Followers

Showing posts with label Teguran. Show all posts
Showing posts with label Teguran. Show all posts

Tuesday, 28 April 2015

Kerana ALLAH

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Readers rasanya roughly tahu apa yang saya buat sekarang. Alhamdulillah, dalam perlahan, sedang berusaha membetulkan apa yang saya nak buat ni. Supaya jadi lebih baik. Tak dinafikan, hari hari jumpa orang tu kadang kadang rasa lemah, rasa malu, rasa semacam tambahan bila kita kurang bersemangat nak approach orang ni. Namun berkat usaha lambat laun syaa yakin perubahan bakal muncul.

Sejak saya mula ikt boss agency, follow dia, ikut direct coaching dengan dia rasa makin berubah juga diri ni. Satu yang saya suka dia nak terapkan kami "buat kerana ALLAH" , makanya tiap langkah perjalanan tu dengan zikrullah, selawat semua la. Hati pun kena niat juga perbuatan hari ini, hanyalah demi mencapai redha ALLAH. Dari sana hati makin tenang.

Dalam pada itu, bila kita niatkan kerana ALLAH, memang Dia jaga kita sungguh sungguh. Macam saya semalam la, aiaeahkan buat survey, dan disebabkan saya nak buat juga, masa saya pergi jumpa orang saya gunakan perkataan, "saya nak buat, esok saya nak tunjuk pada boss'. 

Nak dijadikan cerita, masa saya cakap macam tu saya jumpa seseorang yang  'ahli' agama. On the spot dia suruh saya duduk kat sana, perlahan lahan dia tegur saya. Dia educate saya agar "jangan menipu" bila kita buat kerja kerana nak "tunjuk" yang kita bekerja. SubhanaALLAH, ALLAH Maha Mengasihani, on the spot dia tegur saya dengan melorongkan seseorang demi membetulkan niat saya dan langkah kerja saya. Satu persatu diterangkan, diperjelaskan perbuatan saya tu. Syukurlah, kita dibetulkan secepat mungkin supaya tak terusan membuat salah. Saya bersyukur. Sangat berterina kasih pada ALLAH, juga pada pakcik polis yang diamanahkan menyampaikan teguran penuh hikmah tu. 

Di akhir kata sebelum kami berpisah, saya peluk dia, saya ucap terima kasih atas teguran yang diberikan. Alhamdulillah, ALLAH memang sayang kita. 

Friday, 24 February 2012

Anda anak paling PENYAYANG DALAM DUNIA.

Assalamualaikm. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Nadh dah dua hari terfikir pasal ni tau. Mengenai jawapan yang mungkin untuk anak-anak dara di luar sana. Bila mana ditanya pasai rambut dah aurat yang didedahkan mereka.

"kenapa kamu tidak menutup aurat? "

"Saya belum bersedia. "

"Bila baru kamu akan bersedia? "

"Yang kamu nak sibuk ni kenapa? Suka hati sayalah. Ibu dan Ayah tak pernah kata apa-apa tentang nya."

"Kamu mesti sayang sangat dekat ayah kamu kan?"

"Eh mesti la. Anak mana tak sayang ayah dia. "

"A'ah kan~~ pasal tu kamu intend nak share percent-percent kejayaan kamu kat dunia ni kan?"

"Eh mesti la. Anak-anak kan buah hati ayahanda dan bonda, aku mesti la nak dia dapat yang terbaik dalam dunia ni kan?"

"A'ah kan. Itu tanda kasih sayang kamu dekat dia la ni ye? "

"Eh kejap, apa maksud kamu ni?"
"Kamu tahu tak, purata rambut manusia atas kepala ni ada 100,000. Darab dengan 10 orang yang memerhatikan, kamu dapat 1,000,000 kejayaan, lepas tu katakanlah kamu berikan percent kejayaan pada ayahanda itu sebanyak 10% percent sahaja, dah dia dapat 100,000 kejayaan kamu, tapi sayangnya dia tak dapat 10% sebab , dosa anak dara bujang itu ditanggung oleh bapanya sehinggalah dia bersuami, jadi kiranya, kamu kongsi 100% kejayaan kamu dengan bapamu. "

"Heyyy.. "

"atau kerana sayangnya kamu hingga kamu tak sanggup berpisah dengannya hinggalah apabila kamu mendapat balasan sepertimana cerita Rasulullah dalam peristiwa israk mikrajnya ketika dia terjumpa wanita yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih kerana wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya."
"Hurmmm.. "

"Kamu begitu memperjuangkan kasih sayang kepada ayahanda, tapi sebenarnya kamu itulah yang memberi berat di lengan kirinya setiap hari dengan berdegil untuk mengikuti apa yang ALLAH dah tetapkan, jangan lah terlalu fikirkan diri, tapi fikirkan mereka.

- BERAPA BANYAK MEREKA DAH BERSUSAH SEJAK DARI KAMU KECIL HINGGA DEWASA? - BERAPA BANYAK KEDERAT MEREKA DAH DIGUNAKAN HANYA UNTUK MENCARI SESUAP NASI UNTUKMU?
- BERAPA KALI MEREKA TERLUKA DENGAN TINGKAHMU YANG NAK ITU DAN INI TAPI TIDAK MAMPU MEREKA BERIKAN?
- BERAPA KALI MEREKA CEDERA, HANYA KERANA BUAT KERJA LEBIH BILA KAMU INGIN MEMBELI BUKU-BUKU BARU, MEMBAYAR YURAN-YURANMU? 

Fikirkanlah wahai anakanda sekalian. Mereka dah cukup bersusah hanya untuk melihat kejayaan kita, hanya demi melihat kita sihat sejahtera seperti sekarang. TAPI APA BALASAN KITA? Adakah DOSA itu satu balasan terbaik buat jasa dan titik jerit perih mereka? Air mata kesusahan mereka? 

Anda memang anak PALING PENYAYANG DALAM DUNIA.

Friday, 18 November 2011

Dilema Bahasa Elien

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam Nadh dok FB-walking, lepas balik dari jumpa kawan Nadh.
Lepas tu jumpa dalam facebook pasal bahasa Elien. Nadh pun post kat wall.


Tahu tak bahasa Elien tu macam mana? Meh Nadh nak tunjuk.




Nampak kan? So rasanya readers pn pernah juga tengok ayat-ayat macam tu kan? Ingatkan tak ada bantahan, tapi rupanya kan, ramai juga yang terasa ANNOY dengan bahasa Elien yang semakin menyerang seantero dunia bahasa sedunia. Tak caya tengok ni.







Nadh pernah satu masa dulu, kawan dengan seseorang, dia gunakan bahasa Elien ni la, Nadh straight to the point tegur dia. Banyak masa juga dia ambil nak ubah, tapi akhirnya berjaya juga la.

Nadh paham, nak singkatkan mungkin, Nadh pun guna jugak bahasa pelik ni, taip pendek-pendek, tapi tak adalah menambah huruf entah apa-apa kat depan tu kan, jadikan lagi susah nak baca. Dan ianya sangat MENJENGKELKAN!

Moral of the story :: Tak payah la guna bahasa Elien ni.


P /s : Nasib adik-adik Nadh tak guna bahasa ni, kalau tak memang terang kena sekeh pala.

Thursday, 4 August 2011

Kerana CINTA Aku Turutkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi tadi baca satu entry mengenai pasangan kahwin lari. Nak kata hairan mengenai cinta sampaikan nak kena kahwin lari Nadh tak berani nak komen banyak la, CHENTA kan? Kalau ikut hindustan Tuhan pun boleh kena marah. Kalau ikut cita Cina, Heroin Mati, Hero pun nak MATI kan?

Cinta ni kalau ikut maksud dia tersangatlah mendalam, orang kata memang menusuk ke kalbu la. (sebab tu ramai yang tua mereput macam tu ja, konon nak tunggu cinta sejati, SETIA la sangat !! ) Opss dah melebih rasanya.

Point Nadh nak sebut adalah, KERANA CINTA AKU TURUTKAN.

Berapa ramai yang CINTA ALLAH? Kalau Nadh tanya, berani kerat kuku la, ramai akan cakap YA, SAYA CINTA ALLAH !! Tapi sejauh mana CINTA anda tu? Leh spesifikkan? Leh kongsikan? Leh ceritakan apa yang anda BUAT UNTUK CINTA anda?

Terus check diri anda.
1. Anda cakap CINTA, tapi SEJAUH MANA ANDA UTAMAKAN SOLAT SEBAIK AZAN? ALLAH panggil tu, menunaikan CINTA anda, menemui DIA. tapi anda BUAT TAK? tu ALLAH panggil, tapi kalau ISTERI panggil? Tunang ka panggil? Kekasih, Chenta, Buah Hati, Sayang panggil? Tengok camna berdesupp anda sampai.

2. Anda cakap CINTA, tapi SEJAUH MANA ANDA MENGHAYATI KALAM ALLAH iaitu AL-Quran? Hohooo.. Surat cinta kalau dapat, mau sampai kusam anda kerjakan, nak aja di baca tiap masa, nak aja di hayati, rasa Nadh la, silap-silap sampai ingat la apa dia kata dalam tu, tiap patah kata, suruh sebut tak silap punya, HAFAL la. Tapi Untuk AL-QURAN? SEJAUH MANA ANDA BACA? Bukan setakat membaca, tapi PENGHAYATAN tu YANG PENTING !!!

3. Anda cakap CINTA, tapi bila ALLAH suruh PUASA, anda buat tak dengan penuh penghayatan? Puasa kan sebagai penapis untuk NAFSU SERAKAH ni? Tapi anda buat tak bila anda mai Penyakit SANGAP? Mata, mulut, lidah, dan hati dan seluruh anggota diikat bila berpuasa, TAPI ANDA BUAT TAK?? Sedang lidah berkata CINTA.?

4. Anda cakap CINTA? Tapi sekerap mana anda mengucap KATA-KATA CINTA pada ALLAH? Owhh sayang, anda berpuitis dengan KEKASIH, tapi bersama ALLAH, nak ucapkan ALHAMDULILLAH pun susah? CINTAKAH ITU?

5. Anda cakap CINTA? Tapi SEBANYAK MANAKAH harta anda DI INFAKKAN KE JALAN CINTA? Bersama kekasih, anda nak keluarkan beratus, malah mungkin beribu pun sanggup, tapi untuk CINTA ALLAH? Takkan bila seluk poket nak isi dalam tabung masjid, keluar RM50, anda simpan balik untuk gantikan dengan SERINGGIT? Betapa KEDEKUTNYA anda dengan ALLAH..

6. Anda cakap CINTA? kerana CINTA ANDA LARIKAN DIRI SEBAB HUBUNGAN DIHALANG, ANDA BANGKIT MENEGAKKAN CINTA, MENENTANG PENENTANG-PENENTANG CINTA ANDA, tapi bila ISLAM di khianati, ISLAM ditindas, ANDAKAH Yang berada DIBARISAN HADAPAN sekali menegakkan ISLAM, MENENTANG MUSUH ISLAM, MENJADI BENTENG UTAMA?

6. Akhir sekali, Anda cakap CINTA, tapi berapa kali ANDA MENANGIS kerana TAKUTKAN KEHILANGAN CINTA ALLAH kepada ANDA? Anda berdosa tiap hari, tapi anda tak MINTA AMPUN pun kepada DIA, sedangkan bila berkaitan dengan CINTA MAKHLUK, anda sanggup melutut memohon maaf, anda sanggup buat apa sahaja untuk tidak kehilangannya.


Note : kerana cinta aku turutkan, SEJAUH MANAKAH CINTA KITA ni?

Monday, 18 July 2011

1 dibalas 4.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Cuba anda tuding jari kepada seseorang tengok? Tak ada orang yang akan tudingkan semua jarinya kan? Tapi bila menuding, 1 jari akan diarahkan kepada subjek dan empat lagi semestinya akan pulang menunjukkan diri kita. Kenapa ? Sebab dah ALLAH jadikan tangan macam tu kan? dan semestinya la ini adab menunjukkan sesuatu kan?

Apa Nadh nak sampaikan disini adalah, bila terjadinya sesuatu, cuba mengelakkan diri anda dari menuduh atau menuding jari kepada pihak lain, SEBAIKNYA anda renungkan diri sendiri dahulu, adakah kesalahan berkenaan datang dari diri kita? Cuba sebaiknya menggunakan fikiran kita kearah BERMUHASABAH dahulu sebelum bertindak.

Kenapa empat?
1. Siapa? Contoh, dalam gagal belajar, jangan kita tuding kepada lecturer kerana salah mengajar, tapi salahkan diri sendiri dahulu sebab tidak Proactive mencari penyelesaian kepada tanda tanya dalam fikiran kita.

2. Mengapa? Sebab utama perkara ini boleh berlaku. Dalam perihal tanda tanya yang tiada jawapan. Bukankah kita dah besar untuk terlalu disuap?  

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd : 11)


3. Kenapa? Kenapa hendak dipersalahkan yang lain sedangkan yang memegang kunci kepada segala keputusan diri adalah diri sendiri? Kita MAMPU usaha untuk mencari penyelesaian (seperti contoh diatas tu), dalam contoh tu, kita mampu mencari lecturer berkenaan untuk bertanya, atau mungkin mencari lecturer lain untuk bertanya. Tapi kita tak buat. Salah sapa sekarang?

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi?)".  (Al-Balad: 10)


4. Di mana? Dari mana bermulanya kegagalan kita? Dimanakah langkah kita yang menyongsang itu? Cari dan renungkan, supaya kita mampu cari titik di mana kita hendak bermula kepada SATU PERUBAHAN. 


Hendak menyalahkan orang lagi ka? Banyak salah kita sebelum tiba salah orang kan? 4 LAWAN 1. Kalah teruk tu. Bukan bererti setiap masa kita salah kan? Tapi tengok salah diri sebelum tengok salah orang. Apa pun, BERSABARLAH. Seperti Firman ALLAH,
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya." (Surah Al-Ma'aarij : 5)

MuhasabahKesabaran + Redha = Kesyukuran Yang berakhir dengan Kesayangan ALLAH. 
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(QS.An NAhl : 96).


Note :: Hidup ini mudah sekiranya kita benar-benar berserah kepada ALLAH. Bukan bererti kita menolak bulat-bulat dan berkata tidak kepada usaha. tapi kita serahkan segala dengan satu lafaz "dari nya aku datang dan kepadanya aku kembali". yakni sedar yang yakin yang tanggungjawap kita sebagai Khalifah adalah untuk mentadbir alam dengan baik. Maka dengan sedar, kita juga secara tak langsung tertakluk sepenuhnya kepada ketentuanNYA, juga sedar yang tiap kejadian itu terselit banyak hikmah yang bila satu hari nanti terdedah, kita mungkin menangis mengenangkan betapa ALLAH SAYANGKAN KITA!! Sebab itu DIA takdirkan perkara yang kita takut tu berlaku.

Monday, 27 June 2011

Manja itu merosakkan

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca,

Nadh baru tengok berita ni, mengenai kes seorang cikgu yang dicederakan dek kerana menghukum seorang budak tahun empat yang mencederakan rakan sekolahnya. 

Lepas tu bapanya penumbuk cikgu tu. Dan mengugut untuk mencederakan cikgu tu lagi, dan ibu budak itu pula mengugut dengan parang. 

Perkara pertama setelah Nadh dengar adalah SubhanALLAH.. Kenapa? 

1. Apabila ada pihak ketiga yang masuk campur dalam soal pengajaran di sekolah, secara automatiknya akan menjatuhkan kredibiliti seorang cikgu. Nadh tak nafikan ada juga cikgu yang over dalam bab ni, tapi tak kurang juga yang betul dalam menghukum anak muridnya. 

2. Merosakkan anak. Betul ka anak dia tu tak bersalah? Kalau anak itu tak salah tu tak apa la, kalau salah? Tindakan tanpa siasat ni mendatangkan keburukan pada si anak satu hari nanti. Nadh ada seorang sepupu cikgu yang pernah kena sound bapa muridnya sebab dia hukum anak orang tu. Last masa jumpa dia sound, "kalau i tak tegur anak you, you nak ka anak you mati kepala kena potong dengan kipas?". 

3. Akan melahirkan golongan cikgu "hang nak belajar hang belajar la, taknak belajar hang boleh blah". Nadh sebutkan di sini, guru spesis ini akan menghasilkan anak murid yang ROSAK ! Yang bangang dan nakal akan terus dalam dunia mereka, dan yang baik sahaja akan dijaga guru-guru. Sebab guru tiada kuasa nak menegur. 


Note :: Mungkin zaman sekarang dah tak macam zaman Nadh dulu. Mama n Ayah pergi sekolah, gtau cikgu, "kalau anak saya salah, hukum saja, tak payah risau nak denda ka apa ka". Tu zaman Nadh, zaman Mama n Ayah dulu lagi la, rotan besar punya dekat Tok Guru, nakal ka tak pandai mengaji ka, akan kena rotan. Sebab tu zaman tu anak-anak BERGUNA, HORMAT ORANG TUA, Sekarang?? 

"Manja merosakkan, berhati-hati lah.. "

Saturday, 4 June 2011

Issue Retiss Maki blogger

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi-pagi dah bikin panas kan? Nadh terbaca satu entry by KSP pasai kes videoclip ala-ala luar negara dan pembuat dia MAKI orang yang KUTUK video clip tu. 

Its been time for me to start the talk. 2 hari Nadh diam bila ada issue terutama kes HUTANG dan kes DARA. sebab yang tu Nadh tak leh nak cakap pape, sebab bagi Nadh yang tu ada sesuatu yang Nadh tak patut sentuh, tapi kes ni Nadh PERLU sentuh sebab kaitannya dengan Akidah kita Umat Islam. 

Hairan, bila ada yang MEMAKI orang, kerana apa yang dia hasilkan. Nadh sedih sebenarnya, sebab dia berani plak nak MAKI orang yang beri pandangan pada dia. Hello enchik, if ur vlip is something that BETTER, people WONT SAY A THING OKEH. but ur show present bout HOW CHEAP WE ARE and HOW STUPID WE ARE BY TRYING TO FOLLOW THOSE KAFIRUUN.

I leave you with this, (I BOLD IT, ITALIC AND BIGGER FONT). Bukan pada dia yang akan membaca (mungkin) tapi pada SEMUA YANG ADA.. SILA RENUNGKAN APA YANG NADH CATIT KAT BAWAH NI... 
" SESIAPA YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM, MAKA DIA DALAM KALANGAN MEREKA " (HR Anas Bin Malik)

NOTE :: Sekiranya KAFIRUUN yang kamu ikut, Maka kamu tak ubah seperti mereka, dan paham la sendiri ya, dimana tempat KAFIRUUN tu di kemudian hari, INSAFLAH, YANG SEPATUTNYA DIIKUTI ADALAH KAMU YANG MEMBAWA PERUTUSAN ALLAH DAN DIUTUS SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI. NAUZUBILLAH... MOGA MENDAPAT PERINGATAN DAN BERTAUBAT ATAS APA YANG KAMU DAH LAKUKAN TU. TINGGALKAN PERKARA TU DAN MOHON KEMAAFAN DARI ALLAH.  (tambah bila kamu membangga dan mengutuk yang menegur akan kerana perbuatan kamu tu Nauzubillah..)

NOTA LAGI :: Ini balasan buat kita Umat Islam kerana memberatkan sangat HIBURAN. Sama-samalah amek iktibar. T.T

Buta+Pekak+Bisu=CINTA