Assalamualaikum wbt dan selamat membaca.
Filem yang ditunggu tunggu sejak sekian lama. tak sabar rasanya nak ke panggung wayang nak tonton. Tak sangka ya, patut tarikh tayangan 22 Mei tapi entah macam mana tengok dalam aplikasi TGV tengok pada tarikh semalam 20 Mei dah ada dijual tiket. Apa lagi kita tak tunggu lama. terus beli Sabtu yang lalu. Bukan kata anak ja tak sabar, apak depa lagi tak sabar. tiket beli awal, menunggu ja moment tu nak direalisasikan.
So Far, habis menonton boleh dikatakan cerita ni exceed the expectation. Dari awal hingga habis memang ada action. Dan seronok ditonton. Bayangkan dalam panggung tu, bukan ramai sangat budak yang kami nampak tapi dewasa pun bersepah menanti cerita bermula. Dan. untuk hari pertama tayangan aku rasa nampak hampir 80% kot panggung. Ramai menanti rupanya. Vibe dia memang lain. Bayangkan ya kalau sapa guna Apps TGV, bila kita book apa apa cerita memang di kerusi kita tu dia letak gambar kepala Satria.
Yang kami ni jangan kata la kan, anak 3 orang dok sebelah, yang ni tanya bila nak mula. Yang ni tanya bila nak habis iklan, iklan ni suma abg dah pernah tengok. Cuma yang spoil anak kedua ja semalam udah dia ajak ke tandas, apak dia la kena teman kan, takkan nak biar pergi seorang kan?
Tema kali ni No Spoiler tau mengenai persahabatan, kekeluargaan, tanggungjawab bagi aku cukup nak garap cerita ni jadi satu masterpiece yang padu. Alhamdulillah kali ini ending dia tak seperti ending musim 3 yang sedikit mengecewakan sebab terlalu rushing. Dan juga boleh dikatakan lengkap dengan emosi gembira, sedih, kekecewaan. Malah ada moment-moment yang kita sendiri rasa nak menitik air mata sebab terlalu mengharukan. Aku tak tau nak gambarkan, tapi tema yang dia bawa kali ni aku suka.
Dipendekkan kan cerita, animasi Ejen Ali ni dah bagi satu benchmark tinggi kepada animasi. Pada pandangan aku la. Sebab nya tengok kualiti animasi, lepas tu music dia, apa orang panggil soundscore ka apa ntah, tapi memang bergaung dalam tu, dia punya feel memang lain macam. Superb. Jalan cerita di garap best. Macam wife cakap, Ejen Ali bukan mengenai Ali sahaja, tapi juga sorang lagi Ali versi perempuan -- Alicia. haha ok lawak ja.
Sebenarnya aku suka, dulu watak dua ni musuh ketat, tapi perlahan-lahan cerita berjalan musim 1-2 3 nampak keserasian kedua watak ni. Seronok tengok perkembangan watak ni. Alicia tu kan pawer, suma segala dia punya move suma memang mengatasi Ali, best bila dua kerjasama, kan membentuk 1 team. Alicia macam biasa Neuro, Ali Tekno. tambah uncle dan sorang lagi Inviso lengkap 1 pasukan.
Bab aksi dalam cerita ni memang the next level la.
Overall, aku bagi 10 bintang dari 10. Memang satu karya yang WAJIB ditonton. Dah tonton tu aku rasa mesti tak jadi sekali. Terlalu mengiurkan. Padu baqhangg. Manthop.
Tahniah Wau Animation. Terima kasih kerana telah menyajikan kami dengan karya sehebat ini.