Followers

Showing posts with label Isteri. Show all posts
Showing posts with label Isteri. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Dilema hati : Banding-membanding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh teringin nak bercakap mengenai penerimaan petang ni. Selepas Nadh tertonton satu cerita pagi tadi yang mana terdapat sepasang suami dan isteri , yang mana si suami tidak dapat terima kehadiran isterinya (konon kononnya la, tapi anak dah nk masuk EMPAT).

Secara mudahnya dapat Nadh simpulkan. Kes ini sebenarnya adalah salah satu dari penyakit hati. Sebab , penerimaan itu adalah pada hati, jadi jika hati tidak.menerima bmakna hati yang salah, ini belum lagi diambil kira faktor luarannya.

Nadh rasa perkongsian di bawah dapat dijadikan panduan dalam kita menghadapi dilema ni.

1. Belajar untuk redha dengan ketentuan. Ini merupakan jalan utama sebelum kita masuk dalam fasa lain dalam penerimaan. Hujahnya mudah sahaja, perkara sudah pun terjadi, tiada baiknya jika kita mengeluh, tapi terima dan cuba hadapinya.

2. Hati yang redha akan buka rasa untuk menerima dan menghadapi. Mksudnya, jika dia bukan pilihan pun, diri masih perlu hadapi si dia. Mungkin sebagai suami, sebagai isteri dan sebahagian dari hidup kita kini. Dulu sendiri, kini tidak lagi, jadi perlu jadikan TANGGUNGJAWAP sebagai satu kunci penyelesaian.

3. Semasa belajar menerima, diri kena belajar MELUPAKAN KENANGAN yakni si dia yang pernah bertakhta dihati. Nadh kenal pasti ini sebagai satu sebab kenapa bila yang sudah berkahwin pun kantoi. Jika kita rujuk kes rumahtangga, ada kes membabitkan pasangan kembali kepada yang kekasih lama.

4. BERHENTI MEMBANDING. Satu yang perlu diingat, kalau ada pun 3 biji buah di atas satu tangkai yang sama, belum tentu ketiganya punya rasa yang sama, begitu juga dengan pasangan. Dalam menerima, kita tidak boleh expect yang mereka itu sama, kaedah terbaik hadapinya ialah berhenti membuat perbandingan.

5. Seterusnya kena belajar kenal perkataan BAGUS, BAIK, BEZA. sebabnya. Selepas tiada perbandingan, mindset itu juga perlu diubah. Jadinya, positive itu lebih baik dari sebaliknya. Iaitu dengan memandang perilaku si dia sebagai, BAGUS dan BAIK untuk kita. Apa pun yang dia buat, kena fikir BAIK.

6. Dan akhir sekali adalah, KERJASAMA. Ingat tak lagu WonderPets? Dia nyanyi, "apa yang penting? Kerjasama. Apa yang penting? Kerjasama." kenapa dia ulang 2 kali? Sebab kerjasama hanya terjadi bila kedua pihak mengambil peranan masing-masing. Dari kerjasama, wujud tolak ansur dan akhirnya bahagia.


Apa yang Nadh kongsikan diatas merupakan buah fikiran dari Nadh yang serba daif ini, mungkin dan mungkin tidak betul pendapat Nadh, tapi apa pun, mendekatkan diri pada ALLAH itulah yang terbaik bagi kita, sepertimana Firman ALLAH dalam surah Al-Ankabut ayat 45,
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Kerana selain dari hati yang bertakwa, terselit kelebihan didalam solat yakni, secara tidak langsung sehari kita telah mendapat 5 kali kesempatan berdoa dalam kesibukan juga memperbaiki kekhilafan diri.

"jika sekiranya akhirat yang kamu cari, maka dunia akan mengejar kamu, akan tetapi jika dunia mahumu, maka ia akan jadi milikmu jua, tapi akhirat bukan lagi untukmu..."

Wallahualam. Yang baik dari ALLAH n yang kurang itu dari silap Nadh sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 16 October 2011

Betapa aku mencintaimu.

Dalam hidup ini yang membuat indah dan bahagia karena kita meraih cinta memperindah jiwa. Jiwa yang indah ketika mampu mencintai pasangan kita dengan setulus. 

Pernahkah anda dengan tulus mengungkapkan isi hati anda kepada orang yang anda cintai, "Betapa aku mencintaimu." Haruskah anda mengungkapkan perasaan anda itu setelah orang yang anda cintai itu telah pergi?" Setelah dia tiada lagi disisimu, tika itu kamu bangkit mencarinya kembali, meratapi pemergian dan bersungguh meminta maaf, mengucapkan kata-kata indah demi mendapatkan dia kembali.

ALLAH melatih kita dengan berbagai cubaan dan ujian yang penuh luka, perih dan air mata agar kita memiliki kekuatan dan kesabaran di dalam mengharungi bahtera kehidupan sekaligus agar kita berhati-hati dan berani untuk memperbetulkan diri kita sendiri. Ujian dan cubaan yang kita hadapi juga wujud kasih sayang ALLAH yang mengingatkan kita atas perbuatan bila ada yang kurang tepat dari yang kita kerjakan. Jika kita setiap waktu mengingati ALLAH dan yakin atas "hidup sebenarnya satu perjalanan yang mengajar", kita pasti akan bermuhasabah tiap langkah kita, yang salah kita betulkan, yang betul kita elokkan lagi, yang cantik kita berkongsi, agar bukan hanya kita, tapi semua beroleh manfaat dari ingatan itu.

Seringkali kita begitu percaya diri dalam menghadapi ujian dan cobaan, kita menganggap bahawa diri kita sudah benar dan kita menganggap diri kita sudah menjadi orang baik serta kita sudah berbuat yang terbaik dan benar untuk keluarga kita. Padahal kita adalah orang yang begitu teramat miskin dengan rasa penghargaan. Kita hanya bisa menghargai orang yang kita cintai setelah kita kehilangan, atau ketika kita sakit dan memerlukan keberadaannya disisi kita. 

Bukankah hidup ini menjadi lebih indah apabila kita menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang itu disaat hubungan kita ditengah kemesraan dan kehangatan? Sikap menghargai disaat keluarga harmonis dan penuh kebahagiaan adalah wujud rasa syukur kita kepada ALLAH yang menjadi kekuatan kita jika badai itu datang menghantam keluarga kita.

Ucapan "Betapa aku mencintaimu" menggambarkan pengakuan yang tulus dan ikhlas namun juga disisi lain menyiratkan pernyataan bahwa kecintaan anda kepada orang yang anda cintai karena kecintaan kepada
ALLAH. Bila di dalam sebuah rumah tangga, kecintaan kita kepada pasangan kita dilandaskan karena cinta kita kepada ALLAH maka ALLAH akan melimpahkan keberkahan dan kebahagiaan sepanjang hayat. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Apabila ALLAH menghendaki kebaikan bagi sebuah keluarga maka ALLAH memasukkan rasa kelembutan di dalam diri mereka." (HR. Imam Ahmad).

Walaubagaimanapun, ketulusan itu hanya kita lihat bila kita dah susah, kita dah jatuh dan menderita, kala itu, yang stay dan ada bersama kita itulah yang kita akhirnya anggap sebagai permata, walau satu masa dahulu kita buang dan kita layan ibarat abdi, dan terungkai yang kita anggap sebagai terbaik itu sebenarnya hanyalah wujud bila kita "punya sesuatu". 



Penghargaan dikala kita "senang dan mampu" kepada yang seharusnya dapat itu tanda kita menghargai, bukan sahaja kepada dia, malah ALLAH juga pasti menganggapnya sebagai tanda syukur kita atas pemberian dia dalam hidup kita.

Credit to : M. Agus Syafii

Thursday, 14 July 2011

Cinta boleh mencontohi Gadget

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh benti kejap la wat report. Mata dah berpinau, kepala dah berdenyut. Berpusing-pusing rasa. Mengantuk pn ada juga. So Nadh ber-BW, sampai kat belog Jiran Nadh. Tajuk cita dia Cinta bukan seperti Gadget. Cinta lagi kan? Hebat la Jiran Nadh ni. Cinta lagi, seperti gadget, jangan disamakan dengan gadget. 

Nadh nak kata kalau nak cinta macam gadget leh tak? Sebab ;
1. Gadget cepat berubah.
2. Gadget makin lama makin canggih. 
3. Gadget silih berganti. 

Nadh rasa leh apa nak macam gadget.
1. Cepat berubah. - Maksud dengan cinta kita berubah, dengan cepatnya, setiap perlakuan yang tidak baik tu, cepat-cepat kita buang. Yang baik kita kekalkan. dan teruskan. Dengan itu, tiap teguran yang membina, yang dapat upgrade nilai kita dalam satu-satu perhubungan itu, perlu lah kita ambil kira. Kita ambil contoh dari Saidina Umar yang mendengar teguran, walaupun ianya datang dari seorang peminum arak.

2. Makin lama makin canggih - betul la, kalau nak ikut gadget, kita pun kena la canggih. Maksud, takkan la nak guna ayat-ayat lapuk lagi dengan isteri kan? mesti la kena "upgrade" sikit diri kita, up-to-date sikit. kalau hari ni kita ayat macam ni, minggu depan tukar la ayat macam tu plak, ubah-ubah, baru la hubungan tak hambar.

3. Silih berganti - oopss.. bukan macam gadget yang kita silih berganti tau, tapi kena silih berganti dalam hubungan. Kalau hari ini dia jadi "Api" kita jadi "Air"nya, esok lusa kita jadi "Api" dia pula menjadi "Air". Sama-sama la kena jadi penyejuk. Bukankah dah DIA kata, yang "Suami yang terbaik itu adalah suami yang terlebih baik dengan isteri dan keluarganya.." ?

4. Mahal - Ni tambahan ja ye. Mahal dari segi, "nilai" kita la. Takkan sampai bila-bila nak macam tu kan? kena la tambah "nilai". Suami kan Imam, kalau dulu berani solat sorang, sekarang dah kahwin kenalah solat jemaah dengan isteri, dengan anak-anak bersama-sama. Oihh mahal tu tau?


Note :: Nak jadi gadget cinta? hehe.. Dengan yang HALAL okeh la, kalau dengan gepren-bopren, kata satu hari nanti tak jadi pasangan, tak rasa rugi ka? eeuuu.. penat la menabur chenta dengan yang tak sah ni, rugi-rugi. Dah kahwin, tengok muka senyum pun dah kira ibadah. Kejar lah. takkan nak tengok saja? weee~~~

Tuesday, 21 June 2011

Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Tadi Nadh layan cerita Kungfu Hustle. Menarik jugak quote cerita ni. Reason kenapa enchik dan puan kungfu kuat tu tak lagi berkungfu sebab anak mereka mati dipukul depan mata.. 

"Makin besar keupayaan seseorang, makin besarlah tanggungjawapnya.. "

Betul tak?

1. Ibu dan Bapa - Buat anak pandai. Tanggungjwap membesarkan anak pula sekarang. Sebab satu hari nanti akan ditanya di akhirat, apa yang diberi pada anak-anak, ajaran, adakah memikul tangungjawap dan amanah yang diberikan itu dengan sebaiknya.

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan ALLAH dan orang yang takutkan ALLAH, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya."


2. Suami dan Isteri - Sepertimana satu Firman ALLAH dalam Surah An-Nisa ayat 1, 
Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Keupayaan Suami menerima Isteri bermakna keupayaan besar menjaga dan memimpin Isteri. Isteri sebagai dipimpin, sepadannya mengikut Suami dan patuh pada nasihat suami melengkapi hidup sesamanya. 


3. Anak - Tidak kiralah sama ada anak sulung atau anak bongsu, tapi semuanya ada tanggungjawap tersendiri. Walaupun anak sulung lebih besar tanggungjawapnya, kerana perlu jadi contoh buat adik-adik, anak bongsu juga begitu, pendek kata, menjadi anak adalah DIPERTANGGUNGJAWAPKAN untuk jadi Soleh dan Solehah sebagai harta yang mendoakan Ibu dan Ayah dari sekarang hingga bila mereka sudah tidak ada nanti. 


4. Pemimpin - Hairan kan? ramai yang berebutkan jawatan pada zaman kita ni. Demi mendapatkan nama dan kedudukan, tapi mereka tak sedar, yang PEMIMPIN akan bertanggungjawap kepada anak buahnya. sampaikan tidak menegur kesilapan anak buah yang tidak solat pun akan ditanya nanti. Besar kan? Tapi ramai yang berlumba untuk jawatan dan tak takut pun akan kesan nya nanti. Yang patut dijaga diabaikan, yang tidak sepatutnya dibelai diusap tak berhenti.


Note :: Rasanya itu sahaja yang Nadh nak highlight, walaupun semua sememangnya punya tanggungjawap besar kerana dah dijadikan oleh ALLAH di muka bumi ini sebagai Khalifah. Berpesan-pesanlah dan beramal solehlah antara kamu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al-Hujuurat : 13)

Semoga mendapat manfaat.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA