Followers

Showing posts with label Bual. Show all posts
Showing posts with label Bual. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

Cabaran dunia penulisan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam berbual dengan seseorang. Katanya cerpen sekarang banyak persamaannya. Di mana-mana dia jumpa adalah mengenai keterpaksaan. Nadh setuju dengannya. Sebab rasanya Nadh ada satu karya berkaitan juga sebelum ini. Jadi Nadh gtau la dekat dia. InsyALLAH, akan cuba cari variasi dalam penulisan. Biar ada lain dari yang lain kan.

Sebenarnya kan, pendapat Nadh la. Menulis ni banyak cabarannya. Readers mahukan sesuatu yang lain dari yang lain. Jadi ini merupakan cabaran yang besar buat penulis untuk 'create' dunia baru yang belum dijumpai oleh para readers lagi. Bukan mudah tau, sebab tu kita selalu jumpa persamaan dalam karya, pun ini bukan satu kesalahan, tetapi mungkin juga cara penulis sampaikan sesuatu tu dari buah fikirannya.

Kedua, 'jiwa' dalam penulisan. Bagi Nadh sendiri, nak menulis, Nadh perlukan 'jiwa' untuk menulis. Seperti yang para sahabat Nadh tahu, Nadh suka gunakan lagu sebagai medium mendapatkan 'feel' menulis itu sendiri. Sebagai contoh, kisah Sedetik Lebih ni Nadh ambil dari sebuah lagu, dan sebenarnya kan, Nadh punya la dah masuk dalam cerita ni, sampai Nadh sendiri tersentuh dengan cerita ni, sentap juga la. hihi.

Ketiga, 'sentuhan'. Yang Nadh maksudkan dengan sentuhan adalah, bagaimana kisah yang kita bentangkan itu menusuk ke jiwa, tersentap para pembaca tu. Nadh akui, ini antara yang paling susah bila menulis. Sebab kita bukan harap readers membaca tetapi dapat 'sesuatu' yang kita cuba sampaikan kepada mereka. Ini merupakan cabaran besar sebenarnya kepada penulis. 

Keempat adalah harapan. Apa yang readers nakkan. Dan apa yang kita sampaikan. Menulis ni sama juga macam memberi servis kepada yang membaca. Kita menulis untuk kita persembahkan kepada orang kan. Jadi kekadang tu kita kena juga lihat macam mana yang readers kita nakkan. Macam semalam, Nadh ada jumpa seorang readers tu,  dia request dekat Nadh dia nak satu cerita berkaitan dengan kekeluargaan pula. Jadi Nadh perlu lah cari idea terbaik nak tunaikan apa yang dia nak tu kan?

 Throw it away by Nadzli

Nak menulis tu senang, tapi nak bagi hasil perkongsian tu terkesan ke hati, susah sangat. Sebab tu kalau kita tengok, ramai yang suka dengar ceramah, tapi berapa ramai yang terikut-ikut dengan ceramah yang disampaikan tu? Susah kan? begitulah penyampaian melalui tulisan, ia bagai angin yang berlalu saja, mata yang meniti tiap bait kata dari atas ke bawah, tapi yang tersemat di hati berapa sangat kan?

Apa pun, hasil kita menampilkan siapa diri kita serba sedikit walau kita tak sedari. Tak percaya? Ini pengalaman Nadh sendiri. Kenal dengan orang dari penulisan, membawa ke reality. Kita dapat tengok mereka macam mana. :) 

Dunia ni sangat menarik untuk diterokai. Walau kita tak datang dari dunia ini sepertimana mereka yang dah lama dalam dunia ini. Tak hebat sepertimana mereka yang bijak bermain dengan ayat, memanipulasi kata-kata, tapi bukan bererti kita tak boleh nak menepek seketika kan dalam dunia ni kan?


P/s : Nadh hadir sebab ingin melampiaskan minat menyampaikan mesej melalui permainan kata-kata. Ianya hanya untuk seronok-seronok kan? Apa salahnya berseronok macam ni kan? :)

Thursday, 15 December 2011

Perhubungan selamat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu masa dahulu, Nadh suka sangat hubungan yang selamat. Yakni hubungan yang berpaksikan adik beradik, adik n kakak ka, adik n abang ka, abang n adik ka, paling Nadh suka semestinya bila menjadi adik la. Sebab sangat seronok tau. Ntah napa, mungkin sebab anak sulung kan, tak merasa ada abang n akak, jadi seronok pula.

Ada juga sekali tu, masa pergi camping, masa ini Nadh antara yang muda, yang mungkin sedikit menyerlah masa tu. Memang la sangat seronok. Apa saja activity memang dalam 'observe' akak n abang. Terasa selamat disitu. Time activity dengan abg, waktu akak memasak jadi tukang rasa. (tetiba rasa diri sgt manja, ouhhh malu)

Teringat masa tu, orang berebut dengan GF-BF, Nadh dengan kakak. Suka sangat, rasa tenang ja bila ada orang kat sisi, pujuk bila sedih, menasihati dan motivate untuk diri cemerlang n temankn Nadh selalu. Apa lagi yang kita mahu kan, cumalah untuk disayangi. Tapi sayang hubungan x kekal lama. Akak da x kwn ng Nadh sejak kawen. Tapi itu lah, orang kawen tu kn suami dulu. Walau sedih, terpaksa tima.

Sekarang ada abang. Walau hanya abg tempat kerja, tapi memang meriah rumah n office tu. Nadh rajin cari gado, lepas tu marah sebab x kena backing. Kena perli la, tapi bila time jaga Nadh. Nadh memang puji. Tapi lawak plak, pantang hilang kejap, mula la Nadh nk merap. Sampaikan kawan luar perli "awak ni saya ingat x pyh ada GF la, abang-abang awak tu punya la jaga adik sorang ni, asal keluar ja depa call.".

Lepas tu Nadh pun suka ada adik. (Bukan x cukup adik ya), tapi Nadh suka jadi abang kepada adik-adik. Sebab bila jd cmni, adik adik x malu nk datang n minta nasihat Nadh. (Tiada gap sebagaimana gap dengan kawan kawan) N mudah untuk Nadh selami hati mereka, bg cadangan n nasihat. Seronok sebenarnya ada adik ramai ni. Kejap-kejap yang tu lepas tu yang ini. Sampaikan cik seseorang tu perli Nadh, "ye lahh, dia kan abang kesayangan dalam group tu.". Tak caya p tengok FB Nadh. Dengan adik2 sokmo. ;)

Macam macam manusia kan? Nadh suka sebab hubungan yang selamat takkan punya hati nk tacing tacing jatuh chenta suma ni. Ikhlas memperingatkan satu sama lain berpaksi ALLAH sebagai yang terutama. Indah sangat kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 14 December 2011

Budak sekarang HEBAT.!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh berkesempatan berjumpa dengan boss Nadh n berbual. Nadh rasa takut plak bila sembang dengan dia tadi. Mengenai hal dunia ni la apa lagi.

On dia punya last visit masa involve dalam project ni hari tu, waktu dia buat survey kat sekolah, dia bertemu dengan penemuan yang agak dahsyat (bagi Nadh).

Waktu dia naik survey kat satu site tu. Dia terpaksa melalui siling dekat satu bangunan sekolah tu. N know what? Bermacam-macam la yang dijumpai kat atas tu, dari gambarlucah, majalah lucah , komik lucah, n lagi n lagi (dia ada sbt lagi. Tp x sbt suma, malu mungkin).

Lepas penemuan tu, dia pun panggil cikgu disiplin. Pas tu dia tny cikgu, "ini blok apa ni cikgu?", jawap cikgu, "ni adalah block asrama perempuan. "

Dengar dia cerita Nadh dah istigfar panjang. TERKEJUT!!

Bukan apa, ini menunjukkan tahap pemikiran remaja kita sekarang sangat menakutkan? Tu belum Nadh share kes tangkap basah lagi. Opsss nanti la ye?

Note :: sangat takut! Mendoakan ALLAH pelihara Nadh n family. Juga readers belog Nadh ni. Agar terbuka minda bukan untuk dekati maksiat , tapi mcintai amal n membenci dosa. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 5 December 2011

Jangan terlalu berharap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh nak cakap pasal memaksa orang suka kita. Leh tak? Sebab tadi kan terbaca entry Boss kat SINI, lepas tu semalam pn ada jugak la kaitannya dengan SUKA kat entry NI. Jadi hari ni, nak cakap pasal paksa orang suka. 

 "Nganga kaih, meh ai nak cuap..." by funmaafia

Dalam hidup, sudah menjadi norma buat kita untuk suka, kemudian disimpan didalam hati dan akhirnya bila sudah tiba saat dan ketika yang kita rasa tepat, kita akan berusaha untuk meluahkan. Tak macam cerita Doraemon, episode 03-Dec-2011 yang mana seorang pakcik Nobita perlukan sebuah patung untuk meluahkan isi hati. 

Dan akhir sekali, bila dah meluahkan, semestinya hati mahukan untuk memiliki hati yang di sana, kerana sudah sekian lama perasaan disimpan, dan berkali ingin dicurah, namun belum punya kata untuk ianya diterjemahkan dengan penuh rasa agar si dia dapat memahami hati yang sudah lama mendamba si dia.

Tetapi langit bukan selalunya cerah kan, 2 kemungkinan sudahpun tersedia untuk kita. Satu berupa jawapan Ya, dan satu lagi Tidak. Yang mana akan bawa juga dua kesan iaitu gembira dan kecewa. Sekiranya Ya jawapannya, pastilah hati akan girang menyambut kata Ya yang sudah lama di nanti, akan tetapi, bila mana Tidak yang muncul dari bibir dia, diri akan mula berasa tidak selesa, kekecewaan mungkin menyerang. 

Apa pun, hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh kita PAKSA kan. Macam gambar atas ni, memaksa si dia makan pisang yang bukan rela nya, boleh tengok kan macam mana dia palingkan muka, macam tu juga bila kita paksa orang untuk menerima kita. Jadi yang lebih baik adalah memberi peluang untuk dia berfikir dan bertenang. Mana tahu kan satu hari nanti dia akan berubah hati. 

Tapi peringatan juga buat kita. Jangan terlalu berharap.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA