Followers

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Sunday, 25 September 2011

Gejala murtad. kenapa?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh dah 2 hari mengikuti laporan kes murtad di TV9. Dari apa yang dilaporkan, Nadh terpanggil untuk berkongsi sebab yang rasa Nadh punca berlaku perkara ni.

Punca UTAMA adalah kelemahan umat Islam tu sendiri. Kalau ada yang membaca entry Nadh semalam mengenai kekuatan kita mesti paham apa maksud Nadh.

Dari laporan hari ni mengatakan, dia makan babi bila mengikut cina dan terpengaruh bila dikatakan "boleh aihh nak makan, kan ke kalau dah darurat."

Laporan semalam pula dek kerana cinta, dia mengikut ke kuil n akhirnya dia juga turut sama menyembah berhala. Dan juga terpengaruh bila dikata "tuhan kamu tak nampak.". Nauzubillah tapi itulah reality kelemahan kita sang manusia yang menidakkan arahan Maha Pencipta untuk mengikut sahaja susunan perjalanan alam dengan garis panduan yang juga telah tersedia.

Jika dilihat dari dua contoh diatas, sebenarnya ia cuma contoh kecil dari ribuan kes murtad yang dilaporkan. Itu belum lagi diambil kira dari kes muallaf kembali ke agama asal. Alasan dia masih sama, KELEMAHAN UMAT ISLAM. Bukan Islam tau yang salah, tapi umat dia yang brtanggungjawap atas kes ni.

Kesalahan kita bila :
1. Hiburan melampau dan keterlaluan. Sebab tu bila panggil ustaz kita tak kenal. Ajak pergi ceramah agama, ada artis, penuh satu dewan. Kna plak ada konsert kan?

2. Tak pandai agama tak ada hal. Tapi kalau tak lulus SPM memang tak daya la. Sebab tu bila masuk Enginerring ka, medic kena straight A, tapi aliran agama E pun masih ok.

3. Agama, AL-Quran dipandang enteng. Yang penting mengaji sedap-sedap. Bukan kefahaman akan isinya. Sebab tu ramai bantah hukum hudud. Sebab tak faham isinya. Cuba tengok kat Mekah tu, slumber ja tokei kedai tinggal kedai bila datang waktu solat. Barang tak hilang. Kat sini cuba la tengok?

4. Kata-kata ulama ditutup para BIJAK PANDAI POLITICIAN YANG KONON PANDAI UGAMA. Sebab tu susah nak bertindak. Mudah betul mereka menidakkan tindakan ulama. Padahal yang dilakukan tu untuk jaga institusi Islam.

5. 1 Malaysia. Sebab tu jadi telur hilang. Tak berani nak komen hal bila kait dengan agama. Owhh ya saya lupa, jaga keharmonian kan? Sebab tu makin lama makin kena pijak. Dibodohkan. Sedang dalam Islam awal lagi dah termaktub dua golongan iaitu ahlu zimmi n ahlu harbi yang perlu dijaga n diperangi.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi apa pun kita kena jaga diri sendiri n jaga kesedaran kita akan hal ini. Kita jaga yang patut n DIA akan tolong kita dari sana.

"bacalah apa y ang diwahyukan kepada mu iaitu kitab Al-Quran dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati ALLAH adalah lebih besar keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain. " (Al-Ankabut : 45)

Note :: kita masih berdiam diri kan? Lalai dengan alam fana yang terlalu disogokkan dengan hiburan melampau. Dan mengabaikan yang sepatutnya terlebih jaga. Udah-udah la ye. Mari kembali martabatkan agama ALLAH ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 12 July 2011

Mencinta MUDAH, bercinta itu yang SUSAH

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Wah-wah... Nadh kerap betul la dengan entry chentan cintun sekarang ni kan? hihi.. Rasanya dia dah tu. Tapi tak salah nak mengingatkan betul tak? 

Malam ni cerita dia mengenai Mencinta dan Bercinta plak. Amacam? Ada sapa-sapa nak bagi pendapat tak? Bagi Nadh macam ni la." Mencinta MUDAH, bercinta itu yang SUSAH "

Mencinta : Bukan payah nak mencinta, "dalam diam mencintaimu" pun masih mencinta kan? Sebab MUDAH ialah, hati ni terkadang begitu mudah nak declare kita sayangkan orang, even bagi sesetengah itu, slumber ja boleh mengaku sayang walau baru kenai, padahal entah dari mana la ianya nak diukur tu sedangkan kita baru dalam proses nak kenal-kenal.

Bercinta : Kenapa Susah? Sebab ianya melibatkan dua insan, dua hati, dua jiwa. Penerimaan dua pihak diperlukan untuk bercinta. Dari sana ada sayang dan kasih. Juga akan kenal erti menerima baik dan buruk. Sebab bila belajar bercinta, selalunya kita bukan nak sekejap, tapi bila diserahkan hati tu, pastinya mengharapkan yang terbaik dalam hubungan tu kan? Susahnya sebab kita kena berkenalan dan bercinta dengan Baik dan Buruknya insan berkenaan. 

Sebab tu setengah manusia berpesan, "Jangan cari yang kita sayang sebab satu hari nanti dia akan tinggalkan kita untuk seseorang yang dia sayang, tapi terimalah seseorang yang sayang kita". Ironinya, mencinta itu mudah, kerana ianya memerlukan diri kita untuk melakukannya, dari meminta diri dicinta. 

Dan dipendekkan cerita kenapa cinta lepas kahwin itu lebih manis adalah sebab kita belajar menerima, mengasihi dan menyayangi tiap buruk dan baiknya si dia. 

Pesan Nadh, kita jangan kejar dunia tapi kita carilah akhirat. Sebab bila kita mencari akhirat, dunia akan terkejarkan kita nanti. Begitulah dunia, jika kita berjalan menggapai akhirat maka dunia akan datang sendiri kepada kita, tapi sebaliknya jika kita malah mengejar dunia maka dia akan terus menghindari kita,

Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan KAMI tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia KAMI berikan kepadanya dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah Asy-Syura:20)

Mudah sebenarnya, sebab bila kita buat, kita dapat.. weeee~~

Tuesday, 21 June 2011

Ada aku heran? Berapa duit la sangat kan...

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim.

Nadh tak reti nak kata apa hari ni. Leh tak Nadh nak luahkan kesedihan Nadh ketika membaca entry dalam blog sorang sahabat tadi?

Nadh bukan sesapa nak mempersoalkan, tapi apabila terbaca itu dan satu lagi yang Nadh jumpa dalam email mengenai perkara yang sama Nadh plak rasa sedih.

Hukuman untuk bersekedudukan hanyalah DENDA + Penjara setahun. (mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 Seksyen 9(2) akta yang sama dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.)

. Apa pendapat anda? 

Dizaman DUIT-DUIT-DUIT ni, denda ni bukan lah apa sangat. Ada orang takut ka kalau duit berkoyan-koyan dalam akaun?? Tak ada duit, leh cari, leh pinjam, HANYA DEMI MENGELAKKAN DARI DIHUKUM. Lepas tu? Ada ka rasa TAKUT kalau SENANG-SENANG boleh SETEL HUKUMAN NI???

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Al-Israa : 30)

Sebab itulah Dalam Al-Israa ayat 41 ALLAH berfirman :
"Dan sesungguhnya dalam Al Qur'an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)."

DALAM SEDAR TAK SEDAR, KITA SEBENARNYA SEDANG MEMBELAKANGKAN HUKUM ALLAH, Ibarat Mesin yang direka cipta oleh Inventor, menjerit kepada Inventor, "Biarlah aku membaiki diriku.. aku lebih kenal diriku..."

Tak apalah, sekarang kita menunggu pula Janji yang bakal dikotakan..

Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata :
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” ( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Kita langsung tak sedar kan?


you screaming mu name by ~Amori-chan on deviantART


Rujukan : Jenayah zina dalam Islam dan keburukannya



Thursday, 9 June 2011

Apabila terkurung sebelum terkurung

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Malam ni nak kongsi apa jadi dekat Nadh pagi tadi. Nak tahu, pagi tadi Nadh terkurung dalam bilik tidur Nadh. Entah macam mana la pintu yang berkunci itu tidak dapat nk buka. Jenuh Nadh pusing dari dalam tombol dia, tapi masih sangkut dan tak daya buat apa-apa. Sahabat yang dari luar juga cuba yang sama, tapi masih hal yang sama.

Akhir sekali, inilah yang dapat Nadh simpulkan.



Hehe, sebenarnya Nadh bukan nak ceritakan pasai pintu ni sangat. Tapi sebenarnya nak ajak readers dan diri Nadh cuba bayangkan diri berada dalam ruangan terkunci jugak. Tapi bukan macam Nadh dalam bilik tu. Tapi dalam ni.

 Apabila tiba saat dan ketika ini nanti, tiadalah berguna lagi isteri yang cantik (dia mungkin satu hari nanti dilamar orang lain), tiadalah guna juga kereta yang besar (pakai Merz ka, pakai Alphard ka, kereta akhir kita adalah kereta mayat, bukan kereta mahal yang menghantar kita kekuburan, bukan juga sebagai tunggangan dialam kubur kita), tertinggallah juga rumah besar kita yang dilengkapi dengan aircond, tiada juga katil empuk yang menamani waktu tidur kita, tidak pula ianya menjadi katil akhir, melainkan tanah yang menutup kita dalam kuburan. Kemana pula perginya wang kita yang beribu-ribu dalam akaun itu, tidak pula ianya dapat menebus dosa kita dan digantikan dengan pahala dan amal ibarat.

Segalanya serba tak kena ketika ini, bila mana hasil kita didunia hanyalah mengisi bahagian lengan kiri dengan dosa dan kekufuran dengan kurniaannya. Maka ternangislah kita, menjeritlah kita menyambut pukulan Malaikat yang menghukum kita atas "saham" dunia yang kita kumpulkan itu.

Jadi, beringatlah kita, dan bersedia untuk hadapi waktu kita bukan lagi seperti didalam bilik terkunci dan memecahkan pintu untuk melepaskan diri. Tapi kuburan yang akan menempatkan kita sehingga tibanya hari akhirat. Bersemadilah disana sama ada sebagai lokasi awal menunggu nikmat syurga, atau kuburan penuh siksa sebelum menanti balasan neraka.

Renung-renungkanlah..

"Apabila Umat Nabi Muhammad mati, maka akan putuslah segala amalnya, melainkan tiga perkara, yakni ilmu yang bermanfaat, harta benda yang digunakan untuk jalan ALLAH, dan akhir sekali adalah anak soleh yang mendoakan."


Saturday, 28 May 2011

Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh teringin benar nak berkongsi tentang apa yang Nadh dapat masa Nadh dengar Khutbah Jumaat semalam.
Apa yang Imam sampaikan tu, Nadh simpulkan dalam beberapa patah perkataan. Iaitu "Hidup ini Pilihan, Mati Bermula Paksaan.. "

Apa yang dapat kita simpulkan dari perkongsian Nadh tu? Mari Nadh terangkan. 

HIDUP SEBAGAI PILIHAN

"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku" (Az-Zariyat : 56)

Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)

Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.


MATI BERMULA PAKSAAN.

Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)

Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.

Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)

Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan?  )

Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka.  )

Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.


"andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan AKU beri walau setitis air pun kepada mereka"

Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.

Tuesday, 15 March 2011

Curang ; Sudah Menjadi Asam Garam Kehidupan

Assalamualaikum..
pusing sana, pusing sini, jumpa plak yang nih.. dari Blog enchik Taufiq Helios, macam menarik. busan2 dipetang hari ni dapat merepu merapan pun besh jugak ni.. aku join la.. Dari blog Bro Framestone. mengenai Curang mencurangi dalam hidup ni.


Persoalan datang cari Cik Nurelle. Meh nak buh cket la. .:p

Curang. hanya akan jadi apabila pasangan tu tak SETIA. Berlaku apabila si bunga yang dulu tu bunga paling wangi dalam dunia tu dah ilang keharumannya, bila si Supermodel idaman satu ketika dulu dah ilang tarikan dan menjadi nenek kebayan yang kerepot segala, tu realiti kehidupan, apabila yang ada bersama sudah ilang daya tarikan, apabila keistimewaan tu da tak wujud lagi, akan hadirlah manusia baru mengisi ruang dihati. 

pendapat aku la, rasanya suma apabila pasangan sendiri dah tak jumpa lagi istimewa pasangan dalam hati, dan dek kerana kekurangan "rasa" tu, dan hadir pula manusia lain yang dirasakan "cukup" segalanya, masa ni akan jadi la curang mencurang ni.. kadang-kadang terfikir jugak, awat nak curang ni, napa tak cukup ka yang sedia ada tu.. tapi realiti ni yang terjadi. 

rasa aku, apabila cinta itu bersebab, contohnya cinta kerana cantik, cinta kerana harta, cinta kerana pangkat, maka pasti hilang segala nikmat nya apabila sudah kehilangan segala ini kerana diwaktu ini cinta sudah tidak mempunyai sebab lagi untuk diterjemahkan oleh hati.
 
Dari kaca mata aku, selalu kita akan cakap yang mencurang tu jahat, selalunya laki la nak kena tuduh curang ni kan, sebab depa kata perempuan tu baik. laki ja nak wat menda ta baek sokmo. dan perempuan sangat baik. rasa aku kan, bkan soal ni dah sekarang ni. laki dan perempuan zaman sekarang ni, sama saja. dalam hal mencurang ni. dan hal SETIA juga sama. ada yang SETIA dan ada yang curang. sama aja. cuma nya, kekadang tu kita perlu muhasabah balik diri kita ni, kenapa begitu, dan kenapa begini, kenapa hati begitu mudah berubah bila dah jumpa yang mana berkenan di hati, aku berat bercerita hal Suami dan Isteri mencurang la. sebab rasa ralat la. 

bagi aku, satu ja.. nak tahu SETIA atau tak seseorang tu, lihat SETIA tak dia dengan kita, lihat kesetiaan dia dengan SEJADAH, dengan AL-Quran, setia tak dia dengan tanggungjawap 5 waktu yang dipertanggungjawapkan oleh ALLAH kepada dia. tu modal utama aku, sebab selagi dia berpegang kepada yang utama iaitu ALLAH, pasti dia susah untuk tidak setia, kerana sudah dipertanggungjawapkan keatas dia hal rumahtangga yang perlu dia jaga dan sayang. itu point aku, setia dengan ALLAH, pasti dia takut untuk mencurang dibelakang pasangan. kerana didalam nya ada terkandung AMANAH yang dia galas, yang akan disoal satu hari nanti di sana. 

Ku doakan, ku harapkan, yang di luar sana, mendapat Nur sedikit ingatan dari ALLAH, hidup tanggungjawap kita, jangan kerana nafsu, kita rosakkan kepercayaan yang bersama kita, kita gembira kejap ja tukar sini dan sana, skandal sana sini, tapi yang dirumah menanti kita? fikir dan renungkan. bersangka baik, kita rasa kan yang ada tu kurang, kita touch up la, tak cantik, kita mekap la, tak bergaya, kita gayakan la, sebab suma atas kita, ibarat sebaldi ikan, untuk bekalan seminggu, hari ni masak la kari, esok goreng, lusa tulat dan seterusnya, masak la yang lain-lain, hari-hari dapat yang sama suma pun busan kan, suma halnya datang dari kita.. mata kita melihat, hati kira menafsir, buruk mana pun andai kita setkan cantik dalam diri, pasti akan rasa cantiknya.. ;)

"kita buat, kita dapat. ;) "

Tuesday, 8 March 2011

Cantik dan Kacak

cantik, kacak tu subjektif,
ada pada kaca mata kita tu cantik sangat..
ada yang kita tgk ta cantik, tapi pada orang lain, cantik..
tapi kecantikan tu hanya diolah melalui mata,
hanya mata yang melihat dan hati yang mengolah pandangan tu sebelum ianya ditakrifkan sebagai cantik atau tidak.
cantik ini, berbeza bagi setiap orang, sebab, sesuatu dari kaca mata seseorang adalah berbeza dan bermacam-macam jawapnya..

manakala kecantikan dalaman tu,
akan dapat dilihat, dan dirasa jika setiapnya didekati.. ;)
kerana ianya dari dalam. yang mana tidak akan dapat dilihat,
tidak dapat dirasa jika tidak mendekati.
ada orang cakap "tak kenal maka tak cinta"
inilah maksudnya, kecantikan dari dalam yang kita takkan kenai jika tidak mendekati.

suma mencari kecantikan luaran,
suma nak mekap, suma nak pakai tu pakai ni supaya orang dapat lihat cantik dan emsemm nya depa, tapi berapa ramai sangat yang fikir pasai cantik dalaman ni..
dikejar yang tu, bila da tua, kedut jugak,
tapi dikejar yang nih, sampai tua,
makin lama makin cantik.. orang sayang, ALLAH tambah syg,. ;))


"Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya"

Note :: tak cantik, tak ensem tak apa, tapi pastikan hati tu ensem, hati tu cantik.. pasti suma mahu ada bersama kamu.. ;))

Buta+Pekak+Bisu=CINTA