setiap apa yang keluar dari mulut tu, lebih manis dari dikumpulkan semua tebu-tebu yang dikumpulkan dari seluruh dunia untuk dibuat gula..
tiap apa yang kuar tu. da macam bom-bom atom yang menyerang negara jepun masa dulu, pahit bak menda paling pahit dalam dunia, busuk bak skunk..
kalau kentut la depan kekasih, tadeppe, rasanya wangi lagi la kentut tu dari perfume paling mahai kat boutique tu..
try la kentut tengok, konpem leh kena sepak terajang atau paling sopan, kena maki tahap dinasour.
kepit, tu dia aihh.. tak hengat, kalau kata semut nak dok kat tengah pun konpem ja mati kena himpit, punya rapatnya la dok kepit tu..
mai la dekat, tak kena sergah, tak kena sound kuat-kuat, memang tak sah la..
"masalah sayang, masalah abg jugak, akan abg selesaikan untuk sayang, susah sama susah, senang sama senang, syg kan kesygn abg.."
"tadak menda lain ka ang nak cita kat aku? masalah, masalah, masalah, iskhhh.. malas la nak dengaQ!"
duit ku duit kamu, sayang nak apa suma abg belikan...
"weyh! mai balik cincin aku bagi dulu.. "
suma la perkara terjadi dalam dunia merupakan hal-hal terindah dalam hidup.
awat la aku leh kenai orang macam ang ni.. myesal sangat!! arrghhhh..
Note :: cuma sedikit sorotan kejadian dalam muka bumi ALLAH ni, tadak apa pn, cuma memperingatkan apa pun yang terjadi tu adalah bersebab, belajar untuk memaafkan orang walau apa dia dah buat, (tak semesti bersama kan) tapi memaafkan, jangan belajar simpan dendam dalam hati. kerana walau sedikit titik hitam tu berada dalam hati, kita takkan tenang sampai bila-bila. fikir balik, dlu pernah satu ketika kita begitu sayangkan dia, kenapa sekarang nak membenci, kan ka tu satu tindakan yang pelik dan bodoh. Jangan menyesal dengan apa terjadi, ALLAH ambil kembali Matahari dan digantikan dengan Mendung dan Hujan, tapi dia tak henti setakat tu, dia kurniakan pula PELANGI yang cantik untuk kita. Hebat kan? percaya pada ALLAH, serah pada DIA, pasti ada sesuatu menanti kita selepas ini..
;)