Followers

Showing posts with label Sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

Curang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada yang membaca.

terbaca satu status kejap tadi.

"sekali curang , banyak kali akan curang. "

betul ka macam tu? bercakap bab curang. saya pun rasa nak sekeh ja kepala manusia manusia yang pernah berlaku curang ni.

kenapa perlu curang? why oh why?

adakah kerana kurangnya perhatian buatkan diri berlaku curang? kononnya kerana ada orang ketiga yang 'menjaga' lebih dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga apa yang perlu dijaga tu?

apapun, saya nak sebut yang kekadang yang berlaku tu ada sebab musababnya, satu, bila nak menghukum, tanya diri, apa yang kita buat salah sampai ini yang terjadi kepada kita?

keduanya tanya diri lagi kenapa jadi macma ni, adakah kita yang sebabkan keadaan jadi macam ni.

dan ketiga, tanya diri lagi, adakah kita telah menjadi manusia yang tak bertanggungjawab sampai kita mengabaikan apa yang tak sepatutnya kita abaikan?

barulah bertanya pada si curang, kenapa jadi macam tu.

apa pun tetap ada salah kita dan salah dia. ya benar, pokok tak goyang kalau tak ada angin, pokok juga tak goyang kalau tak ada orang yang mengoyangnya.

dalam perhubungan, bukankah sepatutnya ada sesi 'perkongsian' dia mana keduanya jika ada salah faham atau yang tak kena, di luahkan supaya ianya dapat diselesaikan.

bagi saya mudah, IMAN. bila ada IMAN, akan ada ALLAH. ada ALLAH, walau sekelumit dosa pun kita takut nak buat. mudah bukan?

ingat lagu Raihan?
"Iman adalah mutiara, didalam hati manusia, yang meyakini ALLAH, Maha Esa, Maha Kuasa. Tanpamu Iman bagaimanalah, menjadi hamba ALLAH yang bertakwa, "

"ia tak dapat di warisi, ia tiada di tepian pantai."

betul bukan? Iman dalam hati, tak ada tepi pantai. :)

Jaga Iman, sebab bila ada Iman. pasti dunia indah seindah indahnya.

Percayalah..

Wednesday, 20 February 2013

Hashtag #hijab-bitch-star

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru pulang. Jam 12:55am. Keluar bersama sahabat sahabat yang saya kenal sejak dari belum akil baligh lagi. Ya mereka sahabat saya dari zaman sekolah rendah lagi. Edan Wai dan Adi. Satu dah jadi bapa. Tiga lagi on the way. Semua dalam Tahun ni. InsyALLAH.

Dalam banyak yang dibualkan. Saya tertarik dengan satu tajuk ni. Mengenai model so called muslimah ni. Saya tergelak masa dia sebut satu ayat ni tadi, bunyi lawak tapi dalam sangat. "model muslimah tetek sama besaQ dengan perut".

Maafkan saya wahai readers, bunyinya lucah tapi itu reality fesyen zaman sekarang. Zaman para wanita disogokka. Dengan so called fesyen muslimah yang jika dikaji sedalam nya, langsung tak ada muslimah pun, cuma sekadar nama untuk disedapkan panggilannya. Juga sebab ada tudung yang menutupi kepalanya. Ikut kata sinis dia tadi, baik tak payah panggil model muslimah, elok cakap sahaja model am, model tudung periuk ka, model apa sahaja, tapi bukan muslimah.

Dari atas sekiranya kita tengok balik. Bertudung, tapi makin pelik yang keluarnya. Tudung, tapi nampak anak telinga, siap pakai subang lagi, tudung tapi dilipat tunjuk dada, tudung spesis turban, dan macam macam lagi tudung yang hanya atas nama tudung menutup kepala, tapi tidak menepati apa yang sepatutnya.

Dibawah pula berjubah. Ya saya akui, cantik la gamaknya ya, tapi salah. Macam satu tadi sahabat cakap "pakai jubah, tapi nampak spenda, bek terus tak payah pakai spenda, langsung tak nampak line tu". Kami gelak. Gelak penuh makna. Bunyi lucah lagi tapi sebenarnya ia dijadikan pengajaran buat kami yang sudah ditanggungjawabkan isteri dan bakal bakal anak sebagai amanah kami. Betul apa yang dia kata tu? Kau berjubah (kononnya) tapi masih galak menayangkan apa yang tak sepatutnya.

Next. Gaya pakaian digayakan. Lentoknya semakin galak. Seperti sedang menayangkan bukit mertajam yang mekar elok di ufuk dada gamaknya. Posing dari tepi bersama pakaian ketat jelas menampakkan bentuk tubuh. Saya baca satu status sahabat di facebook seentar tadi. "kita malu pada orang jadi kita pakai seluar, kita malu sebab itu kita berbaju, tapi kita lupa untuk malu pada ALLAH bila kita decide untuk berpakaian menampakkan susuk tubuh kita.

Pernah saya utarakan soalan pada mereka yang buat macam ni. Dan seperti yang kita tahu. Sudah tentu lah saya dikolotkan kerana tidak mengikut fesyen. Bukan itu sahaja, mereka pegang pada menutup rambut, bukan membalut autah yang sepatutnya jadi guideline penting dalam bergaya.

Begitulah apa yang berlaku di hari ini. Disogokkan dengan fesyen macam ni. Muslimah. Atas nama. Tapi jelas jauh api dari panggang. Dan menakjubkan saya rasa bila ianya dihalalkan dalam
Masyarakat. Lambakan majalah di pasaran dengan motif fesyen , ditambah pula dengan program yang juga dengan modus operandi sama, islam, kemudian menunjukkan kelemahan dan kebebalan dengan apa yang dipaparkan. Akhirnya masyarakat terikut.


Sheikh Muhammad Abduh telah berkata selepas beliau tiba di Mesir setelah dibuang negeri ke Perancis
.
“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”


Psst : nak salahkan siapa bila islam hanya atas nama islam? Tepuk dada, tanya iman.

Thursday, 31 January 2013

Jahatnya melayu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi yang indah hari ni. Hujan. Sejuk muka bumi Pulau Pinang ni.

Saya di kilang tadi. Bila seorang kawan tanya, "you sudah kawen kan baru baru ini? "

Saya ia kan soalan dia. Selepas itu, dia tanya, dah punya anak kah? Dan dijawab oleh kawan yang lagi sorang, "baru kawen, mana mahu mai anak?"

Dia jawab, "mana nak tahu. Kot dah ada."

Yang seorang lagi sedikit hendak jaga hati saya gamaknya, dia balas, "melayu mana boleh ini macam? Belum kawen tak boleh ada anak"

Terus dibalas, "ehh mana ada dah macam tu, zaman sekarang ni kamu tak tengok ka, dah ada mah jenis tu. "

Perbualan mereka itu saya rakamkan dan semat bebaik dalam ingatan. Saya tak marah. Tak ada perasaan pape bila dengar. Cuma senyum. Senyum dan senyum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sorang tu. dan sedikit terima kasih pada seorang lagi yang sensitive.

Sebenarnya minggu minggu lalu juga ada. Seorang auntie kerja sini juga, dia tanya saya, kenapa melayu sekarang jahat ah? You tengok eksiden teruk teruk suma pun melayu, yang ada kes rogol pun melayu. Banyak betul kes la orang melayu ni. Apa pasai ya?

Sentap tu tak. Cuma wordless saya. Nak menjawab pun tak ketahuan. Jadinya mendiamkan diri dan senyum juga yang diambil peranannya.

Jawapan saya, mudah. Melayu. Anytime boleh jadi kapir. Jgn hanya kerana dilahirkan dengan agama Islam, makanya jadi sangat lemah. Saya tak perlu ambil orang, saya sendiri pun rasanya tak sehebat semangat para saudara saudari muallaf yang terusan mencari ALLAH dalam hidup mereka, dan me yang semakin layu, sekadar bangga dengan agama keturunan mereka.

Hasilnya, lihatlah sekeliling anda. Yang mengaku islam itu lah yang paling kurang sabarnya, paling teruk akhlaknya, paling busuk perangainya. Tak percaya? Jalan raya contoh sabarnya, surat khabar kisah akhlaknya dan perniagaan dengan busuk hatinya.

Sesungguhnya saya sedih ini yang barlaku d zaman saya. Entah bagaimana nanti anak anak dan keturunan saya pula menghadapinya.

Jawapan kepada buruknya tak ada yang lain. Iaitu penghayatan kita. Kalau hanya sesetengah sahaja yang diikut, maka hancurlah semua. Tak perlu percaya apa saya kata, tapi bandingkan keliling kita dengan zaman awal dan kegemilangan islam satu ketika dahulu. Bagaimana ketinggian akhlak Rasulullah itu menjadi salah satu senjata dakwah.

Satu lagi, Zaman khalifah Abdul Aziz yang menyaksikan orang miskin sifar. Hinggakan tak ada orang yang boleh diberikan zakat. Hebat kan pelaksanaan nya?

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu". (al-Baqarah: 208)

Kenapa dikatakan masuk keseluruhan? Sebab hanya secara keseluruhan barulah ia dapat dimaksimakan kejayaannya. Ibarat anda baca sedikit sedikit, camna anda nak paham keseluruhan bukunya? tak gitu?


Credit to tuan tanah for photos

Ps : semua pun buat salah. tak ada yang terlepas dari salah. Cumanya, hati yang lebih dekat dari ALLAH itulah yang selalu bertaubat bila bersalah. Lebih hebat lagi dia insah dan benar benar menjauhi salah dia tu. Itulah kehebatan IMAN. Kita ada Islam atas nama, tapi IMAN dia tak datang bersama Islam atas nama yang kita punya tu. Kerana Hidayah itu pilihan ALLAH. Dia kasi pada yang Dia nak, tapi juga bukan bererti kita tak kena USAHA untuk dapat. #renungkanlah

Monday, 27 February 2012

Love doesnt mean being together forever

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh berpendapat : Love doesnt mean being together forever.

Ada yang setuju? Membantah? Meh Nadh panjangkan.

Bersama selamanya? Kita yakin ka kita akan hidup bersama sampai bila-bila? Apa hujah terbaik untuk itu? Sedang yang berkahwin berpuluh tahun juga menghadapi perceraian , inikan pula yang berkawan tanpa diri bersedia untuk memiliki. Kemudian, kecewa kerana putus dipertengahan. Kecewa dan membawa diri, benci lelaki, tak percaya perempuan. Prnyataan tak boleh dipakai.adalah manusia perlukan cinta, ya diakui, tapi cinta tanpa arah ketika diri belum bersedia itu kan patut dihindar? Macam kata sahabat, spenda pun ibu beli kan, dah meQelah nak be in love.

Kemudian adalah alam percintaan. Diri yang belum bersedia adalah vulnerable. Atau mudahnya, bila terjumpa yang lebih baik, terpikat, tersuka kemudian membawa kepada putus di pertengahan juga. Love doesnt mean being together forever, kan?

Alam rumah tangga. Permulaan pemuh kasih dan sayang. Tapi sayangnya diri begitu mengharap konon datangnya "seru" untuk berubah, lantas mengabaikan tanggungjawab untuk menutup apa yang perlu ditutup. Jadi percintaan suci yang sepatutnya menjamin separuh agama lagi dilengkapkan dengan takwa, membawa separuh kaki menemui pintu neraka, bukan hanya dia, malah bersama sipencinta sejati iaitu sang suami menemani ke sana. Adakah ini dikata bersama selama-lama? Berbahagiakah disana diseksa setiap masa? Sedang jalan mudah dah disedia, tapi hanya sekadar dalam cerita, tapi tubuh tidaklah berusaha menggapai redha.

Rumah tangga yang tidak ditentukan arah tujuannya, adalah rumahtangga yang tak tentu arah. Satu jalan ke syurga, satu jalan ke neraka. Perkahwinan itu harus ada visi dan misi yang dikongsikan bersama. (Kang Abik, Aku Terima Nikahnya)

Apa juga, yang pastinya, cinta selamanya itu datang dari kita yang menuju jalan utama yakni takwa ALLAH Ya Rahim. Kerana jalan takwa pasti menguatkan diri menjaga setiap yang pasti perlu ada dalam pemerhatian.

Diri yang mencari akan menemui. Ingin bersama selamanya? Kejar yamg Utama maka pasti tiada jalan yang memisahkan kita ditengah usaha, walau tubuh sudah dimamah tanah, tapi hati masih ada, berkekalan sampai ke sana.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 18 February 2012

Cakap-cakap dalam hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sedang asyik menengok cerita kat tv ni ha. Cerita apa tatau, tapi orang tu boleh dengar apa isi hati orang yang ada di hadapannya.

Bagaimana agaknya kalau kita ada kelebihan tu ye?

Kalau mereka berpendapat kita ni baik, tersenyumlah kita, kalau kita tak disukai, kalau tak dia maki hamun, mesti kutuk kita sampai ketanah bak kata orang. Bila kita dapat dengar apa orang depan kita kata dalam hati, agak-agak kita makan hati ke kita seronok ye dengar pendapat mereka mengenai kita?

Apapun yang menilai keikhlasan hati tu adalah ALLAH. Dan kita sebagai manusia kadang-kadang bisa tersimpang dari apa yang kita rasa juga apa perbuatan kita.

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati." (HR. Bukhari-Muslim)

Moral of the story : Buat la apa pn seikhlas mungkin, mungkin manusia tidak tahu kan? Tapi ALLAH Maha Mengetahui. :D

Saturday, 28 January 2012

Cabaran dunia penulisan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam berbual dengan seseorang. Katanya cerpen sekarang banyak persamaannya. Di mana-mana dia jumpa adalah mengenai keterpaksaan. Nadh setuju dengannya. Sebab rasanya Nadh ada satu karya berkaitan juga sebelum ini. Jadi Nadh gtau la dekat dia. InsyALLAH, akan cuba cari variasi dalam penulisan. Biar ada lain dari yang lain kan.

Sebenarnya kan, pendapat Nadh la. Menulis ni banyak cabarannya. Readers mahukan sesuatu yang lain dari yang lain. Jadi ini merupakan cabaran yang besar buat penulis untuk 'create' dunia baru yang belum dijumpai oleh para readers lagi. Bukan mudah tau, sebab tu kita selalu jumpa persamaan dalam karya, pun ini bukan satu kesalahan, tetapi mungkin juga cara penulis sampaikan sesuatu tu dari buah fikirannya.

Kedua, 'jiwa' dalam penulisan. Bagi Nadh sendiri, nak menulis, Nadh perlukan 'jiwa' untuk menulis. Seperti yang para sahabat Nadh tahu, Nadh suka gunakan lagu sebagai medium mendapatkan 'feel' menulis itu sendiri. Sebagai contoh, kisah Sedetik Lebih ni Nadh ambil dari sebuah lagu, dan sebenarnya kan, Nadh punya la dah masuk dalam cerita ni, sampai Nadh sendiri tersentuh dengan cerita ni, sentap juga la. hihi.

Ketiga, 'sentuhan'. Yang Nadh maksudkan dengan sentuhan adalah, bagaimana kisah yang kita bentangkan itu menusuk ke jiwa, tersentap para pembaca tu. Nadh akui, ini antara yang paling susah bila menulis. Sebab kita bukan harap readers membaca tetapi dapat 'sesuatu' yang kita cuba sampaikan kepada mereka. Ini merupakan cabaran besar sebenarnya kepada penulis. 

Keempat adalah harapan. Apa yang readers nakkan. Dan apa yang kita sampaikan. Menulis ni sama juga macam memberi servis kepada yang membaca. Kita menulis untuk kita persembahkan kepada orang kan. Jadi kekadang tu kita kena juga lihat macam mana yang readers kita nakkan. Macam semalam, Nadh ada jumpa seorang readers tu,  dia request dekat Nadh dia nak satu cerita berkaitan dengan kekeluargaan pula. Jadi Nadh perlu lah cari idea terbaik nak tunaikan apa yang dia nak tu kan?

 Throw it away by Nadzli

Nak menulis tu senang, tapi nak bagi hasil perkongsian tu terkesan ke hati, susah sangat. Sebab tu kalau kita tengok, ramai yang suka dengar ceramah, tapi berapa ramai yang terikut-ikut dengan ceramah yang disampaikan tu? Susah kan? begitulah penyampaian melalui tulisan, ia bagai angin yang berlalu saja, mata yang meniti tiap bait kata dari atas ke bawah, tapi yang tersemat di hati berapa sangat kan?

Apa pun, hasil kita menampilkan siapa diri kita serba sedikit walau kita tak sedari. Tak percaya? Ini pengalaman Nadh sendiri. Kenal dengan orang dari penulisan, membawa ke reality. Kita dapat tengok mereka macam mana. :) 

Dunia ni sangat menarik untuk diterokai. Walau kita tak datang dari dunia ini sepertimana mereka yang dah lama dalam dunia ini. Tak hebat sepertimana mereka yang bijak bermain dengan ayat, memanipulasi kata-kata, tapi bukan bererti kita tak boleh nak menepek seketika kan dalam dunia ni kan?


P/s : Nadh hadir sebab ingin melampiaskan minat menyampaikan mesej melalui permainan kata-kata. Ianya hanya untuk seronok-seronok kan? Apa salahnya berseronok macam ni kan? :)

Monday, 9 January 2012

Owhh sakit. Ouch Sakit.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kebelakangan ni Nadh jumpa beberapa kenalan yang sakit, kesian mereka, sedih juga, kalaulah diri dapat membantu kan? Tapi apakan daya, mereka jauh, cuma doalah yang dapat dikirim memohon agar ALLAH menyembuhkan mereka.

Sapa yang dalam hidup tidak bernah sakit? Tipulah kalau ada yang mengaku ada. Takkanlah tak pernah demam? Sesema? Batuk?atau apa saja la yang berkait dengan sakit ni, tak kiralah dalaman, luaran, Dalam asyik bersakit ni kan, apa yang readers rasa?

Diri sedang selesema, mahu bernafas punyalah susah, tapi diri tak goyah, malah berterima kasih pada ALLAH, "owh ALLAH, rupanya macam inilah orang yang sesak bernafas kan? Syukurlah aku cuma mrasanya waktu ini, kesian laa mereka yang meninggal kerananya, mesti siksa kan?"

Sedang dibelenggu sakit kepala - "ya ALLAH, sakitnya kepalaku, namun aku syukur Ya ALLAH kerana sakitku ini, apalah sangat hendak dibandingkan orang yang ada ketumbuhan, yang kepalanya pecah waktu sakaramatulmaut, dan bermacam lagi, mga aku dijauhi,kerana aku tak dapat bayang betapa dahsyatnya. "

Atau adakah readers macam ni?
"eeee demam lagi, tak berhenti-henti aih demam. Awat x baik-baik taktau? Sudah la woih aku tak larat nak makan ubat da ni..benci laaa".

Beberapa contoh sakit dan si penghidapnya. Dan dua contoh penerimaan sakit, sama ada redha n sabar atau merintih benci kerana menghadapinya. Walau apa pun kita, mari bermuhasabah seketika.

Ujian ALLAH itu adalah kasih sayangnya. Percaya atau tidak apa Nadh kata ini, tapi sememangnya ia adalah kebenaran yang tidak.langsung dapat disangkal. Tak caya tengok ni :

1. Sakit itu penghapus dosa. Sebagai kiffarah kesilapan yang dah kita lakukan selama ini.

2. Dalam kita sedar atau tidak, sebenarnya sakit ini mendekatkan kita dengan ALLAH. Tak caya, cuba tengok mat mat racing eksiden kat jalan tu, takdenye nak jerit "Bedah" , "Senah" , "Jijah" masa jatuh moto eksiden tu melainkan "ALLAH".. Dalam tak sedar pun kan? Masa sakit ni la kita JADI RAJIN NK DOA.

3. Bila sakit ni la dapat cuti, masa yang sebelum ni asyik dengan KERJA, DATING dan segala kesibukan dunia tu, diberi pelepasan seketika. Masa ni la nak ada masa nak duduk ngadap ALLAH puas-puas pun. (tapi berapa ramai yang wat pun kan?)

4. Salah satu dari waktu paling makbul doa juga adalah waktu sakit.

Cukup empat Nadh sebut atas tu. Cukup nk kabo yang ALLAH sememangnya tak buat satu menda yang sia-sia. Ujian sememangnya kasih sayang ALLAH.

Tapi sayang. Kita kurang gunakan masa sakit ni dengan hal bermanfaat. Yakni mendekatinya. Tak pecaya? Pergi check, berapa ramai yang EXTRA RAJIN masa sakit? (in fact solat wajib pun maleh, sebab ada alasan = sakit kan?). Berapa ramai yang buat? Gagahkan diri, syukur dan sabar?

Ujian + sakit + sabar =diangkat kedudukannya. Bukankah itu ruang untuk jadi kesayangan?

Pokoknya, diri sendiri la. Anda buat, anda dapat. ;))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 8 January 2012

Keretapi Kehidupan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni Nadh rasa nak cerita pasai apa yang terlintas dalam fikiran Nadh subuh tadi la. Mengenai keretapi. Entah macam mana tatau leh muncul idea ni dalam fikiran kan, jadi tak salah Nadh nak perincikan apa yang Nadh rasa tentang dia kan?



Nadh rasa hidup ni kan, kalau lah ia macam keretapi mesti best kan? Mana tak nya, kalau keretapi kan, semua mesti ikut KEPALA dia. Semestinya tak kan pusing p jalan lain, sebab dia HANYA boleh jalan melalui LANDASANnya. Landasannya adalah ISLAM dan KEPALAnya adalah IMAN yang mana AKAL sebagai pemandu kepada perjalanan tu.

IMAN yang menjadi kepalanya, sebab IMAN ja yang akan membawa kita ke destinasi semestinya iaitu SYURGA. AKAL yang memandu, sebab kalaulah pemandunya memilih untuk ke kiri dan ke kanan, pasti akan rebah ke tepi keretapi itu, seterusnya terhenti perjalanannya, jadi AKAL akan memilih untuk mengikut sahaja jalan yang tersedia tu. Tiada lagi pilihan untuk dia SHORTCUT.

Lepas tu kan, nak korner merata pun tak boleh. Cuba la kita tengok kat jalan raya tu, driver slumber badak ja nak p sana, p sini, pantang ada ruang kosong ja. MEMBAHAYAKAN. tapi kan, jalan keretapi, takleh nak ke kiri, ke kanan, melainkan la bila lalu kat ruang penukaran lane tu, itupun kena ada orang yang buat. Dalam kes ni. Cilok tu TAK MUNGKIN aa. 

Macam Nadh cerita dengan pakcik semalam kan, dia kata, zaman kita sekarang ni, orang ISLAM yang lahir nya dah ISLAM ni la yang paling kesian sekali, sebab mereka tak cari Ilmu nak kuatkan lagi akidah depa. yang depa tau, pegang kat kata-kata Rasulullah dulu yang mengatakan, sapa yang mati dengan kalimah LAILAHAILLAH itu akan masuk Syurga. 

Lepas tu kan, Pakcik kata lagi, masa tu ada sahabat yang dengar, depa p jumpa Rasulullah tau, lepas tu Rasulullah kata, Ya benar LAILAHA ILLALLAH dan AMAL. 

Dan Pakcik tambah, AMAL, nak berAMAL, kena ada ILMU, nak ada ILMU kenalah cari, tapi kita yang dah sedia ada ISLAM ni tak plak nak mencari ILMU tu. Pegang sangat dengan kata-kata tu. Tanpa melihat dari aspek yang lebih besar dan luasnya. 

Ibarat keretapi Nadh wat tadi tu. Semua nak syurga, tapi taknak ikut resam keretapi, yang menegak menuju destinasi. Semua tahu nak ikut kereta ja, ada ruang cilok, tengok kosong sikit memotong, pantang ada peluang ja, nak cepat kononnya, segala yang boleh mempercepatkan jalan itu akan diambil, sedangkan untuk menuju ALLAH dan Syurganya, tiada jalan pendek tapi ada jalan Nyata iaitu AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR !!

Wednesday, 14 December 2011

Budak sekarang HEBAT.!!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ni Nadh berkesempatan berjumpa dengan boss Nadh n berbual. Nadh rasa takut plak bila sembang dengan dia tadi. Mengenai hal dunia ni la apa lagi.

On dia punya last visit masa involve dalam project ni hari tu, waktu dia buat survey kat sekolah, dia bertemu dengan penemuan yang agak dahsyat (bagi Nadh).

Waktu dia naik survey kat satu site tu. Dia terpaksa melalui siling dekat satu bangunan sekolah tu. N know what? Bermacam-macam la yang dijumpai kat atas tu, dari gambarlucah, majalah lucah , komik lucah, n lagi n lagi (dia ada sbt lagi. Tp x sbt suma, malu mungkin).

Lepas penemuan tu, dia pun panggil cikgu disiplin. Pas tu dia tny cikgu, "ini blok apa ni cikgu?", jawap cikgu, "ni adalah block asrama perempuan. "

Dengar dia cerita Nadh dah istigfar panjang. TERKEJUT!!

Bukan apa, ini menunjukkan tahap pemikiran remaja kita sekarang sangat menakutkan? Tu belum Nadh share kes tangkap basah lagi. Opsss nanti la ye?

Note :: sangat takut! Mendoakan ALLAH pelihara Nadh n family. Juga readers belog Nadh ni. Agar terbuka minda bukan untuk dekati maksiat , tapi mcintai amal n membenci dosa. Amin yarabbal alamin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 11 December 2011

Semua telan serupa ja kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

My Lovely Sis dah sampai Penang. Alhamdulillah. Baru ja dia SMS Nadh. Rasa lega juga. Kalau tak tadi risau juga kenangkan perjalanan dia tu. Macam nak ikut balik pun ada juga la. Sebab macam tak harap la kononnya. Risaukan dia. Lepas tu fikir punya fikir punya fikir. Dia pun dengan kawan-kawan kan? InsyALLAH tak apa la. 

Sebenarnya kan, dalam kehidupan kita ni, kita senantiasa akan dirundung keresahan, kerisauan dan macam-macam lagi, kekadang apa yang datang (perasaan tu) , halang kita untuk buat sesuatu. Contohnya, kita nak masak, lepas tu, dalam fikiran dok fikir, kang kalau kita masak, tak sedap la, tak menjadi la, apa la. Macam-macam dalam fikiran tu.

Akhir sekali, Sebab kita rasa tak jadi, dan dengan risiko-risiko yang kita 'cipta' tadi, kita pun tak buat apa yang kita nak buat tu. 

Dalam hidup, kita kena bersedia nak hadapi situasi mendatang ni. Alasan semua tu hanya mendatangkan TIDAK kepada tindakan kita. Macam Nadh selalu sebutkan kepada orang, "penghalang terbesar kita adalah diri kita sendiri". Sebabnya, macam kes ni, kita tak buat, sebab ada konflik dalam hati kita yang halang kita dari bertindak. Sedangkan, kita tak buat lagi. Mana tahu gagal kan? Itu yang Nadh maksudkan dengan diri sendiri. Kita sendiri dan tak babitkan orang lagi ni.

" Slurppppp " by Funmaafia

Cer kita negative kan dalam hati, nak makan, nanti takut tak tertelan. Agak-agak ada ka orang nak buat macam tu? Semua telan serupa ja kan?

Wednesday, 26 January 2011

Mood :: Satu sampai Tujuh

mengantuk~ smpaikan info apa team bagi kat site aku leh misscomm

perut tak rasa lapaQ~ walau sehari tahan ng roti telur pagi tadi, n maghrib tibai biskut ja

buhsan ~~ sebab tatau nak buat apa.

tadak mood~ sebab tu tadak idea nak study

sunyi~sebab tadak orang nak teman

menyampah~ sebab tengok orang-orang-orang dalam FB ni

geram ~dekat orang-orang-orang dalam ni

sakit hati~sebab kawan kawan kawan dalam ni

tindakan~wat bodo ja dekat orang-orang-orang ni

hati~*tadak perasaan*

first~nak hilang sangat kan? dipersilakan.
dua~arap maklum ya, saya malas nak melayan

tiga~tanak tego kan? igt aku nak mula ka?

4th~bz sungguh aihh

lima~tamo sudah.

enam n tujuh~ malas nak ingat

lain-lain~dah tanak fikir dah

last~nak tdo la.

harap~esok ok lah..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA