipercayai makanan dia) untuk masuk ke dalam lubang tempat kejadian ni. Nadh tengok dia susah, sebab lubang dah jadi sempit kan, sampaikan dia kena tinggalkan makanan dia tu kat luar lubang. 

Maka dengan itu, Nadh pun tarik keluar daun yang Nadh cucuk masuk dalam lubang tu, lepas tu Nadh tolakkan makanan dia tu untuk masuk dalam lubang tu. Tau apa jadi? Si Semut  keluarkan balik makanan yang Nadh masukkan tu. Nadh wat lagi. Semut keluarkan lagi. seIngat Nadh ada la dalam 3 kali dia keluarkan balik.

Last Nadh tengok dia dah keluarkan balik, Nadh pun tak kacau dia dah. Tapi Nadh cuba jugak nak dapatkan gambar si Semut sombong buat tatapan readers, tapi sayangnya si dia tak duduk diam, lari merata, tak berhenti pun. Lepas tu nyorok dalam lubang. Apa lagi, Nadh bebel la dekat dia.

"Semut ohh semut, hang ni langsung tak macam manusia la, ang tau dak, kalau orang la, aku tunjuk kamera ja, langsung depa posing tak hengat, ang tak tau ka, aku nak ambil gambaQ ang ni nak masukkan dalam belog aku, ang tak mau ka pemes? Hairan aihh dengan ang, manusia la ni, pakat dok kejar pemes, ang tak heran pun aku nak amek gambaQ.. "


Moral of the story :: Nadh bukan sengaja buat cerita kosong, tapi Nadh nak sampaikan, yang kita jangan terlalu mengejar "NAMA". Sebab atas NAMA itu punya tanggungjawap yang besar dan dari sana akan bertambah-tambah dosa sekiranya kita tidak manfaat sebaiknya, dari sana juga akan disoalkan kepada kita apa yang kita buat dengan nya, adakah kita ikhlas menerima tanggungjawap, atau kita sekadar memanfaatkan untuk kepentingan diri? Tiap satu yang diberi akan disoal, disoal dan disoal, baik dari kita, baiklah jawapnya, buruk jawapnya, binasalah diri. Wallahualam..

Tuesday, 12 July 2011

Kita kesian orang, orang kesian kita tak?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh baru nak g kerja ni. Mama SMS jap tadi. kata Mama, "amboihh, kalah boss besar dah aih, time ni tak masuk kerja lagi." hihi.. Tettt~~ kena dah perli dengan Mama.

Yang sebenarnya Nadh nak cerita pasal Mama dan Anak-anak kecik dia.

Kata Mama dah 2 hari anak-anak kecik dia tak dihantar. Sunyi katanya, tapi Nadh dan dia tau dah kenapa hal ni berlaku. Rasanya rentetan dia bagitahu dekat Mama budak-budak tu yang dia taknak mengasuh dah. Hujung bulan ni last. Tu pun sebab Nadh gesa Mama suruh cakap. Dia kata dia letih mengasuh ramai-ramai. Memang la dapat lebat kan, tapi Nadh kata, "Mama mengasuh sebab Mama nak ada kawan ja, tak boring duduk sorang-sorang, bukan mengasuh nak buat duit, tak suka Mama teruk-teruk kan diri. Lagipun bukan anak-anak Mama tak boleh bagi makan.. "

Mama kata dia kesian kat depa, Nadh setuju, Mama kesian kat orang, tapi ada orang kesian tak dekat Mama? Pernah dulu sekali tu, tetiba tak dihantar budak-budak tu, tengok-tengok dah ada bibik. tak bagitau pun, masa tu Mama n Ayah sedih sangat. Ingat kes tu Nadh jadi geram plak tapi nak wat macam mana, bak kata Mama, "tu anak orang, kita sayang teruk-teruk pn anak orang, bila-bila masa ja depa boleh ambil balik."

Lagi satu Mama nak berhenti ngasuh depa tu sebab hujung bulan ni Yaya akan kembali. Tapi dengan Icha, adik baru dia. (Yayyyy... weeee~~~) And Mama bagitau Nadh, walaupun 3 bulan Kak Azza berhenti hantar Yaya, tapi tiap-tiap bulan dia bayar duit ngasuh Yaya. Nadh terkejut la, Nadh tanya Mama, tau Mama kata dia bagitau Mama apa? "Alaa kak, Azza 3 bulan cuti pun dapat gaji, Mama pun kena la dapat gaji jugak.."

To be honest, Nadh terharu sangat sebab ada orang layan Mama baik camni. Nadh tak harap lebih, cuma harap Mama happy, tu aja. N to Kak Azza n Family, terima kasih banyak, Moga ALLAH pelihara anda semua dan murahkan rezeki anda. Amin-Amin.

Apa pun, tak sabar nak balik ni, berbulan dah tak balik tengok Mama, Ayah, Jiah n Adik, PLUS Yaya. wohoooo.. Winduuuuuu terok2...

Kenangan pahit diimbau - Decepticons tak jahat la.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh dah balik, Nadh ada banyak menda nak kongsikan. (aduh, belog ni dah jadi belog cerita kisah-kisah perjalanan plak kan? mana dia tazkirah Nadh tah.. huu.. takpa, pelan-pelan Nadh masukkan balik okeh?)

Cerita dia, Jumaat minggu lepas, 08 July 2011, (seminggu lepas Nadh kena keluar pergi site). Nadh lalu balik kat jalan yang membawa kenangan antara yang paling sukar juga bagi Nadh. (Kisah 30 June 2011). 

Masuk ja jalan tu, Nadh teringat malam 30 June tu. Jumlah jauh perjalanan, 49KM. Dari jalan Teluk Intan hingga ke Sitiawan. Nadh guna jalan tu TANPA LAMPU sebab Alternator kereta rosak. Bayangkan lah, dengan jalan yang gelap tu, Nadh terpaksa berhenti banyak kali, dan tumpang lampu kereta kat depan atau tumpang lampu lori yang bawa perlahan.

Sampai terpaksa tahan kereta polis untuk jumper kereta kami. Mujurlah ada seorang abg tu, Abg Farid nama dia, dia la tolong kami. Tolong tolak kereta, panggilkan pomen, dan last sekali assist kami kata ada polis supaya kami leh tahan minta tolong, Alhamdulillah, ALLAH bagi kami bantuan.

Apa pun kan, jalan tu memang jauh bila kami patah balik malam tu, terkenang dengan Jijoi, betapa jauhnya perjalanan kami malam tu, dan betapa ALLAH bagi kami kekuatan dan tak putus semangat nak hadapi ujian tu. bila tengok balik jalan tu yang jauh, Nadh terfikir, betapa ALLAH bantu kami sebenarnya, walaupun jauh, tapi kami bersemangat nak teruskan perjalanan malam tu.

Dah tengok balik baru tahu, jauh tu.. Apa pun, syukur sangat la.. sebab malam tu banyak juga kami dapat, selain tau satu hakikat yang Decepticon tak la jahat sangat.. Mana taknya, Decepticons berbentuk lori yang tolong jumperkan bateri kami malam tu.  (sebenarnya lori abg Farid ada stiker Decepticons yang besar, dia la yang tolong jumper bateri keta malam tu mula-mula)  weeee~~


(gambar hiasan, dari pacik google, gambar sebenar tak diambil due to kamera tak berapa masyuk)


Pahit akan manis akhirnya, kan?

Monday, 11 July 2011

Shoppers. Kita yang mana?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Tadi kan Nadh wat entry mengenai berbelanja tadi kan? Dan comment dari seseorang NI, bagi Nadh ilham nak betulkan sesuatu yang rasa Nadh sedikit salah dan tak kena dengan kita sebagai pengguna la.

Tapi sebelum tu, Nadh nak pecahkan pembeli ataupun pengguna ni kepada 3 golongan. Kemudian readers, kalau rajin sila pilih anda berada dalam golongan mana. Amacam? 

Ni dia golongan-golongan itu :
1. Windows Shopping - Golongan ini selalu nya suka cuci mata dulu sebelum pergi membeli. Selalunya awal-awal bulan la perkara ini berlaku sebab mereka nak "ricky" dahulu barang sebelum dapat gaji dan membeli barang yang diidamkan itu. Golongan ini juga, boleh juga pergi ke tempat sama banyak kali hanya demi melihat barang yang diidamkan itu berulang kali.

2. Shopping - Golongan ini, kalau membeli mesti akan ambil masa yang lama. Nama pun shopping kan? Mesti la sungguh-sungguh membeli. Ada jugak yang berjam-jam berjalan masuk kedai punya la banyak hanya untuk membeli satu barang, (mintak maaf cakap ya, selalunya perempuan la kan)

3. Membeli Blah - Ada perasan tak apa Nadh tuliskan tu? kurang "E" dekat perkataan belah tu kan? Sebab apa Nadh cakap macam tu? Sebab ada golongan spesis ni, contoh nya Nadh la, pergi membeli, tak cari teruk-teruk sebab dah set nak apa, lepas tu bayar dan blah. Ada sorang lagi, macik INI pun sama macam Nadh. 


Note :: Tengok? Kan Nadh dah cakap? Betul kan? Salah guna bahasa dalam masyarakat kita ni, sebab istilah membeli belah tu tak boleh digunakan dekat semua, Tak betul ka tu? 

Ha sekarang tunggu apa lagi? Pilih la anda di golongan mana..

Susahnya menjadi Nadh.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Sapa ada baca entry sebelum ini dia tau la, last week Nadh keciwa, sebab tak boleh balik kampung disebabkan kena standby, lepas tu Nadh keluar tenangkan fikiran, dan berjimba. Tu jadual hari Sabtu. Hari Ahad pula Nadh hanya keluar untuk buat cermin mata baru. Masa dalam kereta sahabat Nadh cakap Nadh mudah risau bila berbelanja.

Nadh balik dan renungkan sebelum tidur. Dan hasilnya yang dekat bawah ni Nadh jumpa. Susahnya menjadi Nadh.

  • Pakai selagi boleh. Main pakai aja. Contoh spek Nadh pakai ni, dah dekat 2 tahun Nadh pakai. Pernah lebih lama dari itu, dah patah sebelah pun masih lagi pakai. Sampai tahun 2009 Nadh kena paksa, baru Nadh tukar. ni dah 2 tahun berlalu. Baru ja wat semalam.
  • Kasut pun sama juga. Pernah kena tegur dengan Mama. Kasut nak hancur tapak pun pakai lagi. Reason, cerewet, nak beli tak berkenan.
  • T-Shirt - yang buruk kan masih boleh pakai. Main pakai aja, selesa what? 
  • Untuk diri sendiri, Nadh akan setkan, kalau nak beli apa-apa, Nadh akan direct ke bahagian barang itu, ambil terus tak pilih dah, sebab datang memang untuk barang itu, kemudian akan pergi bayar dan balik. Tapi kalau keluar dengan orang, boleh plak Nadh menemankan sampai berjam-jam, masuk satu-satu kedai.
  • Tak reti nak cari yang mahal-mahal sebab rasa tak sanggup nak guna duit untuk itu. Tak apalah nampak selebet, semekin, janji Nadh tak bazir.
  • Memilih kedai, sanggup jauh sikit asalkan kedai tu kedai Melayu atau Islam. Mahal sikit pun tak apa. Macam kedai spek semalam la. 
  • Kalau dah suka tu, memang spesis barang itu sahajalah yang akan jadi pilihan. Contoh pakaian Nadh, tak tukar dah, pakai yang tu sahaja. Tak suka cari brand lain dah. Selesa dah dengan ck.
  • Untuk diri sendiri memang tak reti nak beli yang merepek-merepek. Bukan kedekut cuma nya bila rasa tak perlu memang Nadh tak beli. Tapi bila dah dengan family, nak apa ambillah, Nadh tukang bayar aja. 

Tu serba sedikit. Peel berbelanja Nadh tu. hihi. Mama sorang ja yang pandai layan. Sebab tu sayang Mama sangat-sangat-sangat.. weeee~~

    Gurau Menyentuh Jiwa.

    Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    Entry dipanjangkan dari Jiran Nadh ni kat SINI.

    Jiran Nadh ada sebut mengenai Lelaki tak boleh kawan perempuan tadi. Katanya lelaki dan perempuan tak boleh berkawan sebab mungkin satu hari nanti akan punya perasaan didalam hati, walau secebis tu mungkin akan muncul juga.

    Nadh nak sokong - Mungkin betul juga, sebab Lelaki kan? dan Perempuan juga. Nak tertarik pada kaum apa lagi kan? mesti la kepada lawannya, Lelaki kepada Perempuan dan Perempuan kepada Lelaki kan? Bila dah selesa, memahami, ambil berat dan lain-lain, kemungkinan wujud perasaan itu akan ada. Kalau tak orang takkan kata, "mula-mula kawan, lama-lama chenta..". Kan?

    Nadh menidakkan - Tidak semestinya. Nadh ada ja kawan-kawan perempuan yang rapat dengan Nadh. Contoh blogger NI. Dia ni dari zaman Nadh sekolah rendah lagi weyh, rapat sampai sekarang. Okeh aja.. tak ada perasaan apa-apa. Best Pren tau !!

    Tapi kan, kalau dok lawak-lawak dok menyentuh jiwa ni, jiwa mana tak kacau kan? Tambah plak bila si dia tu ada ciri-ciri idaman. Dok berkias-kias, kita meneka-neka dalam hati, betul ka dia ni? adakah tu tandanya si dia punya perasaan pada kita? 

    Kerana mulut badan binasa. Sebab tu kena berhati-hati bila bercakap. Tak suka jangan wat macam suka, jangan berhint-hint, taknak nanti si dia menanti, meneka-neka. Dah pernah ada dalam situasi sama. Mulut manis sangat kan? Melawak boleh, tapi jangan OVER, sebab soal hati dan perasaan bukan macam jawap exam PMR tingkatan 3. Soalan ada A,B, C dan D.

    Sebab tu kena berhati-hati kan? Tak mahu jadi macam dalam lagu "Dalam diam ku mencintaimu"

    Sunday, 10 July 2011

    Lelaki jahat kan?

    Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

    Nadh baru lepas sembang dengan seorang sahabat. Mengenai "Alasan Bodoh Bangang. Yang tak logik langsung"

    Mostly the story mory adalah mengenai Chenta la. Macam sahabat Nadh. Kongsi kisah dia, seorang gepren dia tu, nak g PLKN, lepas tu mintak break, tup-tup sahabat Nadh keluar dengan perempuan lain, lepas tu, terjumpa ex yang baru break tu, perempuan tu tacing. "Hai, baru break ja awak dah ada penganti? "

    Tu kisah 1, yang kedua pula. hampir sama, lepas break kira-kira sebulan, dah jumpa penganti baru. 

    Persoalannya, perlu ka nak tacing? Bukankah masa nak break dia yang mintak? Dan palng hairan, bila lelaki yang buat, memang sebut kaw-kaw, LELAKI JAHAT, tapi bila perempuan yang buat? Macam mana tu? Tak adil la untuk lelaki...  Jangan lupa ya, "what you give, you get back... "

    i dont understand why are those "love" scene touches me so bad recently?

    Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    Nadh baru ja balik dari tengok cerita Transformers 3. Terbaek la. Menarik juga la bagi Nadh.
    Kalau ada yang membaca entry INI yang berkisar tentang wayang, Alhamdulillah hari ini selesai juga cita-cita nak tengok cerita ini. Seharian hari ni enjoying myself dengan Jijoi, Site Engineer Nadh. Details, esok la ye Nadh kongsi cerita dia.

    Cuma satu yang menghairankan Nadh ni. Transformers ni padat dengan aksi hebat Sci-fi dan action, tapi Nadh tertarik juga kat babak "love" yang ada diselit sedikit dalam cerita ni antara Sam dan girlfriend dia, Carly. Seseorang yang sayangkan boyfie dia dan taknak kehilangan sebab pernah hilang abang tersayang dalam peperangan. "buat apa ada pingat kalau orang tu tak ada bersama..? Kita bukan nak pingat, kita nak orang tu.. "

    Nadh suka quote bapa Sam dan Mak Sam yang kata "aku akan kejar kamu hingga ke hujung zaman.."

    Tapi yang menghairankan, entah napa senang betul tacing dengan babak-babak sweet muwweeet dan loving doving ni. ohhoooo.. T.T

    Tuesday, 5 July 2011

    Road to 999 + 999.

    Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    Dalam sedar tak sedar. Angka di atas blog Nadh dah hampir mencapai 999 dan entry pun dah hampir 999 juga. Tak sangka sungguh. Dari seorang yang takut nak berkongsi, Nadh beranikan diri dengan nasihat seseorang,  sehinggalah sekarang, blog ni dari satu ruang peribadi dah menjadi ruang umum.

    Mungkin kekadang isinya sedikit merapu dan mungkin tidak berguna pada sesetegah orang, tapi tak sangka, ia berkembang dan alhamdulillah, walau kurang mendapat perhatian macam blog-blog orang lain, tapi ianya mendatangkan kepuasan pada diri Nadh sendiri. 

    InsyALLAH, di masa depan Nadh akan berusaha nak mantapkan lagi hasil penyampaian. Harapnya yang membaca mendapat manfaat dari perkongsian dari Nadh.

    Akhir kata, terima kasih pada semua yang menyokong, pada semua yang memberikan ruang kepada Nadh berkarya, pada semua yang membaca, pada semua yang LIKE, pada yang mengomen, pada yang mereview Nadh, pada yang follow, semua-semua la. Nadh nak bagitau, Nadh happy sangat dengan dunia blog Nadh. dan Nadh doakan anda juga mendapat yang sama. Terima kasih banyak sebab gembirakan hidup Nadh. Nadh tak ada apa nak bagi, cuma Nadh doakan kita sama-sama memartabatkan dunia blog ni dengan ingatan-ingatan yang memberi inspirasi pada perubahan besar kita sebagai Umat Nabi Muhammad, Hamba ALLAH SWT. Takbir !!!


    Revolusikan perubahan agar semua mendapat manfaat..

    Mari mandi malam.

    Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    Nadh nak tidur, tapi tak boleh tidur la. Sebab badan rasa berlengas, seharian atas jalan kan? Nadh teruskan langkah masuk dalam bilik air dan mandi. Dah lewat kan? Tapi mandi mendatangkan idea kepada Nadh. 

    Kenapa kita mandi? Sebab nak bersihkan tubuh badan. Lepas mandi kita akan rasa segar. Betul tak? 

    Relatekan dengan Kehidupan kita boleh? 

    Sebelum mandi - Badan kita rasa tak selesa. Rasa bergetah. Macam orang utara kata berlengas. Yakni diri kita yang penuh dosa, dan kemungkaran yang kita lakukan.

    Kita "mandi" yakni membersihkan diri dengan berserah dan bertaubat kepada ALLAH, kita lap badan, kita sabunkan badan kita dengan sabun, kita gosok badan agar keluar daki-daki yang bertepek di badan kita. Air yang turun seperti juga hilangnya daki atau dosa kekotoran kita didunia ni. 

    Selepas mandi, tubuh rasa segar, badan pun dah bersih. Macam tu juga diri kita selepas kita bertaubat pada ALLAH dan menyesali dosa silam kita. Tubuh segar, dan bersih, sebersih dosa yang ALLAH ampunkan bila kita bertaubat kepada DIA.

    Tapi kalau nak masuk bilik air dan takut air, "mandi" pun takut, macam mana nak bersih diri kita? Cuba renungkan sejenak sebelum anda click X dekat hujung browser ni....

    Terima kasih Kamu, Kamu dan Kamu

    Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    12:57AM. Nadh belum melelapkan mata. Hari ni Nadh sehari atas jalan lagi. Macam minggu lepas, Nadh kena keluar lagi. Demi menyelesaikan kerja Nadh.

    Perjalanan Nadh hari ni cam besh ja, sebab rata ceruk Nadh dah redah. Lastly dengan bantuan seseorang, Nadh sampai kat Ayer Tawar ni, dah masuk hotel pun, sekarang menunggu report site dan sent sebelum Nadh melelapkan mata Nadh. 

    Thanks a lot pada tukang tunjuk jalan. Nak gtau rasa bangga sebab kenai kamu.
    N kepada team yang membantu menyenangkan tugas Nadh, terima kasih juga. 
    Nadh nak lelapkan mata. Nadh lega sebab Nadh dah sound Engineer Nadh tadi. Nadh gtau dia, Nadh takut sebab nak minta lebih sebab dengan ujian pun kita lalai, inikan pula bila diberikan nikmat. Nadh harapkan tazkirah pendek Nadh tadi menusuk ke kalbu hendaknya.

    Readers tolong Nadh doa sama-sama ya. :)

    Wednesday, 29 June 2011

    Aku dah suka kat ang, nak buat apa ni?

    Assalamualaikum.
    Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    Nadh kebelakangan ni terjumpa beberapa kenyataan dekat FB tentang manusia-manusia yang jatuh hati dekat seseorang. Lepas tu meluahkan perasaan mereka dalam blog la, dalam FB la. Merata la, seakan-akan mereka takut nak meluahkan perasaan mereka. SEBAB? Takut kena reject. 

    Apa pendapat anda yang membaca? Perlu tak meluahkan bila dah suka? 

    Pendapat Nadh kan, luahkan saja, kalau dah suka, katakanlah, kenapa nak simpan sendiri. 
    Paling kuat pun kena reject ja, Lepas tu selesai la. Dah tak perlu tunggu dia lagi, lepas tu pergi cari ganti. 
    Hello, ramai kot kat luar tu. Kita kan HOT!! ( Hot la sangat..wee~~ ) Anytime leh cari lain la.

    Kalau menunggu, dan menunggu macam tak ada makna ja, tak sudah, kita yang berputih mata selepas orang lain yang LEBIH BERANI datang. Luahkan perasaan, dah dia terima pula, tak ke kita gigit jari.

    Kalau kita mencuba, mana la nak tau, dia ada perasaan sikit-sikit kat kita, dah mengena kan? Selesai kes. Kalau simpan apa dapat? 

    Tak caya ka bila mengaku kita suka dia, dia menerima kita dan berbahagia? Boleh baca KISAH NI. Kisah benar tau ni. weeee~~~ 

    Note :: tak sedia kalau tak payah la nak gatai. Nadh tak tanggungjawap kalau anda berhati tissue, baru putus cinta, kena reject dah nak terjun parit. lalalalalalal ~~

    Tuesday, 28 June 2011

    Nadh dipersimpangan lagi

    Assalamualaikum.
    Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

    Perjalanan minggu baru sedikit menggembirakan. Dengan sibuk yang dah lama Nadh tak rasa. Gembira pula rasanya. 2 projek dalam kawalan walau astu tu masih baru nak berjinak-jinak, tapi still consider as seronok.

    Tapi satu yang mengganggu adalah soal RM. Bukan la kata tak ada, ada ja, just that Nadh tak berani nak declare dekat Mama macam mana keadaan Nadh sekarang. Sengaja Nadh buat macam Nadh lupa sebab Nadh tak mahu Mama risau.   

    Soal meminta dari ALLAH, Nadh jadi segan, takut sebenarnya, sebab dengan Ujian yang DIA bagi pun masih tak sedar, Nadh takut dengan nikmat akan lebih melalaikan. 

    Entah la, Nadh pun tak tahu nak cakap macam mana. Banyak yang perlu difikirkan. Buat masa sekarang, hanya dapat mendoakan, nikmat beserta Nur kedalam hati-hati kami. Kerana itu yang terlebih besarnya dan terlebih baiknya buat kami, hamba yang lalai dengan peringatan yang ALLAH berikan.

    Semoga ALLAH izin. Amin Yarabbal alamin.

    Buta+Pekak+Bisu=CINTA