Followers

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, 12 February 2015

Adakah aku ahli akhirat?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu zaman dahulu, antara seorang guru dan anak murid nya la alkisahnya ni. Waktu tu tiba tiba anak murid bertanya kepada guru.

" wahai guru, aku ni tergolong dari golongan mana? Ahli dunia ka ahli akhirat?"

Guru terdiam. Lagi tersenyum. Lantas anak murid bertanya lagi dan lagi. Mahukan jawapan. 

Lalu dijawab oleh gurunya. 
"Baiklah, kamu jawab soalan ini dan ia bakal menentukan kamu itu adalah golongan mana"

"Setuju" balas si murid

"Andai kata kuberikan kepada kamu sesuatu, contohnya duit yang banyak, adakah kamu akan berasa gembira?"

Lalu dibalas anak murid nya, "sudah tentu aku gembira, bukankah itu satu pemberian darimu. "

"Bagus, kemudian aku arahkan kamu hadiahkan semula apa yang telah kuhadiahkan kepadamu itu kepada orang lain, apa perasaan mu?" Tanya si guru lagi. 
 
Si murid terdiam. 

Lalu disambung oleh guru,
"Andai kata sewaktu kamu menghadiahkan apa yang dihadiahkan kepadamu itu, kemudian perasaan kamu, lebih gembira bila menghadiahkan dari sewaktu kamu menerima pemberian itu, itulah dia ahli akhirat."

Wahai readers, adakah kita punya perasan seperti itu?

Tepuk dada, tanya iman. ;)

Saturday, 1 November 2014

Bus kehidupan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Jam 1:55 petang. Atas bus Transnasional menghala ke Alor Setar, jangkaan bergerak jam dua, bermakna lagi lima minit untuk bus bergerak menuju lokasi yang dituju. Dalam bus sambil dok termenung tu terfikir sesuatu yang rasa saya mungkin boleh juga kita tenung tenung renung renung sebentar. Moga ada manfaat nya. 

Bus dan tujuan. 

Bila sebut naik bus ja mesti dah tahu yang kita sememang nya tertakluk kepada driver. Kemana hala tuju nya, kemana perginya, dan dalam segala hal adalah berkaitan adalah dia. Katakanlah dia bawa macam setan, tak jaga keselamatan, sudah pasti yang dapat panggu nya kita, yang mana hanya menurut sahaja didalam bus tu. Dalam hidup kita, ada ketikanya didalam kita menempuh jalan harian kita, kita juga seperti driver. Jadi sudah semestinya kita ada penumpang. Bayangkan kita sebagai 'pemandu' telah salah jalan, telah memandu dengan tidak berhati hati, pasti penumpang juga dapat balasan nya. Mana tidaknya, bila eksiden dia tak pilih kerusi mana nak kena, tapi semua yang ada bakal terlibat. 

Kedua. Waktu memandu, katakan la sesuatu datang dihadapan kita, ianya akan melanggar kita, adakah kita bakalan membiarkan ia merempuh kita, dah pasti kita akan ubah haluan supaya yang dilanggar bukan kita, mesti kita nak selamatkan diri kita dahulu kan? Jadi waktu rempuhan tu, mungkin kena la kat tempat lain, bahagian tepi bus ka, belakang ka, mungkin di mana mana sahaja. Dipendekkan cerita, kita akan selamatkan diri kita dahulu baru kenangkan orang dibelakang kita. Soalnya didalam hidup, bukankah kita punya amanah? Sejauh mana kita menjadi 'pemandu' yang beramanah? Adakah kita akan terus terusan menolak amanah yang kita pegang untuk diri kita? Ada ketikanya kita perlu fikir bagaimana menyelamatkan amanah kita, baru kita fikirkan diri kita. Pernah dengar tak orang cakap "nasib la driver mati, kalau tak jenuh nak menjawab nanti". Sama situasi nya. Kita pilih meninggalkan amanah untuk diri, tapi sebenarnya lepas apa pun yang berlaku kita pasti akan disoal untuk apa yang berlaku. Mungkin kata disini terlepas, tapi di sana nanti, tak ada satu bahagian tubuh pun yang akan berdiam diri, malah menjadi saksi kuat yang mengaku tiap salahnya perlakuan diri ketika didunia.

Lagi, bila kita dalam bus ni, kita pun tak boleh nak suka suki ikut kepala kita, contoh, jalan jammed, boleh ka kita nak arah driver ikut jalan shortcut ka, sudah pasti tidak kan? Sama lah didalam hidup. Ada ketikanya kita punya pilihan pilihan yang banyak, lebih lebih lagi pilihan yang kita suka. tapi ada ketikanya kita perlu mengikut sahaja pilihan yang dah ditetapkan. Dan dalam konteks kisah ini suka saya nak ambil bus dan driver sebagai satu satunya pilihan yang ada. Tempat tujuan itu syurga yang abadi. Bus sebagai salah satu jalan nak menuju ke sana. Dan driver sebagai penunjuk jalan ke sana. Kita tak boleh nak tunjuk lain walau mampu tapi ambil dan ikut sahaja. 

Begitulah dalam berbuat keputusan juga. Kita rasa best dah apa kita pilih, tapi kita tak tahu kan sama ada kita dah pilih sesuatu yang salah. Macam juga dalam bus ni. Kita suruh driver ubah haluan. Tapi kita lupa, dan terabai jalan atau haluan penumpang yang lain. Bayangkan dalam driver mengikut kita, ada penumpang lain ingin turun di tempat lain, bukankah dalam kita seronok memilih kita dah susahkan penumpang lain yang sebenarnya menuju ke tempat lain? Nampak kan bagaimana sikap mementingkan diri kita tu dah effect jalan orang lain? 

Point lain. Sebagai penumpang. Adakah kita mampu didalam satu bus, yang dah ada tempat tujunya tiba tiba melompat ke bus lain dan memaksa dia mengikut jalan kita? Tidak mungkin bukan. Setiap satu bus sudah ada jalan jalan yang dah pun ditentukan buatnya. Tak mungkin tiba tiba kita hi-jack bus lain lepas tu paksa dia ikut kita kan? Sama dengan hidup kita, tak mungkin kita buat sesuatu dengan mengubah jalan yang dah ditentukan tu. Sewajarnya kita mengikut haluan yang sudah diberikan. Tak mungkin kita kacau laluan bus lain tu, hanya sebab nak ikt kepala kita. Betul tak?

Akhir sebelum menutup bebelan saya petang petang ni. Suka saya ingatkan diri saya juga yang membaca bahawa jalan mana pun yang dituju, keputusan apapun yang dibuat, pilihan apapun yang diambil, tak ada jalan lain yang kita ada melainkan pulang ke jalan yang dah ditetapkan. 

"Inna solati, wanusuki, wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin. "

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. 

Selagi mana Dia menjadi satu satu tempat teratas dalam hati, jangankan  sebagai driver, sebagai apa pun kita di muka bumi ni, pasti tak akan tersasar. 

"Selagi TuhanMu ada, takkan engkau tercela"


Abi Uwais
14:42 
Sungai Petani

Wednesday, 19 March 2014

Ada apa dengan kita??

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru baru ni, di masjid, khatib dalam tazkirahnya sebelum khutbah Jumaat ada ceritakan tentang jemaah kita kat Malaysia ni. Bagaimana entengnya kita pandang meminta dari ALLAH ni.

Katanya, kan kita dah berbulan tak hujan. Bumi panas, sangat panas, kemudian, bersama dengan jerebu lagi, sangat teruk, tapi bila jemaah diajak buat solat minta hujan, berapa kerat sahaja yang hadir. Hadirkan diri meminta pada ALLAH tak mahu, tapi boleh plak lepak kedai kopi minum minum. Ada apa dengan kita ni?

Mujur dalam kekecewaan dia tu, ada satu keluarga hamba ALLAH ni, orang luar kawasan tak silap dia cerita, waktu dia lalu, dia nampak ramai di padang,terus di tanya pada mereka, buat apa ni? Sebaik mengetahui jemaah nak buat Solat Istiqsa', dia pun panggil ahli keluarganya untuk turut sama menunaikan solat istiqsa' ni.

Boleh bayangkan tak keadaan kita? dah jadi macam itu pun kita masih lagi nak menidakkan apa yang jadi. Ada juga lah yang komen, "ini bencana alam." tapi kalau ALLAH kata TAK, adakah bencana alam ni nak jadi? Bukankah setiap apa yang berlaku adalah dari izin ALLAH?? DAN, dengan bencana yang tak berkesudahan ini, bukankah ada satu 'MESSAGE' yang SANGAT JELAS sedang memberitahu kita yang ALLAH sudah mula murka dengan tingkah laku kita?


Dan kita pula masih lagi mengabaikan peringatan ini?

Atau, masih adakah yang menunggu sampai tiada air langsung untuk mandi? bertayamum untuk bersolat. Adakah ketika itu baru nak sedar?

Renung renungkan.

Saturday, 8 March 2014

Perihal dosa

Assalamualaikum dan dalam sejahtera pada yang membaca.

Saya nak share apa saya dapat dari khatib semalam masa khutbah jumaat. Khatib kongsi tentang mempercayai perkara ghaib. Apa kepentingan nya. 

Kita ambil contoh DOSA. Berapa ramai yang tahu apa itu DOSA? Saya rasa kalau saya tanya semua boleh jawab, jangan kata orang dewasa tapi anak anak kecil pun tahu itu dosa. 

Tapi kita tak nampak. Kita tahu ada dosa dan pahala. Tapi adakah kita menjauhinya? 

Khatib relate dengan reality apa yang kita nampak. Wang ringgit. Harta kekayaan. Juga pangkat. Semua tu nampak. Dan itu buat kita manusia terkejar kejarkan. Sedangkan ianya hanyalah sesuatu yang bersifat sementara.

Begitulah kehidupan. Bila yang sepatutnya kita pegang kita lepas. Kita takutkan dosa. Tapi tak takut berbuat dosa. Sebab kita tak nampak. 

Andai kata dosa itu berbau, andai kata dosa itu bolh dilihat, pasti kita sudahpun dijauhi kerana banyaknya ia yang terpalit pada kita. 

Jalan nya apa? Bertaubatlah~~ 

Tuesday, 4 March 2014

Kekalahan yang manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kekalahan yang manis. 

Semenjak jadi trader ni. Saya selalu jumpa menda ni. Kekalahan yang manis. Hihihi 

Kekadang terasa ayat ni macam sekadar penyedap hati tapi sebenarnya tidak. 

Hari ni saya jumpa lagi menda ni. Tatkala diri menutup kekalahan yang agak besar, tapi dipetang hari dikejutkan lagi. Wowww. Rupanya analysis tepat saya dah buat tadi. Syukurlah.

Tak mudah sebenarnya dalam dunia ni. Tapi cam kita suma tahu la, high gain, high pain. tu reality dalam dunia ni. dan macam saya berminggu ni macam kena sepak berkali kali ja. sadis betul. Di mana silapnya saya?

Renungkan diri balik, check mana salah, mana silap, ada la tu di mana mana. Cuma kena cari dan betulkan balik kat mana tempat tu.

Bila bercakap bab kekalahan yang manis ni, selalu jadi. Mana tidaknya. kita dah analisis tepat dah, sekali tak jadi. tapi akhirnya dia jadi jugak kan? Saja je market ni nak bagi kita jiwa kacau seketika kan? ehehe.

Dalam hidup plak, apa dia kekalahan yang manis? sebenarnya tak ada pun kekalahan dalam hidup kita. sebab semuanya adalah kemenangan. tapi dengan satu menda la, bila semua perbuatan kita  buat dengan niat LILLAHITAALA, walaupun kita terkono ka apa ka, saya suka nak considerkan ia sebagai kemenangan.

Sebab ALLAH dah sediakan jalan yang terbaik dalam hidup. saya ambil contoh mudah ya? Seorang penjenayah. di mata kita dia seorang yang gagal, sebab dah buat salah, buat jenayah, bunuh orang la apa suma kan? tapi selepas di hukum kita tak tahu pun dia dah insaf, dia dah jumpa jalan yang baru untuk dia ikut, iaitu jalan kebenaran, jalan yang ALLAH dah sediakan buat dia. Selepas dari tu, masa menjalani hukuman, dia bertaubat kepada ALLAH, dan sebelum dia dihukum mati, dia dah pun serahkan semuanya pada ALLAH. Dengan hati yang ikhlas insaf kepada ALLAH, bertaubat, suma dah ada. Bukankah ini kejayaan? kejayaan terbesar bagi saya. sebab kembali pada ALLAH dengan hati yang sejahtera yakni dengan keampunan ALLAH.

"Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." (surah Ali 'Imran 135-136)
Mudah mudahan, kita juga akan kembali pada ALLAH dengan hati yang 'sejahtera'. 

Friday, 28 February 2014

Redha

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Salam jumaat readers. Hari jumaat yang indah. Walau didalam nya terselit cerita sedih, tapi bangkitlah. Teruskan berusaha menggapai awan. Moga ada jalannya. Yakin dan terus yakin kerana ALLAH pasti beri andia usaha anda dah dimulai. Yakin pasti!

Dalam hiruk pikuk kesibukan jumaat ni sukacita saya menaip demi berkongsi apa yang saya hadap hari ni. Mungkin berat bila berbicara soal wang, tapi hakikat tu langsung tak lari dari kita. 

ALLAH dah atur semuanya baik bagi kita. Atas sebab itu saya berusaha mematangkan diri, meyakinkan hati yang kegagalan sbentar tadi beserta hikmah yang mungkin bukan hari ni saya sedar tapi mungkin saya mengerti juga satu hari nanti.

Didalam menghadapinya, positif sentiasa menjadi pembantu disamping redha yang sememangnya punya kuasa yang hebat dalam melegakan hati yang gundah. Betul saya cakap. Bila hadapi sesuatu yang tak baik bagi anda, cubalah sabarkan hati, belajar redha dengan apa yang jadi. Pasti anda akan terasa lega. 

Nak lagi power, anda ambil ayat ni, ini kunci paling power untuk redha dan positifkan diri. 

"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah :216)

Selamat mencuba. 

Thursday, 20 February 2014

Kisah Rumput dan Akarnya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sibuknya saya hari ini. Hihihi. sibuk di pejabat pada pagi nya, kemudian training sampai petang. Kemudian akhirnya balik awal (woww best), last sampai rumah, berehat aja, kemudian keluar balik bawa mama ke kedai cari barang nak masak esok dan Jumaat.

Apa yang bestnya hari ni akan saya kongsikan dalam entry di hari lain ya, mengenai 8D, 8 Discipline in problem solving. Menarik bunyinya kan? ya memang sangat menarik sebenarnya sebab menda baru ni saya rasa bukan hanya dapat diaplikasikan dalam tugasan, tapi sebenarnya banyak kegunaan nya. Cuma apa yang dapat saya rumuskan dari apa isi dalam training ini merupakan "Bagaimana kita nak pastikan masalah tidak berulang lagi."

Menarik sebenarnya jika hendak dirungkai satu per satu, tapi hari ni biarlah ianya saya rungkaikan dari pandangan kehidupan. Dan hari lain saya akan buat entry khas mengenai  8D yang saya belajar tadi.

"Bagaimana memastikan permasalahan yang kita hadapi hari ini tidak berulang lagi. "

 
Ada satu peribahasa cina yang dikongsikan pagi tadi, jika kita hendak memotong rumput, jangan dipotong di bahagian atasnya (daun) tapi potonglah dari akar. Apa yang ingin disampaikan dari peribahasa ini? dia ingin beritahu kita bahawa, jika ingin menyelesaikan masalah, kita tak boleh tackle dia dari permukaan tapi kena lihat dari sudut yang lagi dalam iaitu dari dasarnya. Seperti memotong rumput, hari ini kita nampak dia, kita potong dia. lagi 2 minggu atau mungkin seminggu lagi dia dah berada pada aras yang kita potong pada hari ini. KENAPA?

Ianya kerana kita hanya tackle bahagian atasnya. PERSOALANNYA, selesai tak tugasan kita?

YA selesai. Kita selesai tugasan menghilangkan semak yang kita lihat kan?

TAPI ADAKAH SELESAI SEMUA MASALAH KITA?

Secara teknikalnya kita menyelesaikan masalah juga, tapi bukan dari dasarnya yang mana sekiranya kita buang dari akar, kemungkinan besar tak akan tumbuh lagi rumput tadi. ya selesai masalah awal, bila mana ianya ditegur dan kita dah potong pun, tapi sampai satu masa dia naik balik. masa ni kita kena lagi buat perkara yang sama kan?

Begitulah hidup. Bagaimana kita nak selesaikan maasalah dari berulang lagi?

Jawapannya mudah. ALLAH.  kenapa saya sebutkan ALLAH? sebab ALLAH dah bagi Rasulullah SAW, dikirimkan lagi kepada kita AL Quran kemudian diperincikan dengan As Sunnah, sebagai ikutan kita, yang akan berkekalan sampai ke hari akhirat. Tapi kenapa diambil menda lain jadi sebagai penyelesaian?

Jika hari ni kita kata undang undang menyelesaikan. FIKIR BALIK. kenapa saya cakap fikir balik? Seandainya ada UNDANG UNDANG sahaja, tapi tak ada ALLAH, tak mungkin juga undang undang dapat dilaksanakan dengan baik.

KENAPA?? Hati yang tanpa ALLAH akan ingkar, tapi hati yang ada ALLAH, TAK MUNGKIN akan berbuat salah walau dalam apa cara sekalipun. Mana tidaknya. kita tahu ALLAH Maha Mendengar, kita tahu ALLAH Maha Melihat, kita pun tahu ALLAH Maha Mengetahui, dan akhir kita tahu ALLAH membalas walau sekecil kecil zarah sekalipun kemungkaran yang kita buat.

Berani lagi ka nak buat??

Wednesday, 19 February 2014

Menjenguk jenguk tepi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

"Ahhh.. Susahnya. Ahh Pedihnya.. Ahh kenapa aku yang diuji.?"

Mungkin pernah satu ketika kita menjerit. Berteriak dalam hati, kenapa kita? kenapa asyik kita? Kenapa? kenapa? kenapa dan kenapa?

Pernah jumpa dengan situasi ini tak?

Jawapan saya untuk situasi ini adalah jenguk jenguk tepi kita , lihat sekeliling kita. Jangan hanya melihat ianya dari sudut pandangan kita.

Termudah. Saya dalam situasi PJJ dengan isteri dan anak.

Teringat kisah yang Mama kongsikan dengan kami, ada seorang kenalan terdekat seseorang dari keluarga kami juga, yang mana isterinya sekrang berada di luar negara, bekerja di sana demi mencari sesuap nasi. Membantu keluarga keluar dari beban kenaikan yang semakin tak tertanggung di kala ini.

Dapat bayangkan tak? Kita yang ada dekat ni, boleh balik jumpa dalam sejam dua, mampu ke sana bila diperlukan, dan ada orang lain yang sekarang beribu batu jauh dari anak anak, pulang pula berbulan sekali, namun pilihan yang ada hanyalah kekal, demi untuk sesuap nasi, demi untuk kegembiraan semua, bukan hanya di lihat dari sudut pandangan sendiri.

Kegusaran saban hari, tinggal di perantauan, meninggalkan kesayangan jauh jauh dari mata. Yang ada hanya kenangan, yang ada hanya gambar gambar bukan dengan pelukan untuk meleraikan kesedihan tatkala memikirkan nasib diri di sana?

Itu satu situasi yang saya ambil sebagai pengajaran buat diri sendiri sebenarnya. Sebab untuk saya bersyukur dan sedar bahawa sebenarnya diri adalah sangat beruntung dari situasi orang yang saya sebutkan dari cerita diatas.

Dalam hidup, ada kalanya kita kena melihat ke bawah sambil sambil kita cuba menggapai awan tu. Kenapa saya katakan begitu? seperti apa saya ceritakan diatas inilah. sekurangnya kita tahu kita lebih beruntung, dan kita bersyukur kepadaNYA. Dalam mengejar redha perkara ini sangat penting untuk kita semaikan dalam diri.

KENAPA? sebab tanpanya kita mungkin bakal menjadi seperti layang layang yang dah mencapai awan, tapi ingin terbang tinggi lagi ke langit, tapi akhir sekali terputus talinya dan terbabas ke bawah tanpa dapat lagi dibantu. Mengejar dan mengejar, tapi lupa daratan, tempat awal kita bermula lagi.

Pernah anda dengar kan, tatkala kita menangis tidak dapat kasut yang mahal lagi cantik untuk dipakai, masih ada lain insan yang tak berselipar, mungkin lagi menyedihkan, TANPA KAKI.

Pernah anda terfikir, tatkala kita meninggalkan makanan, kerana alasannya tak sedap, di luar sana even ada manusia yang mencuri hanya demi mendapatkan sesuap nasi, ada yang mengikat perut, kasi pagi makan petang, kais petang makan malam, atau mungkin lebih teruk, MATI KEBULURAN.

Pernahkan anda terfikir, di waktu kita berduka tidak dapat pakaian yang diidamkan kerana tak ada atau mungkin habis stok, masih ramai yang berpakaian compang camping hanya kerana mereka tak mampu, malah mungkin ada yang terketar kesejukan, kerana mereka tiada pakaian yang elok untuk dipakai?

Bersyukurlah. ALLAH sedang mengatur yang lebih baik buat kita. Percayalah jalannya ada untuk kita. Bergembiralah dengan apa yang kita ada. Ianya mungkin JAUH JAUH JAUH LEBIH BAIK dari insan lain.


Mendidik Anak

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Jumaat lepas masa Khutbah Jumaat, khatib ada share beberapa perkara yang rasa saya agak menarik juga untuk saya sampaikan juga berkongsi dengan readers.

Dalam khutbah tu khatib ada sebutkan mengenai "Mendidik Anak" oleh Imam Al-Ghazali dalam salah satu buku yang dia tulis.

Antara perkara yang disebutkan dalam tu adalah.
1. Contoh ikutan
2. Pemerhatian dan meniru
3. Kelaziman atau kebiasaan
4. Ganjaran dan hukuman
5. Nasihat yang berpendekatan jiwa.

Berikut apa yang boleh saya sampaikan mengikut turutan apa yang disampaikan hari tu.

1. Contoh Ikutan. 

Yang pertama dalam hendak mendidik, perlulah dididik kita sendiri menjadi contoh yang boleh diikut. Jangan pula seperti peribahasa melayu kita, "seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"

Contoh mudah, Rasulullah SAW, bagaimana hebatnya akhlak peribadinya. Hinggakan walau sekecil kecil hal yang dibuat sebenarnya membawa mesej positif pada yang ada disekelilingnya. begitulah aura yang kita perlu ada. Menjadi Contoh Ikutan. Ambil Rasulullah sebagai contoh kita, hayati betapa indah perlakuannya, semat dalam diri kita, akhirnya pasti perkara berkenaan sebati dalam jiwa kita.

2. Pemerhatian dan meniru
Bagi yang dekat dengan kanak kanak, anda tentu perasan sesuatu tentang mereka yang mana mereka suka untuk mengikut kita dalam apa yang kita kerjakan. Tak perlu ambil contoh jauh, khalifah kecil saya tu sudah, hari tu Opah dia batuk, sekali dengan dia pun buat buat batuk, nak tergelak saya dengar akak sepupu dia tegur, "Uwais tiru Opah batuk ya." tersipu sipu pula dia senyum.

Apa yang pasti dari pemerhatian itu mereka cenderung untuk mengikut. Bayangkan yang ada kita buat itu contoh yang tak baik, tak mustahil itu yang bakal mereka ikut.

3. Kelaziman atau kebiasaan.
Bab kelaziman dan kebiasaan. Ambil contoh diri kita sendiri. Apabila kita dah terbiasa buat sesuatu menjadi rutin, bagaimana ianya akan jadi bila ditinggalkan? Mesti rasa kekok bukan? Atau sesetengah perkara yang sudah sebati dengan diri kita akan automatik mengingatkan diri kita bila tiba masa. Begitulah mendidik, jadikan perkara kelaziman itu sesuatu kebiasaan. Seperti solat, ajar mereka "BIASA" dengan solat, biasa dengan perkara perkara kebaikan semenjak dari kecil lagi.

4. Ganjaran dan hukuman
Yang baik diberikan ganjaran, yang buruk dan salah diberikan hukuman. Kadang kala ganjaran tak perlu bersifat material pun, mungkin boleh dialihkan kepada puji pujian kepada mereka, dalam menggalakkan mereka melakukan kebaikan, dan hukuman sebagai pengajaran, agar perkara yang tak baik itu dijauhkan.

 5. Nasihat
Nasihat terbaik adalah yang berpendekatan mendidik jiwa. Nasihat dengan kasih sayang itu sebenarnya sangat hebat kuasanya. Hati yang keras mampu dilembutkan. Benar bukan, teguran yang lembut, dalam masa sama memberi semangat, buatkan hati membuak buak berubah, namun apabila dibentak bentak, hati mula memberontak, langsung tak mendidik, malah lagi teruk hasilnya.


Dalam mendidik, saya tak perlu kaitkan dengan anak anak pun, sebab ini apa yang mampu kita sndiri buat. Contoh diri saya sendiri, satu masa dahulu mudah betul melatah bila dicuit, dan tiap kali melatah, keluar perkataan yang tak sepatutnya, walau bukan kata yang lucah atau kotor, tapi keluar perkataan "opocot". Lama kelamaan bila saya sedar, saya tukarkan perkataan itu kepada ALLAHUAKBAR. dan alhamdulillah, perkataan itu jadi perkataan yang mudah sekali keluar dari mulut setiap kali saya terkejut atau apa sahaja. Dari kebiasaan dan kelaziman tak baik ditukarkan menjadi perkara yang positif.

Sabda Rasulullah, :“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim)

Apa yang dimaksudkan di sini adalah apa yang dicoretkan, atau di bentuk ibu bapa itulah apa yang anak jadi. Baik kita, baiklah dia. bersama doa. InsyALLAH. kita hanya berusaha dan berdoa.

Kegagalan kita mendidik anak adalah kerugian besar yang tak mampu hendak digantikan dengan harta benda.

"Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (Al-Anfaal : 28)


Wallahualam


Wednesday, 24 April 2013

Kata Hamka

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam sejahtera readers. entry tengah malam hari ni. tak ada apa sangat. cuma nak share sesuatu.

Kata Hamka,
"Apa yang ada ini sudah harapan kita"

Apa yang dah ada ini harapan? apa harapan tu?

harapan kehidupan kita. harapan kita untuk kumpul apa yang kita mampu untuk menuju jalan ALLAH.
Apa lagi harapan yang kita ada? Harapan menjadikan hidup ini seindah mungkin. sebaik mungkin yang boleh kita buat.

tapi bagaimana?

S.Y.U.K.U.R.

kenapa syukur?
bila kita SYUKUR. kita tak lihat sesuatu di atas, tapi kita membandingkan hidup kita dengan yang berada di bawah.

dari sana kita belajar menjadi yang lebih baik.

benar bukan? kita tengok kata kita tak berdaya upaya. bila kita lihat orang yang tak ada upaya langsung, orang yang lumpuh, orang yang susah, orang yang cacat. dari sana kita belajar bahawa kita sebenarnya ada lebih , lebih dari apa yang kita bayangkan.

dan bila kita bersyukur, maka jadilah anggota kita itu anggota yang akan digunakan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik tu.


Mari melihat dunia dari dimensi AKHIRAT. ALLAH ALLAH ALLAH

Tuesday, 23 April 2013

Di mana dia khalifah?

Assalamualaikum. dan salam sejahtare pada yang membaca.

saya tertarik nak kongsi satu kisah yang saya bacakan dalam satu buku ketika saya dan isteri sedang menunggu giliran untuk checkup isteri. ianya mengenai seorang sahabat dan seseorang yang mencarinya.

tersebutlah kisah ada seorang yahudi ni datang nak berjumpa dengan seorang sahabat . dia pun tanya pada yang ada di tempat tu. bolehkan saya hendak berjumpa dengan sahabat ni? orang pun jawab pada dia, boleh. lalu di tanya di mana sahabat ini berada. dan dipendekkan cerita, dia diberitahu di mana sahabat ini berada. iaitu selepas zohor sahabat ini akan berehat di hadapan masjid, berhanpiran dengan batang kurma.

sepanjang dia dalam perjalanan hendak berjumpa sahabat ni bermacam macam bermain dalam fikiran dia. mesti lah sahabat ni duduk di istana yang mewah. kaya raya. sebab jawatan dia kan besar, sepadannya macam tu la keadaan sahabat ni. kena pula pada zaman tu adalah zaman kehebatan islam. dia yakin yang sahabat ini duduk di tempat yang hebat.

namun sesampainya dia di tempat yang diberitakan itu, dia terkedu sebentar. tidaklah apa yang di bayangkan olehnya ada di hadapannya. dia pelik. memang ada sepohon kurma di situ, tapi cuma sebatang. di bawah nya ada sesusuk tubuh seorang lelaki yang bertibuh tinggi tegap memakai jubah yang kusam. lalu dia bertanya kepada lelaki itu.

"bolehkah saya hendak berjumpa Umar Bin Khattab?" lalu dijawab lelaki yang tadi, ya sayalah Umar Bin Khatab.

si yahudi kehairanan. ditanya lagi sekali . saya hendak berjumpa Umar Bin Khatab, khalifah di negeri ini. katanya. lalu dijawab lelaki tadi, ya sayalah khalifah yang anda maksudkan. saya pemimpin negeri ini.

yahudi tadi berasa sangat takjub. bagaimanalah seorang pemimpin yang kaumnya berjaya, hanya rehat berlapikkan sehelai tikar dan berbumbungkan langit di bawah pohon kurma sahaja. dia pun selepas itu mengumumkan dia yakin dengan Islam, dan memeluk islam.

apa yang saya nak sampaikan mudah. betapa jika Islam itu menjadi tunjang di dalam kehidupan, tak ada apa yang teruk sangat pun. si pemimpin menjadi takut menggunakan apa yang diamanahkan untuk diri sendiri. lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar hanya berlapikkan tikar untuk berehat. berumahkan rumah yang buruk. langsung tak ada kekesalan baginya.

p/s : apa yang ada pada maju?  jika jiwa tak ditakluki dengan Iman dan takwa pada ALLAH? mengejar ngejar dunia sedang akhirat yang pasti sedang menanti kita , di lemparkan jauh ke tepi.

renungkanlah.


Note : petikan dari buku Ketika Malaikat Tidak Bersayap

Thursday, 7 March 2013

Jeep tak ada Engine.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca .

Saya jarang ada masa nak update entry coretan sendiri, tapi cuba cari menda yang penting yang mampu buat kita lebih mendekati NYA.

Jeep tak ada Engine.
Sumber : Facebook

Alkisahnya, Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... 




P/s : ALLAH tak ada nya yang Dia tak boleh.  Kita mulut kata Ya ALLAH Maha Berkuasa, tapi kekadang hati kita ni ragu ragu, tambah bila berkaitan hal yang kita takut. Ingat, Redha ALLAH 1st, baru kita tengok apa orang nak kata. Renungkanlah. :)

Wednesday, 6 March 2013

ALLAH ALLAH ALLAH jangan berhenti berharap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kita tak terlepas dari buat salah.
Kita tak pernah berhenti buat salah.
Kita tak pernah luput dari kesilapan.

Tapi ALLAH, tak pernah lupakan kita.



Iblis mintak supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Tuhan perkenankan doa iblis tu, padahal derhaka betul iblis tu, takkan lah hamba NYA yang solat tu minta dia tak bagi, tentulah dia bagi. :)

Wednesday, 6 February 2013

Kisah #Copy : Pengorbanan Seorang Isteri

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 
Hari ini ada sebab nya saya sibuk begini. Yayang tak sehat. Saya dalam perjalanan nak ambil Yayang di rumahnya,. Doakan kesihatan Yayang ya. Hurmmm. teringin nak menaip satu kisah buat semua, tapi sayangnya tak berkesempatan. Ni saya ada bersama lappy, bawa, kononnya nak naip masa atas bus, tapi tak kesampaian juga rasanya, jadinya saya kongsi saja lah kisah yang saya ambil dari dalam facebook. kisah yang dikongsikan isteri kepada saya. 
Kisah #Copy : PENGORBANAN SEORG ISTERI

Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
**********************************
Sebenarnya kisah ini datang bersama pengajaran yang paling penting untuk kita hayati dan kita muhasabah balik perhubungan kita. 
Iaitu mengenai kebahagiaan. mengenai perhubungan kita. Saya pendekkan, kita kata kita tak bahagia. kita tak seronok, kita tak gembira bersama mereka. Tapi sebenarnya kita yang salah, kita tak jadikan hubugan itu sesuatu yang menarik, yang bermakna. 
Ambil contoh sekeping syiling hitam yang sudah tak nampak rupa. Buruk dan sangat menggelikan. Mana tak nya, dah la hitam, berdaki plak tu, baunya, tak perlula saya nak cerita. Tapi kemudian kita ambil, kita cuci ia sedikit demi sedikit. Dari buruk seburuknya hari demi hari ianya kelihatan semakin bersih, lama kelamaan berkilat dan cantik. Usaha kita tu, walau sedikit, tapi lama kelamaan akan membuahkan hasil. Siapa sangka kan, syiling hitam yang buruk, akhirnya menjadi salah satu harta yang paling kita sayang?

Macam kisah ini, isteri menuntut kembali suami buat apa yang depa buat masa mula  mula mereka berkahwin dahulu, dan ianya satu keajaiban kan? keintiman itu membuka kembali pintu kasih sayang . Walaupun tindakan dia itu untuk 'nama baik' suaminya, tapi secara tak langsung perkara ini membuka kembali rasa yang kononnya 'hilang' semenjak sekian lama mereka berkahwin. 

Moral of the story : Hargailah tiap saat yang kita ada. Ciptalah jalan untuk masa depan. Rangka perjalanannya jadi sesuatu yang indah, pasti pasti dan pasti, ia akan jadi yang sangat bermakna, lebih lebih lebih membahagiakan. Andai kata ada masalah, jangan lari darinya, tapi rapatkan hati bersama ALLAH, pasti ALLAH jaga kita jika kita jaga DIA, jaga AmanahNYA. :))

Friday, 1 February 2013

Fesyen hampess

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Jawab sila jawab.

Aurat atau Fesyen?

Saya banyak da jumpa macam ni. jadinya saya gunakan entry ini sebagai peringatan.

Kita berpakaian. Ingin mengikut sunah, menutup aurat, tapi dengan ayat tu la kita dah salahgunakan apa yang kita ada. Contoh nya seperti ini lah. Berjubah, tapi ketat, sampai nampak garis spenda tu. SALAH la tu. Mana boleh ketat ketat camni.

Lagi teruk ada tambahan tudung, Ya benar, aurat rambut konon ditutup. Tapi terdedah plak dada montok di pandangan umum tu. Sayangnya lah Cik. Buah yang lawa tu p tayang kat orang.

Pastu salahkan la si lelaki yang memandang sinis.

Meh saya nak tanya. Ada ke perempuan yang tutup mata masa lihat lelaki handsome lalu depan mata? Tak ada kan? Samalah juga lelaki .

CUMA SAYA NAK INGATKAN. LAST SEBELUM MENUTUP TIRAI..

#MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

[Surah An-Nur ayat 31]
 

Wednesday, 16 January 2013

Lilin

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!


Ya benar. HARAPAN. Damai. Cinta. Namun semuanya hampa jika yang ada hanyalah jasad tanpa IMAN. Kita yakin dengan harapan, mengharapkan damai, mendambakan cinta, tapi tiada langkah diambil untuk menyemai IMAN dalam diri. Yakinlah hanya dengan Iman akan mampu beroleh bahagia dalam hidup.

Aku ada DAMAI. Ya DAMAI . Tapi adakah ianya DAMAI sebagaimana DAMAI kefahamanku? Takut takut DAMAI yang ku rasa DAMAI hanyalah balasan laknat atas dosaku?

Aku dambakan CINTA. Aku terlalu inginkan CINTA. Yakinlah aku ini pemberian ALLAH. Aku gembira, tersenyum sentiasa. Tapi aku lupa CINTA aku ini CINTA yang tak sepatutnya aku beri. Aku terlalu CINTA makhluk, aku CINTA pada dunia. Berdosanya aku...

Aku punya HARAPAN. Ya benar. Aku punya HARAPAN. terusan aku yakin yang HARAPAN ini yang terakhir ada bersamaku. Aku pegang kepadanya. HARAPAN yang mana tahu satu hari nanti aku bakal kembali ke jalan ALLAH yang satu. Tapi sayangnya aku lalai. Aku lupa, yang aku ada 24 jam sehari dan setiap detik MUNGKIN bakal jadi saat aku memejamkan mata buat selamanya.

Tapi andai aku ada IMAN. Setiap saat aku bernyawa, tiap hela nafasku merupakan detik detik penuh nikmat. Aku ada IMAN. Dengan IMAN aku senantiasa dekat dengan ALLAH. Moga ALLAH mengambilku kembali dengan lafaz LA ILAHA ILLALLAH.

"Sesiapa yang mengucap ucapan terakhirnya sebelum mati kalimah (لا إله إلا الله ) dia masuk syurga. "(Hadis riwayat Abu Daud daripada Mu 'adz)

Thursday, 12 April 2012

Golden Heart

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

My morning sharing session today starts with :
"did you ask bout it? "

I answered,
"im sorry, i didnt ask anything, as he himself shud take note of what he suppose to settle , we shudn't ask him regularly, its about responsibility, n im not going to ask anything, i will try my best to help myself, not goin to rely or hope anything anymore"

Well, about life again. We cant rely on anyone except for ALLAH. Trust me, once in a lifetime, we will face one situation where we were at the end of the road, no turning back, no other way to go, nearly lose hope when ALLAH finally come by bringing new hope. (HE's always there, just that we were declining to fully rely on him)

Weeks ago, i read 1 chapter from a book. That chapter were mentioning about "Golden Hearts". Story about an OKU person who fully put his faith on ALLAH. How he believe that one day he'll get a good son, n his son will become ulama'. N his son finally become what he prays to be.

Eventhough he has limited abilities in raising his son and the families, but his believe and effort pays with a success.

Story bout this guy shud be a very good example for us. And also a great question for all of us regarding our believes and faith in ALLAH. Do we have a golden heart like this person?

Ask our hearts. Ask our IMAN. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, 31 March 2012

5 Penyesalan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni saja nak share-share email yang Nadh dapat tadi. tentang 4 penyesalan dalam hidup. Meh tengok meh.

 

4 Penyesalan la tu apa yang dia nak cita tu, tapi Nadh rasa nak tambah satu lagi leh?
PENYESALAN SELAMA-LAMANYA.

- Selama hidup, hanya mengumpul dosa bila mati bersemadilah dengan tidak aman dalam kubur di hentam sesedap rasa oleh malaikat yang menghukum kita. Kemudian, selepas di timbang amal di mahsyar, dihukum selamanya di dalam NERAKA JAHANAM.

Bukankah ini PENYESALAN UTAMA buat kita? Sedangkan ALLAH dalam Al-Quran dah sebut dah,
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadiid : 20

Tapi berapa ramai je yang mengambil peringatan kan?

Thursday, 29 March 2012

Perihal semalam

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam :
Boss baru : korang ok x kerja kat sini? Ada mslh tak?
Abg Madi : takdelah abg. Ok je kitaorang.
Boss baru : keje teruk tak?
Me : takdelah, standard kerja la.
Boss baru : korang kalau ada masalah gtau aku, cepat la, jangan dah teruk baru gtau aku ae.

Lepas tu :
Boss : abang ingat kepas project jalan, abang tarik diri la. GSI lagi best dari sini kan?
Me : aah betoi la abg.
Boss : sini pressure ja, gaji pun sama je macam kat sana, cuma lagi pressure ja. Sana kita rilex ja, happy je.
Me : agak la. Abg once jalan je, kabo sy, terus sy apply resign. Sy support abang nt.
Boss : tunggu jalan dulu, penat abg nk turun utara selalu nanti, ang jaga la sana nanti. Deal apa suma.

Dua scenario petang semalam. Situasi berbeza. Yang baru bertanya teruk tak kerja sekarang. Dijawab tak.sebab memang rasa tak sangat pun. Kerja dulu, berat, sekarang ringan sebab supervise ja. Tapi lain.dengan management yang kena menjawab sakan. Pressure company, customer lagi.

Apa pun, di mana pun kita, ALLAH x pernah ilang dari sisi. Berat ujian, dan tabah hadapi, maka sebatilah kita dengan kesabaran tu, sepertimana kuatnya si pengangkat besi yang hari-hari bekerja untuk menjadi kuat, berotot. Mula mungkin berat, lama kelamaan dah biasa, langsung tak rasa apa. Diri sudah lali dengannya.

Hati yang sabar itu, hati yang kuat. Lebih hebat kalau makin sabar makin dia merapati fitrah manusia yang bergantung pada Ya Rabb. Bukankah semua ujian itu penghubung kasih sayang antara kita dan DIA.

“Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keridhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka.”( Al-Kahfi : 28 )
Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, 26 March 2012

Dunia ditangan. Akhirat Di Hati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat malam isnin pada semua. Malam ni Nadh cam kurang rajin, tapi rasa nk kongsi sedikit info juga deangan readers. Leh kan? Semalam Nadh beli satu buku dan isi dia sangat berkesan untuk jadi perkongsian dengan readers. Tapi biarlah pelan-pelan ianya dikeluarkan.

Cuma malam ni Nadh suka nak share satu hadis yang sememangnya kuatkan lagi hujah Nadh yang kita ni sebenarnya sangat beruntung.

Dari Abu Sa'id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda :
"iblis berkata pada Tuhannya : demi keperkasaanMu dan keagunganMu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada dalam jasad mereka'.

ALLAH SWT menjawab :
'Demi keperkasaanKu dan keagunganKu, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan dariKu.' (Riwayat Ahmad)

Apa yang mudah yang hendak disampaikan mudah. Mintalah keampunan ALLAH kerana Dia sememangnya bersedia mengampunkan. Tapi harus diingat wahai readers, hingga tiba masa nyawa sudah tiada lagi dijasad, tiadalah berguna lagi permintaan itu.

Ambillah peluang selagi mana diri masih bernafas. Ajal tidak kenal tua dan muda, tidak tertanggung walau sesaat pun. Kita lambat kita lah yang rugi.

Hidup itu pentas, dunia itulah layarnya. Kita pelakonnya, dan ALLAH pengarah besar. Anugerah akhir itulah syurga yang menyenangkan dan pengakhiran paling teruk itulah neraka yang sangat berat azabnya. Pilihlah nak jadi pelakon terbaik dengn mengikut script yang tersedia ( Islam seluruhnya, Al Quran rujukannya, dan amal makruf nahi mungkar ), atau pelakon paling buruk dengan berdepan penghinaan ALLAH disana nanti dengan melawannya.

Jadikan Dunia ditanganku, akhirat dihatiku. Ditangan itu bisa dilempar, tapi dihati akn selamanya disemadi dalam diri. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA