Followers
Thursday, 4 August 2011
Kerana CINTA Aku Turutkan
Tuesday, 21 June 2011
Ada aku heran? Berapa duit la sangat kan...
Rujukan : Jenayah zina dalam Islam dan keburukannya
Thursday, 9 June 2011
Apabila terkurung sebelum terkurung
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.
Malam ni nak kongsi apa jadi dekat Nadh pagi tadi. Nak tahu, pagi tadi Nadh terkurung dalam bilik tidur Nadh. Entah macam mana la pintu yang berkunci itu tidak dapat nk buka. Jenuh Nadh pusing dari dalam tombol dia, tapi masih sangkut dan tak daya buat apa-apa. Sahabat yang dari luar juga cuba yang sama, tapi masih hal yang sama.
Akhir sekali, inilah yang dapat Nadh simpulkan.
Hehe, sebenarnya Nadh bukan nak ceritakan pasai pintu ni sangat. Tapi sebenarnya nak ajak readers dan diri Nadh cuba bayangkan diri berada dalam ruangan terkunci jugak. Tapi bukan macam Nadh dalam bilik tu. Tapi dalam ni.
Apabila tiba saat dan ketika ini nanti, tiadalah berguna lagi isteri yang cantik (dia mungkin satu hari nanti dilamar orang lain), tiadalah guna juga kereta yang besar (pakai Merz ka, pakai Alphard ka, kereta akhir kita adalah kereta mayat, bukan kereta mahal yang menghantar kita kekuburan, bukan juga sebagai tunggangan dialam kubur kita), tertinggallah juga rumah besar kita yang dilengkapi dengan aircond, tiada juga katil empuk yang menamani waktu tidur kita, tidak pula ianya menjadi katil akhir, melainkan tanah yang menutup kita dalam kuburan. Kemana pula perginya wang kita yang beribu-ribu dalam akaun itu, tidak pula ianya dapat menebus dosa kita dan digantikan dengan pahala dan amal ibarat.
Segalanya serba tak kena ketika ini, bila mana hasil kita didunia hanyalah mengisi bahagian lengan kiri dengan dosa dan kekufuran dengan kurniaannya. Maka ternangislah kita, menjeritlah kita menyambut pukulan Malaikat yang menghukum kita atas "saham" dunia yang kita kumpulkan itu.
Jadi, beringatlah kita, dan bersedia untuk hadapi waktu kita bukan lagi seperti didalam bilik terkunci dan memecahkan pintu untuk melepaskan diri. Tapi kuburan yang akan menempatkan kita sehingga tibanya hari akhirat. Bersemadilah disana sama ada sebagai lokasi awal menunggu nikmat syurga, atau kuburan penuh siksa sebelum menanti balasan neraka.
Renung-renungkanlah..
"Apabila Umat Nabi Muhammad mati, maka akan putuslah segala amalnya, melainkan tiga perkara, yakni ilmu yang bermanfaat, harta benda yang digunakan untuk jalan ALLAH, dan akhir sekali adalah anak soleh yang mendoakan."
Saturday, 28 May 2011
Hidup PILIHAN, sebelum tiba MATI dan PAKSAAN
HIDUP SEBAGAI PILIHAN
Bermaksud, ALLAH jadikan kita, untuk beribadat kepadanya, untuk menyembahnya, dan dari sebab itu, dilimpahkan kita nikmat dan segala kelebihan didunia ini untuk memudahkan kita mendekatiNYA. Seperti dalam satu Firmannya dalam Surah Toha ayat 132 yang bermaksud :
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." ( Surah Toha : 132)
Menunjukkan bahawa, ALLAH memberi pilihan kepada kita, sama ada untuk menjadi seorang hamba yang taat, atau hamba yang ingkar kepada segala yang diperintahkan oleh NYA. Dan dijanjikan pula balasan yang baik bagi yang bertakwa dan neraka jahanam sebagai tempat pada yang ingkar.
MATI BERMULA PAKSAAN.
Apa yang Nadh maksudkan dengan paksaan?
"Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (Al Munaafiquun : 10)
Ayat diatas menerangkan yang KEMATIAN itu bukan satu yang kita tentukan, yakni bermakna, pabila sudah tibanya saat kematian itu, kita takkan dapat menolak, atau menanguhkan walau sesaat pun. Dan mula dari saat itu, bermula apa yang Nadh maksudkan sebagai paksaan itu.
Iaitu, yang mana beratnya buku amalan dengan perkara-perkara kebaikan dan mendekati ALLAH, ALLAH kurniakan DIA syurga, manakala yang ingkar dan selalu melawan perintahnya, akan telah disediakan baginya neraka jahanam sebagai balasan buat dia yang tak mendengar peringatan-peringatan yang diberikan kepadanya.
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Al Imran : 185)
Dan destinasi akhirnya itu nanti, adalah dengan nada PAKSA, kerana bila saja kita masuk ke alam barzakh, yang menjadi bekalan hanyalah amal, hanyalah amal dan iman yang akan berbicara bagi pihak kita, baik kita di dunia, dan menggunakan sebaiknya peluang kehidupan, maka baiklah balasan dan DIPAKSA menerima balasan dan layanan baik-baik dari malaikat dan setibanya Alam Akhirat nanti, diberikan pula nikmat Syurga yang didalam nya terkandung nikmat-nikmat yang tak terjangkau dek fikiran kita.
( Ada ka yang nak menolak PAKSAAN masuk ke syurga? Semestinya tiada kan? )
Dan bagi yang ingkar, PAKSA juga menerima layanan buruk dan akhirnya dihumbankan kedalam neraka jahanam yang dahsyat lagi menakutkan seksaannya. (Kita ketakutan untuk masuk ke neraka yang dahsyat, TAPI ADAKAH KITA PUNYA KUASA MENOLAK BALASAN YANG DAH DIJANJIKAN PADA KITA?? Mau tak mau, TERPAKSA-rela masuk jugak ke Neraka. )
Jadi? Tunggu apa lagi? Buatlah pilihan ketika dialam PILIHAN sebelum melangkah ke alam PAKSAAN. Yang mana hanya AMALAN yang menjadi kira.
Wallahualam.
Moga mendapat manfaat.
Thursday, 19 May 2011
Yakinlah aku menjemputmu
Apa pun, Pengakhiran pasti kita iaitu MATI, tapi destinasi AKHIR kita sama ada SYURGA atau NERAKA ditentukan kita sendiri, Sama ada kita cukup untuk dibawa ke SYURGA, atau kita masih ingin INGKAR untuk memilih destinasi NERAKA sebagai rumah akhir kita. Kerana perjalanan itu ditentukan sendiri oleh kita.
" Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " (Al-Imran : 145)
Renung-renungkan......
Saturday, 23 April 2011
Bermula Pasti Ada Akhirnya
Renung-renung, tenung-tenungkan. :D
Sunday, 17 April 2011
RIP Domo - We Love You~
Friday, 28 January 2011
Khutbah Jumaat :: Orang Paling Cerdik
mari sama-sama kita jadikan dunia yang sementara sebagai tangga untuk mencapai kejayaan sebagai warganegara akhirat di dunia akhir lagi kekal kita iaitu akhirat ALLAH. dengan memanfaatkan tiap saat hidup untuk tunduk dan patuh kepada perintah dan meninggalkan larangannya.
ketika kita mula melangkah ke alam barzakh, ada tiga perkara yang akan datang bersama dengan kita, itulah dia Anak Beranak kita, kemudian Harta benda kita, dan akhir sekalilah amalan kita. namun setelah selesai kita ditaklinkan, 2 (dua) yang berkenaan akan meninggalkan kita itulah dia 1 . ahli keluarga kita, anak-anak menjadi anak anak tiri orang lain, isteri akan tinggal dan menjadi isteri orang lain, 2.harta pula pergi meninggalkan kita, dan diwarisi kepada anak-anak, kaum-kaum kerabat, atau menjadi milik orang lain, akan tetapi, yang kekal tinggal bersama kita itulah dia 3. amalan-amalan yang telah dikerjakan oleh kita sepanjang kita hidup di muka bumi.
kta Nabi Muhammad SAW, tiada satupun yang akn kekal dan tiada satupun yang akan terkecuali dari mati, sedang Nabi Muhammad sendiri pun meninggal, inikan pula kita, cuma persoalannya bilakah akan tiba masa ini, dan dimanakah kita ketika itu? mahukah kita mati dalam keadaan berdosa, dan pergi diibaratkan kosong tanpa isi, sekirannya kita terus terusan menunggu dan menunggu masa-masa sesuai (kononnya) untuk kembali kejalan NYA.
ALLAH berkata, akan diuji kita ini di dunia dan DIA nak lihat siapa kita di dunia ini, sama ada menjadi orang baik atau pun orang yang jahat. sama ada kita mengerjakan perkara-perkara yang baik atau berbuat perkara yang tidak baik.
berterima kasih dan bersyukurlah kita kepada NYA, kerana diberikan kita nikmat tanpa kita minta pn, diizinkan kita bernafas, diberikan pula kita makan dan minum (rezeki) tanpa dia minta pun balasan. sama-samalah kita menjunjung tinggi pemberian NYA tu dan bersama-sama taat kepadaNYA. semoga menjadi hamba-hamba soleh dan solehah di muka bumi NYA ni.
amin yarabbal alamin
Friday, 21 January 2011
Tazkirah : Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Sunday, 5 December 2010
Cerita Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ - Pemimpin yang adil.
ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di P adang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. P ustaka Nasional Singapura 2004.








