Followers

Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Tuesday, 14 February 2012

Yang dikejar dan yang tak perlu dikejar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru selesaikan janji dengan akak Nadh , lepas tu dah selesaikan janji dengan boss Nadh. Juga dengan macik tu. Sekarang ni Nadh ambil masa untuk diri sendiri pula lah. Lama rasanya tak berbual-bual dengan buah hati ni kan? Malam ni curi masa sedikit sebelum masuk tidur nak berbual.

Nadh ada sebutkan dalam entry lepas Nadh iaitu INI tentang DUIT-DUIT-DUIT . hari ini Nadh cuba nak perincikan apa yang terkandung didalam entry itu buat tatapan para readers belog Nadh ni.

Segalanya bermula masa pagi tu Nadh terdengar dalam radio kot tak silap masa tu ada sebut tentang "kearah negara maju dan berpendapatan tinggi. ". Lepas tu Nadh terus terfikir. (Maaf andai ada yang tidak setuju ye. )

Maju. Apa sangat yang ada dengan MAJU yang sedang diperjuangkan? bangunan tinggi? kereta besar? rumah besar? bandar yang hebat dan besar gedabak? Berpakaian moden dengan mendedahkan tubuh badan, kononnya mengikut fesyen? Banyak kemudaratan dengan perkataan ini yang sedang merosakkan minda kita masyarakat dunia.

Salah satunya, MAJU dalam erti kata barat yang memisahkan AGAMA dan DUNIAWI, yakni AGAMA itu menyumbang kepada kemerosotan MAJU dalam masyarakat. Tak percaya? Cuba renungkan beberapa contoh di bawah yang Nadh lampirkan. 

1. Bila kata maju, fesyen pun kena up to date ye? masa tu mula la kain kurang di sana sini, yang menutup pun terbelah, yang tertutup pun terjojol, yang tersimpan pun terdedah. Maka lahirlah golongan berpakaian untuk 'menampilkan diri' di khalayak ramai. Si yang melawan peredaran zaman dipandang sebagai KOLOT sedangkan, Aurat itu untuk ditutup, bukan ditayang.
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

2. Bila kata maju, rumah pun kena besar, kereta kena besar, segalanya kena besar, bangunan kena tinggi-tinggi. Owhh lepas tu ramai lah yang MATI KUTU. Lari hutang ye. Tak percaya sila pergi rujuk dekat luar, berapa ramai yang berhutang hanya untuk nampak HEBAT? Lihatlah laporan berapa ramai yang MUFLIS. Bukankah sudah diingatkan kita tentang hutang didalam salah satu Hadis Rasulullah :
"Berhati-hati dengan hutang, sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri (kehinaan) di siang hari." (Riwayat Ahmad)


3. Bila maju lagi, diri nak senantiasa nampak MEWAH, KAYA, HEBAT. Dan bila landas agama di lempar ke tepi, mulalah berselera besar mengalahkan kemampuan, AKHIR SEKALI, APA YANG BOLEH MAKAN SUMA MAKAN, HALAL HARAM BELAKANG KIRA. Apa itu? RASUAH ! PENIPUAN! PENINDASAN !
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."(Al-Baqarah : 188) 

Tapi masa ini, siapa yang kisah? Bukankah nampak masyuk di mata manusia itu HEBAT? Apa sangatlah balasan yang tidak dinampak di mata itu bukan? Walau sebenarnya Rasullullah pernah berfirman :
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)


4. Bila MAJU, segalanya berubah, taraf hidup meninggi, yang kaya menjadi JUTAWAN, yang sederhana bertukar miskin, dan yang miskin menjadi PAPA KEDANA. Dulu mak ayah kita dengan 15 sen sehari dapat makan, buat tambang ke sekolah, dapat beli makanan ringan lagi, tapi kini , RM10.00 sehari pun belum tentu mencukupi. Bayangkan yang hidup susah, dengan pendapatan rendah, dengan perbelanjaan yang makin TINGGI, apa jadi akhirnya? JENAYAH pun berleluasa. BUKAN BUAT JENAYAH SEBAB NAK KAYA, TAPI SEBAB NAK HIDUP!!
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul berbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Abu Hurairah)


Bagi Nadh, tiada apa yang salah hendak berjaya cuma sebaiknya ROH ISLAM itu dititipkan EXTRA didalam jiwa agar tiada berlaku perkara buruk dalam mencapainya. Sepertimana Hadis diatas tadi yang menyatakan : kesan buruk bila Ilmu Islam dihapuskan.

Muncul FITNAH, "ISLAM tidak membawa MAJU, ISLAM membawa kemerosotan" ,
Berleluasa sifat kedekut "Manusia menindas disebabkan hendak LEBIH KAYA"
Banyak jenayah "dimana-mana pun ada bukan? Dan diperincikan Rasulullah salah satu nya jenayah BUNUH, lihat kembali di luar kita, banyak berlaku sekarang, contoh terbaik, ragut yang menyebabkan kematian?  "

Sekiranya ini yang dikejar, bukankah ianya tidak perlu dikejar bila mana hasilnya mendatangkan banyak musibah. Bukankah kita sepadannya hidup dalam kesederhanaan.?
" Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Al-Furqaan : 67)

Dan yang sebenarnya, ALLAH sudah berpesan pun dalam AL-Quran tentang yang dikejar dengan mengikut pandangan mata barat al-kafiruun dalam Surah Thaahaa ayat 131 yang bermaksud : 
"Dan janganlah engkau menunjukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.


End of the story, semua ini UJIAN bukan? Terpulanglah pada yang membaca membuat perbandingan. Bagi Nadh ISLAM itu terbaik sebab segalanya penuh dengan kesederhanaan, dan penuh pengharapan buat semua, bertentang dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang yang hanya bersifat sendiri dan penindasan. Bersamalah kita berdoa agar ISLAM kembali diangkat di mata dunia, bermula di ruang tanah air kita sendiri, dan yang penting sekali, dalam jiwa, hati nurani kita dahulu. Amin Yarabbal Alamin.

Tuesday, 15 November 2011

Sepandai-pandai tupai melompat

 Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lambat ya hari ni Nadh update belog ni. Mungkin kerana sibuk dengan kerja + internet access buatkan tiada masa berkata-kata pada hari ni. Tapi Nadh still nak berkata-kata mengenai subjek pagi Nadh masa Nadh nak keluar kerja tadi.

Apa yang Nadh jumpa adalah. ni ha sahabat kat bawah ni :
Seronok sebenarnya tengok dia, sangat comel. Nadh tengok tadi kan, laju betul dia bergerak, sangat lincah, seperti jalan atas angin plak tengok nya. Seronok plak. Nak je mintak 'power' tu kan? ;P


Pastu terfikir, dek kerana lincah nya dia bergerak, melompat dari pokok ke pokok tu lah akhir skali orang kita buat satu peribahasa kan,
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"

Fikir punya fikir punya fikir, jumpa kat bawah-bawah ni, Harap-harap dapat memberi sedikit panduan kepada kita. 

Zaman, sekarang, semua nya berseronok, bergembira dengan HIBURAN, sepertinya tiada perkara lain yang lebih penting dalam hidup mereka, terlalu diberatkan, sampaikan waktu ibadat pun masa tu la nak kita berkumpul, (ini sangat banyak kita leh tengok masa konsert-konsert, Jom Heboh la paling mudah, semua berkumpul, kononnya nak dapat tempat depan, TAPI TAK INGAT PLAK YANG TEMPAT DEPAN SKALI KAT NERAKA NANTI PUN DAPAT JUGAK SEBAB NAK TUNGGU KONSERT KAN, SOLAT ENTAH DAH KE MANA?)

Masa asyik dengan concert, berlakulah pergaulan antara laki dan perempuan, (Nadh tak katakan semua) tapi amat jelas yang kita dpat tengok di sana tu, manusia lelaki dan perempuan bergaul dengan tanpa ada halangan, (well, konsert beb, takkan nak letak asing-asing kan,)

Masa ni kita dapat tengoklah yang ada terkinja-kinja tu, tersentuh sana, tersentuh sini,(nak marah camna kan, sebab dah rapat kedudukan masing-masing, SO BILA TERSENTUH TU DIKIRA KOSONG-KOSONG, OPSSS TAK SENGAJA LA DER)

Bila dah kenal macam tu, tercampur tak ketahuan, hati pun mulalah. C.H.E.N.T.A
(Yu, ai dah lama tengok yu, ai rasa, yu lah tulang rusuk ai yang kena hambek satu tu...)

 
Yang ada disebelah menyebelah  pula buat tak heran, 
(ehhh I'm enjoying the song la, bayaQ mahal, tak kose nak melayan depa tu aihhh)

Lama kelamaan, dari sentuh-sentuh di sana, membawa sentuhan di tempat lain. (ehh, standard bro, ai lap him la. n she lap me too la.)

Masa inilah, hero cuba menunjukkan dirinya, hebat, SUPERMAN. 
(saya akan bertanggungjawap, saya jaga awk, saya PASTI AKAN PERTAHANKAN ANDA KERANA CINTANYA SAYA PADA AWAK)

Last, bila dah sedap-sedap kan, akhirnya KANTOI. Si gadis pun MEMBOYOT
(Ucuk, ai pegnen, anak pertama kita, wehuuuuuu)

Dan masa ini, terserlah plak perangai sebenar si LELAKI. Dah tu, mulalah cari jalan-jalan nak larikan diri.
(ehhh, ai buat dengan you sekali je, takkan dah Pegnen? Yu mesti ada orang lain ni, yu tipu, mesti ni bukan anak ai).

Maka, terjadilah PERANG DUNIA KETIGA.
(Ai tak kira, yu dah janji yu nak tanggungjawap, sekarang ai da BOYOT yu nak lari plak)

Akhirnya, (kalau nasib baik la), Setelah puas berPERANG, dan keluarga ambil tanggungjawap atas apa yang terjadi. keduanya akan berkahwin, HERO tanggungjawap atas perbuatan dia (dengan sikap dia tadi, konpem-konpem, TERPAKSA)

Tapi cuba fikir ya, masa nak = SERONOK, dah dapat = SEDAP, dah kantoi = LARI. Orang macam tu ada rasa TANGGUNGJAWAP KA??

Akhirnya, terbuktilah yang : 
"SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA"


PERINGATAN
Dan Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (al-Israa’ : 32)


Dan Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Jadi mengapa takut untuk ke arah yang lebih baik, sedang ALLAH telah sebutkan di dalam ayat seperti di atas, malah di tambah lagi oleh Rasulullah SAW juga dalam sabdanya,

"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami." (Hadis Dho'if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Oleh itu, bersama-samalah bergerak selangkah ke hadapan, bagi menghadapi masa mendatang, JAUHILAH ZINA. TINGKATKAN USAHA, InsyALLAH beroleh mandat dan berjumpa jalan untuk REDHANYA.

Sekian. Semoga mendapat manfaat.

Monday, 31 October 2011

Kita, Angry Birds, MARAH?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang ni ati munga-munga sikit, tapi lebihnya kepada hati kartun. Sebenarnya semalam lagi dah terfikir cerita ni, tapi biarlah hari ni Nadh kongsi pasal ini ye. Moga-moga kita boleh juga basuh sikit hati ni kan? Jauhkan dari menda ni.

Topik petang ni adalah BURUNG MARAH a.k.a Angry Birds yang orang dok memain tu. Lama dah kita kenai dengan game ni kan? Tapi petang ni Nadh nak kaitkan karektor burung marah ni dengan Anger, atau kemarahan yang dibawa dalam game ni dan semestinya kita yang berada di dunia sebenar ni juga.

Mula sekali adalah burung merah ni. Burung ni macam dalam game juga, tak ada keistimewaan apa-apa. Macam kita kat luar ni, marah, tapi marah biasa-biasa sahaja. Tapi tak bermakna tiada apa-apa ya, marah itu api dan api itu syaitan, jauhkan lah diri dari marah.

Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk  (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


 
Burung kedua ni. Burung biru. Peel dia, sama macam kita yang dekat luar ni. Mula tak marah, tapi bila dah marah, satu per satu kita keluarkan, Maksudnya simpan peluru, bila dah marah tu, habis semua peluru kita tembak, maksud, dari kisah atuk, nenek, sampai ke cicit piut semua kita keluarkan waktu marah. Tak baik tau buat macam ni, nak marah, marah la, tapi jangan la berkait-kait dengan semua. Yang tak berkenaan pun kena sekali, tak seronok la kan? 




Burung kuning. Kemarahan melulu. Macam juga pergerakan dia dalam game, cer kita renung balik, kita marah macam tu ka? Tetiba terus meluru ke arah yang kita marah tu, entah-entah dia salah ke tidak, tapi kita terus meluru kat dia, macam orang kata tu, "serang tak ada helmet", macam ni la, main nak marah ja tak ketahuan.

Burung Putih. Jenis lepas bom, lepas tu hilang. Ada juga orang spesis ni, marah-marah, lepas tu dah lega, terus dia berlalu. Baik juga orang spesis ni bila marah, dia marah kejap ja, dah dia lepas geram dia, dah dia sejuk. Ini spesis kedua marah, cepat marah dan cepat sejuk.


Burung spesis hitam. Ini spesis bom atom. Bila dia dah meletup. Apa pun tak dapat. Kalau dalam dunia, golongan ini paling orang takut, sebab bila dia dah marah, bak kata orang utara, "se duit pun tak guna".  Memang kena sungguh-sungguh dia 'serang' kita. Bahaya ya orang ni, pada yang spesis ini, kena lah tegur hati tu, jangan cepat marah, meletup sangat, sebab tak baik untuk kesihatan.



 
Yang terakhir. Burung Hijau. Spesis boomerang, spesis marah berkali-kali. Marah-marah, bila teringat ja, dia patah balik. Pusing-pusing kot situ juga. Spesis berbahaya ni, sebab ni spesis marah tak berhenti-henti, cepat marah lambat sejuk, ini spesis golongan paling Rasulullah tak suka. jadi sila jauhkan ye.?


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW yang maksudnya:  ”Berwasiatlah kepada ku."

Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.
Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah..”  (Al-Bukhari)

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)

Jadi kenapa kita harus marah-marah?


Lain mengenai MARAH. : 
Artikel Al-Islam Mengenai Marah.
Golongan Manusia yang Marah.

Wednesday, 26 October 2011

Cahaya Petunjuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Salam petang kepada readers Nadh yang dikasihi.

Petang ni Nadh nak cerita mengenai Sesuatu yang Mahal, Yang Susah, tetapi bila dah dapat, dia sangat beruntung. Nak tahu apa dia? Ianya adalah Hidayah.


Hidayah membawa maksud, Cahaya Petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH kepada insan-insan yang dipilihnya. Contoh nya adalah Saidina Umar Al Khattab yang berubah tingkah lakunya dari kufur kepada beriman setelah mendapat hidayah. Itu mungkin hanya satu sahaja dari kisah yang disebutkan mengenai HIDAYAH kurniaan ALLAH kepada kaum manusia.


"Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara (mu)." (Al-An'am : 104)

Dari ayat di atas jelas yang ALLAH memberikan bukti kekuasaan nya melalui hidayah yang diberikan ke dalam hati kita, dan bermanfaat untuk diri sendiri (yakni yang mengambil manfaat dan berubah) dan yang tidak melihat (masih lalai) itu akan rugi sebab dia tidak mengambil tindakan untuk dirinya sendiri. 

Sebenarnya sekiranya kita mengerti, hidayah itu adalah kuasa ALLAH, pilihan ALLAH kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kita boleh lihat yang kurang baik itu berubah, semuanya bukti yang ALLAH berikan hidayah kepada yang dikehendakinya.

"Barang siapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Al-An'am : 125)

Oleh itu kita jangan hairan sekiranya kita jumpa kawan-kawan, mungkin sahabat atau orang-orang terdekat yang mengerti akan pentingnya solat itu berpesan-pesan malah lebih menjaga waktu solat kita itu, tapi untuk dia, tidak pula dia bangun dan menunaikannya bersama kita. Jangan tanya kenapa bila berdepan situasi ni, tapi bersyukurlah kerana ALLAH memberikan kita hidayah, anugerah besar yang tidak semua mendapatnya dan tanggungjawap kita adalah menjaganya, dan mendoakan sahabat-sahabat kita yang "belum bertemu" lagi dengannya.

Doakanlah mereka, kita, semua sekeliling kita bertemu dengan Hidayah . Kerana bersamanya terdapat kemudahan dalam mendapat redha ALLAH, dan terlindunglah kita semua dari berbuat perkara-perkara keji dan menjengkelkan, sepertimana apa yang menimpa kita sekarang ini.

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan, Tunjukilah kami jalan yang lurus,(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah : 5-7)

Amin Yarabbal Alamin

Thursday, 20 October 2011

Rawatlah pernikahan Anda!

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Rawat dan jagailah pernikahan itu sepertimana kita menjaga dan merawat taman bunga. kalau kata bunga-bunga di taman perlu dibajai, perlu disiram setiap hari, begitu jugalah cerita nya dengan perkahwinan, dari hari ianya bermula, ia bukan sekadar menunaikan tanggungjawap secara luaran, tetapi tanggungjawap jiwa itu sangatlah dituntut. Sebabnya, perkahwinan itu adalah penyatuan dua jiwa.

Ketika menjelang perkahwinan, biasanya keluarga nampak kecoh, heboh dengan hiruk pikuk dan kesibukan dalam menyiapkan pesta perkahwinan, semua terpukau dalam kemasyuran pesta namun segalanya menjadi tenggelan setelah semuanya berakhir. Dari kecoh , heboh dengan suara, dari kemesraan yang tidak dapat hendak dipisahkan menjadi sunyi, longlai dek kerana ianya tidak dijaga tidak dibajai sepertimana sayangnya kita kepada pokok-pokok ditaman, bunga-bunga di laman.

Bertahun berlalu, pernikahan yang tidak dirawat n dijaga dengan baik akhirnya mulai memudar cintanya, kasih sayang menjadi hilang, pernikahan menjadi hambar. Seorang suami yang diawal perkahwinannya sangat mencintai suaminya tetapi setelah menjalani 15 tahun pernikahan, suami lebih senang berada dalam kesibukan dari berdua bersama isteri. Si isteri pula, lebih mendahulukan anak-anak, hinggakan selalu "kehilangan" masa berharga bersama suami, keduanya ibarat dua makhluk penuh asing yang hidup dalam satu rumah.

Bila pernikahan tidak pernah terawat selama bertahun-tahun sehingga bukan hanya menjadi tidak indah lagi pernikahannya namun juga bisa saling melukai pasangan. Menurut Al-Quran surat Ar Rum ayat 21, 

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."

Merawat pernikahan itu adalah mawaddah dan rahmah, cinta dan kasih sayang. Idealnya jika antara suami dan isteri diikat oleh perasaan mawaddah dan rahmah sekaligus. Mawaddah mengandungi erti kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk. Jadi cinta mawaddah adalah perasaan yang mendalam, luas, dan bersih dari pikiran serta kehendak buruk. Sedangkan rahmah mengandung pengertian dorongan psikologis untuk melindungi orang yang tak berdaya.

Rumah tangga yang diikat oleh mawaddah dan rahmah adalah pasangan dimana masing-masing secara naluriah memiliki gelora cinta mendalam untuk memiliki, tapi juga memiliki perasaan sayang dimana masing-masing terpanggil untuk berkorban dan melindungi pasangannya dari segala hal yang tidak disukainya. Sesuatu yang ideal biasanya jarang terjadi. 

Bagaimana jika tidak? Bila mawaddahnya putus, perasaan cintanya tidak lagi bergelora, asal masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu masih terpelihara dengan baik. Betapa banyak suami isteri yang sebenarnya kurang dilandasi oleh cinta membara, tetapi karena masih ada rahmah, ada kasih sayang, maka rumah tangga itu tetap berjalan baik dan melahirkan generasi yang terpuji. Rahmah yang terpelihara pada akhirnya memang benar-benar mendatangkan rahmat Allah berupa mawaddah.

Kata orang, yang bertahun tu makin mahal sebab nilainya naik, seperti teko kesukaan PCM menjadi antik dan istimewa sebab dah lama wujud, jadi masa ni menjadi buruan para pencinta macam PCM, tapi lain cerita nya dengan perkahwinan, makin lama jika tidak dijaga, ianya mungkin mendatangkan kebosanan. 

Oleh itu para suami, carilah satu masa untuk menghargai perkahwinan itu, bak kata Ustaz Kazim, carilah masa untuk bercuti bersama isteri tercinta, semarakkan kembali cinta ini, moga ianya berkekalan hingga ke Taman-Taman Syurga hendaknya. 


Note :: Sebagaimana api tak marah sekiranya tidak disimbah petrol, pohon tidak bergoyang sekiranya tiada angin, begitu jugalah cinta, tanpa usaha dari siapa-siapa dalam rumah tangga, bagaimana cinta nak bersemarak sebagaimana ianya bermula tika dua jiwa bertaut satu masa dahulu?



Edited from : M. Agus Syafii


Tuesday, 18 October 2011

Akukah yang tersesat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Lost in Jungle by Aashiyaana

Satu hari , sedang kita asyik menikmati alam, dalam perkhemahan kita bersama rakan-rakan di dalam hutan, kita tersesat . 

Kita tercari-cari arah perjalanan kita, ke kiri kita pusing, ke kanan kita toleh, Akhirnya setelah hati berasa kuat , kita memilih untuk berjalan di satu arah itu, di arah sana, kita terdengar seperti ada aliran air sungai namun kurang pasti mana dan sejauh mana tempatnya.

Ketika melangkah, tiba-tiba kaki kita tercucuk duri,. Kita menjerit kesakitan. Waktu tu, kita terloncat-loncat supaya kaki tidak terpijak lagi dan membuat duri itu masuk dalam lagi, kekiri dan kanan kita tuju, hinggalah terlihat akan sebongkah kayu, yang cukup untuk kita duduk, kemudian, kita tarik keluar duri itu keluar dari kaki, tika ini, kita menjerit kesakitan

Kita berjalan lagi, kali ini, kita menunduk-menunduk mengelakkan ranting2. Tiba-tiba satu ranting terjatuh ke atas kita, kena tepat pada kepala kita. Kita mengabaikannya, mungkin sedikit kerana kita berjaya juga menepisnya tadi. Perjalanan itu kita teruskan. Saat kita berhenti seketika untuk mengelap peluh, kita berasa satu cecair panas mengalir di muka kita, kita lap ia, ingatkan ianya adalah peluh, Rupanya, dalam kita tidak sedar, rupanya ranting tadi mencederakan kepala kita, kita hampir pitam bila menyedari nya, tapi sifat melawan kita menguatkan diri untuk terus bertahan. Maka, dengan sapu tangan yang ada di dalam poket, kita keluarkan ia, dan membalut kepala kita yang luka itu.

Kita sambung lagi perjalanan, kali ini, kita menolak ranting-ranting yang ada. Tapi kita tak sedar, yang kita tolak itu sebenarnya salah tolak, ranting itu melibas kita, terkena tepat pada muka, kita jatuh terduduk, pening kerana libasan itu mengenai betul atas kepala kita, sakitnya bukan kepalang. Kita tak mampu berjalan buat seketika, masa yang kita ambil, lama benar sementara menanti kita pulih.

Setelah diyakini kita sudah pulih, Perjalanan kita teruskan, melangkah demi langkah, kita terpelecok kaki bila kita terjatuh dalam satu lubang yang ada dihadapan kita. Dalam kita tak sedar dan berhati-hati, rupanya muncul lagi satu ujian. Rupanya, tanah yang kita sangka kan bertutup dengan dedaunan, rupanya lubang yang besar. Kita menjerit kuat sekali. Betapa sakitnya kaki yang terpelecok itu. Kita menangis, menahan sakit, menarik diri naik ke permukaan, waktu ini, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa sakitnya yang kita rasa. Namun perjalanan perlu diteruskan.

Maka, dengan kaki yang terhencot-hencot bertemankan ranting kayu yang dipilih khas untuk dipaut, perjalanan diteruskan lagi. Sedang kita berjalan, dengan air mata yang dari tadi bercucuran, mengenangkan nasib diri yang diuji sebegini rupa, kita terpandang ke belakang, rupanya kita ada parang, kenapa tidak gunakan ianya dari tadi? Untuk mencantas laluan kita menjadi terang, agar mudah diri melangkah menuju ke destinasi.

Bermula dari sana, perjalanan sedikit mudah, kita berjalan, walaupun perlahan, dan akhirnya tiba ke destinasi, dan seperti yang dijangka, perjumpaan dengan sungai yang diyakini tadi telah membawa kepada kejayaan, bukan sahaja diri dapat menghilangkan dahaga yang tadi tidak berhenti menyerang tekak, tetapi juga, tanah tebing sungai itu rupanya adalah tempat tinggal orang. Alhamdulillah, selamat juga tiba dan diselamatkan juga kita dari ujian tadi.


Dalam kisah di atas, lubang beserta kaki terpelecok, ranting yang menghentam muka, ranting yang mencederakan kepala, bolehlah kita anggap sebagai ujian yang senantiasa ada bersama kita. Sepertimana
Firman ALLAH dalam Surah Muhammad, ayat 31 :

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” 

Parang yang tetiba muncul didalam cerita itu, sebenarnya adalah Al-Quran yang diturunkan untuk menjadi rujukan hidup dan As-Sunah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk menerangkan isi Al-Quran yang diturunkan buat kita umat Manusia.

"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. sekiranya kamu berpegang pada kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku". (Hadis Riwyaat Imam Malik.)

Dan akhirnya berkat mengikut dan menggunakan parang pemberian itu, hidup dipermudahkan, bukan sahaja berjaya berjalan dengan senang, malah akhirnya tiba juga ke destinasi. Kenapa Nadh buat "kita" dalam cerita ini melupakan kewujudannya, Nadh nak kita tengok dari perspektif kehidupan kita sekarang ini, yang mana kita sebenarnya hanyut dan lalai dalam mengikut tunjang yang telah Rasulullah SAW sendiri nyatakan, berpegang dan tidak akan sesat selamanya.
Begitulah hidup sebenarnya, kita mengetahui yang Akhirat itu adalah PASTI, tapi tidak pula kita gunakan parang untuk mencantas dosa-dosa yang mendekati, malah kita terus sahaja berjalan walau kita tahu ianya bukan satu tindakan yang benar dan bijak. Malah lebih hebat kita siap lawan lagi dugaan itu dengan semangat yang kuat, hanya demi survival kita didalam hutan yang tidak kita tahu untuk nasib kita. Sedang di alam nyata, kita mengabaikan parang itu dan akhirnya, seperti kita lihat hari ini, masyarakat kita pincang!!

Fikir-fikirkanlah, Renung-renungkanlah.

Moga mendapat manfaat.

Saturday, 24 September 2011

Apabila ianya dihayati

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selesai tunaikan tanggungjawap. Sekarang masa untuk diri sendiri. Betapa Nadh rindukan blog ni. Lama dah dia terabai tak macam dulu, berkepit ja dengan dia kan?

Malam ni Nadh nak kongsi dengan readers tentang sumber kekuatan Islam yang juga adalah ketakutan terbesar para kafiruun kat muka bumi ni. Apa yang Nadh kongsi malam ni adalah apa yang Nadh dapat dalam khutbah Jumaat semalam.

Tahukah kita yang kekuatan kita umat Islam ni adalah Al-Quran yang mana sepatutnya menjadi ikutan tapi telah ditinggalkan oleh kita sekarang. Bukan kata nak dibaca,nak paham, nak dihayati tu lagilah tidak.

Iman Al-Ghazali ada menyebut, yang Al-Quran yang dibaca, dengan betul tajwidnya, makhraj nya sedang tidak difahami isi kandungnya adalah mengikut syaitan.

Ada satu kisah di zaman Rasulullah dahulu bila mna seorang sahabat yang penuh khusyuk mengikuti Rasulullah dengan khutbah dan solatnya telah diarahkan oleh Rasulullah supaya pergi menemui seorang orang arab mempelajari bahasa arab agar dapat memahami bahasa Al-Quran.

Dari kisah diatas menunjukkan betapa pentingnya kita memahami.isi kandung Al-Quran. Kerana dengan memahami isi kandungnya akan dapat mengelakkan kita umat Nabi Muhammad dari berbuat maksiat dan takut juga berserah sepenuhnya pada ALLAH.

Satu masa dahulu ketika pihak barat kalah dalam peperangan mereka dengan Islam, satu persidangan telah diadakan dan hasil dari persidangan 40 negara tersebut telah mendapat jawapan yang kekalahan mereka disebabkan adalah kerana umat Islam faham dan seterusnya menghayati ajaran ddalam Al-Quran.

Ini kerana kefahaman umat Islam akan ajaran Al-Quran itu menjadikan mereka tak takut mati, kerana dalam Al-Quran ada menyebutkan yang perjuangan jihad menentang musuh Islam itu bakal menjadikan mereka syahid yang ALLAH menjanjikan syurga yang abadi, sedang dunia ini tiada apa makna melainkan untung pada yang taat dan beramal soleh.

"dan barangsiapa yang mentaati ALLAH dan Rasul (Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh ALLAH, iaitu Nabi-nabi. Para shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya." (An-Nisa : 69 )

Begitulah hebatnya apabila kita berpegang kepada Al-Quran yang dijamin ALLAH takkan berubah kandungannya sampai bila-bila.

Dan atas sebab itulah para kafiruun bertindak dan sanggup buat apa saja demi menjauhkan kita dari Al-Quran ini. Lihat sahaja dunia kita sekarang, Islam sendiri sewenangnya menolak ajaran ALLAH yang dicatatkan dalam Al-Quran. Menang AF buleh ratus-ratus ribu, pertandingan Al-Quran berapa duit sangat? Contoh nyata yang wujud.

Sama-samalah kita mendekati Al-Quran n memahami seterusnya mengamalkan n menghayati isinya. Dalam terselit sebesar peringatan n jalan hidup bahagia di sini dan disana.


Note :: hairan kenapa dia terang-terangan menolak hukum ALLAH. Moga ALLAH tepet cket dengan peringatan agar insaf n bertaubat. Amin
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 8 August 2011

Al-Quran itu Ubatnya.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Pagi ni Nadh nak kongsikan entry mengenai perubatan Islam. Nadh jumpa dalam email. Rasanya berguna untuk dikongsikan.

Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” 

Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. 

Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran. 

Bawah ni beberapa yang boleh kita amalkan. 
- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

Sebagaii tambahan, Nadh pernah dengar dalam ceramah Ustaz Kazim, dia kata Al-Fatihah itu juga merupakan ubat untuk melembutkan jiwa yang ketegaQ (Degil). 
Caranya, baca surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali dekat makanan orang yang kita berhajat nak ubat tu selama seminggu tak berhenti.

Cara : Ambil beras (air pun boleh), kita baca Al-Fatihah seperti contoh di atas tu, 70 kali sehari selama seminggu. (Jangan Miss) lepas tu dah selesai seminggu, bagilah dia makan, insyALLAH. (dengan Izin ALLAH) . 

Lagi, Surah Yaasin ayat 1-9. Surah ini, dari seorang sahabat cakap, untuk perlindungan. Selain dari 3 Surah 3 Qul.

Lagi, ketika kita baca surah Yaasin. Sila berdoa di 7 Mubin. Juga ada mujarabnya di sana. Dan juga selepas kalimah Salamun Qailam Mirrabbihim. (Ulang sebanyak 3/7 kali dan brmohonlah kepada ALLAH).


Note :: Di atas sekadar perkongsian. Kita berusaha. ALLAH yang Maha Mengetahui tiap apa susunannya buat kita, Perlu Diingat, jika tak jadi tu adalah sebab dan musababnya. Teruskan berusaha.

Wednesday, 6 July 2011

Panduan, Resepi, Work Orders?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Nadh masih lagi di site ni. Masih menanti DB team selesaikan tugas mereka. To be honest, Nadh rasa sakit hati ni, ye la, yang membuat kerja macam orang nak mati ni, yang di atas-atas buat pekak. Nadh geram sebab kononnya mereka sekarang nak upgrade la pakai system baru, tapi system baru ini menyusahkan kami sebagai contractor. 

Nadh cakap banyak nanti readers pasti akan sakit kepala memikirkan. Tapi diibaratkan macam ini la, chef besar suruh kita masak, ikut sukatan dan resepi dia, tapi dia tak sediakan resepi untuk kita buat kerja, sedangkan lauk tu dia nak sebijik-sebijik macam dia masak. Begitulah kami yang kerja tanpa Work Order ni. Tekanan perasaan juga la. Dan nak ditambah lagi, team tu kerja cukup time dah kalut nak balik rumah.

Yang kita ni dok duduk dekat site macam tiang tower ni tak dikira pula,. Tak paham tak apa sebab Nadh nak ingatkan reader sahaja, itu mungkin salah satu hal dalam kerja kan? Tapi Nadh nak readers fikir sejenak mengenai kehidupan kita.

Rasulullah ada pernah berkata, "ditinggalkan kita dengan 2 perkara, dan sekiranya kita ikut, kita takkan sesat sampai bila-bila, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.."

Macam tu juga la hidup kita, dan kerja kita seharian, selagi mana ada panduan, kita takkan sesat dan buat silap. Sebab apa manusia menjadi hebat? Sebab ada nya panduan. ALLAH dah sediakan semuanya, dan kita HANYA PERLU MENGIKUT.

Ibarat memasak macam Nadh kata tadi, kita nak buat Red Cheese Cake. Tapi kita dah masukkan Blueberry, agak-agak ada tak kaler tu? Konpem tak kan? Renungkanlah...


Note :: Ini entry ke 1000. alhamdulillah. Hampir mencapai 999 juga. tinggal lagi beberapa sahaja. Bermakna akan ada perubahan besar dalam blog ni kemudian hari. Apa dia? tunggu dan lihat nanti..

Buta+Pekak+Bisu=CINTA