Followers

Showing posts with label Review Blog. Show all posts
Showing posts with label Review Blog. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Review | Belog Cik Chenta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam masa Nadh menjawab komen-komen tu, terjumpa satu komen ni. Lepas tu, Nadh pun terus belek-belek belog dia. Dia ni bukan blogger baru sebenarnya, tapi dia pernah stop satu masa dulu sebab kesempitan masa dan kekeringan idea katanya. Tapi kini dia kembali.
Meh Nadh nak kenaikan, Cik Chenta.
To be honest, tak banyak yang dapat Nadh belajar dari tuan punya belog ni sebab tak banyak info mengenai diri dia dalam tu. Yang Nadh dapat tengok, Belog dia kemas sangat. Dengan warna yang tak menyakitkan mata, gadget merapu yang entah apa-apa, buat belog dia nampak simple sangat. Tapi yang Nadh pasti kan, kata-kata dia, quote dia memang superb. Salah satunya yang ni. :
Dunia blog adalah sangat indah. Kerana setiap titik bicara terletak pada jari kita. Mungkin kelainan pada blog kini berbeza pada blog dulu. Tapi siapalah kita untuk mengubah sifat semulajadi yang tertanam dalam diri sejak azali. 
Nadh rasa setuju sangat dengan apa yang dia kata tu. Beza zaman sekarang tak bererti kita dah lapuk kan? itulah dia antara nya yang dikongsikan dalam entry sulung dia dalam belog http://cikchenta.blogspot.com/. Baca quote dia ni, Nadh rasa kan, dia ni adalah seorang yang begitu suka menulis.

Godek-godek lagi, jumpa lagi satu.
Masalah kita hadapi sekarang ni tak sesukar macam dulu. Banyak lagi dugaan yang Allah nak kasi kat kita. Rasulullah lagi hebat dugaan dia, macam mana dia pada mula seorang diri nk sebarkan agama Islam. Macam mana nak buat orang percaya? Susah kan?
Ini quote yang Nadh jumpa dalam entry blogger tu..Wowwwwwwww.. Quote tu sangat dalam tu. Buat para-para yang berfikir, kenapa mereka diuji teruk sangat, tak pernah sunyi dari dugaan, rasanya itu cukup untuk basuh minda tu dari berfikir yang bukan-bukan.

Best kan cara blogger ini berfikir? Meh kita berkenalan dengan dia nak? 


P/s : Nadh ucapkan selamat kembali pada dia. Selamat menceriakan dunia ni dengan perkongsian-perkongsian menarik, moga-moga semua mendapat manfaat darinya. ;)

Tuesday, 31 January 2012

Satu-Dua-Tiga-Empat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Wahhh.. dah lama tunggu angka ni. Akhirnya, SATU-DUA-TIGA-EMPAT juga belog ni. Hihihi. ye la. mana tak lamanya, belog bersawang ja. Orang pun tak mau mai lawat kan?


So hari ni Nadh nak review sikit la belog tuan tanah ni. Baru kenai semalam tau. Kenai pun sebab dia buat entry wish besday juga macam Nadh punya entry NI.


Meh nak kenaikan tuan tanah ni. Shy-shy cat punya orang ni tau. Nama dia Yee Nunaka. Masih berteen-teen umurnya. N study kat Shah Alam dalam bidang Plantation Technology & Management. Bunyi course pun macam dah meletops kan? Ntah apa dia belajar tatau? (kami orang kampung ngaji tak tinggi tak tau.)

Umm belog dia ni cam comei gitu, tengok aja header kat atas tu, creative kan dia? dengan belog dotted warna ijau, memang nampak menarik, simple tapi ceria, menarik minat nak explore. Dan susunannya dalam tu kemas, tak ada macam-macam menda merepek, ringan je belog dia tu.

Dari pembacaan Nadh kan? Dia ni peminat Harry Potter tau. Sebab ada 2 entry dia sebut pasal Harry Potter. Satunya cita tak gatai nak kawen, lepas tu lagi satu dia nak beli buku Harry Potter buat koleksi.

Nak beli barang inner tudung dari Mama Fera Collection pun boleh contact dia jugak.

Bagi yang nak kenai dengan dia, rerajinkanlah diri anda menekan kat header tu, atau tekan ja dekat SINI.


P/s : Tak sangka dia juga peminat cita segelen ayaQ mata. Kita geng la cheQ. :P

Wednesday, 16 November 2011

Wordless Wednesday #WW22

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sedang mendengar,


Sambil



Lepas tu jumpa. 


Nadh tengah wordless ni. SANGAT-SANGAT-SANGAT.
Kalau anda nak tengok lagi hasil karya TUAN TANAH YANG SANGAT BERBAKAT NI.
Silalah click dekat SINI.






Shhhhh.. Jangan kasitau tuan tanah ye?

Tuesday, 9 August 2011

Review Blog #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

As an appreciation untuk entry NI. Nadh akan review blog-blog Tuan dan Cik yang berkenaan.

Mula sekali kita mulakan dengan akak ni ye.


Akak ni pemes tau. Nadh baru perasan belog dia ni dah tukar pakai header baru. (wahhhh.. kagum seketika.). Lepas tu sejak ber [Dot] Com, akak ni punya belog pn dah banyak berubah. (wahh kagum lagi)

Lagi, akak ni ada banyak entry. Dan antara yang telah mememeskan dia adalah entry NI. Untuk berkenalan dengan akak ni, silalah merajinkan click kat header dengan lesung batu tu, atau click ja kat SINI


Yang kedua nak review adik NI plak.

Blog bernama With Love!, entah apa yang nak berlove-love tu Nadh pun tak berapa pasti la. Tapi yang pasti belog kaler ungu ni memang menarik perhatian. Tengok header sudah la. SANGAT KREATIF kan? Seyes terbaekk.. 

Untuk makluman, adik ni dah punya kamera DiSeLaR dia sendiri. Sebab tu sekarang entry banyak tentang Photography, tengok sahajalah entry Ni, Ni dan Ni

Malah dia turut ada Belog Khas untuk abadikan Kenangan-kenangan tersebut. Apa pun,nak berkenalan dengan adik yang rasanya masih single ni, bolehlah click kat SINI.

Note :: itu sahaja untuk kali ini, akan ada lagi nanti ya, nantikan siapa pula lepas ni. weee~~

Friday, 5 August 2011

Ini Belog Nadh la Enchik Alongxp

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Okeh, ini entry jeleshh lepas tengok Belog dengan header baru ni kena review. Maka dengan itu Nadh pun menjoinkan diri jugak la dalam segmen Enchik Alongxp NI.

( Eh, memang kena print screen ka? gulppp.. )

1. Alongxp tanya tarikh mula berblog. ?
- Ehem2.. sebenarnya nak sebut pun malu. hihi. Tapi kena gtau jugak kan? Tarik mula Nadh create blog ini adalah ada 18-Dec-2009. 
- Mula aktif pada 16-Feb-2011 sejak join group Kami Blogger Utagha
- berubah kepada Nadzrie [dot] com pada 10-July-2011

2. Alongxp tanya entri yg korg paaaaaaling suke.?
- Semestinya la semua kan? Kita menulis dari hati, jadi yang terhasil itu adalah yang kita paling suka.
- Tapi demi menjawap soklan, Yang terpaling suka rasanya semua yang ada dalam NI. Sebab semua ni adalah hasil usaha Nadh buat cerpen sendiri.

3. Alongxp tanya entri yg paaaaaaaaling byk komen?
- Rasanya yang paling banyak komen adalah entry NI.  Tak la banyak macam entry orang lain yang beratus-ratus setiap entry kan, tapi jadilah. Kepuasan bila kita menulis dan orang mengomen. ;)

4. Alongxp tanya kenapa korg nak direview?
- Belog picisan ini terlalu banyak ruang yang perlu di perbetulkan. Diharap dengan komen Alongxp, boleh juga la Nadh buat panduan untuk memperbetulkan disamping memanthopkan perkongsian yang ada dalam ni di masa depan.


To Alongxp : Maceh bebanyak. Untuk ruang yang diberikan. 



Sapa lagi nak? Sila click kat SINI

Monday, 18 July 2011

Kenapa dengan Mimpi semalam? Its 999 -

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Ada sesiapa sedar tak dengan kisah Kisah Mimpi Nadh semalam? Ngeri tak? (Merapu aja lebih kan?)
Seharian juga berfikir, apa cerita disebalik mimpi berkenaan, Nadh dapat selesaikan beberapa tanda tanya dalam hati Nadh. Berikut apa yang Nadh dapat huraikan dengan mimpi, dan hari ini.

Mungkin ALLAH nak bagitau :
1. Call police. : 999. tapi tak dapat. tapi hari ni dah dapat. (Tercapai angka ini). Alhamdulillah

2. Hati perlukan 999. Panggilan kecemasan.
Iman a.k.a POLIS- terus-terusan menjadi "Penjaga" terbaik dari perbuatan dosa.
Insaf a.k.a "Ambulans" - Panggilan kecemasan kedua, membaiki kesilapan, mengubati Iman. Menjahit kembali Iman yang carik.

3. 999 - Mangsa perlu diselamatkan. ALLAH nak selamatkan dari terus-terusan lalai dari mengingatinya.

4. Kenangan Ianya untuk dilupakan dan menjadi benteng kepada masa depan. Agar yang terbabas itu dielakkan, yang belum itu dijaga. 

5. Mati - Hidup itu InsyALLAH, MATI ITU PASTI. ALLAH sedang sampaikan, yang sebelum tibanya MATI, terbuka luas jalan ke arah kebaikan dan keinsafan. Amal Makruf, Nahi Mungkar. Kembalilah ke jalannya.

6. Punctuality - PENTING sangat !!

7. Air Mata - Satu-satunya yang mampu HARAMKAN Api Neraka dari menyentuh tubuh badan kita. Yakni yakin dan sebenar-benar bertaubat dan berniat meninggalkan perbuatan-perbuatan dosa.

Segalanya susunan ALLAH kan? Alhamdulillah.. diberikan peluang bernafas hingga ke hari ni. Moga-moga perubahan hari ke hari ini bawa diri ke arah yang lebih baik.


Opss, BTW, ini Yang buat Nadh rasa bertuah dengan tindakan menekan button FOLLOW tu. Sudi la jugak dia nak masuk belog nan kudus Nadh ni kan?


Adik baru kenai ni. Belog comei ja. Adik 15 tahun ni tahun ni nak jawap PMR. Tapi dah pandai sebut pasal SEKS. Jangan salah sangka tau, SEKS itu Solat-Elakkan maksiat-Keimanan-Selawat la.

Nak kenai lagi dengan adik yang punya identiti Kepala orang badan kartun ni, meh la lawat belog dia.
Sangat comei kan? Nak gelak guling-guling leh? Sebab comei sangat..
Nak tengok lagi tak? Leh la click kat SINI.

Wednesday, 15 June 2011

Jiran diserang VIRUS CINTA

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

" Apabila didatangi cinta, kita jadi buta. Buta tentang segalanya. Setiap nasihat yang menghampiri kita pekakkan telinga. Dan jika cinta kita terputus di tengah jalan kita akan menjadi bisu. Itulah cinta. "


Arghhhhhhh... Arghhhhhhhh... (saja wat muka tekejut)
 
Ditambah plak dengan muka heran.

Bersama dengan muka comei

Dan muka tertanya-tanya


JIRAN Nadh ni....

diserang Virus Cinta... Tak caya.. tengok entry MANGGA ni... 

Lebih-lebih sila rujuk CERPEN bersiri yang banyak-banyak ni..
I think I love you [1] [2] [3]
Cinta dalam hati [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]
Kurasakan sesuatu [1] [2] [3] [4] [5] [6][7]
Aku, Dia, dan Paparazzi [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10][11][12][13][14]
 


Larikkkkk...


Banyak lagi tau kalau anda nak baca.. pergi la blog tu, banyak menda dalam tu.. Seyes menarik...


Monday, 6 June 2011

Dia Jet? Dia Plane? Superman ka?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Sebelum pape, meh kita layan dulu Video nih..

Entry pelik lagi heran petang ni. mengenai seorang manusia yang dilahirkan doploh tahun lalu.
Masa itu dia sangat comei, dan berkulit putih gebu lagi cerah. Hinggakan dia membesar dengan baiknya di bwah bimbingan dan jagaan dua manusia yang menjadi sumber inspirasi dia hingga ke hari ni..

Sekarang dia dah beranjak ke alam remaja remaji. Dia pernah satu masa dulu menjadi manusia suka menari, tapi sekarang menumpukan minat pada photography. Siapakah dia?

He it a Jet? 








He is a Plane?








oWhh noo.. He is Superman...









Oihhh.. oihhh.. salah jugak la.. Dia tu manusia NI.
( Oihh cam sama ja dua-dua, mana satu ni? TEKA LA.. )

Nak perkenalkan,
Enchik Nadzli Azlan,
Tuan punya belog http://afrospexs.blogspot.com/
 Suka amek gambaQ (Juruphotographer terhormat Nadz kosa 3)
Banyak dah karya masuk dalam belog DSLR 1H1F.

Maklumat lanjut sila click kat SINI.
Untuk berurusan dengan tuan tanah atas sebab GAMBAQ SAHAJA.
Teknik Edit ka, mintak pandangan ka, nak panggil jadi PhotoG rasmi majlis kawen ka.. Suma buleh aihhh..
 Atau leh add dia dekat FB RASMI (macam retiss plak aih.. hihi)
Atau LIKE page SpexSphotography.


Apalah PhotoGrapher kalau tak ada KARYA HEBAT dia kan? Ni share sikit-sikit saja.. 
(Nak lebih sila ADD dia ya..kat SINI )





Note :: Pape pn ai bangga sebab ai dapat menjimatkan duit untuk bayaQ PhotoG nanti. ai have my own kan? lalalalalalalalalaala~~


Friday, 27 May 2011

Its 666.. Thanks all for the support..

Assalamualaikum..

Akhirnya... angka 666 tiba jugak dekat belog Nadh yang tak seberapa ni. 
Terima kasih sangat pada yang mengikut, yang memollow, yang membaca, yang menyerbu, 
semua la yang berkaitan dengan belog Nadh ni..

Malam ni Nadh nak kenaikan seseorang. Pemilik angka 666 dekat belog Frameandlenses.com blogspot.com ni. Baik, Nadh nak kenaikan..Nama Cik yang buat Nadh rasa bertuah ni..

 Nama diberi : Syazana Jasmee
DOB : 22 August 1990
Currently masih menuntut di UiTM Sri Iskandar, Perak dalam kursus Diploma in Estate Management.

Comei tuan tanah ni kan? tu belum tengok belog lagi.. lagi comei.. tak caya?

Ni header dia, nak tau lebih lanjut leh click kat header dia..

Entry dia pun leh tahan jugak.. Nadh tak tengok banyak, tapi ada beberapa yang menarik hati Nadh.
Dia ni suka letakkan cita lawak. dan memang lawak la.. nak tegelak membaca ny.. 




Berikut sedikit review Nadh untuk belog Cik Syazana iaitu belog http://syazanajuzme.blogspot.com/.
Nak tahu lebih? rerajinkanlah diri anda click dekat LINK yang Nadh bagi dekat atas tu. Tak rajin kalau leh click kat SINI 

Maceh kerana membaca..

Wednesday, 11 May 2011

Beranjak ke angka 555

Assalamualaikum..
Malam ni Nadh nak kongsi pasai angka 555.

 

Actualy angka ni dicapat malam semalam. tapi disebabkan encik berokbeng da kena block dalam Nadh tak sedar, terpaksa rela la lupakan seketika menghapdet belog semalam. Tapi Nadh semalam lambat sikit online sebab masa awal Nadh tgk dalam empom adalah 555. Tapi baru ja cucuk kat PC nak online nak print screen, dia dah jadi 556. ahaa.. lambat cket.. tapi takpa la. sebaik saja Nadh nampak page dia, Nadh dah bookmark page tu. Supaya senang Nadh nak review hari ni.

Rasa cerah ja biji mata sebaik membuka page dia ni. Pemilik page Addin Chaos warna putih bersih ni adalah Miss.Addin.. Sepanjang Nadh buka page dia, banyak entry rohaniah dikongsikan oleh dia. antaranya, entry NI, NI dan NI.

Tapi yang paling menarik perhatian Nadh adalah entry ni. dan sekiranya dibaca oleh adik beradik KBU Nadh, nak sangat depa terus ke page ni. diibaratkan anda semua macam dalam entry ni..

(Click photos untuk ke entry ni)

Apa pun, Moh le kita reramai p terjah page dia ni.. Jum click dekat http://littlemissaddin.blogspot.com/

Wednesday, 20 April 2011

444 direalitikan.

Assalamualaikum.. 


Alhamdulillah.. cepat pula ya kali ni Nadh update. Last 5 hari yang lepas Nadh dah update tentang angka 333. Ni hari ni Nadh nak update pula pasal 444. Alhamdulillah sekali lagi sebab ada jugak ya nak menjadi follower blog Nadh yang serba daif dan tulisan Nadh yang naif ni. Syukurlah. harapnya sedikit sebanyak dapat Nadh berkongsi buah fikiran yang tak seberapa ni.

Boleh Nadh gelak kat diri sendiri tak? orang lain dah kemana-mana hala kan ramai dah, Nadh pula baru nak merangkak-rangkak. hihi. tak apa lah, we just leave it to ALLAH kan, andai ada yang nak ikut, iktlah, andai tiada pun, itu kan pilihan ALLAH, DIA yang mengawal Suis Hati kita kan? Ikhlaskan hati seikhlasnya untuk berblog, dengan harapan perkongsian yang diberikan dapat sedikit ingatan buat yang membaca.

Baiklah, Tanpa lengahkan masa, nak umumkan si yang bertuah tu adalah encik Ryo Azhar Rahza. Pemilik kepada blog http://ryoazhar.blogspot.com/. Satu lagi blog warna hijau yang menyejukkan mata memandang. Serious suka pula buka blog ni. Sebab warna hijau kot. Nadh perasan tuan tanah ni seorang lagi pengkarya makanan ni. tak caya leh tengok entry INI, INI dan INI. Nampak gayanya makin ramai la tukang-tukang masak lelaki hadir dalam dunia blog sekarang kan? hee.. ;)

Mari sama-sama kita pergi gegar blog Ryo. Mana tau leh dapat sikit Tips masakan dari dia.. hehehe
 meh la.. click dekat SINI..

Friday, 15 April 2011

333? Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. 
 

Syukur alhamdulillah la.. sebab akhirnya, dah 333 kat blog nadh ni..
belog Naif lagi tadak apa ni.. ada jugak la yang nak memollow ni kan..
so sebagai penghargaan kat insan berhati mulia memollow di angka ni. 
Nadh nak kongsi sikit cita sal dia.. 

Nama dia Nur Zawani Binti Mat Noh.
Lahir pada tanggal 14 August 1992. 
Merupakan anak bongsu dari 7 adik beradik.
dan sekarang tengah ambil form 6.
salah seorang ahli dalam Kami Blogger Utagha.
Yang Nadh kenai adik ni sorang yang pendiam gitu..
baguih2 sebab abg Nadh depa ni pn pendiam jugak. PALING PENDIAM KAN.. 
tapi tu la.. kalau cita banyak susah plak. tapi apa kata kalau kita p tengok2 isi apa dalam blog adik Wany ni.

Suka sangat entry Adik ni pasai 
AYAH, AYAH dan Bonda
(sila click tajuk untuk direct kepada entry blog)
nampak dia sangat sayangkan KEDUA TAPAK AWAL DIA KAT DUNIA NI.
Sama-sama kita mendoakan kebahagiaan adik ni.
dan Al-Fatihah juga buat Arwah Ayah dia.
Moga Rohnya dicucuri rahmat dan sentiasa ada dalam rahmat ALLAH.
dan ditempatkan bersama kalangan para solehin.
Amin yarabbal alamin.

Thursday, 17 March 2011

[Jilid 6] My Appreciation :: Nadh Review Blog Kamu

Okeh.. last edition untuk versi Drama KBU.
nak akan selesaikan 2 lagi blog malam ni jugak..
2 orang yang jadi agak rapat ng Nadh selepas selesai cita tu..


satu nya budak ni..

meh nak tjk cket. bila masa tah dia muncul..

 
nak kenaikan.. adik Nadh sorang ni..
nama dia.. Afifa Halim. budak comel studeng UMP ni amek Chemical Engineering.
kos super dasat dan memeningkan.. hoo.. ni dia blog dia.. (leh click kat gambar untuk terus direct ke Blog dia)
bekenan sungguh dengan kata2 hikmat dia ni..
"Hidup bukan sekadar menyedut Oxigen!"
nampak pendek, tapi maksud dalam tu. mungkin dia nak kata, hidup bukan sekadar hidup, toi ka ni? ahhaa.. pandai2 ja la nak tolong explain apa dia kata.. bek la tuan badan tlg explainkan kan.. hiii

meh tengok apa ada dalam blog dia..
cam menarik ja guna abstract sebagai wallpaper pada blog ni.. warna menarik kan? hitam campur kaler2.. ala-ala ceria gitu.. isi dia plak? meh share..
tu dia aihh.. cita pasai Laki yang menarik minat cik Afifa nih..
sat nak listkan..
1. Pakai spek.
2. Pakai baju Melayu
3. Yang ada janggut cket.
4. last skali yang baru balik dari bersukan.
tu dia aih.. ni unsur2 yang disukai perempuan2 ka.. ahhaa.. baru jumpa orang kedua yang minat laki kerana berbaju Melayu. hari tu cik Adish.. hiii.. so to those yang rasa2 kenan ng dak comei ni. dipersilakan.. dan sila isi keempat2 diatas tu ya. ahhaa.. :P

tu baru satu post.. ada lagi yang menarik ni.. nadh cita pasai 2 ost sudah la noh.. nak lebih2 p la explore sndiri ya..
ni lagi satu. saja la nak amek cita sal laki dalam blog nih.. ahhaa.. pikiaQ sat apa utarakan dalam nih.. Laki Emsemm sora tak Macho? toi ka? sat nak kena kaji balik.. toi ka ae? hahahaha.. Nadh sndiri yang ta emsemm pn penah kena jugak, ada ka patut depa kata sora comeii.. ahhahaha.. pelik2.. napa ya? kena wat kajian nih.. Cik Afifa : sila keluarkan hujah kamu.. :P

tu dia.. banyak cita dia kan.. hihi..
apa pun nadh masih menanti kisah yang dia sebutkan dalam entry nih.. iaitu pasai
entah apa la menda ni kan.. hii.. entry yang dok ada pun tak abeh explore dah tunggu entry baru.. ngok ngekk toi la nadh sorang ni kan.? ahahhaa


selesai sudah yang nih.. last one..
pasai Cik yang last sekali..
tadak banyak. tapi ada tang dia gelak ja..
mana satu nih...

nak tunjuk la nih...
hadir ketika pujuk nadh y dok majuk time tu.. 

Nadh kenaikan.. Adik Cahaya Wany..
 
blog simple ja.. berlatar belakangkan hitam, tadak kata-kata semangat, ayat-ayat puitis mengisi header dia.. 
ni la dia blog yang dah punya 46 follower. menarik jgak melihat blog ni. sangat simple. blog dia ada isi yang menarik sebab ada info2 yang menarik dalam ni. antaranya 32 Perkara Rahsia Israel Yang Disembunyikan.

tapi yang menjadi perhatian Nadh adalah post nih.. 
 
 
Puisi yang didedikasikan khas buat Arwah Ayah Cahaya Wany. hebat sekali. sayu plak membaca.. hebat sungguh bakat dalam diri adik sorang nih.. aii.. mana dia dapat idea nak wat nih.. **kagum seketika ** (nampak gaya kena berguru dengan dia nih.. nak jadi terer camnih jugak) hihi.. sama2 kita hadiahkan Al-Fatihah buat ayah dia ya.. 

lagi satu.. Nadh suka yang ni.. 
 
entry penuh makna dan berinformasi. rasanya hebat kata-kata dalam ni.. bleh la guna nak naikkan semangat orang-orang yang tengah down tu kan.. teruskan berkarya dik. so damn proud of you. ;)

ni last, entry paling masyuk dari adik Wany, ehh silap. cekgu Wany yang menjadi cekgu mengajar kawan2 dia wat blog dekat Pusat Jalur Lebar Komunity (PJK) tempat dia.. wahhh. bgs toi.. ilmu yang baik dikongsi bersama.. gud dik.. baguslah.. bukan main2.. tapi dia ada 4 anak didik tau yang wat blog dengan ilmu yang diturunkan. tahniah tau dik.. 


Note :: demikian sedikit corat coret ilmu dari blog rakan2 KBU yang da menceriakan hari Nadh. nak tau, nak kenai depa, sila la click kat gambar, memang terus smpai ke blog tuan punya diri. harapan Nadh, agar jalinan ukhuwah yang dijalin, sntiasa dalam landasan nya, dan mendapat rahmat dari ALLAH. 

Sekian. Assalamualaikum

Buta+Pekak+Bisu=CINTA