Followers

Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Owhh sakit. Ouch Sakit.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kebelakangan ni Nadh jumpa beberapa kenalan yang sakit, kesian mereka, sedih juga, kalaulah diri dapat membantu kan? Tapi apakan daya, mereka jauh, cuma doalah yang dapat dikirim memohon agar ALLAH menyembuhkan mereka.

Sapa yang dalam hidup tidak bernah sakit? Tipulah kalau ada yang mengaku ada. Takkanlah tak pernah demam? Sesema? Batuk?atau apa saja la yang berkait dengan sakit ni, tak kiralah dalaman, luaran, Dalam asyik bersakit ni kan, apa yang readers rasa?

Diri sedang selesema, mahu bernafas punyalah susah, tapi diri tak goyah, malah berterima kasih pada ALLAH, "owh ALLAH, rupanya macam inilah orang yang sesak bernafas kan? Syukurlah aku cuma mrasanya waktu ini, kesian laa mereka yang meninggal kerananya, mesti siksa kan?"

Sedang dibelenggu sakit kepala - "ya ALLAH, sakitnya kepalaku, namun aku syukur Ya ALLAH kerana sakitku ini, apalah sangat hendak dibandingkan orang yang ada ketumbuhan, yang kepalanya pecah waktu sakaramatulmaut, dan bermacam lagi, mga aku dijauhi,kerana aku tak dapat bayang betapa dahsyatnya. "

Atau adakah readers macam ni?
"eeee demam lagi, tak berhenti-henti aih demam. Awat x baik-baik taktau? Sudah la woih aku tak larat nak makan ubat da ni..benci laaa".

Beberapa contoh sakit dan si penghidapnya. Dan dua contoh penerimaan sakit, sama ada redha n sabar atau merintih benci kerana menghadapinya. Walau apa pun kita, mari bermuhasabah seketika.

Ujian ALLAH itu adalah kasih sayangnya. Percaya atau tidak apa Nadh kata ini, tapi sememangnya ia adalah kebenaran yang tidak.langsung dapat disangkal. Tak caya tengok ni :

1. Sakit itu penghapus dosa. Sebagai kiffarah kesilapan yang dah kita lakukan selama ini.

2. Dalam kita sedar atau tidak, sebenarnya sakit ini mendekatkan kita dengan ALLAH. Tak caya, cuba tengok mat mat racing eksiden kat jalan tu, takdenye nak jerit "Bedah" , "Senah" , "Jijah" masa jatuh moto eksiden tu melainkan "ALLAH".. Dalam tak sedar pun kan? Masa sakit ni la kita JADI RAJIN NK DOA.

3. Bila sakit ni la dapat cuti, masa yang sebelum ni asyik dengan KERJA, DATING dan segala kesibukan dunia tu, diberi pelepasan seketika. Masa ni la nak ada masa nak duduk ngadap ALLAH puas-puas pun. (tapi berapa ramai yang wat pun kan?)

4. Salah satu dari waktu paling makbul doa juga adalah waktu sakit.

Cukup empat Nadh sebut atas tu. Cukup nk kabo yang ALLAH sememangnya tak buat satu menda yang sia-sia. Ujian sememangnya kasih sayang ALLAH.

Tapi sayang. Kita kurang gunakan masa sakit ni dengan hal bermanfaat. Yakni mendekatinya. Tak pecaya? Pergi check, berapa ramai yang EXTRA RAJIN masa sakit? (in fact solat wajib pun maleh, sebab ada alasan = sakit kan?). Berapa ramai yang buat? Gagahkan diri, syukur dan sabar?

Ujian + sakit + sabar =diangkat kedudukannya. Bukankah itu ruang untuk jadi kesayangan?

Pokoknya, diri sendiri la. Anda buat, anda dapat. ;))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 26 November 2011

Dah tiada baru nak kalut

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, sepatutnya Nadh ada date dengan seorang sahabat Nadh (lelaki tau) sebab ada hal dunia sikit yang nak dibincangkan antara kami, perihal kawan-kawan jugak la.

Then suddenly dia call, terpksa membatalkannya sebab ada ahli keluarga dia meninggal dunia. Sembang punya sembang, dia ada sebut sesuatu dekat Nadh.
"masa dia dok ada, sapa pun tak kalut, la ni dia dah p, baru semua nak kalut..".

Sebenarnya apa yang sahabat Nadh cakap tu memang betul kan? Semasa dia hidup, tak pula nak pergi ziarah, sakit demam dia ka, tiada pula yang peduli, bila dia dah pergi, baru la nak tacing tacing nangis meratapi pemergiannya.

Ini bukan budaya semua, tapi kebanyakannya sekarang lebih sibuk mengejar harta, wang segala yang bawa senang, tapi kes trpencil seperti ini diabaikan. Kita rasa bertanggungjawap nak pergi selepas meninggal, tapi tidak semasa sakit. Semasa ada lagi dia hidup dimuka bumi. Bukankah bila kita pergi kita bawa semangat kita untuk dia tumpang demi melawan sakitnya?

Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada seorang muslim itu melawat seorang muslim yang sakit pada waktu pagi melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu petang dan tiada dia melawatnya pada waktu petang, melainkan meminta ampun untuknya tujuh puluh ribu malaikat hingga waktu pagi, dan adalah baginya kebun tempat memetik buah-buahan di dalam syurga. (Riwawat Al-Imam At-Tarmizi).

Hadis diatas jelas menceritakan, Betapa besarnya balasan yang pergi melawat orang orang sakit, bukan hanya kita beri dia semangat, malah sinar baru seperti memberikan harapannya. Dan yang penting, kita dah gembirakan dia dengan kedatangan kita. Bukankah menggembirakan orang itu satu lagi perbuatan yang mulia?

Nadh harapkan, para readers tak macam tu. Kita hargai yang ada semasa hidupnya dan mendoakan selepas perginya dia. Peringatan buat diri Nadh sendiri juga.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 25 September 2011

Jika aku? kuat tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tetiba teringin plak nak tengok cerita Stanza Cinta ni. Jadi Nadh pun keluar dari perkurungan malam ni untuk tengok cerita yang dah nak habis ni kan?

Sambil tengok fikiran melayang seketika, Irfan ni sakit. Ami iaitu bakal isteri dia sebulan lagi tu punya la risau sampaikan nak cepatkan pernikahan mereka sebab nak jaga dia tanpa batas.

Terfikir pula, kalaulah situasi ini la jadi pada diri, siapakah yang akan ada disisi, siapa yng menjadi sahabat selama ini adalah yang paling dekat pada diri datang menengok?

Entahlah, cuma cerita ni bagitau Nadh sesuatu, ingatkan tentang Cinta pada Yang Maha Esa. Kisah Nabi Ayub yang diserang penyakit kudis dan ulat memakan isinya. Hinggakan bila isinya mendekati mulutnya, Nabi Ayub berdoa,
"ya ALLAH, janganlah ulat-ulat ini memakan lidahku Ya ALLAH, aku ingin berzikir dan bersolat kepadamu Ya ALLAH,."

Betapa hebat dan dahsyatnya kasih sayang n cinta Nabi Ayub pada ALLAH, makin hebat diuji. Makin kuat imannya, makin kuat diuji, dia makin erat n kukuh cintanya pada Ilahi.

Begitulah kisah seorang kesayangan ALLAH yang terus-terusan diuji. Dan kita yang tahu perlu mencontohinya. Kita tidak meminta sakit, tapi sekiranya berlaku, kita perlu redha n menghadapinya sebagai ujian yang diutus buat hamba yang disayanginya.


Note :: moga diri menjadi sehebat itu. Amin.

P/s :: sapa tau mn nk donlod cita ni? Hihihi
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 15 January 2011

terima kasih semalam.

Awalnya ruang bicara ku mula bercerita, mula berkata-kata hari ni..
Sebenarnya tadak apa sangat pun.. Sedikit luahan apa jadi semalam.
Bukan tanak bercakap..
Cuma rasa sedikit kaget dengan keadaan semasa.. Tu aja..
Dan sedikit berharap agar kamu betulkan keadaan, iaitu dengan menenangkan keadaan..(ya ALLAH, mengadanya aku)
tapi tu la.. Apa mampu dilakukan..
Cepat benor kau menarik diri..
Sedang aku baru nak tune balik..
Tapi apakan daya..
U deserve to choose what good n what not in ur life..
And im just no one to say a thing..
Apa pun terima kasih sebab buat apa y aku suka semalam.
Iaitu dengan menukar profile pic kamu tu..
Deep in there i knw, u r still that someone..
Eventhough hw hard you try to resist.
all the besh aa..

Sedikit berasa kurang sehat time dok mencoret ni...
Da mula batuk2.. Sah.. Ni mesti nak demam ni..
:(

Buta+Pekak+Bisu=CINTA