Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada yang membaca.
terbaca satu status kejap tadi.
"sekali curang , banyak kali akan curang. "
betul ka macam tu? bercakap bab curang. saya pun rasa nak sekeh ja kepala manusia manusia yang pernah berlaku curang ni.
kenapa perlu curang? why oh why?
adakah kerana kurangnya perhatian buatkan diri berlaku curang? kononnya kerana ada orang ketiga yang 'menjaga' lebih dari pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga apa yang perlu dijaga tu?
apapun, saya nak sebut yang kekadang yang berlaku tu ada sebab musababnya, satu, bila nak menghukum, tanya diri, apa yang kita buat salah sampai ini yang terjadi kepada kita?
keduanya tanya diri lagi kenapa jadi macma ni, adakah kita yang sebabkan keadaan jadi macam ni.
dan ketiga, tanya diri lagi, adakah kita telah menjadi manusia yang tak bertanggungjawab sampai kita mengabaikan apa yang tak sepatutnya kita abaikan?
barulah bertanya pada si curang, kenapa jadi macam tu.
apa pun tetap ada salah kita dan salah dia. ya benar, pokok tak goyang kalau tak ada angin, pokok juga tak goyang kalau tak ada orang yang mengoyangnya.
dalam perhubungan, bukankah sepatutnya ada sesi 'perkongsian' dia mana keduanya jika ada salah faham atau yang tak kena, di luahkan supaya ianya dapat diselesaikan.
bagi saya mudah, IMAN. bila ada IMAN, akan ada ALLAH. ada ALLAH, walau sekelumit dosa pun kita takut nak buat. mudah bukan?
ingat lagu Raihan?
"Iman adalah mutiara, didalam hati manusia, yang meyakini ALLAH, Maha Esa, Maha Kuasa. Tanpamu Iman bagaimanalah, menjadi hamba ALLAH yang bertakwa, "
"ia tak dapat di warisi, ia tiada di tepian pantai."
betul bukan? Iman dalam hati, tak ada tepi pantai. :)
Jaga Iman, sebab bila ada Iman. pasti dunia indah seindah indahnya.
Percayalah..
Followers
Showing posts with label Perhubungan. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013
Curang
Sunday, 29 January 2012
Tips Menjauh Bosan Dalam Perhubungan
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Ntah kenapa ye, pagi ni Nadh terasa nak berkongsi buah fikiran Nadh. Mengenai sesuatu yang rasanya kan penting dalam satu perhubungan.
Dari pembacaan, perpisahan bermula dengan perkataan ini iaitu BOSAN. Percaya atau tidak, semua ada merasa perasaan ini, kekadang tu bila dah lama mula lah, timbul rasa ni. Menda paling kecil pun boleh cetuskan ketidakgembiraan.
Berikut beberapa tips lari dari perkataan BOSAN dalam perhubungan.
1. Wujudkan perubahan.
Yang dimaksudkan adalah lari dari kebiasaan. Kata orang hari-hari dah makan ikan, apa kata tukar selera makan ayam pula. Bukan tukar pasangan ye macam sesetengah orang faham. ;)
2. Abai.
Cuba abaikan perasaan itu. Buang jauh-jauh. Kita pun tahu kan, hati itu kekadang dengan rasa yang berbolak balik mudah menjadi permainan syaitan untuk buat kita rasa ragu-ragu. Dicucuk pula untuk makin hebat rasa itu. Jadi kena la jauhkan.
3. Mendekat.
Salah satu bila bosan kita menjauh. Oleh itu kita ambil perkara berlawan. Dekatkan diri dengannya. Bila dah dekat, hati makin sayang. Bukankah dari mata jatuh ke hati?
4. Imbas kembali kenangan.
Dahulu, kentut pun bau kalah sejambak bunga ros, kenapa kini tidak semanis itu? Imbau kembali kenangan indah bersamanya. Paling manis bila dibuat bersama, ambil masa berdua sebelum tidur ka, jenguk-jenguk album kahwin tu, sama-sama bercerita tentang masa tu. Best tak?
5. Jadi luar biasa.
Yang dimaksudkan dengan luar biasa ni, kita belajar jadi yang lebih baik setiap masa. Percaya atau tidak, menjadi lebih baik ni tidak mudah, sebab tu Nadh kata luar biasa. Orang yang TERBAIK sapa yang sanggup tinggal kan?
6. Buat dia jatuh cinta sekali lagi.
Ingat tak satu masa dahulu apa yang istimewanya kita pada pandangannya? Apa kata kita pikat dia sekali lagi? Suwwitttttnya bila dapat dimulakan kembali perasaan tu. Buat dia jatuh cinta sekali lagi. Bukankah rasa itu yang buat kamu bersama kini?
Apa pun, Nadh paling suka nak tekankan. Menjadi Hamba ALLAH yang paling dekat dengan ALLAH itulah yang paling bagus. Sebab hamba ALLAH yang taat pada suruhan itu buat dia jadi lebih bertanggungjawab, kalau yang paling susah, solat boleh jaga, nk jaga yang lain tu pasti mudah. bukankah solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?
Banyak, tapi biar ini yang jadi perkongsian kita tengah hari ni. Moga-moga bermanfaat ye.

Published with Blogger-droid v1.6.9
Sunday, 20 November 2011
Penangan Cinta Terhalang
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.
Baru udah tengok satu cerita ni. Cerita tentang cinta tak berkesudahan baik sebab akhirnya si perempuan itu dihukum entah sebab apa (Nadh start tengok masa dekat ending dah) dan mereka terpaksa berpisah.
Masa disaat-saat perpisahan tu macam sayu ja tengok. Dalam hati kata "ikhlasnya perasaan mereka tu". Walau tak tahu apa sebabnya, tapi shian tengok.
Teringat plak di realiti ni, macam mana ya kalau yang kita nak sangat-sangat tu menemui kegagalan, orang didamba dihalang untuk bersama, macam mana agaknya ya? Nadh pernah rasa. Bagus sebab ni pengalaman. N rasanya Nadh patut share, yang hubungan tanpa redha ibu bapa ni sepatutnya dihentikan sahaja. No point kita teruskan.
1. Bagi lelaki, kena ingat yang ibu n ayah tu priority, tak sepatutnya la sebab halangan ini, mereka diabaikan seterusnya dilawan hanya demi satu cinta.
2. Perempuan pula, lbh banyak halangannya. Perlu ingat yang selagi belum berkahwin, tanggungjawap keatasnya adalah di tangan si ayah. Jadi tidak wajarlah, lari untuk kahwin hanya kerana cinta terhalang. Lagipun, kuasa menjadi wali kan ditangan ayah?
Semuanya bersebab kan? Jadi ingatlah satu kata penting yang berkata,
"redha ALLAH itu tertakluk pada redha si ibu dan ayah, "
Janganlah kerana cinta, kita terputus hubungan. Kerana silaturrahim tu juga punya balasan besar juga sekiranya diputuskan. Renung-renungkan.

Published with Blogger-droid v1.7.4
Sunday, 2 October 2011
Kisah "diabaikan"
Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.
Tadi, seseorang call Nadh. Dia tanya kat Nadh satu soalan,
"Kenapa bila lelaki dah kawin pun, tapi dia masih nak cari yang lain..?"
Nadh terdiam seketika, tapi Nadh tak terus jawap, tapi Nadh bagi jawapan,
"Ada banyak sangat kemungkinan, yang kita tak tahu dan kita tak dapat nak bagi jawapan."
4 hari sebelum ni Nadh ada bincangkan sesuatu yang lebih kurang kes ni dengan boss Nadh. Kisahnya, dia jadi penasihat dekat seorang sahabat dia tu. Kes dia lelaki tu dah lama "diabaikan" isterinya.
- Kalaulah kamu tak masak nasi, lepas tu suami kamu nak makan, dan dia pergi makan dekat kedai, hal tu TAK HARAM, Halal untuk dia dan halal juga untuk kamu yang tak masak untuk dia. (mungkin kamu penat)
- Kalaulah kamu tak basuh baju, suami kamu perlu untuk pakai baju dan dia pergi dobi, basuhkan pakaian dia sendiri, HALAL juga dia buat hal itu, tak salah dan tidak jatuh hukum HARAM atas perbuatan dia tu.
TETAPI,
Kalau kamu tak "bersama" dengan dia sedangkan dia berkeinginan, dan akhirnya kerana dah terlalu lama dia berkeinginan dan kamu masih tak mahu menunaikan keinginannya, dia "makan luar", HARAM lah ke atasnya perbuatan yang dilakukan ni. Dan HARAM dari perbuatan dia tu, akan turut ditanggung kamu dek kerana apa yang kamu dah lakukan tu.
"Isteri-isteri kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
Dalam dunia, cuma ada satu yang DIHALALKAN selepas memenuhi syarat UTAMANYA, itulah dia PERKAHWINAN yang meng-HALAL-kan hubungan diantara lelaki dan perempuan.
Sebab itulah Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Jika seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak untuk datang, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.” (Al-Bukhari dan Muslim)Dan betapa besarnya kedudukan seorang suami dalam hidup seorang isteri itu sehinggakan dalam satu lagi hadis Rasulullah ada bersabda :
“Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu kerana suami adalah syurga dan nerakamu.” (Ahmad)
Note :: Makin lama makin takut bila berbicara soal ini. huu T.T
Labels:
Hadis,
Hubungan,
Perhubungan,
Perkahwinan,
Seks
Thursday, 26 May 2011
Makanan dan Lelaki
Sebaik terjalinnya satu perhubungan, banyak perkara akan bermain dalam minda yang terlibat. Banyak yang ingin diketahui dari karektor pasangan mereka, dibandingkan wanita yang lebih terbuka, lelaki biasanya lebih tertutup, terutama sekali bila berkaitan dengan soal peribadi mereka.
Nadh kongsikan cara unik untuk anda mengetahui atau explore watak kekasih anda itu, sama ada dia adalah idaman atau sebaliknya. Mudah aja, perhatikan apa yang dipesannya setiap kali anda makan, kerana hidangan kesukaannya bisa menjadi isyarat peribadinya.
Berikut beberapa jenis makanan atau hidangan pencuci mulut yang dapat sedikit sebanyak mengungkap peribadi si dia. :
Kerepek dan makanan pedas
Dia mungkin sangat senang pada pengembaraan. Sebuah jejak pendapat terbaru dari Lawry terhadap 1.000 orang menemukan pencinta rasa pedas suka berjalan.
Roti keju dan burger
Dia adalah seorang yang berdikari, seorang pemikir dan selalu ingin tahu.
Double cheeseburger dengan kentang goreng
Dia seorang yang penuh kasih, dan suka tinggal di rumah. Biasanya, mereka adalah orang yang serius dan sangat senang menonton atau memasak bersama pasangan.
Pizza
Dia boleh menjadi seorang dramatis dan senang menjadi pusat perhatian. Topping tambahan dengan rasa unik atau aneh menandakan si dia seorang yang kompetitif dan dapat menjadi agresif.
Pai buah dan kuih manis
Dia memiliki keperibadian manis dan serius. Pencinta kuih manis senang bersosial dan lebih bahagia dengan pekerjaan, kewangan, dan keluarga yang ia miliki.
Brownies
Dia sangat senang menyantap sesuatu yang manis tanpa takut akan kalorinya. Orang jenis ini biasanya cenderung baik, sederhana, dan setia.
Ais krim vanilla
Merupakan seseorang yang tak suka terikat dengan paraturan ditetapkan, dan jauh dari kata membosankan. Meskipun pencuci mulutnya simple, pencinta Vanilla ini merupakan seorang yang berani mengambil risiko.
Note :: Kalau spesis pencinta makanan macam Nadh ni camna ae? Semua ciri-ciri ni ada kot? lalalalalalalalala~~ 
Sumber : email

Subscribe to:
Posts (Atom)