Followers

Showing posts with label Papa. Show all posts
Showing posts with label Papa. Show all posts

Sunday, 20 January 2013

Hanya satu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Maafkan ambe tuan puan cik encik yang membaca. Sekali lagi hilang beberapa hari sebab nya pulang ke kampung halaman isteri.

Khamis lalu, selepas pulang dari kerja, berehat dan bersiap untuk pulang ke sini. Tapi banyak juga lambatnya kami bergerak atas sebab ingin melawat ibu seorang sahabat yang dimasukkan ke hospital.

Agaknya dalam 9 lebih dekat pukul 10 baru kami bergerak dari sana. Sampai pun dah lewat 11 lebih dah. Mama masih menanti. Papa pula dah tertidur atas kerusi. Kata Mama tadi, bertanya papa nya, mana anak aku ni? Katanya balik? Tak sampai sampai pun? Betapa seksaitednya si papa dan mama menunggu anak mereka. Selalunya awal malam mereka dah masuk tidur.

Bersalah juga rasa lambat. Tapi apa nak buat. Di sana juga saya kena pergi. Dah tahu kan ibu sahabat tu sakit. Dan saya pula agak baik dengan ibu nya tu, jadi terus pergi tengok. Tak nak nanti terlepas macam bapa seorang sahabat tu. tahu tahu ja dah arwah. Ralat juga sebab tak dilawat pun masa dia sakit.

Hidup. Dan mati. Keduanya kuasa ALLAH. Seperti juga firmannya, tak dilambatkan walau sesaat pun bila tiba masanya. Sebab tu disuruhnya kita beribadat macam kita nak mati esk. Kenapa? Sebab dia mahu kita punya satu rasa yang mungkin bisa menolak kita untuk sedikit "tergesa" mengerjakan yang patut. Agar bisa mendapat yang terbaik dalam
Jangka masa sedikit yang tinggal ni? Alahhh bagi student mesti paham kan? Last minit study? Takkan anda tak pernah buat kan? Itu konsepnya.

Saya. Sekarang dah tak ada harapan lain lain. Melainkan membahagiakan insan insan tersayang disisi. Mama, Ayah, Mama dan Papa. Saya ada dua sekarang dah dapat lagi dua. Kalau boleh biarlah selagi semua nya ini ada, mereka dapat terbaik dan bergembira juga redha dengan saya sebagai anak dan menantu. Saya taknak menyesal. Saya hilang tanpa sempat berbakti pada mereka.

Kisah bakti ni, ada diceritakan ibu masa dia pulang dari haji hari tu. kisahnya. Sepasang suami isteri yang dapat ke tanah suci. Kemudian si isteri batalkan niat sebab ayah mentuanya teringin benar hendak ke sana. Diberikan tempat dia buat ayahanda. Namun, kuasa ALLAH, dan izin NYA, ada orang yang sudi berikan tempatnya buat si isteri. Segalanya dipermudahkan lagi bila pihak TabungHaji juga memudahkan mereka , alhamdulillah. Ohh ya, saya simpulkan terus kisah ni, akhirnya mereka pulang ke Malaysia. Si suami dan ayah pulang dahulu. Isteri sedikit lambat. Dan malangnya lambat juga kerana tak sempat melihat ayah mentuanya yang meninggal tak lama selepas sampai ke tanah air. Sedih bukan? Tapi tiada kesal kata orang itu. Dia berjaya sampaikan juga niat ayahnya. Untuk ke haji. Dan mereka juga yang jaga ayah yang tak sihat sepanjang di sana.

Bayangkan ya readers, usaha dan kesanggupan dia sanggup buat untuk orang yang mungkin kita tak rasa serapat kita dengan ibu bapa kandung. Ganjaran nya? Biarlah ALLAH yang tentukan. Dan buat kita yang masih ada. Hargailah. Tak dapat dua atau tiga mereka itu. Hanya satu. Ya, hanya satu..



Sunday, 25 December 2011

Sepotong Kepala Ayam Goreng Untuk Ayah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Satu petang, ketika pulangnya seorang suami dari kerja. Dia melihat isterinya yang tertidur di atas ruang katil queen milik mereka didalam bilik peraduan mereka, dalam fikirannya, mungkin letih gamaMama solat Asar?". Isterinya bangun dengan hati yang bebunga-gunga lalu menjawap soalan suaminya, "sudah Papa.." lantas bangun dan mencapai tangan suaminya dan dikucup penuh sayang.
Si isteri kemudiannya turun ke dapur dan menyediakan santapan buat suami tercinta. Lauk untuk petang itu adalah lauk kesukaan si Suami. "Lihat ni Papa, Mama sediakan masakan kesukaan Papa.". Suami pun membuka penutup makanan lalu melihat ada sepotong kepala ayam yang terhidang untuk dirinya. Lalu si suami memakannya dengan lahap dan menghabiskannya. 

Isterinya yang setia menemani si suami makan, sambil bersembang dengan suami nya. Isterinya bertanya,
"Papa, kenapa Papa suka makan kepala ayam, padahal Mama dan anak-anak kita tidak suka kepala ayam?".

Suami yang sedang makan menghabiskan suapan terakhirnya, dan selesai mengunyah, dia menjawap, 
"Itulah sebabnya kerana Mama dan anak-anak tidak suka makan, jadi Papa habiskan la, supaya Mama dan anak-anak kita dapat makan bahagian yang paling enak."

Mendengar jawapan dari si suami, terlahirlah butir-butir mutiara jernih turun menuruni pipinya. Jawapan itu menyentak jiwanya. Langsung tidak terlintas olehnya yang sepotong kepala ayam itu punya maksud paling dalam yakni setulus-tulus kasih dan cintanya si suami terhadap dirinya dan anak-anak mereka. 

Suami yang menyedari tingkah laku isterinya yang dah mula 'banjir' datang mendekati si isterinya, lantas disapunya air mata di kelopak mata isterinya, terus memberi sebuah ciuman penuh makna di ubun-ubun isterinya. 
"Terima kasih ya Papa atas cinta dan kasih sayang Papa.". Ucap sang isteri. Suaminya menjawab dengan senyuman, petanda kebahagiaan hadir di dalam dirinya.

Wahai readers, kita seringkali mengabaikan sesuatu yang kita sangka kecil yang dilakukan oleh Ayah kepada kita. Kita terlepas pandang kasih sayang dan meletak ke tepi makna kasih sayang, cinta, pengorbanan dan tanggungjawab. Semoga dengan cerita di atas kita boleh mengambil hikmah dengan mencintai setulus hati ayah kita. Ingatlah yang walau sekecil kecil yang diberikan kepada kita, ia tiada dibuat tanpa makna, tapi sedalam-dalam kasih bersama perlakuan mereka. 

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Kenapa? Semestinya lah kerana hanya mereka yang sudi ada tika kita SUSAH, hanya mereka yang sanggup berdiri menyokong DUKA, dan pastinya, tiada lain dari kasih mereka yang telah menjaga dan membesarkan kita sejak dari kita kecil lagi. Hargailah mereka selagi ada, kerana kelak, mungkin kita tak dapat lagi hendak bermesraan sepertimana ruang yang kita punya sekarang.  


Credit n Edited from : Ust M. Agus Syafii

Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday #WW23

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dapat ini dari Email. kisah adik katanya dari dalam internet.....mak dia mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan mak dia, so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia.....dia cuma budak berusia 4 tahun....


Bayangkan kita di kedudukan adik ini. dan kita sebagai ibu bapa?  : 
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?

Dia seorang anak, dan kita seorang anak juga,
Adakah kita dah berikan kasih sayang sepatutnya kepada ibu bapa kita?
Adakah kita telah menjadi anak yang taat kepada ibu bapa kita? 
Adakah kita sudah memeluk dan mencium Ibu dan Ayah pada kali terakhir kkita berjumpa mereka?
Adakah kita anak yang pernah suapkan makanan pada mereka? 
Jika hari ini kita ditakdirkan akan pergi meninggalkan mereka, adakah kita tinggalkan mereka dengan keadaan selesa? 

Dan yang terpenting,
ADAKAH KITA ADALAH CALON ANAK SOLEH DAN SOLEHAH YANG BAKAL MENDOAKAN MEREKA ANDAI SATU HARI NANTI MEREKA DAH TIADA?? 

Renung-renungkan....

Monday, 31 October 2011

Kisah Pengurus, Anak dan Seorang Ibu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya

"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.



Sumber : Facebook

Sunday, 19 June 2011

Selamat Hari Ayah Enchik Azlan Bin Hashim

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Ummm.. pagi tadi Nadh dikejutkan dengan entry NI.
Entry by Adik.

Seyes rasa jeles sebab entry NI ada gambar yang di-Edit by Enchik Photographer ni + cetusan hati dia.. Maka atas sebab tu lahir entry ni, kalau tak, nak mencoret ja, tapi takpa la. Wat terus Vlog. puas ati den.. agagagagag..

Taknak cakap banyak la. Anda tentukan la sapa lagi vavavooom .. :P


Sekian memaklumkan untuk negara.


Buta+Pekak+Bisu=CINTA