Followers

Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Kisah #Copy : Pengorbanan Seorang Isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
Hari ini ada sebab nya saya sibuk begini. Yayang tak sehat. Saya dalam perjalanan nak ambil Yayang di rumahnya,. Doakan kesihatan Yayang ya. Hurmmm. teringin nak menaip satu kisah buat semua, tapi sayangnya tak berkesempatan. Ni saya ada bersama lappy, bawa, kononnya nak naip masa atas bus, tapi tak kesampaian juga rasanya, jadinya saya kongsi saja lah kisah yang saya ambil dari dalam facebook. kisah yang dikongsikan isteri kepada saya. 
Kisah #Copy : PENGORBANAN SEORG ISTERI

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
**********************************
Sebenarnya kisah ini datang bersama pengajaran yang paling penting untuk kita hayati dan kita muhasabah balik perhubungan kita. 
Iaitu mengenai kebahagiaan. mengenai perhubungan kita. Saya pendekkan, kita kata kita tak bahagia. kita tak seronok, kita tak gembira bersama mereka. Tapi sebenarnya kita yang salah, kita tak jadikan hubugan itu sesuatu yang menarik, yang bermakna. 
Ambil contoh sekeping syiling hitam yang sudah tak nampak rupa. Buruk dan sangat menggelikan. Mana tak nya, dah la hitam, berdaki plak tu, baunya, tak perlula saya nak cerita. Tapi kemudian kita ambil, kita cuci ia sedikit demi sedikit. Dari buruk seburuknya hari demi hari ianya kelihatan semakin bersih, lama kelamaan berkilat dan cantik. Usaha kita tu, walau sedikit, tapi lama kelamaan akan membuahkan hasil. Siapa sangka kan, syiling hitam yang buruk, akhirnya menjadi salah satu harta yang paling kita sayang?

Macam kisah ini, isteri menuntut kembali suami buat apa yang depa buat masa mula  mula mereka berkahwin dahulu, dan ianya satu keajaiban kan? keintiman itu membuka kembali pintu kasih sayang . Walaupun tindakan dia itu untuk 'nama baik' suaminya, tapi secara tak langsung perkara ini membuka kembali rasa yang kononnya 'hilang' semenjak sekian lama mereka berkahwin. 

Moral of the story : Hargailah tiap saat yang kita ada. Ciptalah jalan untuk masa depan. Rangka perjalanannya jadi sesuatu yang indah, pasti pasti dan pasti, ia akan jadi yang sangat bermakna, lebih lebih lebih membahagiakan. Andai kata ada masalah, jangan lari darinya, tapi rapatkan hati bersama ALLAH, pasti ALLAH jaga kita jika kita jaga DIA, jaga AmanahNYA. :))

Saturday, 2 February 2013

Kisah #Copy : Kisah suami isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

#copypaste dari SINI.

Kisah ini adalah untuk pasangan suami isteri sahaja.
Senarai pelakon :
Isteri : Julia
Suami : Hasan

***********
Epilogue :

Julia dan Hasan telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Walaupun telah 5 tahun, kehangatan asmara masih terasa.

Syukur, mereka dikurniakan 3 cahaya mata yang comel.
Di hari minggu Jumaat :

Hasan > Ayang, malam ni abang nak. (^^)
Julia > ermm, Julia penat la abang...(-_-)" letih kerja pejabat tak habis lagi.
Hasan > Ok.
Tanpa cakap banyak, Hasan terus tidur.
Cuma Julia perasan akan ada tanda sedikit riak kecewa di muka suaminya. Julia tahu, bahawa :

Maksud hadis : Isteri yang menolak ajakan suami, akan dilaknat oleh Malaikat.

tetapi, bukankah dalam perkahwinan itu :

Maksud hadi : Sebaik-baik diantara kamu, adalah yang paling lemah lembut terhadap isterinya.

Julia > Hmmmm..dia faham kot yg aku penat, takperlah esok ada lagi.

*****

Seperti biasa, Julia bangun. Hasan telah tiada di sisi. Begitulah sikap Hasan , mementingkan Jemaah Subuh Jumaat. Hasan ke Masjid Damansara, kira-kira 6km dari rumah mereka.

Usai solat subuh, Julia menyiapkan sarapan, sudah menghampiri 7 pagi. Tetapi suaminya masih tidak pulang-pulang.

"Puan Julia, suami puan cedera teruk, Accident. Di room 512 ICU Hospital Selayang - Nurse "

Ringkas dan padat.

*****

Proloque :

"Kepada suamiku, aku memohon ampun, andai kata malam itu aku menolak ajakanmu dan dirimu tidak redha akannya. Sesungguhnya malaikat melaknat diriku....Ampunkan aku wahai suamiku.

"Hatiku berdetik, malam esok ada lagi, pasti aku boleh melayani kehendakmu. Apakan daya, ALLAH lebih sayangkan dirimu. Dia mengambil nyawamu, malang bagiku, dia mencabut nyawamu dalam aku tidak tahu.. Adakah kau redha denganku, ya suamiku.. Ampunkan aku.

"Akan ku besarkan, ketiga-tiga anak kita. Menjadi soleh, dan solehah, supaya mereka mendoakan kebaikan mu di alam barzakh sana. Ampunkan aku ya suamiku...

"Anak lelaki wajib taat kepada ibunya, dan aku isteri, wajib taat kepada suamiku... Aku bukanlah nujum, aku tidak tahu qada dan qadar masa depan..tetapi aku menolak ajakanmu suamiku...

" Saidina Umar alKhattab ingin meminjam wang negara, demi membeli barang keperluan anaknya. Tetapi ditanya oleh bendahari negara : Apakah kamu dapat menjamin , kamu dapat membayar hutang kamu kepada negara, sebelum putus nyawa ?
Umar tidak mengambil walau sesen pun wang negara, kerana dia berkata : Wahai anakku, aku tidak dapat menjamin nyawaku walau sesaat cuma. Kembalilah kamu.

" Ampunkan aku suamiku, Jika aku tahu hari ini hari terakhirmu, pasti aku memberi layanan kepadamu. Ampunkan aku Ya Allah. tetapi Redha Engkau adalah Redha suamiku...

Amin.. Lipatan Yaasin itu dimasukkan ke dalam tas tangan Julia.
Fina, anak perempuan bongsunya kini telah bersuami, menjadi teman setia dia ke kubur suami semenjak 20 tahun lalu.

Telah berkali-kali Julia memesan perkara yang sama kepada Fina, pentingkan perasaan dan kehendak suamimu.
"Syurgamu ada di suamimu Fina. Ingat pesan mak."

Guruh Petir



P/s : Bila dah sampai masa , dia tak bagi lebih sesaat pun. Bersedialah sentiasa. Moga pemergian kita nanti sebagai para soleh-solehah yang diredhaiNya. Amin Yarabbal Alamin

Friday, 18 May 2012

Cerpen | Keabadian Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"up to you ibu, Akish ikut aja. No matter what i say, n decline, you have already decided right? "

"kenapa Akish cakap macam ni?"

"whatever ok ibu, i think the discussion ends here."

Menangis si ibu. Berat menerima hakikat bahawa pandangannya di terima sepi oleh buah hati tersayang. Sedang apa yang dipilihnya merupakan amanat Arwah Azman, yang menginginkan anakanda mereka disatukan dengan Aqila Qaisara, puteri tunggal Amirul, sahabat mereka yang sudah lama berkenalan, semenjak dari zaman sekolah lagi. Pilihan mereka dirasakan tepat, dibandingkan dengan apa yang dipilih Akish kala ini, yang hampir 100% beza dengan pilihan mereka.

*******

"aku terima nikahnya Aqila Qaisara binti Amirul Rahman dengan mas kahwinnya RM1000 "

Sah sudah ikatan yang sudah lama diidamkan, yang menyatukan dua keluarga yang sudah lama berhubungan. Bagi mereka inilah yang terbaik. Semuanya merafakkan rasa syukur pada ALLAH, berterima kasih atas qada dan qadarnya.

Bagi Akish,bermula sudah ujian dalam hidupnya. Sesuatu yang sudah terlalu lama ditolak, namun akhirnya akur.

*******

Setelah sebulan berlalu. Hubungan suami isteri yang terpaut tanpa cinta kekal kaku, sepi, sejuk tanpa ada usaha menghangatkannya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam abang. Mari Qila ambilkan beg abang tu. Mesti penat kan, outstation kat luar selama lima hari. "

"Tolonglah okay. Kau jangan nak memandai mandai berabang dengan aku boleh tak? Geli lah. "

"Tapi Qila kan isteri abang?" sambil perlahan mendekati Akish Saifullah, demi menyambut beg yang dipegang Akish.

"Heyyyyy. Stop there. Dont you try to touch me. I married you because of Ibu. I dont touch you and will never do that. If you think.that you are not happy, you may go. And yet, i left your future hubby to have a virgin widow as his wife. "

Akish berlalu pergi. Meninggalkan Aqila terkelu tanpa kata.

*******

"monyok je? Nape ni yang?"

"menyampah. You tahu, perempuan tu nak menggatal dengan I. She attempt to touch me yesterday."

"What? How dare she try to touch you. Bitches! surely you had a crush on her right? Well, eventhough she had 'wrap' herself with abaya and so on. She was still so beautiful" nada cemburu mula kedengaran.

"never yang. I never let her come even near to me." Akish mendekatkan dirinya,dicapai jemari lembut si dia yang bukan halal miliknya lalu digenggam erat, kemudian perlahan dikucupnya penuh kasih sayang.

"really dear?" mulai melemah, sebaik diberikan perhatian.

"ye la, im so sorry for making you jealous. Im so sorry, my love is just for you, my dearie Nur Aina Ardilla."

Suasana petang berlalu indah bagi mereka, namun menjadi kutukan para penduduk langit bila mana sentuhan berlaku antara bukan mahram yang sepadannya dielakkan. Sepertima Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)

*******

Ibu, Qila rasa tak sedap hati ni Ibu. Tak tahu kenapa. Dari tadi lagi. Ibu tak apa apa kan?

Tak adalah sayang. Ibu sihat walafiat ni. Senyum je ni anak sayang Ibu call. Qila lega bila Ibu Akish menjawab dengan suara yang ceria. Mama juga sudah di tanya, keduanya baik sahaja.

Namun, ibarat kata orang tua tua, malang itu tidak berbau bukan, sebaik selesai menunaikan ibadat malam yang sememangnya menjadi praktis semenjak sekian lama, dia dikejutkan.

"Selamat pagi puan. Nama saya koperal Rosli Seman dari cawangan trafik Johor Bahru . "

"ya saya, kenapa ya?"

"sebenarnya puan, saya ingin memaklumkan yang suami puan baru sahaja terlibat dengan kemalangan. Dia bersama seorang perempuan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif kerana parah. Diharapkan puan dapat bersabar.

Innalillah. Qila tidak dapat menahan air mata dari tumpah dari liang matanya. Walaupun Akish tidak mengingatinya, malah membenci dan mengejinya saban hari, namun dia terlalu sayangkan Akish, kerana Akish itukan suami, pintu syurganya bergantung pada redha Akish, walau seteruk mana pn Akish.

Rasulullah SAW bersabda: Wanita, apabila ia sembahayang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

*******

Seminggu sudah Akish koma. Sepanjang tarikh itu, Aqila lah yang menguruskan segalanya. Kencing berak suaminya diuruskan sendiri, tanpa membenarkan para jururawat membuatnya. Bagi Qila, ini tugas dia sebagai isteri. Biar dia yang menyentuh Akish, suaminya yang sah. Buat apa menjadi isteri jika dia jijik dengan semua itu.

Keikhlasannya memberi kebahagiaan buatnya. Sudah lama diidamkan memaut lengan suaminya. Menggengam erat jari jari kasar lelaki itu, diambil dan diletakkan di pipinya. Kadang kala, jarinya membelai pipi berbalut suaminya. Semua itu kebahagiaan baginya . Walau Akish kaku, tidak bercakap, Qila tak pernah berhenti memberikan semangat buat Akish.

”Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang), makaAllahakan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka.”

*******

Hinggalah Akish sedar. Segalanya berjalan lancar, hinggalah pada satu hari. . . .

"You are laughing at me kan? Get out from here. Dont come and look at me. I can take care of myself. " tertumpah mangkuk dalam pegangan Qila, habis terjatuh ke lantai. Sedikut mengenai Qila juga. Dia bingkas bangun mendapatkan kain bagi mengelapnya. Tapi bukan pada dirinya, sebaliknya mengelap baju Akish yang turut terkena bubur tadi.

Akish tergamam, tapi masih terus menghamburkan kemarahannya pada Qila. Qila terusan mendiamkan diri, tapi akhirnya tertumpah juga air matanya bila mana kata ini muncul dari bibir Akish.

"i dont love you. I hate you. I hate you. I hate you. Stop giving me a wonderful attention. Stop treating me like this.".

Akish mulai tak tentu arah sebaik melihat tangisan Aqila Qaisara. Baginya kata-kata itu demi menunjukkan tanda protesnya terhadap Aqila. Seraya menambah, "why Qila why? I dont even have feelings towards you but you still treating this good. You dont have love from me, but why?"

Sambil teresak-esak.
"andai kata cinta itu perlukan balasan, maka dah lama qila pergi dan tinggalkan abg. Cinta tak prlukan cinta bila mana cinta abadi sebagai sasaran. Mungkin bagi abg qila tak bernilai, tapi cukuplah bila cinta qila terhadap abg qila simpan dalam hati. "

"Saya dah cacat! kamu tak perlu susahkan diri untuk si cacat ni! " Akish terus meraung. Sebaik terlihat rupa bentuk tubuh yang kekurangan sebaik kejadian itu.

"andai cinta itu perlukan sebab, qila mesti dah tak ada di sini. Tapi tidak abg. Qila masih perlukan abang. Qila nak jaga abg. "

"Dont you get it? Im disabled. Im useless. I will just screwed up everything, spoil ur wonderful life. "

"Kalau kaki itu yang membuatkan abg terasa kurang, maka ambillah Qila sebagai ganti, izinkanlah qila menjadi tompang nya abg, andai tangan itu sebabnya, biarlah qila menjadi pencapainya, kerana qila milik abg, izinkanlah qila stay dan bersama abg".

Suasana petang yang semakin sayu. Keduanya hanyut dalam air mata. Akish yang terharu cuba bangkit mendapatkan qila, namun tersungkur ke lantai. Qila bergegas cuba menyambut, namun apalah sangat daya si hawa. Terjatuh keduanya di lantai. Peristiwa ini, merupakan permulaan,kepada cinta baru yang mula hendak berputik. Satu kucupan penuh makna diberikan pada dahi Aqila , menjelaskan kata tanpa bicara dari hati,
"aku terima nikahnya, aku terima dia sebagai isteriku, doaku, jadikanlah dia bidadariku di dunia dan akhirat, kerna aku cintai dia, terlalu sayang dia"

Selembut bicara | Sehalus sentuhanmu | Layangan pesonamu | Tak mungkin ku lupa jelingan pertama | Nan indah penuh makna | Akan ku sahut cintamu itu | Bersama kita menuju bahagia

Takkan laguku sendiri | Kasih yang berlabuh kini | Terasa keabadian cinta kau beri Mungkinkah daku bermimpi Sebahagia begini Ini bukan ilusi oh... kasih

*******

"Kak Qila, maafkan Aina kak? Aina tersalah memilih cinta. Kekhilafan itu membuat Aina mencintai abang lebih dari apa yang patut Aina beri, hinggakan ALLAH yang sepatutnya berada pada tangga teratas Aina abaikan. "

"Sudahlah Aina. Tu adik Aiman dengan Abang Akish pun dah sampai ."

Kemalangan berkenaan membawa fasa baru dalam kehidupan semua sekali. Aina Adilla, koma selama 6 bulan. Sepanjang tempoh itu, dia diberikan ruang masa terperuk dalam penceritaan neraka, malah 'diberi peluang' merasa panasnya apa yang ALLAH sediakan buat yang ingkar. Setiap hari diberikan tayangan percuma kejadian hinggakan diri yang tidak sanggup pengsan bila tiap kali melihatnya. Aina Adilla berubah 100% sebaik tersedar. Dia mendekati Aqila Qaisara, memohon maaf dan berusaha memperbaiki diri. Cinta dahulu juga meluntur, sebaik diri mendekati ALLAH. takdir Yang Esa memperkenalkannya dengan Aiman. Ustaz tempat dia menuntut ilmu agama. Mereka pun.bakal diijabkabulkan tak lama lagi.

*******

If Found Please Return by goRilla-iNK

Membawa kamu mendekatinya. Memberi penuh harapan, penghayatan, disemarakkan dengan jiwa yang berserah secara jitu terhadapnya. Itulah dia Keabadian cinta. Satu satunya yang bersemadi bila jiwa menyeluruh patuh pada Nya. Diberikan dunia buat yang mencari akhirat, dan dibentangkan seluas luas nikmat akhirat bila tiba masanya. Cinta yang kekal pada ALLAH , dikirimkan bersama cinta fitrah sebagai penyeri hati. Berbahagialah. Berbahagialah bersamanya sebagai ketua bidadari bagimu kelak.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 6 May 2012

Cerpen | Ketulusan Hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari penuh dengan pengisian, tika siangnya, kita berdepan dengan tanggungjawab dunia, mempersiapkan diri untuk hari-hari depan. Bersama tugasan-tugasan yang diberikan kepada kita. Tiba petang, saat paling indah buat yang punya rumah tangga, kepulangan diri yang dinanti buah hati di perkarangan rumah. Perjalanan hidup bersambung pula di rumah, ibarat selesai punch kad keluar dar pejabat, kemudian di rumah pula. Namun, ianya sangat indah. Masa di rumah lebih terisi. Bila punya seseorang yang menemankan diri. Tiada ruang bersendiri kerana walau di medan berkreatif juga, dia bersama menemankanku.

"Ibu, Ibu, tadi cikgu suruh adik buat karangan Ibu. Cikgu cakap kan, karangan ini tentang Hero."
"Hero? Eh ya ke? Akeef suka hero apa?"
"Akeef suka BoboiBoy la Ibu. Dia boleh tukar jadi tiga kuasa, satu tanah, satu petir, satu lagi angin. Bestnya."
"Anak Ibu ni, Boboiboy aje dia. Tapi tak apalah, buatlah. Nak Ibu tolong apa-apa tak sayang? "
"Tak adalah Ibu. Tapi Akeef nak buat karangan tentang Hero Ibu boleh? Ibu suka hero apa?"

Terdiam. Fikiran menerawang. Mengimbau kenangan, kembali menggamit masa silam yang telah lama pergi berlalu. Benar kata bijak pandai, masa silam itu takkan kembali, walau sekaya manapun kita, takkan mampu memangilnya kembali. Yang pergi akan terus pergi. 

****************************

"Awak, malam ini kita nak makan apa ye? Ucapnya, sambil tangan mengusik telingaku."

"Entah la, rasa macam malas je nak masak.?"
"Malas? Alaa. jangan la macam tu, awak tahu tak , tadi kan, officemate ajak saya makan bersama mereka, tapi saya tolak. Alasan ada janji di rumah."
"Saya ada janji apa apa dengan awak ke?"
"Mesti la."
"Apa tu?" Aku menyoal.

"Saya kan janji nak temankan awak tiap masa . Jadi saya kenalah pulang awal. Nanti sapa nak tolong potongkan bawang, tumiskan bawang, habiskan makanan tu?"
"Awak ni. Benci.. Ada ada je tau." Aku tersenyum. Ada aja kata-kata indah darinya.Kekadang aku terkedu, kata-kata yang keluar tu , buat aku hilang kata nak membalas. Dan yang buat aku geram tu, lepas ja aku terdiam, dia akan gelak sekuatnya. Lepas tu dipicitnya hidungku.

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)

****************************

"Kau ni kan, aku tengok makin lama makin berseri. Seronok ye bersuami? "
"Eh mesti lah. "
"Aku pun nak juga lah. "
"Elok kau pun cepat-cepat lah. Jangan simpan lama-lama, tak elok untuk kesihatan." Ucapku sambil tergelak panjang . Ain mencubitku. Aku pun tidak berhenti di situ, tapi menyambung,
"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, Maka bertakwalah kepada ALLAH untuk menyempurnakan separuh yang berbaki " (Al-Hadith)
Ain tersenyum lagi, "ye lah, ye lah, aku tahu la yang tu, tapi Kamal tu, tak mahu masuk meminang lagi. Takut katanya belum bersedia. "
"Kalau belum bersedia, apa dayaku, tapi aku sentiasa mendoakan kamu sahabat. Ianya terlalu indah, andai kata keindahkan nya dapat kubayangkan dengan kata, maka habislah kata untuk ku utuskan padamu, tapi pegang pada satu iaitu, bila mana kita mencintai ALLAH lebih dari segalanya, DIA kirimkan kita dengan seluruh kesayangan dunia. Itulah cinta sebenarnya. Cinta pada Yang Maha Pencipta, Tuhan Seluruh Alam yang memberikan kita nikmat, yang tak mungkin bisa di balas walau dijual seluruh alam ini ."

Ain mengangguk, ibarat belatuk yang begitu cintakan batang pokok tiap kali bertemu dengannya. Aku tersenyum. Aku tahu dia juga berkeinginan, cuma mungkin belum sampai seru lagi. 

****************************

Keindahan kisah manisku tidak berterusan selamanya. Tika bibit-bibit ujian mulai tiba dan mengorak langkah menguji hati dan perasaanku. Dia mula berubah. Jika dulunya dia seorang family man, tapi kini, dia tak lagi seperti itu. Kekadang, berhari hari aku tidak bertemu dengannya. Dia menjadi seorang pemarah. Aku makan hati berulam jantung, menahan pedihnya perasaan diperlakukan sebegitu. Sudah mula berkira-kira adakah aku tersilap memilih si dia.

"Nak apa lagi?  Saya sibuk ni. "

"Tapi awak dah janji kan? Malam ni nak sambut hari ulangtahun kita?"

"Tak boleh, saya ada janji lain malam ini."

"Tapi awak."

"Awak faham ke tak faham ni?"

Menangis. Hanya itulah yang mampu aku buat semenjak berdepan situasi ini. Dia sangat garang sekarang. Kata yang keluar, seperti duri yang menghiris hati yang sepi . Entah kemana perginya Imamku yang aku dambakan. Dia seperti sudah berubah. Perubahan penuh. Yang aku lihat, masanya hanyalah untuk tugasannya. Bila pulang, dia akan berkurung didalam bilik bacaan. Aku cuma mampu berada di luar. Peneman aku adalah bacaan ayat Al-Quran yang berkumandang dari mulutnya. Hanya itulah yang menemankan aku saban hari. Untuk mendengar kata darinya hanyalah balasan untuk 'salam sejahtera ke atas kamu' yang aku ucapkan tiap kali melihatnya.

****************************

Aku bersyukur pada ALLAH, walau berat ujian ini, tapi aku tahu, dia sebenarnya mendekati ALLAH, cumanya aku buntu kerana aku ingin benar menjadi seseorang yang dia perlukan selain ALLAH yang sememangnya menjadi pilihan pertama seluruh alam, aku akur dengan itu, cumanya aku mahu menjadi tempat dikongsikan apa yang membelenggu pemikiran si dia insan yang aku cintai itu. Tapi apa dayaku, dia menidakkan tempatku . Pernah sekali aku cuba untuk bertanya, tapi aku diherdiknya. Aku pasti ada sesuatu yang tak kena, dia takkan pernah marah kepadaku. Dia bukan pemarah sebelum ini. Pasti ada yang tak kena.

Begitupun, rahsia tak menjadi rahsia selamanya bukan, kerana satu hari nanti, ianya bakal terdedah juga, namun pendedahan hari itu menyebabkan hidupku berubah 360 darjah.

"Puan , apa khabar puan?

"eh doktor Aisyah. Apa khabar doktor?"

"Saya alhamdulillah sihat. Bagaimana keadaan suami kamu?"

"Suami saya? "

"Eh, kamu tak tahu ke? Suamimu sebenarnya sedang berhadapan fasa akhir penyakitnya."

"Penyakit?"

Bagai hendak pitam bila diceritakan apa yang terjadi sebenarnya di belakangku. Rupanya suamiku berdepan dengan penyakit berkaitan hati, dan lebih menyedihkan, dia sebenarnya sudah tinggal hari-hari terakhir menurut ilmu kedoktoran , bukan percaya, kerana aku tahu, ALLAH Ar-Rabb, Yang Maha Mengatur dan Menguasai Alam Semesta itulah yang Maha mengetahui segalanya. Seperti Firmannya dalam Surah Al-An'aam yang bermaksud,

"Dan kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Aku redha dan pasrah dengan ketentuan ALLAH, namun tidaklah hati ini dapat menahan diri dari menidakkan susunannya, tapi aku benar-benar terpukul dengan ujian kali ini, aku menangis semahunya, dan doktor Aisyah menenangkanku.

Puan, sabarlah, ALLAH punya hikmah atas tiap susunannya. Mungkin betul ilmu kedoktoran berkata demikian, tapi ALLAH itulah yang Maha Berkuasa .

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)

****************************

"Abang, kenapa sampai nya hati abang merahsiakan hal ini dari saya? "

"Sebenarnya saya sedang mengajar kamu sesuatu.  Mengajar dirimu untuk tidak terlalu terikat dengan saya. Jika satu hari nanti saya dah tak ada, moga andai satu hari nanti, saya dah tiada, kamu takkan terkesan sangat dengannya . Saya taknak nanti kamu akan susah. Jangan ye? hidup mati jodoh pertemuan kan kuasa dia tapi kita masih kena beringat kan? Kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Walau sehebat mana kita cuba melakar sejarah baru tapi kenyataan yang kisah kita dah lama tertulis di Luh Mahfuz tu tetap yakni perjalanan yang dah ditentukan kita ibarat pelakon y cuma melakonkan watak hidup yang dah ALLAH susun. "

Tangisan dari tadi tidak berhenti turun dari kelopak mataku.
"Ya, saya tau ajal maut jodoh pertemuan dah ditentukan. Tapi bagi la saya nikmati apa yang saya ada sekarang. Sekurangnya kalau nanti dah tak ada, saya boleh ingat semua itu sebagai kenangan, saya nak hargai selagi ada depan mata saya, saya taknak menyesal. "

"Janganlah menangis sayang. "
Apa yang kurasakan ini, persembahan untuk dirimu, kau dengarkan kasihku, mencintai mu, tak mengenal waktu, tak mengenal puitis, hanya tulusnya hati, mencintai tak mengenal ragu keyakinan hatiku, hanya untuk dirimu, selalu.. (Ketulusan hati, Anuar Zain)
"Jangan tinggalkan saya ye?"
"Saya mana mungkin akan meninggalkan kamu. Walau jasad tiada menemani disisi tapi dalam hati kamu sentiasa ada saya sayang."
"Awak ni manis sangat. Macam gula-gula, eh bukan, kamu lebih manis dari seladang tanaman tebu kat Perlis tu."
"Kamu ni ada-ada aja sayang. Tiadalah manis saya kalau bukan untuk yang teristimewa."

Aku menangis lagi, tidak ku pinta pun air mata menghadirkan diri tika kala dia bersamaku. Ada sahaja yang dikisahkan kepadaku. Kadang-kadang, bait kata yang dikirimkan itu, adalah kiriman kata indah yang entah dari mana muncul pun aku tidak tahu. Dia suamiku, insan paling istimewa dalam dunia.Gelaklah kepadaku, tapi dia sahabat, dia kawan, dia teman, dia suami dan dia juga semuanya yang mengisi tiap bait langkah perjalanan hidupku. Bila diperlukan sebagai kawan, dia menjadi kawan, bila aku inginkan dia sebagai kekasih, dia bertukar menjadi insan yang diidamkan oleh seluruh penduduk bumi, si pencinta sejati.Aku syukur pada ALLAH, walaupun dikirimkan ujian ini, tapi aku sudah kembali menemui insan yang sangat ku kasihi ini, aku janji, aku takkan tinggalkan dia, hingga tiba masa itu nanti, biarlah ALLAH yang memisahkan kami, biar hanya tabir ghaib itu yang memisahkan kami. Biarlah mati satu satunya pemisah.

****************************

"Kita kuat kan? Kita mesti kuat kan abg? "

"Eh mesti lah, saya kan kuat sangat. Kamu mana boleh challenge. "

"Mendengki aje kisahnya. Cubit nak cubit? "

"Sebelum saya tidur, saya nak kongsi  sesuatu dengan kamu"

"Apa tu abang?  "

Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”. Oleh itu, janganlah apa yang menimpa saya ini, menjadi sebab jauh kita dari ALLAH, tapi terimalah ini sebagai hadiah dari ALLAH, sebagai untuk mengingatkan kita dan dari hadis dari riwayat Tabrani ada menyebut yang . “Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya: ‘Pergilah kamu kepada hamba-Ku timpakanlah berbagai macam ujian kepadanya, kerana Aku ingin mendengar suaranya.” Sayang betul dia pada kita kan kamu? "

"Abang tidur ye? Malam ni saya temankan abang. Abang kuat kan? Abang mesti boleh. Sayang yakin kita mampu hadapi ujian ini bersama."

Cintaku tak berdusta , Tak mengenal ingkar , Tak kenal nestapa , Cintaku hanya indah , Hanya bahagia untuk selamanya

"Thanks a lot dear, thanks for giving me the chances to love you. Thanks for giving me the chances to being love by a lovable person like you, giving me what i really need from someone i pray to be my angel there, i love you and will forever love you. " Kata-kata bersama kucupan di atas ubun diberikan sebelum dia menutup matanya.

Itulah malam terakhir kami bersama. Malam itu, dia pergi menemui Yang Maha Agung. Kasihku tidak mungkin bisa melawan takdir yang dah ditetapkan sejak dari awal terciptanya tempat tanah tumpahnya bumi ini. ALLAH telahpun menetapkan semuanya sekali tertulis di Luh Mahfuz, tempat catatan yang ditulis padanya ketetapan sekalian makhluk sehinggalah berlakunya hari kiamat nanti. Bagi yang percaya kepadanya, segalanya diserahkan kepada ALLAH. Dia tak mungkin akan menguji hamba melebihi kemampuan hambanya. Bermakna, kali ini aku gagah , dan aku perlu selalu gagah. Demi dia. Suamiku yang tercinta. Dan aku janji, aku akan jaga warisnya yang sekarang berada dalam tubuhku, sesudah lahirnya nanti, dan penuh kasih sayang kucurahkan, moga dia menjadi seperti daddy nya, insan yang terlalu ku sayang. 

****************************

"Ibu..."

Air mata berlinangan. "Maafkan Ibu Akeef".

"Kenapa ni ibu? Kenapa ni? "

"Ibu rindukan arwah daddy. Terlalu rindukan arwah daddy. "

"Arwah daddy? Baik. Akeef faham. Maafkan Akeef ye Ibu. Akeef janji. Akeef akan jadi hero ibu, Akeef akan gantikan tempat daddy. Akeef takkan buat Ibu menangis lagi.".


****************************


Perpisahan bukan bererti tamatnya sebuah cinta. kasih yang berpaut atas jalan ALLAH, akan kekal selamanya, jasad hanyalah sebagai tatapan buat diri di khayalak dunia, kasih sejati kekal dan akan terus bertaut hingga ke Taman-taman Syurga.

Sunday, 16 October 2011

Betapa aku mencintaimu.

Dalam hidup ini yang membuat indah dan bahagia karena kita meraih cinta memperindah jiwa. Jiwa yang indah ketika mampu mencintai pasangan kita dengan setulus. 

Pernahkah anda dengan tulus mengungkapkan isi hati anda kepada orang yang anda cintai, "Betapa aku mencintaimu." Haruskah anda mengungkapkan perasaan anda itu setelah orang yang anda cintai itu telah pergi?" Setelah dia tiada lagi disisimu, tika itu kamu bangkit mencarinya kembali, meratapi pemergian dan bersungguh meminta maaf, mengucapkan kata-kata indah demi mendapatkan dia kembali.

ALLAH melatih kita dengan berbagai cubaan dan ujian yang penuh luka, perih dan air mata agar kita memiliki kekuatan dan kesabaran di dalam mengharungi bahtera kehidupan sekaligus agar kita berhati-hati dan berani untuk memperbetulkan diri kita sendiri. Ujian dan cubaan yang kita hadapi juga wujud kasih sayang ALLAH yang mengingatkan kita atas perbuatan bila ada yang kurang tepat dari yang kita kerjakan. Jika kita setiap waktu mengingati ALLAH dan yakin atas "hidup sebenarnya satu perjalanan yang mengajar", kita pasti akan bermuhasabah tiap langkah kita, yang salah kita betulkan, yang betul kita elokkan lagi, yang cantik kita berkongsi, agar bukan hanya kita, tapi semua beroleh manfaat dari ingatan itu.

Seringkali kita begitu percaya diri dalam menghadapi ujian dan cobaan, kita menganggap bahawa diri kita sudah benar dan kita menganggap diri kita sudah menjadi orang baik serta kita sudah berbuat yang terbaik dan benar untuk keluarga kita. Padahal kita adalah orang yang begitu teramat miskin dengan rasa penghargaan. Kita hanya bisa menghargai orang yang kita cintai setelah kita kehilangan, atau ketika kita sakit dan memerlukan keberadaannya disisi kita. 

Bukankah hidup ini menjadi lebih indah apabila kita menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang itu disaat hubungan kita ditengah kemesraan dan kehangatan? Sikap menghargai disaat keluarga harmonis dan penuh kebahagiaan adalah wujud rasa syukur kita kepada ALLAH yang menjadi kekuatan kita jika badai itu datang menghantam keluarga kita.

Ucapan "Betapa aku mencintaimu" menggambarkan pengakuan yang tulus dan ikhlas namun juga disisi lain menyiratkan pernyataan bahwa kecintaan anda kepada orang yang anda cintai karena kecintaan kepada
ALLAH. Bila di dalam sebuah rumah tangga, kecintaan kita kepada pasangan kita dilandaskan karena cinta kita kepada ALLAH maka ALLAH akan melimpahkan keberkahan dan kebahagiaan sepanjang hayat. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Apabila ALLAH menghendaki kebaikan bagi sebuah keluarga maka ALLAH memasukkan rasa kelembutan di dalam diri mereka." (HR. Imam Ahmad).

Walaubagaimanapun, ketulusan itu hanya kita lihat bila kita dah susah, kita dah jatuh dan menderita, kala itu, yang stay dan ada bersama kita itulah yang kita akhirnya anggap sebagai permata, walau satu masa dahulu kita buang dan kita layan ibarat abdi, dan terungkai yang kita anggap sebagai terbaik itu sebenarnya hanyalah wujud bila kita "punya sesuatu". 



Penghargaan dikala kita "senang dan mampu" kepada yang seharusnya dapat itu tanda kita menghargai, bukan sahaja kepada dia, malah ALLAH juga pasti menganggapnya sebagai tanda syukur kita atas pemberian dia dalam hidup kita.

Credit to : M. Agus Syafii

Buta+Pekak+Bisu=CINTA