Followers

Sunday, 3 July 2011

KL Gengster VS Kehidupan kita

Assalamualakum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh hari ni plan dengan kawan-kawan nak keluar tengok wayang. Cerita Transformers la kononnya. Call tak boleh nak book sebab tiket dah penuh. Nadh pun keluarlah ke Summit USJ untuk pergi tengok wayang. Tau apa jadi? tiket kul 3 dah habis. Dan penuh sampailah ke tayangan tengah malam ni. Perghh.. dahsyat betul penangan Transformers ni.

Jadi Nadh n kawan-kawan tukar plan, kena plak time tadi tu, cuma satu cerita yang kena betul dengan pukul 2 iaitu cerita KL Gengster. Lambat betul kan? Orang dah ke mana hala, kita baru nak tengok kan? Tapi nak wat macam mana kan? Layan aja lah.. Dari cerita tu, Nadh dapat banyak nilai baik yang rasanya patut Nadh kongsikan dengan readers Frameandlenses.blogspot.com Nadh ni.

Since yang Nadh tengok tadi dari cerita, Nadh nak gunakan watak untuk penyampaian Nadh.


Hero Utama - Malek
- Sebagai seorang bekas gengster. Dia bawa message yang "jahat" itu boleh dibuang, yakni bila kita berkeyakinan untuk berubah, tiada apa yang boleh halang kita
- Watak dia patut diambil perhatian oleh readers diluar sana yang adalah Abang atau Akak dalam family yang "kita perlu tunjukkan imej yang baik kepada adik-adik kita".
- Yang terakhir adalah PENTINGKAN KELUARGA. Walau dia ni jahat dulu, tapi dia seorang yang sangat pentingkan keluarga dia, dia jaga ibu dia, dan nak ambil peranan menjaga adik perempuan dia juga si Jai yang dah join Shark. Ayat last dari dia,  "kalau kau nak mati, bukan ditangan aku, walaupun aku jahat tapi aku sayang kau sebab kau adik aku.."



Adik Hero - Jai
- Adik yang jahat, mengikut perasaan dan tidak boleh dihalang. Apa yang dikata adalah YA dan TIDAK bukan yang dia mahu dengar. Watak dia membaca message, duit adalah segala-galanya sampaikan ada satu kata dari dia, "Musuh dia adalah musuh aku juga" yang membaca pada dia berlawan dengan abang dia.
- Namun begitu ada satu babak tu, dia tengok budak-budak tidur di jalanan, dia masukkan duit dalam kocek adik tu dan selimutkan adik tu. Muka legend, tapi hati ada taman jugak. Maksud, sejahat mana pun kita, kita akan ada jugak rasa belas kasihan dalam diri tu. AKAN ADA. PASTI.!!



Sahabat Hero - Ajib, Fadhil dan King
Walaupun dari kumpulan jahat, tapi mereka sangat pentingkan persahabatan. Contoh Ajib, sanggup pertahankan Malek dari diganggu Shark dan begitu juga King yang halau anak tiri dia dari kumpulan sebab ganggu Malek. Apa yang boleh kita ambil adalah, PENTINGKAN PERSAHABATAN. Susah sahabat Susah kita jugak.





Mak Hero
Apa yang nak disampaikan adalah, sejahat mana pun kita sebagai anak, Kasih Sayang ibu tidak dapat dipisahkan. Mungkin pernah satu ketika ibu halau kita, marah kita, konon benci kita, tapi dia tidak niat katakan suma itu, sebab TIADA IBU YANG TIDAK SAYANGKAN ANAK-ANAK. Jadi beringatlah. Jangan sampai derhaka kerana mengabaikan tanggungjawap sebagai anak.


Musuh ketat Hero - Shark
Ini watak paling dibenci dalam cerita ni. Gila kuasa sampaikan sanggup bunuh bapa tiri sendiri dan pendendam yang sangat-sangat sampaikan sanggup buat apa sahaja untuk huru-harakan hidup Malek sehinggakan mengganggu keluarga Malek. Yang boleh kita ambil, jangan berdendam, kerana dendam itu merosakkan hati kita. Dan tidak akan aman selagi mana ianya tidak ditundukkan.



Note :: Cerita ni sarat dengan babak lawan (ai like..hihi) . dan penting sekali ada nilai-nilai penting seperti Nadh sebutkan diatas tu, jangan baca saja, renungkan dan simpan dalam hati, moga kita sentiasa dalam lindungan dan tidak jadi seperti itu suma. Amin.

5 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

suke part Jai yang simpan duit dalam kocek budak gelandangan tu..

bukti walau keras hati manusia, masih akan timbul rs belas kesian juge.

azwa amani said...

owhhhh..mcm tu ea abg nadh... nanti nk tgok.. :)

kiera'sakura said...

ai x minat tgk wayang... wink wink wink :D

LiyanaDeli said...

xtgk lagi la
tggu astro first kelua dulu
hehehe

Iffah Afeefah said...

wahhh

tggu donlod jela

tak sbr nk tgk

Buta+Pekak+Bisu=CINTA