Followers

Wednesday, 8 December 2010

secebis kisah cinta pandang pertama..

Pertama kali aku terpandang wajahmu..
aku benar-benar sudah terpaut.
raut wajahmu, keayuannmu.. benar-benar telah menusuk kedalam jiwa.
walaupun kamu tidak secantik rozita che wan, kamu tidak secomel lisa surihani..
Tapi senyumanmu itu, kurasakan lebih manis dari senyuman heliza helmi y comei lote tu..
Arghh.. Tidak.. Aku jatuh cinta..
Aku rasa aku perlu bertindak.. Aku mesti amek tindakan sekarang..
Kaih2.. Sekarang buat berani..
Buat la macam muka aku dah kena lapik dengan 7 lapisan bumi..

Aku : assalamualaikum.. Hai awk.. Saya rasa saya da jatuh hati dengan awkk.. Boleh tak saya nak dekat awak..?

Kamu :: waalaikumussalam.. awk nak dekat saya? saya masih ada ibu bapa.. kalau betul awk nakkan saya.. jumpa la dengan ibu bapa saya..

Whoaaa.. jawapan kamu tu sangat dasat.. kamu begitu berani mencabarku ya..
aku yang sesungguhnya berani kali ni ng berlapikkan 7 lapisan bumi yang menyebabkan aku hilang sumber malu dengan sepantas dan selaju ny mendekati kedua ibu bapamu yang tika ini sedang berada kira-kira 10 Meter dari kamu..

Aku :: assalamualaikum pakcik , makcik..

Pcik :: waalaikumussalam nak.. (jawap bakal bapa mertuaku ng nada sedikit terkejut)

Aku:: hurmm.. pakcik..saya da berkenan dekat anak pakcik, bolehkah saya hendak melamar dia??

Pcik n mcik :: (terkujat~)

Aku ng slumber badaknya menambah lagi.. pakcik, terus terang saya berkenan dekat anak pakcik, dan saya rasa saya da jatuh cinta pandang pertama, dan berdirinya saya di sini ingin meminta izin dari pakcik dan makcik untuk melamar anak pakcik. jika pakcik dan makcik setuju menerima saya.. saya akan hantar kedua ibu bapa saya untuk mengadakan perbincangan dengan pakcik dan makcik. rasa saya ini kali pertama saya beranikan diri macam ni sebab seorang perempuan. dan ini juga pertama kali saya benar-benar terpaut pada seseorang.. jadi atas dasar orang kata "perkara baik jangan dilengahkan" saya pn dengan ini memberanikan diri untuk meminta izin dari pcik dan mcik untuk anak pcik dan mcik.

Pcik n mcik yang masik terkujat mendiamkan diri buat seketika. seraya pakcik menjawap :
"baiklah nak.. kalau benar kamu mahukan anak pakcik, hujung minggu ni kamu bawa kedua ibu bapa kamu datang keteratak kami. kita berbincang tentang perkara ni.."

Kamu yang ketika ini baru sahaja menapakkan diri di belakang kedua ibu bapanya tersipu-sipu malu. mungkin agak terkejut dengan "keberanianku" ini. malah aku sendiri tidak tahu, dari mana datangnya kekuatan itu kerana sebelum ini, aku seorang yang sangat-sangat pemalu. susah untuk aku mendongak kepala bila berselisih dengan perempuan, inikan pula memberanikan diri bertanya hal-hal sebegini. malah seingatku.. ada juga kawan-kawan menegur, "weyh Dol, apa la ang ni.. ng awek tu pun takut ka.. " , "apa la ang ni.. macam tu punya segak mau kat ang pn ang rejek.. ".. ini yang aku ingat, malah banyak lagi leteran dari kawan-kawan kerana perihal aku yang sangat pemalu dengan perempuan ini. tapi kali ini, nekadku membuahkan hasilnya..

Seminggu berlalu, kedua ibu bapaku pun sudah bertemu dengan keluarga gadis berkenaan. dan sudah pun di tentukan tarikh untuk hari bahagia kami. seingatku, ibu bapaku dan keluarga gadis itu begitu teruja dengan peminangan ini dan bercadang meneruskan majlis kami dalam masa beberapa bulan lagi sempena cuti persekolahan yang mendatang ini. bagi ku sendiri.. aku tidak pernah terbayang semua ini, sedang kawan-kawanku, semuanya sudah berpunya , tapi aku, yang kosong ini, tetiba akan menamatkan zaman bujangku lebih awal dari mereka.. mungkin ini sudah suratan dari ALLAH.. aku rasa gembira juga, tapi sedikit takut dengan perkara ini, namun, aku sedia menyerahkan segalanya kepada ALLAH, ni takdirnya.. kenapa perlu aku risau, sudah semua ini janji DIA kepada hambanya.. yang mana bila sudah tiba masa ny, kita akan bertemu juga dengan jodoh kita..

maka tibalah masanya, hari aku dan dia disatukan.. kami masih sama seperti suami dan isteri2 lain, cuma beza kami, cinta kami disemai selepas kami selesai akad dan nikah. semua nya sangat indah sebenarnya.. cinta selepas kahwin dan cinta sebelum kahwin lain ceritanya.. mula dari detik ini, kami saling berkenal-kenalan antara satu sama lain. tak seperti pasangan lain, penyatuan setelah lama menjaga dan membaja cinta. tapi aku dan dia.. cinta kami baru nak membenih, dan dari kami jugalah yang menentukan sebagaimana suburnya ikatan cinta kami. aku gembira kerana dia dapat menerimaku seadanya.. aku juga sama sepertinya.. dia adalah isteriku sekarang.. baik dan buruknya aku terima seadanya.. kerana dialah pelengkap hidupku sekarang. kata orang, kesempurnaan kita lelaki adalah selepas kita sudah berkahwin. (merujuk palotak aku tentang cita Hawa dijadikan dari tulang rusuk Adam). rasaku hidupku sudah lengkap. semuanya teratur sekarang. syukur kehadrat ALLAH.. aku berbahagia sekarang.

pada yang membaca, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH, jika DIA izinkan tiba masanya.. maka tibalah masanya.. jangan kita terlalu menggesa diri untuk mencari cinta, jangan juga kita terlalu menghambakan diri kepada cinta. kerana cinta itu milik ALLAH, malah segalanya dalam idup kita adalah milik ALLAH, kita hanya dipinjamkan cinta ini untuk kita lebih lagi kuat menghambakan diri kita kepadanya. bukan ng merosakkan nya dengan janji-janji palsu atas alasan cinta. berhati-hatilah dengan cinta. mungkin pernah kamu merasakan putus cinta, betapa sakitnya perasaan itu, tapi perlu juga kamu ingat, mungkin ALLAH takdirkan perkara itu kerana hendak melindungimu dari perbuatan-perbuatan mungkar. semoga kita sama-sama mendapat keberkatan. Amin yarabbal alamin.

4 comments:

nora amila ghazali said...

wah3.. jiwang.. hehhehe.. cerita sendiri erk???? @_@

nora amila ghazali said...

wah3.. jiwang.. hehhehe.. cerita sendiri erk???? @_@

EiZaRaZiErYa said...

alahai~ sweetny~ wink3 >_<

fRaMe+LenSeS said...

Nora :: wat sndiri. tapi dari kisah benar. :)

Eiza :: ehhe. maceh2. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA