Followers

Showing posts with label True Love. Show all posts
Showing posts with label True Love. Show all posts

Sunday, 23 July 2017

Cerpen : Menahan Rindu

Assalamulaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Menahan Rindu.

************************

"Selamat pagi awak."

Terjaga dikejutkan si dia. Begini la rutin hidupku. Setiap hari si dia akan bangun awal, sesudah bersiap untuk beribadah, dia pasti akan kejutkan aku. Walaupun kami berjauh, tapi dia tak pernah lupa dari mengejutkanku. Satu pemberian yang sangat besar dalam hidupkan. Ia lah, aku bukan spesis yang mudah bangun sendiri, satu nikmat buatku punya jam loceng tepat jam 5 pagi setiap hari. Malah asbab usaha ini, hingga ke hari ini, aku mampu bangkit sendiri, malah sekarang sudah mampu menzahirkan ibadah yang satu masa dulu cukup asing bagiku.

"Selamat pagi awak. "

"Bangkit cepat. Dah jam 5 ni. Lambat nanti. Sayang lah Dia dah bagi kita peluang tapi tak diambil kerana kita rasa lebih sayangkan tilam. "

"Ya, saya bangun la ni awak. "

Seusai selesai bertahajud, ku teruskan pula dengan amalan zikir sambil menunggu waktu subuh tiba. Si dia pula, selesai jawapan "sudah bangun", dia akan meneruskan dengan urusan paginya, yakni ke surau yang berdekatan dengan rumahnya untuk solat subuh.

*************************

"Seronok aku tengok kau dan Adam. Walau kamu baru lagi, tapi aku nampak dia banyak mengubah kau."

"Apa yang seronoknya? Biasa aja lah.."

"Betul aku seronok nampak kau senyum setiap hari. Dan perubahan perubahan yang kau dah buat sepanjang kamu bersama, sedikit sebanyak menyedarkan aku, dan alhamdulillah, aku pun terkesan dengan perubahan kau dan ambil sedikit demi sedikit perubahan itu"

"Ala kau ni, nak perli aku la tu."

"Mana ada lah. " Ngomel Natrah sedikit sebanyak membuatkan aku senyum. Betul juga katanya, aku banyak berubah asbab Adam. Sedikit demi sedikit dia mengubahku. Dan dia cukup bersabar untuk itu. Mana tidaknya, aku seorang yang sangat tegas dengan pendirianku, dan kekadang aku pun pelik kenapa aku masih sangat 'firm' dengan pendirian walaupun perkara berkenaan bukan benda yang bagus untuk ku perjuangkan. Tapi dia, datang, dan perlahan lahan mengikis keegoan ku dengan pendirianku. Malah cukup bersabar walau kekadang aku akan tiba-tiba boleh bangkit dan menyergah dia kerana tegurannya itu. Aku, Aira Fazreen si degil supergaban.

*************************

"Ibu, Adam ingat Adam nak ikat terus Aira tu, Ibu setuju tak?"

"Alhamdulillah, anak ibu dah bersedia nak berumah tangga. Ibu gembira untuk Adam. Boleh sayang. Ibu tak kisah siapapun yang Adam pilih. Sebab Ibu yakin Adam mampu dan dapat membimbing mereka"

"Terima kasih Ibu, sebab mendidik Adam sebaiknya. Sampai Adam berada di tahap ini." Ucap Adam sambil mencium tangan Ibunya. Berkali kali dikucupnya. Berterima kasih atas 'jasa' membesarkan dia sehingga sekarang. 

"Bila Adam nak ibu pergi ni? " 

"Ibu rasa bila ya? " 

"Lagi cepat lagi baik. Ibu tak sabar nak timang cucu." 

"Ibu ni. gelojoh sangat tu." Keduanya ketawa kecil petang itu. Puan Shidah tersenyum. Anak tunggalnya dah dewasa. Dah matang. Sudah mula berkira kira nak berumah tangga. Macam baru semalam kematian suaminya dan dia membesarkan Adam seorang diri sehingga ke saat ini. Dan sekarang, Anak kesayangannya dah nak berumah tangga pun. Memang dia tak sabar nak dapat menantu. Tambah bila dia nampak bagaimana anak dia gembira semenjak ada Aira dalam hidup dia.

************************

Adam tersenyum. Akhirnya separuh dari impian sudah dipatri. Ikatan pertunangan diikat antara Adam dan Aira Fazreen. Keduanya sangat gembira dengan ikatan itu. Malah masanya juga sudah ditentukan. Sekarang hanya faktor masa akan menjadi penentu. Persiapan pun sudah dibuat sedikit demi sedikit. Sungguh dia tak sabar hendak memperisterikan Aira Fazreen, satu satunya gadis yang berjaya mengambil hatinya. Tak pernah pula di bayangkan nya akan menjadi calon pilihan Aira Fazreen yang satu ketika dahulu diibaratkan sebagai singa betina yang kehilangan anak itu. Mana tidaknya, asal berjumpa mesti dia akan diherdik kerana selalu cuba menegur Aira.

Malah bait bait itulah akhirnya menjadi titik tolak kepada perasaan yang berbunga. Bukan dia sahaja, Aira akhirnya mengaku bahawa dia juga sukakan Adam, dan merindui saat bila mana mereka bergaduh.


************************

"Berhenti! Berhenti sekarang! saya tak kira. Atau saya buka pintu dan lompat." Ugutku sambil dalam masa yang sama memegang pintu.


"Awak. sabarlah. saya minta maaf. tapi saya memang tak buat." Ucap Adam sambil mendekatiku. Cuba menahan aku dari keluar dari pintu.

"Ah sudah. awak memang, sengaja cari pasal dengan saya kan. "

"Awak...  kot ya pun awak marah, sini bukan tempatnya nak keluar, gelap ni awak. bahaya."

"Ahh sudah. Tanpa sengaja, pintu dikuakkan dengan kuat. Dan sebab itu, Adam tertolak kebelakang.

Skreeettt.. Dummm....

"Awak...."

Adam Adrian dikejarkan ke hospital. Dia dilanggar oleh sebuah motosikal kerana kecuaian Aira Fazreen. Dia tanpa sengaja tertolak Adam ketika sedang bergaduh tadi. Tindakan spontan kerana waktu itu Adam sedang menghalangnya dari keluar dari kenderaan mereka. Rupanya Adam memang bertindak secepat itu menahan pintu kerana sudah nampak kelibat motosikal itu di belakang mereka. Dia bertindak cepat kerana memang kenal dengan perangai Aira yang suka melulu bila marah. Rupanya bukan Aira yang kena, tapi Adam.

*************************

"Cik, sila bertenang, kita pun masih belum dapat jawapan apa yang berlaku, harap cik boleh bersabar"

"Boleh saya nak tengok dia? "

Maafkan kami encik, buat masa ini, keadaan dia kritikal, siapa pun tak dibenarkan masuk menemuinya.."

"Tapi dokter, saya bakal tunang dia."

"Maafkan kami cik, tak kira siapa, malah keluarga terdekat pun takkan kami benarkan masuk dengan keadaan dia yang macam ni.." 


*************************

Adam koma selama beberapa tahun. Sepanjang tempoh Adam tidak sedarkan diri. Aira tidak pernah putus datang melawat Adam. Setiap hari dia akan datang bersama sekuntum bunga ros merah kesukaan Adam. dan diletakkan di atas meja di dalam sebuah pasu yang pernah dipilih Adam satu masa dahulu ketika mereka keluar bersama dan dihadiahkan kepada Aira. Setiap kali datang melawatnya, Aira akan menukar bunga itu dengan bunga baru. Sambil menukar bunga itulah dia akan berinteraksi dengan Adam. Mengimbau kenangan kenangan mereka bersama sebelum ini. Dia cuba sedaya upaya untuk kembalikan Adam. Dia mahu Adam sedar. Dia mahu Adam bangkit dan kembali kepadanya.

Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu 


*************************

Hari demi hari dinantikan tanpa jemu. Hinggalah pada satu hari. Saat dia datang.. Dia dimaklumkan oleh ibu  Adam yang Adam sudahpun sedar..

"Adam. Awak ingat saya tak ? "

"Siapa awak? "

"Takkan awak tak ingat saya? Ini Aira la. "

"Aira mana ni? Saya tak pernah ada kawan bernama Aira.." Aira mula menangis dan berlari meninggalkan wad kerana tak dapat menerima bahawa kerana dialah insan yang sangat disayanginya ini ditimpa kecelakaan. Selepas dia sedar, mereka baru sedar bahawa dia hilang ingatan. Kerana pelanggaran yang kuat itu, telah menyebabkan gegaran pada otaknya dan menyebabkan dia hilang ingatan. Dia langsung tak ingat apa yang berlaku dalam tahun kebelakangan ini. Mujur ingatannya tak hilang terlalu banyak. Walaubagaimanapun, dia bukan lagi Adam yang dulu. Dia sudah tidak ingat lagi kepada Aira Fazreen. Malah bukan itu sahaja, setiap kali kedatangan Aira Fazreen, dia akan buat buat tidur, dan mengelak dari berinteraksi. Baginya , pandangan pertama dia kepada Aira Fazreen, bukan seorang yang harus dia dekati. Dan dia selesa dengan pandangan itu.
 
*************************

"Selamat Pagi sayang. Bangunlah Adam. "

"Maafkan saya, tapi kalau boleh harap awak tak message saya awal awal pagi macam ini. Lagipun tak manis kita selalu berhubung. Kita bukan siapa-siapa"

"Adam." Ummm.. Matanya mula berkaca. ALLAH.. pulihkan lah ingatan dia. Dia sepatutnya menjadi milikku, kurang dari beberapa bulan sahaja lagi ini.

Selepas kejadian itu. Bertahun masa cuba diambil oleh Aira untuk memulihkan keadaan. Dia tak pernah rasa lelah mahupun letih dengan usaha yang belum nampak akan hasilnya. Dia masih terus mencuba dan berdoa agar dipermudahkan, agar dipulihkan ingatan Adam terhadap nya. 

Petang itu, dikejutkan Aira dengan panggilan dari Ibunya. 

Aira, ibu baru dapat call dari ibu Adam. Mereka minta pertunangan ini diputuskan sehingga diberitahu. Atau mungkin putus terus. Kata mereka Adam tidak bersedia.

Huh ? Apa ibu? Kenapa? Matanya berkaca lagi. Dia tahu, ini mungkin merupakan penamat kepada usahanya. Kata Ibu, Adam sudahpun mempunyai calonnya sendiri. Mungkin masa yang masih tinggal akan jadi penentu kepada hubungan mereka, tapi bukan untuk Adam Adrian dan Aira Fazreen.


Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi


Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini


*************************

"Hey.. apa ni. apa ni.. "

"Aira aku minta maaf, aku tak dapat nak tahan diri aku dari sukakan dia. bila dia pun minta aku terima dia.
 Aku tak mampu nak menolak. Aku tahu kau masih cintakan dia..."

"Tapi Natrah, kenapa? Kenapa aku yang terakhir yang tahu?"

"Sudahlah Aira, bukan saya tak ingin kembalikan ingatan saya, tapi saya tak mampu. Dah macam macam yang kita buat, tapi langsung tak berjaya menampakkan hasilnya. Dan bukan saya juga tak pernah cuba cintakan awak sepertimana ingatan saya yang dulu, tapi... awak juga tahu hasilnya tak berbuah juga.. "

"Tapi Adam.  Kau tahu aku cintakan kau." Nada Aira mula berubah.

"Aira... Saya tak mampu Aira. Saya tak mampu cintakan awak sekali lagi. Maafkan saya........" Ucap Adam. kali ini bukan hanya Aira, tapi Adam, dan juga Natrah Safeeya juga sudah berlinangan air mata. Adam kerana cuba mengesahkan perasaan nya kepada Aira, dan dalam masa sama Natrah Safeeya juga. Dia tak mampu menolak. Adam datang kepadanya bersama keluarga waktu dia tiada di sana. Dia tak tahu pun bahawa mereka mahu ditunangkan kedua ibu bapanya, Yang dia tahu, calonnya adalah calon misteri. Dia terima dengan hati terbuka, kerana selepas putus dengan kekasihnya Arasy, dia dah tak mahu lagi bercinta, biarlah dia terima apa seadanya, dan cinta selepas dari bernikah.


******************************

SMS :  Assalamualaikum Natrah. Harap boleh jumpa kau malam ini jam 6 petang di tempat biasa. 

"Aira. Aku minta maaf Aira. Aku sungguh sungguh minta maaf. Aku tak sangka sangat yang datang meminang itu adalah Adam. Aku tak pernah tengok pun calon yang Mama dan Ayah pilihkan tu. Aku terima sahaja selepas aku frust tu. Aku dah tak mahu bercinta lagi. Aku tak tahu pun dia nya adalah Adam.."

 "Natrah Safeeya, Aku minta maaf. Aku tak ada permintaan lain lagi. Jagakan dia untukku....." Selepas mengucapkan ayat itu, dipeluknya erat erat Natrah Safeeya. Dia dah buat yang terbaik. Dan nampaknya bukan dia menjadi pilihan. Sekurangnya dia perlu gembira, yang Adam kesayangan 'jatuh' ketangan orang yang paling dia paling boleh harapkan.. Insan kedua selepas Ibu yang dia ada untuk mengadu sakit , gembira dan kesedihan dia selama ini.


******************************

**sehari sebelum itu**

"Aira, sudahlah nak, Adam dah buat pilihan nya nak. dan pilihan itu bukan kamu anakku. terimalah.."

"Ibu, Aira sayangkan Adam ibu."

"Ibu tahu sayang, tapi dah ini ketentuan nya Aira. Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah. Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Memang susah. Susah untuk kita lupakan segalanya. Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama si dia. Terluka? Sudah tentu. Mana mungkin hati tak luka dengan keputusan ini, dan mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari. Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu. Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

 “Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”

******************************

Bertahun sudah kejadian ini. Aku masih aku. Sedikit sebanyak keegoanku, kebudak-budakan aku sudah luntur kerana apa yang berlaku. Semua yang berlaku betul betul menyedarkanku sesuatu. Hidup bukan di bawah kawalan kita. Tak kiralah apa yang berlaku, tiap perjalanan sudahpun diatur dari sana lagi, di Luh mahfuz. Makanya, lebih baik kita bersedia sahaja dengan apa sahaja ketentuan yang bakal datang. Tak perlulah terlalu ditangiskan setiap hal yang kita katakan buruk, malah tak juga terlalu dikekekkan gelak bergembira dengan semuayang kita kira sebagai keseronokan hidup ini.

"Hai menung semacam pagi ni, ok ke tidak ni Aira?" Soal Ibu sambil menarik tanganku dan diusap usapnya jari ku.

"Eh mana ada menung Ibu, cantik pula langit pagi ini.."

"Langit? haii,, kenapa langit? Tukar warna lain ke?"

"Haha, mana ada la ibu. "

Beginilah suasana pagi ku isi dengan duduk di atas gazebbo milik ibuku, di perkarangan rumah. Setiap pagi begini la perjalanan awal hidupku. Ku ambil sedikit masa untuk berada di sini. Mengambil masa menghirup angin pagi sebelum memulakan rutin harianku.

Lidahku kelu. Ibu juga tahu, tiada apa mampu ku cakapkan. Hanya ALLAH tahu betapa hancurnya hati setelah kejadian itu. Aku tak mampu nak buat apa apa. Apa yang berlaku sudahpun berlaku. Andai ini takdirnya. Aku redha dan terima dengan hati yang berat. Aku tahu ALLAH menyediakan yang lebih baik buatku. Dia bukan milikku......
 
"Lepaskan dia. jika dia tak kembali, dia semestinya bukan milik kita..." 




Biarlahku Bersendirian 
Terkurung Dalam kenangan silamku 
Biarlah Aku 
Menahan Rindu....

Thursday, 26 February 2015

Cerpen : Dahsyat

Assalamualaikum, dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : Dahsyat

******************
 
"Selamat tinggal. Sampai sini sahaja. Saya minta maaf" 

"Awak panggil saya datang sampai sini, hanya untuk ini?"

"Maafkan saya. Selamat tinggal awak. "

"Saya perlukan penjelasan. "

"Anggap sahaja tiada jodoh antara kita. "

Kata kata akhirku, ketika meninggalkan dia pada hari itu. Sebaik selesai meluahkan kata kata yang terpendam itu, aku terus kabur dari pandangannya. Pergi sejauhnya dari pandangan matanya. Langit juga mendung, ibarat hatiku yang remuk redam ini. Tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku tidak pula pergi mencari ruang berteduh, tapi terus sahaja berada dibawah hujah itu, saat ini juga air mataku berjurai. Selebat hujan yang sedang turun ini.

"Ah biarkan, biarkan ia turun, biarkan ia turun dan membasuh perasaan yang kupendam selama ini. Biarkan ia pergi, dan turun menemui bumi. Selamat tinggal perasaanku, selamat tinggal perasaanmu." Gumam Aidil Ayyas di dalam hatinya.

Sejak dari hati itu, dia kabur dari hidup Aina Qareena. Tiada lagi kedengaran gelak tawa keduanya. Tiada lagi kemanjaan dan kemesraan seperti yang menjadi kebiasaan kedua pasangan muda yang bercinta itu. Hubungan itu putus akhirnya. Putus atas sebab yang tak pernah diketahui. Aidil Ayyas juga sudah tidak pernah kelihatan semenjak dari itu. Sama ada dia masih hidup ataupun sudah mati, tidaklah diketahui Aina Qareena.

******************

"Kau biar betul, budak tu dah sangat baik dah dengan kau, terima sahajalah."

"Entah, aku rasa macam belum bersedia. "

"Bila baru kau nak bersedia? Kau masih nak menunggu si dia yang dah hancurkan hati kau tu? "

"Dia dah disemadi dalam lipatan sejarah, jangan lagi kau sebut tentang dia. "

"Aku tanya ja, kau jangan marah pula, aku nampak kau ni, mulut ja kata benci, tapi hati menanti, sudah sudahlah. "

Aku akui, apa yang diperkatakan Aleesya Qaisara itu benar sekali, sekuat mana hati cuba menolak dia, tapi langsung tak pernah aku ini membencinya walau sekelumit pun, atau mungkin aku sememangnya sedang menanti si dia. Entah bagaimana, tapi hati berat mengatakan satu hari nanti, kami akan bersama. Ah, sudahlah Aina Qareena, itu semua mainan fikiran kau sahaja, mana mungkin si pengkhianat cinta itu berfikir sepertiku. Kan?

******************

"Aina Qareena,  kamu gagal membuktikan yang kamu sudah punya calon sepertimana kamu khabarkan pada Mama, jadinya, seperti yang kita dah janjikan, Mama akan kahwinkan sahaja kamu dengan pilihan Mama tu. "
"Tapi Mama, kan Mama cakap Mama akan berikan Aina sedikit masa lagi. "
"Aina, jangan nak berdolak dalih lagi, Mama tahu, hati Aina masih ingatkan si dia tu kan? Sudahlah Aina, entah sudah di mana dia pergi, tak lagi ingatkan Aina, kenapa perlu Aina hukum diri Aina macam ni."
"Ya sayang, dengarlah kata Mama tu, bukan bererti Mama Papa paksa Aina, tapi kami sedang cuba untuk memulihkan Aina, mana tahu cinta yang tak ada di hati tu berpaut dengan bakal imam yang kami pilih ni. "

Dengan berat hati, aku, Aina Qareena, akhirnya bersetuju juga dengan permintaan kedua Papa dan Mama ku. Aku faham, betapa beratnya hati mereka memikirkan aku. Dan aku juga tahu, bagaimana ambil beratnya mereka terhadapku. Jodoh yang dipilih mereka ini kata mereka sudahpun mereka fikir masak masak, malahan, keduanya tekad setelah solat istikharah yang dibuat mereka berat ke arah jodoh yang mereka pilih ini. Keduanya mendapat 'ilham' bahawa ini calon terbaik buat puteri kecintaan mereka yang satu ni. Aku tak ada kata lagi, terima sahaja. Mungkin ini masa nya untuk aku melangkah hadapan. Bukan terbawa bawa lagi dengan masa silam yang menyakitkan itu.

"Selamat datang masa hadapan, selamat tinggal mimpi, selamat jalan sejarah"


Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu


******************

Harinya akhirnya tiba. Hendak ditolak tiada alasanku, hendak diterima tiada 'hatiku', namun apakan daya, perancangan Papa dan Mama, bukan sesuatu yang senang kutepis, tambahan pula mengenangkan 'jodoh' dari ALLAH yang diilhamkan buatku. Aku pasrah, pasrah dengan suratan ini.

"Hai Aina, takkan muram lagi?" Soal Aleesya Qaisara sambil mencuitku. Aku tidak membalas, hanya diam, tanpa kata.

"Aina, aku nak ingatkan kau, saat kau menerima jodoh yang ditentukan ini, menandakan kau sudah menerima jalan yang kau pilih ini, redhakan lah hati itu, jangan dibuat Papa dan Mama melihat kau begini, pasti mereka sedih." Aleesya Qaisara menambah. Dia ni sahabat aku yang sangat baik, juga merangkap anak angkat Papa dan Mama, dengan dia tempat aku mengadu sejak sekian lama. Benar katanya.



 Aku nikahkan akan dikau dengan puteri aku Aina Qareena binti Adha Arfan dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit sahaja.

Aku hanya mendengar dari jauh ucapan itu. Sengaja aku mohon dari Mama dan Papa untuk jauh dan terlindung dari bakal suamiku, biarlah aku menatap wajahnya sebentar lagi ketika dia menyarungkan cincin ke jariku ini. Biarlah aku jadi antara yang terlambat menatap wajahnya itu. Biarlah, biarlah. Aku mungkin masih perlu masa untuk memujuk hatiku menerima takdir yang ditetapkan buatku ini. Aku tunduk, terus tunduk mengenangkan perjalanan aku yang bakal bermula tak berapa lama lagi ini.

"Assalamualaikum wahai isteri.."

Aku gugup saat aku mendengar suaranya. Aku kenal suara itu, tapi tak mungkin insan itu yang datang akhirnya mengutip kembali apa yang ditinggalkan nya sebelum ini. Aku yakin itu bukan dia, mungkin

"Maafkan aku adinda Aina Qareena. Tika diri memilih untuk pergi tanpa di halau, diri ini jugalah yang memilih untuk menebalkan muka meminta dikembalikan adinda untuk milik penuh tanpa ada lagi sebarang halangan yang menolak kita dari bersama."

Suara itu gugup sewaktu meluahkan kata kata itu. Saat dia mengangkat selendang yang sengaja aku guna untuk mengurung wajahku, aku dapat lihat wajah lelaki itu, air mata nya berjurai sewaktu meluahkan kata kata itu. Dan aku, hanya Tuhan sahajalah yang mengerti betapa gembiranya hati ini. Tanpa aku sedar, aku dah melompat meluru ke atas tubuh insan itu, "gedebuk" juga bunyi kepala si dia terhantuk di lantai ketika dia rebah waktu aku meluru kehadapan memeluk dia. Air mata ni dah ibarat empangan pecah dah.

"Hishhhh, gelojohnya kamu Aina, malu Mama tahu." Usik Mama.

Opss... Lepas tu baru aku sedar, MasyaAllah, malunya, rupanya Ibu, Ayah, Mama, Papa dan Aleesya turut bersama dalam bilik itu bersama kami, menunggu sekali waktu itu, mujurlah mereka tidak benarkan sesiapa masuk melainkan mereka untuk upacara menyarung cincin tu, kalau tak taubat malu aku, satu dunia dah nampak aku. Tapi tak apalah, aku peduli apa dengan dunia, dia suamiku, dia imamku, dia milikku. ALhamdulillah, terima kasih ALLAH, terima kasih memakbulkan doaku yang selama ini tak pernah putus aku utuskan setiap kali aku selesai bersolat.

"Hoi Aleesya.. kau dah tahu kan?"

 Belum selesai aku malu dengan lompatan ibarat harimau membaham mangsa tadi, dah jadi satu lagi kejadian yang buat aku sendiri tergelak mengenangkan, aku kejar pula Aleesya dalam bilik tu, aku cubit dia semahunya, aku tampar dia sekuatnya, dan akhirinya dengan pelukan air mata kegembiraan. Patutlah dia menggesa aku terima pinangan itu, rupanya dia dah tahu sejak dari awal lagi. Aleesya Aleesya. Aku marah ni aku marah ni.

Petang kami itu, bergelumang dengan air mata kegembiraan. Alhamdulillah ya ALLAH. terima kasih. aku terlalu bersyukur dengan kurniaan ini.

******************
 
Kenapa akhirnya patah balik kepada saya?

Suamiku terdiam. Aku perhatikan sahaja dia dari sana, perlahan lahan dia mendampingiku, lantas dipeluknya pinggangnya dari belakang. Perlahan lahan keluar suara dari mulutnya dibisikkan ke telingaku.

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Aku cinta kamu, lebih dari hatiku mampu. atas sebab itu, aku kabur, kerana adanya aku menjadikan kamu hamba yang lalai, lalai dengan cinta aku.

Pasti jiwa takkan bisa , hidup tanpa hadirnya kamu. Ya aku tak mampu hidup tanpa kamu, tapi aku akan rasa lebih rugi andai kita terus hidup sebagai hamba yang lalai, hamba yang degil, yang membuat Dia murka dengan tiap saat yang kita bazirkan untuk cinta, bukan untuk Nya.

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Ketika aku memilih untuk kembali kepada kamu, aku sudah benar benar bersedia, bersedia menjadikan cinta kita cinta yang akan mendekatkan kita dengan Ilahi, cinta yang akan buat kita lebih rapat dengan kebaikan, keindahan hidup sebagai hambaNya, mudah mudahan kali ini cinta yang berputik kali kedua ini, bakal meluaskan jalan ke syurga yang diredhai.

"Aku cinta kamu, terlalu cintakan kamu... "

Saat kata kata itu sampai ke ruang telingaku, aku seperti mahu rebah, kerana kata kata itu, ianya keluar dari hati, dan ia sampai ke hati. Aku menangis lagi, ah cengeng nya aku. Aku kalah lagi dengan permainan kata kata suamiku. Waktu itu, sebatang jari singgah di bawah kelopak mataku, mengelap air yang mencurah dari tadi. Ya ALLAH, peliharalah hubungan ini, peliharalah ia sampai ke taman taman syurga, aku terlalu dambakan keindahan ini berkekalan sampai ke taman syurgamu..


******************

Maafkan kanda sayang, tidaklah kanda melangkah hanya kerana kanda terlalu cintakan kepada NYA. Kanda sedar ketika kita berhubungan dahulu, kanda telah menyebabkan dinda taksub dengan cinta, bukan hanya dinda, tapi kekanda juga sama. Ketika itu, tiada jalan lain yang terfikirkan di hati melainkan dengan menjadi watak musuh yang meninggalkan adinda. Waktu itu, kanda rasa kandalah insan yang sangat jahat kerana berbuat demikian, tapi apakan daya, andai masih lagi kekal dengan kedudukan kita tu, rasanya saat ini kanda bukan kanda yang dinda nikahi. Bersyukur juga pada ALLAH, kerana dengan izin dan limpah kurnia dia hari ini kanda kembali memetrai janji yang pernah kita buat tu.

Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya. [HR. Thabrani].

 Ya dinda, kanda berbuat keputusan demikian kerana kanda tak mampu lagi menghalang kita dari berbuat perkara perkara yang tak baik tu. Kanda tak mampu menolak setiap kali syaitan membisikkan kata kata keramat menyatakan betapa indahnya hubungan haram ini sedang kita mengetahuinya, namun kita berlindung disebalik, "tak apa bercouple, kita memang plan nak kahwin"

Kanda juga takut dinda, takut dengan apa yang Rasulullah SAW pernah sebutkan satu ketika dahulu,

Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah (ujian/godaan) yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita.” (Muttafaqun ‘alaih dari Usamah bin Zaid)

Sisi berbahayanya fitnah wanita bagi lelaki) adalah karena keumuman tabiat seorang lelaki adalah sangat mencintai wanita. Bahkan banyak terjadi perkara yang haram. Bahkan banyak pula terjadi permusuhan dan peperangan disebabkan wanita.

Jadi atas sebab itu, kanda terpaksa memilih untuk pergi. Untuk menjadi seorang 'musuh' demi menguatkan hati untuk pergi. Maafkan kanda.

******************
 .
"Abang, orang tunggu kat office tau, jangan lambat, dah janji nak lunch sekali kan? "
"Ye baik, baik. nanti abang sampai ya, B jangan tunggu kat bawah lagi tahu, nanti orang tengok abang jeles. "
"Ye lah, Ye lah, tapi kan abang, kan B berpurdah ni, orang mana nampak pun muka B?"
"Tak kira, tak kira, tak boleh juga, jangan tau. "
"Baik encik suami, perintah faham. Roger and out. "

Seperti biasa, kehidupan kami, suami dengan perniagaan nya yang dimulakan beberapa tahun lalu, dan aku masih lagi bekerja di pejabat Papa menguruskan perniagaan nya yang semakin membesar, syukur ALLAH kurniakan dia rezeki, mudahkan perjalanan perniagaan Papa. 

"Abang dah sampai". Aku senyum. SMS kuterima. Walaupun lambat 7 minit dari selalu, tapi sampai akhirnya. 

"Lambat sampai Abang?. tadi janji dengan orang taknak datang lambat, dah janji kot. Merajuk ah. Ucapku. sengaja mahu menguji encik suami.

"Ye lah, Abang minta maaf ya sayang. Abang buat ni tadi." sambil tangan menghulurkan bento yang disediakan nya. SubhanaALLAH, aku terkejut betul, dia ni sememangnya penuh dengan kejutan, padahal tadi dia kata dia ada hal kalut kalut di luar, rupanya dia balik cepat cepat dan sediakan bekal buatku. Dah la tu, lauk kesukaana ku plak tu, hish dia ni kan. tak jadi aku nak merajuk. 

"Hehe, tak jadi merajuk la Abang, kita nak makan kat mana ni sayang?" Ucapku. sambil tersengih kerana melihat lauk kesukaanku didalam bekas tu, dengan baunya lagi, wallahh.. kecur liur dibuatnya. 

******************

Perjalanan cinta itu sangat subjektif. Apakah itu derita? Yang mana satu sebenarnya bahagia? Ianya di interpretasikan secara berbeza bagi setiap orang. Adakala yang kita nampak bahagia itu hanya berselindung disebalik senyum dan yang kita yakin sedang menderita bergelak kesyukuran dengan kisah hidupnya. Namun yang pasti, ALLAH dah sebut pada kita, boleh jadi kamu rasa itu lebih baik bagimu sedangkan ia tidak, dan boleh jadi itu kamu rasa buruk bagimu sedang baik bagimu, kamu tak tahu kerana kami yang Maha Tahu. 

Seperti aku mula kurasakan derita, tapi disebalik cerita ia sebenarnya permulaan bahagia. Dalam aku berasakan aku terperangkap dalam derita hati ditinggalkan, dia juga sebenarnya duka kerana meninggalkan tetapi memilih utk kekal dalam derita kerana dia ingin membina asas kukuh sebelum benarkan hubungan itu terpaut. Akhirnya, dia kembali kepadaku bila sudah sedia, tapak dan asas dah ada, sekarang menghubungkan dengan landasan atau jambatan ke syurga. Hidup sementara, mati bila bila, tapi adakah kita hanya mahu bahagia sementara kemudian derita selama lama di sana. 

"Baby, nanti dah keluar abi cakap baby number dua tau. Ummi number 1. Jadi jangan harap nak rebut abi dengan ummi tahu.?" Ucapku sambil menyapu perut bulat berisi benih cinta kami ni. 
"Ehh dia sepak lah B, marah kot sayang cakap camtu. Hihihi"tambahku. 
"Ahaha, ada ada ja la sayang ni. Tak kot. Anak tak boleh buat apa, tak ada ummi tak ada baby kan? " balas suami ku. Dia turut sama mengusap perutku. Hari ni genap 9 bulan kandunganku. Kami menanti penuh sabar waktunya. 

"Abang,  sakit..." Tiba tiba, terlalu sakit kurasakan. 
"Ha sudahhh, nak bersalin dah ka? "
"Sakit Abang..." Suamiku bergegas, dipimpinnya tidak, tapi terus mendukung aku menuju ke kereta, terus ke hospital. 

"Abang dah janji nak teman B kan?"
"YaB, abang teman  teman. Kan dah janji tu." Tangan nya kemas menggenggam tanganku. Dikucup lembut dahiku. Saat itu kurasakan betapa hebatnya kuasa yang Esa yang menjadikan hambanya ini dengan rasa cinta terindah ini. Benar katanya, carilah yang halal kerana dari sana datang keberkatan. Kebahagiaan yang total.

Aku semakin lemah. Semakin lama semakin kerap kontraksi. Dari 30 min satu dah jadi 15 min dah sekarang sakit semakin kuat. Maka makin kuat juga lah genggamanku pada jemari suamiku. Dia terus sabar menemaniku. Mulutnya terkumat kamit berzikir. Berdoa agar dipermudahkan jalan ku. 
 
"Push.. Bagus dah tu Puan. Sikit lagi Puan.." Jerit Nurse. Dia memberi semangat kepadaku, minta aku terus kuat berjuang. Aku masih meneran, buat yang terbaik agar cepat selesai. Aku dah tak larat, sakitnya. Baru aku faham kenapa Mama terlalu sayangkan aku, susah rupanya berjuang saat ini. Ya ALLAH, kuatkanlah aku. 

"Puan, lagi Puan. sikit lagi Puan. Encik, tolong, pangku tubuh isteri Encik macam ni, beri kata kata semangat kepada nya. "

"Boleh sayang boleh, teruskan meneran, sikit lagi tu. " Bisik suamiku. 

"Encik mai sini, nak tengok kan macam mana baby keluar, mai sini." Panggil Nurse. 

******************

"Abang." Bisikku. 

"Abang.." Bisik lagi. Memanggil suamiku.

"Huh, sayang cam mana? Dah selesai ka? ehh Abang kan mana ni? Soal suamiku. Sambil mengangkat tubuh dan kepala menerawang kiri dan kanan.

"Hishhh, kenapalah Abang tak beritahu yang Abang ketar dengan darah, dah pengsan kat sana, nasib la masa tu Baby dah keluar, kalau tak jenuh nurse pening nak settle mana satu tadi. Ahaha, lawak la Abang ni."

"Dah janji kan? Takkan abang nak kata tak boleh, Lagipun Abang ingatkan Abang boleh tahan darah tu tadi, sekali...." Balas suamiku. Belum pun sempat dia berkata kata lagi, Satu ciuman paling manis aku hadiahkan buatnya. "Terima kasih Abang. Abang yang terbaik, dan akan selamanya jadi yang terbaik buat B"


******************

"Alhamdulilalh encik, encik sesuai sekali dengan isteri encik, andai setuju, sila turunkan tandatangan di sini, dan kita akan jalankan pembedahan ini segera "

"silakan doktor, jangan buang masa lagi, ini mungkin satu satunya cara untuk menyelamatkan dia."

"Encik, maafkan kami, setelah puas kami buat  full checkup, barulah kami dapati organ isteri encik sudah rosak. Maafkan kami kerana tak dapat kesan benda ini lebih awal, kami juga hairan, macam mana isteri encik begitu kuat sampai sekarang dapat bertahan. "

"Tak apalah doktor, siapalah kita untuk mendapat gambaran jelas mengenai kehidupan, kunci itu hanya ada pada ALLAH. apa pun doktor andai itu sahajalah yang mampu untuk menyelamatkan dia, saya rela. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia dapat diselamatkan. "




"Aidil, perlukah Aidil yang buat benda ni, kenapa tak bagi Mama dan Papa ja yang buat?"

"Mama, Papa, kan Aidil pernah janji akan menjaganya, walau dengan nyawa, Aidil sanggup buat apa sahaja untuk nya Mama, Papa. Aidil dah sakiti dia satu masa dahulu, berilah peluang kepada Aidil untuk buat kali ini, insyALLAH Ma, Pa, doktor pun kata tak berisiko sangat pun, tak ada apa apa la tu kot. "

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Tetap cinta selama-lamanya

Cinta, sesuatu yang tak terungkap dengan kata. Ianya indah, keindahan tak terbayang dimata, tak terucap di kata, namun, kadang kadang, ianya dinodai, bila sepadannya ia digunakan demi menggapai syurga abadi, ianya disalahgunakan. Salah laku dan dosa lebih sinonim dengannya. Ketika itu, hati memilih untuk kekal kerana ke'sedapan'nya, namun hati yang tak mahu berganjak itu akan kekal dengan dosa, memusnahkan keindahan yang sepadannya menjadi nikmat kepada fitrah semulajadi. Percayalah, andai sudah ditentukan, ianya pasti bertemu, tak perlulah dirisaukan cinta yang belum hadir. Luh Mahfuz menceritakan segalanya Jodoh, Rezeki, Hidup dan Mati. Biar ia sampai ketika kita bersedia, bersedia menjadikannya landasan untuk menuju jalan syurga. Waktu itulah cinta ada pada kemuncak keindahannya. Cinta yang menuju jalan ALLAH itulah Cinta yang sejati, cinta yang doa doa akan abadi, bukan hanya disini, membawa ke taman di sana. Mudah mudahan. Amin. 

Doakan aku dan dia. Doakan semuanya. 

Tetap cinta selama lamanya...

Tuesday, 30 September 2014

Cerpen : A Thousand Years

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Cerpen : A Thousand Years


The day we met
Frozen i held my breath
Right from the start, I knew that i had find a home for my

Heart beats fast 
Colors and promises 
How to be brave? 
How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone, All of my doubt suddenly goes away somehow.  
One step closer

"Buat kura kura. Buat kura kura." kataku, sambil mengekek gelakkan dia. Ohh well, kalau dah nama pun aku, kalau tak ganggu atau mengacau tu dah bukan aku dah rasanya. Matanya dijeling ke arahku, mulut dicebikkan. Mungkin sedikit annoy dengan kelaku aku. Ahh lantak, aku langsung tak kisah pun, seronok dapat mengacau si kura kura bertuah ni. Apa tidaknya, selepas dari itu dah dia dapat hadiah.

Ahhh.. Garangnya dia. Gumamku dalam mulut tika waktu mula kami bertemu. Itu yang mula mula keluar. Mula nya aku seronok nak mengacau si dia. kerana waktu awal kami berkenalan hanyalah di belog. membawa ke telefon, itupun sebab kami masing masing terlibat dalam aktiviti yang nak dijalankan minggu ni, dan memandangkan aku orang tempatan, jadinya aku menjadi 'GPS bergerak' untuk semua yang turut bersama dalam aktiviti ni.

*******************************************

How are you? Bagaimana keadaan nya hari ni? Bagaimana kursus kamu? Soalku.
Katanya tak begitu menyeronokkan. Ya lah, siang sampai ke malam berkursus penat.
Petang tu aku dapat panggilan. Bunyinya semacam. 
"he cheated me!" 

Aku diam, tak mampu berkata apa, walau dalam masa sama, cuba menenangkan fikiran manusia yang sedang berkecamuk ni. "Sabarlah.. Mungkin ada baiknya kita menerima sahaja perancangan yang dibuatnya. Mungkin ada baiknya juga. Katakan ianya berlaku selepas semuanya selesai, bukankah ia lebih menyakitkan?" kataku. Mudah sungguh aku berkata kata bila ianya dalam situasi orang, tapi kenapa dalam situasiku aku tidak berkata sedemikian? Aku nafikan sendiri kata kataku walau dalam masa sama aku bertegas kepadanya. 

Awak, let say hari hari matahari keluar, terang ja langit. Pastu dia plak tak rasa nak balik, dia nak stay ja di sana, dia pun tak mahu beri peluang untuk malam muncul, katanya dia tak mahu penduduk rasa sunyi kerana malam tiada lagi cahaya terang darinya. Kalau itu berlaku apa akan berlaku? 

Ehh mana mungkin itu yang jadi? 

Kenapa tidak? Soalku. 

Ya lah, kan dah tentu tentu ada siang dan malam? Tak ada siang macam mana nak ada malam? Soalnya balik. 

Ohhh kalau macam tu, awak tak boleh nak rasa sedih sebab menda ni jadi. Sebab sama macam matahari, takkan sentiasa kita nak 'terang' ja, kekadang ALLAH tu sengaja sorokkan juga matahari di hari siang sebab nak turunkan hujan, kita rasa sedih, tapi rupanya lepas tu dia hadiahkan kita matahari semula lepas hujan, sekali dengan bonus, iaitu pelangi yang indah. Awak janganlah sedih. Bila kita terima, Dia mesti ganti yang lagi baik. Kataku. 

Dia senyap.

*******************************************

Malam tu aku call dia. Ada satu cerita nak aku berikan kepadanya. 

Awak, nak dengar cerita tak? Soalku.

Cerita apa?

Awak tak cakap nak dengar cerita pun? 

Ya lah awak pun tak cakap nak cerita dekat saya cerita apa. 

Nak dengar la kiranya tu kan kan kan?

Begini ceritanya. Pada zaman Rasulullah dahulu ada satu pasangan suami isteri ni. Isteri begitu cintakan suaminya. Dan suami nya juga terlalu cintakan isterinya. Mereka inilah antara pasangan yang paling awal memeluk islam, iaitu Ummu Salamah dan Abu Salamah. Sejak awal dakwah Islam, pasangan itu begitu serasi menyatakan ke-Islaman dan keimanannya kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Cinta mereka bertambah jelas matlamatnya sejelas matlamat Islam membawa rahmah kepada sekelian alam. Kebahagian jiwa mereka bertambah-tambah meskipun dihimpit tekanan oleh penduduk Quraisy yang memusuhi dakwah Islam.  Janji terpateri, mereka sanggup melalui apa sahaja ujian yang mendepan demi Islam.

Namun begitu, seperti mana kita semua tahu, selepas datangnya lima pasti tiba lima yang satu lagi, dan salah satunya ialah mati. Cinta tu akhirnya terpisah juga apabila Abu Salamah meninggal dunia. Semasa suaminya Abu Salamah radhiyallahu ‘anhu nazak akibat luka yang tidak sembuh dari  Perang Uhud, Ummu Salamah  berkata kepada Abu Salamah 

" Aku mendapat berita bahawa seorang perempuan yang ditinggal mati suaminya, kemudian  suaminya masuk syurga, isterinya juga akan masuk syurga, jika setelah itu isterinya tidak menikah lagi, dan Allah akan  mengumpulkan mereka nanti di syurga. Demikian pula jika si isteri yang meninggal, dan suaminya tidak menikah lagi  sepeninggalannya. Untuk itu, mari kita berjanji bahawa engkau tidak akan menikah lagi sepeninggalanku, dan aku berjanji untukmu untuk tidak menikah lagi sepeninggalanmu.”   Ummu Salamah berkata sedemikian sedangkan dia sedar bahawa yang akan meninggalkannya adalah Abu Salamah,   menunjukkan betapa mendalamnya cinta Ummu Salamah terhadap suaminya.   

Maka Abu Salamah berkata , “Mahukah engkau mentaati perintah ku?”  Ummu Salamah menjawab, “Selama ini aku taat kepada mu.”  

Abu Salamah berkata lagi, “ Oleh itu selepas aku mati, maka menikahlah.” Lalu dia berdoa kepada Allah ”Ya Allah, kurniakanlah kepada Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik dariku, yang tidak akan menyusahkan dan menyakitinya.”

Dipendekkan cerita, akhirnya ALLAH mengabulkan juga doa si suami juga doa isteri. ALLAH gantikan suami yang hebat tu dengan siapa? awak tahu? 

Siapa? tanyanya. 

ALLAH gantikan Abu Salamah dengan Rasulullah. Ya Rasulullah telah menjadikan Ummi Salamah sebagai isterinya. itulah dia hebatnya kuasa ALLAH awak. Dia ganti yang lebih baik dari suaminya, bukan calang calang orang. 

Sebaik aku habis bercerita, suaranya mula berubah, mula ceria. Alhamdulillah. berguna juga cerita yang aku dapat dari ceramah tu. Syukur. walau tak banyak membantu, tapi harapnya dapat mengurangkan. ye tak? 

*******************************************

Bermula dari tarikh tu. aku dan dia semakin rapat. Kami banyak berhubung, bukan hanya dalam telefon, belog, dan beberapa medium lagi yang ada. Sampailah satu hari, aku berterus terang. 

"saya rasa hati saya dah mula suka awak. sudikah awak menjadi isteri saya?" 

Tiada jawapan pasti buat soalan yang ku utarakan waktu tu, dia hanya menyepi. Ya lah, luka baru nak sembuh dan tiba tiba aku boleh beri soalan cepu emas macam ni. Aku sambung lagi kepadanya.

"Tak apalah, saya pun tak pasti, awak pun tak pasti kan?" kita sama sama tanya ALLAH. Andai jawapannya proceed. Kita proceed, andai tidak, bermakna kita bukan untuk kita, namun, sudikah awak turut sama dengan saya 'bertanya' kepada NYA?" soalku. dan dia mengiakan. 

Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:  "Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa" 

*******************************************

Dah sampai masa ni. Awak dah bersedia. Ehh dah tok balasku. 

Kita buat percubaan sekali ya. Soalnya. 

Ohh boleh boleh. Balasku. Yang ada semua dah menunggu di tepi. Saksi semua pun sudah bersedia. 

"Aku terima nikahnya. " Maka sahlah aku menjadi seorang suami kepada seorang wanita yang begitu lama aku dambakan. Jodoh yang dipilih ALLAH. Jodoh yang dijawab di jawab di dalam doaku. Alhamdulillah, kini dia sah seorang bidadari ku. Bidadari yang dipinjamkan ALLAH buatku 'in advance'. Syukurlah, dengan sekali lafaz kami sah bergelar suami isteri. 

Moment berikutnya aku sengaja jadikan moment peribadi si dia dan aku. kami bersama masuk ke dalam bilik untuk bersolat pertama berjemaah sebelum kami keluar buat penampilan bersama sebagai suami dan isteri. Sengaja kami pilih untuk berada di dalam, apa nak takut lagi kan, dah jadi suami dan isteri, aku tak bawa dia keluar dah pun, mana ada orang yang boleh marah. Ehh. ahahah, tak adalah, kami memang sengaja inginkan sujud pertama kami sebagai suami isteri berlaku sebelum aku menyentuhnya buat pertama kalinya. Didalam ruang peribadi kami ini jugalah buat pertama kali nya juga dia buat pertama kali nya melihat air jernih itu muncul dari kelopak mataku. Bukan hanya aku syukuri menjadi insan yang bakal menjaganya, tapi kenangkan sekali aku sudahpun berubah status, status yang sepadannya mengubah aku kepada seorang yang lebih matang, malah bertanggungjawab.

I have died every day waiting for you
Darling, don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

*******************************************

"Sakit.. Sakit... ALLAH.. sakitnya.."

"Its okay dear. Hold me tight. I'll be here. I will be here with you."
Zikir Nabi Yunus ku kuatkan lagi didalam hati. Petua zikir ini salah satu cara meringankan beban si dia sewaktu bertarung. "Laa Ilahaa Anta Subhanaka Inni, Kuntum Minazzholiminn" ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." Permudahkanlah. Permudahkanlah Ya ALLAH..

Tepat jam 5:17. Putera kami lahir keduanya byukur. Hanya dengan izinnya sahaja dan tiadalah daya kami andai tiada izin darinya.

Terima kasih ALLAH, terima kasih kerana bukan hanya mengurniakan kami seorang permata syurgamu, bahkan menyelamatkan sekali penderitaan bidadari pinjamanmu ini dari lebih lama, syukurlah, syukurlah ya ALLAH.

 *******************************************

Cinta itu berat. Kerana di dalamnya bukan hanya terkandung perasaan kasih dan sayang, tapi sebaliknya terkandung tanggungjawab dan amanah yang sangat besar keatas insan yang memilikinya, amanah yang mana andai di mungkiri bakal menjawab dengan berat di sana nanti. Namun begitu, ia tidaklah seberat yang difikirkan andai ianya dilayari bersama dengan hati yang menjaga nya atas nama ALLAH. Tiap langkah itu adalah timbangan baik yang tidak terkira banyaknya sekiranya ia di jaga dengan baik. Walau hanya berpegangan tangan pun dosa keluar bagaikan air dari celahan tangan, bayangkan betapa besarnya apa yang ALLAH kirimkan buat insan yang menghargainya. Oleh itu hargailah ia dengan sedaya yang mungkin, kasihilah dia dengan seikhlas yang mungkin, tanganilah dia dengan sebaik yang mungkin, ajarkanlah dia dengan semampu yang mungkin. Nakhoda yang baik bukan nakhoda yang hanya bijak mengawal,yang hanya bijak perintah, tapi bila tiba satu masa, nakhoda itu juga mampu menerima pendapat dari anak kapalnya. 

Apabila ada cinta, jadikah cinta itu kawan,  jadikan cinta itu sahabat, jadikan cinta itu teman, jadikan cinta itu segala yang kita mahu dalam hidup kita. Paling penting, jadikan cinta itu tiket, jadikan ia jambatan buat mengumpul langkah mudah ke jalan syurga. Mudah mudahan beroleh barokah dalam jalan yang dipilih, jalan yang sebenarnya sudahpun ditentukan sejak dari alam sana lagi.

 *******************************************



Andai satu hari nanti aku tak ada lagi, ianya hanya jasadku. Cintaku akan terusan mekar selama lama. Nantikan daku di sana nanti. Alam selama lama yang akan menyatukan lagi cinta ku. Aku terlalu lalu lalu mencintaimu. 1Y+ and still counting~~ You will always be the ONLY ONE here, the reason why ive worked so hard to realise our dreams to be together. Only ALLAH will let us know when the time is, but please remember that eventhough our bodies were few kilometres away, but our heart never apart even a very small microns. Always put faith in ALLAH, the ONLY ONE who never treat his servent with bad things. He Knows what He is doing. Trust HIM.


And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Wednesday, 15 June 2011

So sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttt~~

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera buat bukan Muslim yang membaca.

Petang semalam Nadh ada sembang dengan sorang akak alam maya Nadh. Sembang dengan dia mengenai reality hidup ni. Dan fantasi hidup. 

Fantasinya, dia kata dekat Nadh, dia dah banyak hari tak OT, semuanya kerana gara-gara cerita kisah chenta di abad ini - Nora Elena ni.. hihihi..

Nadh sembang lagi dengan dia, tapi rupanya, di Reality, dia tak buat OT sebab dia nak balik dan masak buat Suami tercinta sebab taknak suami tercinta lapar masa masuk kerja malam. Katanya lagi, itulah sahaja masa yang ada bersama suami. Maksudnya masa ini yang ada untuk komunikasi antara mereka.

Terus terang, Nadh plak sebab membaca komen dia tu, Nadh sangat terharu sebab apa yang dia gtau tu, Nadh tau apa yang dia kata tu dia ikhlas. Keikhlasan itulah yang membuatkan Nadh jadi terharu.

Ni baru la yang kita katakan soooo sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttt~~~  

Kan?



"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1) 


Thursday, 23 December 2010

Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah

jam baru masuk kul 3 pagi..
tapi aku masih lum mau tido.
rasa macam tade apa nak cakap.
tapi mungkin ada cket kot.. (ahahaha)
membawa apa aku baru post tadi..
sangat merapu..
ntah apa la y aku dok pk..
(syok sendiri apa.. Ngok~ngek ny aku.)
tapi ada aku kesah sal tu..
lantak le.. teman tak kesah ape deme nak kate kat teman.
teman cume cakap ape teman rase..
agagagagag.. <-- skali da terikut loghat perak, ni gara2 cita Hantu Mak Limah Pulang Ke Rumah la ni..

Cita sket sal cita tu..
dari awai smpai akhir.. mmg lawak la..
talarat nak gelak..
pestime la aku rasa letih sebab gelak banyak tgk movie.. hihi..
pling lawak tu bab depa lari sebab tekejut tu..
seyes lawak.. camna la enchik pengarah dapat idea orang lari lagu tu..
seyes talarat nak gelak.

ha.. cita ni ada banyak isi la.
tapi aku since dok tgh berbunga2 bertaman dalam ati ni..
aku nak amek sal hero dia ( Awie atau watak dalam cita ni Sin).
aku suka amat masa dia cakap ng awek dia (Che' Nin) sal kenapa dia putuskan pertunangan depa..n masa dia cakap kat mesyuarat tergempor kg Pisang.
aku suka reason dia. sebab dia nak kukuhkan ekonomi dia dlu.
n pastu baru nak kembali n kawen ng Che Nin.
dia ni kaki rewang. masa mula2 kat singapore tu.. idup dia terumbang ambing.
jadi sebab tu dia putuskan pertunangan sebab nak Che Nin dapat y lebih baik dari dia n idup Che Nin tak terumbang ambing ng dia kalo kwin.
jadi sebab tu dia putuskan pertunangan.
skg lepas 3 tahun dia kembali sebab skg dia da berjaya. dia nak depa kawen dalam kejayaan dia.. masa dia da berjaya.
suka sangat kata2 dia masa pertahankan Che Nin dalam mesyuarat tu.
seyes bermakna pada aku.
bagi aku tindakan dia tu betul. cuma cara dia salah.
sebab bila dia wat camtu. Che Nin tu sedih amat.
smpai tak kua umah. n lastly mati lepas 6 bulan depa putus tunang.
ni kenyataan y Awie tima last skali la.
pak Che Nin tjk kubo kat dia.

n suka jugak pak bomoh siam tu kata.
"bila kito ingat kat Oghe, oghe pn ingat kat kito.. "
bunyi besa ja. tapi dalam maksud dia tu.
kita ingat kat orang.. orang pun ingat kat kita.
ending dia cam sedih aa.. tapi bermakna..
true love never ends. kan?

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA