Followers

Saturday, 11 June 2011

Yang salah diubah, dari 0 kepada 1.

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera kepada bukan Muslim yang membaca. 

Alhamdulillah. Selesai sudah Nadh makan malam. Selesaikan saja lauk tadi. hihi. tak cukup rupanya 5 ketul ikan. Well, itu kan favourite, sebab tu la. PLUS housemate pn makan jugak. Tapi apa pun, rasa puas sebab dalam makan hasil tangan sendiri. 

Ummm.. alkisahnya malam ni, Nadh nak kongsi pasal adab berbahasa. 

Pernah dengar tak tentang orang melatah? Normally orang yang latah ni, akan menggunakan kata-kata kesat apabila mereka terkejut. Lepas tu kita pula terseronok plak mengusik kan? lagi la tambah-tambah kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Kita pula, mengekek gelak mengenangkan lawaknya mereka melatah tu.

Selain dari yang melatah ni, kita, sebagai manusia normal pun, turut sama gunakan bahasa kesat, terutamanya bila berbicara, berbual dengan rakan sebaya terutamanya.

"Cantik si*l awek tu.. "

"kau ni cel*k* tol la.. asal kau tak boleh nak bagitau aku awal-awal ke? "

Persoalannya sekarang, kalau tak cakap macam tu tak boleh ka? Terus terang la, Nadh cukup malas nak duduk dalam kelompok golongan yang bercakap macam tu. Memang la kita tak gunakan bahasa tu kan? tetapi kita yang mendengar ni turut sama terkena tempiasnya.

Dosa dari percakapan takdak tapis tu akan turut sama terkena kita apabila ianya tidak ditegur. Nabi Muhammad SAW bersabda dari Abu Hurairah RA.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.."

Sudah jelas kan? leh aja nak sembang, tapi gunakan perkataan yang baik-baik.
Rearrange statement kedua diatas ;

"Subhanallah, comel betul la awek tu.. "

"kau ni bertuah sungguh la, bagitau la awal-awal, tidak aku tertunggu-tunggu...Alhamdulillah nasib baik ada jugak HP ni, leh aku SMS dengan Mama aku.. "

Indah kan? selitkan dengan puji-pujian kepada ALLAH, (SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR). Kecik ja, satu perkataan , tapi dikira ibadah, HEBAT KAN? ALLAH SAYANG KITA,. Kita ja yang tak tahu.. :)

Kita buat, kita dapat.. :)




5 comments:

farahin nasir said...

terime kasih sebab menegur sekaligus mengigatkan diri ini jugak..

:)

jangan percayakan siapa-siapa pun!

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah...suke entri ni CA!

Miss Ran said...

sentap kejap..mmg betol pon

hitammanis said...

bahasa2 kesat yg selalu ditutur oleh bdk2 skrg mcm dh jadik trend & bhs biasa bg mereka...subhanallah.

kiera'sakura said...

btol.. xske dgar org ckp bhasa kesat dn x ske ckp kesat2.. sedaya upaya jaga mlut, sbb klu dh selalu ckp cm tue nanti akan jadi terbiasa.. semoga kite semua dijauhkan dari sikap yg mcm tue.. amin...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA