Followers

Showing posts with label Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Cerita Sebungkus Biskut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kisah ini saya copy bulat bulat dari page PENYOKONG SETIA HIJAU KUNING .
Sebab saya suka apa yang disampaikan dari kisah ni. "Dalam" message dia sekiranya kita cuba renung-renungkan apa yang ingin disampaikan. Moga moga ianya bukan hanya dapat mengetuk hati saya, malahan anda anda yang membacanya juga.

Coretan ini hanyalah sekadar untuk menjentik minda dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun dengan orang yang sudah tiada.

Kisah ini berlaku di salah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran.

Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.
Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya. Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata , "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut,setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".
Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat. Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya , didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!
Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir.Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya , begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita sangkakan.
  
Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama.

Monday, 31 October 2011

Kisah Pengurus, Anak dan Seorang Ibu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya

"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.



Sumber : Facebook

Thursday, 19 May 2011

Sapa salah ni?

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.. 

"Kita kena kawin dengan orang yang sayang kita, bukan dengan orang yang kita sayang lebih2, sedangkan dia tak sayang kita sangat..

Ni kata-kata akhir siri drama Nora Elena tadi. Kata dari Mak Nora lepas dia kecewa enchik tunang putuskan pertunangan masa nak dekat-dekat nak kawen dah. Betoi ka kata mak dia tu? 

rasa macam betoi jugak pn ada la kan, kalau aku jadi Nora tu pn, bleh blah la tunang dia tu, apa daa, pompuan camtu dok tunggu dia, lepas tu leh wat tatau, nak kawen da kot.. leh la ralit dengan keja dia.. Sampaikan diabaikan kaw-kaw pompuan tu. Ni salah tunang dia la..

Tang Nora pn taleh nak dilupakan la, walaupun dia ni cun melecun, tapi dia salah jugak, dia ni pun satu jugak la, dah ada tunang kot, senang-senang ja keluar dengan laki lain, berhantar ber-ambik plak tu, ke sana , ke sini, cam terlebih sangat plak la cam ni kan? tak baik untuk kesihatan okeh..

Encik Seth ni satu lagi, dalam Islam pun dah sebut kan, Nadh tak nak sebut sal dah kawen la, tapi cukup bila seseorang tu dah tunang, pun tak dibenarkan sapa-sapa mai masuk line kan? so kat sini ada la salah dia tu.. 

Tu dia aih,. suma Nadh kata salah kan? so sebenarnya sapa yang salah ni? 
Yang betoi-betoi nya,, semua kita tak pernah silap dari buat salah kan? TAPI..

1. Menghukum tanpa usul periksa bukan satu tindakan yang betul kan?
2. Ngorat tunang orang pun salah kan?
3. KuaQ dating (walau tak macam dating sangat) dengan orang lain pn salah masa dok tunang kan?
4. Kerjaya tu penting, ( YUP.. BETOI ), Tapi bukan sampai abaikan segala yang ada di sekeliling kita kan?

Tu saja dari Nadh. Pesanan Nadh, hargailah apa yang ada bersama kita, jangan abaikan ia, sebab kita takkan rasa waktu sekarang, tapi bila satu hari nanti, kita mesti akan rasa sesal sebab tak pernah hargai dan tak buat terbaik pada yang pernah hadir dalam hidup kita bila satu hari nanti kita dah berasa kehilangan. Pesanan buat Nadh juga.. :D

p/s :: berapa hari da nak cakap sal cita ni, baru ada peluang. hihi.. :D


Saturday, 26 March 2011

Khutbah Jumaat :: Kekuatan Umat Islam


Khutbah Jumaat : Surau Ar-Razi
Tajuk :: “Kekuatan Umat Islam”

Tajuk khutbah Jumaat hari ni hebat. Dan Khatib sangat bersemangat bagi khutbah.

Kekuatan Umat Islam? Apa dia sebenarnya kekuatan umat Islam ni? Apa yang hebat sangat tentang kekuatan Islam yang di beri istimewa pada umat islam ni? Yang menjadi ketakutan kepada semua musuh-musuh islam ni? Biar kita hayati ayat di bawah ni.

"Hai manusia, sesuangguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuraat : 13)

Dari ayat diatas. Dapat kita simpulkan, tiada yang lebih penting dalam diri kita yang perlu diterapkan melainkan kekuatan takwa, iaitu iman. ALLAH sendiri menyebut yang tiada beza kita semua di pandangan DIA melainkan yang bertakwa, bukan yang berharta, yang kaya raya, yang berjawatan tinggi, yang putih, atau yang hitam, tapi tak lain tak bukan adalah yang paling beriman antara semua. Lihat sejarah peperangan Islam, iaitu Perang Badar, yang mana ketika itu, umat islam hanyalah kira2 313 orang, tapi mampu mengalahkan Kafir Musyrikin yang beribu2, yang ketika ini, hanya berpegang kepada janji ALLAH, kepercayaan kepada Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Yang sebenarnya, kekuatan iman ini yang paling ditakuti musuh islam, dan kafir terutamanya kaum Yahudi. Pada 2006, ada berlaku satu kes di mana, Amerika menyelar dan mengarahkan Universiti Al-Azhar membatalkan satu mata pelajaran Jihad di Universiti berkenaan, tapi masa ni para ulama’ bangkit dan menentang. Akhirnya mereka hanya diam kerana tidak lagi dapat membalas kebangkitan ulama ketika itu.

Seruan dari khatib, marilah kita sama2 mengubah matlamat idup kita ini, dan meletakkan ALLAH sebagai matlamat utama hidup kita. Nescaya dengan itu, kita akan mengenepikan hal-hal dunia dam nescaya itu juga, kita akan berlumba-lumba berbuat kebaikan dan meninggalkan prebuatan maksiat. Tidak ada lain melainkan diciptakan manusia ini untuk beribadat kepada ALLAH, dan ini adalah amanah dari ALLAH setelah diciptakan manusia itu di muka bumi ini. amanah yang mana ditolak oleh bukit bukau, oleh langit kerana takutkan tidak dapat hendak menunaikannya.dan sekarang amanah ALLAH ni berada pada kita, kaum manusia ni. tapi andai kata masih lemah, apa cara nak ditunaikan tu?

Berikut beberapa langkah. untuk meningkatkat Kekuatan Iman kita.
1. Letakkan ALLAH sebagai matlamat utama kita. hanya dengan cara ini, kita akan lebih cintakan kepada kebenaran, kebaikan dan amal soleh, dan membencikan maksiat dan perkara mungkar.

2. Rasulullah SAW ikutan kita.Tapi sekarang, Nabi Muhammad SAW dah tiada, tapi dia pernah berpesan, bahawa Alim2 Ulama' lah waris dia selepas pemergiannya, jadi wajar kita menghormati ulama' ni. menghina golongan ini, sama jugak la dengan kita menghina Nabi Muhammad SAW.

3. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah
Nabi Muhammad pernah berpesan,
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-selamanya iaitu kitabullah (Al-Quran) dan sunnahku." Riwayat Imam Malik
4. Mewujudkan semangat JIHAD dalam diri. 
jangan takut untuk Mati kerana ALLAH, ini kekuatan paling hebat sebenarnya, berperang, kaum2 kafir takut untuk mati, tapi kita yang mana Jihad dalam hati, tak takut malah berani berjuang kerana kita percaya dan yakin bahawa perjuangan menuju jalan ALLAH. dan besarnya ganjaran sekiranya Syahid di jalan NYA.

Kesimpulannya :: Kekuatan Iman ini sangat penting dan amat perlu dititikberatkan kedalam hati para pemuda kita sekarang kerana kekuatan ini kian tandus dalam diri kelompok muda kita yang kebanyakan sekarang ni terlalu disogokkan dengan hiburan, dan keseronokan dunia, mereka bukan lagi takutkan akan balasan, tapi semua itu tidak diambil berat dengan slogan, "kita masih muda". apa pun ,semua perlulah berusaha untuk kearah ini, sekira nya kita semakin longgar dengan perkara ini, makin lama semakin hanyut dan tenggelam lah kita didalam alam fana ini. kerana itu diibratkan kita umat islam seperti si gergasi yang tidur.

wallahualam. smoga mendapat kekuatan. dan bersatu memperkuatkan jentera ALLAH. amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA