Followers

Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Friday, 25 November 2011

Dilema hati : Banding-membanding

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh teringin nak bercakap mengenai penerimaan petang ni. Selepas Nadh tertonton satu cerita pagi tadi yang mana terdapat sepasang suami dan isteri , yang mana si suami tidak dapat terima kehadiran isterinya (konon kononnya la, tapi anak dah nk masuk EMPAT).

Secara mudahnya dapat Nadh simpulkan. Kes ini sebenarnya adalah salah satu dari penyakit hati. Sebab , penerimaan itu adalah pada hati, jadi jika hati tidak.menerima bmakna hati yang salah, ini belum lagi diambil kira faktor luarannya.

Nadh rasa perkongsian di bawah dapat dijadikan panduan dalam kita menghadapi dilema ni.

1. Belajar untuk redha dengan ketentuan. Ini merupakan jalan utama sebelum kita masuk dalam fasa lain dalam penerimaan. Hujahnya mudah sahaja, perkara sudah pun terjadi, tiada baiknya jika kita mengeluh, tapi terima dan cuba hadapinya.

2. Hati yang redha akan buka rasa untuk menerima dan menghadapi. Mksudnya, jika dia bukan pilihan pun, diri masih perlu hadapi si dia. Mungkin sebagai suami, sebagai isteri dan sebahagian dari hidup kita kini. Dulu sendiri, kini tidak lagi, jadi perlu jadikan TANGGUNGJAWAP sebagai satu kunci penyelesaian.

3. Semasa belajar menerima, diri kena belajar MELUPAKAN KENANGAN yakni si dia yang pernah bertakhta dihati. Nadh kenal pasti ini sebagai satu sebab kenapa bila yang sudah berkahwin pun kantoi. Jika kita rujuk kes rumahtangga, ada kes membabitkan pasangan kembali kepada yang kekasih lama.

4. BERHENTI MEMBANDING. Satu yang perlu diingat, kalau ada pun 3 biji buah di atas satu tangkai yang sama, belum tentu ketiganya punya rasa yang sama, begitu juga dengan pasangan. Dalam menerima, kita tidak boleh expect yang mereka itu sama, kaedah terbaik hadapinya ialah berhenti membuat perbandingan.

5. Seterusnya kena belajar kenal perkataan BAGUS, BAIK, BEZA. sebabnya. Selepas tiada perbandingan, mindset itu juga perlu diubah. Jadinya, positive itu lebih baik dari sebaliknya. Iaitu dengan memandang perilaku si dia sebagai, BAGUS dan BAIK untuk kita. Apa pun yang dia buat, kena fikir BAIK.

6. Dan akhir sekali adalah, KERJASAMA. Ingat tak lagu WonderPets? Dia nyanyi, "apa yang penting? Kerjasama. Apa yang penting? Kerjasama." kenapa dia ulang 2 kali? Sebab kerjasama hanya terjadi bila kedua pihak mengambil peranan masing-masing. Dari kerjasama, wujud tolak ansur dan akhirnya bahagia.


Apa yang Nadh kongsikan diatas merupakan buah fikiran dari Nadh yang serba daif ini, mungkin dan mungkin tidak betul pendapat Nadh, tapi apa pun, mendekatkan diri pada ALLAH itulah yang terbaik bagi kita, sepertimana Firman ALLAH dalam surah Al-Ankabut ayat 45,
"sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Kerana selain dari hati yang bertakwa, terselit kelebihan didalam solat yakni, secara tidak langsung sehari kita telah mendapat 5 kali kesempatan berdoa dalam kesibukan juga memperbaiki kekhilafan diri.

"jika sekiranya akhirat yang kamu cari, maka dunia akan mengejar kamu, akan tetapi jika dunia mahumu, maka ia akan jadi milikmu jua, tapi akhirat bukan lagi untukmu..."

Wallahualam. Yang baik dari ALLAH n yang kurang itu dari silap Nadh sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 1 October 2011

Kisah 3 golongan yang hampir akhirnya terkecewa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pagi Nadh hari ni Nadh nak kongsi mengenai 3 orang yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan kedalam api neraka.

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya.
“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawap, “kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”
Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.
Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,
“wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawap, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.
Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,
“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawap olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawap,
“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”
Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga contoh yang diceritakan diatas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

TranQuiL by SpexSphotography

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

Wallahualam.

Monday, 13 June 2011

Baik-Baik Sayang

Assalamualaikum.
Dan salam Sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Nadh nak ajak hayati Lagu + Puisi ni ..
Leh tak?

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir Entry ku
Kan menghapus lupamu sayang

Karna bagiku kau tanggungjawapku
Dengarkan dengar Pesanku

Wahai Mataku,
Baik-baik sayang..
Andai kau melihat yang terlarang,
Mata mula berpinau,
hati mula membayang.
Mengalihkanlah pandangmu dari yang tidak halal,
Dari melihat aurat yang terdedah

Wahai Telingaku, 
Baik-baik sayang,
Jangan kau dengar kata nista,
Jangan kau hirau hata-kata fitnah
Jangan kau dengari kata-kata makian dan cacian
Baik kau jauhinya demi menjaga hati dan jwa
Andai kau berada dalam golongan itu,
Tegurlah meraka,
Jika tidak menjadi, tegurlah lagi dan lagi,
Akhir pabila katamu bukan menjadi ikutan,
Jauhilah mereka, 
Kerana dengan itu dapat menjauhkan dirimu dari mendengar akan hal dosa.

Wahai Lidah,
Baik-baik sayang,
Hidarilah kata-kata yang tidak benar,
Jauhilah memfitnah dan mengumpat,
Ingatlah akan pepatah Melayu,
Kerana mulut, badan binasa, 
Jangan kerana buruknya lidahmu, 
Tubuh menjadi mangsa, Badan menjadi habuan neraka, 
Basahilah ianya dengan Zikrullah, 
Kerana itu sememangnya lebih baik bagimu.

Wahai Tangan,
Baik-baik sayang,
Elakkan membuat perkara berdosa,
Menyentuh tangan yang haram,
Memegang sesuatu yang bukan sah milikmu,
Melarikan yang bukan hakmu,
Tidakkah kau menyedari yang satu hari ianya akan berbicara menjawap 
Segala perbuatan dosamu?

Wahai kemaluan,
Baik-baik sayang,
Kau mengiakan saja kata nafsu, 
Mana satu suma kau mahu,
Yang belum milikmu,
Yang kau damba adalah kepuasan,
Tidakkah kau tahu,
Yang puasa itu pemati nafsu? 
Atau setidaknya mencari halal, 
Cari yang mahu, dan Nikahlah kamu. 
Ketika itu, kau dah lengkap separuh agama mu,
Dan bertakwalah kamu pada separuh nya lagi.

Wahai Hati, 
Baik-baik sayang,
Hati bila terdetik dosa,
Perlahan menjadi hitam
Dari setitik,
Lama menghitam semuanya, 
Ingat tak engkau akan pesan Rasulullah yang
"Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik dia maka baiklah yang lain"


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada peringatan untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang kerana Entry ku untukmu... 



Friday, 27 May 2011

Tips mengelakkan orang Ter-"JATUH" HATI

Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca. 

Petang ni Nadh nak berkongsi beberapa TIPS bagi mengelakkan orang Ter-"JATUH" HATI dengan kita.
Nadh tidak menghalang kita berbuat baik pada orang disekeliling, tapi semuanya perlu berpada-pada, dan berikut Nadh kongsikan tips mengelakkan, atau dalam bahasa mudahnya "persediaan" bagi mengelakkannya.

1. Bagitau kita dah berpunya.

2. Jika tidak, bagitau, kita tiada intention lain, HANYA INGIN BERKAWAN.

3. Elak jadi terlalu baik hati sangat, nak amek tahu pasal tu, nak jaga ini, ini merupakan salah satu sebab ORANG JATUH HATI.

4. Pastikan ada BATAS DALAM PERCAKAPAN. Elakkan bersayang-sayang, rerinduan dan sebagainya yang boleh menyumbang kepada "perubahan hati".

5. Tegur bila dia dah terlebih dari BERKAWAN. 

6. BERHENTI melayan sekiranya si dia MULA MENGADA-NGADA.

7.JANGAN SESEKALI BERI HARAPAN.

8. Sentiasa sediakan benteng atau perisai antara kita dan si dia. Bila dia sedar ada orang lain selain dia, pasti dia sedikit sebanyak sedar tentang kedudukan dia.(cth : wujudkan perbualan tentang kekasih kita)

9. Menolak dengan baik sebarang pelawaan pabila si dia mula meluahkan rasa, ini penting untuk menjaga hati si dia. (kita tak suka tak erti kita leh sewenangnya sakiti orang kan? )

Note :: Kena ingat ya, POKOK TAK GOYANG KALAU TAKDE ANGIN!! Yang bergoyang tu, bila ada angin, maksud, kalau satu tu tak beri peluang untuk berlaku takkan terjadi, KITA TURUT SAMA MENYUMBANG kepada berlakunya JATUH HATI tu. Tak salah menjadi yang terbaik, yang baik dalam pergaulan, cumanya PERLU ADA BATAS. Jadi berhati-hati dengan langkah kita ya. Selamat mencuba. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA