Followers

Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Tuesday, 25 October 2011

delete dan copy lepas tu paste

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, Nadh baca satu status FB, ada seorang tu kata, dia kalau mampu diulang dia mahu mengulang masa lalu, kalaulah memory otak seperti memory dalam komputer yang mampu di didelete, dia nak wat macam tu jugak.

Sesetengah kita berpendapat macam tu, nak mendelete memory yang ada bila kata apa yang diinginkan itu tak mencapai matlamat, apa yang di mahukan tidak dikecapi,  malah nak plak la mengulang masa lepas supaya tidak berlaku perkara ini di masa hadapan.

Meh Nadh nak share apa Nadh rasa tentang diri kita dan memory komputer, kenapa dia berbeza dan sampai bila-bila akan kekal berbeza. 

Memory komputer, seperti yang kita tau, ada simpanan, apa yang disave, akan ada didalam tu. Selagi mana kita tak delete, selagi tu memory tu ada dalam tu. Tapi sekarang dengar cita dah ada software yang leh recover balik file-file yang kita dah delete. (Nadh pun tak tahu tapi orang la bagitau Nadh. )

Memory kita, dah ada. Kenapa tak boleh nak delete ya? Ada la sebabnya ni. 
1. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datang nya istimewa kta ni sebagai Umat teristimewa manusia yang ALLAH perintahkan makhluk-makhluk lain tunduk kepada dia yang membawa kepada peristiwa derhakanya Syaitan satu msa dahulu.


2. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, dapat bayang tak? semua orang boleh mendapatkan memory-memory orang lain. Contohnya, kenangan Nadh, Nadh dapat share dengan para readers hanya dengan copy dan paste, lepas tu semua orang leh dapat apa yang Nadh pernah rasa. Tapi soalnya, PENGALAMAN TU SEMUA ORANG DAPAT KA?


3. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, mana nak datangnya istimewa seseorang manusia. Sebab semua kita boleh SHARE. Malah dapat rasa yang sama. Rasanya yang banyak Pengalaman tu paling rugi, sebab semua nak copy- paste Pengalaman dia. Masa tu tak perlu Nadh nak g Pulau Sipadan lagi sebab nanti leh ambil memory tu dari Boss, then tak perlu la Nadh nak pergi Korea sebab yang tu leh ambil dari Jiran Nadh.


4. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, masa tu semua manusia akan jadi kaku. jadi ngeng, jadi ngok. Semua main copy dan paste, senang la nak program, cakap ja macam tu, jadilah dia. Rasanya tak ada yang kenal erti salah, sebab semua dah betul. (takkan kita nak ambil yang salah nak copy paste kan? )


5. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita tidak belajar apa-apa dari hidup. Sedangkan kehidupan itu sebenarnya satu pembelajaran yang sangat menyeronokkan sekiranya kita tahu menghadapinya. Kalau dari satu masa kita belajar untuk makan, akan adalah pengalaman, tumpah makanan, minuman terpercik ke baju, nasi melekat di bibir, berbagai lagi yang satu hari bakal dikenang.

"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim " (Al-Imran : 140)


6. Kalau semua semudah delete dan copy lepas tu paste, kita bukan manusia NORMAL. kerana sebagai manusia kita belajar dari setiap kenangan, dari kenangan kita terkenang dan dari sana wujud kemanisan hidup. Kita ada kenangan, yang indah itu menjadi ingatan kekal, yang tidak juga sama, dari sana sebenarnya terbentuknya siapa kita di masa depan. Kain putih itu dicoret dari ibu dan ayah, tapi bila sebaik kita yang memegang pena dan warna nanti, kita mencorakkan siapa kita juga.

"Orang yang paling mengenal bahagia itu adalah yang pernah satu ketika belajar dari kesedihan, yang terlebih mengerti gembira adalah manusia dengan rasa derita dan duka satu masa dahulu, bila ditanya mengenai kejayaan, pastilah si dia yang pernah gagal faham lebih akan rasanya, mereka inilah yang paling mengerti, yang paling mengerti dan menghargai gembira, bahagia dan berjaya!! "

Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah s.w.t. perbuatan buruknya seta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Muttafaq alaih)

Oleh itu, bersyukurlah sebab kita bukan memory computer, kita adalah manusia, kita belajar dari pengalaman, kita belajar dari kegagalan, kita bangun dari kejatuhan. Satu persatu kesabaran dan kegigihan kita menghadapinya akan satu hari memanfaatkan kita semula.

Monday, 18 July 2011

2:27 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Malam yang sayu kan? Dan 2:27 AM, tapi belum punya rasa mahu melelapkan mata Nadh ni. Lepas tu, tercari-cari satu folder bertulis DEM CREWZ dalam lappy. Tapi tak berjumpa. Lepas tu tangan tercari-cari external putih kesayangan.

Data dicari dalam From E folder. dan jumpa gambar kenangan dalam tu. Satu per satu gambar dibuka. Dan mengimbau kembali nostalgia kisah kegemilangan DEM CreWz satu ketika dahulu. Sebak plak hati ni. Entah kenapa sedih plak teringat sahabat-sahabat Nadh tu. Nadh mungkin rindukan mereka sangat-sangat kot. Kisah yang dah berlaku, memori yang dah tersimpan, dan hubungan yang dah terjalin tu, meninggalkan kesan dalam jiwa kan?

Mereka terbaik, banyak sangat yang berlaku sepanjang tiga tahun tu, Nadh happy mengenali mereka semua. Dah 3 tahun berlalu. Semua dah bawa haluan masing-masing. Walau masih berhubung, tapi tak mungkin akan kembali saat terindah yang pernah berlaku tu kan?

 Kenduri adik Paklan

 OUR farewell Party T.T

 Macam tak pernah naik ketapi benti kan? agagagag

 Lepas habis LAB. Apa lagi, posing la. 

 Pantai Merdeka. 

 Heyyy.. Smart kan suma? Ni masa class kena paksa pakai tie n kemeja.

 Trip to Qlate-Ganu.


Its Our Day. Gosh i miss this time.

Our Last Meeting - Kenduri Pak Lan

Mendoakan mereka semua akan sentiasa berada dalam jagaan NYA. Nadh rindu semua.Moga ALLAH pelihara semua dari kerosakan dunia dan pertemukan semua dalam Taman-taman Syurga satu hari nanti.

Tuesday, 5 July 2011

MENCIPTA SEJARAH BARU

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Topik pagi Nadh hari ni adalah SEJARAH. Ada sesiapa tak yang minat subjek ni masa dekat sekolah dulu? Setahu Nadh kan, subjek ni antara yang paling dibenci di kalangan student sebab kena hafal dan ingat fakta yang banyak tu. Subjek ni dikira sebagai subjek paling menyampah, dan selalunya nak naikkan semangat ada 1 ja, cikgu yang cantik atau cikgu emsemm yang mengajar. (hihi.. :P )

Aduii, Nadh da melalut dah ni. Okeh, sambung balik, mengenai SEJARAH. Apa yang anda paham tentang SEJARAH? Kisah lalu yang menunjukkan asal usul kita. Betul tak? Apa lagi? sila tambahkan. Tapi Nadh nak sebut tentang MENCIPTA SEJARAH BARU. (Note : INI ADALAH ENTRY CHENTA CINTUN)

Siapa tak ada sejarah silam kan? yang manis, yang terlebih manis macam ladang tebu, yang pahit, yang tak best, semua ada la. Sejarah ini baik, tapi tak kurang juga mendatangkan keburukan kepada kita. Contohnya, sejarah menghalang perjalanan kita. Selalunya sejarah tak baik akan menakutkan kita untuk kedepan, tak kurang juga sejarah baik yang akan menjadi titik perbandingan untuk kita kepada masa depan. 

Keburukan sejarah dan kebaikan sejarah lama ini sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan kita sebenarnya, Kenapa perlu dikenangkan sejarah lama? Bukankah sejarah tu telah tercipta. Sekarang sejarah tu dah berlaku, dah masuk dalam ARKIB HIDUP. Bermakna sekarang KITA PERLU CIPTA SEJARAH BARU.

Tips Mencipta Sejarah :

1. Keluarkan yang terbaik dalam diri kita. Mungkin satu masa dulu kita pernah jadi yang TERBAIK pada pandangan kita, Tapi, BUKANKAH PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN KITA. Jadi itu merupakan BUKTI TERBAIK yang kita sebenarnya DAH JADI LEBIH BAIK DARI DULU. 

2. Sejarah baik dijadikan BENCHMARK kita. Cuba pastikan yang kita jadikan yang baik itu sebagai SEMANGAT UNTUK JADIKAN KEHIDUPAN SEKARANG BAIK DARI DULU.

3. Sejarah silam adalah hasil tapisan fikiran kita. Adalah baik sekiranya yang tak baik itu kita jadikan sempadan, agar ianya tidak berulang di masa depan. NOTE : PASTIKAN KITA TAK JADI BURUK MACAM SEJARAH KITA DENGAN MENGULANGINYA. 

4. Belajar melupakan. Terbukti, kita takkan dapat melupakan sejarah, sebab dia pernah jadi sebahagiaan dari hidup kita. TAPI melupakan yang Nadh maksudkan adalah, ANGGAP IANYA TELAH BERLALU. Ingat, "Kita tak hidup untuk masa lalu, tapi kita hidup untuk masa depan. "

5. Belajar memaafkan. Dalam tak sedar, tidak memaafkan ini merupakan salah satu penghenti kepada perjalanan kita. Belajar memaafkan, mungkin si dia bersalah tapi tak erti semuanya perlu dia tanggung, mungkin juga dari kita juga yang menyebabkan perkara berkenaan berlaku. 

6. Muhasabah diri. Kenal pasti kekurangan, silap kita sebelum menyalahkan orang lain. Selalu buat macam ni. "ALLAH tak hilangkan matahari saja-saja melainkan dia nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "


NOTE :: Tinggal dengan mengimbau sejarah? sila lupakan.. Dalam hidup, nak mula baru itu yang susah, tapi sebaik bermula, ianya akan jadi menarik. Bermulalah sekarang, kalau tak mula sekarang, bila lagi kita nak bermula? All the best semua.

Monday, 22 November 2010

Nite of memories recalled

Smbil2 mendengar lagu Kitaro - Caravansary(Credit to abg Pion for the song)..
lagu ni wat aku terimbas kembali pengalaman lalu..
apa y pernah n dah aku lalui sepanjang 24 tahun aku bertapak di atas muka bumi ALLAH ni..
dari zaman nakal, ke zaman slow down, n skg berenjak ke zaman dewasa.
banyak pahit manis da dilalui..
dari masa aku di bawah, naik ke atas, dan turun keparas y paling bawah sekali..
mula dari aku 0, hingga mula menambah nilai2 dalam diri.
dari tiada apa.. hingga pengumpulan sedikit dari sedikit ..
dari tanah yang lapang, mula menjadi bukit, hingga ke gunung..
semuanya sangat indah sebenarnya..
diimbas zaman kejatuhan, apa sebenarnya semua ni..?
inilah hidup.. kita tidak selamanya berada di atas..
jika ini y dinamakan nikmat, kenapa tidak kita baca kejatuhan kita itu juga sebenarnya adalah satu nikmat.. nikmat mempelajari hidup..
dari satu ketika kosong, menjadi matang..
inilah yang dinamakan hidup..

sepertimana tadi..
bercakap soal kehidupan ng abg shafiq..
kenapa kita hari ini diuji..
kata ayah dia.. dia ada semua, kepandaian, bakat, kerajinan, malah baek sebab selalu menolong org.. tapi sygnya.. dia tidak mengingati ALLAH.. kamu itu adalah pemimpin, kesilapan orang-orang bawahan kamu itu akan dipersoalkan keatas kamu kerana tidak menegur..
dan aku menambah,
inilah yang dikatakan perbezaan diantara kita ng orang kafir abg..
DIA beri nikmat kepada mereka.. sebab depa rajin.. tu zat dia Ar Rahman Maha Pengasih..
dan kita lebih manis.. kita dapat Maha Penyayang ( Ar-Rahim)..
kita dapat nikmat ISLAM dan IMAN..
apa lagi perbezaan kita ng depa..
As- Solat.. kenapa dia kata perkara pertama yang bakal dihisab adalah As-Solat?
sebab As-Solat tu adalah TIANG AGAMA kita..
dan inilah y beri kita beza ng org kafir..
depa wat la apa pn.. tapi tadak macam kita, ada PAHALA dan SYURGA..
aku syukur sebenarnya..
Abg aku ni da sedar sumthing.. dia kata.. pasni.. kat opis, kita akan wat solat jemaah sama2 bila da masuk waktu..
seriously.. bergenang air mata aku membaca penyataan tu..
sebab bagi aku.. tu la nikmat sebenarnya..
Aku syukur sangat..
ALLAH tu MAHA ADIL.. MAHA PENYAYANG,.

YA ALLAH, kau bantulah kami YA ALLAH.. bawalah kami semua ke jalan y sebenar2 kau redha.. tiupilah "nur" kedalam hati2 kami.. agar kami berbalik kepadaMU YA ALLAH, berilah kekuatan, agar kami mampu istiQamah dalam usaha kami ini, agar dapat mencapai sebab asal kenapa kami semua dihidupkan, diberikan peluang di Muka Bumi MU ini.. agar dapat kami menjadi Khalifah Mu, Ya ALLAH.. Amin Yarabbal Alamin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA