Followers

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Doa. Apa yang kita paham mengenai doa? Adakah doa sekadar semata-mata meminta pada ALLAH? Nadh ada sesuatu yang nak Nadh sharekan dengan readers hari ni. Kisah mengenai Doa.

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”. Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH… Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita. 

Kisah ni buat Nadh insaf. Dengan apa yang kita dah buat, dan kita rasa gembira pula bila doa kita dimakbulkan. Adakah itu doa kita yang dimakbulkan atau doa seseorang yang sebenarnya lebih ikhlas berdoa buat kita hinggakan doa itu dimakbulkan. 

Mari bersama kita para readers, muhasabah diri masing-masing. 


Credit to : Tukang Tulis Cerita

Monday, 9 January 2012

Owhh sakit. Ouch Sakit.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kebelakangan ni Nadh jumpa beberapa kenalan yang sakit, kesian mereka, sedih juga, kalaulah diri dapat membantu kan? Tapi apakan daya, mereka jauh, cuma doalah yang dapat dikirim memohon agar ALLAH menyembuhkan mereka.

Sapa yang dalam hidup tidak bernah sakit? Tipulah kalau ada yang mengaku ada. Takkanlah tak pernah demam? Sesema? Batuk?atau apa saja la yang berkait dengan sakit ni, tak kiralah dalaman, luaran, Dalam asyik bersakit ni kan, apa yang readers rasa?

Diri sedang selesema, mahu bernafas punyalah susah, tapi diri tak goyah, malah berterima kasih pada ALLAH, "owh ALLAH, rupanya macam inilah orang yang sesak bernafas kan? Syukurlah aku cuma mrasanya waktu ini, kesian laa mereka yang meninggal kerananya, mesti siksa kan?"

Sedang dibelenggu sakit kepala - "ya ALLAH, sakitnya kepalaku, namun aku syukur Ya ALLAH kerana sakitku ini, apalah sangat hendak dibandingkan orang yang ada ketumbuhan, yang kepalanya pecah waktu sakaramatulmaut, dan bermacam lagi, mga aku dijauhi,kerana aku tak dapat bayang betapa dahsyatnya. "

Atau adakah readers macam ni?
"eeee demam lagi, tak berhenti-henti aih demam. Awat x baik-baik taktau? Sudah la woih aku tak larat nak makan ubat da ni..benci laaa".

Beberapa contoh sakit dan si penghidapnya. Dan dua contoh penerimaan sakit, sama ada redha n sabar atau merintih benci kerana menghadapinya. Walau apa pun kita, mari bermuhasabah seketika.

Ujian ALLAH itu adalah kasih sayangnya. Percaya atau tidak apa Nadh kata ini, tapi sememangnya ia adalah kebenaran yang tidak.langsung dapat disangkal. Tak caya tengok ni :

1. Sakit itu penghapus dosa. Sebagai kiffarah kesilapan yang dah kita lakukan selama ini.

2. Dalam kita sedar atau tidak, sebenarnya sakit ini mendekatkan kita dengan ALLAH. Tak caya, cuba tengok mat mat racing eksiden kat jalan tu, takdenye nak jerit "Bedah" , "Senah" , "Jijah" masa jatuh moto eksiden tu melainkan "ALLAH".. Dalam tak sedar pun kan? Masa sakit ni la kita JADI RAJIN NK DOA.

3. Bila sakit ni la dapat cuti, masa yang sebelum ni asyik dengan KERJA, DATING dan segala kesibukan dunia tu, diberi pelepasan seketika. Masa ni la nak ada masa nak duduk ngadap ALLAH puas-puas pun. (tapi berapa ramai yang wat pun kan?)

4. Salah satu dari waktu paling makbul doa juga adalah waktu sakit.

Cukup empat Nadh sebut atas tu. Cukup nk kabo yang ALLAH sememangnya tak buat satu menda yang sia-sia. Ujian sememangnya kasih sayang ALLAH.

Tapi sayang. Kita kurang gunakan masa sakit ni dengan hal bermanfaat. Yakni mendekatinya. Tak pecaya? Pergi check, berapa ramai yang EXTRA RAJIN masa sakit? (in fact solat wajib pun maleh, sebab ada alasan = sakit kan?). Berapa ramai yang buat? Gagahkan diri, syukur dan sabar?

Ujian + sakit + sabar =diangkat kedudukannya. Bukankah itu ruang untuk jadi kesayangan?

Pokoknya, diri sendiri la. Anda buat, anda dapat. ;))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 4 August 2011

Hidup satu perjalanan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

OTW ke kL sentral. Wahh lamanya tak naik bus. Hari ini guna bus ke kL sentral. Nak selesaikan issue tertunggak ni.

Sepanjang perjalanan ni, macam-macam ada kan? Sama juga dengan hidup kita. Dan perlu dihadapi. Walau apa jua. 

1. Traffic light - Merah tandanya STOP. Hijau jalan. NO dan YES dalam hidup.

2. Simpang - hidup tidak selalunya lurus, kadang-kadang kita perlu membelok sedikit, tambah dalam hal melibatkan kerja ni. Kreatif ya. 

3. Jalan lurus - iaitu hukum-hukum ALLAH yang senantiasa lurus. Tiada pengecualian. Salah tetap salah. 

4. Jalan berliku - hidup tak semestinya sentiasa mudah kan? Ujian senantiasa ada. Mengelak dari lubang samalah dengan mengelak dari melakukan perbuatan dosa yang salah dan ditegah.

5. Jalan berlubang - there is always a chance for improvement.

6. Akhir sekali, sign boards. Sebagai panduan dan jalan untuk diikut. Sabda Rasulullah,
''aku tinggalkan kamu dengan 2 menda, barangsiapa yang mengikut keduanya dia tak akan sesat, iaitu Al-Quran n As-Sunah''

note :: tak susah pun kalau mengikut jalan yang disediakan. Susahnya bila ingkar jalan utama tu. ALLAH da sediakan jalan untuk dipermudahkan. Kita yang degil. Padan muka.

Tuesday, 2 August 2011

Nafsu VS Syaitan. Mari Bermuhasabah.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Apa nak kongsi petang2 ni ae? bosan ni. Tapi tak ada apa nak buat. Kerja-study-kerja-study. 
Okeh, setelah fikir-fikir Nadh ingat dah apa yang dok bermain dalam fikiran sejak sekian lama. 
Petang ni kita cerita tentang Nafsu VS Syaitan. 

Since ini adalah bulan puasa kan. apa kata kita renungkan dan muhasabah diri kita sejenak petang ni. 

Perkara pertama yang perlu kita buat petang ni adalah, fokus kepada perbuatan yang mendatangkan DOSA yang kita lakukan sepanjang bulan sebelum Ramadhan ni.

Kemudian, kita buat satu list. (kalau rajin la kan) , kemudian kita wat pengamatan sepanjang sebulan ini.
Ketiga, kita kena bermuhasabah setiap hari. Adakah kita masih melakukan perbuatan berkenaan atau dah meninggalkannya. 

Di akhir inisiatif kita akan jumpa antara beberapa kemungkinan :

1. Andai kata perbuatan dosa itu masih berlaku. Bermakna yang kita buat itu, ada berkaitan dengan NAFSU. Syaitan mempengaruh, tapi akhirnya bila dah seronok, akan dikawal NAFSU.
2. Andai ianya sudah tidak berlaku, kemungkinan ianya berkaitan dengan SYAITAN. Syaitan yang menggoda kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan dosa.

Tapi HARUS DIINGAT. Perbuatan DOSA yang dibuat berterusan itu boleh juga berlaku sebab dah jadi HABIT. 

Jadi dipendekkan cerita, yang nak dibuat yang nak diubah tu PERLU. sebab masa kita ada SEBULAN nak meng-HABIT-kan hal-hal berkaitan dan membudayakan AMAL MAKRUF dan NAHI MUNGKAR. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )



Take chances. Macam seorang sahabat Nadh yang dok berMISI 30 Hari Mencari Cinta.

Monday, 18 July 2011

1 dibalas 4.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Cuba anda tuding jari kepada seseorang tengok? Tak ada orang yang akan tudingkan semua jarinya kan? Tapi bila menuding, 1 jari akan diarahkan kepada subjek dan empat lagi semestinya akan pulang menunjukkan diri kita. Kenapa ? Sebab dah ALLAH jadikan tangan macam tu kan? dan semestinya la ini adab menunjukkan sesuatu kan?

Apa Nadh nak sampaikan disini adalah, bila terjadinya sesuatu, cuba mengelakkan diri anda dari menuduh atau menuding jari kepada pihak lain, SEBAIKNYA anda renungkan diri sendiri dahulu, adakah kesalahan berkenaan datang dari diri kita? Cuba sebaiknya menggunakan fikiran kita kearah BERMUHASABAH dahulu sebelum bertindak.

Kenapa empat?
1. Siapa? Contoh, dalam gagal belajar, jangan kita tuding kepada lecturer kerana salah mengajar, tapi salahkan diri sendiri dahulu sebab tidak Proactive mencari penyelesaian kepada tanda tanya dalam fikiran kita.

2. Mengapa? Sebab utama perkara ini boleh berlaku. Dalam perihal tanda tanya yang tiada jawapan. Bukankah kita dah besar untuk terlalu disuap?  

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd : 11)


3. Kenapa? Kenapa hendak dipersalahkan yang lain sedangkan yang memegang kunci kepada segala keputusan diri adalah diri sendiri? Kita MAMPU usaha untuk mencari penyelesaian (seperti contoh diatas tu), dalam contoh tu, kita mampu mencari lecturer berkenaan untuk bertanya, atau mungkin mencari lecturer lain untuk bertanya. Tapi kita tak buat. Salah sapa sekarang?

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi?)".  (Al-Balad: 10)


4. Di mana? Dari mana bermulanya kegagalan kita? Dimanakah langkah kita yang menyongsang itu? Cari dan renungkan, supaya kita mampu cari titik di mana kita hendak bermula kepada SATU PERUBAHAN. 


Hendak menyalahkan orang lagi ka? Banyak salah kita sebelum tiba salah orang kan? 4 LAWAN 1. Kalah teruk tu. Bukan bererti setiap masa kita salah kan? Tapi tengok salah diri sebelum tengok salah orang. Apa pun, BERSABARLAH. Seperti Firman ALLAH,
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Ma'aarij : 5)

MuhasabahKesabaran + Redha = Kesyukuran Yang berakhir dengan Kesayangan ALLAH. 
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(QS.An NAhl : 96).


Note :: Hidup ini mudah sekiranya kita benar-benar berserah kepada ALLAH. Bukan bererti kita menolak bulat-bulat dan berkata tidak kepada usaha. tapi kita serahkan segala dengan satu lafaz "dari nya aku datang dan kepadanya aku kembali". yakni sedar yang yakin yang tanggungjawap kita sebagai Khalifah adalah untuk mentadbir alam dengan baik. Maka dengan sedar, kita juga secara tak langsung tertakluk sepenuhnya kepada ketentuanNYA, juga sedar yang tiap kejadian itu terselit banyak hikmah yang bila satu hari nanti terdedah, kita mungkin menangis mengenangkan betapa ALLAH SAYANGKAN KITA!! Sebab itu DIA takdirkan perkara yang kita takut tu berlaku.

Thursday, 30 June 2011

Berapa gaji kita sejam?

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh terbaca cerita ni dalam email. Nadh copy dan Nadh kongsikan didalam blog.
Harapan agar yang membaca dapat mengambil iktibar. Moga-moga. Nadh doakan.

***********************************************
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..

Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?

Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.


Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"


Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"


Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.


"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
 
Note :: RM20 dan masa kita bersama yang tersayang. Mana lagi besar? Renungkanlah. ALLAH beri masa 24 jam untuk semua orang, tapi dia tak cakap setiap masa kena peruntukkan untuk KERJA, tapi dia beri sela masa untuk kita, waktu untuk solat, untuk rehat, dan untuk perkara-lain dalam hidup. Jangan kerana KERJA semata kita abaikan yang sepadannya menjadi tanggungjawap dan abaikan amanah kita iaitu KELUARGA YANG TAKKAN DAPAT DIGANTI SEKIRANYA KITA KEHILANGANNYA.

Renung-renungkanlah...

Thursday, 21 April 2011

Hati juga perlu makanannya.

Assalamualaikum..

Nadh atas bus ni. Bus baru ja gerak. Tapi x senang duduk la. Jiwa kacau sehari kurang luangkan masa bersama sayang Nadh ni. Malam ni nadh nak bercerita tentang ikhlas.

Petang tadi Nadh duduk bersama kawan Nadh. Kami bercakap tentang ikhlas berbuat amal. Katanya, kita kalau tak ikhlas, kita tak payah la buat. Rasa Nadh yang dipahami adalah, bila kita tak ikhlas berbuat sesuatu, mesti menda tu tidak sempurna, dan kemungkinan hal berkenaan tidak mendapat perkenan ALLAH.

Sebenarnya kan, bila berkaitan dengan hal agama dan juga perihal tuntutan ni, soal 'ikhlas' atau tidak ikhlas ni sepatutnya ditiadakan dalam istilah hati. Ini adalah kerana, ianya adalah tuntutan yang dah diwajibkan keatas kita. Dalam erti kata lain tiada alasan untuk menidakkan perbuatan kita ini. Nadh ambil contoh, makan (makan lagi.. Hihihi nadh kalau bercerita senantiasa makan ja kan..) tak apa, sambung balik tentang ,makan. Mari ibaratkan amalan solat sebagai makan, agaknya la, kita akan berhenti tak dari makan sehari..? Semestinya tidak kan? Paling kurang pun pagi dan petang tu dah tetap la. Sapa nak miss makan weyh? Mesti tidak kan..? Hari-hari kita akan makan. Untuk mengisi tembolok perut kita ni. Berkata TIDAK untuk makan ni antara dua ja boleh kita jumpa, iaitu si obses diet atau golongan susah yang berkata tidak haya kerana mereka tiada duit untuk membeli makanan.

Okeh. Selesai cerita makan. Kalau tadi mengenai perut, kali ni kita cerita plak pasal makanan rohaniah, iaitu solat. Seharian tidak makan, bermakna kelaparanlah iman, kebulurlah hati dan jiwa kerana tidak diisi dengan makanannya. Cuba bayangkan, manusia paling kuat bertahan seminggu tanpa makanan dan 3 hari tanpa air tak silap nadh, lepas tu mati. Tu perut, kalau hati?? Ada sapa nak tolong jawap x?

Renung-renungkan.. ;)

Wednesday, 26 January 2011

terfikir tak?

Kenapa hari ini kita berjaya?
jawapan dia sebab ALLAH izin kita berjaya, kerana dah sampai masa kejayaan tu kita capai, itupun setelah kita berusaha, kesabaran yang dah kita curah sepanjang masa sebelum kita perolehinya. setelah kita selesai menghadapi getir, pastu kena sabar, terus usaha, kemudian redha dan tawakal. setelah cukup tempoh masanya.. tibalah kejayaan tu.

apa dia kejayaan tu?
kejayaan tu adalah satu bentuk "hadiah" atau juga satu "ujian" buat kita. apa maksud dua perkara ni? hadiah tu adalah hasil dari titik peluh kita seperti kata saya diatas tu, iaitu perit, jerih perih kita, hasil kesabaran kita, hasil gigihnya usaha kita. jadi akhir sekali diberikan la kepada kita kejayaan tu. Ujian pula adalah ALLAH nak lihat, sejauh mana kita manfaatkan kejayaan yang dah dia beri kepada kita tu. sama ada kita manfaatkan untuk lebih mendekatiNYA atau kita plak dah tersasar, atau sedikit lari dari landasan perjalanan yang disukainya.

apa pula tindakan kita selepas itu?
langkah seterusnya adalah, bersyukur, sebab kejayaan tu akhirnya menjadi milik kita. bila kita makin tunduk atas apa y diperoleh..tuhan makin mmberi..sbaliknya jika kejayaan diperoleh kita smkin alpa...maka....Allah tarik semula pd bila2 ms shj..spt y saya katakan kjayaan itu sbg ujian..tiada perkataan lebih tinggi apabila peroleh kjayaan mlainkan ALHAMDULILLAH... MENANGISI DAN MENSYUKURI apa kurniaan Allah SWT.

Mari muhasabah,
di mana kita, setelah dikurniakan kejayaan ini, adakah kita makin bersyukur dan makin hebat amal mendekatinya, atau kita leka dan lalai dengan kejayaan yang diberikan tu? adakah dengan sedikit kekayaan tu, kita makin kedekut, atau makin murah hati memberikan.. adakah kita makin tunduk atau kita makin mendongak sombong di muka bumi NYA ini? sama-sama kita renungkan. semoga mendapat manfaat.

Wednesday, 19 January 2011

Mari Bermuhasabah

jika hari ini yang menggerakkan kita kancil,
jangan kita melihat si BMW,
tapi kita lihat si ex5 yang sekeliling kita..
atau lihat pula si dua kaki yang bermundar mandir di jalanan.

jika hari ini kita tinggal di teres,
jangan kita banding dengan si kondominium,
tapi lihatlah di jalanan, berapa ramai yang bergelimpangan tiada tempat tinggal.

ketahuilah bagimu bahawasanya..
kita jangan melihat yang di atas, tapi lihatlah yang dibawah,
jangan lihat yang kaya raya, tapi lihatlah si miskin,
jangan dibanding dengan si gagah, tapi lihatlah si kurang upaya..

kerana hidup kita, setiap apa yang ada pada kita ini, bukan sama dengan yang lain..
kita rasakan kita susah, tapi pernah tak kita fikir, ada yang lebih susah..
kita bersyukurlah dengan tiap apa kemampuan kita,
syukurlah dengan tiap apa kurnia yang kita milik,
kerana jika ingin dikejar segala apa yang kita lihat semuanya,
takkan berjaya sebab kita hanya akan dapat apa yang diberikan kepada kita..
ALLAH itu MAHA MENGETAHUI..

cuba renungkan.. kalau la kita lebih susah dari diri kita sekarang?
bayangkan, sekarang hari-hari makan 3 kali sehari..
cuba fikir keadaan kita makan 3 hari sekali..
susah kan.. tapi itulah hakikat, kita lebih gemar berfikir untuk bersenang lenang,
tapi tak pernah fikir pula jika lebih buruk yang menimpa..
kerana dengan itu, kita akn sedar, dan bersyukur dengan apa yang kita ada..
wallahualam.

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA