Followers

Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Tips Menjauh Bosan Dalam Perhubungan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ntah kenapa ye, pagi ni Nadh terasa nak berkongsi buah fikiran Nadh. Mengenai sesuatu yang rasanya kan penting dalam satu perhubungan.

Dari pembacaan, perpisahan bermula dengan perkataan ini iaitu BOSAN. Percaya atau tidak, semua ada merasa perasaan ini, kekadang tu bila dah lama mula lah, timbul rasa ni. Menda paling kecil pun boleh cetuskan ketidakgembiraan.

Berikut beberapa tips lari dari perkataan BOSAN dalam perhubungan.

1. Wujudkan perubahan.
Yang dimaksudkan adalah lari dari kebiasaan. Kata orang hari-hari dah makan ikan, apa kata tukar selera makan ayam pula. Bukan tukar pasangan ye macam sesetengah orang faham. ;)

2. Abai.
Cuba abaikan perasaan itu. Buang jauh-jauh. Kita pun tahu kan, hati itu kekadang dengan rasa yang berbolak balik mudah menjadi permainan syaitan untuk buat kita rasa ragu-ragu. Dicucuk pula untuk makin hebat rasa itu. Jadi kena la jauhkan.

3. Mendekat.
Salah satu bila bosan kita menjauh. Oleh itu kita ambil perkara berlawan. Dekatkan diri dengannya. Bila dah dekat, hati makin sayang. Bukankah dari mata jatuh ke hati?

4. Imbas kembali kenangan.
Dahulu, kentut pun bau kalah sejambak bunga ros, kenapa kini tidak semanis itu? Imbau kembali kenangan indah bersamanya. Paling manis bila dibuat bersama, ambil masa berdua sebelum tidur ka, jenguk-jenguk album kahwin tu, sama-sama bercerita tentang masa tu. Best tak?

5. Jadi luar biasa.
Yang dimaksudkan dengan luar biasa ni, kita belajar jadi yang lebih baik setiap masa. Percaya atau tidak, menjadi lebih baik ni tidak mudah, sebab tu Nadh kata luar biasa. Orang yang TERBAIK sapa yang sanggup tinggal kan?

6. Buat dia jatuh cinta sekali lagi.
Ingat tak satu masa dahulu apa yang istimewanya kita pada pandangannya? Apa kata kita pikat dia sekali lagi? Suwwitttttnya bila dapat dimulakan kembali perasaan tu. Buat dia jatuh cinta sekali lagi. Bukankah rasa itu yang buat kamu bersama kini?

Apa pun, Nadh paling suka nak tekankan. Menjadi Hamba ALLAH yang paling dekat dengan ALLAH itulah yang paling bagus. Sebab hamba ALLAH yang taat pada suruhan itu buat dia jadi lebih bertanggungjawab, kalau yang paling susah, solat boleh jaga, nk jaga yang lain tu pasti mudah. bukankah solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?

Banyak, tapi biar ini yang jadi perkongsian kita tengah hari ni. Moga-moga bermanfaat ye.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 28 January 2012

Cabaran dunia penulisan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam berbual dengan seseorang. Katanya cerpen sekarang banyak persamaannya. Di mana-mana dia jumpa adalah mengenai keterpaksaan. Nadh setuju dengannya. Sebab rasanya Nadh ada satu karya berkaitan juga sebelum ini. Jadi Nadh gtau la dekat dia. InsyALLAH, akan cuba cari variasi dalam penulisan. Biar ada lain dari yang lain kan.

Sebenarnya kan, pendapat Nadh la. Menulis ni banyak cabarannya. Readers mahukan sesuatu yang lain dari yang lain. Jadi ini merupakan cabaran yang besar buat penulis untuk 'create' dunia baru yang belum dijumpai oleh para readers lagi. Bukan mudah tau, sebab tu kita selalu jumpa persamaan dalam karya, pun ini bukan satu kesalahan, tetapi mungkin juga cara penulis sampaikan sesuatu tu dari buah fikirannya.

Kedua, 'jiwa' dalam penulisan. Bagi Nadh sendiri, nak menulis, Nadh perlukan 'jiwa' untuk menulis. Seperti yang para sahabat Nadh tahu, Nadh suka gunakan lagu sebagai medium mendapatkan 'feel' menulis itu sendiri. Sebagai contoh, kisah Sedetik Lebih ni Nadh ambil dari sebuah lagu, dan sebenarnya kan, Nadh punya la dah masuk dalam cerita ni, sampai Nadh sendiri tersentuh dengan cerita ni, sentap juga la. hihi.

Ketiga, 'sentuhan'. Yang Nadh maksudkan dengan sentuhan adalah, bagaimana kisah yang kita bentangkan itu menusuk ke jiwa, tersentap para pembaca tu. Nadh akui, ini antara yang paling susah bila menulis. Sebab kita bukan harap readers membaca tetapi dapat 'sesuatu' yang kita cuba sampaikan kepada mereka. Ini merupakan cabaran besar sebenarnya kepada penulis. 

Keempat adalah harapan. Apa yang readers nakkan. Dan apa yang kita sampaikan. Menulis ni sama juga macam memberi servis kepada yang membaca. Kita menulis untuk kita persembahkan kepada orang kan. Jadi kekadang tu kita kena juga lihat macam mana yang readers kita nakkan. Macam semalam, Nadh ada jumpa seorang readers tu,  dia request dekat Nadh dia nak satu cerita berkaitan dengan kekeluargaan pula. Jadi Nadh perlu lah cari idea terbaik nak tunaikan apa yang dia nak tu kan?

 Throw it away by Nadzli

Nak menulis tu senang, tapi nak bagi hasil perkongsian tu terkesan ke hati, susah sangat. Sebab tu kalau kita tengok, ramai yang suka dengar ceramah, tapi berapa ramai yang terikut-ikut dengan ceramah yang disampaikan tu? Susah kan? begitulah penyampaian melalui tulisan, ia bagai angin yang berlalu saja, mata yang meniti tiap bait kata dari atas ke bawah, tapi yang tersemat di hati berapa sangat kan?

Apa pun, hasil kita menampilkan siapa diri kita serba sedikit walau kita tak sedari. Tak percaya? Ini pengalaman Nadh sendiri. Kenal dengan orang dari penulisan, membawa ke reality. Kita dapat tengok mereka macam mana. :) 

Dunia ni sangat menarik untuk diterokai. Walau kita tak datang dari dunia ini sepertimana mereka yang dah lama dalam dunia ini. Tak hebat sepertimana mereka yang bijak bermain dengan ayat, memanipulasi kata-kata, tapi bukan bererti kita tak boleh nak menepek seketika kan dalam dunia ni kan?


P/s : Nadh hadir sebab ingin melampiaskan minat menyampaikan mesej melalui permainan kata-kata. Ianya hanya untuk seronok-seronok kan? Apa salahnya berseronok macam ni kan? :)

Friday, 13 January 2012

Dia Bukan Milik Kita

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Bro Framestone ada tag Nadh kat entry baru dia yang NI. Dia nak tanya pendapat mengenai Dia Bukan Milik Kita


Dia yang bukan milik kita. Apa lagi yang harus di katakan. Walau satu hari dulu, dia merupakan 'matahari' penerang siang juga 'bulan' yang menyerikan malam tapi kini tiada lagi wujud dia dalam kamus hidup. Kata orang, kita akan mula ingin menghargai bila hilang nya dia di sisi, tapi bukan untukku, kerana perginya ketika itu, bukan kerana diri yang tidak menghargai, namun pilihan yang dibuatnya sendiri. Tika hubungan dalam kondisi yang baik-baik aja, tup-tup putus tanpa bicara konkrit penyedap cerita. 

Tika itu, dunia seakan gelap seketika, mungkin kerana diri perlu menghadap tiada lagi 'kebiasaan' selama ini. Ketiadaan itu terlalu perit untuk ditelan, terlalu susah untuk dihadapi. Namun sepertimana yang sudah sedia pasti, masa kini mengajar kita untuk berfikir. Yang sebenarnya , tiap nafas kita sebenarnya pengalaman yang mematangkan.

Walaubagaimanapun,  hairan kerana diri masih ingin 'attach' kepadanya sebab janji yang pernah diikat satu masa dahulu, "ingin menjadi seseorang yang akan kekal bersamanya hingga tiba maut memanggil diri" tapi apakan daya, janji itu sudahpun diputuskan waktu dia memutuskan untuk berpisah. Dengan janji bahawa dia tak akan menuntut lagi apa yang pernah terpatri, segalanya bermula dengan janggal, namun akhir nya kenyataan berjaya diterima.

Perjalanan masa hari demi hari mematangkan, rupanya ingin mengajar diri yang kehilangan itu perlu ada dalam hidup agar kita belajar untuk lebih menghargai masa depan yakni Akhirat yang abadi. Mungkin persiapan masa kita ini mengheret dosa dalam seharian, bila diri keterlaluan cinta pada hamba yang yakin satu hari nanti akan pergi juga mengadap kubur, hancur dibaham tanah, tapi itulah kekhilafan diri yang sebenarnya ingin disedarkan oleh DIA si Pemunya Alam. 

Akhirnya diri berada dalam kesedaran, hari-hari diisi dengan merafakkan kesyukuran pada DIA kerana menyedarkan hakikat asal kehidupan, malah hingga kini, satu demi satu hijab dibukakan untuk diri bersyukur yang si dia sememangnya tidak layak untuk memiliki hati dan cinta ini. Apa pun pintaku Ya ALLAH, andai dia nekad dengan katanya, nekad dengan keputusannya, kau bahagiakanlah dia dengan masa depan yang ingin dicoretnya, biar dia berjumpa apa yang diingininya, biar dia berjaya dengan apa yang dimahunya. 
Amin Yarabbal Alamin~ 


Andai masa dulu itu satu duri dan duka buat mereka,
Aku ingin khabarkan, fikir dulu sebelum berkata
Kerana ia juga sebenarnya adalah madu kerana kemanisannya
Walau kini baru bertemu rasa,
Tapi cukup untuk mengajar yang ianya tiadalah lebih nya 
Bila kita belajar yang perit itu mengajar kita
Untuk lebih mengerti bahagia 

Thursday, 4 August 2011

Mari Kejar YANG LIMA

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Entry pagi kita hari ni, Nadh nak kongsikan mengenai kelebihan, istimewanya bulan Ramadhan ni dari bulan-bulan lain. Ada Lima semuanya.

1. Puasa lah. apa lagi. Bulan lain kan posa Isnin dan Khamis ja. Tapi bulan Ramadhan kita berpuasa selama sebulan.
2. Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan kan? Apa kata mulai hari ni, kita tekadkan diri nak dapatkan Malam Lailatul Qadar ni?

3. Zakat Fitrah. Tahukah anda yang zakat fitrah ni pelengkap kepada puasa kita? Ingat tu? Awalkan la membayar zakat fitrah tu ya? takut terlupa nanti dah kalut-kalut nak raya.

4. Nuzul Al- Quran. Jum sama-sama kita membaca Al-Quran, bukan hanya baca, kita fahami sekali ilmu yang terkandung di dalamnya. Bukan mudah nak buat kan? Tapi kena ingat la, kalau setiap huruf dikira sebagai satu pahala, bayangkan la baca plak satu muka. Berapa banyak ae? Sapa nak tolong kira kan? 

5. Bulan di mana pahala-pahala amal kita digandakan. Oopss. Bukan mudah tau nak dapat. Bulan lain tak ada ni. Jadi apa kata reramaikan diri kita banyakkan amal, tingkatkan perkara-perkara kebaikan dalam diri kita, perbuatan kita seharian.


Note :: Seribu satu kebaikan ALLAH dah kurniakan kepada kita dalam bulan ni. Takkan taknak ambil kesempatan ni kot? Entah kita masih wujud atau tak di Ramadhan tahun depan? Rugi tau kalau bazirkan peluang besar ni. Baru EMPAT hari ni, banyak hari lagi yang ada, gunakan sebaiknya, moga-moga "isi" kebaikan yang kita buat hari ni, berkekalan sampai ke Ramadhan tahun depan. 

" TAK MUDAH NAK PASTIKAN IANYA BERTERUSAN, DAN TAK MUSTAHIL KALAU HATI ADA RASA NAK BUAT. TAPI SUSAH KALAU TAK MULA DARI HARI INI,"

All the besh ya? Anda buat, Anda dapat.. ;)

Tuesday, 28 June 2011

Diari Hatiku.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim.

Nadh nak cerita pasal diary boleh tak? Sapa-sapa ada diary?
Nadh tak ada.. hehe.. Tapi satu masa dahulu, Nadh ada, tu waktu sekolah Nadh la. Seronok juga punya diary ni, sebab bila ada diary, kita akan ada tempat nak mencurah apa jadi setiap hari. Macam Nadh dulu, ada 2 diary paling Nadh jaga la. Satu masa tingkatan 2. Satu lagi masa Nadh tingkatan 5 tak silap.

Dalam tu jadi tempat Nadh cerita kegembiraan, atau apa yang jadi. Seronok juga punya diary ni, dia macam kawan yang berkongsi cerita kita. Kekadang bila kita tak tahu nak buat apa-apa, kita hanya buka dia dan baca balik apa yang pernah kita coretkan.

Zaman sekarang dah berubah kan? Diary tu tak ada lagi, tapi dah digantikan dengan Blog. Tapi kekadang tu Nadh segan nak cerita apa yang jadi seharian dalam ni macam Nadh ceritakan dalam Diary dulu-dulu. Sebab Blog ni kan Published Diary, peranan dia dah berbeza dengan peranan dia waktu Nadh mula-mula berjinak-jinak dulu. Malu juga nak kongsikan apa yang jadi seharian ni. Sebab tu kekadang tu wujud "cerita dalam cerita". 

Pada yang paham, paham la, yang tak paham, ianya sekadar bingkisan peringatan dengan cermin depan yang gelap yang menutup kisah didalam disebaliknya. weeee~~

Buta+Pekak+Bisu=CINTA