Followers

Showing posts with label Apple. Show all posts
Showing posts with label Apple. Show all posts

Friday, 5 November 2010

Rentetan 04 Nov

Rentetan kisah saya n Cik Apple hari ni..

Katanya : dia adalah orang yang saya gunakan untuk melupakan "dia"..
dan saya kata.. tidak..

sebab pada saya la..
kalau la saya nak orang.. untuk saya melupakan..
da lama da saya jmpa orang tu..
sebab saya leh pilih mana yang saya rasa nak..
n saya leh belajar untuk mencinta, dalam masa sama melupakan..

tetapi..
saya tak mampu nak wat..
sebab bagi saya.. perasaan ni.. bkn leh buat2..
dia mai camtu ja..
magic tau ka.. tetiba ja mai..
sebab tu la saya nak AWAK..

mungkin agak bodo la apa saya kata ni..
tapi kan..
saya rasa saya ada wat menda baru bersama dia..
ellowww awk.. awk tau tak..
sepanjang bertahun3 saya bersama ng dia..
tade tau saya declare satu hari tu istimewa untuk dia..
n bila ng awk.. saya da declare Hari Muffin saya yang bersamaan dengan 01.11.2010..
bunyik cam bodo je.. tapi kan..
bagi saya.. ianya sangat bermakna..
walaupn saya n awk tidak berkesempatan nak sambut..
tapi hari ni adalah untuk awk..
khas untuk awk tau...

mungkin awk lum cukup kenai kot ng saya..
atau mungkin orang tu masih terlalu kuat dalam ati awk.
n atas sebab tu la.. hari ni awk leh ata sms dan cakap cukup la kita takat ni..
awk cakap tanak ag..
sudah la setakat ni..
saya sangat sedih..
tapi saya masih ng pendirian saya la..
it is about choosing between priority n option,.
eventhough i admit , i am chasing for you..
i am hunger of ur love, n want u so badly for nw,
but if with my existence gonna ruin your love with him, n dats ur happiness,
ive to pick sadness, as long as i know, u r not gonna face that again..

apa pun cik Apple..
awk pilih la.. buatlah keputusan..
saya tanak ng saya ada ni..
lagi wat awk semak kepala..
lagi akit otak pk..
All the besh..
Doa saya.. harapan saya..
manusia pilihan awk tu akan dapat menjaga awk sebaiknya..
tu ja saya nak..
the rest.. awk jangan isau..
Nadzri kan kuat?

;)
01:25am
05 Nov 2010

Monday, 1 November 2010

Hari Muffin SAYA

pagi 1.11. cntik kan tarikh ni.. hari ni hari muffin saya..
Tapi rasanya takkan kesampaian..
Walau apa pn.. Sy nak dclare jugak hari ni sebagai hari muffin..

Saya tatau nak cakap la..
Smlm sebelum sms tu rasa cam semangat gle..
Pastu rasa cam down plak..
Persoalannya, patut ka saya nak rasa macam tu?
Baru ja berjuang untuk Cik Apple.. Takkan da nak kalah kot..
Owhh tidak.. Perjuangan diteruskan..
Impian adalah impian, cita2 kekal sebagai cita2, harapan akan kekal ada supaya satu kejayaan dapat diperoleh..

Saya belum mahu mengalah..
Sebab saya mimpi kemarin, cik Apple akhirnya berjaya saya takluki..
Saya tatau apa makna nya.. Tapi saya rasa tindakan saya betul..

Akan tetapi, saya juga yakin.. Yang Cik Apple sedang tertanya2..
Asal ng mamat ni.. Tetiba ja??sebelum ni tade pn cmni..
Dan jawapan saya mudah saja..
Sebab kamu sudah menepati cita ku,acuan impianku..
Dah lama dah tak rasa berbunga2 dalam ati ni..
Kalo orang tanya, ni da bukan taman lagi da.. Tapi langit cakerawala..
Ada bulan, dan ada bintang, juga planet2 di sekeliling..
Tu adalah perumpamaan dia..
Realitynya.. Cik Apple sebagai bulan, yang dipagari bintang iaitu orang2 lain disekeliling..
Planet2 disekeliling tu sebagai kejayaan hubungan yang jika disatu akan berakhir ng cita yang manis sgt..
Meteor2 tu plak sebagai jalan2 liku yang perlu dihadapi untuk satu kejayaan..
Hahahahaha.. Dia mula dahh~~ tetttttt~~

takpa la.. Saya tetap akan sedar ng reality yang langit tak cerah hari2..
Hujan akan turun juga.. Tak keterlaluan saya kata, tsunami juga bisa hadir.
Si puting beliung juga terhendap2, atau mungkin ribut badai yang singgah ditengah perjalannya..
Apa pn.. Saya bersedia..
Tidak terlalu berharap.. Tidak juga terlalu memuja..
Sebab saya takut saya bakal gagal dalam usaha saya..
Apa pn.. Saya sntiasa mendoakan yang terbaik..
Kamu buatlah keputusan terbaik dalam hidupmu..
Saya tidak memandang diri sy .agi..
Sebab bagi sy.. Kebahagiaan saya adalah ketika saya dapat lihat kebahagiaan insan2 disekeliling saya.
All the besh kamu.. Untuk 2 dan 4 ini..
Saya tahu kamu dapat lakukannya.. ;)

Sunday, 31 October 2010

Checklist

banyak toi menda nak buat..
menda2 besh dalam idup ni..
kena ada teman nak wat sama2.. baru la bermakna..
orang kata.. wat menda ng orang yang kita syg.. tu besh la..

Untuk AWAK...
1. Saya nak makan M U F F IN ng AWAK.. ada 2 perasa.. 2 2 skali nak ng awk..
2. Saya nak tgk matahari terbenam ng AWAK..

baru ada 2 la.. mana lagi ni.. aishhh.. ;))

tapi kan.. da telepas la tgk bukit ng kabus kat CJPRM1.. takpa2.. ada lagi peluang kot..
Bus PLKN.. maceh2.. orang tu rindu.. tapi tanak ngaku..
nasib ada awk cik Bus.. kan da kantoi.. lalalalalaa~~ :p

A untuk?

A untuk Apple..
Apple of My Eyes..
untuk cik A..
untuk AWAK..

♥ ♥ ♥ ♥

;)

Sesedap mata memandang

Ada orang kata..
saya buang dia dulu sebab dia tak cantik..
saya pn jawap.. ne ada..
dan dia kata pulak.. ada.. kalo tak takkan saya buat macam tu..
so saya pn terangkan aa..
kalo kata anda tidak sesedap mata saya memandang.. da lama da saya tauk anda dari idup saya..dan saya tidak akan mengajak anda untuk bersama..

dan dia masih tidak percaya..
saya menambah.. sebenarnya macam ni.. sy mengaku saya "berkawan" memang bila saya tgk orang tu dan saya berkenan.. dalam kata lain.. sy suka tgk dia.. dan dari situ baru saya akan berusaha nak merapatkan hubungan ng dia..
kalo tak saya tak mau pn.. kita nak kawan lama.. bkn kawan kejap2 ja..

dia mula untuk percaya..
dan saya pun bercerita..
satu masa dlu.. masa saya di PLKN.. dan saya ni jadi cupid la lebih kurang di sana..
siapa2 kawan saya yang nak awek2 di mana2.. slumber badak je saya bangun dan p tegur awek tu supaya kawan saya dapat kawan dengan awek berkenaan..
sampai satu hari.. ada sorang kawan saya ni.. datang dan tegur saya..

"weyh.. aku tgk ang, sat dok kenen2 kat dia tu.. kat dia ni.. untuk ang tadak ka? "

saya menjawap..
"sapa la aku ni.. da la tak ensem.. sapa la yang nak kat aku.."

dan mengejutkan kawan saya tu kata..
"aku nak.."

secara otomatiknya saya pn menjawap..
"aku lum bersedia.. aku tanak ada gepren2 ni lagi.. aku nak study dlu.. "

dengan marahnya dia cakap..
"ang memang memilih kawan..."

saya menjawap kembali
"aku kawan ng semua orang..kalo ang cakap aku macam tu.. aku mmg amek hati aa.. "

selesai cerita tu.. dia pun berkata..
jadi budak tu tidak sedap mata memandang la ni..?

dan saya jawap ya.. terus saya dapat lihat di mata dia.. percaya ng jawapan saya itu.. heyy.. dats the truth k.. saya rasa saya "bukan nak memilih tp kena wat pilihan.." (statement diambik dari status adik saya..)

;)

Saturday, 30 October 2010

29 oct _first date..

sedang berada di taiping perak bersama jijol..
Plan nak balik umah hari ni terpaksa dibatalkan atas sebab xdak driver ..
Ni saja la dok menaip.. Smbil tgu jijol dok sms..

Mula pagi tadi p date ng Azi..(balik tadi kul 3pg)..
Langsung x sangka leh jmpa ng dia.. Tetiba ja dia ajak kua..
Dalam poket ada rm2 ja ng duit syiling.. Tapi p jmpa jugak..
Xdisangka.. Besh sgt.. Dia umpama orang lain ja di reality.. Beza sgt ng dlm tpom..
Aku suka sgt.. Perwatakan dia,kenakalan dia, smuanya menyenangkan.. Aku suka..
Malah ni y aku mahu dari dia selama ni.. Rupany, dia saja ja dalam tpom, bila ckp tpom, dia dikuasai oleh
ego..dalam palotak "dia ni dlu wat kat aku.. Nk keras cket.."
amek aa..padan muka aku jugak..
Tapi aku mcm gile je.. Hahaha.. Kenakan dia. Gtau mama la masa mama call kul 12..
Cakap sat la mama..dok dating ni mama.. Mama nk ckp ka ng menantu mama?
Mama kata jgn balik lwt.. Hehehe
Aku selesa ng dia.. Gembira ng dia..
Agak2 leh dapat balik x??

Wednesday, 4 August 2010

There Goes My Sweetest "Apple"

My FB post :: [bubbye sunshine.. bubbye rainbow..~~ there goes my sweetest "apple".. :(
hopefully im strong enuf to face this.. ;) ]

Cita di sebalik ny....
03 August 2010 <-- tarikh yang aku tak pernah igt pn.. selama aku ada dalam dunia ni.. upanya ni la tarikh penting buat sum1.. yang aku dok "kecek2" sebagai penting dalam idup aku.. seyesly mmg malang bagi aku.. sebab aku da cuba untuk amek tahu tentang tarikh ni.. namun, aku tidak punya ruang untuk dapatkannya..
1. aku cuba add kot FB.. malang ny.. tidak di-approve
2. aku penah tanya.. tapi tidak diberitahu.. so atas sebab2 tertentu.. aku terpaksa tidak tanya.. sebab.. kalo aku tanya.. mmg tak dapat..
3. nak mencari kawan.. elloww cik Nadzri.. anda kenai ka kawan2 dia??

so dengan 3 sebab yang aku bagi diatas tu.. da sebabkan aku gagal untuk dapatkan sum1 yang da pernah tunggu n berharap kat aku smpai la awl thn ni.. aku masih smpan lagi la SMS tu.. sebagai bukti.. n mmg silap aku la. sebab amek masa lama nak mengesahkan kedudukan aku tu..

aku kalah dengan masa.. sebab aku lambat.. aku amek masa untuk jadikan kenyataan (dengan impian nak wat secara "proper", konon nak ianya jadi sesuatu yang istimewa la..) tapi malang la bagi aku.. sebab da terlambat tindakan aku tu.. (didorong gak ng ketidak sudian dia untuk berjumpa.. ) dan juga "kelembapan" aku untuk buat Plan B. so salah ny mmg mai kat aku balik aa.. huu..

berbalik kepada 03 August 2010. jam 23:49 jam enpon aku.. dia ata msg, " Hey there. wana noe sumthng? " , kemudian "Arini ari y plg sy tgu utk sy wt keputusan.." so.. dari situ la bermulanya hari yang aku "lupa" dan memberi kesan kepada "keseriusan" aku sndiri.. hari ni la aku di kecam dalam telepon (bermula jam 00:12, 04 Aug 2010), sebagai seorang yang tak abeh2 dok "pretending".. for me, that is too much.. i really r serious in what im doin rite now.. tapi sekarang kerana aku ny "lupa" ni.. aku dituduh sebagai sorang yang dok wat2 ja.. n tak seyes sbnrnya.. aku akui la.. mmg salah aku kerana aku tak igt.. n tak pernah igt pn.. tapi betoi2.. aku mmg seyes la.

tapi nak wat camna kan? salah aku.. tak igt ni da jadi sebagai "pemati" segala hujah aku.. n aku rasa.. "lupa" ni da sebabkan.. sisa2 rasa yang masih wujud dalam hari seorang manusia tu terus "lenyap" malam ni.. terus terang la.. aku mmg da cuba untuk pujuk dia tadi.. aku call.. n ckp macm2 nak convince dia.. tapi yang dapat aku detect adalah.. yang aku kata tadi aa.. "sisa-sisa" yang masih tinggal tu pn da lenyap dek kerana "lupa" yang sememangnya berpunca dari aku..

kata2 aku satu ketika dulu "hari jadi awk pn saya tak igt, saya takleh jadi terbaik untuk awk.." dah hukum aku balik.. hari ni.. aku terhukum ng perkataan aku yang aku cakap 4 tahun yang lalu.. wow.. tak sangka.. ianya kembali kepada aku.. kata2 aku ni.. turut sama menambah la.. untuk dia semakin kuat menolak..

aku ckp tadi.. aku mmg akui.. aku mmg tak igt, langsung sal 03 Aug.. n aku mmg da usaha untuk dpatkan.. dan aku GAGAL.. tapi aku gak da ckp.. aku nak bermula semuanya dari 0 semula.. nak kita buka buku baru.. tapi mmg da ayat mati.. "sy pn da wat keputusan, cukup la setakat ni.. " so.. apa lagi ?? aku da kalah aa.. dan kali ni aku rasa aku pn da taleh nak kata apa ag dah.. "saya rasa saya da jumpa orang ny yang leh buat saya lupakan awk..." ayat ni cukup da mengatakan.. yang.. Nadzri.. stop dreaming.. cukupla.. kegagalan kau untuk mengingat da jadi sebab terbesar untuk kau gagal malam ni..

whatever it is kan.. aku doakan kebahagiaan dia.. asal dia happy.. cukup la.. apa saja keputusan dia.. walaupn hati aku rasa agak terkilan la.. aku tak berjaya kan nak dapatkan dia.. sebab silap aku sndiri walau aku mmg da plan macam2 da.. mmg nak ata mama p "ikat" pn.. tapi tu la.. da dia pn da tanak.. (hati ni kita takleh paksa kan.. ) apa pn. aku redha ng ketentuan NYA yang da ditentukan buat aku.. aku akui la.. aku da salah mentafsir..

dan buat seorang yang da jadi terbaik dan mengatasi "aura" aku, TOLONG la jaga dia bebaik.. jgn wat macam apa aku pernah wat dlu.. dia sgt baik.. ko kena tau tu.. tadak orang yang da dilayan ng sgt teruk camni.. akan jadi seorang yang tak pernah lupakan kita kerana "sedikit" kebaikan kita kepadanya dlu.. tadak orang yang da dilayan ng buruk akan cakap ng sangat lembut dengan kita.. aku akui.. nilai ni yang tadak dalam Cik "S" aku dlu.. seyesly.. ni la kelebihan dia.. dan aku cuma leh mendoakan yang terbaik dalam tiap keputusan yang dibuat olehnya.. asalkan kamu berbahagia.. aku turut berkongsi kebahagiaan kamu syg..
terima kasih atas segalanya.. semoga kamu berbahagia.. igtlah, aku tetap ada.. apa saja kamu perlukan.. kamu bisa kembali kepadaku.. akn ku berikan "servis" terbaik buatmu, jika satu hari nanti kamu kembali dan perlukan bantuanku..
terima kasih awk..

-04 Aug 2010-
13:09

Buta+Pekak+Bisu=CINTA