“di bawah batu nisan kini kau telah sandarkan, Kasih sayang kamu begitu dalam, Sungguh ku tak sanggup ini terjadi, kerna ku sangat cinta…”
Air mataku bergenang lagi. Tiap kali aku terdengar lagu ni, hati aku akan menangis, kerana ianya sangat meninggalkan kesan dalam hidup aku. Buat pengetahuan kalian, lagu ini mempunyai cereka nya yang tersendiri, dan didalam nya terselit sedalam-dalam kepahitan dan begitu besar dan susah untuk aku melupakannya. Dan kemungkinan juga mengapa hingga ke saat ini aku kekal sebagai diriku dan bukan seseorang yang beranjak ke alam matang iaitu dengan berpasangan.
Cerita bermula saat aku masih bersekolah. Segalanya bermula dengan kisah ini. Cerita yang banyak mengajarku erti hidup dan betapa ALLAH yang menentukan tiap apa perjalanan hidup tiap hambanya.
*****************************************************
Mula cerita.
Aku ni merupakan student yang agak nakal di sekolah, yang mana aku tak pernah balik lewat dan selalu dipersalahkan atas kejadian-kejadian tak diingini dekat sekolah ni. Terus terang, kerjaku hanya menambahkan beban dibahu guru-guru sekolah dengan aktiviti haramku, iaitu memonteng dan membuat onar disekolah ni.
Akan tetapi, disebalik kenakalan aku itu, keputusan pelajaran aku tak pernah mengecewakan. Aku tak pernah “miss” mendapat anugerah kecemerlangan dekat sekolah ni. Dan rasaku mengenangkan prestasi aku inilah aku kurang diambil kisah tentang disiplinku, walau agak nakal, tapi masih diberikan peluang.
Satu hari, saat aku sedang memontengkan diri, aku terlihat seseorang. Penampilannya mengkagumkan aku, kelembutan diwajahnya, andai ianya dapat aku bandingkan dengan idolaku Lisa Surihani, pasti dia yang memenanginya, kerana begitu indah dan sopannya dia di mataku. Akan tetapi sekiranya dia menjadi perbandingan sahabat-sahabatku, semestinya aku akan dikutuk dan di kolotkan mereka dek kerana dia bukan seperti yang orang lain idamkan.
Jika sahabat lain jatuh cinta dengan tubuh badan cantik, paha gebu dan mekap tebal seinci, aku lebih mengidamkan “batman” bermuka suci yang tidak bertepek mekap-mekap yang mana cuma sekadar penutup sementara untuk mengaburkan si yang melihat. Dia bukan si pendedah, dia cuma penutup yang mengikut apa kata Tuhannya dan menerima seadanya arahan itu akan tetapi keindahan itu memukau mataku.
Aku benar sudah terpaut kepadanya. Maka dengan itu, setiap hari aku menjadi pengikut setia dia yang pulang kerumahnya. Rentetan dari kisah itu, dan dari cara dan langkahnya yang tersusun rapi bak indahnya ALLAH menyusun bukit bukau yang menjadi bukti-bukti kebijaksanaanNYA mengatur alam, begitu juga langkah si dia yang menjadi perhatianku. Aku mulai berubah sedikit demi sedikit, dari seorang yang nakal, aku kembali berubah, dan perubahan itu menjadi buah mulut disekolahku. Aku juga sedar akan perkara ini, tapi aku langsung tidak mempedulikannya, mungkin benar aku ingin berubah kerana ingin mengimbangi kejadian dia yang bagiku cukup indah dan mempersonakan. Akan tetapi, aku perlahan-lahan juga mengajar jiwaku untuk menerima ini sebagai titik tolak dan salah satu kejadian yang ALLAH aturkan buatku sebagai untuk kujadikan “alasan” kepada satu perubahan.
Sejak dari hati itu, hati aku begitu tertarik untuk mengikuti perkembangan si dia yang sudah memaut hatiku. Kalau dulu aku yang rajin pulang awal, tapi hari ni segalanya berubah. Hari ni, aku punyai aktiviti baru selepas sekolah, iaitu “menemani” si dia pulang. Bermula dari saat inilah perubahan berlaku. Aku bukan lagi pemonteng tegar, tapi aku makin bersemangat untuk kesekolah, mengenangkan saat-saat indah menjadi seorang “stalker” dan pengikut setia si dia.
Hari-hari selepas dari aku pulang ke kelas aku akan mengikutinya, dari stesen LRT di sekolahku, Taman Melati, hingga ke stesen di mana dia berhenti, iaitu di Stesen Taman Universiti. Dan dari sana kami kan sama-sama turun dan perjalanan kami akan berlawanan bila sampai ke satu simpang, yang mana dia akan ke kanan, manakala aku meneruskan langkahku ke kiri dan pulang ke rumah.
Satu hari aku ditegur,
“Adik, abg perasan adik ni asyik mengikut sahaja Ain setiap hari..”
“ehhh, siapa abg? Siapa Ain?”
“aiikk? Takkan adik tak kenal? Dia kan yang adik ikut setiap hari tu? “
“ummm.. abang ni sapa? Awat abg nak tahu kenapa? “
“tak ada la adik, abg cuma memerhati. Hari ini abg berkesempatan menegur adik, sebab itulah abg tanya. “
“tak dak aih abg, saya cuma sejalan saja dengan dia, mana ada ikut aihh”. Balasku menidakkan.
“tak apalah sekiranya adik tak mahu cakap dengan abg, tapi abg memerhatikan. All the best jika itu yang adik mahukan. Cuma abg nak nasihat, belajar pandai-pandai baru fikir nak bercinta tau.? “
Aku tersenyum kelat sambil meneruskan langkah, aku langsung tak rasa nak pusing melihat abg tu, geram juga rasanya,
“siapa dia nak menegur aku kan? Aku punya suka la aku nak bercinta ka, aku nak mengikut ka, apa ka, bukan aku nak apakan budak tu pun, aku berniat ikhlas, nak berkenalan, itu saja.”. Bebelku didalam hati
Hari-hari berikutnya berlalu seperti biasa, aku masih lagi seorang pengikut tegar yang menjadi pemerhati dari jauh tiap langkahnya dan akan berpisah di simpang tersebut bila tiba masanya. Dalam tempoh ini, dalam tidak aku sedar, diriku sudah bertambah baik dan baik. Masalah disiplinku juga sudah terkubur. Hinggakan aku ditegur oleh rakan sekelasku.
“Der, aku tengok ko dah berubah banyak la.. kalau dulu ko asik aje ponteng kelas, tapi sekarang ni aku tengok ko dah berubah.. ape hal? “
“Eh, kenapa hang cakap macam tu? Aku rasa biasa saja aih. “
“tade la der, aku tengok macam lain ko dah tak ponteng sekolah, lepas tu keputusan ko pun lebih banyak meningkat, kalau dulu ko conquer 3 4 mata pelajaran je, tapi hari ni majority ko amek keputusan cemerlang die. Jeles la aku macam ni dekat ko.. apa rahsianye? Kongsi la..”
“Takdak aih weyh, aku cuma wat macam biasa ja la, takkan nak berubah pun tak boleh kot? “. Aku memberikan alasan.
“kalau ko tanak cerita tak ape la, aku tak kesah, saje je tanye ko. Aku happy tengok ko hari ni. Dah menjadi buah mulut semua orang kalau ko nak tahu..”
“dah dah cikgu dah masuk tu weyh.. bangun-bangun.”. Cikgu Hani masuk tepat sekali disaat aku rasa aku akan terus disoal, dan kehadiran dia ni memberikan aku alasan yang sangat kukuh buat aku menolak soalan bertubi dari Alif, salah seorang dari rakan sekelasku.
*****************************************************
Sebenarnya jika hendak dikira, hari ni merupakan hari ke 95 aku mengikutnya, tak sangka kan, lama juga aku menyimpan perasaan ni kan? Dan minggu ini merupakan minggu-mingu terakhir aku disekolah. Ini adalah kerana, minggu depan merupakan juga minggu terakhir persekolahan di tahun ini. Dalam simpananku, adalah kira-kira 95 keping surat yang menunjukkan aku sudah menyimpan hati selama hampir seratus hari kepadanya.
Hari ini berlaku kejadian yang agak pelik bagiku, hari ni, si dia tidak pula aku jumpa di tempat biasa. Jika selalunya aku akan bertemu dia di tempat bus, dan kemudian mengikutnya hingga ke Stesen Jalan Universiti, dia tidak pula kelihatan di hari ni. Maka pulanglah aku dengan hati yang hampa, kerana sememangnya aku dah berniat untuk serahkan surat-surat aku yang ku simpan selama ini. Aku ingin benar menyerahkannya sejak dari hari-hari awal pertemuan, tapi naluri takut dan rendah diriku sedikit sebanyak menghentikan langkahku untuk mendekatinya dan menyerahkan bicara hatiku yang terbeku dalam hati ni selama ini.
Hari keesokannya juga perkara yang sama berlaku. Aku masih tidak melihatnya di jalan ini. Berjam-jam aku menantinya, dengan harapan dia sebenarnya keluar dari sekolah lambat kerana ada perkara yang perlu di selesaikan disekolah, tapi aku hampa, kerana sesudah 3 jam menunggu dan menanti, hari demi hari cumalah kebuntuan yang mana tidak bertemu jawapan di mana dia sebenarnya.
Hinggalah pada hari ke 98. Abg tu datang dan menegurku. Mungkin dia juga perasan yang aku cuma menunggu sesuatu yang tidak berkesudahan mungkin.
“Adik, menunggu Ain lagi ka?”
“ummm..”. Mulutku seakan tidak mahu mengeluarkan patah katanya. Mungkin dengan demikian dapat aku meluahkan perasaan Ya yang mana aku sememangnya sedang menunggu si dia wujud dan hadir supaya dapat aku berikan kepadanya hasil-hasil artifak cinta nukilanku sepanjang 98 hari memendam rasa.
“abg nak beritahu kamu sesuatu ni”
“apa dia abg? Abg ada tau apa-apa pasai Ain ka abg? “
“sebenarnya kan dik, dah 3 hari Ain di masukkan ke hospital dik”
“Apa? Kenapa abg? Apa jadi dengan dia? Dia accident ka? Sapa langgar dia? Dia cedera teruk tak abg? Dia camna sekarang? “. Bertalu-talu ibarat “machine gun” soalan aku tanyakan sebaik aku mengetahui akan hal ini.
“Dia sakit. Kalau adik nak melawat, adik pergilah ke Hospital Ampang Puteri. Dia ada di sana..”
Tanpaku sedar, aku menggenggam tangan abg tu, dan jutaan terima kasih kuucapkan kepadanya, seterusnya langkahku dilajukan demi untuk melihat Ain yang sudah hilang berhari-hari dari pandanganku.
*****************************************************
Sesampainya aku di hospital, aku lihat kedua ibu bapanya berada didalam bilik yang mana dia ditempatkan. Aku masuk setelah mendapat izin dari kedua ibu dan bapanya. Mereka tidak pula meninggalkan aku dan dia bersendiri didalam bilik itu, tetapi menjarakkan sedikit kedudukan supaya aku punya ruang untuk bercakap-cakap dengannya.
“Assalamualaikum kamu..”. Sapaku.
“ehh kamu, macam mana kamu boleh tahu saya ada di sini? “
“sebenarnya saya dapat tahu dari abg Ben, dia la yang habaQ kata kamu ada dekat hospital sekarang ni. “
“Abang Ben? Ahha..dia tu la yang bagitau saya tentang kamu.bukankah kamu yang setiap hari pulang dengan saya dari sekolah? “
“kamu perasan ka saya yang dok ikt kamu tiap hari tu? “
“sebenarnya saya perasan, saya macam teringin nak tegur juga, tapi saya rasa malu”
Agak lama juga aku berada dengannya, dan berbual-bual, tapi sebaik tangan terlihat jam di tanganku sudah mengenjak ke pukul 6:30, aku meminta diri untuk beransur pulang. Sebelum pulang, aku menyerahkan artifak hatiku kepadanya.
“ummm.. saya nak sampaikan kepada kamu ini, dalam sampul ni.. ada surat-surat yang setiap hari saya tuliskan untuk kamu, harap kamu sudi menerimanya. Nak kata banyak tak la sangat, ada 99 ja. Kamu baca la pelan-pelan, mana la tau kan, leh wat teman tidoQ satgi malam. Ehehe” sempat ku tersengeh bila aku ucapkan kata-kata ini kepadanya, dia hanya tersenyum sambil bangun menerima sampul besar berisi surat-surat aku kepadanya.
Aku pula melanjutkan langkahku kemuka pintu sambil disapa ayahnya.
“Nak, terima kasih datang melawat anak pakcik”
“Sama-sama pakcik, tapi apa penyakit Ain? Dah banyak hari dia ada di sini, tapi tak keluar-keluar lagi. “ Pakcik Amir mendiamkan diri.
“kenapa ni pakcik? Ceritakan la dekat saya, saya ada tanya Ain tadi, tapi dia takmau cerita dekat saya..”
“Sebenarnya Ain tu ada penyakit ketumbuhan didalam kepala, dan dia sebenarnya dah berada didalam peringkat-peringkat akhir.. “
Mataku mula berkaca, tapi kukuatkan hati, dan terus menguatkan diri demi untuk memberi semangat kepada Pakcik Amir. Dalam pada itu, hati tertanya kenapa aku tak nampak langsung tanda-tanda sakit di wajahnya? Cekap benar dia menutup sakit itu tika berada dihadapanku dan kedua ibu bapanya, lantas keluar kata-kata ini dari mulutku,
“Pakcik, sama-sama lah kita mendoakan dia, dari DIA kita datang, dan kepada DIA juga kita akan kembali, namun demikian, DIA juga ada bagitau yang tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati kan? Jadi kita sama-sama lah berdoa dan memohon izin dia agar Ain akan terus dapat kekuatan untuk bertahan dan pulih.”
Aku tahu kata, kataku bukanlah apa untuk dibandingkan, perasaan ku ini cuma sedikit risaunya dan jauh hendak dibandingkan dengan ummi dan ayah Ain yang mana membesarkan dia dari kecil hingga sekarang, akan tetapi aku cuba juga untuk memberikan semangat kepada mereka, dan berharap dengan sedikit sisa harapan tu, mereka akan terus berdoa dan bertahan. Aku juga tak berhenti berdoa buatnya.
Aku pulang hari itu dengan hati yang hampa. Dalam hati tak berhenti berdoa dan berdoa agar diberikan keselamatan dan dipulihkan Ain dari penyakitnya. Malam itu juga aku bertahajjud, dan buat solat sunat hajat untuk memohon ALLAH panjangkan umur Ain dan pulihkan dia dari penyakitnya, Aku tahu tindakanku salah, kerana aku meminta dari NYA tika keadaan aku begini, tapi pada siapa lagi tempatku berpaut jika bukan kepada Yang Maha Esa ALLAH yang menjadikan setiap kejadian alam ini?
Keesokannya aku kembali lagi ke hospital untuk melawat Ain. Hari ni aku bawakan buah tangan baru untuknya, iaitu bicara hatiku untuk hari ke 99. Bergelak sakan kami hari ni. Membaca kisah dari hari ke 50 sampai ke hari ke 99 ini. Semalam sebelum tidur Ain dah baca hingga ke hari ke 49 katanya. Jadi kami sambung saja lah membaca kisah hari seterusnya. Dia tak berhenti-henti gelak dari tadi membaca surat aku ni. Dan aku pula, menahan muka merahku setiap kali dia gelak. Aku tahu dia saja gelak, demi untuk menutup sakitnya dan tidak mahu aku dan kedua ummi dan ayahnya risau.
“Satu jam saja ku telah bisa, Cintai kamu kamu kamu di hatiku, Namun bagiku, melupakanmu, perlu waktuku seumur hidupku…. “ (begitu hebatnya satu jam berbicara dalam hidupku.. )
Setelah berakhir lagi hari ini, aku beranjak pergi. Setelah mendapat izin dari kedua ibu bapanya. Aku pulang dengan hati yang sedikit terubat kerana melihat gelak tawanya, akan tetapi, aku juga masih risaukan akan keadaan nya, ini kerana sedang kami asyik tergelak tadi, dia ada sesak nafas, dan aku terpaksa untuk keluar dari bilik untuk dia mendapat rawatan. Selepas selesai sahaja dia mendapat rawatan, aku masuk kedalam bilik bersama kedua ibu bapanya, tapi tak lama kali ini sebab kami tidak dibenarkan lama didalam bilik ini demi untuk memberi ruang kepada Ain untuk berehat.
*****************************************************
Malam itu dengan penuh semangatnya aku menyiapkan surat ke 100 hari aku berkenalan dengannya, aku begitu seronok mengenangkan sudah tiba hari ke 100 dan angka ini agak menarik untuk aku bualkan. Tergelak aku bila melihat, 5 keping kertas A4 diatas mejaku ini dah ku gunakan untuk luahan yang tadi ku katakan pendek itu. Selesai sudah luahanku buat hari ke 100 yang ku buat sebaik selesai aku bertahajud dan solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan Ain. Sebaik selesai menulis, aku tertidur.
Tamat imbas semula.
*****************************************************
“Inilah saat terakhirku melihat kamu, jatuh air mataku menangis pilu, hanya mampu ucapkan.. Selamat jalan Kasih…”
Sebenarnya apa yang aku coretkan diatas merupakan dari surat yang ditulis oleh Encik Badrul, seorang insan yang pernah berpaut didalam hatiku, iaitu hasil dari 100 hari kisah dia menyimpan hati kepadaku. Jika dibaca kembali kisah diatas sepertinya aku yang berada didalam kisah, tapi aku adalah aku yang menjadi watak si pesakit didalam kisah ini.
Badrul dah lama pergi meninggalkan aku, dia pergi ketika hari ke 100 dia menyimpan hati kepadaku ketika dia dalam perjalanan datang untuk melawatku di hospital. Dia telah meninggal ditempat kejadian kerana dia dilanggar kereta ketika dia hendak menyelamatkan seorang budak yang melintas jalan.
Seperti kata ALLAH dalam firmannya, dalam surah Al-Imran ayat 145 yang bermaksud,
“ Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..”
Begitulah juga kisah hidupku, mungkin aku sudah berada dalam saat akhir kejadianku jika mengikutkan kepada kira-kira manusia, tapi pabila ALLAH menetapkan tidak, semestinya tidak adalah jawapan kepada kejadian yang belum berlaku ini. Aku masih hidup, malah pulih dari sakitku, tapi Badrul yang sihat sejahtera ini yang pergi dulu meninggalkanku. Apapun, aku mendoakan agar dia tenang di sana..
Air mataku menitis lagi..