Followers

Showing posts with label Sayang. Show all posts
Showing posts with label Sayang. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Perhubungan selamat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu masa dahulu, Nadh suka sangat hubungan yang selamat. Yakni hubungan yang berpaksikan adik beradik, adik n kakak ka, adik n abang ka, abang n adik ka, paling Nadh suka semestinya bila menjadi adik la. Sebab sangat seronok tau. Ntah napa, mungkin sebab anak sulung kan, tak merasa ada abang n akak, jadi seronok pula.

Ada juga sekali tu, masa pergi camping, masa ini Nadh antara yang muda, yang mungkin sedikit menyerlah masa tu. Memang la sangat seronok. Apa saja activity memang dalam 'observe' akak n abang. Terasa selamat disitu. Time activity dengan abg, waktu akak memasak jadi tukang rasa. (tetiba rasa diri sgt manja, ouhhh malu)

Teringat masa tu, orang berebut dengan GF-BF, Nadh dengan kakak. Suka sangat, rasa tenang ja bila ada orang kat sisi, pujuk bila sedih, menasihati dan motivate untuk diri cemerlang n temankn Nadh selalu. Apa lagi yang kita mahu kan, cumalah untuk disayangi. Tapi sayang hubungan x kekal lama. Akak da x kwn ng Nadh sejak kawen. Tapi itu lah, orang kawen tu kn suami dulu. Walau sedih, terpaksa tima.

Sekarang ada abang. Walau hanya abg tempat kerja, tapi memang meriah rumah n office tu. Nadh rajin cari gado, lepas tu marah sebab x kena backing. Kena perli la, tapi bila time jaga Nadh. Nadh memang puji. Tapi lawak plak, pantang hilang kejap, mula la Nadh nk merap. Sampaikan kawan luar perli "awak ni saya ingat x pyh ada GF la, abang-abang awak tu punya la jaga adik sorang ni, asal keluar ja depa call.".

Lepas tu Nadh pun suka ada adik. (Bukan x cukup adik ya), tapi Nadh suka jadi abang kepada adik-adik. Sebab bila jd cmni, adik adik x malu nk datang n minta nasihat Nadh. (Tiada gap sebagaimana gap dengan kawan kawan) N mudah untuk Nadh selami hati mereka, bg cadangan n nasihat. Seronok sebenarnya ada adik ramai ni. Kejap-kejap yang tu lepas tu yang ini. Sampaikan cik seseorang tu perli Nadh, "ye lahh, dia kan abang kesayangan dalam group tu.". Tak caya p tengok FB Nadh. Dengan adik2 sokmo. ;)

Macam macam manusia kan? Nadh suka sebab hubungan yang selamat takkan punya hati nk tacing tacing jatuh chenta suma ni. Ikhlas memperingatkan satu sama lain berpaksi ALLAH sebagai yang terutama. Indah sangat kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 7 December 2011

Hati yang ingin kuhabisi.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saat menjejakkan kaki disana, sesampai sahaja, mata meliar memerhati, bukan sahaja kiri dan kanan, tapi atas dan bawah turut tidak terlepas dari pandangan. Lantas mata tertarik untuk berhenti di satu sudut, melihatkan ia terbuai-buai di situ. Kadang kala, dek hembusan sang angin, bergerak gerak sang buah di atas ranting paling hujung.

Keterujaan terhadapnya mengajak diri untuk meluru kesebelah pohon. Mata mencari-cari galah, mahu dikait ia turun kebawah, tapi tidak berjumpa walau sebatang pun. Lalu, ditunduk pula ke bumi, lantas dicari sama ada berjumpa batu atau apa sahaja untuk dilempar, juga hampa. Setelah lama merenung, kaki berganjak ke pohon. Di cari-cari batang paling kukuh, kemudian ditepuk tepuk batang sebelum kaki berani memanjat nya. Satu demi satu dahan di selak, daun yang menghalang pandangan ditolak tepi, dan akhirnya, buah ditemu dan dipulas, alhamdulillah berhasil, akhirnya dia menjadi milikku.

Kaki akhirnya menjejak ke tanah. Tanpa banyak soal, buah tadi digigit. "Ouchh masam". Lantas digigit lagi. Namun akhir sekali, ia dcampak, kerana rasa yang langsung tidak menepati pandangan tadi. Terjelepuklah buah di satu sudut, bergulingan dan bercampur pasir. Rosak dan kotor. Kemudian ditinggalkan.

Situasi sama dengan hati yang didamba. Semasa ingin kepadanya, lautan duri sanggup diredah, hujan api sanggup ditelan, pahit tidak terluah, manis tetap dikendong, namun pabila sudah tidak disuka, dibuang ditepi tanpa mahu menoleh lagi.

Kira diri tak ingin menghabisi buah yang dipetik, jangan ianya diambil. Saat ia mula turun dari sambutan si ranting, hanya 2 kemungkinan pasti, menjadi darah daging, atau membusuk dan diurai cacing. Pastikan lah hati yang dipetik cintanya dijaga penuh amanah, bukan dirosak dan ditinggal tanpa hemah. Kerana kita tidak tahu mungkin satu masa nanti, hati kita juga bakal diuji perihal sama, mungkin lebih teruk membusuknya atau lebih hina, terendam dalam saluran busuk penuh geli menghilang dan lenyap bersama kepedihan dan kesengsaraan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 5 June 2011

Selamat tinggal sayang

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh baru sampai rumah ni.. Sesuatu yang tak baik berlaku, dan nampaknya hari ni ALLAH ingin menguji Nadh. Cerita dia, tadi masa Nadh sampai dekat trafic lite dekat dengan rumah Nadh tu Nadh dengar bunyi azan, jadi Nadh pn berat hati sangat nak berhenti dan solat Asar dekat Masjid. Niat dalam hati, solat dulu, lepas tu nanti balik la rumah pastu masak untuk makan. 

Jadi Nadh pun berhenti la, dah selesai ambil wuduk apa suma, Nadh tunggu iqaamat n solat. Selesai solat, dah bersalam apa suma, Nadh pun pergi dekat tempat Nadh tinggalkan beg Nadh. Tengok-tengok dah tak ada. Nak kata jauh tu takdak la sangat pun, masih satu saf dengan Nadh. Tak selang banyak pun sebab Nadh mula ingat nak letak depan, tapi fikir plak, tak manis dilihat plak kan, jadi Nadh letak la tak jauh dari tempat Nadh solat, iaitu dekat tiang satu saf dengan Nadh. 

Habis tu lepas solat, cari memang dah tak ada la. Nadh pusing, Pacik Imam pn tolong jugak, tapi memang tak ada. Sedih tu memang la agak sedih, tapi dah sampai peringkat speechless ni, memang tak boleh nak kata apa. Abang yang ada dekat masjid tu pesan, dah la, takyah nak marah ka apa, redha ja la. Nadh akui, Nadh tak rasa pape, cuma ralat ja, n sedikit sedih sebenarnya. 

Goodbye sayang, im gonna miss you, 
together with my Broadband, my pendrive, all my colourful pen, my button badge, and not forgotten my notes. T.T (and also those etc etc in my bag) 


Note :: Dunia ohh Dunia, dalam masjid sayangku, pun kau berani melangkah dan mencuri, dengan aku kau tak berhutang sangat, tapi JANJI ALLAH tu PASTI, kau tunggulah hari pembalasan nanti..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA