Followers

Showing posts with label Suami-Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami-Isteri. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Kisah #Copy : Pengorbanan Seorang Isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
Hari ini ada sebab nya saya sibuk begini. Yayang tak sehat. Saya dalam perjalanan nak ambil Yayang di rumahnya,. Doakan kesihatan Yayang ya. Hurmmm. teringin nak menaip satu kisah buat semua, tapi sayangnya tak berkesempatan. Ni saya ada bersama lappy, bawa, kononnya nak naip masa atas bus, tapi tak kesampaian juga rasanya, jadinya saya kongsi saja lah kisah yang saya ambil dari dalam facebook. kisah yang dikongsikan isteri kepada saya. 
Kisah #Copy : PENGORBANAN SEORG ISTERI

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
**********************************
Sebenarnya kisah ini datang bersama pengajaran yang paling penting untuk kita hayati dan kita muhasabah balik perhubungan kita. 
Iaitu mengenai kebahagiaan. mengenai perhubungan kita. Saya pendekkan, kita kata kita tak bahagia. kita tak seronok, kita tak gembira bersama mereka. Tapi sebenarnya kita yang salah, kita tak jadikan hubugan itu sesuatu yang menarik, yang bermakna. 
Ambil contoh sekeping syiling hitam yang sudah tak nampak rupa. Buruk dan sangat menggelikan. Mana tak nya, dah la hitam, berdaki plak tu, baunya, tak perlula saya nak cerita. Tapi kemudian kita ambil, kita cuci ia sedikit demi sedikit. Dari buruk seburuknya hari demi hari ianya kelihatan semakin bersih, lama kelamaan berkilat dan cantik. Usaha kita tu, walau sedikit, tapi lama kelamaan akan membuahkan hasil. Siapa sangka kan, syiling hitam yang buruk, akhirnya menjadi salah satu harta yang paling kita sayang?

Macam kisah ini, isteri menuntut kembali suami buat apa yang depa buat masa mula  mula mereka berkahwin dahulu, dan ianya satu keajaiban kan? keintiman itu membuka kembali pintu kasih sayang . Walaupun tindakan dia itu untuk 'nama baik' suaminya, tapi secara tak langsung perkara ini membuka kembali rasa yang kononnya 'hilang' semenjak sekian lama mereka berkahwin. 

Moral of the story : Hargailah tiap saat yang kita ada. Ciptalah jalan untuk masa depan. Rangka perjalanannya jadi sesuatu yang indah, pasti pasti dan pasti, ia akan jadi yang sangat bermakna, lebih lebih lebih membahagiakan. Andai kata ada masalah, jangan lari darinya, tapi rapatkan hati bersama ALLAH, pasti ALLAH jaga kita jika kita jaga DIA, jaga AmanahNYA. :))

Saturday, 2 February 2013

Kisah #Copy : Kisah suami isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

#copypaste dari SINI.

Kisah ini adalah untuk pasangan suami isteri sahaja.
Senarai pelakon :
Isteri : Julia
Suami : Hasan

***********
Epilogue :

Julia dan Hasan telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Walaupun telah 5 tahun, kehangatan asmara masih terasa.

Syukur, mereka dikurniakan 3 cahaya mata yang comel.
Di hari minggu Jumaat :

Hasan > Ayang, malam ni abang nak. (^^)
Julia > ermm, Julia penat la abang...(-_-)" letih kerja pejabat tak habis lagi.
Hasan > Ok.
Tanpa cakap banyak, Hasan terus tidur.
Cuma Julia perasan akan ada tanda sedikit riak kecewa di muka suaminya. Julia tahu, bahawa :

Maksud hadis : Isteri yang menolak ajakan suami, akan dilaknat oleh Malaikat.

tetapi, bukankah dalam perkahwinan itu :

Maksud hadi : Sebaik-baik diantara kamu, adalah yang paling lemah lembut terhadap isterinya.

Julia > Hmmmm..dia faham kot yg aku penat, takperlah esok ada lagi.

*****

Seperti biasa, Julia bangun. Hasan telah tiada di sisi. Begitulah sikap Hasan , mementingkan Jemaah Subuh Jumaat. Hasan ke Masjid Damansara, kira-kira 6km dari rumah mereka.

Usai solat subuh, Julia menyiapkan sarapan, sudah menghampiri 7 pagi. Tetapi suaminya masih tidak pulang-pulang.

"Puan Julia, suami puan cedera teruk, Accident. Di room 512 ICU Hospital Selayang - Nurse "

Ringkas dan padat.

*****

Proloque :

"Kepada suamiku, aku memohon ampun, andai kata malam itu aku menolak ajakanmu dan dirimu tidak redha akannya. Sesungguhnya malaikat melaknat diriku....Ampunkan aku wahai suamiku.

"Hatiku berdetik, malam esok ada lagi, pasti aku boleh melayani kehendakmu. Apakan daya, ALLAH lebih sayangkan dirimu. Dia mengambil nyawamu, malang bagiku, dia mencabut nyawamu dalam aku tidak tahu.. Adakah kau redha denganku, ya suamiku.. Ampunkan aku.

"Akan ku besarkan, ketiga-tiga anak kita. Menjadi soleh, dan solehah, supaya mereka mendoakan kebaikan mu di alam barzakh sana. Ampunkan aku ya suamiku...

"Anak lelaki wajib taat kepada ibunya, dan aku isteri, wajib taat kepada suamiku... Aku bukanlah nujum, aku tidak tahu qada dan qadar masa depan..tetapi aku menolak ajakanmu suamiku...

" Saidina Umar alKhattab ingin meminjam wang negara, demi membeli barang keperluan anaknya. Tetapi ditanya oleh bendahari negara : Apakah kamu dapat menjamin , kamu dapat membayar hutang kamu kepada negara, sebelum putus nyawa ?
Umar tidak mengambil walau sesen pun wang negara, kerana dia berkata : Wahai anakku, aku tidak dapat menjamin nyawaku walau sesaat cuma. Kembalilah kamu.

" Ampunkan aku suamiku, Jika aku tahu hari ini hari terakhirmu, pasti aku memberi layanan kepadamu. Ampunkan aku Ya Allah. tetapi Redha Engkau adalah Redha suamiku...

Amin.. Lipatan Yaasin itu dimasukkan ke dalam tas tangan Julia.
Fina, anak perempuan bongsunya kini telah bersuami, menjadi teman setia dia ke kubur suami semenjak 20 tahun lalu.

Telah berkali-kali Julia memesan perkara yang sama kepada Fina, pentingkan perasaan dan kehendak suamimu.
"Syurgamu ada di suamimu Fina. Ingat pesan mak."

Guruh Petir



P/s : Bila dah sampai masa , dia tak bagi lebih sesaat pun. Bersedialah sentiasa. Moga pemergian kita nanti sebagai para soleh-solehah yang diredhaiNya. Amin Yarabbal Alamin

Friday, 25 November 2011

Dilema hati : Banding-membanding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh teringin nak bercakap mengenai penerimaan petang ni. Selepas Nadh tertonton satu cerita pagi tadi yang mana terdapat sepasang suami dan isteri , yang mana si suami tidak dapat terima kehadiran isterinya (konon kononnya la, tapi anak dah nk masuk EMPAT).

Secara mudahnya dapat Nadh simpulkan. Kes ini sebenarnya adalah salah satu dari penyakit hati. Sebab , penerimaan itu adalah pada hati, jadi jika hati tidak.menerima bmakna hati yang salah, ini belum lagi diambil kira faktor luarannya.

Nadh rasa perkongsian di bawah dapat dijadikan panduan dalam kita menghadapi dilema ni.

1. Belajar untuk redha dengan ketentuan. Ini merupakan jalan utama sebelum kita masuk dalam fasa lain dalam penerimaan. Hujahnya mudah sahaja, perkara sudah pun terjadi, tiada baiknya jika kita mengeluh, tapi terima dan cuba hadapinya.

2. Hati yang redha akan buka rasa untuk menerima dan menghadapi. Mksudnya, jika dia bukan pilihan pun, diri masih perlu hadapi si dia. Mungkin sebagai suami, sebagai isteri dan sebahagian dari hidup kita kini. Dulu sendiri, kini tidak lagi, jadi perlu jadikan TANGGUNGJAWAP sebagai satu kunci penyelesaian.

3. Semasa belajar menerima, diri kena belajar MELUPAKAN KENANGAN yakni si dia yang pernah bertakhta dihati. Nadh kenal pasti ini sebagai satu sebab kenapa bila yang sudah berkahwin pun kantoi. Jika kita rujuk kes rumahtangga, ada kes membabitkan pasangan kembali kepada yang kekasih lama.

4. BERHENTI MEMBANDING. Satu yang perlu diingat, kalau ada pun 3 biji buah di atas satu tangkai yang sama, belum tentu ketiganya punya rasa yang sama, begitu juga dengan pasangan. Dalam menerima, kita tidak boleh expect yang mereka itu sama, kaedah terbaik hadapinya ialah berhenti membuat perbandingan.

5. Seterusnya kena belajar kenal perkataan BAGUS, BAIK, BEZA. sebabnya. Selepas tiada perbandingan, mindset itu juga perlu diubah. Jadinya, positive itu lebih baik dari sebaliknya. Iaitu dengan memandang perilaku si dia sebagai, BAGUS dan BAIK untuk kita. Apa pun yang dia buat, kena fikir BAIK.

6. Dan akhir sekali adalah, KERJASAMA. Ingat tak lagu WonderPets? Dia nyanyi, "apa yang penting? Kerjasama. Apa yang penting? Kerjasama." kenapa dia ulang 2 kali? Sebab kerjasama hanya terjadi bila kedua pihak mengambil peranan masing-masing. Dari kerjasama, wujud tolak ansur dan akhirnya bahagia.


Apa yang Nadh kongsikan diatas merupakan buah fikiran dari Nadh yang serba daif ini, mungkin dan mungkin tidak betul pendapat Nadh, tapi apa pun, mendekatkan diri pada ALLAH itulah yang terbaik bagi kita, sepertimana Firman ALLAH dalam surah Al-Ankabut ayat 45,
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Kerana selain dari hati yang bertakwa, terselit kelebihan didalam solat yakni, secara tidak langsung sehari kita telah mendapat 5 kali kesempatan berdoa dalam kesibukan juga memperbaiki kekhilafan diri.

"jika sekiranya akhirat yang kamu cari, maka dunia akan mengejar kamu, akan tetapi jika dunia mahumu, maka ia akan jadi milikmu jua, tapi akhirat bukan lagi untukmu..."

Wallahualam. Yang baik dari ALLAH n yang kurang itu dari silap Nadh sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buta+Pekak+Bisu=CINTA