Followers

Showing posts with label Novelog. Show all posts
Showing posts with label Novelog. Show all posts

Friday, 27 January 2012

Ku Ingin Kamu - Part X

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

"Makcik, ini begnya. Makcik tak apa-apa? " Soal Hakim.

"Terima kasih nak, hanya ALLAH ja yang dapat membalas jasa anak-anak membantu makcik." 

"Tak apalah makcik, ini tanggungjawap . Bila melihat orang yang susah. " Balas Ayie. 

"Betul tu makcik, mungkin hari ni hari makcik, mana tahu satu hari nanti hari kami pula. " Hakim pula menambah. 

"Bagaimana dengan peragut tu nak? " . Soalan makcik ni buatkan Ayie dan Hakim kelu untuk berbicara. Diluah salah, tidak diluah juga salah. Jadi keduanya berdiam diri, dan memikirkan jawapan paling sesuai buat menjawab soalan yang ditanya sebentar tadi. 

"Ibu? kenapa ni? " Soal Amir kepada isterinya sebaik melihat ramai yang berada disekeliling isterinya. 

"Ibu kena ragut tadi abah. " balasnya ringkas. 

"Ibu tak apa-apa ka ni?" 

"Tak Abah, salah ibu juga tadi, terjatuhkan beg ibu atas jalan, ibu ingatkan orang tu nak tlg angkat, rupanya dia larikan beg ibu. Nasib baik ada dua orang anak muda ini tolong dapatkan balik beg ibu. Siapa tadi nama anak?" 

"Saya Hakim makcik, dan ini sahabat saya, nama dia Ayie. " 

"Terima kasih nak selamatkan makcik. Pakcik berterima kasih sangat pada anak-anak ni." 

"Tak apalah pakcik. Benda kecil je ni."

"Terimalah ini nak, buat duit air" Amir mengeluarkan not 50 untuk diberikan kepada Hakim, tapi belum sempat apa-apa, Ayie meningkah penuh sopan. 

"Tak apalah makcik, pakcik, Mama saya tak ajar menolong untuk mendapatkan balasan. Biarlah ianya dibuat dengan seikhlasnya. " 

**************************

Ain bangun awal pagi ini. Seawal 4:00 pagi dia sudahpun terjaga. Mungkin penangan tidur awal malam semalam. Seperti sudah terbiasa, dia bangun dan terus melangkah menuju bilik air yang berada didalam biliknya. Sebaik membersihkan diri, Ain mengambil wuduk dan terus bersolat tahajjud diikuti dengan solat taubat dan solat hajat. Seperti biasa, dia tak pernah lupa untuk berdoa buat arwah Bad. 

"Ya ALLAH, Berikan lah aku petunjuk dan hidayahmu Ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan menuju kepadaMU, berikanlah aku ketenangan dan jalan bagaimana untukku hadapi masa hadapan yang rasaku makin mencabar. Ya ALLAH, Aku insan lemah lagi tidak berdaya, dan hanya kepadaMU aku berserah, tunjukilah aku jalan yang perlu aku tuju Ya ALLAH, akhir sekali, aku pohon kau tempatkanlah dia ditempat insan-insan istimewa yakni golongan soleh dan solehah. Amin Ya rabbal alamin. "

Sebaik selesai, Ain naik duduk di birai katil, seterusnya membuka laci katil, lalu diambil sepucuk surat dari 100 yang ada didalam untuk dibaca. Nota bernombor 35 menjadi tatapannya pagi ini. 

Assalamualaikum kamu.
Pagi Sabtu yang Indah. ALLAH kejutkan saya awal pagi ni. Dengan disertakan semangat menulis kepada awak. Ketika awak membaca, saya baru sudah bertahajud, kemudian solat hajat dan solat taubat. Memohon agar ALLAH ampunkan dosa saya, kedua ibu dan ayah, adik-adik saya, semua ahli keluarga , seluruh umat Islam dan awak juga. 

Satu masa dulu kan, saya dikejar dengan kesesatan masa silam. Langsung tak berani melangkah, terutama bila mengingatkan diri yang banyak berdosa dan banyak berbuat salah kepada sekeliling saya. Mujurlah, ALLAH hantarkan seseorang untuk menjadi tempat saya berkongsi dan bercerita mengenai perihal kesilapan lalu saya tu. Hari ni, saya kongsikan dengan awak sesuatu.

1. Biar yang berlalu itu berlalu. - Pertama sekali, kita kena tahu yang berlalu itu merupakan kenangan . Dan kenangan punya 2 kesan pada diri. Satu yang baik, manakala satu lagi keburukan yang memakan diri. Mengingati masa lepas merupakan pembunuh kepada cita-cita. Awak pernah dengar tak, Penghalang utama kepada kejayaan adalah diri kita sendiri, dan salah satu sebabnya adalah kenangan. Kita takut melangkah kerana kita masih dibayangi oleh masa lalu. Andai kata dikumpul-kumpul kembali pun kenangan itu, tetap tidak akan sama dengan apa yang pernah kita lalui dulu. Tinggalkanlah ia . 

2. Jangan takut melangkah ke depan. - Setengah orang takut benar nak ke depan. Sebabnya, dia takutkan masa depan akan 'sakiti' dia. Tapi mana mungkin kita meramal perkara depan yang tak pasti bukan. Bukankah ianya sesuatu yang perlu kita hadapi dengan penuh rasa 'excited' kerana ianya merupakan pengalaman baru yang belum pernah kita tempuh?

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,
"Telah pasti datang ketetapan ALLAH, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. " (Al-Nahl:1)

Awak cuba fikirkan naiknya matahari di ufuk bumi, bagi yang menantikannya, sanggup bangun seawal mungkin untuk menikmati keindahannya, jadikanlah kecantikan masa depan itu sebagai sesuatu yang dinanti-nanti untuk ditempuhi, bukan ketakutan bahawa ia akan menyakiti. Tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini, sedang sakitpun ALLAH dah beri solusinya, bahawa tiada yang tidak mampu diubati, kecuali Mati. 

Bad. #35

Ain menitis air mata sebaik selesai membaca selajur warkah kiriman Arwah Bad kepadanya. Bukan sahaja terharu dengan kata dan maksud yang terselit disebalik warkah, tetapi kuasa ALLAH yang baginya telah menjawab doanya sebentar tadi. Sepertimana firman Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra . "Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”.

Ain bingkas bangun dari duduknya, dicapainya sejadah yang dilipatnya sebentar tadi, dihamparkan ke lantai, lantas terus melakukan sujud syukur. Ucapan tanda terima kasih pada Ilahi yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihi hambanya, kerana diberikan jawapan dan petunjuk kepadanya. Sujud yang diselit dengan sedu sedan tangisan kerana terlalu berterima kasih dengan 'hadiah' pagi yang diberikan kepadanya.

**************************

 "Masanya sudah tiba. Aku akan melangkah. Aku akan melangkah. " Monolog Ayie dalam diri. 

Friday, 20 January 2012

Ku Ingin Kamu - Part IX

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"uishhh, biar betul dia ni, ada Degree, dah la tu dekan direct tiap sem plak tu. Abis tu napa yang jadi opis boy kat sini?". Ain bermonolog sendiri, dia seperti langsung x percaya dengan apa yang baru dia jumpa.

Sambil itu, jarinya tidak berhenti menyelak dokumen yang berada didepan matanya itu. Baginya ini sangat mengejutkan.

"cerdik rupanya budak ni, padan la selama ni cakap pun lain macam,aku plak yang terpedaya dengan jawatan dia kat sini" Ain masih penuh dengan soalan dalam fikirannya.

Tiba-tiba.
"cik Ain tengok apa tu?". Ain yang terkejut terlepas dokumen yang ada dihadapannya itu, maka terdedahlah isi-isi dokumen yang sebentar tadi menjadi tatapannya.

"maafkan saya,". Bicara Ain.

"tak apa cik Ain." balas Yana. HR syarikat dia sedang bekerja sekarang ini.

Ain masih terkedu dalam terkejut. Dia benar-benar terkejut, walau sekadar ditegur, tapi bagaikan disergah. Yana yang melihatnya turut terkejut, namun bijak menangani nya dengan mendekati Ain lalu ditenangkan Ain. Sebaik melihat Ain mulai tenang, mereka bersama-sama mengangkat dan menyusun kembali kertas yang bersepah.

"apa yang Cik Ain tengok tadi?" soal Yana. Ain hanya terdiam, malu barangkali ditambah rasa serba salah dengan tindakannya sebentar tadi. Lalu disoal lagi oleh Yana buat kali kedua untuk mendapatkan kepastian.

Dengan suara dan nada yang serba salah, Ain menjawap, "maafkan saya, saya terpandang fail Ayie, lalu saya terus buka untuk melihat hasil kandungannya. "

"saya ingatkan saya seorang sahaja yang tertanya-tanya mengenai budak tu, rupanya Cik Ain pun begitu ya?". Balas Yana sambil tergelak. Ain hanya mendiamkan diri.

***********************

"Mama, ayie keluar dengan Hakim kejap ya?".

"nak ke mana tu sayang?"

"lepak minum ja Ma, lagipun malam ni ada game best, Barcelona lawan Real Madrid, boleh x ni Mama?"

"ajak je la dia datang rumah, lagipun bukan ada sapa pun dirumah ni, rugi ja Mama bayar Astro, hari tu Ayie juga yang minta Mama masukkan channel sukan kan?"

"ala Maa, kat rumah tak meriah la Ma. "

"ada ja alasannya tu. Ha pegi la, tapi hati-hati memandu tu."

"baik Ma, terima kasih". Ayie salam dan cium tangan Mama dan terus berlalu.

***********************

" Tolonggg~~ ". Jeritan seorang makcik berkumandang sebaik dia ditolak kemudian diragut.

Hakim dan Ayie yang berada tak jauh dari tempat kejadian. Serentak itu,
"weh Hakim, kau nak pegi mana?"

"apa lagi bro, kejar la, bila lagi nak jadi hero?"

"gila la kau. Jadi hero yang kau fikir." serentak itu, berlarianlah keduanya mengejar seorang peragut yang baru lepas meragut beg seorang makcik dihadapan kedai tempat mereka bertemu.

Selepas beberapa ratus meter berlarian, akhirnya si peragut dapat diperangkap di satu sudut jalan. Dia telah tersangkut disatu jalan mati. Menyedari diri terperangkap, dia mengeluarkan sebilah pisau lalu diacu kepada mereka berdua.

"bro, macam mana? Kau nak setel ka aku nak setel ni? ". Soal Hakim.

"bunyi macam menarik bro, lama juga aku x belasah orang ni, da tahap mengidam dah ni rasa". Balas Ayie sambil tersengeh.

"aku pergi la bro, kau baru mengidam ja, aku sangap dah ni." belum pun kata-katanya dihabiskan, Hakim sudahpun meluru kedepan, peragut yang tadi berani seakan terkejut dengan tindakan Hakim, cuba untuk menikam, namun Hakim bijak mengelak dan menepis. Sasarannya adalah untuk menjatuhkan pisau yang dipegang peragut. Alhamdulillah dengan sekali sepak sahaja, pisau sudah terlucut dari tangan peragut. Hakim memanfaatkan kelemahan lawannya itu dengan melepaskan sepakan pertama ke perut lawan kemudian menambah 'chopping kick' yang ditujukan ke bahu lawan. Langkahnya menjadi mudah krana musuh sudahpun tertunduk ketika pertama kali disepak tadi.

Ternyata mudah, musuh ditundukkan hanya dengan 3 gerak. Sebaik musuh tertiarap ke lantai, Hakim terus 'mengunci' gerak si peragut untuk mematikan langkahnya supaya mudah diheret ke muka pengadilan. Manakala Ayie mendapatkan beg yang diragut tadi. Serentak membuka mulut bertanya,
"kenapa abg meragut ni?".

Peragut yang dengan muka sugul hanya mendiamkan diri dari tadi. Tidak pula dia berusaha melepaskan diri.

Ayie bertanya lagi, bukan dengan kasar, tapi direndahkan lagi nadanya. "kenapa abang meragut? Tahukah abang yang ianya salah disisi undang-undang?"

Sebaik selesai menyoal, si peragut pun menjawap, "aku tak ada pilihan. Aku tiada kerja, tiada wang, bagaimana aku nak beri makan kepada keluarga ku."

Keduanya tersentak. Dapat mereka lihat sinar kesal diwajahnya. Wajah yang ditundukkan kerana malu.

"Hakim, lepaskan tangan abang ni. "pinta Ayie lembut. Hakim juga tidak menbantah, namun masih dalam langkah berhati-hati, takut apa-apa yang tidak diingini terjadi. Serentak Ayie menambah, "kenapa abang? Kenapa? Tidakkah abang tahu yang sumber haram bakal menjadi darah daging isteri n anak dengan cara ini?"

"aku tiada pilihan dik. Aku ini bekas penjenayah dik. Aku sedar dulu aku salah, tapi kini aku dah insaf dik, tapi berat amat, aku tak bisa mendapatkan pekerjaan. Hari ini, anakku menangis, kerana lapar susu, tapi bagaimana harus aku dapatkan wang sedangkan tiada yang sudi mengambilku bekerja?" balas si peragut. Mereka berdua hanya dapat mendengar dengan hati yang sayu, sedih mengenangkan nasib dia. Namun apalah sangat hendak dibanding dengan hati yang walang milik si ayah juga suami yang terdesak mendapatkan sesuap nasi demi keluarga tercinta.

"sudah berapa kali abang meragut ni?" Hakim pula yang bertanya.

"inilah pertama kali sejak aku keluar dari sana." jawab si peragut.

"macam mana sekarang ni Ayie?" Hakim menyoal Ayie pula.

Setelah berfikir beberapa ketika Ayie pun mula berkata -kata,
"bolehkah abg berjanji yang ini takkan berlaku lagi?" . Si peragut masih mendiamkan diri, takut mungkin untuk berjanji, gusar bakal dimungkiri.

"kamu akan bantu carikan abang kerja. Tapi abg mesti janji takkan buat jenayah lagi. " tambah Ayie. Hakim cuma mengangguk sahaja, tapi semacam terfikir sesuatu yang buatkan dahinya berkerut.

"kenapa kau ni Hakim?" soal Ayie.

"xde, nanti macam mana nak kita terangkan pada makcik tu? Pada polis?" jawab Hakin dengan satu lagi persoalan.

"pandailah kita uruskan nanti bro. " Jawab Ayie. sebelum berpisah, Ayie dan Hakim memberikan RM200 kepada si peragut untuk belanja sebelum dia mendapat kerja. Mereka akan 'keep in touch' selagi mana keadaan memerlukan.

***********************
----------
Hari ke 35
Assalamualaikum awak,
Hari ni saya nampak awk lagi, tapi kejap sangat rasa dapat menemankan awak hari ni. Harapnya cepatlah sampai Isnin sebab 2 hari awak kehilangan saya sebagai si peneman setiap hari.

Happy holiday awk. Jaga diri ya.


-Bad

----------

"selamat malam Bad, selamat malam. Moga awak berbahagia di sana. ".

Bismikallahumma ahya waamut.
"Ya Allah. Dengan namaMu hamba hidup, dan dengan namaMu hamba mati".

Ain mengambil surat lantas diletakkan didalam laci di sisi katilnya, dan melelapkan mata untuk tidur.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 19 January 2012

Ku Ingin Kamu - Part VIII

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Wah cantiknya. ". Ain memulakan bicara sebaik terlihat satu papan tanda bertulis 'Dari Aduh kepada Amboih' yang memaparkan seorang perempuan cantik yang berubah dari 'beast ke beauty' selepas menggunakan produk kecantikan satu Syarikat Cantik Opera Cina.

"Apa yang cantiknya Cik Ain?" Soal Ayie. Dengan kerutan di dahinya.

"Ye la cantik la, takkan awak tak tengok tu Ayie, muka dia, putih berseri, rambut pula panjang mengurai dengan dressnya yang cantik tu. ". Balas Ain.

"Owhh macam tu la panggil cantik ye Cik Ain. ". Ayie menyambung soalannya.

"Habis tu, macam mana yang dikatakan cantik tu Ayie? " Ain menyoal.

"Entah, tak reti nak cerita mengenai cantik dengan kamu wahai Cik Ain ku. " Balas Ayie semula, terus berdekah gelaknya. Ain terdiam, bunyinya seakan mengejek, tapi di diamkan sahaja, Ayie ni bukan boleh dilayan, lagi dilayan lagi menjadi-jadi.

Serentak dengan kata-kata Ayie, Ain terdiam seketika.

Cantik,
Penuh dengan keindahan,
Bunyinya sesuatu yang sempurna di dunia.
namun adakah ianya sesempurna apa yang diidamkan?

Coklat, ianya manis, andai di dedah,
Bakal mengundang semut datang menjelajah
Mulalah ia diratah, dari penuh menjadi kurang,
Dari sempurna menjadi cacat.

Begitu juga auratnya,
Peha yang gebu,
Dada yang terdedah,
Mungkin cantik buat dia, menarik buat yang melihat,
Terkedu seketika bila memandang, tapi adakah semurah itu satu anugerah?

Begitu murah untuk didedah,
menjadi tatapan mata penuh nafsu,
mengundang ghairah si pemandang,
Bila itu terjadi, di mana istimewanya?

Bad . #2

Kenyataan hari kedua yang mendatangkan insaf pada dirinya. Lantas diri terus diam . Tanpa sebarang kata, hanya melayan sahaja perasaan, terkenang diri yang terikut dengan naluri cantik yang disalah gunakan oleh insan bergelar wanita di luarnya, serentak diri beristigfar, memohon ampun pada Ya Khalik yang menjadikan, risau andai pemikirannya sebentar tadi mendatangkan 'dosa percuma' yang tidak disedari.

"Cik Ain...". hanya selepas tiga kali Ayie memanggil, barulah panggilannya disahut Ain. Saat itu, dia meneruskan kata, tanpa di suruh, 

"Cik Ain. Bukan satu yang menghairankan bila wanita itu mementingkan kecantikan, bukan satu yang pelik bila wanita mengejar keindahan. , kerana mereka sememangnya hiasan dunia, Tapi begitu mudah mendedahkan, bukankah itu kerugian namanya, menayangkan gebu pada yang bukan sepatutnya, Cik Ain nak ke makan coklat kalau dah terdedah? " 

*************************************************

"Abahnya, macam manalah nanti bila kita dah ke sana nanti?"  . Soal Aina sambil tangannya memaut erat lengan Amir, suami yang tercinta.

"Abah pun risau juga Ibu. Kita tak pernah tinggalkan dia selama ini, tak pernah langsung sejak kejadian tu. " . Amir menggenggam erat tangan isterinya, sambil muka mulai tertunduk sayu mengenang beberapa hari mendatang yang akan membawa mereka ke tanah suci menunaikan haji. dan meninggalkan anak dara kesayangan di tanah air berseorangan.

"Abahnya, Ibu risau sangat dengan dia. Kebelakangan ini, Ibu tengok Ain tu macam menerawang fikirannya. Tambah-tambah dengan ulangtahun pemergian Bad dah dekat ni. ".

"Abah paham Ibu, Abah nampak juga, tapi apa yang Abah boleh buat sayang? Abah tak ada daya nak bantu dia, semuanya dah kita lakukan terbaik, sekarang bergantung kepada dia untuk meninggalkan kenangan lalu tu sayang. " Balas Amir.

"Kalaulah dia masih hidup kan Abah? "

"Ibu tak boleh kata macam tu, bila kita berkalau ni, macam kita menolak kejadian yang dah ebrlaku ni, macam kita tak rela dengan takdir ketentuan ALLAH ni."

"Bukan macam tu maksud Ibu, Abah...."

"Abah faham sayang, tapi sayang teringat tak, kenangan itu juga yang membawa kejayaan pada anak kita? Dia nak jadi peguam sebab dia nak sangat jadi seorang yang melawan kes aniaya?"

"Ibu ingat Abah, Ain inginkan sangat jadi peguam sebab dia nak jadi peguam yang membantu golongan susah yang memerlukan. Dia terlalu sedih bila tahu Bad pergi dan meninggal tanpa dapat pembelaan sempurna, yang melanggar telah terlepas sebab dia punya kuasa, jadi sebab itu dia terlepas dari hukuman."

"Dunia Ibu, terlepas la sekarang, tapi satu hari nanti, bila tiba hari pembalasan..Percayalah pada dia Ibu, Abah yakin, anak kita cukup kuat, dia kan ikut Ibunya., Superwoman Muslimah, yang gagah berani lagi tabah". Amir cuba menenangkan isterinya. Dibelai-belainya pipi isterinya, dan dikucup lembut ubun isterinya. Aina hanya tersenyum kelat sebagai balasan perlakuan penuh kasih si suami , dia tahu, masanya akan tiba juga, mahu tak mahu, mereka perlu teruskan perjalanan.


*************************************************

"Ayie, aku dengar dia sedang mencari kau sekarang?"  Mus menyoal. Mus merupakan kawan kepada Ex Ayie yang dikenalkan waktu mereka memadu kasih satu masa dulu, namun masih kekal berkawan hingga ke hari ini.

"Mana kau dengar cerita ni Mus? "

"Aku dengar-dengar cerita la, Sadiq yang cerita dekat aku hari tu. Katanya bekas 'couple of the year' sedang mematri kasih kembali. "

"Amboih, kau perli aku nampak?"

"Mana ada perli beb, aku tak lupa la, kau datang dari jauh dulu nak jemput si dia pulang ke kampung. Bagi aku, itu satu yang pelik sebab tak pernah la aku tengok orang sampai macam tu layan nye. ".

"Semua tu dah berlalu la weyh. Aku dan dia kan dah lama putus. " Balas Ayie. nadanya berubah.

"Sorry bro, aku tak sengaja. Aku paham perasaan ang tu. Nak wat macam mana kan da takda jodoh. Layan ja la noh?" Mus cuba menenangkan keadaan. Dia mungkin slow bab ini, tapi dia tak mungkin tersilap baca naluri seorang lelaki yang ikhlas dalam bercinta satu masa dulu.

"Ala, tak apa aih, satu p sepuluh yang mari tu. Ada aku kesah. " Ayie dengan nada riangnya. Namun jauh di sudut hati, dia tak pernah melupakan setiap bait kata yang dilemparkan, tiap perlakuan tiap titip sejarah yang tertulis atas tabir sejarah hidupnya. Mus hanya mendiamkan dirinya.

*************************************************

Sunday, 13 November 2011

Ku Ingin Kamu - Part VII

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Assalamualaikum kamu.
Awk, malam ni hening sekali., saya keluar kejap tadi, perhatikan bulan di langit, indah sekali dia malam ni. FYI, malam ni langit tu cerah sekali, dengan bintang yang menemankan dia. dia nampak sangat cantik. Buat saya tersedar sesuatu, yang kehidupan ini kan, tak boleh nak sendiri, macam juga bulan kat langit tu, dia sangat indah bila berada di atas sana, tapi bila dia bersama dengan bintang yang memagari kedudukan dia kat atas tu, dia nampak lebih indah.

Bila kita pandang kehebatan alam ciptaan ni, dan bermuhasabah, bawa banyak perubahan dalam diri kita ni. macam saya juga, bila saya anggap saya berada di kedudukan bulan tu, dan kamu muncul sebagai bintang, saya dapat rasakan, makin hari kedudukan saya di sana semakin indah dan indah, sebab hadir kamu (bintang) dah beri saya sedikit demi sedikit rasa untuk menjadi yang terindah, yang terbaik dalam hidup, dan tak disangka, makin hari makin saya mengubah jalan saya mendekati ALLAH yang Esa.

Terima kasih kamu. 

"Wahai arwah kamu, apa khabarmu di sana?". Aku bermonolog sendiri malam ini dengan kudakapkan surat ke 55 ke dadaku. Aku tak sangka, dah banyak tahun kejadian ini, tapi aku masih merindukan si dia. Malam ini aku juga ditemani sang bulan di taman nan indah buatan sendiri Ibu dan Abah. Kenyataan dunia yang buat aku tersedar akan hidup tidak semestinya berakhir dengan bahagia, sakit tak semestinya berakhir dengan mati, dan celaka bukan penanda aras yang gembira takkan hadir menoktah derita.

Tetiba Ibu muncul. "Ain.., buat apa tu?"

"Tak ada apalah Ibu, saja tengok bulan. Cantiknya dia malam ini Ibu. ". Jawapku. Walau dengan cahaya yang sedikit samar, aku dapat lihat mata ibu jelas menumpukan pada surat yang kudakap tadi. 

"Ain masih teringatkan dia kan?". Ibu mula menyoal.

"Mana ada Ibu, perasaan ibu sahaja tu kot? " balasku.

"Macam manalah ibu nak tinggalkan Ain nanti. Ada masa sebulan sahaja lagi Ibu nak ke Tanah Suci menunaikan haji dengan Abah nanti. ". Ibu mula berkata-kata. Aku dapat lihat, kesedihan di mukanya.

"Ibu jangan lah risau, Ain kuat la Ibu. Superwoman la anak Ibu ni. ". Jawapku yakin sambil memeluk Ibu. Aku tahu dia risau, tapi aku juga bukan selemah ini, cuma jiwa kekadang terbwa-bawa ke masa silam, terutamanya bila kesepian, makin hebat dia menggoyang jiwa. Entah bila baru aku akan punya pengantinya, biar masa menjadi penentu. 


******************************************************

"Ayie... Bangun sayang, Subuh..". Bisik Mama ketelinga anak ksayangannya.

"Ye Ma, Ayie bangunlah ni. Terima kasih Mama. ". Ayie pun bangun. Sambil tangan meraba-raba bawah bantal, mencari Handphone kesayangannya. Memang inilah perangai dia saban hari, hp adalah yang pertama dicapai tiap pagi selepas berjaga. Bukan untuk melihat SMS atau panggilan terakhir, tapi untuk mematikan alarm yang dipasang sebelum tidur. Tapi pagi ini, sesuatu yang menghairankan berlaku. 

"Selamat pagi Abang..."
Sender : Tanpa Nama

"Arghhhhh.. tak habis-habis..". Ayie mengetapkan bibirnya.

******************************************************
"Nyssa, aku tunggu kau dekat bawah ni. Jom makan?". 
"Jap, jap, aku turun ni.".

"Ehh apa cite kat datang ni Wanitun? Tetiba je muncul nak ajak aku keluar makan. Tak pernah-pernah plak."

"Amboi, dah tak boleh la ye aku nak ajak kau keluar makan sama-sama? Sombong kau sekarang ye?" 

"Tak adalah macam itu maksud aku, muncul kat office aku hari ni, macam mimpi jadi kenyataan plak ."

"Perli sikit-sikit dah le, aku merajuk kang.." 

"Ehhe, janganlah macam tu Nyssa, aku melawak aja. Kita nak pergi makan dekat mana ni?"
"Dekat-dekat sini sudah la. lagipun aku tak boleh nak lama-lama. Aku nak kena gi site plak lepas ni. "

"Okeh-okeh. Jom. Nak naik kereta asing ke nak naik dengan kau aje ni?"

"Alaa, watpe aku beli kereta besar-besar kalau nak bawa kawan pun kedekut. naik dengan aku dah la.". Wani mencebik muka . 

"Jangan la marah, nak melawak pun tak boleh kau ni. ". Nyssa menyejukkan keadaan.

Sesampainya di kedai. 

"Ha, kau ajak aku jumpa mesti ada apa-apa kan?" Soal Nyssa.

"Kau macam tahu-tahu aja. Hebat la kau ni Nyssa. " Balas Wani. 

"kita bukan kenal sehari Wanitun, dah bertahun dah, Malah kau tidur camne pun aku tau la. Tidur buas punya orang. ". Nyssa menjelirkan lidah. Dan keduanya tergelak. Mereka memang macam tu, rapat sangat sejak masing-masing berada di Universiti lagi. Masing-masing punya kisah masing-masing tapi yang pasti, ukhuwah yang terjalin itu mekar sejak dari dahulu lagi. 

"Sebenarnya macam ni.... ". Wani menghentikan kata. 

"Apa dia ni, cerita la. Tak pernah plak kau malu macam ni dengan aku. Kau nak pinjam duit ke? Nak berapa? cakap la, macam tak biasa plak dengan aku.". Soal Nyssa. 

"Sebenanrnya.. Aku nak minta pendapat kau. "

"Tentang? " Nyssa semakin tak sabar.

"Tentang Abang Ayie...". Wani menjawap. Nyssa terus terdiam.

******************************************************
 
Bait lagu Jar of Heart nyanyian Christina Perry ini menjadi santapan halwa telinga Ain pagi ini dalam perjalanan dia ke mahkamah. Ayie yang berada di sebelahnya cuma menundukkan kepalanya dari tadi. Ain dapat melihat dia seperti kurang sihat pagi ni. 
"Hai Ayie, senyap ja kamu pagi ni. Kenapa? Tak suka ae lagu ni? "

"Tak adalah cik Ain. Saya ok aja. " 

"Tengok kamu tunduk ja dari tadi, macam tak sihat aja?". Ain menyambung.

"Eh, mana ada cik Ain, saja kasi cik Ain berehat telinga tu dari dengar saya nyanyi, nanti Cik Ain jatuh hati susah, suara saya kan sedap?" . Ain terdiam. dalam hati dia bermonolog. "Ayie ni, sekali buka mulut, aku pun kalah, kenapalah dia bukan peguam dan aku adalah peguam?"

"Cer kamu nyanyi tengok?". Ain mendapat idea. Pagi ni, dia pula nak menguji Ayie. Sebaik dia berkata, Ayie terus menyanyi.

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And learn to live half alive
And now you want me one more time
 
Kali ini bukan Ayie, tapi dia pula yang terpaku. Sedap sangat suara Ayie. Tambah menyanyi di bahagian ini. Dia jatuh cinta dengan suara Ayie. 
"Eh Cik Ain, kenapa diam? haaa.. kan saya dah kata..". 

******************************************************

Tuesday, 1 November 2011

Ku Ingin Kamu - Part VI

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Ain, Ibu ada berita gembira nak dikongsikan dengan Ain.".

"Apa dia Bu? ". Balasku beria untuk jawapan.

"Jom la makan dulu Yang, dah pukul berapa ni, awak tak takut ka nanti anak awak bising plak, dia bangun lewat pagi sebab terpaksa tidur lewat memandangkan perlu mencukupkan 4 jam supaya makanan masuk betul dalam perut dia tu? " Sampuk balas Abah menutup persoalan aku sebentar tadi.

"Perli Ain la tu, majuk dengan abah..". (dengan mencebikkan muka)

"Alaaa anak Mama ni, abah memain sajalah sayang, dia dah lama tak melawak dengan anakanda dia seorang ni, kamu tu busy ja memanjang, tak sempat nak berbual katanya..". Ibu menenangkan. 

"Ehhe, Ain tahu, Ain pun sesaja nak merajuk dengan Abah, nak suruh dia pujuk, untung-untung Ain dapat hadiah."

"iyalah tu. dah-dah jum kita makan.". Balas Abah sambil tangan menceduk nasi di letakkan kedalam pinggan Mama. Abah seorang yang penyayang orangnya, dia tak berkira keringat, walaupun dia seorang lelaki, tapi dia bukan typical lelaki yang berkira bila berkaitan bab menolong isteri ni. Aku benar-benar kagum dengan Abah, harapannya si dia satu hari nanti punya sikap yang sama macam Abah.

"Mari makan Abahnya, nanti lepas makan kita sembang panjang dengan anak dara kita ni ye Sayang. Ha tunggu apa lagi Ain? Doanya mana? ". Ibu menyoal.

"opssss.." Balasku.

Masing-masing tergelak di meja makan. Kantoi la perut dah lapar, cepat betul nak menyuapnya sebaik Abah ajak makan. Malu plak rasanya di hadapan Abah n Ibu malam ini, walau aku anak manja kan? Tapi nampak sangat perangai keanakan aku ni, memang tak cover langsung dihadapan mereka. 

******************************************************

"Ma, Ayie pening la Ma. "
"Napa ni sayang? ". Soal Mama Ayie.

"Ayie tekanan la, perempuan tu tak habis-habis call Ayie. Dulu nak sangat putus, sekarang ni nak datang balik. Semak perut la Mama. Ayie dah mulakan hidup baru. Ayie taknak dah dia. Taknak dah ingat kenangan lalu tu semua, Ayie dah cukup menderita dengan apa yang terjadi.". Ayie bersunggunh menerangkan kepada Mama nya.

"Ayie pasti ka ini yang ini yang Ayie benar-benar mahukan? Ayie dah tak sayang dia? "

"Ma, Ma nak tambah pening Ayie lagi ka Ma? Ma pun tahu kan macam mana Ayie struggle nak melupakan dia dulu, menonggeng frustnya sampai Ayie terpaksa bawa diri ke luar negeri sekejap hanya demi menenangkan fikiran Ayie ni? "

"Tak adalah sayang, Mama cuma bertanya, Mama minta maaf ya, Mama tak berniat nak semakkan kepala otak Ayie dengan soalan Mama tu. "

"Ma, Ayie sayang Mama, Ayie dah tak mahu dia lagi, Biarlah sejarah menjadi sejarah, ianya bukan untuk dimulakan kembali, biarlah Ayie gemilang bersama sejarah baru yang bakal Ayie cipta sedikit masa lagi.."

"Ehhhemmmm.. lain bunyinya ni, anak Mama dah ada penganti ka ni?"

(huk-huk-huk) 

"Anak Mama okey ka ni? tiba-tiba batuk ni? Ayie tak sihat ka? "

"Sakit perut la Mama, Ayie g tandas dulu ya."

"Ele, nak lari la tu, bukan Mama tak kenal anak Mama ni. Tetiba plak batuk tapi yang sakitnya perut, nampak sangat nak lari dari Mama."

"Mana ada Ma, betul la ni.. Ayie pergi dulu ya. ". Jawap Ayie sambil meluru ke tandas yang terletak di atas di sebelah bilik tidurnya.

******************************************************

"Aku tak kira, Aku akan dapatkan dia kembali.." ucap Wani sambil mengetapkan bibirnya. 
"Kau ni, yang sudah tu sudahlah, bukankah dia dah mulakan hidup baru? ". Balas Nyssa. 

"Betul kata Nyssa tu Wani, takkan kau nak jilat balik ludah kau tu. Satu masa dahulu, kau juga yang tolak dia bulat-bulat." Nadea bersuara. 

"Aku tak kira, yang aku tahu aku dapat dia balik. " Wani bersungguh kali ni. 

"Aku hairan dengan kau ni Wani, Abang Ayie tu baik orangnya, kau buang dia macam itu sahaja, kau layan dia buruk sebelum kau orang putus, sekarang kau menuntut nak dia balik." Nyssa mempertahankan Ayie. 

"Sebab dia baiklah yang aku nak dia balik, aku mengaku aku silap telah lukakan hati dia satu ketika dahulu, aku akui sangat itu semua berpunca dari aku. Sekarang aku dah dapat balasan aku, yang aku sayang tu sebenarnya nak memainkan perasaan aku sahaja." Wani merendah kan suaranya. Mata sudah berketak dengan air mata. Mungkin dia benar sudah insaf dengan perlakuannya satu ketika dahulu. 

"Entah la Wani, aku pun tak tahu sama ada aku perlu sokong kau atau tidak. Aku mungkin tak serapat Nyssa dan Abang Ayie, tapi aku dapat rasa betapa dia sayangkan kau satu masa dahulu, tak pernah pula aku jumpa orang seikhlas itu dalam perhubungan, malah aku mengaku sendiri, BF aku si Wan tu pun tidak sehebat Abang Ayie dalam membuktikan sayangnya.". Nadea anak Sukaerno pula menambah lagi.

"Kalau aku di tempat dia, mungkin aku dah putus asa. Aku ingat lagi, ketika saat-saat kejatuhan dia tu, dia selalu cakap, dia nak tunaikan janji dia jaga kau, tapi masa tu kau langsung tak memperdulikan dia. Aku jugalah yang menasihatkan dia agar melupakan kau. Aku mungkin jauh dari dia, tapi aku dapat rasa betapa sedihnya dia masa tu Wani." Nyssa menambah.

"Aku menyesal, aku sangat menyesal dengan perbuatan aku di masa lalu. Sangat-sangat menyesal". Wani menitiskan air matanya.

Nyssa turut menitiskan air mata nya. Dalam hati terkenang satu ketika dahulu, ketika Wani dan Abang Ayie sedang 'panas' bercinta satu ketika dahulu, dia pernah menangis juga, sebab terharu sangat dengan kisah yang diibaratkan seperti Fairy Tales ni. Dan ketika mereka putus juga, dia menitiskan air mata, seperti tidak percaya dengan kesudahan yang tidak pernah difikirkan dalam kepala otaknya, sedang yang di idamkan adalah seperti plan asal, menjadi pengapit bersama dengan Nadea diatas pelamin indah dihari bahagia keduanya.

Nadea yang berada berdekatan cuma memeluk keduanya. Dalam mereka bertiga, dia yang paling susah menitiskan air mata, tapi sudah ada ura-ura ianya akan turut serta turun pada malam ini. Fikirannya melayang mengenangkan apa yang bakal berlaku selepas ini. Adakah betul tindakan sahabatnya ini? Menuntut janji selepas dia sendiri yang bertindak memutuskan ikatan janji itu satu ketika dahulu? Segalanya adalah persoalan yang entah apa jawapannya.

Wednesday, 29 June 2011

Ku Ingin Kamu - Part V

Tapi bila kau dah jemu | Ada saja yang serba tak kena | Perangaimu pun berubah | Menyakiti hati | Hilangnya kemesraan | Aku sering kau marah | Engkau tidak seperti dulu | Lalu kau pinta oh perpisahan | begitulah lumrahnya manusia | Waktu tengah sayang kita dirayu | Bila dah jemu kita ditinggalkan

Lidahku ligat pagi ni dek kerana melayan lagu di radio pagi ini. Seronok pula rasanya, dah lama tak berjiwang dengan lagu dari kumpulan-kumpulan tahun 90an ini. Dari apa yang aku tahu, lagu jiwang saja tak berhenti-henti. Banyak mengenai kekecewaan, ditinggalkan, perpisahan. Kebanyakan dari genre itulah. Masa tu memang top kumpulan-kumpulan ni, layan habis aku. Walaupun aku tidak bercinta, tapi dengan aku sekali touching dengan irama dan bait kata lagu berkenaan. 

Perjalanan diteruskan, pagi ni aku bertekad nak ambil hati si Ayie balik. Kemarin kan aku dah marah dia, pagi ini aku nak belanja dia sarapan. Sebaik sampai di tempat parking, si Ayie pun sampai. Sama seperti hari-hari sebelumnya, dia akan sampai apabila aku sampai. Sela masa antara kami tak banyak, paling lambat pun 10 minit lepas aku tiba di ruang parkir dia akan tiba juga.

"Assalamualaikum enchik handsome."

"Waalaikumussalam. Cik Ain panggil saya handsome? Jangan la panggil saya handsome. Tak sesuai la Cik Ain." 

"Biarlah saya nak panggil, mulut saya. Rasanya tiada akta yang mengharamkan kita memuji kawan-kawan kita kan? "

"Ya lah Cik Ain, saya sedar semua itu, tapi Cik Ain, saya ni bukan sahaja handsome, tapi dilengkapkan pula dengan kacak, lepas tu comel, dan suwweeeet. Bila Cik Ain hanya sebut handsome, macam tak cukup pula rasanya, sebab itulah saya kata tak sesuai." 

"Adoi. Pantang puji sikit awak ni Ayie, ada aja yang awak nak jawap kan? "

Ayie hanya tersenyum di hadapanku. Hati aku terubat dengan keletah nakalnya itu. Walaupun aku tengok dia punya semua yang disebutkan itu, tapi takkan aku nak puji depan-depan kan, karang ada jugak yang kembang mengalahkan belon panas yang terbang dilangit itu, jadi aku hanya diamkan sahaja. 

"Ayie, mari temankan saya sarapan? boleh tak?

"Cik Ain nak belanja saya kah pagi ini? Boleh saja kalau nak belanja. Sebab saya ingat pagi ini saya nak puasa sahaja, tapi kata Rasulullah, kalau kita nak puasa pun, tapi bila ada yang mengajak kita nak wat kenduri macam ini, kita kena ikut sebagai  tetamu, jangan hampakan hati tuan rumah kan? kan? " 

"Ele, iya la tu Ayie."

Aku dan Ayie berjalan beriringan ke kedai yang berdekatan dengan pejabat kami itu. Sepanjang berjalan dan di kedai makan, aku sempat bertanya pendapat dia mengenai situasi di luar negara iaitu mengenai kes ketidak-adilan dan sikap sesetengah negara yang nak jadi polis dunia dengan masuk campur kedalam politik negara-negara lain. Dan seperti biasa jawapan dari Ayie sangat meyakinkan dan punya nas-nas lengkap untuk mengukuhkan hujahnya. 

Perbualan kami di kedai terhenti seketika sebaik Ayie mendapat satu panggilan telefon. 

"Assalamualaikum.. Ya saya..  Ada apa-apa yang boleh saya bantu? ". Jawap Ayie sambil tangannya diangkatkan tanda memberitahu aku sebentar kerana dia ada panggilan telefon. 

"Kan saya dah cakap, saya tak mahu ada apa-apa lagi antara kita. Tolonglah, saya tak mahu tahu apa-apa lagi, tolonglah jangan kacau saya, tolonglah, cukup dah apa yang pernah jadi dulu tu okeh. Saya maafkan awak". Selepas bercakap, Ayie pun letakkan telefonnya.

"Siapa tu Ayie? ". Soalku. 

Sebelum sempat Ayie membalas. Telefonnya berbunyi lagi. 

"Ya saya. Ada apa lagi. saya tengah makan ni awak. nanti awak call lain ya.. ". Jawap Ayie. Tangannya menekan butang End yang terdapat di bawah screen Iphone kepunyaan nya. 

"Maafkan saya Cik Ain. ". Ucap Ayie, dengan muka bersalah. Mungkin malu rasaku dengan apa yang berlaku tadi. 

"Tak apalah. Boleh saya tanya?"

"Silakan Cik Ain. "

"Siapa itu? ". Soalku. 

"Sebenarnya itu kenalan lama saya. Atau lebih spesifik Ex-Gf saya Cik Ain. " 

"oooooooo.." sengaja aku panjangkan O itu. Kemudian menambah "Ada apa-apa berlaku antara kamu dan dia kah Ayie? Macam ada masalah aja saya tengok. Berkali-kali telefon? "

"Rasanya tiada apa Cik Ain.". Sebaik dia habis berbicara, telefonnya berbunyi lagi. Aku lihat dia menggelengkan kepalanya. Kemudian bangun dari tempat duduk dan menuju ke satu ruang mungkin agar dia punya privacy untuk berbual dengan si penelefon. Aku masih menanti dia kembali ke tempat duduk, agak dalam 12 minit dia bercakap telefon, aku menjeling jam tanganku. Sudah hampir 9. Aku bangun dan mendekati Ayie. Aku tunjukkan isyarat kepadanya memberitahu yang aku akan bergerak dahulu. Dia hanya mengangguk sahaja. Aku pun berlalu.

*************************************************




Monday, 27 June 2011

Ku Ingin Kamu - Part IV

Jika belum, anda boleh mulakan di awal kisah 100, kemudian Part I, Part II dan Part III di SINI, SINI dan SINI.

"Ayie, sampai bila Ayie nak macam ni? "

"Macam mana Ma? "

"Ya lah, Mama tgk Ayie ni, takkan sampai sekarang Ayie masih nak bersedih pasal kisah dulu tu? "

"Ma, bukan macam tu Ma, Ayie pun tak reti nak cerita macam mana dekat Mama. Ayie ni macam tak ada hati untuk ada sesiapa lagi Mama.."

"Jadi betullah tekaan Mama, Ayie memang masih lagi ingatkan yang dulu? "

"Mana ada Mama, Ayie dah hapuskan semua cerita pasal dia, Ayie dah hapuskan ingatan pada dia, segala-galanya la tentang dia. "

"Habis tu yang dalam laci Ayie bebanyak card ucapan, surat-surat cinta Ayie tu? "

"Ummmm.. nanti Ayie selesaikan la Mama. Lagipun Ayie tak berkesempatan nak proses semua tu Mama. "

"Kenapa tak benarkan Mama kembalikan ja pada dia hari tu? "

"Bukan taknak bagi Ma, cuma biarkan Ayie buang sendiri ya Mama? "

"Ikut Ayie la, Mama tak kisah, cuma Mama risaukan anak Mama ni. Mama tak suka tengok Ayie macam hukum diri Ayie sebab cerita lama. Ayie ingat Mama tak tahu last Ayie call Ustaz kan nak dapat definition tentang 'memutuskan silaturrahim' tu? "

"Macam mana Mama leh tahu? Sapa cerita? "

"Ayie ni nyanyuk ni, tingat kat sapa ni sayang? Bukankah Ayie yang cerita kat Mama cerita ni hari tu? "

"Hehehe.. Lupa la Mama, tapi betul apa tindakan Ayie Mama, sebab menurut Ustaz kan Mama, dia kata, bila terputusnya silaturrahim tu, ALLAH marah, tiada lagi rahmat di satu tempat tu, katakanlah dekat satu jalan tu ada seseorang memutuskan silaturrahim, habislah satu jalan tiada rahmat dari ALLAH. "

"Mama paham sayang, anak manja Mama ni taknak jadi sebab kenapa berlaku kes ragut, kes curi, dan segala bala menimpa orang sepanjang jalan hanya dek kerana tindakan Ayie tu kan? Mama paham anak Mama ni. I'm proud of you sayang. "

"Terima kasih sebab Mama paham. Ayie sayang Mama juga. Mama sabar lah ye, doakan Ayie, moga satu hari nanti Ayie akan kembali seperti sediakala. Ma, ngantuk dah ni, Ayie naik tidur dulu ya Mama? "

Ayie naik dan masuk ke bilik tidurnya. Dalam hatinya bercampur baur. Walau sebenarnya dia sebenarnya menjadi sasaran yang mengenalinya, tetapi Ayie takut untuk menerima sesiapa untuk menjadi ratu di ruang hatinya. Biarpun kisah itu sudah beberapa tahun berlalu, namun, dia masih terhukum dengan apa berlaku di tahun-tahun sebelum kejadian. Dia mungkin seorang yang naif dalam perhubungan, tapi dia juga bukan seorang yang bodoh, cumanya, mungkin bila hati dah terlalu kepada seseorang, ini akibatnya. 

******************************************************

Ain sedang cuba untuk memejamkan matanya. Kisah petang tadi buat dia tergelak sendiri. Entah macam mana dia boleh naik berang hanya kerana si Ayie cuba untuk berbuat baik kepadanya. Ayie tidak bersalah pun, dia cuma berfikir yang terbaik untuk Ain, hanya kerana nak melindungi Ain, dia dimarah. 

Itu boleh dilihat dari cara Ayie bertindak balas, selepas dimarah dia diam seketika, tapi tindaknya yang laju menyiapkan tayar yang pecah itu, Ain dapat rasakan yang Ayie bersalah kerana telah mengheret dia dalam situasi tadi, walau sebenarnya ini adalah hakikat yang dah ditentukan Yang Punya Dunia. 

Malam ini, secebis kertas bertulis 'Hari 22' menjadi pilihannya untuk dibaca sebelum melelapkan diri. Sebenarnya,  setiap hari inilah yang akan Ain buat sebelum melelapkan mata. Selalunya selepas solat Isya' Ain membaca buku tak kiralah sama ada berkaitan kerja atau lain-lain. Kemudian selepas itu, dia akan solat sunat dan kemudian satu surat dari 100 yang dim

Assalamualaikum awak, 
Hari ke 22 dah ni awak. Tak sangka kan, berhari-hari dah saya jadi pengikut setia awak. 

Awak, nak tahu sesuatu?
Pagi tadi, Ibu pesan kat saya supaya menjaga silaturrahim sesama makhluk. Jangan sewenang-wenangnya memutuskan silaturrahim antara manusia ni. Ibu cakap, 

”Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam”

Apa yang Ibu kongsikan dengan Bad nak Bad kongsikan dengan awak juga. 
Diharapkan kita tak termasuk dalam golongan tu awak. 

Saya mintak diri dulu ya, mengantuk dah ni. ehhee.. macam Ustaz plak rasanya kongsikan hal agama dengan awak ni. Padahal diri ni tak tara mana, malu plak dengan awak. ;)

Bad oh Bad. Apa khabarmu disana. Aku doakan kau berbahagia di sana. Terima kasih untuk perkongsian hari ke 22  ni. Aku akan ingat dan simpan peringatan ini ketat-ketat dalam fikiranku. Terima kasih, terima kasih kerana menjadi sebab untuk aku terus gagah bersemangat menghadapi hidup ini. Selamat malam ku ucapkan.

Friday, 24 June 2011

Ku Ingin Kamu - Part III

Jika belum, anda boleh mulakan di awal kisah 100, kemudian Part I dan Part II di SINI dan SINI.

Tookk.. tokkk.. (Bunyi Hakim memberhentikan perbicaraan)
Sesi disambung selepas makan tengah hari.

Fuhh penat. Seminggu sudah berlalu. Hari ini, aku seharian berada di Mahkamah Pulau Pinang. Demi menyelesaikan kes rasuah yang aku handle. Hairan juga aku, nak kata tak kaya, dah cukup hebat kerja sebagai pegawai, tapi masih nak ambil rasuah, dah tu tak mengaku plak tu dia yang ambil duit rasuah sedang dah terbukti yang dia sememangnya melakukannya. Mana tak nya, yang memberi rasuah itu adalah seorang pegawai juga, tapi pegawai SPRM yang menyamar sebagai kontraktor demi nak mendekati laporan dari pihak yang tidak mahu didedahkan identitinya itu. 

"Kenapa Cik Ain? ". Soal Ayie. Sebenarnya dia dipaksa mengikut aku hari ni, disebabkan pagi tadi, enjin kereta aku entah tiba-tiba tidak dapat dihidupkan. Dan since si Ayie ni yang paling dekat dengan aku, aku terpaksa meminta dia yang hantarkan aku. Bagus juga, ada teman aku dan si pemberi semangat nak sokong aku hari ni. Walau aku sedikit down dengan beberapa hari kebelakangan ini. 

"Tak ada apa Ayie, saya hairan, kenapa manusia begitu mudah dipengaruh dengan duit? Sedangkan dia itu seorang pegawai.. Lainlah orang tak ada duit nak makan ka, hidup susah sampaikan nak makan pun tak ada duit, tapi ni pegawai kot, apa lagi yang tak cukup.."

"Fikir macam ni ja la Cik Ain, apabila kocek sebesar Kancil hendak di sumbatkan dengan Lori kontena 48 tayar, ini lah yang terjadi.. "

Aku tergelak. Dan menambah. " Kamu ni Ayie, perumpamaan nak gah saja ye "

"Betul apa kata saya CIk Ain, bila kocek cukup untuk diisi dengan Kancil, tapi nak bermewah ibarat duit penuh dalam Lori Kontena 48 tayar. Inilah jadinya. Hidup nak bermewah, sedangkan itu bukan satu keperluan, dan akhirnya terperangkap dalam medan hutang, dan cara nak atasinya, setelah habis fikir, diambilnya jalan mudah iaitu dengan makan rasuah. Semua demi menutup lubang besar yang sengaja dikorek ditengah jalan.. "

Aku terkedu lagi. Dia ni bila berbicara, macam machine gun pun ada, cakap macam tidak ada noktah, dan bukan cakap kosong, tapi diisi dengan hujah lengkap sampai aku tak mampu berkata-kata lagi. Terkadang aku hairan, siapa sebenarnya Peguam sekarang ni, macam dia pula yang menjadi Peguam di luar mahkamah ni.

"Alamak Cik Ain..".

"Kenapa Ayie? " Aku dikejutkan dari lamunan aku.

"Tayar kereta pancit la CIk Ain, nampak gayanya Cik Ain terpaksa menunggu la saya tukar tayar kereta ni. "

"Laaa, ya ka, awak ada tayar spare tak?

"Ada Cik Ain, tapi paham-paham la, panas ni Cik Ain, apa kata Cik Ain pergi lepak dekat tempat tak panas. CIk Ain tu perempuan, nanti kang ada pula yang salahkan saya sebab dah kena sunburn..

"Tak apalah, lagipun awak kan datang dengan saya. Takkan saya nak tinggalkan awak pula..Kalau awak berpanas, saya pun berpanaslah."

"Jangan lah macam tu Cik Ain, segan saya Cik Ain cakap macam tu, Cik Ain tu perempuan, takkan lah saya nak suruh tinggal tempat macam ini, panas ni Cik Ain. ". Sambil dihulurkan payung ke tangan aku manakala sebelah tangan lagi mencapai handphone sambil jarinya tekun mendail.  . 

"Hello pakcik, saya ada dekat Kompleks Mahkamah ni, boleh pakcik hantarkan sebuah teksi ke sini? "

"Awak nak call sapa tu? Takkan awak tak reti nak cabut tayar kot?sampai nak kena panggil back up la. " Tegurku dengan nada sinis ingin memerli Ayie.

"Bukan Cik Ain, saya nak call teksi ni, biarlah dia hantarkan Cik Ain pulang dulu, saya akan teruskan menukar tayar, Cik Ain, pulang dulu ya? Lagipun panas ni Cik Ain.". Ucap Ayie sambil mulut memberhentikan perbualan kerana nak menjawap soalanku.
"Taknak!! saya kan dah kata, kita datang sama-sama, kita tunggu sama-sama sampai selesai.."

"Tapi Cik Ain...."

"Tak ada tapi-tapi.. Tolong batalkan teksi yang awak call untuk saya tu sekarang!! ". Tegasku. Pertama kali aku tinggikan suara aku di hadapan seorang lelaki sepanjang aku hidup. Aku ini anak yang satu-satunya dalam keluarga sebab itu aku sedikit degil dengan apa sahaja kataku, asalkan tidak bercanggah dengan kelaziman pasti tidak akan dibantah Abah dan Ibu.
Dia diam tanpa kata, mungkin terkejut rasaku. Aku lihat dia batalkan teksi yang dipanggilnya itu. Dan terus ke belakang bonet kereta mengeluarkan tayar kereta dan cepat-cepat 'jack' kereta untuk menukar tayar. 

Saat titis-titis peluh lelaki membasahi tubuh lelaki yang ada didepan aku di tengah panas itu, aku gagahkan diri memayungnya dengan payung yang diberikan padaku. Perlahan aku buka mulut. 

"Ayie, maaf ya saya tinggikan suara tadi.Saya tak biasa kata saya dibantah terutamanya bila saya rasa saya betul. "

"Tidak apalah Cik Ain, saya sebenarnya tidak biasa begini, saya cuma taknak jika satu hari nanti Ayah dan Ibu Cik Ain suruh saya bertanggungjawap sebab anak dara mereka dah hitam. Semua gara-gara Ayie ni." . Sempat lagi dia melawak dalam situasi macam ni. Sambil buat gaya 'tangan ke bahu, mata ke atas' semasa menyebut namanya tadi.

Aku terus tergelak. "Awak ni kan Ayie, sempat lagi nak sakat saya kan? "

"Kalau saya tak sakat, nanti siapa lagi nak sakat Cik Ain? Takkan nak panggil pakcik Hakim tadi kot? atau Cik Ain nak Pegawai gagal tadi datang dan sakat CIk Ain? "

"Ehhh tak nak lah, kalau mereka sakat saya nanti, saya jadi hairan, dah la tak kenal dengan mereka tu. "

"Tahu pun, sebab tu saya sakat. Kata orang kan, bila kita buat kerja sambil bersembang, penat tidak terasa, kejap ja rasa kerja tu selesai. Tak begitu Cik Ain? "

"Ye Ayie, awak betul. Terima kash ya Ayie."

"Terima kasih untuk apa CIk Ain? "

"Ye la, awak dah berpanas untuk saya, awak dah susahkan diri untuk tolong saya hantar saya ke Mahkamah."

"Biasalah Cik AIn. Ini kan tugas saya. Lagipun apa la sangat susah ni untuk lelaki yang gagah lagi kuat macam saya ni Cik Ain.. "
"eleh.. berlagak". Sempat aku jegilkan mata dan julurkan lidah tanda membantah katanya itu. Aku lihat dia hanya tersenyum. Dalam hati terkenangkan Bad. Kalaulah yang hadir membantu, yang menghantar adalah Bad. Alangkah maninsya. Ohh Bad. Ain doakan awak berbahagia di sana. Moga ALLAH kasihani awak yang selama ini banyak beri Ain kekuatan walau awak sudah tidak ada lagi dalam dunia.

"Cik Ain, dah selesai. Boleh kita bergerak sekarang.? "

Lamunanku terhenti lagi. Bad ohh Bad, rajin betul kau hadir menerjah fikiranku sekarang. Tambah-tambah sejak aku berkenalan dengan Ayie ini. Walau banyak beza antara kau dan dia, tetapi dari segi perhatian dan prihatin tu, kamu dua bagaikan sama antara satu sama lain.

Kami bergerak pulang, tapi hari ini, aku pulang dengan dihantar Ayie. Tapi kami berhenti untuk makan sebentar di Padang Kota. Ayie cuba menolak pelawaanku membelanja dia kerana bersusah untukku, tapi setelah aku berkeras, dia cuma mengiakan sahaja. 

Ketika aku dan dia sedang makan. Kami disapa oleh seseorang. 

"Assalamualaikum. Cik Ain kan ini? ". Katanya sambil menghulur tangan untuk bersalaman denganku. Tapi aku hanya senyum tanda menolak berjabat tangan dengannya. Walaupun aku sudah belajar di luar negara, tapi soal aurat dan sentuhan ini, aku sangat menjaganya. Takkan aku nak izinkan lelaki yang bukan patut menyentuhku, untuk menyentuhku, walaupun dengan bersalaman, tapi tak rela aku izinkan lelaki merasa kelembutan tanganku kerana aku ingin suami ku merasa yang terbaik.

"Ya saya. Boleh saya tahu siapa awak? Kita pernah berkenalan kah? Awak nampak sangat asing pada saya.". Balasku.

"Boleh saya duduk? "

"Silakan. Duduk." Balas Ayie sambil menyambut tangan lelaki asing itu dan bersalaman. 

"Saya Joe." 

"Selamat berkenalan. Boleh saya tahu bagaimana kamu boleh kenal saya dan kenapa datang berjumpa saya?". Aku memulakan perbualan.

"Macam ni lah Cik Ain, saya ada satu hajat ni."

"Apa dia Enchik Joe? Ada apa-apa yang dapat saya bantu? "

"Begini Cik Ain, saya tahu Cik Ain sedang menguruskan satu kes mengenai rasuah berkenaan seorang pegawai, betul kan? "

"Ya saya. Kenapa ya? "

"Jika saya sediakan sesuatu buat Cik Ain, boleh tak Cik Ain buat sesuatu untuk gugurkan kes tu? Apa saja supaya Dia tak dihukum. "

"Ehh, bro, cermat sikit ya, sebelum aku tapak engkau dengan kaki aku ni, baik engkau blah.". Sergah Ayie. Aku sedikit terkejut dengan tindakan dia yang tiba-tiba naik angin.

"Kau siapa? Kau jangan nak menyibuk, atau kau pun nak sekali? Aku tak ada hal, asalkan kau 'settlekan' kes ni, yang penting dia terlepas. "

"Aku ulang sekali lagi, terbaik jika kau blah dari sini sekarang, sebelum angin sampai dekat kepala aku..". Ulang Ayie. 

"Sila pergi, untuk pengetahuan awak, saya bukan bekerja untuk manusia, tapi saya kerja untuk ALLAH, memegang amanah dan tanggungjawap, ini bukan caranya, jika saya terima apa-apa dari awak, bererti saya gagal bukan sahaja sebagai peguam, malah sebagai hamba ALLAH saya akan dilaknat oleh NYA. ". Sambungku.

"Atau kau orang nak letak harga? cakap sahaja, Berapa pun aku sanggup.. ". Nampaknya Joe masih belum selesai dengan tawarannya. 

Belum sempat aku pusing, Aku tengok tangan Ayie dah hampir hinggap di muka si Joe ni. Ayie seperti dah hilang sabarnya, baju Joe direntapnya, dan tangannya dah hampir ke muka Joe, tapi dia belum memulakannya. Tapi dia membentak dengan keras. "Bertaubat kau Joe, tahukah kau apa yang kau cuba buat ini HARAM? Dan janganlah kamu makan harta benda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui."

"Aahhh.. sudahlah kau, tak mahu sudahlah. Tak payah kau nak ceramah aku dekat sini. ". Sergah Joe yang marah dan terkejut kerana tindakan Ayie. 

Serentak itu, beberapa orang datang nak meleraikan mereka, Ayie ditarik jauh dari Joe. Sebelum pergi Joe sempat menyindir, "Ala, tak payah kau nak buat baik lah, entah-entah ada saja, cuma berlagak kau dengan aku.. "

Aku lihat muka Ayie dah merah padam menahan marah. Mulutnya terkumat kamit seperti membacakan sesuatu. Aku dapat membaca pergerakan mulutnya, dari pengamatan aku, Ayie sedang beristigfar, aku yakin dia juga sedang berusaha menahan marahnya. Lantas aku bangun meleraikannya. "Sudahlah Ayie, biarkan dia. tak payah dilayan Orang macam tu. "

Setelah berjaya memujuk Ayie, kami selesaikan makan dan sebaik membayar makanan, kami pun pulang kerumah.
Sebelum bergerak, "Maafkan saya sekali lagi Cik Ain. Saya jadi marah sebaik mendengar dia cakap macam tu tadi "

"Tak apalah Ayie, saya paham. Terima kasih kerana menjadi seorang yang 'stick' dengan undang-undang ALLAH..". Aku mengerti, walau aku sedikit terkejut tapi aku kagum melihat seseorang yang marah kerana hukum ALLAH yang ingin dikhianati manusia. Dia bukan marah kerana dirinya, tetapi kerana marahkan manusia ingkar yang sedang menongkah akhirat demi mencapai kekayaan dunia. 

"Segan saya dengan Cik Ain, pertama kali saya marah dan bertindak macam itu tadi. ". Balas Ayie.
"Dahlah Ayie. tak ada apalah. terima kasih sekali lagi ya. Untuk hari ni. kerana dah bersusah untuk saya.". Aku cuba menenangkan keadaan.

"Ehh.. tak adalah Cik Ain. itu kan tugas saya. "

"Tak kira, saya nak terima kasih juga.". kataku, melawak mungkin. 

"Ya Baik Cik Ain, Jika Cik Ain berkeras, akan saya pertimbangkan kasih dari Cik Ain tu..". Aku lihat senyuman mula terukir di bibirnya.

"Dahlah Ayie, selamat tinggal, balik elok-elok tau..". Balasku sambil bergerak masuk ke dalam. Dia pun sudah bergerak pulang. Dalam langkahku, tersenyum terbayang seharian yang macam-macam berlaku..

Ku Ingin Kamu - Part II

Click SINI untuk permulaan cerita, dan SINI untuk Part 1 

"Morning Cik Ain. "

"Assalamualaikum Ayie.."

"Baru sampai kah Cik Ain,? "

"Aii, takkan itu pun awak nak tanya saya kot Ayie? Takkan awak tak nampak saya keluar dari kereta sebelah awak tadi?"

"Memang nampak Cik Ain, tapi kalau saya tak tanya, takkan nak ada topik awal perbualan antara saya dan CIk Ain pagi ni kan?  Lagipun, mana la saya tau Cik Ain dah sampai lama, lepas tu tengok-tengok saya baru sampai, Cik Ain pun ubah kereta Cik Ain datang park sebelah kereta saya.. "

"Tak ada maknya saya nak saja-saja park sebelah kereta awak tau? "

"Cik Ain nak tahu, bila tiap kali Cik Ain naik marah, muka Cik Ain nampak makin comel. sebab tu saya suka sakat Cik Ain.. "

"Tak ada maknanya Ayie, malas saya nak layan kamu tu.. "

"Hihihi.. Boleh saya jalan dengan Cik Ain ke atas? "

"Boleh aja. Bukan jalan ni ada nama saya, lift tu untuk saya seorang.. "

"Itu yang saya nak dengar tu, Cik Ain, silakan Cik Ain.." Sambil tangan menunjukkan jalan untuk aku ke depan nya. 

"Terima kasih. ". Ucapku. Walau aku selalu juga marahkan si Ayie ni, tapi dia ni seorang yang baik, ambil berat dan lawak juga orang nya. Selalu menjadi penasihat dikala diperlukan. Walaupun kepala otak dia ni sedikit mereng, tapi bila bercakap hal ilmiah dan memberi pendapat, aku dapat rasakan dia ini seorang yang bijak, cuma mungkin kemungkinan yang dia sengaja menyorokkan perangai dia itu dengan cara sewel dan macam kurang matang bila diluar waktu itu menjadikan dia seorang yang senang bergaul dengan orang lain. 

Aku senang sekali bergaul dengan dia. Walaupun dia hanyalah pembantu pejabat di office tempat kerja aku, tapi dia ni seorang yang rajin. Dengan muka yang agak handsome, ramai yang jatuh cinta kepada dia, tapi dia ni aku tengok, cuma melayan semua nya sama rata, tiada pula yang dia beratkan, bagiku itu menandakan dia tidak mahu sesiapa berharap kepadanya kot. 

"Ayie, awak baca tak surat khabar kemarin? ". Aku memulakan bicara.

"Mengenai issue anak dan bapa bersekedudukan itu kah Cik Ain? ". Balasnya.

"A'ah, menakutkan saya baca kisah tu Ayie, sampai dah beranak pinak pula tu.." 

"Saya terkedu bila membacanya Cik Ain, nak pengsan rasa nya.. ". Balasnya dengan gaya seakan manusia nak pengsan. Aku tergelak kecil melihat keletahnya.

"Itulah bila terlalu dimanjakan nafsu tu, sampaikan anak dan ayah pun dah tak kira, janji dapat.. ". Balasku.

"Dah diambang akhir zaman ni Cik Ain, macam-macam berlaku, lagi-lagi pula bila Agama semakin tidak dititikberatkan dalam masyarakat kita. Tambahan pula, dengan pihak atasan yang terlalu membudayakan hiburan dalam masyarakat, dan banyak lagi perihal lain yang bukan-bukan, masyarakat semakin rosak. "

See, aku dah cakap, bila dia berbicara, macam aku cakap dengan orang yang besar-besar sedangkan si dia ni hanyalah Office Boy dekat tempat aku bekerja. Kekadang tu aku tak percaya yang dia hanyalah Office Boy di sini. Idea dan cara dia bercakap tu, menunjukkan yang dia ini seorang insan terpelajar, tapi jika Ya, kenapa dia memilih untuk menjadi Office Boy sahaja? Aku menggelengkan kepada memikirkan. Jawapan akhir yang lahir adalah, "Biarlah siapa pun kau, yang aku tahu kau tak buat masalah dengan aku sudahlah.."

Hari itu berlalu dengan aku dan dia yang sibuk menguruskan urusan kes aku yang terbaru ini, iaitu mengenai kes rasuah pegawai kerajaan yang melepaskan seorang kontraktor yang tidak layak menguruskan projeknya. 

Dalam asyik aku membuat kerja, hati terkenang sedikit isi kisah hari 58 dari Bad yang berkisah kepada cita-citanya yang bertukar-tukar dari kecil.

Awak, 
Hari ni kan, masa saya tunggu awak, ada seorang Polis yang lalu didepan saya. Saya dulu bercita-cita nak jadi Polis sebab saya teringin sekali nak jadi ketua semua dan betulkan nama buruk mereka yang disalah ertikan masyarakat. 

Tapi bila difikirkan semula, susah la awak, boleh tak saya jadi seorang Engineer? Seorang dari senior sekolah saya sekarang ni dah jadi Engineer di sebuah pelantar minyak, gaji bulan-bulan 5 angka tau awak, kaya-kaya, kalau la saya macam dia, mesti senang kan awak? Boleh capai impian memakai kereta idaman saya Toyota Estima yang bikin jadi sporty lepas tu kaler Putih. wahhh.. 

Awak, tak jadi la awak, tetiba risaukan Ibu, Ayah, Nenek dan awak, boleh tak saya nak jadi seorang Doktor, sebab saya nak rawat Ibu, dan Ayah sekiranya mereka tak sihat. Dan andai satu hari nanti, awak yang tak sihat, saya sendiri yang akan rawat awak, mesti seronok kan? saya sendiri yang mempertanggungjawapkan diri untuk menjaga awak. 

Kalaulah awak membaca...

Hairan kan, macam si Bad tahu pula aku sakit masa tu kan? Nak pula dia ubah cita-cita menjadi seorang Doktor kan? Tetiba aku terdiam.

"Cik Ain.. ooo Cik Ain... ". Ayie memanggilku..

Aku terkejut. dan menoleh. " Eh, kenapa Ayie ? "

"Dah pukul 7:20 petang ni Cik Ain, mari pulang. Esok nak kerja lagi. Lagipun kita dah hampir siapkan bahan kes ni, esok dah boleh selesaikan part-part akhir bahan kes Cik Ain ni.. "

"Urmmm.. jomlah... Terima kasih ya tolong saya.. "

"Alaaa.. takdak apa la Cik Ain, lagipun ini kan tugas saya, sebagai pembantu Cik Ain. Apa la sangat bantuan ni, lagipun, kalau tak ada saya membantu, manakan Cik Ain bersemangat nak kerja kan? "

"Ada-ada ja awak ni, dah-dah jom balik.."

Setelah selesai kami bersolat Maghrib, kami pun pulang. Fikiran aku mula terbayangkan bahan kes ini, kerana aku bakal membentangkan kes ini dalam minggu depan, dan diharapkan segalanya berjalan lancar.

Tuesday, 14 June 2011

Ku Ingin Kamu - Part I

Buat yang pernah membaca 100 Letters of LOVE. Nadh persembahkan sambungan kisah itu.

Hari ke 44.
Hye awk, awak nak tahu, saya ni suka betul dengan angka EMPAT. Tak tahu kenapa. Dan kalau awk nak tahu, angka EMPAT ni ada sesuatu yang menarik jika hendak kita kaitkan dengan kisah SAYA dan AWAK tau. Nak tahu apa dia? 

  1.  Hari pertama saya jumpa awk. Adalah hari Khamis, bersamaan hari keempat weekdays. 
  2.  Awak adalah manusia keempat yang paling teringin saya dekati setelah Ibu, Ayah dan Nenek. 
  3.  Kalau AWAK nak tahu, saya mulai sedar yang saya sukakan awk sejak hari keEMPAT saya mengikut awk.
  4.  Sepanjang 44 hari, selalunya pukul 4 atau tidak pun, lebih sikit la,  kita akan tiba di stesen Universiti. 
  5. Surah keEMPAT dalam Al-Quran juga adalah surah An-Nisa , iaitu surah yang bercerita mengenai perempuan? Hebat kan awak? Perempuan dan awk.. hihihi    
 Rasanya itu sahaja dari saya hari ini. Awak, sangat teringin nak bagitau awk yang saya dah TERsuka dekat awk.. sudikah awk menjadi teman saya? Kawan saya?

Yang Ikhlas.  
Bad
Demikian ringkasnya coretan hari ke 44 dari Dia. 

Air mata aku berjurai lagi. Sehingga ke hari ini, aku masih belum dapat benar melepaskan dia dari ingatanku. Mungkin dia hanya cerita kecil dari sejarah hidup aku, tapi kedudukan dia dalam calendar 100 hari itu tidak pernah aku lupakan. Malah, dia begitu kuat bermain dalam ingatanku. Tiap kali mengenangkan support yang aku dapat dari dia sepanjang tempoh aku sakit. 

Hari ini, dah hampir 7 tahun kejadian itu berlaku. Aku sudahpun menjadi seorang Peguam, setelah menamatkan pengajianku dalam bidang ini dari salah sebuah University di UK. Sebenarnya abah yang menghantar aku ke sana, dan bersama dengan mereka berada di sana selama tahun aku menyambung pelajaranku, semuanya demi membantu aku meninggalkan kenangan yang mencengkam jiwa aku ini. 

Ain… Turun makan…

Ya Ibu, kejap.”. Balasku, sambil tangan mengelap bekas-bekas air mata yang membanjirkan dirinya di kelopak mataku tadi.

Sayang, cepat la, Abah lapar dah ni. Ibu masak spesel tau malam ni untuk kamu.”

Mendengarkan kata Abah, aku cepatkan langkahku, tapi sebelum melangkah, aku ke tandas dahulu, membasuh kesan air mata, aku taknak abah dan Ibu melihat aku bersedih, mereka dah cukup risaukan aku selama ini. 

Ibu, boleh Ain bantu?

Anak ibu dah turun rupanya, ehh tak apalah, mari makan, ibu dah selesai angkat semua dah ni.”

Ala, kenapa ibu tak panggil Ain tadi nak siapkan makanan? “. Sambil memuncungkan mulutku, konon merajuk la. 

Perlahan tak ku sedar abah dah berada di belakangku, mencuit pinggangku, dan aku yang cepat geli hampir sahaja terlanggar Ibu yang ketika itu sedang mengangkat air ke meja makan.

Kami bertiga tergelak. 

Begitulah aku, Ibu dan Abah. Kami bertiga keluarga yang bahagia bagiku, tiada yang tidak mencukupi buatku, Abah walaupun sibuk sebagai Businessman, tapi ilmu agama tak pernah kurang diberikan kepadaku, Ibu juga, walaupun sibuk, tapi mereka begitu komited dalam menjagaku, dan ilmu agamalah yang dititikberatkan sekali dalam keluargaku. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA