Followers

Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Tuesday, 1 November 2011

Did you still love your EX?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam semalam, ada orang postkan gambar bawah ni dekat wall KBU.


Lepas tu ada beberapa yang menjawapnya. kat bawah ni jawapannya.





Rasanya Nadh juga ada Ex. Meh Nadh nak kongsi Ex-Ex Nadh, lepas tu kita buat perbandingan sedikit, amacam? Ada bran? 
1. Kejatuhan Saya - Masa kecil-kecil ni. Mudah nak jumpa, tapi susah nak ingat, masa tu, saya nak belajar berjalan, tapi kaki belum cukup kuat, saya gagahkan juga memanjat di mana sahaja saya jumpa tempat berpaut, entah berapa kali saya jatuh, entah dah di mana-mana lebam di badan saya ni, berapa banyak kali saya meraung pun saya tak tahu, tapi saya tahu, akhir sekali, saya berjaya juga bangun, berjaya juga berjalan, dapat juga saya melangkahkan kaki saya waktu ni. 

2. Tangisan Saya - Waktu saya mula melihat dunia, masa ni saya menangis, kuat la kot sebab saya tak ingat pula masa ni macam mana, tapi saya tahu sesuatu, waktu saya lahir, saya seorang sahaja yang menangis, dan semua tergelak, berpesta sakan sebab gembira menerima saya sebagai ahli baru keluarga mereka, saya nak simpan dalam minda saya, bila satu hari nanti saya pergi, yang akan menangis adalah dunia, dan saya pula yang tersenyum gembira.

3. Kejayaan Saya - Saya ingat lagi, waktu saya di Universiti dahulu, saya suka sangat bila setiap kali bila saya mendapat kejayaan, semua datang kepada saya. Menghulur tangan mengucapkan tahniah, tak kurang juga yang bergelak ketawa berkongsi kejayaan saya. Saya suka betul waktu tu, tapi saya tak ingat pula masa saya bertungkus lumus mendapatkan kejayaan saya ni sebab terlalu gembira dengan kejayaan saya. Hinggakan saya terlupa pada yang memandang sayu kejayaan saya itu. Saya sepatutnya gembirakan mereka juga, kongsi aura tu dengan mereka, dengan harapan mereka terpengaruh dan berusaha kuat selepas itu.

4. Persaingan Saya - Ada kawan cakap dengan ibu mereka, "Ibu, kalau nak tahu, dia itulah musuh ketat saya, selalu sahaja bila bab belajar, bersaing dengan dia. ". Oh dia beritahu ibunya mengenai saya, saya berasa gembira kerana kewujudan saya diperhatikan, tapi saya terlupa, sedang asyik saya bersaing ini, saya tidak ingat kepada persaingan yang sepatutnya saya utamakan, persaingan mendapatkan Redha Yang Esa, ALLAH SWT. 

5. Perbuatan-perbuatan saya - Kalau hendak saya hitungkan, terlalu banyak yang sudah saya lalui. Yang baik, yang tidak, yang nakal, yang membencikan, terlalu banyak sebenarnya, semuanya adalah pengalaman yang mengajar saya menjadi siapa saya sekarang. Yang teruk itu menyedarkan, yang baik tanpa beringat itu kekadang melalaikan, makin lama, semuanya mengajar, makin saya sedar yang semua merupakan susunan ALLAH buat saya supaya saya belajar mengenai kehidupan.

6. Pengorbanan - Ini sangat mendalam. Mungkin hati saya selembut tissue bila berbicara mengenainya. Atau juga mata selaju pili yang dibuka untuk jatuh berjurainya air dari muncungnya, Peringatan buat saya, bahawa Siapakah saya di hari ini jika tiada pengorbanan. Biarlah saya pilih dua insan terlalu istimewa dalam dunia ini kerana telah membesarkan saya, iaitu Mama dan Ayah saya.  Adakah saya hargai pengorbanan mereka? Adakah saya telah menjadi anak yang baik, anak soleh yang senantiasa mendoakan kebahagiaan mereka? Adakah saya ini mampu untuk berkorban sehebat pengorbanan mereka satu ketika dahulu? Ibu yang berperang dengan nyawa ketika hendak melahirkan saya? Ayah yang bersusah payah demi memberikan saya kehidupan terbaik? Disebalik Redha mereka itu lah ALLAH redhai kita, oleh itu, peringatan buat saya dan semua, hargailah mereka seperti mana mereka menyayangi kita satu masa dahulu. Semuanya di buat free of charge, tidak pula mereka menuntut semuanya dari kita, jadi biarlah kita jadi seorang pengenang jasa, yang berusaha memberikan mereka khidmat terbaik selagi mereka diizinkan bernafas di muka bumi ini.

Terlalu banyak Ex yang sekiranya diberikan peluang untuk saya berkata-kata, memang tidak berhentilah anda membacanya, cuma saya hendak ingatkan, Ex itu dari maksud perkongsian hari ni adalah kenangan, masa silam yang pernah berlalu dalam hidup kita. Ianya adalah perancangan ALLAH untuk kita, sama ada ianya dimanfaatkan atau tidak, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Sekiranya ianya diambil untuk diingati , dan sebagai jalan pandu ke masa depan gemilang, atau sekadar ingatan untuk dikenang sahaja, biarlah diri kita yang menentukannya.

Pengalaman itu mematangkan. Pengalaman mengajar kita.


"Biarkan masa depan datang sendiri, telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan datangnya. Allah telah menyusun hidup kita dengan sempurna..."

Tuesday, 18 October 2011

Akukah yang tersesat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Lost in Jungle by Aashiyaana

Satu hari , sedang kita asyik menikmati alam, dalam perkhemahan kita bersama rakan-rakan di dalam hutan, kita tersesat . 

Kita tercari-cari arah perjalanan kita, ke kiri kita pusing, ke kanan kita toleh, Akhirnya setelah hati berasa kuat , kita memilih untuk berjalan di satu arah itu, di arah sana, kita terdengar seperti ada aliran air sungai namun kurang pasti mana dan sejauh mana tempatnya.

Ketika melangkah, tiba-tiba kaki kita tercucuk duri,. Kita menjerit kesakitan. Waktu tu, kita terloncat-loncat supaya kaki tidak terpijak lagi dan membuat duri itu masuk dalam lagi, kekiri dan kanan kita tuju, hinggalah terlihat akan sebongkah kayu, yang cukup untuk kita duduk, kemudian, kita tarik keluar duri itu keluar dari kaki, tika ini, kita menjerit kesakitan

Kita berjalan lagi, kali ini, kita menunduk-menunduk mengelakkan ranting2. Tiba-tiba satu ranting terjatuh ke atas kita, kena tepat pada kepala kita. Kita mengabaikannya, mungkin sedikit kerana kita berjaya juga menepisnya tadi. Perjalanan itu kita teruskan. Saat kita berhenti seketika untuk mengelap peluh, kita berasa satu cecair panas mengalir di muka kita, kita lap ia, ingatkan ianya adalah peluh, Rupanya, dalam kita tidak sedar, rupanya ranting tadi mencederakan kepala kita, kita hampir pitam bila menyedari nya, tapi sifat melawan kita menguatkan diri untuk terus bertahan. Maka, dengan sapu tangan yang ada di dalam poket, kita keluarkan ia, dan membalut kepala kita yang luka itu.

Kita sambung lagi perjalanan, kali ini, kita menolak ranting-ranting yang ada. Tapi kita tak sedar, yang kita tolak itu sebenarnya salah tolak, ranting itu melibas kita, terkena tepat pada muka, kita jatuh terduduk, pening kerana libasan itu mengenai betul atas kepala kita, sakitnya bukan kepalang. Kita tak mampu berjalan buat seketika, masa yang kita ambil, lama benar sementara menanti kita pulih.

Setelah diyakini kita sudah pulih, Perjalanan kita teruskan, melangkah demi langkah, kita terpelecok kaki bila kita terjatuh dalam satu lubang yang ada dihadapan kita. Dalam kita tak sedar dan berhati-hati, rupanya muncul lagi satu ujian. Rupanya, tanah yang kita sangka kan bertutup dengan dedaunan, rupanya lubang yang besar. Kita menjerit kuat sekali. Betapa sakitnya kaki yang terpelecok itu. Kita menangis, menahan sakit, menarik diri naik ke permukaan, waktu ini, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa sakitnya yang kita rasa. Namun perjalanan perlu diteruskan.

Maka, dengan kaki yang terhencot-hencot bertemankan ranting kayu yang dipilih khas untuk dipaut, perjalanan diteruskan lagi. Sedang kita berjalan, dengan air mata yang dari tadi bercucuran, mengenangkan nasib diri yang diuji sebegini rupa, kita terpandang ke belakang, rupanya kita ada parang, kenapa tidak gunakan ianya dari tadi? Untuk mencantas laluan kita menjadi terang, agar mudah diri melangkah menuju ke destinasi.

Bermula dari sana, perjalanan sedikit mudah, kita berjalan, walaupun perlahan, dan akhirnya tiba ke destinasi, dan seperti yang dijangka, perjumpaan dengan sungai yang diyakini tadi telah membawa kepada kejayaan, bukan sahaja diri dapat menghilangkan dahaga yang tadi tidak berhenti menyerang tekak, tetapi juga, tanah tebing sungai itu rupanya adalah tempat tinggal orang. Alhamdulillah, selamat juga tiba dan diselamatkan juga kita dari ujian tadi.


Dalam kisah di atas, lubang beserta kaki terpelecok, ranting yang menghentam muka, ranting yang mencederakan kepala, bolehlah kita anggap sebagai ujian yang senantiasa ada bersama kita. Sepertimana
Firman ALLAH dalam Surah Muhammad, ayat 31 :

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” 

Parang yang tetiba muncul didalam cerita itu, sebenarnya adalah Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi rujukan hidup dan As-Sunah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk menerangkan isi Al-Quran yang diturunkan buat kita umat Manusia.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". (Hadis Riwyaat Imam Malik.)

Dan akhirnya berkat mengikut dan menggunakan parang pemberian itu, hidup dipermudahkan, bukan sahaja berjaya berjalan dengan senang, malah akhirnya tiba juga ke destinasi. Kenapa Nadh buat "kita" dalam cerita ini melupakan kewujudannya, Nadh nak kita tengok dari perspektif kehidupan kita sekarang ini, yang mana kita sebenarnya hanyut dan lalai dalam mengikut tunjang yang telah Rasulullah SAW sendiri nyatakan, berpegang dan tidak akan sesat selamanya.
Begitulah hidup sebenarnya, kita mengetahui yang Akhirat itu adalah PASTI, tapi tidak pula kita gunakan parang untuk mencantas dosa-dosa yang mendekati, malah kita terus sahaja berjalan walau kita tahu ianya bukan satu tindakan yang benar dan bijak. Malah lebih hebat kita siap lawan lagi dugaan itu dengan semangat yang kuat, hanya demi survival kita didalam hutan yang tidak kita tahu untuk nasib kita. Sedang di alam nyata, kita mengabaikan parang itu dan akhirnya, seperti kita lihat hari ini, masyarakat kita pincang!!

Fikir-fikirkanlah, Renung-renungkanlah.

Moga mendapat manfaat.

Thursday, 22 September 2011

Untung juta tapi kedekut ya amat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh ada kisah malam ni mengenai si kaya yang kedekut.

Yang rapat dengan Nadh pasti tahu yang Nadh sedang dalam proses migrate sebab Nadh tersangatlah tak suka dengan satu company ni. Last time dia melantak point Nadh yang banyak tu tanpa belas kasihan. Nadh cita kat adik. Upanya dia juga menjadi mangsa. Lepas tu ada lagi la rentetan kisah kedekut dia ni bila nak dibandingkan dengan saingan dia yang lain.

Hari ni jadi lagi, tapi lagi kritikal. Kalau semua nak tahu Nadh ni contractor. Hari ni team Nadh g wat kerja upgrading. Lepas tu ada issue dengan breaker yang membantutkan kerja team Nadh. Lepas tu Nadh ngadu kat project owner la.

Nk tau apa feedback dia dr company tu? Ada ka ptt suruh Nadh yang bayar kos untuk breaker adding tu? Ciap cakap kalau tak, diorang nak kensel ja kerja upgrading ni.

Kita yang bermain dengan kos ni panas ja tinga dengar. Untung juta-juta, nak tambah breaker pun kedekut. Baru berapa ja. Kita ni dah la bayar murah, kalau ni pun kita kena tanggung. Jenuh laa..

Note :: konpem bulan ni last. Lepas tu migrate.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 18 August 2011

Sekali Lagi | Tinggalkan dengan persoalan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Mood chenta di pagi hari ya. Mood baru baik demam sama ni. 

Nadh tengok cerita Sekali Lagi semalam. (cheh, suma nak cita kan?)
Tak adalah, cuma Nadh nak berbicara tentang cerita tu aja dengan semua, sebab dalam cerita tu, Arman, ceraikan Sheila dan tinggalkan Sheila sebab dia tau dia sakit, dia taknak isteri dia ada dengan dia masa dia sakit.

Soalnya kan? Patut ka macam tu? dan ditinggalkan dalam kemarahan isteri dia sebab salah anggap apa dia buat tu sebab dia ada perempuan lain. Dan akhirnya berjumpa juga.  

Kekadang kita tak tahu kan? Perlakuan kita, tindakan kita. Tanpa kita fikirkan kesan dia di masa depan. Kekadang tu kita lebih fikirkan orang (kita la kata) , tapi bila kita tinggalkan seseorang tanpa sebab musabab yang sepatutnya, memang orang akan marah.

Note :: Tiada orang yang suka dengan tanda tanya bermain dalam fikiran setiap masa. 

Note lagi :: Kisah tinggal dengan persoalan kat SINI

Thursday, 4 August 2011

Hidup satu perjalanan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

OTW ke kL sentral. Wahh lamanya tak naik bus. Hari ini guna bus ke kL sentral. Nak selesaikan issue tertunggak ni.

Sepanjang perjalanan ni, macam-macam ada kan? Sama juga dengan hidup kita. Dan perlu dihadapi. Walau apa jua. 

1. Traffic light - Merah tandanya STOP. Hijau jalan. NO dan YES dalam hidup.

2. Simpang - hidup tidak selalunya lurus, kadang-kadang kita perlu membelok sedikit, tambah dalam hal melibatkan kerja ni. Kreatif ya. 

3. Jalan lurus - iaitu hukum-hukum ALLAH yang senantiasa lurus. Tiada pengecualian. Salah tetap salah. 

4. Jalan berliku - hidup tak semestinya sentiasa mudah kan? Ujian senantiasa ada. Mengelak dari lubang samalah dengan mengelak dari melakukan perbuatan dosa yang salah dan ditegah.

5. Jalan berlubang - there is always a chance for improvement.

6. Akhir sekali, sign boards. Sebagai panduan dan jalan untuk diikut. Sabda Rasulullah,
''aku tinggalkan kamu dengan 2 menda, barangsiapa yang mengikut keduanya dia tak akan sesat, iaitu Al-Quran n As-Sunah''

note :: tak susah pun kalau mengikut jalan yang disediakan. Susahnya bila ingkar jalan utama tu. ALLAH da sediakan jalan untuk dipermudahkan. Kita yang degil. Padan muka.

Thursday, 23 June 2011

PRINCIPLES OF LIFE

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.


1. Tiada gunanya kita gunakan masa sementara kita untuk untuk mengejar wang yang tak terhingga.

2. Tiada gunanya mendapatkan duit sebanyak-banyak, tapi tak dapat hidup untuk membelanjakanya.

3. Duit bukan milik kita sehinggalah ianya dibelanjakan kita.

4. Semasa muda, kita menggunakan kesihatan untuk mengejar kekayaan; dan apabila tua, kekayaan itu kita gunakan untuk membeli kesihatan. Perbezaannya, ianya dah terlambat !

5. Kegembiraan adalah apabila kita sedar yang kita perlukan bukan sebesar-besar benda, tapi kita mensyukuri apa yang kita ada.

6. Tiada gunanya bekerja keras untuk memenuhi keperluan yang tersayang sedangkan kita tiada masa untuk diluangkan bersama mereka.




Renungkan seketika -- "We come to this world with nothing, we leave this world with ????"

…Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.” (At-Taubah : 38)


Bukti yang kegembiraan dan kebahagiaan bukan sama dengan duit dan harta benda.

Friday, 10 June 2011

Seharian yang busy - Nadh mintak maaf

Assalamualaikum 
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Kehidupan Nadh agak bz kebelakangan ni. Biasalah kan, baru nak rasa ada kerja, kalau tak asik dok BW, dok FB, dok pusing-pusing kot situ la. ni hari ni, bersawang (sawang la sangat, baru tinggal tak sampai 24 jam dah sawang ka? ahaha) dah cik blog syg ni, (tobat dia da majuk ngan Nadh ni sebab tak sembang lagi dengan dia hari ni. )

Hari ni Nadh setengah hari dekat Plaza Alam Sentral. Sebab menyelesaikan akan perihal biz card baru Nadh. Pergi dengan boss Nadh. dan la sembang panjang dengan dia. Lama dah tak sembang dengan dia, sebab dia bz sangat sekarang ni. Merata pusing sorang-sorang. 

Dia gtau Nadh, kalaulah dia dapat IR lepas ni, lengkap la sijil-sijil dia dalam bidang electricals ni, (dia dah ada IKM wireman, lepas tu ada Chargeman, Degree Electric and sekarang tunggu IR plak). Seyes rasa kagum dengan dia, (nak rasa rendah diri, tak guna jugak, memang nothing pn Nadh ni nak dibandingkan yang ada sekeliling Nadh tu.). Cumanya Nadh tumpang gembira la bagi pihak dia, hopefully, dapat la jugak mengikut jejak dia, walau tak mungkin dapat capai sehebat apa yang dia ada tu, tapi kurang-kurang dapat belajar serba sedikit dan mencontohi yang baik yang ada pada dia sebagai pemimpin dekat opis Nadh tu.

To be honest, (kalau ada yang tak nak percaya, dipersilakan). Tempat Nadh kerja ni, bukan macam apa yang orang lain kerja, my bosses, wat company ni untuk suma orang dapat gaji, dapat apa yang patut dapat bulan-bulan, bukan seperti company yang really-really dalam rules yang depa create, jadi, tiap bulan, company cuma hidup dengan hasil sales dan cukup untuk suma dapat gaji n lepas la overhead tiap bulan tu.

Atas sebab itu, kekadang tu tersasar jugak, i mean bermasalah jugak la. Dan itu juga salah satu sebab kekadang tu rasa down jugak, tapi bila difikirkan balik, Nadh tak boleh nak tarik diri dari sini, mengenangkan apa yang my bosses dah buat sebelum ni, jadi tak sampai hati, dari ZERO, depa kutip suma, buat company, dah setahun lebih dah kami bersama, last-last ada masalah Nadh nak larikan diri, tarik diri, Nadh rasa tak adil untuk depa, walaupun depa kata "if ada peluang yang lebih baik, pergilah, depa tak mampu nak bagi macam orang lain boleh bagi..". Tapi memang Nadh tak sampai hati nak melangkah. Walau apa yang susah Nadh hadapi jugak la bersama depa.

Yang keduanya, percaya akan janji ALLAH yang kerja keranaNYA, akan ada jugak rezeki itu, cuma perlu usaha sahaja, the rest DIA akan berikan kemudian. Itu janji ALLAH kepada kita,

"Kami tidak meminta rezeki darimu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, kesudahan yang baik, adalah bagi yang bertakwa.. " (At Taha : 132)

Yang terakhir, kesabaran. 

Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Dari janji ALLAH yang Nadh paparkan dekat atas tu, terbukti, akan ada hikmah yang ALLAH sedang aturkan buat kami semua, apa pun, biarlah Nadh telan dulu semua ini, Sama juga buat anda, apa sahaja yang terjadi sekarang dalam hidup anda, sudah tentu ada terdapat hikmah yang anda tidak sedar, (boleh jadi belum masa lagi untuk anda tahu, atau boleh jadi belum cukup dalam anda bermuhasabah memikirkan asas kejadian terhadap anda itu. ). Apa pun, ALLAH akan bagi, cuma menuggu masa dan mungkin ada beberapa perkara perlu diperkemaskan dan diperelokkan sebelum DIA memberikan dan menunaikan janji buat yang berusaha. Sabar, Usaha, Doa dan Tawakal. InsyALLAH....

Note :: Buat yang membaca blog daif Nadh ni, Nadh nak ucapkan billion terima kasih buat anda. n Nadh nak mintak maaf, Nadh akan cuba sedaya upaya kembali membalas komen dekat entry LINK, KRITIK dan lain-lain secepat mungkin, busy sedikit, maaf sangat.. 

Saturday, 28 May 2011

Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Nadh teringin benar nak berkongsi tentang apa yang Nadh dapat masa Nadh dengar Khutbah Jumaat semalam.
Apa yang Imam sampaikan tu, Nadh simpulkan dalam beberapa patah perkataan. Iaitu "Hidup ini Pilihan, Mati Bermula Paksaan.. "

Apa yang dapat kita simpulkan dari perkongsian Nadh tu? Mari Nadh terangkan. 

HIDUP SEBAGAI PILIHAN

"Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku" (Az-Zariyat : 56)

Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)

Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.


MATI BERMULA PAKSAAN.

Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?

"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)

Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.

Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)

Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan?  )

Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka.  )

Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.


"andai kata dunia itu sebesar sebelah sayap burung ataupn sebesar sayap nyamuk, maka takkan AKU beri walau setitis air pun kepada mereka"

Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.

Saturday, 23 April 2011

Bermula Pasti Ada Akhirnya

Assalamualaikum.

Nadh menulis dalam mood tacing cket.. hehe..
Tacing la sangat tu kan. hehe. Actually nak berbicara sedikit mengenai Majlis Perpisahan yang akan diadakan satgi. Bermula dari perkenalan, berlaku pertemuan, dan hari ni perpisahan, sebab lepas ni susah dah nak berjumpa dengan depa bertiga dan mungkin yang lain juga selepas ini. 

Sebab depa bertiga akan tamatkan pengajian tahun ni, dan kembali ke negeri tempat asal depa lepas ini. Onie dan Erika kat KL dan Tatia tak silap dekat Kedah. Yang Kedah ni mungkin senang lagi la jumpa, yang dekat KL ni, mungkin susah dah nak turun sini untuk bersuka-suki lagi. Dan lagi seorang tak dilupakan, Cik GK yang akan menamatkan pengajian jugak dalam tahun ni, tak silap sem ni juga. Sorang lagi yang akan meninggalkan bumi Pulau Pinang dan kembali ke tanah tempat lahir. 

Actually bukan ini yang nak dikongsikan sangat asalnya tapi mengenai " Bermula dan Akhirnya " kita di muka bumi ni. "Ketika kita lahir, kita menangis dan dunia bergembira. Jalanilah hidup kita dengan cara sedemikian rupa, supaya ketika kita meninggal, dunia akan menangis dan kita bergembira"
 
Quote atas menyebut yang ; Dari ketika kita mulai menjerit didunia ni, saat-saat kelahiran kita, kita melihat alam, dari alam rahim, kita muncul pula di alam dunia ni. Kita mula melihat, berkenal dengan Ibu dan Ayah, dua yang tak pernah tinggal sisi kita, dari awal kita lahir, kemudian kita mengesot, belajar merangkak, belajar berdiri, berjalan dan akhirnya berlari. Satu Per Satu perjalanan hidup kita mula dari awal hingga ke saaat ALLAH menitahkan Malaikatul Maut datang dan menarik nyawa kita. 

Sepanjang perjalanan kita dari Awal hingga Akhirnya tu, apa yang kita dah buat? adakah kita berjaya mencorakkan diri dan jiwa sebagai Hamba yang Taat pada ALLAH dan umat yang disayang Rasulullah, atau menjadi seorang penduduk Neraka dek kerana seronoknya kita dengan nikmat keduniaan ni. Atau adakah kita berjaya menjadi Anak Soleh Solehah yang menjadi bekalan dan harta paling bernilai buat kedua Ibu dan Ayah kita? adakah kita menjadi abg atau kakak atau adik yang baik kepada adik beradik kita? Adakah kita menjadi seorang sahabat yang baik kepada teman-teman kita? 

Renungkan semua ini. Adakah kita menjadi seorang yang berguna dan berharga buat yang berada disamping kita? Berjayakah kita dalam menjadi seorang yang dapat memberi renungan buat yang bersama kita? Kita tidak meminta supaya ditangisi pemergian nanti, tapi sekiranya kita berjaya untuk buat orang rasakan pentingnya kita dalam hidup, perkara ni mungkin boleh berlaku, tidak meminta, tapi menjadi yang TERBAIK akan kita dikenang sebagai yang meninggalkan kesan dalam hidup.

Apa pun, segalanya adalah dari kita juga, kita yang menentukan, adakah kita "tersenyum" saat kita diambil nanti, atau berduka cita menantikan hari pembalasan yang akan pasti menjelma buat semua.
Renung-renung, tenung-tenungkan. :D


Buta+Pekak+Bisu=CINTA