Followers

Monday, 27 June 2011

Manja itu merosakkan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca,

Nadh baru tengok berita ni, mengenai kes seorang cikgu yang dicederakan dek kerana menghukum seorang budak tahun empat yang mencederakan rakan sekolahnya. 

Lepas tu bapanya penumbuk cikgu tu. Dan mengugut untuk mencederakan cikgu tu lagi, dan ibu budak itu pula mengugut dengan parang. 

Perkara pertama setelah Nadh dengar adalah SubhanALLAH.. Kenapa? 

1. Apabila ada pihak ketiga yang masuk campur dalam soal pengajaran di sekolah, secara automatiknya akan menjatuhkan kredibiliti seorang cikgu. Nadh tak nafikan ada juga cikgu yang over dalam bab ni, tapi tak kurang juga yang betul dalam menghukum anak muridnya. 

2. Merosakkan anak. Betul ka anak dia tu tak bersalah? Kalau anak itu tak salah tu tak apa la, kalau salah? Tindakan tanpa siasat ni mendatangkan keburukan pada si anak satu hari nanti. Nadh ada seorang sepupu cikgu yang pernah kena sound bapa muridnya sebab dia hukum anak orang tu. Last masa jumpa dia sound, "kalau i tak tegur anak you, you nak ka anak you mati kepala kena potong dengan kipas?". 

3. Akan melahirkan golongan cikgu "hang nak belajar hang belajar la, taknak belajar hang boleh blah". Nadh sebutkan di sini, guru spesis ini akan menghasilkan anak murid yang ROSAK ! Yang bangang dan nakal akan terus dalam dunia mereka, dan yang baik sahaja akan dijaga guru-guru. Sebab guru tiada kuasa nak menegur. 


Note :: Mungkin zaman sekarang dah tak macam zaman Nadh dulu. Mama n Ayah pergi sekolah, gtau cikgu, "kalau anak saya salah, hukum saja, tak payah risau nak denda ka apa ka". Tu zaman Nadh, zaman Mama n Ayah dulu lagi la, rotan besar punya dekat Tok Guru, nakal ka tak pandai mengaji ka, akan kena rotan. Sebab tu zaman tu anak-anak BERGUNA, HORMAT ORANG TUA, Sekarang?? 

"Manja merosakkan, berhati-hati lah.. "

10 comments:

Iffah Afeefah said...

mnje merosakkan murid

slalu mk bapak cmpur tgn

gnila jdinye

schaze zainn said...

betul cakap nadh tu.
my dad pun cikgu juga.
die pun mengalami masalah yg sama mcm ni gak.
pelik betul parents zaman sekarang anak perangai macam antu pun still nak blame other people.
yg tak tahan tu, anak salah di cakap anak tu betul.
lepas tu kalau cikgu tak peduli pasal anak mereka, dikatanya cikgu tak buat kerja. haish.

rara pinkmafia said...

betul tu.rara tgk gak td.mslhnya mak bapak nya manja yg bukan2.anaknya mmg nakal kat sekolah dorg tak tau

Bella Bell said...

anak murid sekarang memang kurang ajar.. mgkn sebab terlalu manja tu la.. tegur sikit tak boleh..


saya pernah praktikum kat satu sekolah ni.. budak pompuan tu darjah 4.. dia bergadoh (bertengkar mulut) dengan kawan dia depan2 saya.. saya suruh berhenti bergadoh, dia tak nak.. terus bergadoh dengan kawan dia.. tak hormat saya langsung.. rasa nak pang je pipi dia.. tapi pikir saya ni masih guru praktikum.. tak de hak nak naikkan tangan macam tu.. huhuuu!!~



^^

+_Miss.Jannah_+ said...

betul tu!! skrg ni ramai budak spoiled sbb parents manjakan..
alasan paling mudah la kan..
"kitorg x nak anak2 rase mcm mane kitorg kena bantai dulu2.."
tp..bila fikir2 balik..diorg xkan ada kat kedudukan skrg tanpa didikan berteraskan rotan ;)

fRaMe+LenSeS said...

Iffah :: itulah.. tak sepatutnya la campur tangan ni..

Schaze :: tulah Schaze.. macam2 sekarang ni kan, betul pn salah, tak betul pn salah. last bila dah serba salah, abis la rosak anak-anak tu. ibubapa la bertanggungjawap..

Rara :: setuju tang bab nakal tu. kan? Nadh dulu nakal jugak, tapi kena hentam serupa ja.. hehe

Bella :: laa.. ya ka.. shian kamu.. sabar tau.. T.T

Miss Jannah :: stju ng kata-kata kamu, kerana rotan tu la depa jadi berguna sekarang kan? setuju sangat.. :)

NoRa DaDiLLa said...

setuju sgt... manja tu memang merosakkan.. entah kenapa parents zaman skrg terlalu manjakan anak diorang sangat2. tu yang skrg ni byk jadi masalah sosial tu. semuanya sebab parents terlalu manjakan dan percayakan anak diorang.. huu.. risau tengok budak2 zaman sekarang ni.. haihh...

kiera'sakura said...

pe yg nadh ckp tue btol.. mama papa smpi skang klu adik kene rotan kt sekolah ,, mama siap marah adk lg.. sbb mama papa xnk ank diorg rosak nanti...

aizamia3 said...

cabaran guru sekarang..
tak boleh sentuh, tak boleh marah, tak pukul..
jika betul silap anak murid tu sekalipun kena pandai menggunakan pendekatan yang ada, bukan main terjah sampai ibubapa masuk campur..

ibubapa pun kenalah dengar dari kedua-dua belah pihak jangan terus jatuh hukum pada guru..

fRaMe+LenSeS said...

Nora :: entah la nora, Nadh pn tatau nak cakap camna.. isau kan? moga2 kita tak jadi macam tu la.. amin2. :)

Kiera :: a'ah. bgs la camtu..

Aizamia :: setuju ng kamu kan.. tapi mmg mencabar sgt.. sebab tllu dimanjakan. sikit2 dah nak repot.. padahal tak check dl. moga2 kita berjaga2 bila mai time kita ng ya

Buta+Pekak+Bisu=CINTA