Followers

Friday, 24 June 2011

Ku Ingin Kamu - Part III

Jika belum, anda boleh mulakan di awal kisah 100, kemudian Part I dan Part II di SINI dan SINI.

Tookk.. tokkk.. (Bunyi Hakim memberhentikan perbicaraan)
Sesi disambung selepas makan tengah hari.

Fuhh penat. Seminggu sudah berlalu. Hari ini, aku seharian berada di Mahkamah Pulau Pinang. Demi menyelesaikan kes rasuah yang aku handle. Hairan juga aku, nak kata tak kaya, dah cukup hebat kerja sebagai pegawai, tapi masih nak ambil rasuah, dah tu tak mengaku plak tu dia yang ambil duit rasuah sedang dah terbukti yang dia sememangnya melakukannya. Mana tak nya, yang memberi rasuah itu adalah seorang pegawai juga, tapi pegawai SPRM yang menyamar sebagai kontraktor demi nak mendekati laporan dari pihak yang tidak mahu didedahkan identitinya itu. 

"Kenapa Cik Ain? ". Soal Ayie. Sebenarnya dia dipaksa mengikut aku hari ni, disebabkan pagi tadi, enjin kereta aku entah tiba-tiba tidak dapat dihidupkan. Dan since si Ayie ni yang paling dekat dengan aku, aku terpaksa meminta dia yang hantarkan aku. Bagus juga, ada teman aku dan si pemberi semangat nak sokong aku hari ni. Walau aku sedikit down dengan beberapa hari kebelakangan ini. 

"Tak ada apa Ayie, saya hairan, kenapa manusia begitu mudah dipengaruh dengan duit? Sedangkan dia itu seorang pegawai.. Lainlah orang tak ada duit nak makan ka, hidup susah sampaikan nak makan pun tak ada duit, tapi ni pegawai kot, apa lagi yang tak cukup.."

"Fikir macam ni ja la Cik Ain, apabila kocek sebesar Kancil hendak di sumbatkan dengan Lori kontena 48 tayar, ini lah yang terjadi.. "

Aku tergelak. Dan menambah. " Kamu ni Ayie, perumpamaan nak gah saja ye "

"Betul apa kata saya CIk Ain, bila kocek cukup untuk diisi dengan Kancil, tapi nak bermewah ibarat duit penuh dalam Lori Kontena 48 tayar. Inilah jadinya. Hidup nak bermewah, sedangkan itu bukan satu keperluan, dan akhirnya terperangkap dalam medan hutang, dan cara nak atasinya, setelah habis fikir, diambilnya jalan mudah iaitu dengan makan rasuah. Semua demi menutup lubang besar yang sengaja dikorek ditengah jalan.. "

Aku terkedu lagi. Dia ni bila berbicara, macam machine gun pun ada, cakap macam tidak ada noktah, dan bukan cakap kosong, tapi diisi dengan hujah lengkap sampai aku tak mampu berkata-kata lagi. Terkadang aku hairan, siapa sebenarnya Peguam sekarang ni, macam dia pula yang menjadi Peguam di luar mahkamah ni.

"Alamak Cik Ain..".

"Kenapa Ayie? " Aku dikejutkan dari lamunan aku.

"Tayar kereta pancit la CIk Ain, nampak gayanya Cik Ain terpaksa menunggu la saya tukar tayar kereta ni. "

"Laaa, ya ka, awak ada tayar spare tak?

"Ada Cik Ain, tapi paham-paham la, panas ni Cik Ain, apa kata Cik Ain pergi lepak dekat tempat tak panas. CIk Ain tu perempuan, nanti kang ada pula yang salahkan saya sebab dah kena sunburn..

"Tak apalah, lagipun awak kan datang dengan saya. Takkan saya nak tinggalkan awak pula..Kalau awak berpanas, saya pun berpanaslah."

"Jangan lah macam tu Cik Ain, segan saya Cik Ain cakap macam tu, Cik Ain tu perempuan, takkan lah saya nak suruh tinggal tempat macam ini, panas ni Cik Ain. ". Sambil dihulurkan payung ke tangan aku manakala sebelah tangan lagi mencapai handphone sambil jarinya tekun mendail.  . 

"Hello pakcik, saya ada dekat Kompleks Mahkamah ni, boleh pakcik hantarkan sebuah teksi ke sini? "

"Awak nak call sapa tu? Takkan awak tak reti nak cabut tayar kot?sampai nak kena panggil back up la. " Tegurku dengan nada sinis ingin memerli Ayie.

"Bukan Cik Ain, saya nak call teksi ni, biarlah dia hantarkan Cik Ain pulang dulu, saya akan teruskan menukar tayar, Cik Ain, pulang dulu ya? Lagipun panas ni Cik Ain.". Ucap Ayie sambil mulut memberhentikan perbualan kerana nak menjawap soalanku.
"Taknak!! saya kan dah kata, kita datang sama-sama, kita tunggu sama-sama sampai selesai.."

"Tapi Cik Ain...."

"Tak ada tapi-tapi.. Tolong batalkan teksi yang awak call untuk saya tu sekarang!! ". Tegasku. Pertama kali aku tinggikan suara aku di hadapan seorang lelaki sepanjang aku hidup. Aku ini anak yang satu-satunya dalam keluarga sebab itu aku sedikit degil dengan apa sahaja kataku, asalkan tidak bercanggah dengan kelaziman pasti tidak akan dibantah Abah dan Ibu.
Dia diam tanpa kata, mungkin terkejut rasaku. Aku lihat dia batalkan teksi yang dipanggilnya itu. Dan terus ke belakang bonet kereta mengeluarkan tayar kereta dan cepat-cepat 'jack' kereta untuk menukar tayar. 

Saat titis-titis peluh lelaki membasahi tubuh lelaki yang ada didepan aku di tengah panas itu, aku gagahkan diri memayungnya dengan payung yang diberikan padaku. Perlahan aku buka mulut. 

"Ayie, maaf ya saya tinggikan suara tadi.Saya tak biasa kata saya dibantah terutamanya bila saya rasa saya betul. "

"Tidak apalah Cik Ain, saya sebenarnya tidak biasa begini, saya cuma taknak jika satu hari nanti Ayah dan Ibu Cik Ain suruh saya bertanggungjawap sebab anak dara mereka dah hitam. Semua gara-gara Ayie ni." . Sempat lagi dia melawak dalam situasi macam ni. Sambil buat gaya 'tangan ke bahu, mata ke atas' semasa menyebut namanya tadi.

Aku terus tergelak. "Awak ni kan Ayie, sempat lagi nak sakat saya kan? "

"Kalau saya tak sakat, nanti siapa lagi nak sakat Cik Ain? Takkan nak panggil pakcik Hakim tadi kot? atau Cik Ain nak Pegawai gagal tadi datang dan sakat CIk Ain? "

"Ehhh tak nak lah, kalau mereka sakat saya nanti, saya jadi hairan, dah la tak kenal dengan mereka tu. "

"Tahu pun, sebab tu saya sakat. Kata orang kan, bila kita buat kerja sambil bersembang, penat tidak terasa, kejap ja rasa kerja tu selesai. Tak begitu Cik Ain? "

"Ye Ayie, awak betul. Terima kash ya Ayie."

"Terima kasih untuk apa CIk Ain? "

"Ye la, awak dah berpanas untuk saya, awak dah susahkan diri untuk tolong saya hantar saya ke Mahkamah."

"Biasalah Cik AIn. Ini kan tugas saya. Lagipun apa la sangat susah ni untuk lelaki yang gagah lagi kuat macam saya ni Cik Ain.. "
"eleh.. berlagak". Sempat aku jegilkan mata dan julurkan lidah tanda membantah katanya itu. Aku lihat dia hanya tersenyum. Dalam hati terkenangkan Bad. Kalaulah yang hadir membantu, yang menghantar adalah Bad. Alangkah maninsya. Ohh Bad. Ain doakan awak berbahagia di sana. Moga ALLAH kasihani awak yang selama ini banyak beri Ain kekuatan walau awak sudah tidak ada lagi dalam dunia.

"Cik Ain, dah selesai. Boleh kita bergerak sekarang.? "

Lamunanku terhenti lagi. Bad ohh Bad, rajin betul kau hadir menerjah fikiranku sekarang. Tambah-tambah sejak aku berkenalan dengan Ayie ini. Walau banyak beza antara kau dan dia, tetapi dari segi perhatian dan prihatin tu, kamu dua bagaikan sama antara satu sama lain.

Kami bergerak pulang, tapi hari ini, aku pulang dengan dihantar Ayie. Tapi kami berhenti untuk makan sebentar di Padang Kota. Ayie cuba menolak pelawaanku membelanja dia kerana bersusah untukku, tapi setelah aku berkeras, dia cuma mengiakan sahaja. 

Ketika aku dan dia sedang makan. Kami disapa oleh seseorang. 

"Assalamualaikum. Cik Ain kan ini? ". Katanya sambil menghulur tangan untuk bersalaman denganku. Tapi aku hanya senyum tanda menolak berjabat tangan dengannya. Walaupun aku sudah belajar di luar negara, tapi soal aurat dan sentuhan ini, aku sangat menjaganya. Takkan aku nak izinkan lelaki yang bukan patut menyentuhku, untuk menyentuhku, walaupun dengan bersalaman, tapi tak rela aku izinkan lelaki merasa kelembutan tanganku kerana aku ingin suami ku merasa yang terbaik.

"Ya saya. Boleh saya tahu siapa awak? Kita pernah berkenalan kah? Awak nampak sangat asing pada saya.". Balasku.

"Boleh saya duduk? "

"Silakan. Duduk." Balas Ayie sambil menyambut tangan lelaki asing itu dan bersalaman. 

"Saya Joe." 

"Selamat berkenalan. Boleh saya tahu bagaimana kamu boleh kenal saya dan kenapa datang berjumpa saya?". Aku memulakan perbualan.

"Macam ni lah Cik Ain, saya ada satu hajat ni."

"Apa dia Enchik Joe? Ada apa-apa yang dapat saya bantu? "

"Begini Cik Ain, saya tahu Cik Ain sedang menguruskan satu kes mengenai rasuah berkenaan seorang pegawai, betul kan? "

"Ya saya. Kenapa ya? "

"Jika saya sediakan sesuatu buat Cik Ain, boleh tak Cik Ain buat sesuatu untuk gugurkan kes tu? Apa saja supaya Dia tak dihukum. "

"Ehh, bro, cermat sikit ya, sebelum aku tapak engkau dengan kaki aku ni, baik engkau blah.". Sergah Ayie. Aku sedikit terkejut dengan tindakan dia yang tiba-tiba naik angin.

"Kau siapa? Kau jangan nak menyibuk, atau kau pun nak sekali? Aku tak ada hal, asalkan kau 'settlekan' kes ni, yang penting dia terlepas. "

"Aku ulang sekali lagi, terbaik jika kau blah dari sini sekarang, sebelum angin sampai dekat kepala aku..". Ulang Ayie. 

"Sila pergi, untuk pengetahuan awak, saya bukan bekerja untuk manusia, tapi saya kerja untuk ALLAH, memegang amanah dan tanggungjawap, ini bukan caranya, jika saya terima apa-apa dari awak, bererti saya gagal bukan sahaja sebagai peguam, malah sebagai hamba ALLAH saya akan dilaknat oleh NYA. ". Sambungku.

"Atau kau orang nak letak harga? cakap sahaja, Berapa pun aku sanggup.. ". Nampaknya Joe masih belum selesai dengan tawarannya. 

Belum sempat aku pusing, Aku tengok tangan Ayie dah hampir hinggap di muka si Joe ni. Ayie seperti dah hilang sabarnya, baju Joe direntapnya, dan tangannya dah hampir ke muka Joe, tapi dia belum memulakannya. Tapi dia membentak dengan keras. "Bertaubat kau Joe, tahukah kau apa yang kau cuba buat ini HARAM? Dan janganlah kamu makan harta benda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui."

"Aahhh.. sudahlah kau, tak mahu sudahlah. Tak payah kau nak ceramah aku dekat sini. ". Sergah Joe yang marah dan terkejut kerana tindakan Ayie. 

Serentak itu, beberapa orang datang nak meleraikan mereka, Ayie ditarik jauh dari Joe. Sebelum pergi Joe sempat menyindir, "Ala, tak payah kau nak buat baik lah, entah-entah ada saja, cuma berlagak kau dengan aku.. "

Aku lihat muka Ayie dah merah padam menahan marah. Mulutnya terkumat kamit seperti membacakan sesuatu. Aku dapat membaca pergerakan mulutnya, dari pengamatan aku, Ayie sedang beristigfar, aku yakin dia juga sedang berusaha menahan marahnya. Lantas aku bangun meleraikannya. "Sudahlah Ayie, biarkan dia. tak payah dilayan Orang macam tu. "

Setelah berjaya memujuk Ayie, kami selesaikan makan dan sebaik membayar makanan, kami pun pulang kerumah.
Sebelum bergerak, "Maafkan saya sekali lagi Cik Ain. Saya jadi marah sebaik mendengar dia cakap macam tu tadi "

"Tak apalah Ayie, saya paham. Terima kasih kerana menjadi seorang yang 'stick' dengan undang-undang ALLAH..". Aku mengerti, walau aku sedikit terkejut tapi aku kagum melihat seseorang yang marah kerana hukum ALLAH yang ingin dikhianati manusia. Dia bukan marah kerana dirinya, tetapi kerana marahkan manusia ingkar yang sedang menongkah akhirat demi mencapai kekayaan dunia. 

"Segan saya dengan Cik Ain, pertama kali saya marah dan bertindak macam itu tadi. ". Balas Ayie.
"Dahlah Ayie. tak ada apalah. terima kasih sekali lagi ya. Untuk hari ni. kerana dah bersusah untuk saya.". Aku cuba menenangkan keadaan.

"Ehh.. tak adalah Cik Ain. itu kan tugas saya. "

"Tak kira, saya nak terima kasih juga.". kataku, melawak mungkin. 

"Ya Baik Cik Ain, Jika Cik Ain berkeras, akan saya pertimbangkan kasih dari Cik Ain tu..". Aku lihat senyuman mula terukir di bibirnya.

"Dahlah Ayie, selamat tinggal, balik elok-elok tau..". Balasku sambil bergerak masuk ke dalam. Dia pun sudah bergerak pulang. Dalam langkahku, tersenyum terbayang seharian yang macam-macam berlaku..

6 comments:

AinSyaz said...

nak sambungan lagi :)

aque said...

sambungan die??? lagik2???

huhuhuhu....

Iffah Afeefah said...

bunge2 cinte

ske ayie

jiran mmg ade italic
ade y tak

knp erk

fRaMe+LenSeS said...

Fara :: ihihi.. nt Nadh siapkan la sambungan dia. hehe

AinSyaz :: hehe. nt da ciap nadh info. insyALLAH. :)

Iffah :: oo yang tu bila perbualan saja jiran oihh. :)

cik pulau said...

wahhh..
konon xde idea...
sekali mengarang.. kemain lagi...
lepas tu????
heee~~

fRaMe+LenSeS said...

Cik Pulau :: hehe.. seyes..tatau apa2.. bila menaip ja jadi macam tu..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA